swot dalam pertanian

25
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1 2.0 Apa itu Analisis SWOT? 2 3.0 Pembangunan Pertanian di Malaysia 4 4.0 Peranan Analisis SWOT dalam Pengurusan Pembangunan Pertanian di Malaysia 6 5.0 Kesimpulan 14 6.0 Bibliografi 15

Upload: stephanny-sylvester

Post on 25-Apr-2015

184 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Swot Dalam Pertanian

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Apa itu Analisis SWOT? 2

3.0 Pembangunan Pertanian di Malaysia 4

4.0 Peranan Analisis SWOT dalam Pengurusan Pembangunan Pertanian di

Malaysia 6

5.0 Kesimpulan 14

6.0 Bibliografi 15

Page 2: Swot Dalam Pertanian

1.0 Pengenalan

Dunia merupakan suatu persekitaran yang sentiasa mengalami pelbagai

perubahan. Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa juga tidak lari dari pengaruh

perubahan semasa. Dunia telah berubah mengikut beberapa peredaran era bermula

dengan perkembangan dalam bidang pertanian kepada revolusi perindustrian dan

seterusnya kepada ekonomi berasaskan maklumat atau k-ekonomi masa kini.

Namun demikian, populasi dunia yang semakin bertambah dari masa ke semasa

mencerminkan betapa pentingnya penghasilan makanan yang mencukupi untuk

menampung keperluan penduduk dunia. Mengikut anggaran semasa, populasi

dunia mencapai angka 6 bilion pada 21 Jun 1999. Pada Julai 2007, bilangan

populasi dunia menjangkau 6,671,226,000 (ataupun 6.67 bilion) manakala di

Malaysia adalah seramai 27.17 juta orang. Pertambahan penduduk ini

menyebabkan industri pertanian memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan negara dan dengan itu merupakan antara salah satu sektor

pembangunan dalam sesebuah negara yang sentiasa mengalami perubahan pesat.

Kertas tugasan ini membincangkan tentang peranan analisis SWOT dalam

pengurusan pembangunan pertanian di Malaysia. Aplikasi analisis SWOT dalam

sektor pertanian menjadi suatu amalan yang amat kritikal dan perlu dilakukan

kerana perubahan pesat dalam industri pertanian memerlukan pemantauan

terhadap program dan aktiviti sedia ada bagi memastikan segala polisi dan dasar

pertanian yang dijalankan dapat menampung keperluan negara dan juga global

pada masa kini dan juga di masa akan datang.

1

Page 3: Swot Dalam Pertanian

2.0 Apa itu Analisis SWOT?

Analisis SWOT merupakan suatu analisis atau tinjauan persekitaran dalaman dan

luaran. SWOT merupakan suatu rangkakerja instrumental dalam pengurusan

berasaskan nilai dan formulasi strategi untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan,

peluang dan cabaran bagi sesebuah organisasi. Pada amnya, kekuatan dan

kelemahan merupakan faktor yang terhasil darpiada nilai-nilai dalaman seperti

asset, kemahiran atau sumber sesebuah organisasi berbanding dengan pesaingnya.

Ianya biasanya diukur menggunakan penilaian dalaman atau benchmarking

luaran. Di sebaliknya pula, peluang dan cabaran adalah faktor-faktor yang terhasil

daripada nilai-nilai luaran yang tidak boleh dikawal oleh organisasi tetapi datang

atau terbit daripada daya saing industri atau pasaran atau daripada faktor-faktor

demografi, ekonomi, politik, teknikal, sosial, perundangan dan kebudayaan.

Pada amnya, sesebuah organisasi mestilah mencuba untuk mencapai kesesuaian

dengan persekitaran luaran. Analisis SWOT dalam menganalisa kekuatan dan

kelemahan dalaman organisasi dan peluang dan cabaran luaran. Daripada analisis

SWOT, perlu ada keseimbangan dalam strategi berdasarkan pasaran (market-

driven strategy) dan juga strategi berasaskan sumber (resource-driven strategy).

Analisis SWOT terdiri daripada empat ruang penilaian utama dengan faktor-

faktor yang dinilai seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

2

Page 4: Swot Dalam Pertanian

Jadual 1: Matriks dalam Analisis SWOT

FAKTOR DALAMAN

Kekuatan (S)

Kepakaran pasaran tertentu Kebolehdapatan kepada sumber asli secara

eksklusif

Patent

Produk atau perkhidmatan yang baru dan inovatif

Kelebihan kos melalui pengetahuan pemilik

Proses dan prosedur berkualiti

Jenama dan reputasi yang kuat

Kelemahan (W)

Kekurangan kepakaran pasaran Produk yang serupa dengan pesaing

Lokasi perniagaan atau perdagangan

Pesaing mempunyai akses terhadap saluran penyebaran

Proses dan prosedur tidak berkualiti

Jenama dan reputasi yang rosak

FAKTOR LUARAN

Peluang (O)

Pasaran yang berkembang Perkongsian dan pakatan strategik

berubah ke segmen pasaran lebih menarik

pasaran antarabangsa yang baru

Pelonggaran dalam undang-undang

Pelucutan batasan perdagangan antarabangsa

Pasaran diketuai oleh pesaing lemah

Cabaran (T)

Pesaing baru dalam pasaran sedia ada Perang harga

Pesaing mempunyai produk atau perkhidmatan gentian yang lebih baru dan inovatif

Peningkatan halangan perdagangan

Pencukaian terhadap produk atau perkhidmatan

  Sumber: http://www.valuebasedmanagement.net/index.html

3

Page 5: Swot Dalam Pertanian

3.0 Pembangunan Pertanian di Malaysia

Malaysia pada dasarnya bermula sebagai sebuah negara pertanian sejak sebelum

mencapai kemerdekaan. Perkembangan pertanian di Malaysia pada era sebelum

penjajahan tertumpu kepada keluaran secara tradisional khususnya tanaman padi.

Penjajahan telah memperkenalkan banyak tanaman baru ke Malaysia seperti getah

dan kelapa sawit di samping sistem tanaman secara perladangan dan

berorientasikan perdagangan. Malah, eksport getah pada tahun 1956 adalah 61

peratus daripada nilai eksport keseluruhan (Federation of Malaysia, 1958).

Selepas kemerdekaan, sektor perindustrian menjadi tumpuan perkembangan dan

telah menyebabkan sektor pertanian tidak berapa dititikberatkan. Ekoran dari itu,

Dasar Pertanian Negara (DPN, 1984) telah dikaji semula untuk memastikan

pembangunan sektor pertanian seiring dengan arus perindustrian. Dasar Pertanian

Negara III (1992 – 2010) masa kini mensasarkan pemodenan dan pemerdagangan

sebagai matlamat asas yang baru dalam pembangunan sektor pertanian di negara

ini. Malah, dalam Rangka Rancangan Jangkamasa Panjang Kedua (1991 – 2010),

penekanan diberikan kepada aspek peningkatan daya pengeluaran, kecekapan dan

daya saing khususnya pada peringkat antarabangsa dengan cara menggunakan

sepenuhnya sumber negara sedia ada (Surtahman et al, 2000)..

Sebagai langkah ke arah membentuk sebuah negara perindustrian yang maju,

pembangunan sektor pertanian di Malaysia bukan tertumpu kepada sektor

penanaman semata-mata tetapi juga kepada bidang lain yang memberi kesan tidak

langsung kepada sektor pertanian khususnya rantaian yang dihasilkan antara

sektor ini dengan sektor perindustrian, misalnya industry biodiesel negara.

Strategi ini melihat sektor pertanian sebagai satu komponen pelengka dalam

proses pertumbuhan ekonomi negara. Dengan kata lain perkembangan dalam

sektor pertanian adalah seiringan dengan perkembangan industri berasaskan

4

Page 6: Swot Dalam Pertanian

pertanian dan sumber seperti industri asas tani, industri kotej dan industri kecil

sederhana (IKS).

Selain dari itu, negara juga berkecimpung dalam pelancongan sektor pertanian

atau agro-perlancongan di mana ianya memberi tarikan kepada Dusun buah-

buaha, kolam ikan, tanaman pertanian dan sebagainya. Ianya juga membolehkan

adanya keseimbangan daripada penggunaan tanah dan penjagaan alam sekitar

daripada pencemaran dan penggunaan melampau yang boleh mengancam

kelangsungan sektor pertanian di masa akan datang (Surtahman et al, 2000).

Halatuju dalam pembangunan pertanian di negara ini sebenarnya bergantung

kepada pengurusan strategik yang efektif. Pengurusan strategik ini pula

bergantung kepada kebolehupayaan untuk menentukan apa yang berlaku dalam

persekitaran dan memastikan perubahan yang berlaku itu diambilkira dalam

menentukan pelan pembangunan yang sesuai. Oleh itu, analisis SWOT

merupakan salah satu daripada alat tinjauan persekitaran yang biasanya digunakan

untuk mengenalpasti halatuju dalam pembangunan pertanian dan menentukan

dayasaing dan potensi sesebuah industri dalam bidang pertanian negara.

.

5

Page 7: Swot Dalam Pertanian

4.0 Peranan Analisis SWOT dalam Pengurusan Pembangunan Pertanian di

Malaysia

Pengurusan pembangunan pertanian di Malaysia adalah bergantung kepada

penggubalan dasar-dasar pertanian (DPN). Aanalisis SWOT memainkan peranan

penting dalam pengurusan pembangunan pertanian kerana perubahan-perubahan

semasa memerlukan tinjauan persekitaran untuk mengenalpasti faktor dalaman

(kekuatan dan kelemahan) dan luaran (peluang dan cabaran) yang perlu dilalui

dan strategi paling sesuai untuk memastikan negara dapat meraih sebanyak

mungkin faedah daripada situasi berkenaan.

Di dalam DPN1 (1984 – 1991), analisis SWOT mengenalpasti bahawa suasana

semasa seperti tenaga buruh yang mencukupi, dasar ekonomi yang berkembang,

sumber tanah yang mencukupi, kebolehdapatan tanaman komoditi/lading (seperti

kelapa sawit, koko dan getah) dan penekanan pembangunan terhadapat

pembangunan infrastruktur pada masa itu membolehkan kerajaan menggariskan

matlamat pembangunan pertanian ke arah pembangunan yang berorientasikan

eksport.

Seterusnya dalam era DPN2 (1992 – 1997), analisis SWOT mendapati beberapa

perubahan struktur dari dua aspek utama iaitu ekonomi dan juga pengaruh

globalisasi dan liberasi. Dalam konteks ekonomi, terdapat perubahan dari segi

kekurangan tenaga buruh, peningkatan upah, persaingan bagi sumber tanah dan

air (dengan sektor perindustrian dan sebagainya), krisis ekonomi dan kewangan,

inflasi dan sebagainya. Dari segi globalisasi dan liberisasi pula, era DPN2

menyaksikan penubuhan dan pelaksanaan WTO, APEC dan AFTA, peningkatan

kos import bagi barang makanan dan sebagainya. Oleh itu, sebagai langkah

penyesuaian terhadap perubahan, di dalam DPN2, matlamat pembangunan

pertanian adalah untuk meningkatkan produc\ktiviti, kecekapan dan persaingan;

meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang); dan

pembangunan industri asas tani.

6

Page 8: Swot Dalam Pertanian

Di dalam DPN3 (1998 – 2010) pula, arus perubahan yang semakin rancak

menyebabkan DPN3 digubal untuk menghadapi cabaran dan keperluan untuk:

(i) menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta

bermutu tinggi pada harga yang berpatutan;

(ii) Mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian dengan

meningkatkan kecekapan pengunaan mesin;

(iii) Memperkukuhkan dayasaing sektor pertanian negara;

(iv) Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan;

(v) Merubah sektor pekebun kecil;

(vi) Menyokong perindustrian negara dan pelaburan negara; dan

(vii) Memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.

Analisis SWOT berperanan untuk menilai dan menjangka kesan-kesan cabaran

dan peluang ini supaya DPN3 dapat menggubal matlamat yang mampu mengatasi

cabaran sedia ada dan mendatang di samping mengambil kesempatan daripada

peluang-peluang sedia ada (faktor persekitaran luaran) berdasarkan kepada

kekuatan dan kelemahan industri pertanian di negara ini (faktor sektor dalaman).

Oleh itu, dalam DPN3, matlamat yang digariskan adalah seperti berikut:

(i) Meningkatkan food security negara melalui trasnformasi modus operandi

pertanian kepada pengeluaran komersil

(ii) Meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor pertanian melalui

pemindahan teknologi

(iii) Mengeratkan lagi rantaian di antara sektor pertanian dan sektor lain

(iv) Mewujudkan sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian; dan

(v) Memulihara dan mengguna sumber asli secara lestari

Bagi mencapai matlamat ini, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik

iaitu pendekatan perhutanan di mana kegiatan pertanian dan perhutanan di lihat

sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Selain dari itu,

7

Page 9: Swot Dalam Pertanian

pendekatan berasaskan produk juga digunakan di mana produk dan pasaran utama

dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan citarasa pengguna.

Analisis SWOT merupakan alat penilaian yang penting bagi membantu

pengurusan pembangunan sektor pertanian untuk mengetahui isu perancangan

strategik dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh

bidang pertanian pada masa kini supaya strategi yang efektif dapat digubal untuk

memastikan kejayaan dan pembangunan yang berterusan dalam pertanian negara.

Sepertimana yang dibincangkan dalam kertas tugasan ini, hasil daripada analisis

SWOT dan juga pelbagai alatan penilaian yang lain, kerajaan dapat membuat

pengubahsuaian dalam dasar pertanian negara terhadap perubahan persekitaran

dan menjana suatu dasar pertanian semasa yang bersesuaian dengan keperluan

semasa. Ini dapat memastikan pembangunan dalam bidang pertanian yang

terjamin dan pencapaian matlamat-matlamat yang telah digariskan.

Analisis SWOT bukan sahaja digunakan dalam menilai dasar pertanian negara

tetapi digunakan dalam pelbagai industri pertanian yang dimajukan di negara ini.

Contohnya, analisis SWOT yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah digunakan

untuk menilai industri herba di Sabah. Contoh analisis SWOT ini memainkan

peranan untuk menilai keadaan persekitaran dalam pasaran herba dan juga

menentukan sama ada industri herba dapat dimajukan di negeri Sabah.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada analisis SWOT sebegini,

membantu sesebuah organisasi untuk merangka pelan pengurusan strategik bagi

memastikan kekuatan syarikat yang perlu dipertingkatkan, kelemahan syarikat

yang perlu diatasi, peluang-peluang yang perlu diambil kesempatan dan cabaran-

cabaran yang harus diatasi.

8

Page 10: Swot Dalam Pertanian

Jadual 2: Analisis SWOT dalam Industri Herba di Sabah

SWOT Subsektor

BAHAN MENTAH

S Inisiatif negara mempromosikan penanaman herba di bawah DPN3;

Kebolehdapatan hasil tumbuhan herba yang meluas dan pelbagai;

Peningkatan minat dan sokongan R & D untuk produk herba; dan

Polisi kerajaan baru untuk menggunakan tanah terbiar

W Bekalan bahan mentah tempatan tidak mencukupi;

Lokasi sebenar tumbuhan herba tidak diketahui; dan

Maklumat mengenai kesesuaian tanah untuk tanaman herba tidak

ada

O Diversifikasi dalam produk berasaskan herba (penjagaan badan,

produk kecantikan, kosmetik, makanan kesihatan, dll);

Domestifikasi tanaman liar di pusat tanaman melalui penghasilan

pukal (mass propagation), kultur in vitro dll;

Pewujudan perladangan herba pada skala besar-besaran; dan

Peninjauan bio (Bio-prospecting)

T Pemusnahan sumber herba akibat aktiviti pembalakan bukan lestari

dan pembangunan pertanian, dll;

Risiko kehilangan potensi spesies herba melalui kebakaran hutan

dan pembalakan haram; dan

Isu Hak Milik Intelektual (Intellectual Property Rights)

SWOT Subsektor

PEMPROSESAN

9

Page 11: Swot Dalam Pertanian

S Pengetahuan penduduk tempatan yang meluas tentang penyediaan

herba;

Kebolehdapatan Amalan Pembuatan Baik (Good Manufacturing

Practice, GMP) di Semenanjung Malaysia; dan

Penubuhan SAIP (Sabah Agro-Industrial Precinct)

W Penghasilan tertumpu kepada industri kecil;

Kekurangan pelaburan untuk kemudahan penghasilan;

Kekurangan asas teknologi untuk penghasilan; dan

Kurangnya pematuhan terhadap kawalan mutu dan piawaian GMP

yang telah ditetapkan

O Pembangunan produk berasaskan tumbuhan herba yang baru dan

lebih baik

Pembangunan pemprosesan dan pembungkusan yang baru dan lebih

baik untuk menghasilkan produk berkualiti

Relokasi dan penubuhan kilang GMP di Sabah

T Kos penghasilan dan overhed mungkin menghadkan penglibatan;

dan

Ketiadaan makmal swasta untuk menjalankan analisis terhadap

cemaran pestisid dan nilai pemakanan

SWOT Subsektor

PEMASARAN

S Penerimaan dan permintaan lebih tinggi terhadap produk

berasaskan herba untuk penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan

10

Page 12: Swot Dalam Pertanian

kosmetik;

Peluang dalam pasaran BMP-EAGA; dan

Peluang dalam pasaran Asia Tenggara

W Ketiadaan strategi pasaran dan pelaburan yang jelas;

Penembusan ke pasaran luar tidak mencukupi; dan

Kurang usaha untuk meninjau e-herbal

O Usaha kerajaan untuk mempromosikan ‘Beli Barangan Buatan

Malaysia’;

Bekalan ubat dan makanan yang berpatutan;

Potensi pelaburan; dan

Pasaran sedia ada untuk produk herba

T Halangan eksport;

Persaingan produk herba dari negara lain; dan

Kurangnya rawatan diagnostic daripada pembekal

SWOT Subsektor

PENGANGKUTAN

S Adanya sistem jalanraya kerajaan negeri dan persekutuan ke

kawasan pedalaman; dan

Lebuhraya Pan Borneo yang sedang disiapkan

11

Page 13: Swot Dalam Pertanian

W Prasarana dan kemudahan yang tidak mencukupi; dan

Kos pengangkutan yang tinggi

O Penambahbaikan kemudahan sedia ada; dan

Pembangunan prasarana baru sedang dilakukan

T Ketiadaan jalan yang baik di beberapa kawasan

TEKNOLOGI

S Sokongan teknikal dan makmal daripada institusi penyelidikan

terkenal dan UMS boleh diperolehi dalam masa terdekat

W Gunatenaga mahir tidak mencukupi;

Kurangnya usaha untuk menggabungkan pengetahuan teknologi

dengan pengetahuan berasaskan kebudayaan dan perubatan;

Kesukaran mengakses teknologi penghasilan produk herba oleh

usahawan

O Pembangunan industri sokongan seperti teknologi pengethauan,

pengurusan dan sokongan lain serta industri perkhidmatan

T Kawalan tinggi terhadap perkembangan perubatan, teknologi dan

produk oleh pengamal perubatan Barat

Sumber: IDS (2000)

Selain daripada industri herba di Sabah, analisis SWOT juga telah digunakan

dalam mengenalpasti dayasaing dan keupayaan Feldajaya sebagai suatu tapak

perbandaran bagi penduduk Felda yang berkecimpung dalam industri kelapa sawit

berbentuk perladangan di Malaysia (Nurwati dan Fatimah, 2005). Hasil daripada

analisis SWOT berkenaan telah membantu untuk membentuk senarai semak bagi

perkembangan Feldajaya yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Senarai Semak Pembangunan Feldajaya

Indikator

Persekitaran

Bekalan dan rawatan sumber air

Potensi untuk penggunaan pelbagai sumber asli

12

Page 14: Swot Dalam Pertanian

Peratusan isirumah dengan rawatan air yang sempurna

Peratusan isirumah terlibat dalam kitar semula bahan buangan

Indikator

Ekonomi

Jumlah dan nisbah usahawan

Nisbah pengusaha FELDA generasi muda dalam pekerjaan

tempatan

Produktiviti dan jumlah jualan bahan keluaran ladang dan bukan

ladang

Indikator

Sosio-

budaya

Pengusaha FELDA yang terlibat dalam program latihan dan

pembangunan kemahiran

Penglibatan dalam perniagaan baru seperti home-stay, kebuh\n

herba dll

Tahap kepuasan isirumah

Kadar celik ICT

Indikator

Pengurusan

Belanjawan untuk latihan dan pembangunan kemahiran

Inisiatif kewangan dan teknikal dan bantuan kepada pengusaha

FELDA

Kebajikan, kesihatan dan skim insurans untuk pengusaha

FELDA

Tahap penglibatan awam daripada pengusaha FELDA

Sumber: Nurwati, B. dan Fatimah, H. (2005)

13

Page 15: Swot Dalam Pertanian

5.0 Kesimpulan

Pada amnya, analisis SWOT merupakan suatu alat analisis persekitaran yang

efektif bagi menjangka perubahan dalam persekitaran yang bersifat dinamik dan

rancak. Analisis SWOT secara sendirinya tidak memberikan maklumat tentang

pelan pengurusan strategik yang perlu dilaksanakan tetapi maklumat yang

diperolehi dalam analisis SWOT dapat membantu pakar strategis untuk

mengenalpasti dan menentukan matlamat yang harus dan dapat dicapai serta

menggariskan langkah-langkah atau dasar atau polisi yang paling sesuai

dilaksanakan bagi memastikan pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, pada peringkat pengurusan pembangunan pertanian di

negara ini, analisis SWOT membantu mengemaskini dan menambahbaik langkah-

langkah yang perlu diambil dalam Dasar Pertanian Negara dan di peringkat

industri pertanian seperti industri herba yang dikemukakan dalam kertas tugasan

ini, ianya membantu mengenalpasti sama ada industri ini mempunyai daya saing

dan perlu dikembangkan ataupun sebaliknya.

Melalui analisis SWOT, pakar strategis dapat memastikan langkah-langkah yang

perlu dilakukan untuk memantapkan kekuatan organisasi, mengatasi kelemahan

organisasi di samping menggariskan jalan terbaik untuk meraih sebanyak

mungkin daripada peluang yang ada dan dalam masa yang sama, memastikan

organisasi mampu mengatasi ancaman atau cabaran daripada persekitaran.

Kesimpulannya, analisis SWOT merupakan alat tinjauan persekitaran yang perlu

dilakukan untuk menangani pengurusan perubahan yang senantiasa akan berlaku

dan memberi kesan terhadap sesebuah organisasi tidak kira organisasi kecil

seperti syarikat maupun organisasi besar seperti sektor pertanian atau negara

sekalipun.

14

Page 16: Swot Dalam Pertanian

6.0 Bibliografi

Dasar-Dasar Pertanian, dari laman web: http://citfor.frim.gov.my/uploads/legislation/9.pdf (diakses pada 25 Julai 2008)

IDS (2000), SWOT Analysis of the Herbal Industry in Sabah, dari laman web: http://www.borneofocus.com/saip/vaic/MarketScenario/article2.htm (diakses pada 25 Julai 2008)

Narimah Ismail (2007). Perubahan dan Komunikasi, Serdang: Universiti Putra Malaysia

Nurwati, B. dan Fatimah, H. (2005). Feldajaya as a sustainable city for FELDA settlers: Will it work? An exploratory study, disampaikan dalam 8 th International Asian Planning Schools Association Congress (APSA 2005), Grand Plaza ParkRoyal Hotel Penang, 11 – 14 September 2005, dari laman web: http://www.apsa2005.net/FullPapers/PdfFormat/Full%20Paper%20(I-N)/Nurwati%20Badarulzaman.pdf (diakses pada 25 Julai 2008)

SWOT Analysis, dari laman web: http://www.valuebasedmanagement.net/index.html (diakses pada 25 Julai 2008)

Surtahman, K. H., Zulkifli, S, dan Zaimah, D. (2000). Sektor Pertanian: Ke Arah Pembentukan Negara Perindustrian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

World Population Clock, dari laman web: http://www.statistics.gov.my/english/popclock/world.htm (diakses pada 25 Julai 2008)

15