asigment kurikulum.docx

Upload: beby-bear

Post on 13-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    1/25

    HBEC 2303

    HBEC 2303

    CURRICULUM DEVELOPMENT: THE MALAYSIAN PERSPECTIVE

    JANUARY 2013

    \NAMA : LIYANA FARHANA BINTI MOHD ABU YANINNO MATRIK : 890120235486001NO KAD PENGENALAN : 890120235486PU!AT PEMBELA"ARAN : MELAKA CENTR

    1#0 PENGENALAN

    Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara

    menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,

    emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan

    warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala

    bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan egara.

    !alaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan

    sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. "anpa

    falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas.

    Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar

    #

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    2/25

    HBEC 2303

    bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensii insrtrumental $ sosial dan

    dimensi intrinsik.

    Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan %akademik dan kokurikulum&

    yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai

    matlamat pendidikan. 'a suatu rancangan yang meliputi segala ilmu

    pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur(unsur kebudayaan dan

    kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli(ahlinya. Kurikulum

    kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,

    kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid(murid pada

    akhir tempoh persekolahan masing(masing %)kta Pendidikan #**+&.

    leh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di

    Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam

    menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga

    memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik

    dalam semua aspek kehidupan %Mastura -adis, /001&.

    1#0 DEFINI!I KURIKULUM

    Menurut Kamus 2ewan %/003&, kurikulum dide4nisikan sebagai skop

    dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah ataupun senarai

    kesemua mata pelajaran %kursus pengajian& di sekolah mahupun di

    institusi lain. Selain itu, kurikulum juga bermaksud isi atau kandungan dan

    skop sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain(lain serta dikenali

    sebagai senarai kursus atau mata pelajaran yang dirancang di bawah satu

    /

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    3/25

    HBEC 2303

    sistem pendidikan yang digunakan di sekolah(sekolah %)dli 5

    Khuaihan /001&.

    Selain itu, )mir 6asan %/00+& menyatakan bahawa kurikulum

    melibatkan aspek(aspek perancangan dan penyampaian secara formal.Kurikulum formal sekolah(sekolah Malaysia adalah dirancangkan secara

    berpusat.

    'stilah kurikulum dimaksudkan sebagai rancangan aktiviti dan

    pengalaman yang disediakan untuk murid(murid di sekolah. Kurikulum ini

    merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata pelajaran, dan

    aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan(persatuan di sekolah, sukan dan

    permainan. Selain daripada itu, guru(guru, murid(murid, sekolah, disiplin,kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan

    unsur penting dalam kurikulum. Sekiranya hal terebut berubah, kurikulum

    juga akan berubah %Musa #**/&.

    Menurut )bu -akar 5 'khsan %/007&, kurikulum mempunyai maksud

    yang berbea terpulang kepada cara pemikiran seseorang individu

    ataupun masyarakat. Pada pandangan masyarakat, kurikulum ialah

    pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah.amun, bagi individu yang ber4kiran lebih perspektif melihat kurikulum

    sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu.

    Pandangan ini menganggap pelajaran yang disediakan sebagai satu

    keadaan yang bersepadu dan terancang. Kumpulan ini terbahagi kepada

    dua pandangan yang berlainan.

    Pandangan pertama mengehadkan kurikulum sebagai rancangan yang

    berlaku dalam masa sekolah sahaja dan ada yang lebih khusus, iaitu

    dalam aktiviti di bilik darjah sahaja. Pandangan kedua pula tidak

    mengehadkan kurikulum sebagai aktiviti dalam masa sekolah sahaja

    sebaliknya menyatakan bahawa kurikulum juga merangkumi aktiviti(

    7

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    4/25

    HBEC 2303

    aktiviti yang berlaku di luar masa sekolah sekiranya aktiviti tersebut

    dirancangkan terlebih dahulu.

    )bu -akar 5 'khsan %/007& juga menyatakan bahawa maksud

    kurikulum adalah berbea bagi setiap individu yang berlainanpendiriannya. 8usteru, bagi mengelakkan perselisihan di antara individu(

    individu tersebut, satu de4nisi yang luas dan mencakupi pelbagai aspek

    telah diguna pakai. Kurikulum telah ditafsirkan sebagai pengalaman

    ataupun satu siri pengalaman yang dirancang bagi mencapai sesuatu

    matlamat tertentu. leh itu, tingkah laku yang tidak dirancang tidak akan

    dijadikan tumpuan utama. !alau bagaimanapun, aktiviti(aktiviti yang

    tidak dirancang yang berlaku semasa sesuatu program itu berjalan adalah

    dianggap sebagai kurikulum terpendam.

    Menurut M9 2onald %#*+3& dalam )bu -akar 5 'khsan %/007&

    mencadangkan perpisahan di antara kurikulum dan pengajaran kerana

    beliau berpendapat kurikulum merupakan rancangan untuk tindakan

    selanjutnya manakala pengajaran ialah tindakan sebagai yang telah

    dirancang.

    Menurut kajian :amah %/00; &, de4nisi kurikulum boleh dibahagikankepada dua iaitu kurikulum luas dan umum, serta kurikulum khusus.

    Kurikulum luas dan umum pula terbahagi kepada empat de4nisi mengikut

    bahagian tersendiri iaitu kurikulum sebagai sistem, pengalaman, bidang

    kajian dan mata pelajaran.

    :amah %/00;& menyatakan de4nisi kurikulum sebagai sistem

    bermaksud kurikulum merupakan satu sistem dalam mana manusia dan

    proses atau organisasi kakitangan dan prosedur berinteraksi secara linear

    ataupun bukan linear. 2e4nisi kurikulum sebagai pengalaman dapat

    dilihat apabila 9aswell dan 9ampbell %#*73& menyatakan bahawa

    kurikulum ialah kesemua pengalaman yang diperolehi di bawah panduan

    guru atau sekolah %:amah /00;&. "anner 5 "anner %#*10& menyatakan

    ;

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    5/25

    HBEC 2303

    bahawa kurikulum jua ialah proses membina semula pengetahuan dan

    pengalaman secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau

    universiti supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan

    pengalaman mereka %:amah /00;&.

    3#0KURIKULUM !TANDARD PRA!EKOLAH KEBANG!AAN

    Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting

    dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak(kanak. Pengalaman

    prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan

    menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan

    diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alampersekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. %Pusat Perkembangan

    Kurikulum /007&.

    Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak(kanak

    tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan

    kesihatan mentall dan 4ikal kanak(kanak serta perkembangan intelek

    mereka. -agi kanak(kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk

    belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan

    keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan

    tahap perkembangan kanak(kanak supaya dapat merangsang

    pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan

    kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.

    leh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada

    usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan

    bermakna kepada kanak(kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus

    utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

    kanak(kanak,menekankan kepada inkuiri penemuan,dan menggunakan

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,bertema,belajar

    3

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    6/25

    HBEC 2303

    melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajatan berasaskan

    projek.

    Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan

    pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak(kanak

    dan mengambil kira perbeaan antara individu. Melalui proses pengajaran

    dan pembelajaran ini,kanak(kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran

    asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah

    rendah kelak.. Pendekatan pembelajaran yang

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    7/25

    HBEC 2303

    Rajah 1 : Latar Belakang Kurikulum Pra Sekolah

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan %KSPK& diperkenalkan pada

    /0#0 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak(kanak berumur

    empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek

    jasmani,emosi,rohani,intelek dan social melalui persekitaran pembelajaranyang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang

    menyeronokkan,kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran

    literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan,keyakinan dibangunkan

    dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak(kanak dipupuk. 'ni adalah

    untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan

    persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi

    kelangsungan pembelajaran seterusnya.

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan terbina berdasarkan

    rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard

    Kandungan dan Standard pembalajaran yang patut diketahui dan boleh

    dilakukan oleh kanak(kanak berumur empat hingga enam tahun.. Standard

    =

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    8/25

    HBEC 2303

    Kandungan dan Standard pembalajaran adalah berpaksikan kepada

    pengetahuan,kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran

    berikut >

    i. Komunikasiii. Kerohanian,Sikap dan ilaiiii. Kemanusiaaniv. Sains dan "eknologiv. Perkembangan Fiikal dan ?stetika

    vi. Perkembangan Ketrampilan 2iri

    Rajah 2 : Tunjang Dalam Kurikulum Standard Prasekolah

    @ntuk tujuan

    kesinambungan,tunjang( tunjang pembelajaran

    ini adalah sama dengan tunjang yangdifokuskan dalam

    pendidikan sekolah rendah.

    1

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    9/25

    HBEC 2303

    Pada peringkat prasekolah,proses pengajaran dan pembelajaran

    berdasarkan kepada )malan -ersesuaian dengan Perkembangan Kanak(

    kanak %)-P& Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran

    dan pembelajaran bersifat

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    10/25

    HBEC 2303

    4#1 TUN"ANG KOMUNIKA!I

    Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada

    pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas

    bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran

    mendengar,bertutur,membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan

    orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik

    meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam

    pembelajaran. 'ni akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat.

    "unjang ini terdiri daripada -ahasa Malaysia,-ahasa 'nggeris,-ahasa

    9ina dan -ahasa "amil. -ahasa Malaysia dan -ahasa 'nggeris adalah wajib

    dipelajari oleh semua kanak(kanak prasekolah. -ahasa 9ina dan -ahasa

    "amil dipelajari oleh kanak(kanak di prasekolah yang beraliran bahasa 9ina

    dan bahasa "amil. -ahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam

    seminggu,manakala -ahasa 'nggeris diajar selama dua jam seminggu di

    prasekolah yang bahasa pengantarnya bahasa Malaysia dan satu jam

    seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan -ahasa Malaysia.

    #0

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    11/25

    HBEC 2303

    Fokus utama pengajaran "unjang Komunikasi adalah kemahiran -ahasa

    dan seni -ahasa. Kemahiran -ahasa ialah menyepadukan empat kemahiran

    iaitu kemahiran mendengar,kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan

    kemahiran menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

    '. Kemahiran mendengar A Kanak(kanak boleh membeakan bunyi dan

    boleh memahamiapa yang didengar.

    ''. Kemahiran bertutur A Murid dapat menyebut bunyi dan perkataan

    dengan betul sertadapat menyatakan pemikiran dan perasaan

    mereka secaraberkesan dan bertatasusila.

    '''. Kemahiran membaca A Murid boleh mengucapkan apa yang tertulis

    dan bercetak sertamemahami makna perkataan atau ayat yang

    dibaca.'B. Kemahiran Menulis A Murid dilatih untuk menguasai motor halus

    sehingga bolehmenulis huruf dan perkataan dan seterusnya

    menulis ayatmudah.

    Seni -ahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap kenindahan

    bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama

    dan sajak.

    4#2 TUN"ANG KEROHANIAN$!IKAP DAN NILAI

    "unjang kerohanian,sikap dan nilai merangkumi pendidikan 'slam dan

    pendidikan Moral. Pendidikan 'slam dipelajari oleh murid beragama 'slam

    selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain

    selama dua jam seminggu. "unjang kerohanian,sikap dan nilai amat penting

    bagi pemupukan nilai islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada "uhan,berperibadi

    ##

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    12/25

    HBEC 2303

    mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri,keluarga,masyarakat dan egara.

    4.2.1 PED!D!K" !SL"#

    Pendidikan 'slam memberi pengetahuan dan kemahiran asas

    tentang :ukun 'man,:ukun 'slam,Sirah :asulullah dan Kalimah

    Syahadah. Kanak(kanak prasekolah belajar bersuci,berwuduk,melakukan

    pergerakan solat,mencontohi beberapa akhlak :asulullah dan

    melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak(

    kanak ini juga mengenal asas bahasa )l(Curan,huruf hijaiyah dan jawi

    serta menghafa beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran

    dan pembelajaran pendidikan 'slam dijalankan melalui aktiviti seperti

    bercerita,simulasi,menyanyi,bernasyid,aktiviti hands(on,meneroka dan

    bermain.

    4.2.2 PED!D!K" #$R"L

    Pendidikan Moral prasekolah memberi focus kepada perlakuan

    moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di

    prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yangspesi4k tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan

    dalam prasekolah.ilai(nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan adalah seperti berikut >

    i. Kepercayaan kepada "uhanii. -aik hatiiii. -ertanggungjawabiv. -erterima kasih

    v. 6emah tinggivi. 6ormat(menghormativii. Kasih sayingviii. KeadilaniD. KeberanianD. KejujuranDi. KerajinanDii. Kerjasama

    #/

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    13/25

    HBEC 2303

    Diii. KesederhanaanDiv. "oleransiDv. -erdikari

    Dvi. -erdisiplin

    4#3 TUN"ANG KETRAMPILAN DIRI % PERKEMBANGAN !O!IOEMO!I

    Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada penguasaan emosi

    dan kemahiran social yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan

    kanak(kanak belajar mengawal emosi,pemikiran dan tindakan supaya dapat

    menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

    #7

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    14/25

    HBEC 2303

    Perkembangan emosi dan social yang sihat,sangat penting dalam

    kehidupan seseorang. )spek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.

    Kanak(kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah

    rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap.

    Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan

    pengurusan emosi sendiri,pencapaian emosi yang positif,pembinaan konsep

    kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial.

    Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak(kanak berada di

    prasekolah,ia tidak dicapai melalui aktiviti spesi4k tetapi menerusi kesemua

    aktiviti sama ada aktiviti rutin,semasa rehat,semasa makan dan juga aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang lain.

    4#4 TUN"ANG PERKEMBANGAN FI&IKAL DAN E!TETIKA

    #;

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    15/25

    HBEC 2303

    "unjang Perkembangan Fiikal dan ?stetika merangkumi Perkembangan

    Fiikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.

    4.4.1 PERKE#B"%" &!'!K"L D" PE("%"" KES!)"T"

    Kanak(kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti

    yang menguatkan kawalan otot mereka. )spek perkembangan 4ikal

    adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan 4ikal

    yang mantap kanak(kanak akan menghadapi masalah dalam

    melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis

    dan melukis ,penglibatan dalam aktiviti sukan,aktiviti memainkan

    peralatan muik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah

    menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran

    motor halus,kemahiran motor kasar serta koordinasi mata(tangan di

    kalangan kanak(kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik

    yang betul untuk melompat,menyambut objek,membaling objek serta

    postur yang betul semasa duduk.

    "unjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan

    penjagaan kesihatan 4ikal diri,kebersihan persekitaran dan

    pemakanan yang berkhasiat. "abiat yang dibina akan memanfaatkan

    kanak(kanak ini sepanjang usia mereka. Secara laimnya,kanak(kanak

    yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang

    lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang

    positif. "unjang ini juga mendedahkan penyebab kemalangan dan

    bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan

    diri.

    4.4.2 PERKE#B"%" KRE"T!*!T!

    Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual,pendidikan muik

    serta drama dan gerakan kreatif. "unjang ini lebih menekankan proses

    #3

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    16/25

    HBEC 2303

    daripada produk. Kanak(kanak diberi peluang untuk menahirkan idea

    mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam akiviti kreativiti.

    Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni,ekspresi kreatif dan

    apresiasi. )plikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih

    bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. ?kspresi

    kreatif adalah proses penghasilan karya. )presiasi seni melibatkan

    proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan

    penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang

    lain.

    Pendidikan Muik merangkumi aktiviti menyanyi,pengalaman awal

    untuk memainkan perkusi,penghasilan muik menerusi bahan atau

    objek improvisasi,dan apresiasi muik.

    2rama dan Eerakan kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan

    kreatif di mana murid diberi peluang untuk main

    peranan,berlakon,menari dan membuat gerakan secara kreatif.

    )ktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya

    kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajarantunjang lain. )ktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa

    digunakan semasa pembelajaran bahasa,matematik dan lain(lain.

    #+

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    17/25

    HBEC 2303

    4#5 TUN"ANG !AIN! DAN TEKNOLOGI % A'AL !AIN! DAN A'AL

    MATEMATIK

    "unjang Sains dan "eknologi merangkumi awal sains,awal matematik,aktiviti

    pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan '9".

    4.+.1 ","L S"!S

    )wal Sains menyediakan peluang kepada kanak(kanak untuk

    meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan

    peralatan mudah. 2alam proses penerokaan ini,sikap sainti4k yang

    positif seperti sifat ingin tahu,sistematik dan teliti akan terbentuk.

    Semasa proses penerokaan ini,kemahiran asas proses sains seperti

    kemahiran memerhati,mengukur menggunakan unit bukan

    piawai,membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.

    Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan % contoh >

    tumbuhan,haiwan&, alam bahan % contoh > objek yang tenggelan dan

    timbul,air,magnet& dan alam 4ikal % contoh > pelangi,cuaca&. "unjang ini

    lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehanpengetahuan. Euru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan

    dapatan daripada hasil penerokaan murid.

    )wal sains menyediakan peluang kepada kanak(kanak empat

    hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek

    #=

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    18/25

    HBEC 2303

    seperti blok. )ktiviti pembinaan ini bukan sahaja member peluang

    kepada kanak(kanak untuk mempelajari konsep penghubung,lingkungan

    serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid

    dan kemahiran motor halus.

    4.+.2 ","L #"TE#"T!K

    )wal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik

    kepada kanak(kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep

    pranombor,nombor,operasi nombor yang mudah,nilai wang,konsep

    waktu,bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa

    yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran

    bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

    "unjang sains dan "eknologi juga menyediakan peluang kepada

    kanak(kanak menngunakan komputer untuk melakukan tugasan

    tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

    4#6 TUN"ANG KEMANU!IAAN

    "unjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak(kanak supaya

    lebih memahami diri sendiri,lebih memahami perhubungan antara diri

    dengan keluarga,rakan,komuniti dan alam sekitar. Kanak(kanak juga akan

    lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan(perhubungan ini.

    "unjang ini juga member penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi

    pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan

    pelbagai kaum ini.

    "unjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di

    prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina

    tema(tema pembelajaran.

    #1

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    19/25

    HBEC 2303

    5#0 RANCANGAN PENGA"ARAN TUN"ANG KEMANU!IAAN

    RANCANGAN !LOT 30 MINIT

    Kelas > "abika Kemas serom ;

    "arikh > // Februari /0#7 % 8umaat&

    Masa > *.00(*.70 pagi %70 minit &

    -il. Murid > #/$#1 orang

    Modul > -ertema

    "ema > 2iri Saya

    #*

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    20/25

    HBEC 2303

    Subtema > 8iran Saya

    "unjang @tama > Kemanusiaan

    Standard Kandungan > KM 3.# mengamalkan semangat bermasyarakat

    Standard Pembelajaran > KM 3.#.; -ergaul mesra dan tolong menolong

    Kesepaduan "unjang > PS? 7./.= -erkongsi idea,barang dan peralatan

    seperti

    permainan,makanan.

    -' #.;.; isten to and perform actions based on

    instructions in

    activities and games

    bjektif Pembelajaran > Pada akhir pembelajaran,murid(murid dapat >

    i. -ergaul mesra dan tolong menolong dalam

    menghasilkan bentuk kuih dengan cermat

    secara berkumpulan.

    pengetahuan Sedia )da > Murid(murid pernah melihat bentuk(bentuk kuih

    di majalah

    K-KK > Meneliti bahagian dan keseluruhan,menerangkan

    sebab,

    membuat keputusan

    Penerapan ilai > Kebersihan,kerjasama,semangat bermasyarakat

    --M > 2oh,piring kertas,laptop,tikar getah

    M()( * I)+ P,-(.(/( A+++ P,(.(/( ( C(((

    /0

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    21/25

    HBEC 2303

    L(( P,7,-(.(/(!, I)+

    3 7++ ;

    -#ari #enonton

    Soalan >

    i. )pakah yang kamu

    lihat pada video

    tadiG

    #. Euru menayangkan

    video berkaitan

    dengan kehidupan

    berjiran./. Euru bersoaljawab

    dengan murid

    tentang video yang

    ditayangkan.7. Euru mengaitkan

    sert induksi dengan

    isi pelajaran.

    BBM

    (92

    (aptop

    KBKK

    (Membuat

    keputusan

    L(( 1

    P,

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    22/25

    HBEC 2303

    1)

    Kuih Raya

    (kumpulan 2)

    Maruku

    (kumpulan 3)

    sebagai jiran yang

    saling

    bekerjasama,dan

    tolong menolong.

    7. Setiap kumpulan

    dikehendaki untuk

    menghasilkan

    bentuk kuih dengan

    menggunakan doh

    yang telah

    disediakan.

    (2oh

    KBKK

    (Meneliti

    bahagian dan

    keseluruhan

    P,=

    2 7++ ;

    -Kongsi Kuih #. Euru mengarahkan

    setiap kumpulan

    untuk bertukar(tukar

    bentuk kuih dengan

    kumpulan yang lain./. Euru merumuskan

    aktiviti yang telah

    dijalankan.

    NILAI

    (6ormat

    (Kasih

    sayang

    6#0 RUMU!AN

    //

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    23/25

    HBEC 2303

    Secara keseluruhannya, kurikulum merupakan satu unit

    perancangan yang dirancang dan dibangunkan untuk tujuan

    pengajaran dan pembelajaran. Para guru akan merujuk dan

    menjadikan panduan dalam merangka pengajaran dan pembelajaran

    seharian kepada murid(murid. Melalui kurikulum, para guru boleh

    merancang dan menyusun rancangan dan aktiviti pembelajaran sama

    ada di dalam kelas atau di luar kelas.

    Kurikulum ini dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

    selaras dengan tahap keupayaan, serta tahap pemikiran kognitif

    murid. Sepertinya yang kita tahu, kandungan kurikulum yang dibina

    adalah berlainan berdasarkan tahap umur murid, serta tahap

    pemikiran minda murid.

    Kandungan kurikulum yang dibangunkan adalah terkini dan

    menepati keperluan dan kehendak semasa. Haman kini, sains dan

    teknologi merupakan satu keperluan utama dalam membangunkan

    negara. Kandungan kurikulum ini bukan sahaja merangkumi unit

    perancangan yang menjurus kepada perkembangan intelek, malah

    kandungan kurikulum ini telah diterapkan unsur kerohanian dan spiritul

    untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan moral

    %Pusat perkembangan Kurikulum /007&. Kandungan kurikulum juga

    akan sentiasa dikemaskini dan ditambahbaikkan menepati keperluan

    semasa.

    9adangan untuk pembangunan kurikulum ini ialah, setiap

    kurikulum yang akan dibina harus menimbangkan aspek latar belakang

    murid. 'ni kerana, murid(murid seluruh Malaysia adalah mempunyai

    latar belakang yang berbea.

    Selain itu, kandungan kurikulum yang dibina adalah

    beorientasikan kemahiran dan bukannya beroreintasikan kepada

    peperiksaaan semata(mata. ebih banyak kurikulum yang menjurus

    /7

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    24/25

    HBEC 2303

    kepada aktiviti mengembangkan minda dan mengasah kemahiran

    murid,jadi pendekatan kurikulum ini tidaklah menjurus kepada murid

    berfokuskan kepenuhnya kepada buku semata(mata.

    /;

  • 7/26/2019 asigment kurikulum.docx

    25/25

    HBEC 2303

    >#0 BIBLIOGRAFI

    )bu -akar ordin 5 'khsan thman. /007. alsa!ah Pen"i"ikan Dan

    Kurikulum. Kuala umpur > Cuantum -ooks.

    )mir 6asan 2awi. /00+. Penteorian #osiolo$i "an Pen"i"ikan, edisi

    ketiga.

    Kuala umpur > Cuantum -ooks.

    )dli 6j. Iacob 5 Khuaian Hakaria. /001. Kamus Bahasa Melayu. Kuala

    umpur 9resent ews Sdn -hd.

    2raf. /007. Kurikulum Prasekolah Ke%an$saan. Kuala umpur >Kementerian Pendidikan Malaysia.Kamus 2ewan, edisi keempat. /003. Kuala umpur > 2ewan -ahasa

    dan

    Pustaka.

    Mok Soon Sang. #**3. Pendidikan 2i Malaysia . Kuala umpur >

    Kumpulan -udiman Sdn.-hdPusat Perkembangan Kurikulum. /007. Kurikulum Prasekolah

    Ke%an$saan.Kuala umpur > Kementerian Pendidikan Malaysia.

    www.scribd.com$doc$;137+71$D,?+)+(K/+-7www.moe.gov.my$bpk$...$indeD.phpGhttp>$$www.ptm.org.my$aboutJpreschool.html

    /3

    http://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulumhttp://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulumhttp://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulumhttp://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulumhttp://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulumhttp://www.moe.gov.my/bpk/.../index.phphttp://www.moe.gov.my/bpk/.../index.phphttp://www.scribd.com/doc/4853638/Definisi-Kurikulum