analisis swot big khidmat masyarakat

4
Analisis SWOT Kekuatan (strengths) Kelemahan (weaknesses) - Memupuk semangat cinta akan alam sekitar. - Melahirkan rasa syukur dengan anugrah tuhan. - Memberi kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar. - Terlalu dekat dengan maktab. - Tidak kreatif Peluang (opoturnities) Ancaman (threats) - Mengenal ekosistem pantai. - Membetulkan persepsi kami tentang pantai. - Berjalan keluar dari maktab untuk ke pantai. - Kemungkinan mengalami kecederaan. - Keselamatan tidak terjamin. Melalui analisis SWOT, kami dapat mengenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman dari pelbagi sudut. Pertama sekali, saya ingin menganalisis kekuatan kami. Aktiviti khidmat masyarakat ini mampu memupuk semangat cinta akan alam sekitar. Sebelum ini, kami hanya pergi ke pantai untuk menenangkan fikiran, bergembira bersama kawan – kawan dan banyak lagi tanpa mengambil kira akan kebersihan dan keceriaan pantai. Setelah selesai dengan BIG kami, kami dapat rasakan bahawa semangat cinta akan alam sekitar meneba dalam diri kami. Bina Insan Guru kali ini turut membantu kami menjadi lebih sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar. Kalau dilihat dengan mata

Upload: najihah-najmuddin

Post on 20-Jan-2016

911 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Analisis SWOT BIG Khidmat Masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis SWOT BIG Khidmat Masyarakat

Analisis SWOT

Kekuatan (strengths) Kelemahan (weaknesses)

- Memupuk semangat cinta akan alam

sekitar.

- Melahirkan rasa syukur dengan anugrah

tuhan.

- Memberi kesedaran akan kepentingan

menjaga alam sekitar.

- Terlalu dekat dengan maktab.

- Tidak kreatif

Peluang (opoturnities) Ancaman (threats)

- Mengenal ekosistem pantai.

- Membetulkan persepsi kami tentang

pantai.

- Berjalan keluar dari maktab untuk ke

pantai.

- Kemungkinan mengalami kecederaan.

- Keselamatan tidak terjamin.

Melalui analisis SWOT, kami dapat mengenal pasti kelemahan, kekuatan, peluang dan ancaman

dari pelbagi sudut. Pertama sekali, saya ingin menganalisis kekuatan kami. Aktiviti khidmat masyarakat

ini mampu memupuk semangat cinta akan alam sekitar. Sebelum ini, kami hanya pergi ke pantai untuk

menenangkan fikiran, bergembira bersama kawan – kawan dan banyak lagi tanpa mengambil kira akan

kebersihan dan keceriaan pantai. Setelah selesai dengan BIG kami, kami dapat rasakan bahawa

semangat cinta akan alam sekitar meneba dalam diri kami.

Bina Insan Guru kali ini turut membantu kami menjadi lebih sedar akan kepentingan menjaga

alam sekitar. Kalau dilihat dengan mata kasar, terdapat banyak sampah sarap di sekitar pantai Bukit

Kluang. Walaubagaimanapun, rata – rata pengunjung tidak ambil kisah akan kekotoran yang mereka

lihat. Sebaliknya, mereka meambahkan lagi sampah sarap yang sedia ada dengan membuang merata-

rata. Melalui pemerhatian ini, kami menanam iltizam dan tekad dalam hati bahawa kami akan menjaga

alam sekitar.

Sambil melakukan tugas kami untuk membersihkan pantai, kami dapat menikmati keindahan

anugrah tuhan kepada kami. Langit yang membiru, pantai yang jernih, ombak yang membelah pantai,

Page 2: Analisis SWOT BIG Khidmat Masyarakat

angin sepoi bahasa dan flora fauna yang indah membangkitkan rasa syukur dengan anugrah tuhan

kepada kami hambanya. Flora dan fauna ini memerlukan jagaan dan belaian manusia untuk meneruskan

kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, kami ingin tegaskan lagi bahawa ala mini perlu dijaga dan pantai

itu suatu anugerah yang terindah di dunia ini.

Terdapat dua kelemahan yang dapat kami kenal pasti. Kelemahan yang pertama adalah

pemilihan tempat Bina Insan Guru yang terlalu dekat dengan maktab kami. Perjalanan untuk ke kawasan

yang ditetapkan iaitu pantai Bukit Keluang memakan masa beberapa minit sahaja atau lebih tepat,

kurang dari lima belas minit. Jarak yang terlalu dekat ini kami rasakan tidak mencabar dan hanya

memperlihatkan kekurangan kami dalam perancangan. Mungkin pada BIG yang lain ada masa hadapan,

kami akan mencuba untuk mengatur BIG kami di tempat yang lebih menarik dan jauh sedikit daripada

makatab.

Kelemahan yang kedua adalah kami tidak kreatif. Kami memilih tempat yang kami rasakan

senang untuk melakukan aktiviti tanpa mengira akan jarak dan kesannya kepada kami. Dengan

melakukan aktiviti ini di tempat yang berhampiran dengan maktab, kami menjadi kurang terbuka

dengan keadaan sekeliling. Hal ini berlaku kerana pantai ini merupakan tempat yang kami selalu pergi

dan membataskan kami untuk meneroka kawasan sekeliling kerana kami telah biasa dengan tempat itu

dan merasakan kami tidak perlu melakukannya.

Dari segi peluang, kami diberi peluang untuk meneroka dan mengenal ekosistem pantai. Di

pantai Bukit Keluang, kami dapat melihat pokok – pokok ru yang tumbuh teratur di tepi pantai.

Seterusnya pokok – pokok menjalar sepeti ladam kuda. Kulit kerang dan lumut- lumut hijau yang

terdampar di tepi pantai menunjukkan ekosistem pantai yang stabil dan menjadikan kami lebih peka

akan hidupan yang wujud di sekitar pantai tersebut.

Kalau dahulu, kami hanya pergi ke pantai untuk menyambut ulang tahun kawan – kawan dan

bergembir, kini kami pasti akan mengutip sampah sarap yang terdapat disekitar pantai apabila kami di

sana. Persepsi kami sebelum ini bahawa aka nada petugas yang mengutip sampah sarap itu telah kami

cantas dari kamus hidup kami. Kerana kami sedar akan kegunaan pantai untuk kelangsungan hidup

manusia dan flora serta fauna di bumi ini.

Seterusnya, kami ingin membincangkan ancaman yang kami hadapi dalam proses melakukan

BIG kali ini. Ancaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh saya adalah kemungkinan menghadapi

kecederaan yang kecil atau besar. Sewaktu membersihkan kawasan pantai, sebahagian dari kami

Page 3: Analisis SWOT BIG Khidmat Masyarakat

menggunakan plastic kecil untuk mengalas tangan manakala, sebahagian lagi menggunakan tangan

tanpa beralaskan apa – apa. Ini menimbulkan kebimbangan kerana terdapat banyak sampah sarap yang

boleh mencederakan kami seperti botol kaca yang pecah, dan jarum – jarum penagih yang membuang

jarum tersebut merata – rata.

Ancaman yang seterusnya adalah apabila kami berjalan keluar daripada maktab untuk ke tepi

pantai. Oleh kerana jarak perjalanan yang dekat, pihak maktab tidak menyediakan perkhidatan

kenderaan kapada kami. Oleh itu kami berjalan keluar bersama – sama. Mungkin perjalanan kami

dianggap senang namun begitu, kami perlu berjalan melintasi jalan raya. Apa yang menjadi

kebimbangan kami adalah mat rempit yang selalu melalui jalan pantai tersebut dan kami selalu

diingatkan oleh senior kami bahawa mereka sering menggangu gadis – gadis yang ke pantai.

Kami hanya mempunyai seorang pelajar lelaki dan seramai tujuh belas orang pelajar

perempuan. Kami amat khuatir akan keselamatan kami sekiranya ada sebarang kesulitan seperti

gangguan mat rempit. Seorang lelaki tidak mampu menjadi penyelamat kepada kami semua yang ramai.

Keselamatan kami pada hari itu adalah tidak terjamin. Sebagai langkah berjaga – jaga, kami bersama –

sama menjaga tingkah laku kami agar tidak menarik perhatian sesiapa pond an kami lebih berhati – hati

dalam pertuturan kami sewaktu disana.

Walaupun terdapat pelbagai masalah, ancaman dan sebagainya, kami amat bersyukur kerana

data menghabiskan aktiviti dengan lancar dan semua berada dalam keadaan selamat. Bina Insan Guru

kali ini amat menarik dan banyak mendedahkan kami kepada kepentingan menjaga alam sekitar serta

keselamatan diri. Sekian terima kasih.