analisis pengaruh barat dalam laporan berita

27
ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA 1. PENDAHULUAN Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman yang penuh moden pada masa sekarang. Manusia sering berhubungan di antara satu sama lain di dalam pelbagai bentuk untuk menyampaikan mesej atau menerimanya. Kewujudan sistem teknologi moden seperti berbentuk media elektronik yang terdiri daripada radio, cakera padat, komputer, telefon bimbit, internet dan television serta media cetak yang terdiri daripada buku, surat dan majalah adalah pendorong kepada perhubungan dan penyebaran maklumat terkini. Kalau di imbas kembali manusia pada zaman dahulu, mereka saling berhubungan dengan pelbagai cara berbanding pada masa sekarang. Pukulan gendang, kepulan asap, loceng dan sebagainya adalah teknik atau cara yang digunakan oleh mereka dalam menyampaikan maklumat. Perubahan teknik penyebaran dan komunikasi sering berubah dari masa ke semasa untuk menghasilkan sistem komunikasi maklumat manusia yang termoden untuk melahirkan dunia baru tanpa sempadan maklumat. Melalui hasil penerokaan manusia dalam teknologi moden telah memberi kemudahan terhadap manusia dalam berhubung dan menyebarkan 1

Upload: narisegypt

Post on 06-Jun-2015

6.874 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

1. PENDAHULUAN

Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman yang

penuh moden pada masa sekarang. Manusia sering berhubungan di antara satu sama lain di dalam

pelbagai bentuk untuk menyampaikan mesej atau menerimanya. Kewujudan sistem teknologi moden

seperti berbentuk media elektronik yang terdiri daripada radio, cakera padat, komputer, telefon

bimbit, internet dan television serta media cetak yang terdiri daripada buku, surat dan majalah adalah

pendorong kepada perhubungan dan penyebaran maklumat terkini.

Kalau di imbas kembali manusia pada zaman dahulu, mereka saling berhubungan dengan

pelbagai cara berbanding pada masa sekarang. Pukulan gendang, kepulan asap, loceng dan

sebagainya adalah teknik atau cara yang digunakan oleh mereka dalam menyampaikan maklumat.

Perubahan teknik penyebaran dan komunikasi sering berubah dari masa ke semasa untuk

menghasilkan sistem komunikasi maklumat manusia yang termoden untuk melahirkan dunia baru

tanpa sempadan maklumat.

Melalui hasil penerokaan manusia dalam teknologi moden telah memberi kemudahan

terhadap manusia dalam berhubung dan menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah ke

seluruh dunia. Jika kita lihat pada masa sekarang sistem media masa adalah di pelopori oleh kuasa

Barat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh media Barat yang begitu luas telah

menimbulkan beberapa kesan yang positif dan negatif terhadap pelbagai golongan masyarakat dunia

yang terdiri daripada berbagai bangsa, budaya dan agama.

Sebahagian media Barat banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruh

terhadap masyarakat dunia tanpa batasan samada sosiol budaya, bangsa dan agama dalam menyalur

nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya golongan remaja dengan unsur-unsur

perilaku negatif. Masyarakat Islam seluruh dunia pada masa kini telah menerima kecaman yang

begitu hebat dari Barat melalui sistem penyiaran media masa mereka sehingga Islam di pandang

1

Page 2: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

tearoris oleh sebilangan masyarakat dunia pada masa sekarang. Melalui kertas ini, penulis akan

mengupas dan membahaskan beberapa perkara mengenai pengaruh Barat dalam laporan berita

sebagai maklumat ilmiah terhadap pembaca semua. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala

hasil penemuan kajian ini demi mencapai matlamatnya yang sebenar.

2. PENGERTIAN BERITA

Menurut definisi “Berita” di dalam bahasa Inggeris ialah “News” yang bermaksud: laporan tentang

sesuatu kejadian yang terbaru atau informasi yang baru tentang suatu peristiwa. Terdapat sebilangan

wartawan Barat telah menyatakan definisi Berita kepada beberapa bentuk, antaranya ialah Dean M.

Lyle Spencer, dalam bukunya “News Writing” iaitu berita merupakan suatu kenyataan atai idea yang

benar dapat menarik perhatian sebahagian besar dari pembaca. Manakala Dr. Willard C. Bleyer,

dalam bukunya “Newspaper Writing and Editing”, berita merupakan sesuatu terbaru yang dipilih

oleh wartawan untuk dimuatkan ke dalam surat khabar kerana ia dapat menarik atau mempunyai

makna bagi pembaca surat khabar atau ia dapat menarik pembaca-pembaca tersebut.

Berikutan menurut William S. Maulsby, dalam bukunya “Getting The News”, berita

merupakan suatu pertuturan secara benar dan tidak memihak dari fakta-fakta yang mempunyai erti

penting dan baru terjadi, yang dapat menarik perhatian para pembaca surat khabar yang memuatkan

berita tersebut. Di samping itu, menurut C. Hepwood, Redaktur Cleveland Plain Dealer juga

menyatakan bahawa berta adalah laporan pertama dari kejadian yang penting yang dapat menarik

perhatian umum (Dja’far H. Assegafi, 1983: 23).

Berdasarkan pelbagai pengertian perkataan “Berita” yang telah dinyatakan oleh wartawan

Barat telah memaparkan beberapa ciri persamaan dan perbezaan yang tidak begitu ketara mengenai

fakta-fakta berita yang hendak di sampaikan kepada pembaca dan pendengar yang bergantung

kepada situasi kejadian samada berita terkini atau yang lalu dalam menarik perhatian umum. Jesteru

itu, pengertian “Berita” menurut perspektif Islam sememangnya terdapat perbezaan dari segi

perspektif Barat di mana al-Qur’an telah menerangkan kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk

berita seperti “Khabīr” yang terdapat lebih daripada 40 perkataan yang terkandung dalam al-Qur’an

2

Page 3: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

di mana Allah s.w.t adalah sebagai sumber utama berita yang di sampaikan melalui perantaraan para

Nabi dalam bentuk wahyu seperti firman Allah s.w.t,

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

(Surah ali-Imran, 3: 8)Namun demikian, berdasarkan dalam al-Qur’an juga terdapat beberapa perkataan yang turut

membawa pengertian yang sama iaitu “an-Nabā” di mana Allah s.w.t telah berfirman,

Maksudnya: “Tentang berita yang besar (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).”

(Surah An-Nabā, 78: 2)

Menurut sarjana tempatan telah menyatakan disini bahawa;

“Islam menggariskan terdapat dua jenis berita iaitu berita yang diwahyukan dan yang berlaku dalam pengalaman hidup manusia. Berita yang diwahyukan merujuk kepada perkara yang lepas, sedang berlaku (imlpikasinya) dan juga yang dijangka akan berlaku.”

(Zulkiplee Abd. Ghani , 2003: 9)

Oleh yang demikian, penyampaian berita yang di sampaikan oleh Allah kepada para Rasul

mempunyai perkhabaran secara langsung dalam memperkukuhkan keimanan umat manusia sejagat.

Islam juga turut menyatakan konsep berita menurut perspektif Islam iaitu menegah daripada

menyebarkan berita palsu dan yang bertujuan untuk merosakkan kehidupan masyarakat di mana

Allah s.w.t telah berfirman;

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”

(Surah al-Hujaraat 49: 15)

3

Page 4: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Kesahihan berita yang di sampaikan, Islam amat menitik-beratkannya untuk mengelak keburukan

yang akan muncul dan aspek dokumentasi dan penyaksian juga diberi perhatian penting dalam

menjamin berita yang di sampaikan seperti penyelidikan Hadis oleh para ulama-ulama Islam dari

segi pengumpulan dan penapisannya di mana ia merupakan sumber rujukan penting untuk

mengendalikan berita dalam Islam (Zulkiplee Abd. Ghani, 2003: 10). Islam menggalakkan umatnya

sebulat suara menolak sebarang bentuk teori atau pandangan yang semata-mata berbentuk andaian

atau agakan (berita) yang tidak tepat dan tidak logik serta bertentangan dengan kefahaman umum. Di

mana al-Qur’an menggalakkan manusia menggunakan minda dalam membuat penilaian penditilan

mengenai maklumat berita yang diterima (Ahmad Sunawari Long, 2005: 13), berdasarkan firman

Allah s.w.t.,

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-sebab kejahilan kamu mengenainya-sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah dilakukan.”

(Surah al-Hujarat, 49: 6)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa penyelidikan dan penditilan harus

berikan penekanan yang serius dalam menerima sesuatu berita yang di sampaikan agar tidak

mendatang kesan yang buruk terhadap individu dan masyarakat umum.

4

Page 5: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

3. CIRI-CIRI BERITA

Antara ciri-ciri berita ialah menjawab segala persoalan yang berlaku berdasarkan kejadian atau

peristiwa melalui laporan. Menurut Charles A Dana (Suhandang, Kustadi. 1978: 101)

“Berita adalah sesuatu yang membuat seseorang berteriak dalam memperbaiki sesuatu pemikiran dan berita merupakan segala sesuatu yang menarik pehatian sebahagian besar masyarakat dan belum pernah menjadi perhatiannya”

Berikutan itu juga, Stanley Walker telah menyatakan bahawa;

“ berita adalah segala sesuatu dan apa saja yang menimbulkan minat akan kehidupan dan barang-barang dalam segala manifestasinya”

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kenyataan yang diutarakan oleh mereka tersebut

merupakan satu ungkapan dalam menarik perhatian umum mengenai hal menilai unsur-unsur utama

mengenai berita sebagai satu penilaian terhadap baik atau buruknya berita tersebut. Adakah berita

yang kita dapati masa kini mempunyai nilai yang tinggi dalam menarik perhatian umum?.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor dalam menentukan penilaian tehadap sesuatu

berita, antaranya ialah “timeliness” di mana pembaca surat khabar atau pendengar siaran radio ingin

mengetahui apakah berita yang terbaru, keistimewaannya ialah berita yang disebarkan dengan secara

terus-menerus ekoran dari waktu dan saat kejadian itu berlaku. Ini dapat menarik perhatian

masyarakat umum mengenai peristiwa yang berlaku. Berikutan itu “proximity” dapat menarik

perhatian terhadap peristiwa yang dianggap penting dan “size” merupakan sesuatu yang dianggap

kecil diperbesarkan demi menarik perhatian umum apabila mendengar sesuatu perkara yang berlaku

seperti bencana yang mengorbankan ramai jumlah manusia dan kerosakan yang besar (Suhandang,

Kustadi. 1978: 104). Namun demikian penekanan berita harus di nilai dari segi penyampaian mesej

berdasarkan peristiwa yang berlaku bergantung kepada keadaan atau situasi.

5

Page 6: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

4. PENGARUH MEDIA MASSA BARAT

Media pada masa kini amat memainkan peranan yang penting di dalam menyiarkan maklumat

melalui sistem peralatan elektronik yang canggih. Pengisian berita dalam media amat memberi

pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan positif dan negatif

sehingga dapat merubah corak hidup dan kepercayaan sebilangan masyarakat sesetengah tempat.

Kebergantungan terhadap sumber berita yang dihasilkan oleh Barat amat memberi pengaruh yang

meluas dalam menyebarkan berita ke seluruh dunia termasuk negara Islam.

Kebergantungan sumber media asing begini amat ketara di kalangan komuniti Islam yang

melanggan agensi berita asing seperti Reuters, Associated Press, Agence France Pressed dan United

Press berbanding dengan segelintir organisasi media negara Islam yang melanggan International

Islamic News Agency (IINA). Ini menunjukkan bahawa kelemahan umat Islam dari segi penguasaan

Berita secara global dan tidak mencapai ke tahap profesionalisme yang sepatutnya dalam

pemberitaan yang berpunca daripada pelbagai halangan dan cabaran yang berunsur dari aspek

kewangan dan campuran politik dalaman negara (Zulkiplee Abd. Ghani, 2003: 10). Kelemahan

sebegini dapat membuka ruang luas buat media Barat dalam memonopoli situasi dunia yang berlaku

dengan lebih global dan padat serta dapat mematahkan sayap Islamiyat kewartawanan Islam secara

umum melalui berita yang dihasilkan oleh mereka.

Barat pada hari ini, mereka menggunakan pelbagai cara dalam menarik perhatian pembaca

seluruh dunia mengenai isi berita yang disebarkan untuk menimbulkan keyakinan di kalangan

masyarakat dunia. Sebagai contoh bagaimanakah British Broadcasting Corporation (BBC) dapat

memancing penonton dunia melalui berita yang di sampaikan oleh mereka?. Jawapannya ialah

berdasarkan beberapa kenyataan mengenai peratus pertumbuhan BBC World yang diberikan oleh

BBC kepada wartawan Utusan Malaysia ketika mengunjungi Kompleks Penyiaran BBC di London,

England. Pertumbuhan bulanan khalayak BBC World berkembang kira-kira 14 peratus dari setahun

ke setahun sehingga ke paras 993,000 orang dan ia merupakan pertumbuhan paling pesat antara 10

saluran bertaraf antarabangsa (www.UtusanMalysia.com 12/10/2006).

6

Page 7: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Contohnya, BBC World telah menikmati pertumbuhan terbesar di Kuala Lumpur iaitu dalam

lingkungan 79% peratus, Bangkok pula 41% peratus, Hong Kong (17% peratus) dan Taipei (16%

peratus). Kajian itu juga mendapati, BBC World menarik 590,000 setiap bulan di Seoul dan India

yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan kadar penonton kira-kira 1.58 juta orang. Dalam

menarik lebih ramai penonton meliputi pelbagai lapisan usia dan latar belakang, BBC kini memberi

tumpuan ke atas isu-isu berkaitan dengan masyarakat Asia.

Kandungan semasa program juga ada kaitan dengan kesan Peristiwa 11 September. BBC

World merupakan saluran komersial berita dan maklumat selama 24 jam dibiaya oleh BBC. Kini,

siarannya diperoleh oleh 232 juta rumah di 200 buah negara (dengan 96 juta rumah mengikuti 24 jam

sehari). BBC World dilancarkan pada tahun 1995 dan dibiayai menerusi pulangan pengiklanan dan

bayaran langganan (www.UtusanMalaysia.com 12/10/2006). Sementara CNN pada hari ini

merupakan sebuah syarikat yang pertama memajukan penyiaran berita 24 jam ke seluruh dunia.

Perkhidmatan ini boleh diterima oleh 4 juta keluarga di Eropah dan 250 ribu orang di Amerika Latin

dan 16 ribu orang di Asia. Selain itu, program beritanya boleh ditontoni dalam 100 ribu bilik hotel di

Eropah, 40 ribu di Amerika Latin dan 50 ribu di Asia.

CNN juga merupakan agen laporan dunia iaitu merupakan siaran berita berbahasa Inggeris

yang tidak di edit yang dihantar kepada CNN di ibu pejabatnya, Atlanta, Ga. dari 92 buah negara

menjadi penyumpang yang berbeza. Cabel News Network (CNN) yang berpengkalan di Amerika

Syarikat dipelopori oleh usahawan Ted Turner dan sekarang boleh ditonton oleh 85 negara dengan

jumlah perkataan sebanyak 200 juta. Antara penyiaran televisyen yang lain di Amerika Utara yang

besar termasuk tiga rangkaian komersial Amerika Syarikat iaitu ABC, CBS dan NBC.

Rangkaian-rangkaian ini bersama dengan CNN mengendalikan biro berita di seluruh dunia.

Namun demikian mereka tidak boleh bersaing dengan agensi-agensi berita global berdasarkan saiz

operasi berita mereka di luar neara. Sebagai contoh operasi ABC yang mempunyai 12 biro domestic

di USA dan 17 biro asing di tempatkan di Beijing, Beirut, Bonn, Cairo, Frankfurt, Hongkong,

Johannesburg, London, Madrid, Manila, Moscow, Paris, Tel Aviv, Tokyo dan Warsaw termasuk biro

Amerika Tengah di Miami (Al Hester, 1997: 44-45).

7

Page 8: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Kebanyakkan akhbar harian di dunia pada hari ini adalah kecil. Terdapat hanya 25 buah negara

mempunyai akhbar setebal 12 halaman. Lebih daripada 25% peratus akhbar harian di dunia

diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Cina, Jerman, Spanyol dan dalam bahasa penerbitan yang lain.

Mentarafkan akhbar-akhbar elit di dunia menjadi kajian ilmiah John Merrill. Dalam usahannya

memulakan isu pentarafan ini, ada baiknya dibincangkan bukunya yang bertajuk “The Elite Press”

keluaran 1968 dan buku yang ditulisnya bersama”Herold Fisher”, “The World’s Great Dailies”

1980.

Berikutan itu akhbar-akhbar Barat biasanya menekankan ruangan pendapat dan dokumentasi

melalui halaman “op-ed”. Pendekatan ini membezakan mereka daripada bentuk berita yang lurus

sebaliknya yang berdasarkan 5W dan formula IH. Formula ini diajar dalam kursus kewartawanan

asas yang menekankan persoalan asas seperti siapa, apa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana (Al

Hester, 1997: 81-82). Oleh yang demikian berdasarkan penyampaian model berita Barat dapat

memberi satu kenikmatan berita yang sensasi berhubung dengan jenayah, kekerasan, seks, skandal

dan seumpamanya.

Negara Barat sememangnya mempunyai pengaruh yang besar dalam penguasaan ekonomi

dan maklumat. Kedudukan kuasa dan pengawalan komunikasi antarabangsa berlaku di sepanjang

jalan keluar Timur-Barat yang menghubungkan Eropah Barat dan Amerika Syarikat dan kini

dikembangkan kepada Jepun. Negara Barat adalah lebih cekap menghubungkan negara-negara

jajahannya melalui rangkaian telekomunikasi mereka yang lebih canggih dan maju.

Kebanyakan media masa Islam kini menerima banyak maklumat dari pertubuhan media

berita Barat termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan peneriman berita

dari Pertubuhan Berita British , Reuters yang mentakrif dan mentafsirkan manusia dan alam dari

sudut kebudyaannya. Berikutan itu, United Press International (UPI) dan Associated Press (AP) dari

Amerika, kedua-duanya memberi takrif dan tafsiran manusia dan alam daripada sudut budaya induk

mereka dan begitu juga penerimaan maklumat BERNAMA dari Agence Frence Press (AFP)

Perancis.

8

Page 9: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Menurut kajian bersama yang telah dilakukan oleh Asia-Pacific Institute For Broadcasting

Development (AIBD), Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan April,

Mei dan Jun tahun 1979 mengenai pengisian empat bahasa dalam siaran televisyen, radio dan

akhbar. Kajian tersebut mendapati bahawa televisyen Malaysia menyiarkan berita dalam empat

bahasa tempatan seperti Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris yang mengandungi purata 41% peratus

berita asing dan 40% peratus warta berita melalui empat rangkaian radio Malaysia serta 25.7%

peratus penyampaian akhbar-akhbar Malaysia dalam berita asing (Mansor Ahmad Saman, 1995: 66).

Penjajahan media Barat sangat memberi kesan negetif terhadap masyarakat Islam contohnya,

ramai kanak-kanak Islam didedahkan dengan tayangan-tayangan televisyen yang bahannya di import

dalam menyebarkan budaya asing yang tidak sesuai dengan nilai-nilai budaya tempatan dan juga

agama. Antara beberapa contoh yang dapat kita nyatakan di sini ialah pergaulan bebas di antara

muda-mudi, pendedahan terhadap minuman arak, kekerasan dan seks serta sebagainya. Namun

demikian implikasi daripada penjajahan media Barat boleh membawa kepada penjajahan fikiran atau

minda yang seterusnya mendorong kepada penjajahan budaya masyarakat tempatan.

Soal, penjajahan media Barat ini muncul kerana pemerhatian dan kajian analisa kandungan media di

Malaysia khususnya adalah padat dengan pelbagai bahan yang dihasilkan oleh budaya asing.

Menurut kajian analisis kandungan yang telah dilakukan oleh sekumpulan penuntut (bidang

Komunikasi) Universiti Sains Malaysia, merangkumi seminggu siaran televisyen dalam tahun 1978,

menunjukkan bahawa 70% peratus daripada kesemua siaran televisyen Malaysia adalah di ambil

daripada bahan media asing. Ini menunjukkan hampir kesemua bahan media asing tersebut adalah

dari Amerika Syarikat (USA) (Mansor Ahmad Saman, 1995: 65). Justeru itu kita perlu menyedari

bahawa penjajahan media Barat pada masa kini telah berlaku dengan secara disedari mahupun tidak.

Ia mendorong kepada penjajahan fikiran dari segi budaya, adat resam, nilai-nilai murni agama yang

kian jelas nampak berlaku dalam masyarakat Islam seluruh dunia.

9

Page 10: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Apa yang perlu diperjelaskan di sini ialah sikap media Islam yang kurang memainkan peranan

penting dalam menyedarkan golongan masyarakat Islam terhadap bahayanya media Barat yang telah

menular masuk ke dalam minda Muslim. Kesan ini boleh menimbulkan keruntuhan moral dan fizikal

individu Muslim menyimpang dari jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, media

massa Islam haruslah memainkan peranan penting dalam menyedarkan masyarakat Islam tentang

bahayanya pengaruh media Barat.

5. ANALISIS PROPAGANDA BARAT DALAM BERITA

Propaganda merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu “propagare”. Istilah ini

pada awalnya merupakan istilah pertanian yang membawa maksud : proses penyemaian ranting

untuk pemupukan tunas dan ranting yang lebih banyak. Maka dengan itu penggunaan istilah tersebut

telah berkembang dengan merangkumi maksud proses penyemaian idea atau ideologi.

Menurut istilah propaganda pada masa kini adalah membawa maksud : “sejenis seruan yang

mempunyai muslihat buruk dalam berusaha untuk mempengaruhi akal fikiran orang lain supaya turut

menyebelahi pihaknya” (Mansor Ahmad Saman 1995: 78). Menurut Tuchman (Bukhari Hj Ismail,

1997: 47) propaganda adalah ia tidak mengambil kira kenyataan tetapi memutar-belitkan gambaran

dunia, ditentukan oleh beberapa undang-undang, beliau telah menyatakan;

“pembuat berita itu tidak langsung cuba menjadikan berita itu tepat. Walau bagaimanapun dalam masa 15 tahun yang lalu sebagai tambahan kepada contoh dan perbezaan nyata antara berita Barat dan Timur yang kurang penilaian dan lebih mengambarkan sesuatu yang beransur-ansur membangun”

Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan oleh beliau, penilaian berita atau mutu

sesebuah berita boleh dinilai dari segi ketepatan dan kesahihannya. Manakala berita yang tidak tepat

adalah disebabkan daripada kelemahan wartawan yang tidak terlatih secara khusus dalam mencuba

bersungguh-sungguh menyampaikan mesej kepada masyarakat umum. Berdasarkan kandungan

berita Barat pada masa kini adalah lebih cenderung kepada berita yang berbentuk negatif dan ia

difikirkan lebih baik daripada berita positif. Berita yang berbentuk begini memberi implikasi yang

jelas terhadap institusi masyarakat sesebuah negara, sebagai contoh Presiden Reagen dilema dengan

10

Page 11: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

laporan palsu mengenai pengangguran di kalangan masyarakat Amerika Syarikat. Kesan tersebut

menampakkan kehilangan nilai baik parti pemerintahan beliau di Amerika dalam menimbulkan

tanggapan yang negative di bawah kepimpinan belia (Bukhory Hj Ismail, 1997: 8).

Justeru itu, penggunaan bahasa Inggeris dalam penyampaian berita merupakan objektif

rekaan Barat dengan menyalurkan pelbagai segi kepercayaan dan nilai kebudayaan mereka.

Tindakan yang sedemikian menjadikan berita mereka lebih laris apabila disebarkan tidak kira sama

ada melalui media cetak atau media elektronik, yang bertujuan untuk memanipulasi masyarakat

seluruh dunia untuk mengaut keuntungan tanpa mempedulikan orang lain. Kebanyakkan media cetak

di Dunia Ketiga dan dunia Barat mempunyai kuasa autonomi dan tidak banyak negara yang

mempunyai kuasa autonomi dalam media siaran kecuali Amerika Syaikat berbanding Negara Dunia

Ketiga di mana media massa mereka terkawal sepenuhnya oleh pemerintah (Bukhory Hj Ismail,

1997: 14).

Terdapat beberapa teknik propaganda yang sering digunakan khususnya oleh media massa Barat

dalam menyampaikan berita. Teknik-teknik ini adalah sangat berkesan dalam mencapai matlamat

mengenai berita yang di sampaikan. Berikut adalah beberapa teknik-teknik propaganda yang sering

digunakan oleh mereka iaitu :

1. Teknik pemberian gelaran yang elok dan menarik terhadap perkara atau individu yang diberi

sokongan dan gelaran yang buruk terhadap pekara dan individu yang di tentangi. Berdasarkan

kepada teknik ini, ia boleh mengubah tanggapan khalayak dan dalam masa yang sama

penerima perutusan itu lebih cenderung dalam menerima saranan yang dipropagandakan.

2. Teknik tuduh-menuduh tanpa berdasarkan bukti yang jelas, merupakan salah satu sifat

penindasan bagi penuduh kerana pihak tertuduh tidak diberi peluang untuk berterus terang,

mahupun membuat pembelaan ke atas dirinya sendiri.

3. Teknik pencarian musuh merupakan salah satu kaedah untuk menafikan kesalahan serta

kelemahan sendiri dan meletakkan semua kesalahan kepada musuh.

4. Teknik pendakwaan pula ialah teknik untuk mendakwa sesuatu hal yang dipropagandakan,

sama ada ia sudah diterima atau dianuti orang ramai.

11

Page 12: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

5. Teknik pertauliahan adalah penggunaan kepada institusi, kumpulan ataupun watak tertentu

yang berkedudukan, berwibawa dan berpengaruh untuk memberikan tauliah atau perakuan

kepada hal yang dipropagandakan.

6. Teknik pengulangan iaitu untuk mengulangi sesuatu atau hal yang telah dipropagandakan

secara terus menerus sehingga menyebabkan khalayak akan menerima dan menganggapnya

sebagai sesuatu yang “betul” dan “sah”.

6. PENGUMPULAN DAN ALIRAN BERITA DUNIA

Ke Amerika Utara Ke Eropah Ke Afrika Ke Asia Ke Pasifik

Ke Amerika Latin

Ibu pejabat berita Nasional

Ibu pejabat berita dunia

Satelit, kabel,

transmisi radio

12

Peristiwa dan orang ramai menghasilkan berita.

Wartawan-wartawan membuat liputan mengenai beberapa

peristiwa

Page 13: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Kepada beribu-ribu akhbar persendirian dan stesen radio dan televisyen

Kepada berjuta-juta pembaca, pendengar, penonton di seluruh dunia

Rajah di atas menunjukkan bagaimana berita antarabangsa dikumpulkan di seluruh dunia.

Wartawan-wartawan hanya mampu memberi liputan peristiwa penyiaran melalui satelit, kabel, alat

gelombang mikro atau radio. Berita-berita tersebut kemudiannya dihantar kepada ibu pejabat agensi-

agensi berita nasional, rangkaian atau sendiket. Editor-editor di sana menentukan kepada bahagian

mana di dunia yang berita-berita tersebut harus disebarkan.

Berita-berita tersebut disiarkan dalam pelbagai bahasa dan dihantar kepada akhbar-akhbar

perseorangan di samping stesen radio dan televisyen. Editor-editor di sana akan memastikan apakah

berita yang akan disiarkan dalam ruangan berita atau dibuat melalui udara. Akhirnya pengguna-

pengguna media berbuat keputusan apa-apa berita yang berfaedah, dan kemudian membacanya,

mendengarnya atau menontonnya.(Al Hester, 1997: 30). Gerak kerja dalam pengumpulan mereka

dalam menyebarkan berita adalah berbentuk sistematik dan luas berpengaruh di merata tempat di

seluruh negara di dunia ini. Maka tidak hairan jika kita melihat betapa cekapnya mereka menjalan

aktiviti gerak kerja yang begitu baik dan dapat memberi pengaruh yang besar dalam institusi

pemberitaan yang bertaraf dunia.

7. KEWARTAWANAN (JURNALISME) ISLAM

Jurnalisme berasal dari perkataan “journal” atau “du jour” yang bererti hari, di mana segala berita

atau warta seharian itu dimuatkan dalam lembaran yang bercetak (Dja’far Assagaf, 1983: 10).

Jurnalisme sering disamakan dengan istilah Pers dan komunikasi, dan pengertian jurnalisme ini

semakin meluas digunakan berdasarkan dalam kegiatan penyampaian pesanan ataupun berita pada

khalayak ramai melalui sistem saluran media iaitu media cetak mahupun media elektronik seperti

radio, televisyen dan filem. Jurnalisme Islami merupakan jenis kegiatan jurnalistik yang berasaskan

13

Page 14: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

ajaran Islam. Berdasarkan jurnalisme Islami tersebut merupakan kegiatan gerak kerja jurnalistik

seperti wartawan, para pemimpin, produser filem dan sebagainya. Namun demikian golongan

tersebut harus menjiwakan diri mereka dengan penghayatan ajaran Islam yang sebenar. Sebagai

wartawan muslim perlu mempuyai nilai tanggungjawab moral yang tinggi dan setiap hasil penulisan

yang di sampaikan haruslah mempunyai matlamat atau misi amal ma’ruf nahi mungkar.

Justeru itu apa yang dapat diperbandingkan di sini ialah terdapat ciri-ciri perbezaan di antara

wartawan sekular Barat dengan wartawan Muslim, di mana wartawan secular Barat mengamalkan

kefahaman secara bebas tanpa mempunyai nilai-nilai murni. Sebaliknya wartawan Muslim lebih

memperjuangkan nilai-nilai Islami dari segi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat

(Heri Muhammad, 1992: 1).

Menurut Ibn Khaldun, seorang wartawan yang baik harus meneliti dan mengkritis terhadap

sumber-sumber yang dirujuknya (Mansor Ahmad Saman, 1995: 33). Antara ciri-ciri yang perlu

dihindari oleh wartawan Muslim ialah seperti berikut:

1. Sifat berat sebelah terhadap sesuatu pihak sehingga boleh menyebabkan tercetusnya benteng

penghalang kepada matlamat yang hendak dicapai.

2. Sifat keterlaluan “over confidence” terhadap sesuatu maklumat yang melampau sehingga

menyebabkan masyarakat akan lalai dan alpa dengan tanggungjawab.

3. Kegagalan menerima dan mencapai objektif yang sebenar.

4. Kesalahan dalam memahami hakikat yang sebenar mengenai sesuatu perkara atau peristiwa

tertentu.

5. Wartawan tidak mampu meletak sesuatu peristiwa dalam konteks yang sebenar dan ia sering

berlaku disebabkan oleh kekaburan sesuatu peristiwa atau fenomena.

6. Meletak kedudukan diri sendiri dalam mencapai tahap kedudukan yang tinggi.

7. Kejahilan tentang hukum-hukum alamiah yang menentukan corak hidup masyarakat

manusia.

8. Sifat yang keterlaluan dalam memperbesarkan sesuatu perkara sehingga melampaui batas

pemikiran (Mansor Ahmad Saman, 1995: 33).

14

Page 15: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

Antara ciri-ciri tanggungjawab yang perlu ada pada seseorang wartawan Islam dalam menghasilkan

media massa yang berkesan ialah seperti berikut :

1. Mempunyai objektif yang utama dalam membimbing masyarakat kepada corak kehidupan

yang murni yang berpaksikan kebenaran dan keadilan serta mengelak daripada mengambil

keuntungan material terhadap media massa.

2. Melakukan sesuatu gerak kerja yang efektif, contohnya mengikut jadual, prosedur dan

sebagainnya dengan memberi penekanan yang berkesan melalui media terhadap individu dan

masyarakat.

3. Media massa seharusnya menekankan konsep dakwah sebagai gerakan yang menyuruh

kepada melakukan amar makruf dan nahi mungkar yang berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah.

4. Penyampaian mesej yang baik belum tentu dapat menarik minat orang ramai terhadap isi

yang dinyatakan. Justeru itu, konsep kreativiti diperlukan agar mesej yang hendak di

sampaikan mampu memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat demi mendorong ke

arah kebaikan.

5. Mempunyai tanggungjawab terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dalam menyebarkan

mesej kepada masyarakat dalam bentuk amanah dan ikhlas demi Allah s.w.t (Danial Zainal

Abidin, 2004: 243).

Berdasarkan ciri-ciri yang di sampaikan menyatakan beberapa keberkesanan wartawan Islam

dalam meninggatkan karier penyampaian mesej berita terhadap masyarakat umum agar

menimbulkan kefahaman dan kesedaran yang betul yang tidak terkeluar dari landasan Islam yang

sebenar.

15

Page 16: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

8. KESIMPULAN

Pengaruh Barat dalam laporan berita merupakan pada masa kini amat memainkan peranan yang

penting dalam menyiarkan siaran berita dan perkhabaran berita melalui sistem media cetak. Gerak

kerja pengumpulan bahan berita yang begitu efektif dan sistematik tersebut dapat mematahkan sayap

pengaruh media Islam dalam berdaya saing dengan institusi gergasi seperti mereka. Sifat

kerbergantungan media massa berita asing adalah menceduk segala yang dibawa oleh media barat

dalam laporan berita berikutan kekurangan kos menjana pengumpulan bahan berita dan malah tidak

mempunyai pengalaman untuk menandingi kuasa Barat.

Sifat pengamalan bangun dari mimpi adalah merupakan cara yang terbaik dalam memberi

kesedaran terhadap media massa tempatan dalam mempergiatkan usaha untuk menandingi kuasa

Barat dalam institusi berita. Hasrat kewartawanan Islam dalam mencapai ke tahap professional harus

diberi penekanan dan galakkan yang sebaiknya oleh institusi yang bertanggung jawab.

Kecenderungan Barat dalam usaha mereka menjajah minda dan pemikiran masyarakat Islam masih

tetap dilaksanakan oleh mereka demi mencapai matlamat dengan merosakkan generasi Muslim dan

menyimpang daripada jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sekian

16

Page 17: ANALISIS PENGARUH BARAT DALAM LAPORAN BERITA

RUJUKAN

Al-Qur’an dan Terjemahannya: Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM)

Ahmad Sunawari Long, 2005. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam.Bangi Penerbit

Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bukhory Haji Ismail. 1997. Sistem Media Massa Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Dja’far Asegaf, 1983. Junalistik Masa Kini. Jakarta: Balai Aksara

Heri Muhammad. 1992. Jurnalisme Islami. Surabaya: Pustaka Progresif

John C. Merill. 1997. Kewartawanan Sejagat. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka

Terj: Perniagaan Yamin

Mansor Ahmad Saman, 1995. Penulisan Dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Suhandang, Kustadi. 1978. Pengantar Jurnalistik. Cabang Bandung, Penerbit PT. Karya Nusantara

www.UtusanMalaysia.com 12/10/2006

Zulkiplee Abd. Ghani, 2003. Islam Komunikasi Dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur, Penerbit:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

17