rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani tahun 2
Post on 07-Dec-2015
586 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 (KSSR)
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI KELAS : 2 IMAM GHAZALI BIL. MURID : 20 ORG ( 10 LELAKI, 10 PEREMPUAN )TARIKH/HARI : 18/6/2014 ( SELASA)MASA : 8.00 – 8.30 PG ( 30 MINIT)TUNJANG : Kemahiran (Manipulasi Alatan)
TAJUK : Menggolek Bola
STANDARD KANDUNGAN : 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.
2.3 Memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan.
5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
STANDARD PEMBELAJARAN : 1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak.
2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan.
5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat
Psikomotor : Menggolek bola dengan menggunakan sebelah tangan ke sasaran yang berbeza jarak (2meter, 3 meter, 5 meter) dengan lakuan yang betul semasa menjalankan aktiviti “Saya Menggolek Bola”
dan “Menggolek Bolaku”.
Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya 2 daripada 4 fasa pergerakan yang perlu diambil perhatian semasa menggolek bola. (mata pandang bola, mengayun tangan dari belakang, ikut lajak)
Afektif : Melibatkan diri secara aktif dan menunjukkan rasa keberanian semasa menerima cabaran permain”Bola Terowong”.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) : Keusahawanan ( berani menaggung risiko)
BAHAN BANTU BELAJAR : 20 Kon, 36 Biji Bola Keranjang .
BAHAGIAN/MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/STRATEGI P&P
ALATAN/CATATAN
1. Permulaan(± 5 min )
1. Set Induksia. Aktiviti Penyoalan :
- Siapa tahu maksud kardiovaskular?Jangkaan jawapan Jantung
2. Memanaskan Badan a. Melakukan
aktiviti “bangun jatuh.”
- Menarik minat murid.
- Memastikan murid bersedia untuk aktiviti pembelajaran.
- Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan.
- Meningkatkan kadar degupan jantung.
- Mewujudkan keseronokan.
- Minta beberapa murid meletakkan kon secara tidak teratur sama ada menegak atau menidur.
- Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diberi nama. ( Power Puff Girl & Beng Ten)
- Murid pada kumpulan pertama diminta mengangkat kendudukkan kon dari terbalik kepada kedudukkan yang betul. Manakala kumpulan kedua sebaliknya.
- Dalam kawasan yang
- Permain cakera padat, CD lagu, pembesar suara
Guru
3. Regangan otot- Kepala- Badan - kaki
- Regangan otot di bahagian kepala, badan dan kaki untuk menggelakkan kecederaan.
- Meningkatkan julat pergerakkan.
telah ditetapkan
- Secara kelas
( beramai –ramai)
2. Perkembangan
(± 12 min )
Aktiviti 1 : Individu :
Berdiri tegak.Mata pandang ke hadapan Buka kaki seluas bahuKedua tangan memegang bola pada aras pinggangTolak tangan ke bawah untuk lantunkan bolaSambut bola
Melantun secara individu Melantun secara individu.
Murid berdiri secara memanjang di hadapan guruJarakkan kedudukan dengan rakan Lantun bola sebanyak lima kali ulangan
Kon berwarna -
4
Bola sederhana
besar - 4
Aktiviti 2: Berpasangan
dengan menggunakan dua belah tangan Serap daya lantunan dari bawah ke atas Kembali kepada kedudukan asal Ansur maju dengan berjalan ke hadapan
Berdiri dan
kaki dibuka
seluas bahu.
Menghadap
pasangan
hadapan
Kedua belah
tangan
memegang
bola aras
pinggang
Tolak bola ke
hadapan di
Secara berpasangan
menghadap antara
satu dengan lain
Tambah jarak untuk
setiap ansur maju
antara
pertengahan
kedudukan diri
sendiri dan
pasangan
Pasangan
sedia
menerima
lantunan bola
dari hadapan
Kedua belah
tangan dibuka
ke hadapan
dan sambut
bola yang
dilantun
Tarik bola ke
aras dada dan
serap daya
lantunan bola
Ulang
pergerakan
dengan
melantun
semula ke
arah pasangan
hadapan
3. Kemuncak
(± 15 min )
- 1. - 1 kotak beracun
- 4 kon- Tepung
untuk membuat garisan
- A4 nama kereta.
4. Penutup
(± 5 min )
Aktiviti gerak kendur:
1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambal menarik nafas.
2. Membuat regangan pada otot yang bannyak digunakan semasa beraktiviti dari membuat persembahan.
3. Guru bersoal jawab bersama murid berkaitan kesan aktiviti kepada setiap otot yang terlibat.
- merehatkan dan memulihkan degupan jangtung.
- mengendurkan otot yang telah diregang secara aktif ketika aktiviti.
- mengembalikan sistem fsikologi secara beransur –ansur selepas digunkan secara aktif.
-
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
a. Borang Penilaian
REFLEKSI:
Semasa menjalankan pengajaran, saya telah mendapat kesan kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran saya. Bagi
bahagian set induksi saya telah melakukan teknik pemyoalan dan meminta murid menjawab dengan menunjukkan
teknik yang disoal. Kekuatannya disini, secara tidak langsung saya dapat membuat penilaian pada pengajaran
sekiranya masih diingati dan difahami oleh murid. Malahan aktiviti senamrobik yang dilakukan untuk memanaskan
badan juga dapat menarik minat murid. Ini kerana murid – murid suka akan lagu pilihan saya iaitu “ Chiken Dance”.
Murid – murid kelihatan gembira dan mengikut gerak senamrobik yang dilakukan oleh saya.
Walaubagaimanapun, set induksi ini masih mempunyai kelemahannya iaitu pada teknik penyoalan. Teknik ini tidak
begitu menarik minat murid untuk memulakan sesi pembelajaran. Ini jelas kelihatan dengan raut wajah yang tidak
ceria pada sesi penyoalan itu berlangsung. Mungkin ada diantara mereka sudah lupa bentuk – bentuk posisi tersebut.
Jelas sekali teknik ini tidak sepatutnya dilakukan pada permulaan pengajaran saya. Secara tidak langsung ia akan
mengurangkan fokus murid itu sendiri.
Oleh sebab itu, bagi memastikan PdP berjalan dengan baik, saya akan menambahbaikkan set induksi saya dengan
memberi gambar bagi setiap posisi sebagai bahan rangsangan kepada murid. Contohnya saya akan membawa gambar
posisi yang telah dipelajari dan barulah menggunakan teknik penyoalan. Ini mungkin lebih berkesan dan menarik minat
murid kerana mempunyai bahan rangsangan untuk membantu mereka menjawab soalan yang diberi guru. Saya juga
akan memperuntukkan masa yang minima untuk set induksi ini. Carannya, saya akan mengurangkan masa semasa
langkah pertama.
Pada bahagian perkembangan dan kemuncak juga mempunyai kekuatan. Pada waktu perkembangan saya telah
mengadakan aktiviti stesen. Di sini saya dapat lihat murid – murid begitu teruja untuk bermain permainan stesen ini. Ini
kerana semua murid berpeluang melalui stesen tersebut kerana saya tidak mewujudkan kumpulan. Kekuatan pada
aktiviti kemuncak pula terletak pada pembahagian kumpulan dan mereka berlawan antara kumpulan untuk
memenangi aktiviti ini. Secara tidak langsung saya telah menerapkan nilai bekerjasama antara ahli kumpulan dan
mewujudkan persaingan sihat antara murid. Suara sorakkan memberi semangat ketika aktiviti kemuncak ini
berlangsung menunjukkan nilai yang saya terapkan iaitu sanggup mengambil risiko walaupun mereka tidak berpeluang
memilih ahli kumpulan sendiri. Ini jelas murid – murid memberi kepercayaan penuh pada ahli kumpulan masing –
masing ketika aktiviti ini berlangsung.
Namun kelemahan pada perkembangan dan kemuncak ini juga dapat saya kesan. Antaranya murid kelihatan sukar
melakukan posisi yang disebut guru kerana setiap murid akan diberi perbezaan posisi. Malahan pada aktiviti kemuncak
juga mengambil masa yang lama. Oleh itu saya perlulah membuat penambahbaikkan pada bahagian perkembangan
perkembangan dan kemuncak. Contonya saya boleh memilih permainan yang melibatkan semua murid dapat
melakukan aktiviti yang sama dan adil. Malahan pada waktu kemuncak saya boleh menukar kepada bentuk permainan
kecil yang lebih menarik minat murid – murid.
Kesimpulannya disini, semua murid kelihatan gembira dan mencapai objektif pdp. Kawalan murid juga dapat saya
lakukan dengan baik. Namun penambahbaikkan perlu saya lakukan untuk mengurangkan pembaziran masa ketika
menjalankan setiap aktiviti tersebut.
RUJUKAN
Abd.Halim Md Salleh ( 2011).Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4.Selangor Darul
Ehsan:Dewan Bahasa dan Pustakaka
http://www.kssronline.com/p/kssr.html
http://skguarjentik.edu.my/muat-turun-2/rancangan-pengajaran-harian-rph-kssr-tahun-1-2-dan-3/
http://www.slideshare.net/QasehSayang/panduan-pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
http://syazalina83.blogspot.com/2011/12/kurikulum-standard-sekolah-rendah-thn-2.html
top related