asgmnt kesihatan ibuk c adam

14
Keperluan 1 Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan. Segalanya yang kita impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Menurut Steven R Covey (2005) menyatakan bahawa, proses penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada individu mendapat apa sahaja yang diimpikan. Mempunyai matlamat secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan untuk mencapainya. Sebagai contoh, sebelum memulakan perjalanan ketika menaiki kenderaan. Seseorang pemandu akan cuba menentukan destinasi yang hendak dituju dan merancang jalan yang paling sesuai bagi mengelakkan dari berlakunya malapetaka yang tidak dingini. Selain itu juga, sebelum seseorang membina rumah idaman, perancangan pelan dalam minda mengenai gambaran rumah, bilangan dan kedudukkan bilik, rekaan dalaman dan sebagainya sebelum ianya dilakarkan diatas kertas dan diberikan kepada pereka plan dan arkitek dilakarkan pada kertas lukisan. Berdasarkan contoh tersebut, perancangan ke atas matlamat sememangnya diperlukan agar kriteria-kriteri sasaran dan matlamat yang hendak digapai terlaksana. Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diikuti dalam menentukan matlamat hidup seseorang individu. Antara langkah tersebut seperti membuat perancangan masa dengan menetapkan sasaran waktu bagi mencapai matlamat hidup yang hendak dikecapi. Menurut ?? menyatakan bahawa, proses penetapan waktu ini boleh disasarkan berdasarkan kepada beberapa 1

Upload: halusan-maybe

Post on 02-Feb-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

persoalan mengenai hal ehwal kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Keperluan 1

Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan.

Segalanya yang kita impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan

dan kecemerlangan. Menurut Steven R Covey (2005) menyatakan bahawa, proses penetapan

matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada

individu mendapat apa sahaja yang diimpikan. Mempunyai matlamat secara tidak langsung akan

membina sikap yang positif dan memberi kekuatan untuk mencapainya. Sebagai contoh, sebelum

memulakan perjalanan ketika menaiki kenderaan. Seseorang pemandu akan cuba menentukan

destinasi yang hendak dituju dan merancang jalan yang paling sesuai bagi mengelakkan dari

berlakunya malapetaka yang tidak dingini. Selain itu juga, sebelum seseorang membina rumah

idaman, perancangan pelan dalam minda mengenai gambaran rumah, bilangan dan kedudukkan

bilik, rekaan dalaman dan sebagainya sebelum ianya dilakarkan diatas kertas dan diberikan

kepada pereka plan dan arkitek dilakarkan pada kertas lukisan.

Berdasarkan contoh tersebut, perancangan ke atas matlamat sememangnya diperlukan

agar kriteria-kriteri sasaran dan matlamat yang hendak digapai terlaksana. Terdapat beberapa

langkah-langkah yang boleh diikuti dalam menentukan matlamat hidup seseorang individu.

Antara langkah tersebut seperti membuat perancangan masa dengan menetapkan sasaran waktu

bagi mencapai matlamat hidup yang hendak dikecapi. Menurut ?? menyatakan bahawa, proses

penetapan waktu ini boleh disasarkan berdasarkan kepada beberapa kriteria sama ada

berkemungkinan dua jam, satu minggu atau satu tahun. Rancangkanlah penggunaan masa supaya

tidak terpesong daripada matlamat oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was

dan kerisauan.

Selain itu juga, dalam menetapkan sasaran matlamat hidup, setiap individu perlu

mengetahui kekuatan diri mereka sendiri. Menurut ?? menjelaskan bahawa, langkah mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan diri individu dapat membantu menyasarkan asar matlamat yang

hendak dikecapi. Setiap individu yang memiliki matlamat hidup tersendiri mesti mengetahui

kekuatan diri dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila

dapat mengenal pasti kekuatan diri, kita akan lebih berkeyakinan merancang tindakan yang akan

diambil. Perlunya kita mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri dari

dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.

1

Page 2: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Setelah mengenal pasti kekuatan diri sendiri, mengenalpasti kelemahan diri turut

membantu seseorang individu itu berkemampuan mewujudkan matlamat hidup yang terancang

dan sistematik. Menurut ?? menjelaskan bahawa, mengetahui kelemahan diri bukannya mencari

alasan untuk tidak melakukan sesuatu tetapi bagi mengenal pasti cara untuk mengatasinya.

Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Bagi

meningkatkan kewujudan matlamat hidup yang positif, selalulah melakukan perbandingan diri

dengan orang lain. Sekiranya seseorang individu mempunyai kelebihan itu, anggaplah kelebihan

tersebut sebagai satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang

cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi

sepertinya. Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai

atau tidak dengan kemampuan untuk mencapainya. Jelaslah bahawa, perancangan langkah-

langkah yang teratur akan dapat mewujudkan matlamat hidup yang terancang dan sistematik.

Keperluan 2

Salah satu cara bagi seseorang individu agar terus bermotivasi dan komitmen dalam

menjalankan sesuatu pekerjaan melalui konsep peniruan ke atas contoh teladan yang baik

sebagai "Role Model". Menurut ?? menyatakan bahawa, Role Model merupakan individu yang

telah menemui kejayaan terlebih dahulu dalam bidang yang diceburi dan menjadi rujukan atau

panduan orang lain bagi mencontohi kejayaan tersebut. Atas sebab itulah, seorang individu yang

diangkat menjadi Role Model sebagai contoh teladan, kebiasaanya akan memberikan inspirasi

dan kekuatan ke atas orang lain bagi meningkatkan memotivasi diri khususnya ketika komitmen

diri mereka mulai berada ditahap yang rendah.

Petua bagi seseorang individu mencari dan menemukan seseorang sebagai contoh teladan

dapat dilakukan melalui penilaian untuk membuat pengamatan secara mendalam. Penilaian yang

teliti akan membawa kepada pembentukan minat yang lebih sekali gus membentuk inspirasi

yang akan meniupkan semangat membara untuk memotivasi diri kita bagi menjadi seperti Role

Model kita. Secara tidak langsung juga, melalui kaedah pengamatan secara berterusan untuk

membuat penilaian yang positif, akan menjadikan seseorang itu jauh lebih ke hadapan mengatasi

2

Page 3: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

tahap kemampuan Role Model ekoran berjaya membuat penilaian secara kritis dan kreatif.

Sebagai contoh seseorang bapa yang berjaya meniupkan semangat keberanian dalam hidup anak

remajanya untuk membuat penilaian positif seiring dengan perkembangan minda dan hawa nafsu

remajanya

Di samping itu juga, kriteria bagi seseorang untuk meletakan aras Role Model yang

menjadi ikutan dan panduan dapat diperhatikan melalui kemampuan individu yang menjadi

contoh teladan kepada umum dalam menyingkirkan segala perasaan ketakutan dan keraguan

yang ada di dalam pikiran ketika ingin mengejar impian. Menurut ?? menjelaskan bahawa,

pemahaman ke atas impian ataupun mimpi yang mampu digapai untuk menjadi nyata dalam diri

seorang Role Model melalui usaha yang berterusan secara tidak langsung akan memberi

kesedaran kepada kumpulan pengikutnya. Berdasarkan konsep tersebut, setiap individu

berpeluang untuk mencungkil bakat terpedam seperti yang dilalui oleh Role Modelnya untuk

dijadikan panduan dan ikutan sejajar dengan usaha yang berterusan bagi mengejar matlamat dan

impian yang pada peringkat awalnya hanyalah sebuah mimpi-mimpi indah sahaja. Sebagai

contoh, sasaran Tun Dr Mahathir setelah melihat kemampuan bangsa Jepun keluar daripada

belenggu kemusnahan Perang Dunia Kedua apabila mampu menjadi sebuah negara Perindustrian

pada abad ke 20. Melalui pandangan dan kemampuan bangsa Jepun itulah, Tun Dr Mahathir di

era pemerintahnnya cuba mencipta kereta keluaran Malaysia yang akhirnya terbukti kejayaannya

apabila model Proton Saga pertama berjaya dikeluarkan pada tahun 1993.

Kriteria dan petua untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya seperti Role

Modelnya dengan berhenti memuja ataupun taksub dan hanya melihat kelebihan Role Modelnya.

Sebaliknya sentiasa berwaspada dan berlapang dada melihat kekurangan sifat yang dimiliki oleh

Role Modelnya. Hal ini kerana, fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T sememangnya

tidak pernah sempurna dan saling kebergantungan dengan individu yang lain. Berdasarkan

konsep dan ciri tersebut, individu perlulah bijak dalam membuat penilaian bagi terus menjadikan

Role Modelnya sebagai ikutan dan panduan untuk meningkatkan motivasi diri mereka.

Menurut ?? menjelaskan bahawa, contoh teladan yang baik bererti memiliki kelemahan dan

kekurangan sebagai manusia dan turut dikurniakan kelebihan-kelebihan yang menyempurnakan

dirinya sebagai seorang yang kritis dan kreatif. Melalui pegangan kepercayaan itulah, kita harus

belajar agar tidak melakukan kesalahan yang sama sekali gus mempelajari bagaimana cara

3

Page 4: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

seorang Role Model mengatasi masalah tersebut dalam mencapai kejayaan. Sebagai contoh

peristiwa kejatuhan mata wang Malaysia pada tahun 1998. Langkah Tun Dr Mahathir menambat

mata wang Malaysia ketika dolar Amerika bersamaan 3 dollar lebih telah membawa kepada

pemulihan masalah inflasi negara ketika itu. Walaupun langkah Tun dilihat sebagai tidak

rasional dan membawa kepada kejatuhan ekonomi negara, namun atas pengalaman ketika belajar

di bawah pemerintahan eropah telah membuka peluang kepada Tun Mahathir untuk

membuktikan persepsi masyarakat ke atas kejayaannya memulihkan masalah ekonomi pada

tahun 1998.

Oleh itu, memiliki seorang Role Model adalah suatu pekara yang penting. Role Model

yang inspiratif akan memberikan kekuatan agar kita tetap teguh dalam mengejar impian kita.

Dengan meniru perlakuan dan intelektual role model serta mengubah suai aktiviti peniruan

mengikut acuan karakter kita sendiri, sesungguhnya hasil peniruan itu akan menjadikan kita

orang yang lebih baik daripada Role Model kita. Proses mengadaptasi model yang dicontoh

daripada Role Model akan memberikan kemudahan dan semangat dalam bekerja sekali gus

menjadi inspirasi motivasi yang sangat berharga.

Keperluan 3

4

Page 5: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Keperluan 4

4.1

Perancangan kewangan ialah satu pelan yang mengariskan usaha yang melibatkan

disiplin-disiplin tertentu untuk mengurus dengan baik sumber pendapatan, aset dan hutang

supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah. Jika mengikut definisi buku, ia

adalah satu proses di mana seseorang merancang masa depan dengan memenuhi matlamat

peribadi serta kewangan.

4.2

Kekayaan bukanlah syarat mutlak untuk bahagia. Ini selaras dengan matlamat hidup

manusia yang ingin mencari ketenangan dan kebahagian. Oleh itu, pengurusan kewangan adalah

perlu untuk penjagaan kesihatan peribadi dan keluarga. Kesedaran menabung dan melabur

5

Page 6: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

kewanngan untuk penjagaan kesihatan adalah perlu. Ramai orang menganggap perancangan

kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan

perkara-perkara yang menyeronokkan.

Manusia mempunyai tabiat boros dalam berbelanja. Justeru, antara strateginya ialah

dengan bersederhanalah berbelanja mengikut kemampuan dan mengikut pendapatan supaya jika

kita sakit, kita boleh belanja duit yang kita simpan untuk tujuan perubatan. Selain itu, kita perlu

mengamalkan sikap utamakan keperluan daripada kehendak. Kita juga perlu bijak dalam

menguruskan kewangan dengan, mencatat segala perbelanjaan harian.

Seterusnya, dengan menyediakan perlindungan kewangan yang terbaik untuk diri sendiri

dan keluarga adalah antara strategi untuk penjagaan kesihatan peribadi serta keluarga.

Perlindungan kewangan yang dimaksudkan ini ialah dengan membeli polisi-polisi insuran

kesihatan yang sesuai dan tepat.

Keperluan 5

5.1

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, hobi bermaksud kegemaran

yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama seperti mengumpul setem,

membaca, dan lain-lain. Antara faedah mempunyai hobi adalah dapat mengisi masa lapang

dengan aktiviti yang berfaedah. Kita juga boleh terhindar daripada melakukan aktiviti kurang

sihat dan bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah sosial.

Selain itu, dengan adanya hobi dapat mengelakkan diri daripada bosan dalam

mengharungi kehidupan seharian. Hobi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia

ada, misalnya dengan membaca, menonton televisyen apabila menonton rancangan dokumentari

seperti Majalah 3 dan melayari internet.

6

Page 7: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

5.2

Hobi saya adalah suka melakukan aktiviti lasak dan luar rumah seperti berjoging dan

mendaki gunung. Melalui hobi ini, saya dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Daya

tahan kardiovaskular saya juga dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung meningkatkan

imuniti badan saya daripada sebarang jangkitan seperti demam. Selain itu, saya juga dapat

mengurangkan stress atau tekanan saya di tempat kerja.

Apabila saya melakukan hobi saya, saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap

aktiviti tersebut dan bukan sahaja memikirkan masalah kehidupan sahaja. Buktinya, bila

membaca novel, kita akan leka dengan penulisan novelis sehingga kita lupa masalah yang kita

hadapi. Secara tuntasnya, dengan mempunyai hobi saya dapat kepuasan diri kerana melakukan

aktiviti yang digemari dan membebaskan diri daripada sebarang masalah yang dihadapi.

Secara tuntasnya, hobi biasanya merupakan suatu kebiasaaan. Sesuatu yang kita sukai

dan mudah untuk dilakukan. Kebiasaan akan menjadi sesuatu yang berguna jika dengan dimulai

hobi yang bermanfaat. Hatta, jadikalah hobi sesuatu yang memberikan manfaat dan kita akan

selalu mendapat ilmu yang baru dan berguna.

Keperluan 6

Strategi-strategi untuk mengatasi kehidupan dengan pendapatan kecil adalah dengan

mendisiplinkan diri dan fokus perkara kecil iaitu kurangkan makan luar, tutup suis elektrik serta

paip air dengan sempurna. Selain itu, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah

pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan adalah strategi berkesan untuk kita mengatasi

kehidupan dengan pendapatan kecil disamping kita bersiap sedia meghadapi masalah

peningkatan kos.

Sehubungan dengan itu, mungkin ada yang berpendapat, menabung pada zaman sekarang

merugikan berbanding melakukan pelaburan. Pelaburan yang semakin popular pada zaman

sekarang adalah menyimpan emas yang memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan

datang. Namun begitu, menabung hendaklah dimulakan pada skala kecil. Sama ada RM 100, RM

200 sebulan itu sudah memadai bergantung kepada pendapatan sebuah keluarga itu.

7

Page 8: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Jika kita membuat senarai baget kita dapat melihat kekurangan atau lebihan

perbelanjaannya sekaligus kita dapat mengubah perbelanjaan daripada negatif kepada positif.

Kita juga perlu menetapkan had perbelanjaan untuk sesuatu pembelian bagi mengelakkan

pembaziran dan perbelanjaan mengikut nafsu. Janganlah kita berbelanja hanya mengikut trend

atau fesyen terkini hanya semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Buatlah perbandingan harga

dibeberapa buah pasar raya. Biarpun terdapat perbezaan harga RM 1- RM 2 bagi setiap barang,

itu sudah cukup memberikan banyak penjimatan. Bayangkan jika kita dapat berjimat, lebihan

wang tadi boleh disimpan.

Selain itu, menyediakan dana darurat dapat mengatasi perbelanjaan dengan pendapatan

yang kecil. Jika kita menghadapi masalah sevara tiba-tiba, kita boleh meggunakan dana tersebut

jika hal itu terjadi. Hidup kita juga akan lebih tenang kerana memiliki dana yang boleh

digunakan ketika waktu-waktu terdesak.

Keperluan 7

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada penerima

wasiat untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi

perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. Antara manfaat menulis wasiat ialah dapat

memastikan masa depan orang yang disayangi terjamin, memastikan aset dapat diagihkan

mengikut keinginan yang diingini, kita dapat menamakan penjaga yang dipercayai untuk

mengurus anak-anak yang masih kecil dan melantik wasi untuk melaksanakan terma wasiat kita.

Cara memberitahu waris berkaitan penulisan wasiat adalah dengan mengenal pasti semua

harta benda boleh alih seperti duit simpanan tabung haji dan sebagainya. Manakala, harta tidak

boleh alih ialah hartanah seperti rumah, tanah, kilang dan sebagainya. Seterusnya, membuat

penyenaraian mengenai harta tersebut supaya tidak tertinggal dalam agihan yang hendak dibuat.

8

Page 9: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Selain itu, senaraikan semua waris farai anda diatas satu kertas dan catatkan nombor kad

pengenalan atau nombor sijil lahir jika masih dibawah umur.

Cara seterusnya ialah dengan menyenaraikan hutang-hutang yang ada disebabkan, hutang

meruapakan satu perkara yang sangat penting dalam pentadbiran wasiat Islam. Sebelum harta

diagihkan kepada waris, hutang hendaklah terlebih dahulu diselesaikan. Salah satu kelebihan

penulisan wasiat ialah berwasiat harta benda kepada bukan waris faraid seperti anak angkat atau

badan-badan kebajikan.

Wasi atau pentadbir ialah pihak yang akan bertanggungjawab melaksanakan semua

arahan wasiat kita. Pihak wasi akan mengemukakan kepada pihak mahkamah untuk memohon

surat kebenaran supaya ia mendapat kuasa untuk mencairkan semua aset dan terus agihkan.

Seterusnya adalah mengisi borang wasiat dari peguam wasiat. Mereka ini akan menunjuk ajar

proses yang seterusnya sehingga Berjaya memiliki satu dokumen yang sempurna.

Rujukan

1. http://mypmfep.blogspot.sg/2009/05/apa-itu-perancangan-kewangan.html

2. Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir, Cukup Wang Hati Tenang : Buku Panduan

kewangan peribadi dan keluarga. Malaysia.Kuala Lumpur. Al-Ameen Serve Holdings

Sdn. Bhd.Jun 2005, 294.

3. Pengurusan kewangan : Kemahiran untuk semua orang, terbitan BANK NEGARA

MALAYSIA dan Gabungan Persatuan-persatuan pengguna Malaysia

(www.bnm.gov.my)

4. http://www.utusansarawakonline.com/news/10418/Ubah-cara-berbelanja-hadapi-

kenaikan-kos-sara-hidup/

9

Page 10: Asgmnt Kesihatan Ibuk c Adam

Tarikh Siar : 16 jan 2014 / Bernama

5. http://www.buatwasiat.com/langkah-buat-wasiat.html#.VPlbNPmUepA

10