asg siap

106
BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Peranan guru bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk sahsiah, pentadbir, pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada pelajar malah lebih daripada itu. Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang dilaksanakan di sekolah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pada tahun 2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa, membabitkan isu moral dan keselamatan seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme, gangsterisme dan hubungan seks (Statistik Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar yang menyimpang daripada norma- norma masyarakat sekeliling. 1

Upload: rina182

Post on 17-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

ABSTRAK

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1PENGENALAN

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Peranan guru bukan sahaja sebagai pendorong, pembimbing, penggerak, pembentuk sahsiah, pentadbir, pengurus, pemudah cara, pengganti ibu bapa dan penilai kepada pelajar malah lebih daripada itu. Disiplin merupakan satu kawalan sosial yang dilaksanakan di sekolah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan lancar. Tanpa pengurusan disiplin yang berkesan, adalah sukar untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dan usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pada tahun 2010 masalah disiplin berlaku secara berleluasa, membabitkan isu moral dan keselamatan seperti penglibatan pelajar dalam vandalisme, gangsterisme dan hubungan seks (Statistik Jabatan Masyarakat, 2009). Masalah disiplin sekolah dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat sekeliling.

Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin dikategorikan sebagai melanggar disiplin sekolah dan pihak sekolah boleh mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957. Menurut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah 1959, terdapat pelaksanaan hukuman gantung dan buang sekolah.

1.2LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejak akhir-akhir ini, masalah disiplin semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan pola kes juga turut lebih cenderung ke arah kes jenayah berat. Walau bagaimanapun jika disingkap kembali kes yang melibatkan disiplin pelajar sejak tahun 1977, banyak kes yang keluar di akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar - pelajar sekolah adalah seperti Ugut Guru Di Luar Sekolah, 565 Orang Pelajar Ahli Aktif Kongsi Gelap, Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua Gangster, Curi, Samseng Sekolah Ditahap Serius, 1,719 Pelajar Melakukan Jenayah Ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan oleh pelajar. Oleh itu kes sebergini bukanlah sesuatu yang baru tetapi berlarutan hinggalah ke masa kini. Berdasarkan Berita Harian pada 12 Julai 2001 yang lalu telah melaporkan bahawa dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian Pelajaran mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005).

Dalam kes baru-baru ini yang dilaporkan di Putrajaya pada 12 Julai 2014, 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana melanggar peraturan sekolah dengan memakai serban. Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan memakai bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian pakaian seragam sekolah termasuklah rambut pelajar lelaki dan perempuan, kasut, tudung dan sebagainya. Pemakaian bagi pelajar muslim dan bukan muslim ada perbezaan. Pelajar bukan Islam boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung dan songkok untuk pelajar lelaki. Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian seragam sekolah. Perkara ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993. Mana-mana pelajar yang gagal mengikut peraturan tersebut berulang kali akan dikenakan tindakan yang berlandaskan prosedur yang betul. Prosedur pembuangan murid diperjelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968. Hukuman pembuangan murid ini merupakan hukuman yang paling berat dapat dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan mana-mana larangan nyata seperti yang disebut di mana Peraturan-peraturn Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959. Sekiranya keputusan menggantung persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak lain seperti Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh dicabar di mahkamah. Hal ini peraturan 4 dan 8 tidak menyebut Lembaga Disiplin sekolah boleh mengambil tindakan sedemikian. Keputusan untuk menggantung atau membuang murid adalah keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja. Bagi mengelakkan tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di mahkamah, tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian teliti ( Mohd Ismail Othman, 2006)

1.3PERNYATAAN MASALAHPelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi suatu perkara yang agak membimbangkan. Isu disiplin sekolah juga telah menarik banyak perhatian beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya banyak dilaporkan dalam media massa. Semua guru tidak terkecuali pengetua, guru besar dan guru disiplin sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan undang-undang pendidikan. Ini adalah disebabkan berkemungkinan mereka tidak faham atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Ada kalanya mereka sendiri terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang pendidikan.Kejahilan pentadbir sekolah terutamanya pengetua dan guru besar dalam menguruskan tatacara pengurusan disiplin dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa oleh ibu bapa (Tie Fat Hee; 2002). Tie Fatt Hee juga menyatakan terdapat ibu bapa yang begitu mudah membawa kes yang membabitkan kecuaian guru ke mahkamah dan membuat tuntutan ganti rugi yang begitu tinggi. Disiplin pelajar adalah tanggungjawab pihak pentadbir sekolah. Rutin pengurusan sekolah terkini, rata-rata pihak pentadbir tidak menjelaskan kepada semua guru yang berada di bawah pentadbirannya tentang prosedur pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman yang betul ke atas pelajar. Perkara ini termasuk risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh guru berhubung dengan pendakwaan dan tindakan mahkamah sekiranya pelajar memanjangkan kes tersebut. Selain daripada itu, pihak pentadbir sekolah perlu mengetahui kekangan yang bakal dihadapi serta cara mengatasi yang wajar dilaksanakan bagi menangani masalah disiplin pelajar1.4OBJEKTIF KAJIANKajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut:

1.4.1 Mengetahui pengaplikasian undang-undang oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah.

1.4.2 Mengenalpasti cabaran dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah.

1.5PERSOALAN KAJIAN

Bagi merangka suatu penyelesaian yang dapat memastikan pencapaian tujuan dan objektif kajian; persoalan kajian dibina, diteliti dan dirumuskan seperti berikut :

1.5.1 Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?

1.5.2 Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?

1.6KEPENTINGAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kepentingan kajian ini adalah seperti berikut;

1.6.1GURUPenguasaan terhadap aspek isi kandungan surat pekeliling ikhtisas amat berkait rapat dengan bilangan kes perundangan dalam pengurusan disiplin pelajar. Penguasaan guru secara mendalam dalam pengurusan disiplin pelajar akan meneguhkan lagi pemahaman guru terhadap gabungan nilai masyarakat berkaitan kesaksamaan dan prosesnya dalam institusi masyarakat. Penguasaan terhadap isi kandungan surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh kementerian akan dapat membantu guru-guru terutamanya guru disiplin dalam melaksanakan tugas berkaitan pengurusan disiplin. Penguasaan terhadap tatacara pengurusan disiplin yang berkualiti akan dapat membantu guru untuk bertindak secara waras dan berhemah. Sekiranya guru menguasai isi kandungan surat pekeliling ikhtisas ini maka guru tidak lagi perlu berasa was-was terhadap segala tindakan yang diambil terhadap pelajar. Hal ini dapat mengelakkan pihak sekolah daripada menghadapi konflik dan kes undang-undang pendidikan. Penguasaan guru terhadap perundangan pendidikan dapat membantu guru untuk membataskan tanggungjawab mereka dalam menguruskan disiplin pelajar berpandukan doktrin yang sedia ada. Guru akan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika mereka berhadapan dengan situasi yang berkaitan dengan perundangan.

1.6.2SEKOLAHSurat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dengan tatacara pengurusan disiplin merupakan isu utama yang perlu diketahui oleh semua guru terutama pengetua, penolong kanan dan guru-guru. Kajian yang berkaitan dengan pengurusan disiplin amat berkait rapat dengan pengurusan pentadbiran di sekolah. Sekolah yang mempunyai sistem pengurusan pentadbiran yang efisyen dan dinamik akan memastikan sistem pengurusan disiplin juga ditadbir urus dengan baik. Walaupun perkara ini amat penting, namun kajian terhadap penguasaaan guru mengenai tatacara pengurusan disiplin terhadap pelajar tidak banyak dilakukan sebelum ini. Kajian ini tentunya akan dapat membantu pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru bahawa aspek perundangan pendidikan merupakan aspek penting yang banyak membantu guru-guru terutamanya semasa mengendalikan penguatkuasaan disiplin pelajar.

1.6.3KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPelaksanaan terhadap tatacara pengurusan disiplin pelajar tanpa mengikut panduan berdasarkan surat pekeliling disiplin yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semakin banyak menarik perhatian masyarakat dan seringkali terpapar di dada akhbar. Hakikatnya, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1993, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 telah membuktikan bahawa pihak kementerian sendiri menyedari tentang fenomena yang berlaku. Adakah guru-guru sudah benar-benar memahami dan menguasai prinsip-prinsip asas yang terdapat di dalam surat pekeliling ikhtisas? Jika ya, mengapa masih lagi terdapat isu-isu perundangan yang membabitkan guru disabitkan kes di mahkamah kerana silap percaturan semasa mengendalikan prosedur tindakan disiplin? Adakah isu ini berpunca daripada sistem latihan keguruan yang belum mantap? Hasil kajian ini diharapkan boleh memberikan sedikit panduan kepada pihak kementerian terhadap penambahbaikan sistem latihan keguruan terutamnya yang berkaitan dengan bidang tugas guru-guru disiplin agar mereka boleh menjalankan tugas secara sistematik dan berhemah.

Sehubungan itu, kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan semua pihak khususnya pengamal atau penguatkuasa disiplin di sekolah tentang kepentingan memahami prosedur perundangan bagi meningkatkan kualiti disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar serta dapat dijadikan garis panduan kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran atau keprihatinan terhadap isu perundangan yang melibatkan sekolah dan guru khasnya. 1.7KONSEPTUAL KAJIANBerpandukan teori dan dapatan kajian lepas, pengkaji telah merekabentuk satu cadangan konseptual kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian Pengaplikasian Undang-undang Terhadap Pengurusan Disiplin

1.8BATASAN KAJIANKajian ini hanya dijalankan di empat sekolah menengah harian biasa di tangah bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai pelajar daripada pelbagai etnik tetapi responden hanya melibatkan tiga orang pengetua, dua orang penolong kanan hal ehwal murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan kurikulum. Penemuan kajian ini berasaskan kajian kes dengan kaedah kualitatif berdasarkan persampelan bertujuan menggunakan kaedah analisis dokumen temu bual mendalam daripada keenam enam responden. Aspek-aspek kajian hanya meliputi tahap kesedaran guru terhadap prosedur pelaksanaan yakni pengaplikasian undang undang dan cabaran yang mereka hadapi semasa menguatkuasakan peraturan yang mempunyai kaitan dengan aspek pengurusan disiplin sahaja. Temu bual yang dilakukan terhadap responden pula hanya melibatkan prose pelaksanaan atau prosedur yang digunakan oleh individu yang terlibat sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan guru yang berada dalam organisasi tersebut. Batasan ini turut disumbangkan oleh faktor lain seperti lokasi sekolah, latar belakang murid, status sosio ekonomi masyarakat setempat dan tahap keterbukaan responden dalam menjawab soalan temubual yang diajukan.Secara umumnya kajian ini bukan untuk digeneralisasikan kepada semua guru dan daerah-daerah lain kerana hanya melibatkan tatacara pengurusan disiplin oleh guru-guru di sebuah sekolah menengah harian biasa sahaja. Namun begitu, data dan maklumat yang mendalam telah dikumpul melalui kaedah kualitatif mengikut prosedur yang sistematik sebagaimana yang dihuraikan dalam bab 3. Pertimbangan-pertimbangan seperti bias pengkaji, kesahan dan kebolehpercayaan merupakan aspek yang diberikan penekanan untuk memperoleh data yang tepat.

1.9DEFINISI ISTILAH

Bahagian ini akan memberikan definisi secara operasional kepada beberapa pemboleh ubah utama dalam kajian ini. Definisi yang diberikan dalam kajian ini mungkin tidak serupa dengan definisi yang diberikan dalam kajian yang lepas dan ia digunapakai kerana perbezaan dalam aspek mata pelajaran.

1.9.1DISIPLINAbdullah Sani (2004) memberi pengertian disiplin di peringkat sekolah sebagai peraturan peraturan yang dikenakan ke atas pelajar pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman dan ganjaran. Ini secara langsung menggambarkan sekiranya sesuatu peraturan yang dibuat tidak dipatuhi, maka ia dikatakan melanggar disiplin. Menurut Cooke (2002) dan Etzioni (1964) displin merujuk kepada proses mengawal makhluk yang melibatkan tiga aspek iaitu;

kawalan berbentuk paksaan yang berasaskan penggunaan ancaman, kawalan berbentuk utilitarian yang berasaskan ganjaran bercorak material dan;

kawalan berbentuk simbolik yang menumpukan prestij, esteem atau sosial seperti kasih sayang dan penerimaan.

Takrifan Docking (1980) pula, pengertian dispilin adalah melibatkan konsep displin diri, arahan dan kawalan dalam aspek berikut iaitu: suatu elemen penting dalam proses membangunkan sosialisasi dan peribadi diri, suatu sistem kawalan yang melibatkan proses pengajaran, dan;

suatu proses yang mempunyai perkaitan rapat dalam mendidik diri individu.

Martin (1997) merumuskan pengertian dispilin seperti mana berikut Pada satu tahap, disipilin sekolah berkaitan dengan proses melahirkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara cekap dan berkesan, tetapi dalam bentuk satu aspek lain, disiplin berkait rapat dengan isu perpaduan, keadilan dan kesamarataan. Disiplin merupakan suatu proses membangunkan peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif. Implikasinya, sesuatu aktiviti lain dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Kohlberg (1968) pula berpendapat bahawa kanak-kanak perlu dibantu untuk memahami alasan melaksanakan sesuatu tindakan. Dalam menghuraikan definisi tersebut, Dewey (1910) menyatakan bahawa membantu kanak-kanak bermaksud membangunkan minat mereka untuk belajar sebagai sesuatu proses pembentukan disiplin diri.

1.9.2PENGURUSANMenurut Jaafar Muhammad (1988) pengurusan dapat didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Kesimpulannya, pengurusan dapat dirumuskan sebagai satu proses sosial yang memerlukan kesepaduan perancangan yang teliti dari semua aspek bagi mencapai sesuatu objektif.1.9.3PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAHBerdasarkan kajian ini, sistem pengurusan disiplin yang baik haruslah berpandukan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran melalui pekeliling ikhtisas seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 18/1988: Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan iaitu:Dalam menggunakan kuasa, budi bicara, pertimbangan dan perhatian hendaklah diberikan kepada ketepatan membuat keputusan, disamping bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif. Perundingan hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah, berdiplomasi dan dilakukan dalam suasana harmonis.

Hal ini menunjukkan bahawa dalam prosedur menjalankan tindakan disiplin, demokrasi dan keadilan tetap diamalkan. Berdasarkan Akta Pelajaran 1961: 6; mewartakan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab penuh ke atas pentadbiran sekolahnya. Ini bererti, ia mempunyai kuasa dan kawalan ke atas pengelolaan sekolahnya, guru-guru yang bertugas di bawahnya, murid-murid dan pekerja di sekolah. Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif bidang disiplin tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting. Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ketua Guru Disiplin seharusnya mahir dari aspek pengurusan kes, mengenakan hukuman, pemantauan, pengaduan disiplin, mengumpul serta menghantar data dan memberi tumpuan terhadap elemen-elemen perundangan.

1.9.4UNDANG - UNDANG

Undang undang sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digunal atau dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat berkenaan. John Austin mentakrifkan undang-undang sebagai perintah yang diberi sama ada secara langsung atau tidak oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang berdaulat kepada masyarakat atau komuniti di mana kuasa kedaulatan undang-undang (rule of law) tersebut adalah kuasa tertinggi. Misalnya, di negara kita badan berdaulat yang menggubal dan mengeluarkan undang-undang ialah Parlimen. Lady Wooton, pakar sosiologi AS menyatakan undang-undang perlu dihadkan kepada perlakuan dan tindakan yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan masyarakat dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak ada hubungan dengan soal kesejahteraan negara tetapi dilihat tidak selari dengan tatasusila dan nilai peradaban masyarakat perlu diselesaikan dengan 'sanksi' (sanction) masyarakat.

1.9.5UNDANG UNDANG PENDIDIKANMenurut Tie Fatt (2002) undang undang pendidikan merupakan suatu sistem peraturan yang mengawal tingkah laku ahli masyarakat yang terlibat dalam bidang pendidikan. Perkembangan undang-undang pendidikan tertakluk kepada keperluan dan sistem kepercayaan masyarakat pada masa tertentu. Rangka undang-undang pendidikan berfungsi mendefinisikan dasar pendidikan yang ditetapkan oleh pemimpin dan pentadbir pendidikan.1.10RUMUSAN

Bab ini menghuraikan rasional, objektif, kepentingan kajian, batasan kajian dan istilah yang kerap ditekankan dalam bab seterusnyai. Antara lain bab ini menggambarkan secara keseluruhan kajian secara umum bagi menerangkan permulaan idea bagi penulisan, bermula dengan latar belakang masalah hinggalah kepada intipati kajian ini. BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1PENGENALAN Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma soaial masyarakat. Mereka yang devian adalah mereka yang melanggar peraturan. Para pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah digelar sebagai pelajar salah laku atau pelajar devian. Masalah disiplin di sekolah hari ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masyarakat pula mempunyai pandangan yang berbeza di dalam member pengertian mengenai disiplin. Disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin semasa pelajar-pelajar berada di sekolah.

2.2KAJIAN KAJIAN LEPAS BERKAITAN MASALAH DISIPLINMenurut Bowen (2012), banyak kajian melaporkan murid masa kini bertindak melangkaui peraturan sekolah disebabkan faktor-faktor seperti mereka mendapati bahawa guru kurang memberikan tumpuan kepada mereka, murid kurang selesa berada di dalam kelas dan di dalam kelas, murid kurang memikirkan masa depan mereka untuk berjaya, murid kurang prihatin dengan hukuman hasilan daripada tingkah laku kurang bermoral mereka dan tindakan terhadap masalah displin murid adalah mengambil masa yang panjang. Abdul Rahman Arof (1984) di dalam kajiannya menjelaskan displin dan tingkah laku murid dalam sesebuah bilik darjah mungkin tidak terkawal jika terdapat pengaruh jahat dan liar seseorang atau beberapa orang murid. Hussien Mahmood dan Kamaruddin Abd Rahman (1984) telah memetik pendapat beberapa orang tokoh tentang masalah displin pelajar antaranya Thrasher (1963) menyatakan bahawa perlakuan murid banyak terpengaruh oleh jiran tetangga, rakan sebaya dan lain-lain yang ada di sekelilingnya. Menurut Waller (1939) pula menyatakan segala masalah displin di sekolah adalah pertentangan pendapat antara guru dan murid tentang sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza. Duke (1980) pula menyatakan tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri. Murid-murid menjadi tidak berdisplin kerana mengikut kemahuannya sendiri tanpa sebarang pengaruh luar. Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abdul Rahman mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar adalah masalah yang berkaitan keluarga dan rumah. Keadaan ini dikaitkan dengan masalah psikologi dan kendiri. Kajian oleh Byrne (1999) dan Kendziora dan Osher (2009) menyokong pandangan Bowen dengan melaporkan murid menyedari tingkah laku kurang bermoral mereka menyebabkan pengajaran guru terganggu, membazirkan masa pihak pentadbir sekolah dan penyumbang kepada tahap tukar ganti guru yang tinggi.

Kenyataan oleh Noltmeyer dan Mcloughlin (2010) menyatakan, punca tersebut dapat dikategorikan kepada dua faktor utama iaitu faktor sekolah dan murid. Faktor sekolah sering dikaitkan dengan punca masalah displin seperti (a) kawasan yang melibatkan status sosio-ekonomi rendah dan tinggi dan sering dikaitkan dengan kawasan bandar dan luar bandar (Fowler & Wlberg, 1991), (b) status sekolah kerajaan dan persendirian (Farmer, 1999), (c) falsafah dan kepercayaan pihak pentadbir sekolah (Christle, Nelson & Jolivette, 2004; Mukuria, 2002; Wu, 1980) dan (d) susun atur fizikal sekolah (Christle et al., 2004). Faktor murid melibatkan aspek-aspek yang berikut (a) jantina yang tertumpu kepada murid lelaki yang lebih cenderung untuk melakukan kesalahan (Mendez & Knoff, 2003; Skiba & Peterson, 2000; Skiba, Peterson & Williams, 1997), (b) sosio-ekonomi murid (Wu, Pink, Crain & Moles, 1982) dan (c) peringkat pengajian murid (Arcia, 2007).

Pencapaian displin murid di sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan pelbagai salah laku murid. Malah, pencapaian displin tersebut berkait rapat dengan jenis sekolah. Kajian terhadap sekolah di Ohio, Amerika Syarikat sepanjang tahun 2007 sehingga 2008 mendapati sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah displin murid yang ketara. Ini kerana jenis sekolah tersebut memiliki tahap kemiskinan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa (Ohio Department of Education, 2007). Implikasinya, ibu bapa mengabaikan pendidikan anak-anak dan tingkah laku anak-anak sangat dipengaruhi oleh faktor rakan sebaya yang dipilih tanpa mengira latar belakang pendidikan (Mendez & Knoff, 2003). Begitu juga dengan kajian Arnold et al. (2005) yang melaporkan sekolah di kawasan luar bandar menghadapi masalah displin murid yang tinggi. Hal tersebut berkait rapat dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Faktor kekurangan kemudahan menyebabkan guru berpengalaman menolak untuk berkhidmat di jenis sekolah tersebut. Implikasinya, pengurusan displin murid dikendalikan oleh guru yang kurang berpengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid (Skiba et al., 2002)

Namun begitu, menurut kajian yang dijalankan oleh Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu Kenayatullah & Mokhtar Muhamad (2014) menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah kawasan bandar dan kawasan luar bandar dalam menguruskan displin murid. Malah, sekolah di kawasan luar bandar di dapati lebih berkesan menguruskan displin murid. Dapatan tersebut disebabkan dasar pendidikan Malaysia yang menjurus kepada kesamarataan dalam pendidikan dengan merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara sekolah kawasan bandar dan luar bandar. Implikasi daripada usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah kawasan bandar dan luar bandar, masalah displin murid di sekolah kawasan tersebut dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan setanding dengan sekolah di kawasan bandar yang memiliki banyak kelebihan khususnya kemudahan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Yahya Buntat dan Saidi Daud ( 2010 ), bilangan adik beradik yang melebihi dua orang merupakan punca remaja terabai dan dibiarkan sahaja bebas tanpa kawalan ibu bapa juga merupakan punca yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar sekolah. Keluarga mereka juga berada dalam lingkungan pendapatan bawah RM1000 seramai 110 atau 36.4 peratus dan pendapatan RM1000 hingga RM2000 seramai 111 atau 36.8 peratus. Ini menunjukkan pelajar tidak mendapat sumber kewangan yang cukup dalam memenuhi keperluan sekolah. Akibatnya ia mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Dapatan kajian yang mengkaji lima faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, guru, sikap pelajar dan peraturan sekolah ini menunjukkan bahawa faktor pengaruh ibu bapa kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah displin pelajar sekolah menengah di Klang. Faktor rakan sebaya juga dilihat kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah disiplin pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Klang.

Kajian yang dijalankan oleh John Robertson (1981) menyatakan keruncingan dalam keluarga, pertelingkahan ibu bapa, ibu bapa yang bengis, keluarga yang ramai, kurangnya perhatian kanak-kanak oleh penjaga dan taraf pekerjaan penjaga rendah akan mempengaruhi emosi pelajar dan tingkah laku mereka. Manakala kajian oleh Becker (1952) mendapati ada guru yang menganggap mengajar pelajar kelas bawahan sebagai tidak memberi faedah kerana mereka mempunyai motivasi yang rendah, mahu dikawal dan memiliki sifat suka bermain-main seperti agresif dan mempunyai sifat supaya orang menjauhkan diri daripada mereka. Ibrahim Haji Salleh (1981 : 3), menyokong hujah Skinner (1938) yang menyatakan pelajar yang di bawah paras kecerdasan sering menimbulkan masalah displin di dalam kelas dan akan berterusan di luar kelas. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa punca masalah akademik pelajar ialah kepincangan sosial dan emosi serta kasih sayang keluarga.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat dan Saidi Daud ( 2010 ) bagi faktor pengaruh guru pula didapati bahawa pengaruh guru kurang mempengaruhi berlakunya masalah displin pelajar sekolah menengah di daerah Klang. Secara keseluruhannya pengaruh sikap pelajar juga didapati kurang mempengaruhi terhadap berlakunya masalah displin pelajar sekolah menengah di daerah Klang. Namun begitu, faktor pengaruh peraturan sekolah dilihat sebagai pengaruh yang kuat terhadap berlakunya masalah displin di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Klang berbanding faktor-faktor yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Ishak Harun, Azman Konil @ Kanil dan Ahmad Mohd Yasin ( 1997 ) mendapati bahawa faktor guru seperti guru garang dan sering memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan mempengaruhi displin pelajar. Selain daripada itu kurangnya minat terhadap mata pelajaran seperti Matematik dan Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kerap ponteng kelas dan memberikan alasan guru tidak menyampaikan pengajaran secara berkesan malah selalu menghukum pelajar jika melakukan sebarang kesalahan. Menurut kajian mereka lagi, aktiviti ponteng sekolah biasanya berlaku pada hari Isnin iaitu hari perhimpunan sekolah kerana pada hari tersebut guru displin akan memeriksa pakaian dan kekemasan pelajar. Pelajar yang melakukan kesalahan akan dihukum oleh guru displin. Pelajar juga akan dipilih secara rawak untuk membaca sifir. Oleh kerana pelajar ini tidak bersedia, maka keputusan yang diambil ialah ponteng sekolah. Kebanyakan literature menemui hukuman sebat kurang memberikan manfaat kepada seseorang murid. Doyle (1989) menegaskan kebanyakan pengkaji mengandaikan hukuman sebat banyak mendatangkan kesan negatif dalam aspek moral murid. Dengan kata lain, walaupun hukuman sebat berupaya mengurangkan salah laku murid, namun murid berasa malu disebabkan mereka akan menarik perhatian rakan dan ibu bapa (Sherwood, 2000). Hukuman sebat juga memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang seperti murid berasa dendam dan permusuhan terhadap guru sehingga menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini seperti vandalisme (Conoley & Goldstein, 2004).

Arnold et al. (2005) di dalam kajiannya menyatakan murid memainkan peranan utama dalam mengatasi masalah displin sekolah kerana sekiranya murid tidak mahu mengubah sikap mereka ke arah positif, segala pengurusan pihak sekolah dan ibu bapa mengenai displin tidak akan berjaya. Kajian yang dijalankan oleh Baker (1985) menyatakan bahawa sekolah hari ini menghadapi gejala-gejala yang tidak baik seperti kejahatan, keganasan dan jenayah yang patut diberi perhatian oleh pihak sekolah kerana ia tidak diterima oleh masyarakat. Menurut Fiedler dan Toker (1982), disiplin yang baik boleh menjamin ketenteraman pembelajaran di sekolah. Alam sekolah yang baik boleh menghasilkan pelajar-pelajar yang baik dan berdisiplin. Iklim pembelajaran yang baik adalah iklim yang mempunyai disiplin yang baik. Duane (1973) menyatakan bahan sekolah haruslah menyediakan kurikulum yang memberi peluang kepada semua pelajar. Ia harus disediakan mengikut keperluan dan kecenderungan pelajar samada mereka itu bijak, sederhana atau lemah.

Menurut Marimuthu (1980), organisasi dan struktur sekolah yang menekankan peperiksaan, ganjaran dan hukuman serta sikap dan harapan guru akan menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik. Pelajar yang lemah dan selalu gagal dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan akan hilang minat untuk belajar. Boyson (1973) berpendapat bahawa kawalan persekitaran persekolahan yang ketat akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar akan cuba menentang kawalan ketat ini dengan melakukan pelbagai perbuatan yang tidak berdisiplin seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menentang guru. Cleugh (1971) menyatakan di dalam mengekalkan struktur berperanan dan menentukan moral pelajar-pelajar di sekolah, unsur yang penting adalah peranan pihak pentadbiran. Pihak pentadbiran perlu mempunyai moral yang tinggi dan hubungan yang baik supaya tidak menimbulkan ketegangan di mana-mana peringkat di sekolah serta di kalangan pelajar. Disamping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin murid ( Abdullah Sani, 2004 )

2.3RINGKASAN

Daripada tinjauan literatur yang dibuat secara keseluruhannya menerangkan pihak pengurusan memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap disiplin pelajar yang baik di mana kepimpinan melalui teladan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan perlu menjadi panduan kepada pelajar-pelajar. Apabila berlaku sesuatu kes, para guru dan pentadbir perlu tahu prosedur standard yang mesti dipatuhi agar mereka dapat mengelakkan serta mempertahankan hak mereka agar dilindungi daripada didakwa atau dikenakan tindakan mahkamah. Ini tidak dapat dinafikan kerana ada kalanya guru atau pentadbir sekolah tidak sedar bahawa sesuatu tindakan yang diambil terkeluar daripada landasan peraturan sehingga terjebak ke peringkat yang boleh didakwa seperti mengenakan hukuman merotan atas tujuan mendisiplinkan mereka disalahertikan sebagai deraan atau seksaan.BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1PENGENALAN

Metdologi atau kaedah penyelidikan penting bagi memperoleh keputusan yang mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi. Perbincangan dalam bab ini adalah melibatkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur mengumpul data, analisis data dan rumusan. Kaedah kajian yang digunakan bertujuan untuk meneroka proses dan bentuk-bentuk amalan pengamal undang undang di sekolah dalam menguruskan hal hal yang berkaitan dengan masalah disiplin murid. Dari maklumat yang diperolehi menunjukkan pentadbir sekolah mempunyai asas pengtahuan yang baik berkenaan undang undang atau peraturan dan kebanyakan mereka lebih merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas berbanding sumber perundangan yang lain.

3.2KAEDAH KAJIANKajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif yang tertumpu kepada pengaplikasian dan cabaran undang-undang pendidikan terhadap pengurusan disiplin sekolah menengah. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam kajian ini untuk meneroka proses dan bentuk amalan pentadbir sekolah semasa menguatkuasakan peraturan sekolah berdasarkan beberapa sebab. 3.2.1 Pertama, kesesuaian untuk menerokai bidang yang kurang diselidiki sebelum ini dan dapat memberi kefahaman terperinci tentang fenomena yang dikaji (Creswell, 2002). 3.2.2 Kajian kuantitatif mempunyai batasan iaitu, tidak dapat menyediakan perspektif yang kaya dan terperinci.3.2.3 Kajian kualitatif membantu penyelidik memahami lebih mendalam tentang proses dan bentuk-bentuk amalan pentadbir sekolah dalam mengaplikasikan undang-undang dalam menangani kes disiplin. Ini selaras dengan pandangan Denzin dan Lincoln (1994) yang menyatakan bahawa kaedah lain kurang berjaya mencungkil masalah yang rumit dan kompleks secara mendalam. Oleh hal yang demikian, kaedah ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneroka proses dan bentuk-bentuk amalan pentadbir sekolah dalam mentadbir urus masalah disiplin yang dihadapi di sekolah.Kajian yang dijalankan menepati ciri-ciri kajian kualitatif yang diperincikan oleh Merriam (1998), iaitu pertama, memberi fokus kepada memahami secara mendalam bagaimana seorang pentadbir sekolah dalam mentadbir urus masalah disiplin yang dihadapi di sekolah dan dalam masa yang sama memahami sejauhmana tahap kesedaran ( state of awareness ) mereka terhadap sumber perundangan yang ada . Kajian ini bukan untuk meramal atau membuat generalisasi, sebaliknya mencari pengertian terhadap bentuk-bentuk amalan pentadbir khasnya guru semasa melaksanakan hukuman. Kedua, pemilihan partisipan kajian secara bertujuan dengan hasrat untuk memperoleh seberapa banyak mungkin data atau maklumat yang berkaitan. Ketiga, kajian ini mengambil pendekatan induktif, iaitu menjurus kepada pembinaan konsep dan kategori terhadap fenomena yang dikaji melalui data yang dipungut semasa di tempat kajian. Keempat, kefahaman terhadap fenomena yang dikaji adalah dari interpretasi penyelidik berdasarkan pengalaman dan persepsi penyelidik. Kelima, hasil kajian adalah berbentuk naratif dan deskriptif yang disokong petikan kata-kata partisipan kajian. Ringkasnya ciri-ciri tersebut bertujuan memberi kefahaman kepada penyelidik tentang proses dan bentuk-bentuk amalan yang dipraktikkan oleh pentadbir dalam mengaplikasikan undang undang serta strategi menangani cabaran perundangan terhadap pengurusan disiplin sekolah menengah. Kaedah kajian kes secara kualitatif juga membolehkan penyelidik menyelidik, memerhati dan meneliti proses dan bentuk-bentuk amalan penguatkuasaan peraturan yang berlaku dalam persekitaran sebenar iaitu di sekolah kajian yang dipilih.

Proses kajian dipandu oleh dua soalan kajian iaitu: Apakah pengaplikasian undang-undang yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah?

Apakah cabaran yang dihadapi dan strategi mengatasi yang dilaksanakan oleh pentadbir dalam pengurusan disiplin sekolah

Pemilihan kaedah kajian kes secara kualitatif juga disumbangkan oleh minat penyelidik untuk meneroka, membuat penemuan dan interpretasi dan bukannya untuk menguji hipotesis (Miles & Huberman, 1994; Merriam, 1998). Ini selaras dengan bentuk kajian, iaitu kajian penerokaan yang ingin meneroka proses dan bentuk amalan yang dipraktikkan oleh pentadbir dalam mengaplikasikan undang undang serta strategi menangani cabaran perundangan. Kajian kes ini dijalankan di empat buah sekolah menengah di bawah bidang kuasa pentadbiran Pejabat Pelajaran Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Partisipan utama kajian terdiri daripada tiga orang pengetua, dua orang penolong kanan hal ehwal murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan kurikulum. Partisipan dalam kalangan pensyarah-penyelia menjadi sumber data primer. Di samping itu kajian ini juga melibatkan seramai 21 orang guru pelatih. Kumpulan guru pelatih menjadi sumber data sekunder dalam kajian ini.

3.3REKABENTUK KAJIANReka bentuk kajian adalah perancangan khas bagi suatu kaedah dan prosedur untuk mengumpul dan menganalisis data. Dalam konteks kajian ini, penyelidik memilih jenis kajian kes atau lebih tepat lagi sebagai kajian pelbagai kes (multiple case) atau dikenali sebagai kajian pelbagai tempat lapangan (multisite studies) sebagai reka bentuk kajian. Penyelidikan pelbagai kes menurut Merriem (1998), melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data daripada beberapa kes dan kajian kes ini meningkatkan kesahan luaran atau generalisasi dapatan penyelidikan. Menurut Miles dan Huberman (1994) pula kita boleh mengukuhkan ketepatan, kesahan dan kestabilan hasil penyelidikan dengan melihat persamaan dan perbezaan dalam pelbagai kes. Pemilihan reka bentuk kajian jenis ini dilakukan penyelidik berasaskan kelebihan berikut: 3.3.1 Melibatkan beberapa kes yang hampir sama, 3.3.2 Wujud replikasi dalam pelbagai kes yang boleh menghasilkan pola yang hampir sama berhubung fenomena yang diselidiki dan 3.3.3 Setiap kes boleh menghasilkan ramalan yang sama atau berbeza tetapi mengikut pola yang dipetakan dalam kerangka penyelidikan.

Justeru, penyelidikan pelbagai kes dalam seting atau konteks berlainan boleh dilihat sebagai menyumbang kepada kebolehpercayaan dan kesahan reka bentuk sesuatu penyelidikan (Noriah, 2010). Dari segi bentuk kajian pula, penyelidik memilih kajian kes berbentuk penerokaan dengan menggunkan kaedah holistik. Yin (1994) mendefinisikan reka bentuk holistik sebagai satu reka bentuk kajian kes yang hanya mengambil satu unit analisis tetapi boleh menggunakan satu atau lebih kes. Yin (1994) turut menyatakan kajian kes akan dapat menghasilkan satu pola terperinci tentang fenomena yang diselidik oleh penyelidik.

Perbandingan Secara Tekal

3.4POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Mengikut Patton (1990) tidak ada satu peraturan bagi menentukan saiz sampel. Menurutnya lagi, dalam kajian kualitatif partisipan kajian dipilih dalam jumlah yang kecil. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dan berfokus. Persampelan kajian ini adalah dipilih secara tidak rawak bertujuan yang terdiri dari pihak pentadbir sekolah (termasuklah pihak pengetua dan penolong kanan HEM). Tujuan sampel dipilih dari wilayah yang sama iaitu Wilayah Keramat disebabkan ia mempunyai persamaan ciri-ciri situasi persekitaran. Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah menengah harian yang terletak di wilayah Keramat. Keempat-empat buah sekolah kajian ini merupakan sekolah kategori B (biasa) yang mewakili sekolah secara am dari segi masalah dan pengurusan disiplin. Sekolah-sekolah ini majoriti pelajarnya adalah terdiri dari kaum melayu dengan minoriti pelajar Cina dan India. Sekolah-sekolah kajian ini juga dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar yang pelajar-pelajarnya terdiri dari latarbelakang dan sosioekonomi yang serupa. Berikut merupakan maklumat enrolmen bagi sekolah-sekolah kajian bagi tahun 2014:

Bil.Sekolah KajianGuru PelajarJumlah

LP

1.SMK. Danau Kota10310226731695

2.SMK. Taman Melati776595311029

3.SMK. Setapak Indah786946941353

4.SMK. Wangsa Melawati815915471138

Jadual 1 : Maklumat Enrolmen Sekolah Kajian

3.5PROSEDUR PENGUMPULAN DATAProses pengumpulan data amat penting dalam penyelidikan kualitatif. Dalam kajian kualitatif, penggunaan pelbagai kaedah pungutan data digunakan bertujuan mencapai tahap pemahaman terhadap partisipan yang lebih baik dan untuk meningkatkan kredibiliti dapatan kajian. Sebelum kajian dijalankan rangka kerja disediakan terlebih dahulu bagi memandu perjalanan proses pemerolehan data di lokasi kajian. Perkara-perkara utama dalam rangka kerja mengandungi aspek-aspek berikut:

mengenal pasti sekolah yang ingin dijadikan sekolah kajian,

menghubungi partisipan untuk tujuan pengesahan penerimaan sebagai partisipan kajian,

membina senarai semak, membina protokol temu bual, memurnikan protokol temu bual dan menetapkan tarikh temu bual,

menyemak dokumen yang berkaitan iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas and Akta Pendidikan 1996,

membuat transkripsi dan catatan nota,

mendapat pengesahan peserta kajian,

menganalisis data,

menentukan kesahan dan kebolehpecayaan data, dan

membuat rumusan dan penulisan penyelidikan.

Metode-metode yang digunapakai di dalam tugasan adalah tertumpu kepada pengumpulan data yang melibatkan temubual yang mendalam dan penganalisisan dokumen. Kaedah pemerhatian tidak digunakan di dalam kajian ini kerana kajian ini tidak memerlukan keterlibatan penyelidik di dalam skop penyelidikan secara secara langsung ataupun tidak (direct observation mahupun participant observation), lebih-lebih lagi kumpulan sasaran penyelidik adalah tertumpu kepada pihak pengetua dan penolong kanan HEM sahaja.

3.5.1PENGUMPULAN DATA KAEDAH TEMUBUAL

Kebiasaanya temu bual secara mendalam digunakan dalam kajian kes untuk mengumpul data-data yang relevan daripada partisipan kajian mengenai topik kajian yang dijalankan. Mengenai tujuan temu bual, Patton (1990, hlm. 196), menjelaskan bahawa penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam pemikiran seseorang. Dalam hal ini beliau menjelaskan seperti berikut :

We interview people to find out from them those things we cannot directly observeWe cannot observe feelings, thought and intentions. We cannot observe behaviors that took place at some previous point in time. We cannot observe situations that preclude the presence of an abserver. We cannot observe how people have organized the world and the meaning they attach to whats goes on in the world. We have to ask people questions about those things. The purpose of interviewing, then, is to allow us to enter into the other person perspective.

Temu bual yang dijalankan bersama partisipan kajian memberikan penyelidik pengesahan dan penjelasan tentang apa yang difikirkan berlaku untuk mencapai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu peristiwa yang dialami oleh partisipan kajian (Cummins, 2009). Seterusnya temu bual juga membantu penyelidik melihat situasi mengikut pandangan peserta kajian (Sherman & Webb, 2001).

Penyelidik menggunakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face to face) terhadap responden ( pengetua dan Penolong Kanan HEM), di dalam situasi tertentu (kekangan masa responden) penyelidik juga menggunakan percakapan melalui telefon untuk tujuan temubual. Melalui kaedah temubual, protokol biasa yang penyelidik gunakan adalah senarai yang mengandungi soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temubual yang telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data melalui temubual ini juga menggunakan tiga jenis teknik temubual iaitu:

Teknik temubual berstruktur,

Teknik temubual separa berstruktur,

Teknik temubual tidak berstruktur.

Melalui teknik temubual berstruktur, soalan-soalan disediakan terlebih dahulu dan temubual dilaksanakan secara formal. Setiap responden di kesemua sekolah kajian diberikan soalan yang sama. Teknik temubual separa berstruktur pula dimana hanya soalan utama disediakan, soalan susulan adalah berdasarkan jawapan daripada responden. Manakala untuk teknik temubual tidak berstruktur pula, tiada soalan yang disediakan terlebih dahulu dan penyelidik mengajukan soalan secara spontan. Untuk mengelakkan keciciran maklumat semasa temubual dilangsungkan, penyelidik turut menggunakan bantuan alat perakam suara (telefon tangan) melalui aplikasi voice recorder . Melalui proses ini, penyelidik akan bersama-sama menganalisis maklumat yang diperolehi melalui rakaman tersebut dengan cara menaip kembali perbualan tersebut (data mentah) dan menganalisis dan menapis kesemua maklumat tersebut mengikut keutamaan dan ketepatan jawapan yang mengikut kehendak soalan yang diajukan semasa proses temubual.

Untuk itu penyelidik menggunakan gabungan pelbagai kaedah pengumpulan data seperti yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1994), Yin (1994), Marshall, Catherine dan Rossman (1995), serta Silverman (2002) bagi memastikan data yang dikumpul diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai sumber. Aplikasi pelbagai kaedah pengumpulan data digunakan kerana penyelidik ingin mengesah data yang diperoleh saling menyokong dan hal ini menguatkan bukti data yang diperoleh (Mason, 1996). Bukti daripada pelbagai sumber akan memberi kelebihan dan memperkayakan data (Yin, 1994). Kaedah ini juga bertujuan memastikan wujud perhubungan antara fakta yang dipetik daripada sumber-sumber tersebut. Kaedah ini bukan sahaja mengukuhkan kesahan terhadap konstruk kajian malah memberi dapatan yang lebih tepat lagi menyakinkan (Yin, 1994). Penyelidik juga melaksanakan beberapa tindakan seperti yang dicadangkan oleh Yin (1994), untuk meningkatkan kesahan serta kebolehpercayaan semasa pengumpulan dan penganalisisan data. Jadual di bawah memaparkan cara menentukan kesahan dan kebolehpercayaan serta bila dilaksanakan sepanjang menjalankan kajian ini.

Tindakan PenyelidikFasa kajian

Kesahan konstrukMenggunakan pelbagai sumber

Membentuk rangkaian bukti (pemerhatian, temubual, analisis dan dokumen)

Menyemak draf laporan kajian kes

Pengumpulan data

Pengumpulan data

Penulisan

Kesahan dalamanMemadankan pola-pola

Membina penjelasan

Melakukan analisis berterusanAnalisis data

Analisis data

Analisis data

KebolehpercayaanMenggunakan prosedur kajian kes

Membentuk jejak audit

Mendapatkan semakan rakanPengumpulan data

Pengumpulan data

Analisis data

Jadual 2 : Ciri Ujian dan Taktik Kajian Kes ( Yin, 1994 ).3.6PROSEDUR ANALISIS DATA KAJIANMenganalisis data kualitatif merupakan suatu proses yang berterusan. Ianya bermula sebaik sahaja kutipan data pertama bermula. Dalam melakukan proses menganalisis data penyelidik merancang dan mengurus data melalui tiga langkah iaitu; mengurus data, memahami data dan menganalisis data.

3.6.1 MENGURUS DATAPerancangan dan pengurusan dijalankan melalui beberapa fasa. Berikut dijelaskan secara terperinci fasa-fasa dalam proses pengurusan data. Langkah pertama adalah proses penyaringan data di mana langkah dimulai dengan membuat transkripsi dari rakaman kepada verbatim semua partisipan kajian. Proses penyalinan transkrip ini memerlukan pemerhatian yang penuh seseorang penyelidik dan mengambil masa yang lama. Dalam data temubual, sebaik sahaja proses penyalinan selesai, setiap transkrip yang lengkap dibentukkan indeks. Proses mengindeks transkrip dilakukan dengan melabelkan satu kod tersendiri kepada setiap partisipan kajian. Penetapan kod-kod bagi setiap transkrip dan setiap segmen di dalam transkrip adalah penting bagi memudahkan proses mendapatkan semula data asal dan memudahkan penyelidik membuat rujukan silang ketika menulis dan menyiapkan laporan.

3.6.2PROSES MEMAHAMI DATAPada tahap ini penyelidik cuba memahami data yang telah dikumpul dan dikodkan. Dalam proses memahami data, beberapa persoalan ditimbulkan dalam benak pemikiran penyelidik. Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran penyelidik seperti Apakah yang dapat penyelidik tafsirkan hasil daripada data yang diperoleh? dan bagaimanakah data yang diperoleh membantu menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan? Langkah pertama penyelidik dalam proses menganalisis data ialah membaca transkrip beberapa kali. Semasa membaca setiap perenggan dalam transkrip tersebut dalam masa sama minda difokus pada soalan-soalan kajian. Seterusnya penyelidik meneliti secara serius setiap unit dalam perenggan demi perenggan, ayat demi ayat dan dalam masa yang sama penyelidik mencari perenggan yang boleh dikaitkan dengan soalan-soalan kajian. Setelah diteliti, bahagian atau ayat-ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan kajian tadi ditanda, diberi nombor dan membentuk kategori berasaskan soalan-soalan kajian. Pemikiran penyelidik sentiasa berkisar dalam kerangka konseptual kajian berhubung dengan proses dan bentuk-bentuk amalan pentadbir sekolah damal melaksanakan prosedur undang undang di sekolah.. Semasa meneliti transkrip temu bual, penyelidik cuba memahamidata dan memberi makna atau kefahaman terhadap data tersebut. Seterusnya penyelidik cuba memikirkan tentang data-data yang diperoleh untuk tahap kesedaran pentadbir berkaitan dengan sumber dan peruntukan akta sedia ada. Setelah data dianalisis, penyelidik meminta para partisipan untuk mengesahkan data yang telah dianalisa. Kaedah ini membantu penyelidik untuk membentuk data yang dapat dijadikan panduan dan mengukuhkan kefahaman penyelidik. Persetujuan partisipan juga sangat penting bagi membolehkan data yang diperoleh daripada kajian ini digunakan bagi langkah berikutnya serta untuk tujuan laporan.

3.6.2 ANALISIS DATA TEMU BUALAnalisis data temu bual bermula sebaik sahaja proses temu bual pertama dijalankan. Untuk menjalankan temu bual dengan partisipan, penyelidik mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan semua enam orang yang terdiri daripada tiga orang Pengetua, dua orang Guru Penolong Kanan Hal Ehwah Murid dan seorang Guru Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum daripada empat buah sekolah menengah yang berasingan. Data yang diperoleh daripada rakaman audio ditranskripkan dalam bentuk verbatim. Hal ini menyenangkan penyelidik membuat analisis selanjutnya. Ini selaras dengan pandangan Merriem (1998) yang menyatakan bahawa transkripsi yang dibuat secara verbatim merupakan pengkalan data terbaik untuk dianalisis. Transkripsi data temu bual yang telah siap dihantar kepada partisipan untuk dibuat semakan. Ini bagi memastikan tahap kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh. Untuk itu penyelidik telah menghantar setiap transkripsi kepada partisipan untuk tujuan semakan, pembetulan dan pengesahan. Langkah pertama yang diambil ialah membaca transkripsi data temu bual baris demi baris secara berulang kali. Satu ayat yang ditranskripsi dipanggil satu unit. Langkah kedua penyelidik membaca dan memerhati secara teliti tiap-tiap unit bagi mengenal pasti unit-unit yang boleh menggambarkan tema yang wujud. Langkah ketiga ialah proses menghasilkan tema. Dalam menganalisis data kajian ini, penyelidik menggunakan cara yang dicadangkan oleh Yin (1994) iaitu melakukan pemadanan pola (patterns matching). Setiap unit yang ditranskripsi dikelompokkan di bawah tema, subtema atau kategori tertentu dengan menggunakan kod-kod yang khusus. Proses membaca transkripsi dan memindahkan ke bawah tema-tema tertentu diulang sehingga semua unit yang memberi makna habis dikelompokkan. Unit-unit yang tidak memberi makna disingkirkan. Proses ini dilakukan untuk semua partisipan kajian. Semakan yang berulang-ulang dibuat bagi memastikan setiap unit betul-betul menggambarkan tema atau sub-tema yang ditentukan. Bagi unit yang tidak dapat ditempatkan di mana-mana tema, penyelidik perlu memikirkan tema yang sesuai dan keadaan ini mengikut Spencer dan Spencer (1993) merupakan keadaan yang paling mencabar kepada penyelidik. Langkah terakhir ialah membuat rumusan dan menulis laporan. Dapatan yang diperoleh dihantar kepada para partisipan untuk semakan dan pengesahan.

3.6.3KESAHANKesahan adalah satu keperluan untuk memastikan keberkesanan kajian kualitatif (Cohen, Manion & Morrison, 2000). Mengikut Hammersley (dalam Miles & Huberman 1994) kesahan data dalam penyelidikan kualitatif boleh dinyatakan sebagai sejauh mana ketepatan mana satu-satu gambaran yang diperilhalkan mewakili fenomena yang dikaji. Kesahan dalam kajian kualitatif diperoleh melalui triangulasi, kecaknaan terhadap isu bias penyelidik, pemeriksaan oleh partisipan, dan melalui penerangan yang tebal dan terperinci..

3.6.3.1

Triangulasi

Triangulasi adalah satu teknik kajian yang menggunakan dua atau lebih kaedah dalam kutipan data untuk mengkaji tingkah laku manusia (Cohen, Manion & Morrison, 2000). Proses ini melibatkan sokongan bukti daripada sumber berbeza dalam usaha memahami dengan lebih lanjut satu-satu tema atau perspektif (Creswell, 1998). Triangulasi juga menjadi prosedur pengesahan data yang penting dalam metodologi kualitatif untuk membentuk kebolehsandaran, kebolehpindahan dan kredibiliti dapatan kajian (Cummins, 2009). Denzin dan Lincoln (1994) telah mengenal pasti tiga langkah dalam triangulasi iaitu, kepelbagaian sumber data, perbandingan hasil daripada pelbagai sumber data, dan perbandingan pelbagai metod dalam analisis data.

3.6.3.2 Bias PenyelidikDalam penyelidikan kualitatif, bias, andaian dan peranan sebagai penyelidik boleh mempengaruhi teks (Creswell, 1998). Ini adalah penting bagi penyelidik kualitatif menyedari akan subjektiviti dalam memastikan dapatan kajian menepati dan bersifat objektif. Oleh itu penyelidik memberi perhatian terhadap isu berkaitan dengan bias dalam kajian. Dalam kajian kualitatif, penyelidik adalah instrumen kajian dan sering kali kurang objektif (Merriam, 1998). Penyelidik yang berkhidmat sebagai guru di sekolah dan juga sebagai guru disiplin memasuki skop kajian dengan kepercayaan yang sangat minimum mengenai proses dan bentuk-bentuk amalan pelaksanaan undang undang di sekolah. Ini bagi memastikan diri penyelidik tidak mempengaruhi proses kutipan dan pemerosesan data. Selain itu elemen bias juga mungkin wujud dari perspektif penyelidik yang mempengaruhi soalan-soalan temu bual, pemilihan dan interpretasi pengekodan kategori dan tema (Merriam, 1998). Untuk meminimumkan perkara ini, penyelidik telah menggunakan perkhidmatan tiga orang rakan untuk membuat semakan dan pengesahan kategori dan tema yang diperoleh.

Semakan oleh partisipan merupakan kaedah terpenting untuk memastikan kredibiliti dapatan kajian. Selain itu, kaedah ini juga membenarkan penyelidik kualitatif memberi peluang kepada partisipan untuk menyemak dan menjelaskan transkrip temu bual dan interpretasi bagi mengesahkan ketepatan idea partisipan (Lincoln & Guba, 1985). Penyelidik meminta partisipan meneliti data mentah dan meminta komen tentang ketepatannya. Selain itu partisipan juga diminta memberi komen terhadap ketepatan dan kesesuaian kategori dan tema, sama ada dibentuk dengan menggunakan bukti yang mencukupi dan sama ada laporan yang dibuat realistik atau tidak. Segala respon dan komen yang diperoleh daripada partisipan dimasukkan ke dalam laporan akhir. Hal ini menambahkan lagi kredibiliti dapatan kajian.

3.6.4KEBOLEHPERCAYAANKebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana sesuatu penyelidikan itu boleh diulang semula. Dalam kajian kualitatif kebolehpercayaan diperoleh melalui jejak audit (audit trail) dan semakan rakan sekerja.3.6.4.1 Jejak Audit

Dalam memastikan kebolehpercayaan data, penyelidik juga menggunakan kaedah jejak audit. Jejak audit dijalankan dengan meminta individu di luar kajian memeriksa naratif atau laporan kajian bagi menentukan kredibilitinya. Jejak audit dibina dengan mendokumenkan semua aktiviti proses inkuiri melalui penulisan jurnal, menyimpan log penyelidikan semua aktiviti yang dijalankan, membentuk kronologi pengumpulan data dan merekod prosedur analisis dengan jelas dan terperinci. Dalam konteks kajian ini penyelidik telah meminta seorang pembaca untuk membuat pemeriksaan laporan dan semua dokumen yang berkaitan dengan aktiviti penggumpulan data untuk disahkan. Penyelidik melaporkan dalam audit trail secara jelas tentang beberapa perkara seperti sebab dijalankan kajian adalah disebabkan perasaan ingin tahu dan minat yang mendalam terhadap proses pengaplikasian undang3.6.4.2 Semakan Rakan SekerjaKumpulan data yang siap dirujuk kepada panel pakar untuk semakan dan pengesahan. Proses ini dipanggil semakan rakan sekerja. Untuk tujuan semakan ini penyelidik telah mendapat khidmat seorang Jurulatih Utama Negeri khas dalam bidang disiplin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau merupakan pakar rujuk bagi setiap kes yang dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur dan terbabit dengan Jawatan Kuasa Disiplin peringkat Kebangsaan. Hasil daripada semakan tersebut, beliau telah memberi respon terhadap tiga perkara iaitu;

Cadangan aplikasi perundangan yang sesuai dan kerap dijadikan rujukan mengikut kes disiplin, Prosedur tindakan yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan tindakan disiplin dam langkah bagi mengelakkan tindakan mahkamah, dan Mencadangkan bentuk amalan yang perlu diamalkan oleh semua guru. Hasilnya wujud tiga kategori sumber perundangan yang kerap menjadi rujukan dalam amalan pengaplikasian undang undang iaitu: Surat Pekeliling Ikhtisas, Akta Pendidikan 1996, Budi bicara, Berdasarkan cadangan dan maklum balas darpada panel, penyelidik telah membentuk semula kategori dan tema seperti yang disarankan bagi memenuhi kehendak serta menepati objektif kajian.3.7RINGKASAN

Bahagian ini menerangkan kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai bagi mencapai tujuan kajian. Secara ringkasnya, Bab ini telah menerangkan dengan terperinci tentang reka bentuk kajian, pemilihan partisipan dan tempat kajian, tatacara pemerolehan data dan prosedur penganalisisan data. Di samping itu laporan dapatan daripada kajian rintis turut disertakan. Begitu juga dengan proses mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data dijelaskan. Bab 4 merupakan paparan data sebenar yang diperoleh daripada sumber-sumber di atas. BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALANDalam bab ini, pengkaji membincangkan keputusan analisis data dari temu bual yang telah dilaksanakan kepada tiga orang pengetua, dua orang penolong kanan hal ehwal murid dan seorang guru penolong kanan tadbir dan kurikulum di Wilayah Keramat, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4.2 DATA TEMUBUAL4.2.1SOALAN KAJIAN 1 :APLIKASI

Apakah undang-undang yang diguna pakai di sekolah? ( Nama undang-undang )

R1:Pekeliling terbahagi kepada 2 iaitu melibatkan disiplin dan pekeliling melibatkan peraturan. Ia termaktub kepada keadaan. Contohnya: murid hadir lewat ke sekolah kerana hari hujan, terlibat dengan kemalangan atau mengalami kerosakan kenderaan. R2:Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997, Peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan penilaian) 1997 & Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 R3:Surat Pekeliling Ikhtisas.R4:Ordinan Pelajaran 1957.R5:Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat siaran. Undang-undang digunapakai untuk kes-kes yang melibatkan laporan polis. R6:Tiada undang-undang yang digunapakai di sekolah, terma yang digunakan ialah Peraturan.

Apakah peraturan-peraturan yang sering dirujuk oleh pentadbir?

R1:Peraturan am digunapakai satu Malaysia iaitu pelaksanaan standard satu negara. Contohnya : pakaian seragam murid, waktu mula dan waktu balik sekolah. Peraturan khusus ditetapkan oleh pentadbir sekolah seperti peraturan di kantin, peraturan di perhimpunan dan peraturan turun naik kelas. Peraturan dilaksanakan merujuk kesesuaian seperti :

agama ( tidak wajib memakai tudung atau memakai gaun )

kaum ( memakai turban )

persekitaran ( murid kawasan pedalaman berkemungkinan berambut panjang kerana tiada kedai gunting rambut yang berhampiran)

R2:Peraturan-peraturan disiplin yang menyatakan mengenai hukuman. R3:Buku tatacara Pengurusan Sekolah.R4:Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.R5:Buku Peraturan Sekolah.R6:Peraturan disiplin.

Apakah instrumen yang digunakan dalam aplikasi undang-undang?

R1:Tatacara disiplin, tatacara penggunaan perpustakaan sekolah, tatacara penggunaan makmal, stor sukan dan tandas.R4:Panduan dan Tatacara Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas.R5:Surat siaran JPWP dan KPM, Surat Pekeliling Ikhtisas.R6:Buku peraturan murid, pekeliling dan fail meja disiplin.

Bagaimana prosedur undang-undang dilaksanakan di sekolah?

R1:Prosedur dilaksanakan melalui Lembaga Disiplin Sekolah dan pengawas sekolah.R2:Merujuk pekeliling - pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia.R4:Merujuk Standard Operating Prosedur 1:3:7 R5:Prosedur undang-undang melibatkan kes-kes yang dilaporkan pada pihak polis dan lazimnya akan diuruskan oleh Jabatan Pemantauan.R6:Prosedur undang-undang hanya dijalankan jika melibatkan kes polis.

Apakah pendekatan lain, selain pelaksanaan hukuman yang boleh dilaksanakan dalam undang-undang ?

R1:Berikan didikan, bimbingan dan kaunseling kepada pelaku serta melantik pelaku atau murid yang agresif sebagai sebahagian daripada organisasi sekolah. Contohnya melantik pelaku sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

R2:Sesi Kaunseling terhadap murid dan perbincangan bersama ibu bapa.

R3:Nasihat, kaunseling dan rundingan.

R4:Sesi kaunseling.

R5:Budi bicara : Mesyuarat panel disiplin sekolah akan menetapkan hukuman atau tindakan yang akan diambil dan biasanya diakhiri dengan budi bicara.

R6:Budi bicara dan perbincangan yang akan dilaksanakan dalam mesyuarat tergempar Lembaga Disiplin Sekolah.

Siapakah yang diberi kuasa melaksanakan undang-undang?

R1:

JawatanKebertanggungjawaban

Pengetua100%

Guru Penolong Kanan HEM80%

Guru Disiplin60%

Jadual 3 : Pemberatan Tanggungjawab Pelaksana Undang Undang R2:Pengetua, Penolong Kanan HEM, Jawatankuasa Disiplin dan semua guru.

R3:Pengetua.

R4:Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 : Peraturan 4 Pengetua, Peraturan 6 - Pengetua turunkan kuasa kepada guru

R5:Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

R6:Semua guru adalah guru disiplin.

Susunan hierarki pelaksanaan undang-undang

R1:Guru Disiplin perlu merujuk Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan HEM perlu merujuk kepada Pengetua. Pengetua perlu merujuk kepada JPWP atau KPM. Setiap keputusan yang dibincang oleh Guru Disiplin atau GPK HEM hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru Disiplin dan GPK HEM tidak boleh membuat keputusan. Walaupun semua guru adalah guru disiplin, tetapi tidak boleh membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman hanya boleh mencegah masalah disiplin daripada berleluasa.

R2: Pengetua Guru Penolong Kanan Jawatankuasa Disiplin

R3: Guru Disiplin, Guru Penolong Kanan HEM, Pengetua

R4:Pengetua GPK HEM Ketua Guru Disiplin Semua Guru DisiplinPengawas

R5:Tidak pastiR6:Selagi tidak melibatkan polis, peraturan sekolah mengambil alih pengendalian kes atau masalah disiplin

Proses pelaksanaan undang-undang

R1: Pelaku Guru Disiplin GPK HEM/Jawatankuasa Disiplin Pengetua Keputusan Jawatankuasa Disiplin Pengetua Rujuk kepada Guru Kaunseling

R2: Menerima aduan siasatan tindakan susulan mengambil tindakan berdasarkan kes

R4: Menerima aduan siasatan ada kes / tiada kes bela diri berjumpa ibu bapa pengetua jatuhkan hukuman kaunseling

R5: Sekolah tidak boleh melaksanakan undang-undang kerana kuasa sekolah adalah terhad pada peraturan sahaja sebagaimana yang termaktub di dalam buku peraturan, pekeliling dan surat siaran.

R6: Jika wujudnya kes yang melibatkan pihak polis atau laporan polis, Jabatan Pendidikan akan membuat pemantauan.

Guru kelas Guru Disiplin Guru Kaunseling

GPK HEM Pengetua

Jenis undang-undang disenaraikan, mengapa diaplikasi dalam pengurusan sekolah ?

R1:Perintah Am dan Surat Pekeliling digunakan sebagai dalehan, pendinding atau imuniti. Peraturan itu ditetapkan oleh KPM dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Ia memudahkan rujukan dibuat terhadap pelaku yang terlibat. R2:Kuasa Guru merotan murid perlu dilaksanakan bagi menjaga tatatertib di kalangan murid.R4:Memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan selamat.

Berapa kerap aplikasi undang-undang dijalankan dalam sebulan terhadap guruR1:

Ia bergantung kepada saiz sekolah jika sekolah besar maka kekerapan adalah tinggi. Jika saiz sekolah kecil maka kekerapannya adalah rendah. Aplikasi undang-undang yang dijalankan dalam sebulan adalah 2%. Antara kesnya ialah hadir lewat, tatacara berpakaian dan kelewatan masuk ke kelas.R2: Mengikut keperluan.R3:Ia bergantung kepada kes, berkala.R4:Tiada kekerapan

R5:Selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis, tiada aplikasi undang-undang akan digunakan.

Berapa kerap aplikasi undang-undang dijalankan dalam sebulan terhadap muridR1:Kekerapan aplikasi undang-undang adalah dalam 5%. Antara kes-kes yang melibatkan murid ialah tidak menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas atau ponteng sekolah dan kes kekemasan diri. R2:Mengikut keperluan.R3:Bergantung kepada kes, berkala.R4:5 hingga 6 kali sebulan.R5:Selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis, tiada aplikasi undang-undang akan digunakan.

4.2.2SOALAN KAJIAN 2 :CABARAN / KEKANGAN

Bagaimanakah cara memaklumkan pelaksanaan undang-undang pengurusan sekolah kepada guru dan murid ?

R1:Makluman kepada guru dibuat melalui buku pengurusan sekolah, poster, mesyuarat-mesyuarat, taklimat, LADAP, ceramah, PERASA. Makluman kepada murid dijalankan melalui poster, surat edaran, buku pengurusan disiplin, perhimpunan, taklimat mingguan, ceramah daripada pihak polis dan pihak JPJ.R2:Mesyuarat Guru ( 5 minit peruntukan mengenai undang-undang ) & LDP.R3:Buka dan rujuk laman web, maklumkan dalam mesyuarat guru dan edaran.R4:Penyebaran melalui kursus, taklimat dan surat pekeliling ikhtisas.R5:Makluman kepada guru melalui mesyuarat, notis dan surat siaran.R6:Makluman kepada guru adalah melalui mesyuarat, mengeluarkan notis dan surat siaran. Makluman kepada murid melalui surat siaran dan perhimpunan.

Apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi dalam menyebarkan undang-undang tersebut?

R1:Kekangan yang dihadapi dari aspek guru ialah kehadiran dalam mesyuarat adalah tidak 100%, maklumat yang disampaikan tidak dicapai oleh semua guru, suasana bilik mesyuarat yang tidak kondusif seperti panas dan sempit. Tahap pengetahuan dan kefahaman penerima maklumat juga antara kekangan yang dihadapi seperti tidak boleh memahami informasi yang disampaikan atau penyampai menggunakan bahasa yang tinggi serta membosankan. Kekangan yang dihadapi dari aspek murid ialah sikap ibu bapa menghantar anak lewat ke sekolah dan menggalakkan anak cuti pada hari sekolah. Antara kekangan lain ialah pihak bas sekolah hantar lewat disebabkan kesesakan jalan raya dan lokasi rumah ke sekolah agak jauh. Lokasi sosioekonomi yang mempunyai disiplin berbeza seperti ibu bapa (mentaliti golongan yang terpelajar dan tidak terpelajar) dan komuniti (terdiri daripada tentera dan tidak bekerja)R2:Kekangan masa kerana pihak sekolah perlu menyebarkan isu-isu atau arahan semasa daripada KPM/ JPN/ PPD terlebih dahulu.R3:Kepatuhan terhadap undang-undang kurang diaplikasi.R4:Tidak semua guru berpeluang menerima penerangan yang sepenuhnya.R5:Kekangan ialah guru tidak tahu, tidak pasti dan tidak peka akan kepentingan undang-undang. Guru-guru dan pentadbir tidak faham dan tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan.R6:Cabaran atau kekangan ialah guru tidak peka dan mengambil ringan akan peraturan yang dimaklumkan.

Masalah disiplin paling kerap: ketidakakuran oleh guru R1:Kelewatan hadir bertugas ke sekolah dan tatacara berpakaian.R2:Kelewatan masuk kelas mengajar dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa merujuk Rancangan Mengajar Harian.R3:Penyediaan Buku Rekod Mengajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.R4:Ketepatan masa hadir ke sekolah, masuk mengajar dan menjalankan program sekolah.R5:Kelewatan masuk ke kelas dan tidak masuk mengajar pada waktu yang ditetapkan.

Masalah disiplin paling kerap: ketidakakuran oleh murid

R1:Kehadiran lewat ke sekolah, tidak mengamalkan peraturan di kantin (berebut membeli makanan), berebut mengambil buku di perpustakaan, tidak mengikut peraturan di padang permainan dan tidak menjaga kebersihan.R2:Hadir lewat ke sekolah dan tidak menyiapkan kerja sekolah.R3:Hadir lewat ke sekolah dan ponteng sekolah.R4:Kekemasan diri kurang dititikberatkan, tidak menguruskan masa dengan baik dan tidak menyiapkan kerja sekolah.R5:Masalah lewat hadir ke sekolah, masalah ponteng sekolah, bergaduh dan buli.R6:Masalah datang lewat ke sekolah dan ponteng kelas atau sekolah.

Latar belakang pelaku : Keluarga

R1:Keluarga yang mempunyai masalah sosioekonomi, tinggal di persekitaran yang tidak selesa, mempunyai konflik rumahtangga dan penceraian.R2:Keluarga yang tinggal di flat atau setinggan, keluarga yang berpendapatan rendah, ketua keluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap, ibu bapa yang berpisah dan ibu bapa yang terlalu sibuk.R3:Keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.R4:Keluarga yang bermasalah seperti bercerai atau masalah kewangan.R5:Broken family atau keluarga yang mempunyai konflik seperti penceraian atau pergaduhan.R6:Biasanya murid yang melakukan kesalahan disiplin datang dari keluarga yang susah dan bermasalah. Namun demikian terdapat kes-kes yang melibatkan murid yang cerdik dan datang dari keluarga yang baik tetapi tidak mendapat perhatian dari ibu bapa. Pelaku tidak semestinya keluarga yang bermasalah, mereka lebih kepada untuk mendapatkan perhatian guru.

Latar belakang pelaku : Akademik

R1:Murid yang mempunyai IQ yang lemah.R2:Murid yang mempunyai tahap akademik yang rendah.R3:Murid yang mendapat keputusan C dan E ke bawah.R4:Murid yang memperolehi prestasi yang rendah dalam peperiksaan dan proses pengajaran & pembelajaran.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang pada sekolah

R1:Ia boleh menjejaskan nama baik sekolah apabila nama sekolah disebut dalam mesyuarat JPWP sebagai ranking disiplin.R2:Pihak sekolah perlu akur kepada garis panduan yang dikeluarkan sebelum mengambil tindakan.R3:Pihak sekolah akan dilabel sebagai sekolah bermasalah.R4:Ia dapat membantu guru mengawal disiplin murid.R5:Ia mendatangkan malu kepada guru dan pentadbir.R6:Hubungan keruh di antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang pada individu ( pelaku )

R1:Ia membantu pelaku berubah daripada kerap melakukan kesalahan kepada sifar kesalahan.R3:Ia boleh menggalakkan tindak balas negatif.R4:Ia membantu menimbulkan kesedaran untuk berubah.R5:Hubungan guru dan pelaku akan renggang.R6:Ia akan menjadikan pelaku semakin bongkak atau takut.

Apakah implikasi yang dihadapi kesan daripada aplikasi undang-undang pada komuniti

R1:

Pandangan komuniti merosot dari segi menghantar atau mendaftar anak ke sekolah.R3:

Menimbulkan rasa tidak puas hati dan rungutan akan diutarakan kepada pihak sekolah.R4:Melahirkan warga sekeliling yang prihatin.R5:

Menimbulkan ketidakpuasan hati di antara ibu bapa terhadap guru dan pentadbir sekolah.R6:Komuniti semakin berani mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak sekolah dan tidak menghormati sekolah, tanpa perbincangan mereka mengambil tindakan sendiri.

Antara kes campur tangan komuniti ( jika ada )

R1:Kes ponteng sekolah, contohnya murid ke cybercafe.R3:Tiada kecuali penglibatan PIBG.R4:Campur tangan politik, NGO dan Media.R5:Apabila kes dibesar-besarkan di dalam media, contohnya kes bocor soalan peperiksaan.

Tindakan campur tangan komuniti

R1:Komuniti membantu pihak sekolah dalam kes murid ke cyber cafe dengan menangkap murid tersebut dan bawa ke sekolah. Murid dibawa ke Balai Polis Setapak.R3:Berjumpa dengan penjaga murid.R4:Mempengaruhi ibu bapa murid terlibat, menghalang hukuman dijatuhkan dan membuat laporan polis.R5:Merujuk buku civil atau criminal procedure, biasanya bagi pesalah bawah 18 tahun tidak akan dibicarakan tetapi pelaku akan ditempatkan di sekolah juvana. Umur menjangkau 18 tahun baru boleh dibicarakan.R6:Pejabat Pelajaran Wilayah membuat pemantauan, pihak sekolah perlu menyediakan dokumen-dokumen sebagai bukti untuk membantu siasatan terhadap guru dan murid. Kes akan menjadi besar biasanya disebabkan oleh tekanan komuniti pada keluarga si pelaku.

Apakah strategi yang digunakan untuk mengatasi kekangan/ menangani cabaran yang dilalui dalam mengaplikasi undang-undang ini ?

R1:Pihak sekolah menjemput penceramah luar seperti Pegawai Polis, Kaunselor dan Ketua Komuniti. Selain itu mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan untuk mereka rasa dihargai oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan jawatankuasa bersama ibu bapa dan komuniti setempat.R2:Pihak sekolah perlu memberi penjelasan yang tepat kepada semua guru dalam usaha mengaplikasi undang-undang di sekolah.R3:Pihak sekolah perlu melibatkan pelbagai pihak seperti PIBG, Komuniti setempat, Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) dan polis.R4:Pihak sekolah memastikan prosedur tindakan yang diambil adalah betul dan tidak boleh dicabar serta menghalang di peringkat awal daripada berlakunya salah laku disiplin.R5:Guru harus melengkapkan diri dengan ilmu undang-undang, harus menyelamatkan diri sendiri, guru dilarang menyentuh murid dan guru akan selamat jika mengikut SOP (Standard Operasional Procedure) kerja yang betul.

Nyatakan penambahbaikan yang boleh dikemukakan bagi membantu melicinkan aplikasi undang-undang dalam pengurusan sekolah.

R1 : Pihak pentadbir mewujudkan wassap sekolah untuk penyebaran maklumat tentang agenda sekolah dengan segera.

Mengadakan kempen kesedaran menghargai realiti kehidupan kepada murid dan guru.

Mengadakan kursus PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja) untuk guru supaya mempunyai harga diri, berintegriti dan dapat mewujudkan rasa kekitaan kerana melalui itu peraturan undang-undang secara automatik akan dipatuhi.

R2 : Pihak pentadbir perlu mendapat pendedahan terhadap aspek perundangan dalam pendidikan.

Guru-guru perlu diberi penjelasan terhadap aspek perundangan pendidikan.

Guru-guru sentiasa disegarkan untuk terus celik dan peka terhadap aspek undang-undang dalam pendidikan.

Pihak sekolah perlu bertindak secara profesional dengan melakukan sesuatu tindakan mengikut undang-undang sepenuhnya dengan mematuhi prosedur sepenuhnya.

R3 : Mengembalikan kuasa mendisiplin murid kepada pihak sekolah.

Kesedaran perlu diterapkan kepada ibu bapa tentang peranan guru dalam membentuk sahsiah murid.

Melibatkan semua pihak tentang tanggungjawab dan kepentingan dalam menangani isu disiplin murid.

R4 : Penerangan secara khusus kepada guru baharu dan bakal guru berkaitan peraturan dan kaedah menanganinya.

Mewartakan peraturan yang lebih terperinci untuk memberi lebih kuasa kepada guru.

Memberi perlindungan kepada guru-guru yang takut untuk mengambil tindakan.

Memberi kefahaman dan kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan disiplin murid

R5 : Peruntukan undang-undang yang jelas perlu disediakan untuk rujukan pihak sekolah.

Kecairan maklumat terhadap guru mengenai perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan

R6 : Kecairan maklumat mengenai aplikasi undang-undang di sekolah.

Memperbanyakkan kempen kesedaran undang-undang terhadap guru-guru dan komuniti.

Peruntukan undang-undang yang jelas dan difahami perlu dikemaskini dan diwar-warkan kepada pihak sekolah.

4.3DAPATAN KAJIAN

Keputusan yang diperolehi daripada sesi temubual terhadap 6 orang responden, tiga orang daripadanya menyatakan undang-undang yang dirujuk oleh pentadbir ialah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang melibatkan disiplin dan peraturan. Responden yang lain merujuk kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Peraturan-peraturan Pendidikan yang dikhususkan kepada bidang masing-masing. Pelaksanaan undang-undang sekolah adalah melalui aplikasi Peraturan Am, Peraturan Khusus, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Buku Pengurusan Sekolah dan Buku Peraturan Sekolah. Majoriti pentadbir sekolah merujuk peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Peraturan Am lazimnya diaplikasi oleh seluruh warga Malaysia, contohnya pakaian sekolah yang seragam bagi sekolah rendah dan menengah. Manakala Peraturan Khusus ditetapkan oleh pentadbir sekolah, contohnya peraturan di perhimpunan, peraturan kantin sekolah, peraturan makmal dan di perpustakaan. Pelaksanaan Peraturan Khusus adalah mengikut kesesuaian pelajar dari aspek agama, kaum dan persekitaran. Proses aplikasi undang-undang pentadbir sekolah dikukuhkan dengan penggunaan instrumen yang pelbagai. Antara instrumen yang digunapakai ialah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Tatacara Disiplin Sekolah, Surat Siaran KPM atau JPN, Buku Peraturan dan Fail Meja Disiplin. Instrumen ini digunakan oleh pentadbir sebagai panduan dalam melicinkan pengurusan disiplin sekolah. Instrumen merupakan bukti untuk mengukuhkan pelaksanaan sesuatu tindakan yang dibuat oleh pentadbir, dibenarkan dan mengikut arahan KPM atau JPN. Rujukan instrumen sebelum melaksanakan sesuatu tindakan adalah penting dan menjadi keutamaan pihak pentadbir sekolah. Terdapat beberapa prosedur pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh responden di sekolah masing-masing. Antara prosedur yang dinyatakan ialah undang-undang dilaksanakan melalui Lembaga Disiplin Sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, merujuk pekeliling KPM dan merujuk Standard Operating Prosedur- 1:3:7. Menurut pandangan 2 orang responden, prosedur undang-undang hanya dilaksanakan apabila kes tersebut dilaporkan kepada polis dan melibatkan pihak polis. Kes yang melibatkan pihak polis lazimnya akan diuruskan oleh Jabatan Pemantauan Pelajar. Selain pelaksanaan hukuman yang berkait dengan undang-undang, terdapat beberapa pendekatan lain yang dipersetujui oleh kesemua responden dalam membantu pihak sekolah menguruskan disiplin pelajar. Antara pendekatan yang dilaksankan ialah sesi kaunseling, didikan, bimbingan, rundingan dan budi bicara. Didikan, bimbingan dan sesi kaunseling perlu diberikan kepada pelaku untuk menunjukkan sikap keprihatinan guru selain daripada ingin menerapkan rasa dihargai dan disayangi dalam diri si pelaku. Responden 1 mencadangkan agar pelaku dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi membantu mereka membina semangat dan berusaha meningkatkan disiplin diri. Pendekatan budi bicara merupakan antara pendekatan yang kerap diamalkan oleh pihak pentadbir. Mesyuarat panel disiplin sekolah lazimnya menetapkan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas pelaku, perbincangan akan dilaksanakan dan biasanya diakhiri dengan budi bicara. Menurut responden 1, pengetua mempunyai 100% kebertanggungjawaban dalam melaksanakan undang-undang di sekolah. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) mempunyai 80% kebertanggungjawaban dan guru disiplin mempunyai 60% kebertanggungjawaban. Menurut responden 2, pemberian kuasa pelaksanaan undang-undang mengikut kekananan dimulai dengan pengetua, guru penolong kanan HEM, jawatankuasa disiplin dan yang terakhir ialah semua guru. Manakala, responden 3 menyatakan kuasa pelaksanaan adalah pengetua sahaja. Menurut responden 4, kuasa pelaksanaan undang-undang adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959 iaitu Peraturan 4 adalah pengetua dan Peraturan 6 pengetua menurunkan kuasa kepada guru. Responden 5 menyatakan kuasa pelaksanaan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM. Responden 6 pula menyatakan semua guru merupakan guru disiplin.

Melihat kepada susunan hierarki pelaksanaan undang-undang di sekolah, majoriti responden memaklumkan kes yang dilaporkan perlu dimaklumkan kepada guru disiplin terlebih dahulu. Guru disiplin perlu merujuk guru penolong kanan HEM. Guru penolong kanan HEM perlu merujuk pengetua. Pengetua akan merujuk JPN/JPWP atau KPM jika ia melibatkan kes berat. Hasil perbincangan guru disiplin dan guru penolong kanan HEM hendaklah dimaklumkan kepada pengetua. Guru disiplin dan guru penolong kanan HEM perlu mendapat kebenaran pengetua sebelum menjatuhkan atau menjalankan hukuman ke atas pelaku. Guru penolong kanan HEM, guru disiplin dan semua guru tidak boleh membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman tetapi memikul tanggungjawab untuk mencegah masalah disiplin daripada berleluasa.

Jadual 1: Susunan Hierarki Pelaksanaan Undang-undang Sekolah

Proses pelaksanaan undang-undang dilaksanakan dengan pelbagai cara mengikut ketetapan pihak pentadbir sekolah. Menurut responden 1, setiap kes hendaklah dilaporkan kepada guru disiplin terlebih dahulu. Kemudian kes disampaikan kepada guru penolong kanan HEM. Kes akan dimaklumkan kepada pengetua dan keputusan akan dibuat bersama Jawatankuasa Disiplin. Setelah keputusan diperolehi maka si pelaku akan dirujuk kepada guru kaunseling.

Responden 2 memaklumkan, proses pelaksanaannya dimulakan dengan menerima aduan tentang sesuatu kes. Kemudian siasatan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin. Hasil siasatan diperolehi dan tindakan susulan akan dilaksanakan. Tindakan atau hukuman yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kes yang disabitkan ke atas pelaku. Menurut responden 4, lazimnya setelah aduan diterima maka siasatan akan dijalankan untuk membuktikan kewujudan kes. Jika didapati ada kes, maka pelaku diminta membela diri. Pihak sekolah akan berjumpa dengan ibu bapa untuk sesi perbincangan. Pengetua akan menjatuhkan hukuman ke atas pelaku yang bersesuaian dengan kes yang dilakukan. Pelaku akan diletakkan di bawah pengawasan kaunseling sekolah. Responden 5 menyatakan sekolah tidak boleh melaksanakan undang-undang kerana kuasa sekolah terhad kepada peraturan sebagaimana yang termaktub di dalam buku peraturan, surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran.

Menurut responden 6, proses pelaksanaan undang-undang lazimnya dimulai dengan laporan guru kelas, kemudian laporan itu akan dipanjangkan kepada guru disiplin. Guru disiplin perlu merujuk guru kaunseling terlebih dahulu. Jika kes tidak dapat diselesaikan maka guru penolong kanan HEM perlu dimaklumkan. Pengetua akan dimaklumkan jika keputusan mengenai pelaku perlu dibuat. Undang-undang yang diaplikasi oleh pihak pentadbir dalam pengurusan sekolah digunakan sebagai dalehan, pendinding atau imuniti. Menurut responden 1, peraturan yang ditetapkan oleh KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memudahkan rujukan tindakan atau hukuman dibuat terhadap pelaku yang terlibat. Responden 2 menyatakan kuasa merotan perlu dilaksanakan bagi menjaga tatatertib di kalangan murid. Responden 4 memaklumkan aplikasi undang-undang dalam pengurusan sekolah adalah untuk memastikan suasana pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Kekerapan aplikasi undang-undang yang dilaksanakan terhadap murid adalah bergantung kepada saiz sekolah. Jika sekolah itu mempunyai murid yang ramai maka kekerapan aplikasi undang-undangnya adalah tinggi. Menurut responden 1, kekerapan aplikasi undang-undang adalah 5%. Antara kes-kesnya ialah ponteng kelas, ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah dan kekemasan diri atau tatacara berpakaian. Responden 2 dan 3 menyatakan kekerapan aplikasi undang-undang adalah mengikut keperluan kes dan berkala. Responden 4 memaklumkan aplikasi undang-undang yang dijalankan adalah 5 atau 6 kali dalam sebulan. Menurut responden 5, selagi tiada kes yang melibatkan laporan polis maka tiada aplikasi undang-undang yang akan digunakan.

Penyebaran pelaksanaan undang-undang pengurusan sekolah merupakan perkara yang penting dan menjadi tanggungjawab utama pentadbir untuk merealisasikan kepada semua guru dan murid di bawah pengawasannya. Responden 1 dalam temu bualnya menyebut, makluman pelaksanaan undang-undang kepada guru dapat dijalankan melalui buku pengurusan sekolah, poster, mesyuarat-mesyuarat, taklimat, LADAP, ceramah dan program PERASA (Pembimbing Rakan Sekerja). Makluman pelaksanaan undang-undang kepada murid boleh dijalankan melalui poster, surat edaran, buku pengurusan disiplin, perhimpunan, taklimat mingguan, ceramah daripada pihak polis atau JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya). Responden 2 menyatakan makluman pelaksanaan undang-undang boleh dilakukan di dalam Mesyuarat Guru dan LADAP.

Responden 3 juga bersetuju memaklumkan pelaksanaan undang-undang kepada guru dalam mesyuarat, melalui edaran dan rujukan laman web KPM. Responden 4 menyatakan penyebaran pelaksanaan undang-undang adalah melalui kursus, taklimat dan surat pekeliling ikhtisas. Responden 5 dan 6 menyatakan makluman kepada guru dibuat melalui mesyuarat, notis dan mengeluarkan surat siaran. Manakala makluman kepada murid mengenai pelaksanaan undang-undang boleh dibuat melalui perhimpunan atau surat siaran.

Hasil daripada temubual yang dijalankan ke atas pentadbir-pentadbir ini, majoriti mereka menyatakan antara cabaran dan kekangan yang dihadapi ialah guru tidak peka, tidak tahu, tidak pasti akan kepentingan undang-undang dan mengambil ringan akan peraturan yang dimaklumkan. Ada segelintir guru dan pentadbir yang tidak faham dan tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Ini menyebabkan kepatuhan terhadap undang-undang tersebut kurang diaplikasi. Menurut responden 1, kehadiran guru di dalam mesyuarat adalah tidak mencapai 100%. Ia merupakan cabaran dan kekangan yang dihadapi hingga menyebabkan penyampaian maklumat tidak berlaku dengan berkesan selain daripada suasana di bilik mesyuarat yang panas dan sempit. Responden 1 dan 4 juga menyatakan tidak semua guru berpeluang untuk menerima penerangan yang sepenuhnya. Guru juga didapati tidak dapat memahami informasi yang disampaikan kerana penggunaan bahasa yang tinggi dan penyampai membosankan.

Sikap ibu bapa yang sering lewat menghantar anak ke sekolah dan menggalakkan anak cuti pada hari sekolah juga merupakan cabaran dalam menyebarkan aplikasi undang-undang kepada murid-murid. Antara cabaran dan kekangan lain yang dihadapi ialah pihak bas sekolah yang lewat menghantar murid ke sekolah disebabkan oleh kesesakan jalan raya dan lokasi rumah ke sekolah agak jauh. Lokasi sosioekonomi yang mempunyai disiplin berbeza seperti mentaliti ibu bapa daripada golongan yang terpelajar dan tidak terpelajar, komuniti yang terdiri daripada tentera dan golongan ibu bapa yang tidak bekerja. Responden 2 pula menyatakan kekangan masa merupakan cabaran kepada utama pihak sekolah dalam menyebarkan isu-isu atau arahan semasa daripada KPM, JPN, PPD terlebih dahulu.

Dapatan daripada temubual, majoriti responden menyatakan masalah disiplin yang paling kerap dilakukan oleh murid ialah hadir lewat ke sekolah, ponteng kelas, ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah, tidak menitikberatkan kekemasan diri iaitu tatacara berpakaian, tidak menguruskan masa dengan baik, tidak mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Antara masalah disiplin yang berat ialah kes gaduh dan kes buli jika ia melibatkan pihak polis. Hasil daripada temubual ini mendapati murid yang terlibat dengan masalah disiplin atau aplikasi undang-undang adalah murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Responden 1 memaklumkan pelaku berkemungkinan lahir daripada keluarga yang tinggal di persekitaran yang tidak selesa dan mempunyai konflik rumahtangga atau penceraian. Responden 2 pula menyatakan pelaku dan keluarga tinggal di kawasan flat atau setinggan, keluarga berpendapatan rendah atau ketua keluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap, kemungkinan ibu bapa yang berpisah atau ibu bapa yang terlalu sibuk sehingga tidak mempedulikan hal anak-anak.

Responden 3 menyatakan pelaku berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah. Responden 4 dan 5 menyatakan pelaku kemungkinan berasal daripada keluarga yang bermasalah seperti bercerai, bergaduh atau mempunyai masalah kewangan. Responden 6 memaklumkan murid yang datang daripada keluarga yang baik tetapi tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa berkemungkinan antara murid yang menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Pelaku tidak semestinya keluarga yang bermasalah, mereka bertujuan untuk mendapatkan perhatian guru semata-mata. Latar belakang akademik pelaku juga menggambarkan tingkah laku dan masalah disiplin yang wujud dalam pengurusan sekolah. Majoriti responden bersetuju pelaku yang terlibat dalam masalah disiplin dan aplikasi undang-undang ialah murid yang mempunyai IQ yang lemah, mempunyai tahap akademik yang rendah, murid yang mendapat keputusan C, D dan E dalam peperiksaan dan mempunyai prestasi rendah dalam proses pengajaran & pembelajaran.

Rata-rata responden menyatakan bahawa implikasi kesan daripada aplikasi undang-undang boleh menjejaskan nama baik sekolah sehingga sekolah