makro sastera; sajak mana orang kita

19
TAJUK SAJAK: ‘MANA ORANG KITA’ (KARYA ADI DHARMA)

Upload: mysweetypie

Post on 18-Jul-2015

577 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makro sastera; sajak mana orang kita

TAJUK SAJAK:‘MANA ORANG KITA’

(KARYA ADI DHARMA)

Page 2: Makro sastera; sajak mana orang kita

ASPEK-ASPEK KAJIAN DALAM SAJAK

BENTUKMAKSUD SAJAK

PROSA

TEMA

PERUTUSAN

PENGAJARAN

GAYA BAHASA

MAKSUD FRASA

NADA

ALIRAN

PERSOALAN

CORAK

Page 3: Makro sastera; sajak mana orang kita

BENTUK SAJAK

RANGKAP•Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap

BARIS•Jumlah baris rangkap pertama ada 5 baris (quint)•Rangkap kedua dan keempat dan kelima ada 7 baris (septaim)•Rangkap ketiga ada 6 baris (sekstet)

RIMA AKHIR•Rangkap pertama – a/b/c/d/d•Rangkap kedua – a/b/c/d/b/e/e•Rangkap ketiga – a/a/a/a/b/a•Rangkap keempat – a/b/b/c/b/b/d•Rangkap kelima – a/b/b/c/d/e/a

Page 4: Makro sastera; sajak mana orang kita

SUKUKATA•Jumlah suku kata antara 4 hingga 13 suku kata. •Paling pendek rangkap pertama baris 1 (orang kita) •Paling panjang rangkap pertama baris 3 (tidak peraga diri demi harga diri)

BENTUK•Pada keseluruhannya sajak ini berbentuk bebas iaitu tidak terikat kepada puisi lama seperti pantun atau syair. • Ini kerana jumlah baris, suku kata dan rima akhirnya yang tidak sama atau tidak seimbang.

Page 5: Makro sastera; sajak mana orang kita

CORAK

Satira• Menyindir, mengejek, mencemuh, dan menghinaterhadap sesuatu kejadian dan kehidupan. Iaitumenyindir orang Melayu yang terlalu bersifat pemalu,emosional sehingga boleh menyebabkan mundur danketinggalan daripada bangsa lain.

Epigram• Mempunyai mesej berupa nasihat, pengajaran dandidaktik moral. Dalam sajak ini ia memberi pengajarandan nasihat terutama kepada orang melayu agarberwaspada selalu danjangan mudah terpedaya dengankata-kata orang lain khususnya bagi orang yang tidakdikenali.

Page 6: Makro sastera; sajak mana orang kita

Ode

• Berupa sanjungan atau memuja, menghormati sertamengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan,bangsa, Negara, seni, kehidupan, alam dan tokoh-tokohtertentu. Dalam sajak ini ia lebih kepada sanjunganterhadap bangsa Melayu yang mempunyai nilai moral danbudi pekerti yang tinggi.

Page 7: Makro sastera; sajak mana orang kita

ALIRAN

Realisme• Sesuatu yang mengungkapkan kehidupan secara realatau benar seperti yang dapat dilihat di alam biasa ataudalam kehidupan seharian.Sajak ini ada mengutarakan tentang golongan orangMelayu yang telah ditipu oleh orang asing atau orang luaryang mana hal ini pernah terjadi di dunia nyata.

Didaktisisme• Mendidik atau memberi panduan soal moral, etika dankeagamaan kepada masyarakat pembacanya.

Idealisme

Page 8: Makro sastera; sajak mana orang kita

NADA

Kecewa dan Protes • Kecewa dan Protes – kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat orang Melayu yang mudah percaya dengan kata-kata orang luar tanpa usul periksa atau menyiasat terlebih dahulu tanpa memikirkan akibatnya di kemudian hari.Harapan – Penyajak berharap bahawa orang Melayu tidak akan mudah terpedaya lagi serta bangun bangkit daripada kemunduran dan maju dalam segala hal dan apa jua bidang setanding dengan orang luar yang dikatakan sebagai negara yang maju lagi bertamadun.

Sindiran

Page 9: Makro sastera; sajak mana orang kita

GAYA BAHASA

Asonansi• huruf vokal ‘a’ enam kali: ‘sosial amalan bangsa’ (R3: B4)

Aliterasi • huruf konsonan ‘m’ tiga kali : ‘peraga diri mengulum senyum’ (R2: B3)

Anafora• ‘Tidak’ (R1: B3,4,5)

Simbol • ‘awan biru’ (R5: B6)

Page 10: Makro sastera; sajak mana orang kita

Gandaan• ‘sentuh-sentuhan’ (R1: B4), ‘tonjol-tonjolan’ (R1: B5),

•‘usik-mengusik’ (R4: B3).

Bahasa Asing •‘monopoli’ (R5: B7)

Personafikasi•‘rambut mengintai......’ (R2: B4)

Page 11: Makro sastera; sajak mana orang kita

TEMA

• Kemajuan bangsa Melayu (moral, budaya dan ekonomi)

• Budaya Melayu tidak sama dengan budaya asing keranabudaya melayu mempunyai harga diri. Tema ini dapatdibuktikan dalam rangkap 1 dan ketiga menyatakan orangmelayu pemalu kerana mempunyai harga diri dan jugamempunyai nilai-nilai murni iaitu hormat-menghormatidan taat.

•Dalam rangkap kedua dan ketiga pula menyatakanbahawa orang asing tidak bermoral kerana terlalu bebasdan membanggakan diri. Tetapi budaya Melayu sudahpupus kerana adannya pengaruh dari budaya asing yangmembuat mereka bangga seperti dalam rangkap kelima.

Page 12: Makro sastera; sajak mana orang kita

PERSOALAN

• Rangkap 1: mempunyai harga diri

•Rangkap 2: tidak bermoral/ bangga diri/memperdayakan

•Rangkap 3: hormat-menghormati/ nilai murni

•Rangkap 4: tidak bermoral/ kebebasan/ perbezaan budaya

•Rangkap 5: kepupusan budaya Melayu/ kebanggaan/ kejayaan

Page 13: Makro sastera; sajak mana orang kita

MAKSUD SAJAK

Rangkap 1:

• Orang Melayu mempunyai sifat-sifat pemalu sebagai satu budaya di samping tidak bermegah-megah kerana harga diri. juga bersifat emosional atau perasa, malah tidak menunjuk-nunjuk (tidak riak) tentang diri dan sesuatu perkara.

Rangkap 2:

• Orang asing (bukan Melayu) kurang bermoral (melulu), suka menunjuk-nunjuk diri dan mengambil hati, berselindung atau oportunis (mengambil kesempatan), suka mengampu sehingga orang laki-laki tua pun boleh terpedaya dan isterinya jaditersinggung.

Page 14: Makro sastera; sajak mana orang kita

Rangkap 3: • Orang Melayu patuh dan menghormati orang tua di samping menjaga hubungan baik sesama manusia untuk menjaga imej bangsa terhormat, budaya dan nilai-nilai murni.

Rangkap 4:• Orang asing tidak mempunyai pengaruh moral. Mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan betul menurut budaya mereka yang kadang-kadang bertentangan dengan orang Melayu.

Rangkap 5: • Orang Melayu yang ternama dan terhormat dari keturunan Puteri Gunung Ledang yang menjadi rebutan itu sudah tidak ada lagi. Ini menjadikan orang asing sering mendapatkan kedudukan yang istimewa.

Page 15: Makro sastera; sajak mana orang kita

PERUTUSAN

• Dalam sesebuah sajak selalunya terlihat beberapa perutusan yangjuga dikenali sebagai amanat, motif atau tujuan sebenar penyajakmenghasilkan sajak.

• Ia bersifat positif dan menuju kepada maksud kehidupan yangbaik. Ia juga dianggap semacam pesanan yang baik kepada pihakpembaca.

• Dalam sesebuah sajak itu boleh terdapat satu atau lebihperutusan yang mungkin disampaikan secara nyata atau mungkinjuga secara tersembunyi. Contohnya dalam sajak ‘PerahuPenambang Belayar Malam’ oleh Dino M.N misalnya menekankanperutusan:

- Rajin dan gigih mencari rezeki hingga malam seperti hiduppenambang banyak mendatangkan pendapatan.

- Seorang penambang yang berhati-hati dan bersopan ketikamemandu dapat memberikan gambaran yang baik kepada pelancongyang menaiki perahu mereka.

Page 16: Makro sastera; sajak mana orang kita

1. Sifat-sifat yang ada pada bangsa Melayu seperti pemalu dan menghormati orang tua merupakan nilai murni bangsa Melayu.

2. Sebagai orang Melayu, kita tidak boleh terpedaya dengan kata-kata orang asing (orang luar) tersebut kerana besar kemungkinan mereka mempunyai muslihat atau niat yang jahat terhadap kita.

3. Orang Melayu perlu mempertahankan budaya sendiri supaya tidak dicemari oleh budaya asing.

4. Budaya asing tidak sesuai dengan budaya Melayu.5. Budaya melayu semakin pupus kerana pengaruh dari budaya

barat.6. Sikap yang suka menunjuk-nunjuk, oportunis, mengampu,

memperdayakan orang lain merupakan sikap yang tidak bermoral.

PERUTUSAN SAJAK ‘MANA ORANG KITA’

Page 17: Makro sastera; sajak mana orang kita

PENGAJARAN

• Berunsurkan didaktisme.

• Adanya unsur nasihat yang positif kepada pembaca dan masyarakat

• Menyuruh pembaca melakukan perkara kebaikan dan

menhindarkan perkara-perlara yang tidak diingini.

Page 18: Makro sastera; sajak mana orang kita

1. Kita terutamanya sebagai orang Melayu mestilah berhati-hati walau di mana kita berada kerana tidak semua manusia yang mempunyai niat yang baik.

2. Kita janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang di sekeliling kita kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan niat seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak terhadap kita.

3. Sebelum bertindak dan melakukan sesuatu perkara, kita seharusnya berfikir dahulu buruk dan baiknya akan kesan yang ditanggung terhadap sesuatu perkara itu. Jangan ikut sesuka hati dan mengikut hawa nafsu sahaja.

4. Kita hendaklah percaya bahawa segala yang terjadi ada hikmahnya. Contohnya penipuan. Mungkin apabila perkara sebegitu sudah terjadi baharulah kita menyesal dan baharulah sedar akan kesilapan sendiri.

PENGAJARAN

Page 19: Makro sastera; sajak mana orang kita

5. Kita sebagai orang Melayu perlulah mempertahankan budaya sendiri supaya tidak dicemari dan dijajah oleh budaya asing. Semakin negara kian maju dan berkembang, orang asing atau orang luar tidak ketinggalan akan memesong minda orang melayu ke jalan yang salah.

6. Budaya Melayu semakin pupus kerana datangnya pengaruh dari budaya luar atau Barat. Tidak kiralah melalui media massa, elektronik, cetak dan sebagainya. Oleh kerana itu, kita sebagai orang Melayu yang peka akan hal ini akan sentiasa bertanggungjawab serta berusaha untuk meningkatkan dan memartabatkan bangsa Melayu daripada ditelan oleh pengaruh-pengaruh luar.