analisis sajak 'mana orang kita

Upload: mysweetypie

Post on 10-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Analisis Sajak 'Mana Orang Kita'

    1/5

    TAJUK SAJAK: MANA ORANG KITA (ADI DHARMA)MAKSUD TAJUK: ORANG MELAYU BERUSAHA MEMAJUKAN DIRI

    BENTUK SAJAK:

    Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap

    Jumlah baris rangkap pertama ada 5 baris (quint)Rangkap kedua dan keempat dan kelima ada 7 baris (septaim)Rangkap ketiga ada 6 baris (sekstet)

    Rima akhir rangkap pertama a/b/c/d/dRangkap kedua a/b/c/d/b/e/eRangkap ketiga a/a/a/a/b/aRangkap keempat a/b/b/c/b/b/dRangkap kelima a/b/b/c/d/e/a

    Jumlah suku kata antara 4 hingga 13 suku kata. Paling pendek rangkap pertama baris 1(orang kita) dan paling panjang rangkap pertama baris 3 (tidak peraga diri demi harga diri)

    Pada keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas iaitu tidak terikat kepada puisi lama seperti pantun atau syair. Ini kerana jumlah baris, suku kata dan rima akhirnya yang tidak sama atautidak seimbang.

    MAKSUD:

    Rangkap 1:

    Orang Melayu mempunyai sifat-sifat pemalu sebagai satu budaya di samping tidak bermegah-megah kerana harga diri. juga bersifat emosional atau perasa, malah tidak menunjuk-nunjuk (tidak riak) tentang diri dan sesuatu perkara.

    Rangkap 2:Orang asing (bukan Melayu) kurang bermoral (melulu), suka menunjuk-nunjuk diri danmengambil hati, berselindung atau oportunis (mengambil kesempatan), suka mengampusehingga orang laki-laki tua pun boleh terpedaya dan isterinya jadi tersinggung.

    Rangkap 3:Orang Melayu patuh dan menghormati orang tua di samping menjaga hubungan baik sesamamanusia untuk menjaga imej bangsa terhormat, budaya dan nilai-nilai murni.

    Rangkap 4:Orang asing tidak mempunyai pengaruh moral. Mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan

    betul menurut budaya mereka yang kadang-kadang bertentangan dengan orang Melayu.

    Rangkap 5:

  • 8/8/2019 Analisis Sajak 'Mana Orang Kita'

    2/5

    Orang Melayu yang ternama dan terhormat dari keturunan Puteri Gunung Ledang yangmenjadi rebutan itu sudah tidak ada lagi. Ini menjadikan orang asing sering mendapatkankedudukan yang istimewa.

    CORAK:

    Satira Menyindir, mengejek, mencemuh, dan menghina terhadap sesuatu kejadian dankehidupan. Iaitu menyindir orang Melayu yang terlalu bersifat pemalu, emosional sehingga

    boleh menyebabkan mundur dan ketinggalan daripada bangsa lain.

    Epigram mempunyai mesej berupa nasihat, pengajaran dan didaktik moral. Dalam sajak iniia member pengajaran dan nasihat terutama kepada orang melayu agar berwaspada selaludanjangan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain khususnya bagi orang yang tidak dikenali.

    Ode - berupa sanjungan atau memuja, menghormati serta mengangkat sesuatu yangdibanggakan seperti pahlawan, bangsa, Negara, seni, kehidupan, alam dan tokoh-tokohtertentu. Dalam sajak ini ia lebih kepada sanjungan terhadap bangsa Melayu yangmempunyai nilai moral dan budi pekerti yang tinggi.

    ALIRAN:

    Realisme - sesuatu yang mengungkapkan kehidupan secara real atau benar seperti yang dapat

    dilihat di alam biasa atau dalam kehidupan seharian.

    Sajak ini ada mengutarakan tentang golongan orang Melayu yang telah ditipu oleh orangasing atau orang luar yang mana hal ini pernah terjadi di dunia nyata.

    Didaktisisme - mendidik atau memberi panduan soal moral, etika dan keagamaan kepadamasyarakat pembacanya.

    Idealisme

    NADA:

    Kecewa dan Protes - Kecewa dan Protes kecewa dengan sikap sesetengah masyarakatorang Melayu yang mudah percaya dengan kata-kata orang luar tanpa usul periksa ataumenyiasat terlebih dahulu tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari.

  • 8/8/2019 Analisis Sajak 'Mana Orang Kita'

    3/5

    H arapan Penyajak berharap bahawa orang Melayu tidak akan mudah terpedaya lagi serta bangun bangkit daripada kemunduran dan maju dalam segala hal dan apa jua bidangsetanding dengan orang luar yang dikatakan sebagai negara yang maju lagi bertamadun.

    Sindiran,

    TEMA:

    Kemajuan bangsa Melayu (moral, budaya dan ekonomi)

    Budaya Melayu tidak sama dengan budaya asing kerana budaya melayu mempunyai hargadiri. Tema ini dapat dibuktikan dalam rangkap 1 dan ketiga menyatakan orang melayu

    pemalu kerana mempunyai harga diri dan juga mempunyai nilai-nilai murni iaitu hormat-menghormati dan taat. Dalam rangkap kedua dan ketiga pula menyatakan bahawa orangasing tidak bermoral kerana terlalu bebas dan membanggakan diri. Tetapi budaya Melayusudah pupus kerana adannya pengaruh dari budaya asing yang membuat mereka banggaseperti dalam rangkap kelima.

    PERSOALAN:

    Rangkap 1: mempunyai harga diriRangkap 2: tidak bermoral/ bangga diri/ memperdayakanRangkap 3: hormat-menghormati/ nilai murni/Rangkap 4: tidak bermoral/ kebebasan/ perbezaan budayaRangkap 5: kepupusan budaya Melayu/ kebanggaan/ kejayaan

    PERUTUSAN:

    1. Sifat-sifat yang ada pada bangsa Melayu seperti pemalu dan menghormati orang tuamerupakan nilai murni bangsa Melayu.

    2. Sebagai orang Melayu, kita tidak boleh terpedaya dengan kata-kata orang asing (orangluar) tersebut kerana besar kemungkinan mereka mempunyai muslihat atau niat yang jahatterhadap kita.

    3. Orang Melayu perlu mempertahankan budaya sendiri supaya tidak dicemari oleh budayaasing.

    4. Orang Melayu hendaklah betul-betul berusaha untuk maju dan jangan terikut-ikut dengan budaya suka disegani, emosional, sombong dan bermegah diri.

    5. Orang asing berusaha untuk maju dengan cara mengambil kesempatan daripadakelemahan orang Melayu sendiri.

    6. Budaya asing tidak sesuai dengan budaya Melayu.7. Budaya melayu semakin pupus kerana pengaruh dari budaya barat.8. Sikap yang suka menunjuk-nunjuk, oportunis, mengampu, memperdayakan orang lain

    merupakan sikap yang tidak bermoral.

  • 8/8/2019 Analisis Sajak 'Mana Orang Kita'

    4/5

    9 . Budaya orang asing dengan budaya orang Melayu sangat bertentangan dan berbeza (tidak sama). Terutamanya dari segi kehidupan, moral, sosial dan sebagainya.

    10. Sesungguhnya nilai-nilai moral yang negatif sudah setentunya akan mengundangkepada gejala yang tidak diingini. Contohnya masalah sosial.

    PENGAJARAN:

    1. Kita terutamanya sebagai orang Melayu mestilah berhati-hati walau di mana kita beradakerana tidak semua manusia yang mempunyai niat yang baik.

    2. Kita janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang di sekeliling kita keranakita tidak tahu dan tidak pasti akan niat seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak terhadapkita.

    3. Sebelum bertindak dan melakukan sesuatu perkara, kita seharusnya berfikir dahulu buruk dan baiknya akan kesan yang ditanggung terhadap sesuatu perkara itu. Jangan ikut sesukahati dan mengikut hawa nafsu sahaja.

    4. Kita hendaklah percaya bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Contohnya penipuan.Mungkin apabila perkara sebegitu sudah terjadi baharulah kita menyesal dan baharulahsedar akan kesilapan sendiri.

    5. Budaya Melayu semakin pupus kerana datangnya pengaruh dari budaya luar atau Barat.Tidak kiralah melalui media massa, elektronik, cetak dan sebagainya. Oleh kerana itu, kitasebagai orang Melayu yang peka akan hal ini akan sentiasa bertanggungjawab serta

    berusaha untuk meningkatkan dan memartabatkan bangsa Melayu daripada ditelan oleh pengaruh-pengaruh luar.

    6. Kita sebagai orang Melayu perlulah mempertahankan budaya sendiri supaya tidak dicemari dan dijajah oleh budaya asing. Semakin negara kian maju dan berkembang,orang asing atau orang luar tidak ketinggalan akan memesong minda orang melayu ke

    jalan yang salah.

    GAYA BAHASA:

    Asonansi huruf vokal a enam kali: sosial amalan bangsa (R3: B4)Aliterasi huruf konsonan m tiga kali : peraga diri mengulum senyum (R2: B3)Anafora - Tidak (R1: B3,4,5)Simbol awan biru (R5: B6)Gandaan sentuh-sentuhan (R1: B4), tonjol-tonjolan (R1: B5), usik-mengusik (R4: B3).Bahasa Asing monopoli (R5: B7)Personafikasi rambut mengintai...... (R2: B4)

    BIBLIOGRAFI DAN SUMBER RUJUKAN

    Antologi Sajak Cermin Diri , 2001. Jabatan Perkembangan Kurikulum, KementerianPendidikan: Brunei Darussalam.

  • 8/8/2019 Analisis Sajak 'Mana Orang Kita'

    5/5

    H aji Nurazmi Kuntum, 2001. U lasan Antologi Sajak Cermin Diri . Jabatan Pendidikan BahasaInstitut Pendidikan Sultan H assanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam: BruneiDarussalam.

    H aji Nurazmi Kuntum, 2005. Memahami Sajak dan Novel . Dewan Bahasa dan Pustaka

    Brunei: Bandar Seri Begawan.