asas kepimpinan dan jenis
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
1/14
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA,KEDAH
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
(EDU 3108)
NAMA : MOHD EKHZAN BIN MAT YASIN
K/P PELAJAR : 891110 - 03- 5493
KURSUS : PISMP MATEMATIK SEM 8
AMBILAN : JANUARI 2010
NAMA PENSYARAH : CIK OOI SIEW TIN
TARIKH HANTAR : 31 JULAI 2013
BIOGRAFIKe
pemimpinan Guru Encik Mohd Farhan BinChe Jaafar
PK HEM SK ANAK-ANAK ANGKATAN TENTERA
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
2/14
( E D U 3 1 0 8 ) | i
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN i
BIODATA ii
PERHARGAAN iii
KRONOLOGI PENDIDIKAN GURU iv
KRONOLOGI KERJAYA GURU v
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PENULISAN ESEI BIOGRAFI
2.1 Latar Belakang Guru 1
2.2 Asas Kepimpinan Dan Jenis-Jenis Kepimpinan Guru 2
2.3 Kepimpinan Di Sekolah Dan Cabaran Kepimpinan 4
2.4 Akauntibiliti Yang Di Pegang, Peranan Guru Tersebut 5
2.5 Peringkat Perkembangan Yang Di Lalui Oleh Beliau 6
2.6 Jangkaan Guru Pada Masa Akan Datang 7
3.0 KESIMPULAN 7
4.0 RUJUKAN 9
5.0 LAMPIRAN 10
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
3/14
( E D U 3 1 0 8 ) | ii
BIODATA
NAMA : MOHD EKHZAN BIN MAT YASIN
NO. I/C : 891110-03-5493
UMUR : 23 TAHUN
ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN
KURSUS : PISMP SEMESTER 8
AMBILAN : JANUARI 2010
KUMPULAN : MATEMATIK/PJ/BI
ALAMAT : IPG KAMPUS DARULAMAN, KPP L1/A2/14
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
4/14
( E D U 3 1 0 8 ) | iii
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillahi Rabbil Alamin, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini.
Berkat usaha dan pertolongan beberapa pihak termasuklah pensyarah pembimbing
dan rakan-rakan, tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing untuk subjek
EDU 3108 iaitu Cik Ooi Siew Tin di atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang semester ini terutama ketika menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada beliau, saya
tidak akan mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya.
Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan praktikum
yang sama-sama berbincang dan membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kalam, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat membantu saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Ribuan kemaafan juga dipohon sekiranya saya
ada melakukan kesalahan baik secara sedar ataupun tidak sepanjang proses
interaksi yang berlangsung dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi ini.
Sekian, terima kasih.
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
5/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 1
1.0 Pengenalan
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah
perumpamaan yang sangat sinonim dengan kepimpinan dan guru. Sememangnya
seorang pemimpin itu mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar terhadap
kumpulan atau individu yang berada di bawahnya. Contohnya dalam kontek
pentadbiran pendidikan memerlukan ketokohan pemimpin untuk mentadbir dan
mengetui organisasi sekolah. Penentuan terhadap kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah itu bergantung kepada tonggak kepimpinan atasan organisasinya.
Sekiranya sesebuah sekolah itu di lengkapi dengan pelbagai kemudahan serta
frasarana yang cukup hebat namum pentadbiran pemimpinnya lembap dan tidak
sistematik maka ia juga mampu menyebabkan sekolah tersebut gagal dalampengurusannya. Jadi, kepimpinan yang cekap memainkan peranan penting dalam
kepimpinan pendidikan. Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah atau
pun juga seorang pemimpin di mana-mana peringkat seperti Jabatan Pendidikan
Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Hanya
individu yang mempunyai ciri ketokohan akan mampu menggalas tugas ini dengan
baik dan berjaya
2.0 Penulisan Esei Biografi
2.1 Latar Belakang Guru
Encik Mohd Farhan Bin Che Jaafar merupakan seorang guru yang sedang
berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah
Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, Tok Jalai, Jitra. Beliau telah di lahirkan di
sebuah perkampungan di Ipoh pada tahun 1981. Sumber pendidikan pertama yang
di ikuti oleh beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Lasah di Sungai Siput, Perak.
Sekolah ini terletak dalam perkampungan orang asli. Seterusnya, beliau meneruskan
pengajian di sebuah sekolah rendah di Sungai Layar dan akhir sekali, beliau
menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau,
Bagi pendidikan menengah pula, beliau telah menyambung pengajiannya di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail, Sungai Petani dan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di sana. Setelah tamat pendidikan menengah
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
6/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 2
pada tahun 1998, pada tahun 1999 beliau telah ditawarkan untuk mengikuti
pengajian perguruan di Institut Perguruan Darulaman selama tiga tahun.
Sekolah pertama beliau mula bertugas adalah di Sekolah Kebangsaan
Puchong Utama 1 pada tahun 2003 hingga tahun 2007. Seterusnya beliau telah
ditukarkan ke negeri Kedah ini pada 1 Januari 2008 di Sekolah Kebangsaan
Sultanah Asma, Alor Setar. Manakala pada 1 Mac 2010, beliau ditukarkan pula ke
Sekolah Kebangsaan Kepala Batas selama setahun sebelum berkhidmat di sekolah
ini sehingga sekarang. Begitulah serba sedikit latar belakang ringkas tokoh pemimpin
di Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera.
2.2 Asas Kepimpinan Dan Jenis-Jenis Kepimpinan Guru
Bertepatan dengan tugas Cikgu Farhan yang bergelar sebagi guru dan
pemimpin di sekolah ini sangat sesuai untuk menghuraikan aspek Kepimpinan.
Kepimpinan dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana di sekolah terdapatnya
pemimpin yang menjalankan tanggungjawabnya untuk memimpin sebuah organisasi
seperti murid dan guru. Seperti yang terkandung di dalam hadis : Ingatlah wahai
Muhammad ketika Tuhan berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Berdasarkan firman ini jelas
menerangkan bahawa setiap orang sememangnya telah di lahirkan sebagai seorang
pemimpin namun tidak semua itu mampu menjadi seorang pemimpin yang baik dan
di hormati.
Menurut definisi Kamus Dewan edisi ke-empat menerangkan perkataan
kepimpinan berasal daripada kata akar pimpin. Sumber itu juga menyatakan
bahawa perkataan pemimpin adalah bererti orang yang memimpin, membimbing,
menuntun, mengepalai dan melatih. Dalam kamus Dwibahasa, perkataan leadership
bererti kepimpinan, bimbing, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan.
Berdasarkan kesemua definisi yang di terjemahkan oleh beberapa sumber ini jelas
menunjukkan bahawa pemimpin itu ialah seorang yang dinamakan pemimpin
dengan seorang atau beberapa orang yang dinamakan pengikut.
Mengikut pandangan dan pendapat yang di utarakan oleh Cikgu Farhan beliau
berpendapat kepimpinan ini adalah satu proses mempengaruhi individu dan
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya bagi situasi di sekolah ini
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
7/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 3
beliau yang bertugas sebagai seorang guru Hal Ehwal Murid bertindak sebagai
pemimpin untuk memimpin beberapa individu seperti kerani dan juga kumpulan
murid di sekolah ke arah mencapai matlamat organisasi. Dalam proses
melaksanakan kepimpinan ini, seorang pemimpin itu perlu menguasai asas
kepimpinan bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Kepimpinan seseorang
pemimpin itu dapat dilihat daripada dua aspek. Pertamanya, dari segi bakatnya dan
yang kedua pula dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Seorang pengurus atau
pentadbir ini adalah berbeza dari sudut peranannya kerana seorang pengurus perlu
mengurus dan memimpin untuk mencapai sesuatu matlamat manakala seorang
pemimpin pula perlu mengambil kira semua aspek untuk mencapai sesuatu
matlamat, jika tidak ianya akan menjadi pentadbir yang digelar kuku besi atau
autokratif.
Apabila seseorang pemimpin itu menguasai aspek asas kepimpinan ini, maka
perkara seterusnya yang perlu di kenalpasti adalah jenis-jenis kepimpinan. Bagi
guru-guru di sekolah pula mereka boleh menggunakan pelbagai jenis kepimpinan
mengikut kesesuaian keadaan persekitaran. Pada pandangan Cikgu Farhan, beliau
menerangkan bahawa terdapat beberapa jenis kepimpinan guru seperti gaya
kepimpinan demokratik, autokratik dan juga lepas bebas (leizssez-faire). Namun,kebanyakan pemimpin di sekolah ini biasanya perlu mengamalkan demokrasi yang
mengambil pendapat majoriti berbanding autokratif yang meminta pandangan sahaja
tetapi di tentukan oleh pemimpin. Seperti beliau yang bertugas sebagai seorang
Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid, haruslah bersikap demokratif manakala
kepimpinan autokratif pula biasanya digunakan oleh Guru Besar (GB) dan PK
Pentadbiran. Hal ini kerana Guru Besar sentiasa mengambil pandangan serta
pendapat guru tetapi keputusannya perlu berlandaskan pekeliling dan peraturan
sekolah. Bagi contoh gaya kepimpinan lepas-bebas (leizssez-faire) pula kita boleh
lihat pada kepimpinan yang di tunjukkan oleh PK Kokurikulum pada situasi Hari
Sukan Sekolah baru-baru ini di mana kita tidak mempunyai khemah. Maka, beliau
sendiri yang akan mencari seterusnya masalah ini selesai. Ini menunjukkan
pemimpin perlu leise-fair iaitu pemimpin perlu bebas tidak hanya mengarah dan
menyuruh sahaja. Tindakan PK Kokurikulum sekolah kita ini boleh menjadi role
model kepada guru yang lain terutamanaya apabila memegang sebarang jawatan
tinggi lain seperti wakil rakyat di mana mereka juga perlu turut turun padang dalam
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
8/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 4
sebarang aktiviti. Dengan kesesuian ini, maka proses kepimpinan dalam organisasi
akan dapat di jalankan dengan baik dan lancar.
2.3 Kepimpinan Di Sekolah Dan Cabaran Kepimpinan
Dalam aspek kepimpinan di sekolah, seorang pemimpin itu sangat
berpengaruh untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi pimpinannya.
Menurut Fenwick,(2008) budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap
pemimpinnya. Pemimpin yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah
tersebut. Pemimpin yang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada
kakitangan, murid, ibubapa dan masyarakat. Mereka juga sudah tentu akan
memainkan peranan untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya
budaya sekolah yang cemerlang. Pandangan ini turut di sokong oleh Cikgu Farhan di
mana beliau turut membuat penambahan pendapatnya dengan menjelaskan bahawa
terdapat pemimpin yang dilahirkan secara semulajadi, tetapi ada juga pemimpin yang
dihasilkan kerana kehendak pekerjaan atau dengan kata lain birokratif . Sebagai
contoh, seorang guru yang mempunyai DG29 dan telah dinaikan pangkat seperti PK
Kokurikulum, jadi secara tidak langsung mereka perlu menjadi pemimpin dan
menjalankan tanggungjawab tersebut. Tanpa pemimpin, kita tidak boleh membuat
kerja berpasukan. Seorang pemimpin itu perlu ada ciri-ciri kepimpinan. Sejak dari
sekolah lagi kita telah dipupuk menjadi pemimpin seperti pengawas, ketua darjah
dan sebagainya. Antara ciri kepimpinan yang perlu ada adalah mempunyai cita-cita
dan keazaman yang tinggi. Yang paling beliau suka adalah integriti, di mana setiap
kerja perlu ada integriti seperti amanah, jujur dan bertanggunjawab.
Sebagai seorang pemimpin juga tidak boleh terlepas dari menghadapi
pelbagai cabaran semasa bertugas. Mengikut Cikgu Farhan, beliau menghadapi
pelbagai cabaran seperti dari aspek profesion keguruan di mana cabaran utamanya
adalah untuk menaikkan unitnya iaitu di sekolah ini beliau bertindak sebagai Guru
Penolong Kanan HEM. Dengan tugas ini, beliau perlu memastikan disiplin,
keselamatan, kebajikan murid berada di tahap sekolah yang berkualiti. Jika sebelum
ini beliau pernah berhadapan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan bantuan
serta campurtangan pihak polis. Kes-kes sebegini merupakan satu cabaran
kepadanya untuk mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak di ingini dari berlaku di
sekolah. Cabaran lain pula yang sering di hadapi oleh beliau adalah dari aspek
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
9/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 5
perubahan pendidikan yang semakin berkembang. Sebagai seorang pemimpin,
beliau sentiasa perlu memantapkan lagi ilmu agar dapat menjalankan
tanggungjawab ini dengan baik. Dengan pengalaman yang di kongsikan oleh beliau
ini menunjukkan bahawa tugas seorang pemimpin itu sangat rumit. Oleh itu, seorang
pemimpin itu perlu sentiasa bersedia dan mampu menggalas apa jua cabaran yang
mendatang.
2.4 Akauntibiliti Yang Di Pegang, Peranan Guru Tersebut
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu
yang lain di dalam suatu organisasi. Oleh itu, seorang pemimpin itu perlu mempunyai
satu nilai iaitu akauntibiliti. Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti ini
di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab
terhadap sesuatu. Melalui takrifan ini, seorang pemimpin itu sepenuhnya perlu
bertanggungjawab terhadap apa jua tindakan yang berlaku kepada pengikutnya.
Kenyataan ini di sokong penuh oleh Cikgu Farhan di mana beliau telah memberi
penegasan terhadap beberapa aspek akauntabiliti sebagai seorang pemimpin.
Antara aspek akauntabiliti yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah setiap
guru itu perlu ada etikanya. Dia perlu menjadi role modelkepada semua masyarakat
di sekelilingnya merangkumi aspek sikap, keperibadian, pandangan dan sebagainya
lagi. Menurut pendapatnya, seorang guru yang mampu menjaga kod etika
perguruan, ia sudah mampu menjadi seorang guru yang sempurna. Sebagai seorang
guru dan pemimpin di sekolah, beliau perlu berpegang terhadap akauntabiliti kepada
pelajar iaitu dengan menjaga keselamatan dan kebajikan terhadap murid. Beliau juga
perlu bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira kaum, jantina dan agama
serta mana-mana murid yang datang berjumpanya harus dirahsiakan kerana ia
mampu menjatuhkan maruahnya. Seterusnya adalah tanggungjawab terhadap ibu
bapa. Sebagai PK HEM beliau perlu menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa
kerana banyak urusan yang perlu melibatkan mereka seperti urusan wang pelajar
dan sebagainya. Beliau juga perlu jujur dengan mereka seperti memaklumkan apa-
apa masalah berkaitan dengan anak-anak mereka di sekolah. Yang ketiga adalah
tanggungjawab terhadap masyarakat. Seperti semua sedia maklum, semua guru
tidak boleh menyebarkan ajaran yang merosakkan murid namun mereka perlu
menjadi role model kepada murid. Beliau juga menggalakkan guru-guru untukmenghormati masyarakat di sini kerana di sini terdapat pelbagai kaum seperti kaum
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
10/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 6
Siam, Iban dan sebagainya. Akhir sekali tanggungjawab terhadap rakan sejawat di
mana seorang guru tidak seharusnya memburuk-burukkan rakan sejawatnya yang
lain kerana kita berada dalam satu kapal yang sama. Oleh itu, sikap akauntabiliti ini
sangat penting sekali untuk di terapkan dalam diri setiap guru dan pemimpin di
sekolah.
Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti, beliau memainkan peranan yang
sangat penting di sekolah. Peranan utama yang di pertanggungjawabkan kepadanya
sebagai pendidik adalah untuk mengekalkan apa yang ada dalam profesion
keguruan ini dan beliau juga perlu bersandar kepada Falsafah Pendidikan Guru dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurutnya lagi, sebelum ini kita telah di
dedahkan dengan pelbagai aspek dalam falsafah, namun tugas seorang guru itubelum cukup lengkap lagi kerana tugas seorang guru itu bukan sahaja
menyampaikan isi pelajaran, namun guru juga perlu menyediakan nilai-nilai murni.
Nilai-nilai murni ini perlu di pamerkan agar ia mampu menjadi ikutan dan tauladan
kepada murid.
2.5 Peringkat Perkembangan Yang Di Lalui Oleh Beliau
Dalam membentuk diri menjadi seorang pemimpin ini, mana-mana individu
perlu melalui pelbagai peringkat perkembangan yang akan membentuk dan mendidik
dirinya sebagai ketua. Menurut Whitehead,(1977) dalam bukunya yang bertajuk
Leadership in a Free Society menerangkan beberapa fasa yang akan di lalui oleh
seorang pemimpin seperti fasa ikut serta atau ikut ambil bahagian, fasa
kepercayaan, fasa memperoleh tinjauan dan beberapa fasa lain lagi. Kenyataan ini di
sokong sendiri oleh Cikgu Farhan di mana beliau sendiri turut mengalami kesemua
fasa-fasa ini. Baginya, sepanjang menjadi seorang pemimpin ini beliau mula nampak
perkembangan terhadap dirinya. Dengan memulakan tugas sebagai seorang guru
pemegang diploma perguruan, beliau memulakan tugasnya di Sekolah Kebangsaan
Puchong Utama 1. Sepanjang menjadi guru permulaan di sekolah tersebut, beliau
sentiasa mencari peluang untuk belajar menimba ilmu daripada guru-guru yang
berpengalaman di sekolah tersebut. Kebetulan, pada masa tersebut beliau telah
diberi kepercayaan oleh Guru Besar untuk memegang jawatan sebagai guru SPBT
dan setiausaha sukan. Peluang ini gunakan olehnya dengan sebaik mungkin untuk
menimba pengalaman dan pengetahuan. Seiring dengan perkembangan
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
11/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 7
pengalamanya, beliau telah diberi pula kepercayaan untuk menjadi Guru Disiplin.
Sepanjang menjalankan tugas sebagai Guru Disiplin, beliau banyak belajar tentang
hal ehwal murid daripada Penolong Kanan di sekolah itu. Kesemua perkembangan
yang di lalui sepanjang memegang tugas sebagai pendidik ini telah banyak mendidik
serta membentuk dirinya sendiri untuk menjadi seorang pemimpin. Apa yang lebih
penting lagi, seorang pemimpin itu perlu lebih komited terhadap tugas dan apabila
kita mampu mempamerkan keupayaan yang baik, maka orang di sekeliling kita akan
mula mempercayai diri kita. Seterusnya, bagi menjana peringkat perkembangan
kerjayanya lagi beliau masih berpegang terhadap prinsip-prinsip utamanya iaitu
bersungguh-sungguh dalam menjalankan segala amanah yang diberi.
Semasa di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, beliau telah dilantik oleh GuruBesar untuk menjadi Penolong Kanan Kokurikulum. Berbekalkan pengalaman
menjadi Setiausaha Sukan terdahulu, beliau mampu menjalankan amanah sebagai
Penolong Kanan. Oleh kerana terdapat peningkatan terhadap prestasi beliau
sepanjang memegang jawatan tersebut, beliau telah dicadangkan cemerlang pada
tahun tersebut. Setelah itu, beliau terus ditukarkan ke sekolah ini dan dinaikkan
pangkat untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Kanan HEM. Dengan perjalanan
perkembangan dirinya ini menyebabkan segala kerjanya mendapat perhatiandaripada pentadbir sebelum ini.
2.6 Jangkaan Guru Pada Masa Akan Datang
Apabila bergelar sebagai seorang pemimpin ini, beliau perlu menanamkan
sikap berpandangan jauh dalam dirinya. Seseorang pemimpin mestilah memiliki
wawasan yang jauh ke hadapan melihat apa yang tidak dapat dilihat orang lain dan
menjangka apa yang tidak dijangka orang lain. Ciri-ciri ini jelas terdapat dalam diri
Cikgu Farhan apabila beliau sendiri menyatakan beberapa hasrat serta perancangan
masa depannya. Bagi meningkatkan kualiti yang ada dalam diri sebagai seorang
guru, beliau telah mengambil peluang keemasan untuk menyambung pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda memandangkan semasa beliau tamat pengajian
sebelum ini hanyalah di peringkat diploma perguruan sahaja. Kini, beliau masih lagi,
menyambung pengajian tersebut di IPG Kampus Darulaman dalam pengkhususan
Matematik.
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
12/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 8
Manakala dari aspek pengurusan di sekolah pula beliau turut melibatkan diri
dalam pelbagai program yang di tawarkan di peringkat Kementerian seperti beliau
telah ditawarkan untuk mengikuti kursus KSSR bagi subjek Sejarah memandangkan
subjek tersebut bakal dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran teras mulai tahun
hadapan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Walaupun tidak ramai guru
yang berminat untuk melibatkan diri dalam program ini, namun sebagai pemimpin
yang dahagakan pengalaman beliau telah menawarkan diri untuk menyertai program
yang di buka oleh pihak kerajaan ini.
Selain itu, beliau juga mempunyai impian dan harapan iaitu ingin berkhidmat
sebagai pegawai yang bertugas di Bahagian Kegiatan Guru (PKG). Beliau telah
membuat permohonan ini dan permohonanya ini sudah pun di luluskan untukberkhidmat di situ. Bagi perancangan jangka masa lama beliau juga turut berhasrat
untuk menyambung lagi pengajiannya di peringkat Master apabila berjaya
menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah nanti. Dari sini jelas menunjukkan
bahawa beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang berpandangan jauh
kehadapan serta sentiasa mencari peluang untuk memperkembangakan lagi
kebolehannya sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, tidak hairan jika beliau sendiri
tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memperkembangkan lagi potensi dirinyasebagai seorang guru dan juga pemimpin.
3.0 Kesimpulan
Secara keseluruhnya, aspek kepimpinan yang di tunjukkan oleh Cikgu Farhan
ini sangat bagus dan terpuji kerana beliau sendiri mampu menunjukkan
kreadibilitinya sebagai seorang guru dan pemimpin yang berjaya. Dalam hal ini,
beliau bukan sahaja bertugas sebagai tenaga pengajar di sekolah ini tetapi beliau
juga mempunyai bebanan tugas yang lebih berat berbanding rakan-rakan
sejawatnya yang lain iaitu sebagai seorang pemimpin mereka. Kemampuan yang di
tunjukkan melalui kepimpinannya inilah yang akan mencorakkan perjalanan
organisasi di bawah pimpinannya. Ianya bertepatan dengan cogan kata yang sering
di ungkapkan olehnya apabila menyentuh isi kepimpinan. Cogan kata yang di
maksudkan adalah Kepimpinan Cemerlang Menghasilkan Pelajar Cemerlang.
-
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
13/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 9
4.0 RUJUKAN
Fenwick W. English. (2008). The Art Of Educational Leardership. USA. Sage
Publication, Inc
Hajah Noresah bt. Baharom (ed). (2005). Kamus Dewan , Edisi Keempat, Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka
Joyce M. Hawkins; Abdul Majid Baharom. (1997). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar :
Inggeris-Melayu-Melayu-Inggeris, edisi kedua. Shah Alam. Oxford University
Press
Kamarol Baharen Mohd johan, Eddy Luaran. (2010). Peranan Kepimpinan Guru
Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Dalam
Iklim Bilik Darjah. Di petik daripada
http://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.p
df
Sapora Sipon, Justina Esther Gubud. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan
Kepuasan Kerja Guru : Ke Arah Perkembangan Profession Perguruan.
Sarvinder Singh, Ahmad Bin Esa, Dr. (2008). Isu-Isu Semasa Kepimpinan Dalam
Pendidikan : Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. Di
petik daripada http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf
Thomas North Whitehead. (1977). Leadership in a Free Society. Arno Press
http://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.pdfhttp://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdfhttp://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Thomas+North+Whitehead%22&source=gbs_metadata_r&cad=6http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Thomas+North+Whitehead%22&source=gbs_metadata_r&cad=6http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdfhttp://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.pdfhttp://education.uitm.edu.my/v1/images/stories/publication/kamarol/peranan.pdf -
7/29/2019 Asas Kepimpinan Dan Jenis
14/14
( E D U 3 1 0 8 ) | 10
LAMPIRAN