jenis jahitan asas

17
  JENIS-JENIS JAH ITAN ASAS Bil. Nama Jahitan Cara Dan Kegunaannya 1.  Jahitan Jelujur Halus  Membaiki kelepet merentas  Boleh menggantikan mata jahitan mesin  Menjadi perhiasan pada artikel 2.  Jahitan Kia  Memulakan dan mematikan jahitan tangan  Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik  Menjahit kelim yang merentas  Boleh menggantikan jahitan mesin 3.  Jahitan Sembat  Menentapkan dan mengemaskan kelepet  Mata Jahitan ini boleh dilihat sebelah luar fabrik 4.  Jahitan Lilit Ke mas  Mengemaskan guntingan tepi fabrik  Mencantumkan dua kepingan fabrik  Menjahit butang katup, cangkuk dan palang 5.  Jahitan Lubang Butang  Jahitannya kuk uh dan kemas  Menjahit lubang butang, butang katup,cangkuk dan palang 6.  Jahitan Silang Pangkah  Menjahit kelepet, lapik, mengemaskan pita zip dan sebagai jahitan hiasan 7.  Jahitan Insang Pari  Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif 8.  Jahitan Sembat Susup  Menjahit dan mengemaskan kelepet 1. Jahitan Kia Jahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas. Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan. Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin. Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin. Berikut adalah langkah jahitan kia:

Upload: intan-siti-zuraida-ibrahim

Post on 18-Oct-2015

1.285 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN KHAS

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS JAHITAN ASASBil.Nama JahitanCara Dan Kegunaannya

1.Jahitan JelujurHalus Membaiki kelepet merentas Boleh menggantikan mata jahitan mesin Menjadi perhiasan pada artikel

2.Jahitan Kia Memulakan dan mematikan jahitan tangan Melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik Menjahit kelim yang merentas Boleh menggantikan jahitan mesin

3.Jahitan Sembat Menentapkan dan mengemaskan kelepet Mata Jahitan ini boleh dilihat sebelah luar fabrik

4.Jahitan Lilit Kemas Mengemaskan guntingan tepi fabrik Mencantumkan dua kepingan fabrik Menjahit butang katup, cangkuk dan palang

5.Jahitan Lubang Butang Jahitannya kukuh dan kemas Menjahit lubang butang, butang katup,cangkuk dan palang

6.Jahitan Silang Pangkah Menjahit kelepet, lapik, mengemaskan pita zip dan sebagai jahitan hiasan

7.Jahitan Insang Pari Mengemaskan tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjadi motif

8.Jahitan Sembat Susup Menjahit dan mengemaskan kelepet

1. Jahitan KiaJahitan kia digunakan untuk menjahit klim meretas.Jahitan ini juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan.Jahitan ini kukuh, rapat, dan kelihatan seperti jahitan mesin.Jahitan ini boleh digunakan sebagai pengganti jahitan mesin.Berikut adalah langkah jahitan kia:

Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.Cucuk jarum pada A dan keluarkanjarum pada B dengan jarak1mm hingga 2 mm.

Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak4 mmdari A.

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

2. Jelujur HalusJahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet merentas.Jahitan ini boleh menggantikan jahitan mesen.Berikut adalah langkah jahitan jelujur halus:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm seperti dalam rajah.

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

3. Jahitan SembatJahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju kurung.Berikut adalah langkah jahitan sembat:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30.

Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

4. Jahitan Lilit KemasDigunakan untuk mengemaskan tepi fabrik.Jahitan ini juga digunakan untuk menjahit butang katub, cangkuk dan palang.Berikut adalah langkah jahitan lilit kemas:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebela luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit.Jahit sehingga siap matikan dengan jahitan kia.

5. Jahitan Lubang ButangJahitan lubang butang digunakan untuk menjahit lubang butang, butang katub, cangkuk dan palang.Berikut adalah langkah jahitan lubang butang:

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik.Tarik benang dan susup di bawah jarum.Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

6. Jahitan Silang PangkahJahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan salaman.Berikut adalah langkah jahitan silang pangkah:

Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan jahitan kia.Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm.

Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.Matikan dengan jahitan kia.

7. Jahitan Insang PariJahitan ini digunakan untik mengemis tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.Berikut adalah langkah jahitan insang pari:

Jahit dari kiri ke kanan.Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A.Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.Letak beneng di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir.

Jenis-jenis jahitanSyukran Jazilan kepada semua yang masih setia mengikuti Jahit : Menjahit. Pada entri kali ini, mari kita mengenali beberapa jenis jahitan yang boleh kita gunakan untuk menjahit fabrik. Ada berapa jenis jahitan kesemuanya? Ada perbezaan ke antara jahitan-jahitan tersebut? Jahitan mana yang paling kukuh? Layan~ (^_^)Jahitan pada asasnya boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berikut:1. Jahitan Sementara:Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur jahitan tanda.

2. Jahitan Penyambung:Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.

3. Jahitan Pengemas:Sembat, sembat susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang, silang pangkah.

4. Jahitan Sulaman:Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah.

1. Jahitan Sementara

Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur.Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.

2. Jahitan Penyambung

Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain.Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

3. Jahitan Pengemas

Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan atau mengemaskan tepi kain.

4. Jahitan SulamanDigunakan terutamanya untuk jahitan biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumahtangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan jahitan-jahitan lain agar lebih menarik. Antara contoh jahitan sulaman adalah seperti berikut:

Jelujur Halus

Jahitan Batang

Bulu Ayam

Bunga Padi

Jelujur Berlilit

Jahitan Lurus

Jel Panjang Pendek

Jahitan Kia

Jahitan Rantai

Suji Bilang

Silang Pangkah

Jahitan Sulam