asas kepimpinan dan perkembangan profesional

17
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL Pensyarah: Jawing Dongkok, M.Ed.

Upload: lenny-lajium

Post on 07-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

asas perkembangan

TRANSCRIPT

  • ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALPensyarah:Jawing Dongkok, M.Ed.

  • Tajuk 1 :Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

    Hasil Pembelajaran1. Menjelaskan konsep profesion dan profesionalisme.2. Menghuraikan ciri ciri sebagai seorang profesional.

  • Tajuk 1 :Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

    Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia.

    kini memasuki satu lagi era baharu.

  • Tajuk 1 :Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

    Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia. kini memasuki satu lagi era baharu. guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan

    Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai 'knowledge worker' dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

  • Tajuk 1 :Konsep Mengajar Sebagai Satu ProfesionGuru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001).

    Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah kualiti produk (output). Dengan ini, sumber manusia (modal insan) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan-latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.memerlukan tahap kemahirsan tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan.

    Ciri-ciri seperti: kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman,1956).

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.

    Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi .

    Secara umumnya, bidang keguruan boleh dianggap sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut.

    Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

    'Adakah guru seorang profesional?' Latihan perguruan telah membekali mereka dengan pengetahuan yang mendalam tentang subjek, pedagogi dan pelajar serta kedudukan mereka sebagai guru memberikan suatu autonomi kepada mereka.

    Secara tradisinya, seorang profesional berbeza daripada orang lain kerana beliau mempunyai (a) asas pengetahuan mendalam, (b) komitmen untuk memenuhi keperluan klien, (c) identiti kuat secara kolektif (komitmen profesional) dan (d) autonomi profesional (Talbert & Mc Laughlin, 1994).

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    'Adakah guru seorang profesional?'

    Mengikut Etzioni (1969), jika guru tidak mempunyai kawalan terhadap standard profesional mereka, maka guru adakala dianggap sebagai separa profesional. Hal ini kerana, guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan untuk pelbagai aspek dalam profesion.

    Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan imej profesion keguruan menurun di kaca mata masyarakat. Walau bagaimanapun, guru kini dapat menggunakan autonomi dalam membuat keputusan di dalam bilik darjah.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Namum begitu, aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

    (a) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajarPengetahuan isi kandungan mata pelajaran.

    Pengetahuan mengenai pelajar

    (c ) Peningkatan profesionalisme guru

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Ciri-ciri Guru yang Profesional

    Dapat dirumuskan bahawa guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran & pembelajaran.

    Di samping itu, guru yang profesional perlu mempunyai sahsiah yang baik dan boleh diteladani pelajar.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang profesional mempunyai atribut seperti mana sebagai guru yang berwibawa :

    SahsiahKetrampilanIlmuBertaqwaMerancang PnPIsi kandungan mata pelajaranberakhlakMengurus PnPPengetahuan kandunganBerperibadi muliaMemilih strategi PnPpedagogiMempunyaimm komitmenMerangsang PnPbahanBersopan santunKemahiran teknologikaedahBersikap positifKemahiran generikteknologiBerkebolehan memimpinKemahiran kaunselingMengamalkan buadya ilmuMenilai PnP

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Selaras dengan guru yang profesional, ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut:

    Bersikap profesional.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.Kaya dengan ilmu.Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.Bermoral teguh.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.Memastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Selaras dengan guru yang profesional, ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut: (sam.)Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlakmulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah (Abdul Shukor Abdullah, 1998).Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat sepuluh tret guru yang amat berkesan. Hal ini termasuklah dorongan misi dan passionate, positif dan benar, guru sebagai pemimpin, with-it-ness, gaya, kepakaran dalam motivasi, keberkesanan pengajaran, budaya membaca; street smarts (pintar) dan kehidupan mental,

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    McEwan (2002) menyatakan, terdapat sepuluh tret guru yang amat berkesan. Hal ini termasuklah dorongan misi dan passionate, positif dan benar, guru sebagai pemimpin, with-it-ness, gaya, kepakaran dalam motivasi, keberkesanan pengajaran, budaya membaca; street smarts (pintar) dan kehidupan mental,

    (a) Dorongan oleh misi dan passionate.(b) Positif dan benar(c ) Guru sebagai pemimpin(d) With-it-ness(e) Gaya(f) Kepakaran dalam motivasi(g) Keberkesanan pengajaran [Instructional effectiveness)(h) Pembelajaran kandungan (Book learning)(i) Pintar (Street smarts)(j) Celik minda (Mental life)

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Rumusan:

    Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.

    Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan.

    Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat.

  • Konsep Profesion dan Profesionalisme

    Sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satu profesion bergantung pada tanggapan masyarakat. Adakah peranan guru semakin hilang kewibawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?

    Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai.

    Hal ini termaktub dalam teras strategik kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu memartabatkan profesion keguruan.

    Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PIPP.