artikel-artikel jerebu

Upload: fara-ara

Post on 04-Jun-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    1/13

    JEREBU

    [Type text] Page 1

    3.0 ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN DENGAN KESAN JEREBU

    3.1 Rumusan Artikel

    Fenomena jerebu memberi pelbagai kesan yang buruk kepada kesihatanmanusia terutama golongan yang mempunyai imunisasi badan yang lemah iaitu

    golongan kanak-kanak. Kanak-kanak amat mudah untuk mendapat alahan semasa

    musim jerebu. Artikel yang berkaitan dengan alahan kanak-kanak sumber daripada

    utusan online ada menyatakan dua masalah kesihatan iaitu pernafasan dan alahan kulit

    memang sukar untuk di elak terutama bagi golongan kanak-kanak. Hal ini berlaku

    kerana golongan kanak-kanak tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan diri,

    oleh demikian ibu bapa atau penjaga kanak-kanak haruslah megambil langkah-

    langkah keselamatan bagi menggelak daripada menghadapi pelbagai penyakit semasa

    jerebu.

    Selain itu artikel yang seterusnya menyentuh mengenai nasihat daripada

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengambil langkah

    pencegahan untuk memelihara kesihatan diri dan anggota keluarga khasnya yang

    berisiko tinggi seperti kanak-kanak. Golongan yang berisiko tinggi haruslah sentiasa

    mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran agar masalah kesihatan tidak

    menjadi semakin teruk. Semua pihak haruslah sentiasa prihatin terhadap isu semasa

    mengenai bacaan IPU supaya dapat mengambil langkah keselamatan. Seterusnya

    semua golongan masyarakat perlulah bekerjasama dalam menangani masalah jerebu

    agar tidak berleluasa.

    Di samping itu, semasa jerebu terdapat banyak sekolah yang terpaksa di tutup

    bagi menggelakkan daripada berlaku pelbagai masalah kesihatan. Menurut artikel

    daripada sinar harian, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata

    ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan

    mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Muhyiddin berkata walaupun

    sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran

    Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-murid dinasihatkan supaya tidak

    mendedahkan diri di kawasan terbuka."Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya

    dapat mengawasi pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya. Oleh

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    2/13

    JEREBU

    [Type text] Page 2

    demikian peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak berada dalam

    keadaan yang baik dan selamat daripada penyakit disebabkan jerebu.

    Artikel seterusnya menyentuh mengenai laporan daripada Agensi Alam

    Sekitar Kebangsaan Singapura, dimana keadaan jerebu yang teruk kali ini disebabkan

    cuaca kering yang membawa kepada peningkatan aktiviti panas terutama di tengah

    Sumatera manakala 138 kawasan panas yang menandakan kebakaran telah dikesan

    pada 16 Jun 2013 lalu. Dr Seri Najib Tun Razak, melalui laman Faceboooknya,

    mengumumkan keadaan jerebu akan bertambah teruk dalam beberapa hari akan

    datang. Beliau juga menasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan minum air

    sebanyak mungkin. Anak-anak haruslah di lindungi dengan memastikan anak-anak

    mendapat cecair dalam badan yang mencukupi seperti meminum 8 10 gelas air

    sehari.

    Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh

    dirawat dengan mudah. Bagaimanapun bagi penjagaan bayi adalah amat sukar dan

    harus mengikuti langkah-langkah keselamatan yang betul dan teratur. Apabila kualiti

    udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu boleh menembusi

    masuk ke dalam paru-paru bayi anda. Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak,

    saluran udara, kulit dan mata. Bayi akan mengalami nafas yang berdehit, hidung

    meleleh, iritasi mata, tekak kering dan batuk. Jadi artikel di bawah menunjukkan

    pelbagai cara bagi melindungi bayi ketika jerebu. Antanya ialah memberi penyusuan

    badan, elakkan daripada merokok, tidak keluar rumah dan mengamalkan kebersihan.

    Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dan memainkan peranan

    masing-masing bagi mengatasi masalah jerebu daripada berleluasa. Langkah-langkah

    selamatan dan cara penjagaan diri adalah amat penting. Kanak-kanak merupakan

    golongan yang tidak mengetahui apa-apa. Jadi semua pihak haruslah membantu

    golongan ini agar masalah kesihatan semasa jerebu dapat diselesaikan.

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    3/13

    JEREBU

    [Type text] Page 3

    3. 2 Contoh- contoh artikel

    1) Alahan Jerebu Pada Kanak-kanak

    http://kesihatan.info/alahan-jerebu-pada-kanak-kanak/

    Sumber: Utusan Online

    August 19, 2013

    Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara dan jerebu, dua masalah kesihatan iaitu

    pernafasan dan alahan kulit memang sukar dielak.

    Bagi orang dewasa yang mempunyai daya ketahanan badan atau imuniti lebih tinggi,

    sistem mekanisme badannya mungkin boleh menangkis penyakit bawaan jerebu itu.

    Namun tidak bagi kanak-kanak.

    Sebab itu bukan sesuatu yang menghairankan jika klinik, hospital kerajaan dan swasta

    menerima banyak kes di kalangan kanak-kanak berkaitan dua masalah tersebut.

    Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Taman Desa, Dr. Eric Lee Kim Hor berkata,

    memang banyak kes berkaitan masalah alahan dan pernafasan dilaporkan di kalangan

    kanak-kanak yang dimasukan ke wad kecemasan akibat pernafasan dan batuk setiapkali berlakunya jerebu.

    Malah ketika negara dilanda jerebu paling teruk sekitar tahun 1997 dulu jumlah kes

    berkaitan alahan pernafasan dan kulit telah meningkat lebih kurang 20 peratus.

    Ini kerana kedua-dua masalah tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara

    persekitaran mereka.

    Secara umum alahan sebenarnya satu subjek yang besar, umpama satu segi tiga yang

    ada dalamnya ialah asma, alergi rhinitis (sinus) dan ekzema.

    http://kesihatan.info/alahan-jerebu-pada-kanak-kanak/http://kesihatan.info/alahan-jerebu-pada-kanak-kanak/
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    4/13

    JEREBU

    [Type text] Page 4

    Penyebabnya adalah satu saja iaitu Ige sejenis imuniti yang ada dalam badan

    manusia.

    Biasanya bagi kes alahan, satu hingga tiga bayi yang baru dilahirkan akan

    mengalaminya. Ia mungkin akan lebih buruk kepada bayi yang tidak menyusu badan

    kerana sistem imuniti badan yang rendah, jelasnya yang ditemui di kliniknya baru-baru ini.

    Menurut Dr. Eric, ibu bapa perlu dari semasa ke semasa memantau keadaan anak

    mereka apatah lagi dalam keadaan udara yang tercemar seperti jerebu.

    Anak-anak perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengenal pasti sama ada mereka

    mempunyai penyakit asma atau ekzema danresdung kerana tiga penyakit itu amat

    berkaitan.

    Jika dilihat, alahan yang berlaku pada kanak-kanak sebenarnya bersifat sementara.

    Memang banyak kes alahan di kalangan kanak-kanak yang pulih dalam masa dua

    hingga tiga bulan sahaja.

    Mungkin yang akan kekal ialah resdung sahaja. Dalam kes yang teruk mungkin

    alahan akan bertukar kepada lelah, katanya.

    Dr. Eric mengingatkan bahawa ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak, kerana

    lelah dan batuk adalah dua perkara yang berbeza.

    Salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada anak lelah atau tidak ialah dengan

    mendengar pernafasan mereka iaitu pernafasan mereka berbunyi.

    Katakan jika sudah diberi ubat pun masih batuk, mungkin anak anda sudah dijangkiti

    virus. Biasanya apabila anak mencecah umur tiga tahun imunisasi mereka akan

    meningkat dan sekali gus mengurangkan risiko untuk terkena penyakit tersebut

    dengan lebih kerap lagi, ujarnya.

    Bagi masalah ekzema pula, kata Dr. Eric, alahan itu tidak boleh dipulihkan namun

    boleh dikawal.

    Kawalannya pula bergantung kepada apa yang menjadi penyebab masalah tersebut.

    Jika rumah, maka kena pastikan semuanya bersih supaya anak tidak mendapat

    serangan kegatalan kulit yang kronik

    Memang ruam adalah satu perkara yang biasa, bintik-bintik merah di muka, namun

    bila bayi tidak menyusu badan, agak susah untuk sistem imunitinya sendiri bertindak,

    jadi ibu bapa perlu prihatin dengan memberikan susu yang sesuai yang bersifat hipo

    allergenic ataupun susu soya, jelasnya.

    Justeru, ibu dan bapa perlu sedar bahawa bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi

    yang rendah, jadi setiap kelainan pada bayi perlu diberi perhatian, jelasnya.

    http://kesihatan.info/ubat-resdunghttp://kesihatan.info/ubat-resdung
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    5/13

    JEREBU

    [Type text] Page 5

    2) Jerebu: Penduduk Perak dinasihat jaga kesihatan diri, keluargaZambry

    http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesih

    atandiri_keluarga-Zambry/Article/

    2013/06/25 - 11:55:35 AM

    IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menasihatkan

    penduduk negeri, terutama di beberapa tempat yang merekodkan bacaan Indeks

    Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk, supaya mengambil langkah

    pencegahan untuk memelihara kesihatan diri dan anggota keluarga khasnya yang

    berisiko tinggi.

    Beliau mengeluarkan nasihat itu berikutan rekod IPU pada sebelah pagi menunjukkan

    kemerosotan tahap kualiti udara dengan peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak

    sihat.

    "Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk tidak membuat pembakaran terbuka

    serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan

    Penyelamat atau Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak," katanya dalam kenyataan di sini,

    hari ini.

    Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan JalanTasek, Ipoh merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat dengan bacaan 139 pada

    pukul 7 pagi, manakala Kampung Air Putih, Taiping (142), Jalan Pegoh, Ipoh (182),

    Seri Manjung (288) dan Tanjung Malim (175).

    Katanya, jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua

    orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan

    mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru serta

    penyakit paru-paru kronik.

    Zambry turut menasihatkan mereka yang mengalami kesan akibat terdedah secara

    berterusan kepada jerebu seperti batuk, sesak nafas, hidung dan mata mengalamipedih serta berair supaya segera mendapatkan rawatan doktor.

    http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesihatandiri_keluarga-Zambry/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesihatandiri_keluarga-Zambry/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesihatandiri_keluarga-Zambry/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesihatandiri_keluarga-Zambry/Article/http://www.bharian.com.my/articles/Jerebu_PendudukPerakdinasihatjagakesihatandiri_keluarga-Zambry/Article/
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    6/13

    JEREBU

    [Type text] Page 6

    "Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, orang tua dan mereka yang

    berpenyakit dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah. Orang ramai

    juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti sukan, riadah dan kegiatan di luar rumah,"

    katanya.

    Semua penunggang motosikal, pekerja di luar bangunan atau di tempat yang terdedahsecara berterusan kepada udara serta golongan berisiko tinggi juga dinasihat

    mengenakan topeng penutup mulut dan hidung, katanya.

    Beliau menggesa rakyat di Perak supaya melaporkan kes pembakaran terbuka atau

    kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian kecemasan 999 atau JAS

    di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau Bilik Kawalan JAS Perak di talian 05-2542744.

    - BERNAMA

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    7/13

    JEREBU

    [Type text] Page 7

    3) Jerebu: Jangan hantar anak-anak ke sekolah

    http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-

    1.175097

    24 Jun 2013

    KUALA LUMPUR - Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika

    bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklahdimaklumkan terlebih dahulu.

    "Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan

    Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

    berkaitan status sekolah anak-naka mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata

    Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya,

    Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri

    Sembilan dan Kuantan di Pahang.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel memberitahu

    pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala

    Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk.

    Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan

    yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid-

    murid dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka.

    "Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak-

    anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya.

    http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-1.175097http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-1.175097http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-1.175097http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-1.175097http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-jangan-hantar-anak-ke-sekolah-1.175097
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    8/13

    JEREBU

    [Type text] Page 8

    Murid-murid juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan minum banyak

    air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang tidak sihat ke klinik atau

    hospital berhampiran, katanya.Selain itu timbalan perdana menteri mengarahkan

    Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan

    mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di

    kawasan masing-masing.

    Katanya semua pengarah pelajaran negeri hendaklah sentiasa mendapatkan

    pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing

    mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti

    melibatkan murid.

    Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke

    semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua

    aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan

    kadar segera bagi menjamin kesihatan murid.Bernama

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    9/13

    JEREBU

    [Type text] Page 9

    4) Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu

    http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/

    Jerebu melanda lagi! Ketahui kesan jerebu terhadap kesihatan dan beberapa

    panduan bagi mengatasi dan mencegah kesan jerebu dalam perbincangan kali

    ini.

    June 26, 2013

    Jerebu melanda lagi Semananjung Malaysia dan Singpura. Kali ini ia dilaporkan

    mencapai tahap paling teruk dalam masa 16 tahun. Tidak lain disebabkan oleh

    pembakaran hutan di Kepulauan Sumatera, Indonesia.

    Di Singapura, bangunan pencakar langitnya diselaputi kabus tebal dengan kiraan

    Indeks Piawai Pencemaran atau Pollutant Standard Index (PSI) mencapai tahap

    berbahaya, yang tertinggi sejak September 1997.

    Di Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya dan

    merupakan bacaan tertinggi sejak tahun 2005 di mana kerajaan mengisytiharkan

    darurat di Muar dan Ledang.

    Peningkatan jerebu

    Dr Seri Najib Tun Razak, melalui laman Faceboooknya, mengumumkan keadaan

    jerebu akan bertambah teruk dalam beberapa hari akan datang. Beliau juga

    menasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan minum air sebanyak mungkin.

    http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesan-jerebu/
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    10/13

    JEREBU

    [Type text] Page 10

    Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura pula melaporkan, keadaan jerebu yang

    teruk kali ini disebabkan cuaca kering yang membawa kepada peningkatan aktiviti

    panas terutama di tengah Sumatera manakala 138 kawasan panas yang menandakan

    kebakaran telah dikesan pada 16 Jun lalu.

    Kesan jerebu

    Antara kesan kesihatan yang boleh disebabkan oleh jerebu termasuklah:

    Sukar bernafas

    Serangan jantung

    Gatal tekak

    Gatal mata dan/atau berair

    Gatal kulit

    Hidung berair, hidung tersumbat dan/atau bersin

    Sakit dan/atau pening kepala

    Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan, mengurangkan fungsi paru-paru

    dan/atau sakit dada

    Tahap kesan kesihatan ini pula bergantung kepada faktor-faktor seperti jangka masa

    dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan seserang.

    Sementara semua orang berisiko untuk mendapat kesan daripada jerebu, sesetengah

    kumpulan lebih tinggi berisikonya berbanding yang lain. Mereka termasuk kanak-

    kanak, warga emas, pengidap asma dan bronkitis, pengidap sakit jantung dan alahan

    serta perokok.

    Kesan terhadap bayi

    Bagi bayi, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran

    penafasan, kulit dan mata serta ruam kulit. Bayi akan mula bersin, berair hidung dan

    batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki

    bahagian dalam paru-paru bayi.

    Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre,

    Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada

    pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam

    beberapa bulan pertama bayi.

    Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang

    rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika

    lahir. Namun kajian selajutnya diperlukan bagi menyokong kajian ini.

    Mengatasi kesan jerebu

    Beberapa panduan untuk melindungi anda dan anak-anak daripada kesan jerebu

    termasuk:

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    11/13

    JEREBU

    [Type text] Page 11

    Jauhi asap rokok dan perokok

    Asap rokokakan memburukkan lagi keadaan. Jauhi asap rokok dan perokok. Jika ada

    ahli keluarga yang merokok, ini masa terbaik untuk berhenti.

    Minimakan aktiviti di luar

    Kurangkan aktiviti luar. Isi masa di rumah dengan aktiviti lain sehingga keadaanjerebu berkurang atau hilang sepenuhnya.

    Jika anda memilih untuk menutup tingkap dan menggunakan penghawa dingin,

    pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara bagi

    mengelakkan habuk terkumpul. Juga kurangkan asap daripada sumber dalam rumah

    seperti membakar lilin atau menggunakan dapur gas.

    Jika terpaksa keluar, pastikan anda dan anak-anak memakai penutup mulut.

    Kebersihan

    Dalam apa juga keadaan, amalan kebersihan yang baik sangat membantu

    mengurangkan risiko. Justeru, pastikan rumah sentiasa bersih dan galakkan penghuni

    rumah untuk membasuh tangan terutama setelah keluar rumah.

    Minum air

    Pastikan anda dan anak-anak mendapat cecair dalam badan yang mencukupi. Minum

    810 gelas air sehari.

    Vitamin C

    Vitamin C dapat membantu membina sel dalam badan. Pastikan tubuh badan

    mendapat Vitamin C sama ada melalui pengambilan makanan tambahan atau secarasemulajadi melalui sayuran dan buah-buahan.

    Kopi dan alkohol

    Hindari alkohol dan kopi kerana kedua-dua minuman ini mengeringkan tubuh dan

    mengeluarkan nutrien dari badan.

    Rehat

    Mendapat rehat secukupnya membantu memperbaik dan menyegarkan tubuh semula.

    Tidur yang cukup juga dapat memperkukuhkan sistem imunisasi dan mengelakkan

    sakit ketika jerebu.

    Teruskan menyusu

    Susu ibu amat baik untuk meningkat imunisasi bayi. Jadi jika anda menyusukan bayi,

    teruskan dan pastikan bayi mendapat susu secukupnya.

  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    12/13

    JEREBU

    [Type text] Page 12

    5) Jerebu: Melindungi bayi anda

    http://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-anda

    All contents copyright BabyCenter, L.L.C. 2013.

    Setiap tahun, antara bulan Mei ke Oktober, jerebu yang tebal menyelubungi Malaysia

    dan seluruh Asia Tenggara dan menjejaskan kualiti udara. Sekiranya anda bimbang

    tentang bayi anda semasa musim jerebu, artikel ini membantu menjawab beberapa

    kemusykilan anda. Memang adalangkah beringat-ingat yang boleh anda ambil untuk

    melindungi bayi anda.

    Bagaimanakah jerebu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya?

    Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak, saluran udara, kulit dan mata. Bayi anda

    akan mengalami nafas yang berdehit, hidung meleleh, iritasi mata, dan tekak kering

    dan batuk. Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam

    jerebu boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru bayi anda.

    Jika bayi anda mempunyai sejarahmasalah respiratori, sinusitis danmasalah alergi

    kulit, kesihatannya menjadi lebih terancam semasa musim jerebu. Sekiranya bayi

    anda mempunyaiasma, simptomnya adalah lebih teruk.

    Bagaimanakah saya melindungi bayi saya?

    Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat

    dengan mudah. Berikut diberikan beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk

    merawat masalah kesihatan akibat jerebu.

    ritasi mataTitikkan beberapa titik larutan garam (diperolehi dengan mudah di kebanyakan

    farmasi) untuk membantu melegakan iritasi. Sesetengah ibu percaya yang

    beberapa titiksusu ibujuga berkesan.

    Nafas yang berdehit ringan, hidung meleleh, tekak kering, dan batuk yang tidakberkahakKanak-kanak dibawah satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat

    http://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-andahttp://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-andahttp://www.babycenter.com.my/a1754/bronchiolitishttp://www.babycenter.com.my/a541297/eczemahttp://www.babycenter.com.my/a541297/eczemahttp://www.babycenter.com.my/a74/asthmahttp://www.babycenter.com.my/a8785/breastmilk-how-your-body-makes-natures-perfect-baby-foodhttp://www.babycenter.com.my/a8785/breastmilk-how-your-body-makes-natures-perfect-baby-foodhttp://www.babycenter.com.my/a74/asthmahttp://www.babycenter.com.my/a541297/eczemahttp://www.babycenter.com.my/a541297/eczemahttp://www.babycenter.com.my/a1754/bronchiolitishttp://www.babycenter.com.my/a1037919/jerebu-melindungi-bayi-anda
  • 8/13/2019 Artikel-Artikel jerebu

    13/13

    JEREBU

    [Type text] Page 13

    batuk. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk mengetahui apa yang sesuai untuk

    bayi anda, mengikut umur (dan kadangkala, beratnya). Pastikan bayi anda

    memperolehi banyak rehat dan cecair (tambah jumlah buah atau jus yang kaya

    dengan vitamin C). Sekiranya dia terasa seakan-akandemam,beri dia suspensi

    paracetamol di bawah arahan doktor.

    Sesak nafas atau asmaAsthma Asma dalam kebanyakan kanak-kanak adalahreaksi kepada sesuatu picu, dan jerebu boleh disalahkan. Jerebu boleh menjadikan

    asma seseorang itu lebih teruk, jadi, jika bayi anda berdehit atau sesak nafas,

    berjumpalah doktor dengan segera.

    Apa lagi yang saya harus lakukan?

    Terdapat beberapa langkah beringat-ingat yang terus dan mudah yang boleh

    diambil untuk melindungi bayi anda dari jerebu.

    Penyusuan badanBreastfeeding Penyusuan badan adalah satu cara yang amatterbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akanmemperolehi antibodi dan keimunan semulajadi anda. Walaupun ini bukan cara

    yang seratus peratus mujarab untuk melindungi kesihatan bayi anda, bayi yang

    menyusu badan selalunya mempunyai simptom yang lebih ringan apabila diserang

    penyakit biasa sepertiselesema danflu.

    Elakkan merokok atau perokokPastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri dari perokok. Sekiranya anda atau

    suami anda merupakan perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti

    merokok. Berikut adalah beberapa tip tentangberhenti merokok.

    Jangan keluar rumah seberapa bolehElakkan aktiviti di luar rumah atau di alam bebas. Kami ada idea-idea yang bagus

    untuk permainan-permainan yang hebat bagi anda danbayi atauanak tatih anda

    supaya mereka semua leka di rumah.

    Mengamalkan kebersihanPastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka

    memasukki rumah.

    Melindungi anda dan kanak-kanak anda yang lebih tua

    Jika anda atau suami anda, atau kanak-kanak yang lebih tua memakai kantasentuh, adalah baik jika anda berhenti memakainya semasa jerebu berada di tahap

    yang teruk.

    Simptom seperti berdehit, hidung meleleh, tekak kering dan batuk boleh dilegakandengan pil selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di

    farmasi.

    Pakailah topeng apabila jerebu menjadi teruk. Pada masa-masa Indeks PencemarUdara melebihi 150 (dalam julat Tidak Sihat), fikirkanlah pemakaian topeng.

    Cari topeng yang disahkan gred N95.

    http://www.babycenter.com.my/a1029137/demam-bayihttp://www.babycenter.com.my/a74/asthmahttp://www.babycenter.com.my/c593/breastfeedinghttp://www.babycenter.com.my/a1033081/selesema-dan-bayi-andahttp://www.babycenter.com.my/a557537/fluhttp://www.babycenter.com.my/c1003015/quitting-smoking-in-pregnancyhttp://www.babycenter.com.my/c25004199/lets-play-fun-games-for-you-and-babyhttp://www.babycenter.com.my/c557036/games-and-playhttp://www.babycenter.com.my/c557036/games-and-playhttp://www.babycenter.com.my/c25004199/lets-play-fun-games-for-you-and-babyhttp://www.babycenter.com.my/c1003015/quitting-smoking-in-pregnancyhttp://www.babycenter.com.my/a557537/fluhttp://www.babycenter.com.my/a1033081/selesema-dan-bayi-andahttp://www.babycenter.com.my/c593/breastfeedinghttp://www.babycenter.com.my/a74/asthmahttp://www.babycenter.com.my/a1029137/demam-bayi