rph pn zainiyah

35
Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal sebuah pelan yang bakal mengubah sistem pendidikan Negara. Pelan tersebut adalah Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan kemahiran guru, meningkatkan kualiti pengajaran, menjana keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah akan diberi keutamaan. Guru merupakan individu penggerak utama dalam pelan ini kerana guru merupakan orang tengah dalam merealisasikannya. Tidak hairanlah jika hari ini semakin ramai guru yang menerima anugerah kecemerlangan kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam meningkatkan prestasi pelajar bukan sahaja dalam akademik, malah turut juga Berjaya dari segi sahsiah dan kokurikulum. Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara formal di Institut Pendidikan Guru dan di universiti tempatan. Profesion perguruan berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Profesion perguruan antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan dapat merialisasikan misi pendidikan Negara. 1

Upload: azlan-hafiz

Post on 06-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

teknik dan kaedah pdp

TRANSCRIPT

PengenalanKementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal sebuah pelan yang bakal mengubah sistem pendidikan Negara. Pelan tersebut adalah Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan kemahiran guru, meningkatkan kualiti pengajaran, menjana keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah akan diberi keutamaan. Guru merupakan individu penggerak utama dalam pelan ini kerana guru merupakan orang tengah dalam merealisasikannya. Tidak hairanlah jika hari ini semakin ramai guru yang menerima anugerah kecemerlangan kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam meningkatkan prestasi pelajar bukan sahaja dalam akademik, malah turut juga Berjaya dari segi sahsiah dan kokurikulum. Guru bermaksud seseorang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru diketuai oleh guru besar sekolah atau pengetua sekolah. Di Malaysia guru dilatih secara formal di Institut Pendidikan Guru dan di universiti tempatan. Profesion perguruan berkait rapat dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagaiguru. Profesion perguruan antara jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia. Golongan guru perlu bertanggungjawab memastikan martabat perguruan sentiasa dihormati dan dapat merialisasikan misi pendidikan Negara.Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Keguruan bermaksud tugas dan tanggungjawab dan kerjaya sebagai guru. Etika pula bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau tingkahlaku atau kesusilaan. Dari sudut islam, etika berkaitan dengan tingkahlaku yang betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Etika Profesion pula bermaksud semua garis panduan bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban dan tingkah laku profesion perguruan dalam masyarakat.Dalam konteks unit 9 yang bertajuk etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia, Kementerian Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang professional seperti bersemangat tinggi dalam perkhidmatan, bermatlamat yang jelas, kemahiran mengurus bilik darjah,kebolehan komunikasi yang baik, jangkaan yang tinggi terhadap murid, berupaya memberi yang terbaik, pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam serta hubungan berkualiti dengan pelajar ibu bapa, masyarakat dan majikan. Ciri-ciri kualiti guru ini telah dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sifat-sifat guru yang unggul.Proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) adalah merupakan prosesterpenting didalam bilik darjah.Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantungsepenuhnya di atas bahu guru yang memegang amanah untuk melaksanakan proses tersebut.Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa kehadiran guru.Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan ileh seorang guru dalam merealisasikan hasratyang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan Negara untuk melahirkan warga Negara yang cemerlang.Oleh itu, esei ilmiah ini dihasilkan untuk mengkaji sejauh mana kejayaansebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik darjah mampu mencapai objektif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu dilakukan. Esei ilmiah ini mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran danpembelajaran.Tiga aspek utama iaitu dari segi penyampaian kandungan(rancanganpengajaran), pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini lahir idealisme yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.

Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTingkatan:5 Ibnu SinaBilangan Pelajar: 25 orangTema:KekeluargaanTajuk: Penulisan KreatifTarikh : 10 Mei 2014Masa: 12.40 pm-1.40 pm ( 60 minit)

Fokus Utama: 7.4Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk membuat rujukan pelbagai bahan bercetak dan bahan elektronik.Aras 1 (v) Memberikan pendapat berdasarkan fakta yang diberikan.

Fokus Sampingan12.1Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib, dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.Aras 1 (iii) Menghasilkan gurindam dan sajak mudah.

Objektif pengajaranPada akhir pengajaran pelajar dapat :1.Pelajar boleh membaca dengan intonasi yang betul2.Menghasilkan sebuah sajak yang mempunyai unsur keindahan bahasa dan kreatif.

Kemahiran Bahasa:Menulis dan mendeklamasiSistem Bahasa: Kosa Kata- istilah sasteraPengisian Kurikulum: Ilmu, nilai dan peraturan sosiobudayaIlmu: Sivik dan kewarganegaraan dan Kesusteraan Nilai: Bekerjasama, berdikari, menghargai, kejujuran, keprihatinan , kasih sayang dan bekerjasama

Kemahiran bernilai tambah :Kemahiran berfikir - menganalisa, menjana idea.Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik, Intepersonal.Teknik pengajaran :Improvisasi spontan (Spontataneous Improvisation)

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari bentuk dan rima sajak dan tahu cara mendeklamasikannya BilBahan Bantu BelajarJumlah

1Tayangan video1

2Komputer riba1

3Pemancar LCD1

4Hadiah1

5Teks berita4

Langkah /masaIsi PelajaranAktiviti PdPCatatan

Set Induksi (5 minit)

Tayangan video pendek pencemaran alam sekitarSoalan guru :1. Apakan yang anda faham tentang video tersebut?

2. Apakah maksud yang ingin disampaikan?

3.Bagaimanakah ia boleh berlaku?

4. Adakah anda mampu menghalang pencamaran berlaku?

Jawapan jangkaan pelajar :1. Pencemaran alam2. Supaya manusia memelihara alam3. Kerana sikap sambil lewa pelajar4.Gotong-royongGuru menayangkan video pendek pertandingan pencemaran alam sekitar

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang kandungan tayangan tersebut.Guru merumuskan jawapan pelajar BBB : Sedutan video dan komputer riba

Teknik : Soal jawab

Nilai : BerdikariBerfikiran jauh

KBT : Kemahiran berfikir,Menjana idea

Langkah 1 (15 minit)Tayangan video pembaca berita bertajuk pencemaran alamPembahagian kumpulan2. Setiap wakil kumpulan dikehendaki membaca teks berita dengan intonasi seperti kepada video yang dityangkan oleh guru 3. Rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan dikehendaki mencatat isi penting berkaitan berita.

Contoh isi penting-Pencemaran semakin berleluasa di Malaysia-Manusia semakin alpa dan lalai dalam menjaga alam sekitar.Isi penting dicatat pada peta yang disediakansebab

akibat

pencemaran keburukanalam

cara mengatasi

siapa terlibatGuru menayangkan tayangan video untuk memberi pengetahuan kepada pelajar.

-Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan menyerahkan satu keratan berita kepada setiap kumpulan.

-Guru mengarahkan setiap kumpulan mengemukakan 3 isi penting berkaitan tajuk selain dalam petikan.

-Guru menetapkan masa 10 minit untuk mengemukakan isi.

-Guru memastikan setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing

BBB : teks berita

Strategi : Aktiviti berkumpulan

KBT : Kemahiran berfikir menjanakan idea, Teknik sumbang saran.Nilai : bekerjasamaberdikarimenghargaiNilai : kasih sayang, kejujuran dan keprihatinanIlmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegara-an

Langkah 2(30minit)Pelajar menghasilkan teks sajak berdasarkan bahan dan idea yang disumbangkan

Pelajar menghasilkan sajak dalam kumpulan masing-masing berdasarkan bahan bantuan yang disediakan oleh guru.Tema sajak Alam SekitarPemilihan diksi berdasarkan kesedaran kepada masyarakatPelajar mencatat sajak di dalam komputer riba setiap kumpulan.Unsur keindahan ditekankan dalam sajak seperti diksi yang sesuai, perlambangan, simile, pengulangan, sinkof Sajak dideklamasi menggunakan power point dan dipancarkan melalui pemancar LCD

Setiap pelajar perlu mengundi kumpulan untuk menentukan pemenang.

Penilaian :Berdasarkan undian rakan-rakanRakan sekelas memilih pemenang

Guru mengarahkan pelajar menggunakan isi penting yang telah dikumpulkan untuk membina sajak.Guru memberi contoh sajak untuk dijadikan bahan rujukan semasa menulis.

Setiap pelajar seharusnya bekerjasama semasa membina sajak

Guru menyediakan kertas untuk undian bagi menentukan kumpulan yang menang

Hasil undian dikira dan diumumkan pemenang

Ilmu : Kesusasteraan Melayu

Nilai : Keyakinan, kesyukuran, bertanggungjawab, bekerjasama

BBB : Komputer riba,Pemancar LCD,Kertas undian, hadiah

Aktiviti : mendeklamasikan puisi serta membuat penilaianKBT : Kecerdasan pelbagai verbal linguistik, interpersonal

Langkah 3 (5minit)Pelajar menerangkan nilai murni yang terdapat dalam sajak yang dicipta

Nilai : Kasih sayang, bertanggungjawab, jujur dan menghargai dan mencintai alam sekitar

.

Guru meminta wakil kumpulan menyatakan nilai murni yang terdapat dalam sajak

Guru meminta murid mengisi markah pada kertas markah untuk membuat pemenang sajakMarkah dikira untuk menentukan pemenangSistem bahasa : Kosa kata istilah dan gaya bahasa sastera (sajak)

Ilmu: kesusasteraan Melayu

Penutup (5 minit)Pengajaran :Kita perlu sentiasa menghargai dan bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang Allah berikan.

Sosial :Hubungan sesama manusia dan alam sekitar

Guru menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang dan memberi kata semangat kepada ahli kumpulan yang lain.Guru merakamkan ucapan syabas dan tahniah kerana berjaya menghasilkan sajak untuk menzahirkan rasa kasih sayang kepada alam sekitarNilai : Kasih sayang, bertanggung jawab, jujur dan menghargaiBBM : Hadiah

KUMPULAN 11234

Kreativiti

Intonasi

Fasih

Lancar

Mudah difahami

Contoh borang penilaian

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan TeknikTanggungjawab sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan yang sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun, merancang untuk memperbaiki, memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pengajaran yang sesuai dengan sosialisasi masyarkat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang yang sama kepada semua pelajar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001 2010 (KPM, 2001), Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyeliaan insfrastruktur, kemudahan pendidikan, dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan Berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilihat pada masa ini masih terdapar pelbagai isu yang yang ditimbulkan dalam berkaitan dengan pencapaian. Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini, apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan juga ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait rapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud hala tuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Strategi pula merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Kaedah satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.Teknik pula seperti taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar- pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang 3 digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.4. Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep pendekatan Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.Konsep strategi Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan.Konsep Kaedah Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. Konsep teknik Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran. keaktifan pengajaran dan pelajar cara pelajaran pegelolaan bahasa murid. Keaktifan pengajaran dan pelajar Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi.Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat.Cara- cara fakta disampaikan berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara cara fakta lain yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak.Cara pengelolaan murid bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah.Pengajaran bahasa dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk behavouris.Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit danmenggabung jalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang kreatif dan inovatif akan menggunakan gabungan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya ataupun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan,bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorangpelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya. Guru bertindak sebagai fasilitator, murid sebagai penonton. Pemusatan murid bergantung kepada interaksi dua hala. Pencapaian murid juga bergantung kepada bahan bantu belajar dan murid merupakan pemain utama dan guru hanya sebagai pemudah cara. Guru hendaklah mengutamakan kecekapan. Murid pasif tidak akan menguasai kemahiran. Interaksi dua hala dan kreatif menggunakan bahan sudah pasti mampu mencapai objektifKaedah pengajaran dan pembelajaran satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan. Objektif yang tepat dan boleh dicapai strategi yang tersusun dan kemas Langkah- langkah yang teliti.Langkah-langkah yang teliti bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.Strategi yang tersusun kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.Objektif yang tepat dan boleh dicapai. Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.Teknik Pengajaran dan pembelajaran Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang.Tujuan tujuan teknik menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas memberi satu perhatian dan pengalaman memberi baru kepada tumpuan murid untuk sepenuhnya diaplikasiakan ketika sesi semasa atau pengajaran selepas dan persekolahan pembelajaran Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa seperti kuiz, sumbangsaran perbahasan, soal jawab, inkuiri, simulasi, bercerita, drama, latih tubi, perbincangan, permainan, forum bahasa, teknik main dan melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting. Proses berlaku di bilik darjah. Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam situasi yang diberikan. Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip dapat mencungkil kemahiran berbahasa. Memulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru. Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai aktiviti main peranan.

Permainan Bahasa merupakan aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz, puzzle, teka-teki, meneka silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Latih tubi aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran. Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah. Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf. Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan menyebut (audiolingual) digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat. Bercerita juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka. Tujuan bercerita untuk menimbulkan minat murid untuk belajar, melatih kemahiran mendengar, memupuk nilai-nilai murni, memperkayakan pengalaman murid, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan penglibatan murid secara aktif dapat menjana pemikiran.Inkuiri Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Pengendalian teknik inkuiri ialah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat rumusan.Perbahasan merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah. Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan . Merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid menyampaikan hujah yang bernas, logik dan berfakta. Kuiz pula dapat memperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira. Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka- teki. Ia dapat mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas, membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir.Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli berpeluang memberi cadangan. Soal jawab mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan.Simulasi merupakan suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah. Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah. Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. Tujuannya ialah murid dapat menguasai kemairan bertutur, membina pemikiran yang kreatif dan kritis, membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi, mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa dan mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian.Drama mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain. Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.Perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea ataupun masalah. Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea. Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topik dan dijalankan secara formal. Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka, secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional. Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini, topik forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Demontrasi kemahiran guru menunjuk cara dan membuat demontrasi tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid. Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk melakukannya. Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika melakukan sesuatu aktiviti Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya. Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu walaupun aras pencapaian mereka rendah.

Jelaslah bahawa kaedah dan teknik pengajaran hari ini sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan guru yang paling utama dalam memberikan input kepada pelajarnya.

Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar.

Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan. Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid.Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah syarahan berbentuk pasif dalam menyampaikan kandungan matapelajaran mereka.

Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara.

Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru ini adalah digalakkan agar para guru terus memperkukuhkan latihan dalam perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang telah lama berkhidmat hendaklah terus diberi pendedahan khusus tentang sahsiah guru sebagai murabbi, dengan pendekatan dan kaedah pengajaran terkini.

Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.

Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas.Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada maklum balas di dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju menjelang tahun 2020.

RefleksiAlhamduillillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Zainiah binti Md Zain di atas dorongan semangat dan tunjuk ajar yang tidak berbelah bahagi. Begitu juga keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu. Saya sangat gembira sepanjang menyiapkan tugasan ini.Sewaktu menerima tugasan ini, sebuah persoalan menerpa di minda tentang kemampuan saya dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya tiada pengetahuan dalam bidang teknik dan kaedah pengajaran mahupun membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Selama tujuh tahun pengalaman saya mengajar, saya membina RPH yang sangat ringkas tanpa menyediakan teknik, kaedah, pengisian kurikulum, bahan bantu belajar, nilai dan kemahiran berfikir. Pada awalnya saya terfikir tentang kesukarannya tetapi atas kesedaran dalam kualiti pengajaran, saya tetap menyahut cabaran ini sebagai sesuatu yang baru untuk saya teroka dan diaplikasikan dalam pengajaran saya di sekolah. Bagi mengatasi kesukaran sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak merujuk bahan-bahan dari internet dan bahan ilmiah disamping berbincang dengan rakan-rakan. Saya juga banyak merujuk kepada guru-guru berpengalaman di sekolah saya. Dengan itu, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan kesedaran dalam membina RPH yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengajaran. Pengamatan saya terhadap apa yang disampaikan pensyarah seperti teknik, kaedah serta komponen penting dlam menyediakan RPH serta bahan bantu mengajar amat membuka minda saya bahawa pelajar sememangnya akaan tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menarik serta mencabar. Selama ini teknik pengajaran saya yang sangat biasa agak membosankan mereka. Saya terlalu engejar masa dalam membina RPH. Malangnya saya alpa dalam meneliti isi kandungan dalam RPH.Tugasan ini telah meluaskan tahap intelektual saya dan mencerna minda yang proaktif dan produktif. Sayang sekali saya telah mensia-siakan tempoh saya mengajar hanya dengan pengajaran yang biasa tanpa aktiviti dan teknik yang menarik. Kursus Pengkaedahan dan Pembelajaran Bahasa Melayu ini ternyata membantu saya dalam menjadi seorang guru yang baik dan Berjaya mencapai objektif pengajaran. Apabila kembali ke sekolah nanti, sudah pasti saya tidak sabar untuk menyampaikan pengetahuan saya ini kepada pelajar-pelajar di sekolah saya. Saya tidak akan mensia-siakan pengetahuan ini begitu sahaja. Saya akan membuat bengkel kepada guru-guru di sekolah untuk menyampaikan kaedah dan teknik pengajaran serta membina RPH yang baik. Sudah pasti generasi muda di sekolah saya akan tertarik dengan kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran ini. Pelbagai pertandingan kebudayaan dapat saya anjurkan untuk memartabatkan kebudayaan ini.Guru-guru muda dan guru berpengalaman juga seharusnya sedar bahawa pentingnya kita menarik perhatian pelajar dan memastikan pembelajaran diterima oleh mereka adalah dengan merancang pembelajaran yang menarik dan memastikan objektif pembelajaran itu tercapai. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pensyarah kerana telah berjaya membuka minda, kemahiran dan pengatahuan saya.

Lampiran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Transformasi Profesion Perguruan Negara

RujukanAlbaugh. P. (1997) The Role Of Skeptipism in Preparing Teachers For The Use Of Technology

Norhana Aini (2010) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran di Sekolah. UPM Selangor.

Sham bin Ibrahim. (2003) Penggunaan Perisian Multimedia dalam Pengajaran Guru UPM Selangor.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.

www.teknikpdpdisekolah.org.com.my

www.PPPM2013-2015.kpm.gov.my

www.scribd.teknikpengajarandalamkelas.tgp.com.my

18