assment murid alam belajar 21.3
Post on 12-Aug-2015
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Soalan 2 ( a )
Penilaian terhadap langkah – langkah yang diambil oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia
Pengenalan
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian
taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan
penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Pelbagai langkah – langkah Kementerian
Pendidikan bagi melaksanakan bidang sains dan matematik di sekolah. Semua
Aspek perlu diambil kira bagi merealisasikan impian sesebuah Negara.Profesion
perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan
mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan
akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. Tanpa
guru-guru sains dan matematik yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak
akan lahir golongan profesional seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera,
arkitek, juru ukur dan saintis
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) ialah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang
menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai
bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat
pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak
dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003
sehingga awal 2012.Menurut Tan Sri Muhyiddin , walaupun pada beberapa
peringkat Negara mencatat kejayaan agak membanggakan dalam bidang
pendidikan tetapi ada beberapa pihak melihat Malaysia agak terbelakang
dibandingkan beberapa negara lain. Oleh itu,katanya, kajian dibuat bagi mengukur
sistem dan kejayaan sedia ada dengan penanda aras antarabangsa bagi
mengetahui kelemahan yang ada dalam sistem pendidikan Negara.
Bagi pihak pendidik pula, mereka perlulah melakukan sesuatu dalam
membantu pihak kerajaan membangunkan bidang pendidikan terutamanya bagi
menarik minat murid untuk belajar sains dan matematik. Contohnya , mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pelajar juga perlulah memainkan
peranan dalam membangunkan diri sendiri serta menyedari kepentingan mata
pelajaran Sains dan Matematik. Ini selaras dengan kehendak dunia yang semakin
menjurus kearah bidang Sains Dan Teknologi. Peranan yang dimainkan oleh
semua pihak akan memberikan manfaat kepada Negara Malaysia yang tercinta ini.
Melihat daripada pandangan dan pengalaman guru – guru yang mengajar
sains dan matematik di sekolah rendah dari wujudnya KBSR pada tahun 1982
intipati dalam bidang sains dan matematik masih sama iaitu menetapkan objektif
agar murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira iaitu
lebih dikenali KIA2M. Oleh itu kesinambungan program tersebut diadakan wujud
pula program pemulihan PROTIM bagi murid yang masih lemah dalam pencapaian
yang diinginkan. Program pemulihan ini adalah sebagai program ganti kelas biasa di
kelas pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan. Sasaran
program ini adalah untuk murid tahun 4,5 dan 6. Murid yang gagal mencapai
sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM.
Begitu juga dengan kaedahnya kini selepas program KIA2M yang
mengantikan program LINUS intipatinya tetap sama iaitu hasrat pemimpin negara
tetap sama memajukan dalam bidang sains dan matematik. Cuma bezanya disini
ialah program LINUS pula ditambah satu lagi elemen iaitu menaakul. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid tidak mempunyai
masalah dalam bidang pembelajaran berkeupayaan mengusai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Namun
isu yang paling hangat mengenai bidang sains dan matematik diperkatakan ialah
mengenai pembelajaran matepelajaran sains dan matematik di semua peringkat
pendidikan, sama ada di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Dasar PPSMI
sering menjadi isu perdebatan hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran.
Akhirnya dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang
dimumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin selepas kajian
keseluruhan diadakan.
Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan
pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah
dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat
sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa
500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana
lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi
SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga
bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan
kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin
turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa
Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana
anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah
pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya
adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang
asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin
Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa
mereka menyokong parti campuran tersebut, apatah lagi ada juga beberapa ahli
politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad
Zarkashi dari UMNO.
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di pusat
beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri
oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad
Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis
Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik
Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga
pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong
Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan
secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam
menyelesaikan isu PPSMI.
Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional
(Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana
melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152
Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi., di samping
dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152",
sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15
Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya
mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis
Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh
Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan
proses pertama Gapena menggunakan saluran itu. Sepanjang separuh kedua tahun
2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di
kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan
pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka
mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan
UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang
dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan
nasib dasar ini, iaitu:-
Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah
rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan
digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan
oleh sekolah;
Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga
Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan
bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan
Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi
mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad
mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun
hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul. Setelah Dato' Seri
Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri
pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri
Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas
hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi
perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib
dasar PPSMI , sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum
baru oleh semua pihak mengenai isu ini.
Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan
kajian mendalam. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak
puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap
terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak
kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke
bahasa kebangsaan sebagai pengantar.
Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar
yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan
pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau
memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh
Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan
pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan
tidak akan kembali ke dasar PPSMI. Pada masa yang sama, kerajaan berdepan
dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.
Dari segi penilaiannya, kejayaan MBMMBI ini bergantung kepada beberapa
faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta
buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik . Tidak banyak dapat
diperkatakan tentang sejauh manakah kejayaan dasar ini kerana masih baharu lagi
pelaksanaannya. Diharapkan dasar ini , akan selaras dengan keperluan negara
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Disamping itu,
hasrat kerajaan untuk memajukan bidang Sains dan Matematik akan tercapai
melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan ini.
Akhirnya, Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Malaysia .Isu
PPSMI sudah selesai walaupun masih terdengar suara-suara kecewa dengan
tindakan Kerajaan yang disifatkan merugikan terutama apabila menyentuh tentang
betapa pentingnya kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris ketika ini. Lebih
mengecewakan apabila tindakan itu dibuat setelah Kerajaan membelanjakan berjuta
ringgit sepanjang tempoh pelaksanaannya. Apapun, memetik kata-kata Profesor
Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak
yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah Kerajaan lakukan ini kerana ia
mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Walau apa pun
kesannya, keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan ini bukan bermakna Kerajaan
tunduk kepada desakan golongan pejuang bahasa atau dibuat semata-mata
kepentingan politik tetapi yang lebih penting ia dibuat setelah mengambil kira
pelbagai aspek dengan pertimbangan yang cukup teliti serta bijaksana. Dengan
pemansuhan PPSMI ini bermakna mata pelajaran Sains dan Matematik akan
kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala di sekolah-
sekolah SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing mulai 2012.
Sebagai seorang warga pendidik kami perlu bersikap positif dan menerima
secara terbuka apabila sesuatu perubahan dalam bidang pendidikan dilaksanakan.
Namun begitu tanggungjawab terhadap sistem pendidikan adalah untuk
menyediakan generasi muda yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan
kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada
abad ke 21 amat jelas sekali. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu
kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap sumber
pembangunan manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari
peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Pelbagai pihak
mengetahui bahawa bidang Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas
dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang dalam bidang ini berlaku dengan
pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak
terdapat dalam bahasa inggeris. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan
merancang untuk memperbaiki , memperkukuh dan mempertingkatkan mutu
pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat pada hari ini.
Berikut adalah rumusan dan langkah – langkah yang telah dilaksanakan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1982 hingga 2012 bagi tujuan
memajukan bidang sains dan matematik.
KBSR 1982
PEMULIHAN, KIA 2M, PROTIM
PPSMI 2002
(EteMS)
MBMMBI
2010
KSSR ( LINUS )
2012
Setelah berbincang mengenai penilaian keberkesanan setiap langkah yang
diperkenalkan oleh KPM mengenai bidang sains dan matematik ini, Kami mendapati
bahawa setiap perancangan yang dilaksanakan perlu adanya kajian yang mendalam
bagi merealisasikan setiap impian negara. Namun begitu,memang terlalu sukar
untuk menghasilkan setiap program yang dilaksanakan untuk membuahkan hasil
yang maksimum. Justeru itu, setiap program baru ataupun langkah pertama
memrlukan Akses Pendidikan. Selaras dengan perkembangan semasa, KPM telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau informasi
( Communication Technology ( ICT ) dalam pendidikan meliputi aspek prasarana,
pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan projek ICT dengan
pembelakan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun
isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Antara masalah yang berkaitan adalah seperti pembekalan masalah
komputer di bandar dan luar bandar. Ini menyukarkan perlaksanaan program
terganggu dan secara tidak langsung menganggu pembelajaran murid di sekolah.
Selain daripada itu perisiaan komputer pengajaran dan pembelajaran terhad dan
sukar diperoleh. Selain itu latihan dalam perkhidmatan guru mengendalikan system
penggunaan komputer di sekolah kurang berkesan. Ini kerana tahap kemahiran guru
dalam bidang penggunaan komputer kurang memuaskan.Ia berdasarkan
pengalaman guru yang mengikuti kursus semasa di maktab dan institusi pendidikan
yang mereka perolehi. Oleh itu motivasi perlu diberikan kepada guru yang
berpengalaman lebih lama untuk mempelajari bidang penggunaan komputer
mengikut keperluan arus semasa yang semakin pesat.
Masalah penyelengaraan komputer yang kurang memuaskan disekolah juga
memberikan kesan sampingan untuk melaksanakan program ICT. Ini adalah
melibatkan guru yang terlatih dalam bidang ICT belum mencukupi. Jesteru itu, ini
adalah salah satu cabaran bagi KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik
dalam ICT.
Dalam perlaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, setiap institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dipastikan mempunyai
infrastruktur yang berkesan dan mencukupi dan berkualiti untuk perlaksanaan
kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi
guru, peruntukan kewangan, bahan dan perlatan pembelajaran serta program
sokongan akan diagihkan secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang
perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah yang kurang beruntung ( Sumber
Pembangunan pembangunan pendidikan 2001-2010 ). Namun setelah tujuh tahun
perlaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah – sekolah di Malaysia
yang belum menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya
beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh
KPM tidak mencukupi untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam
perlaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh Bahagian Perancangan Pembangunan pendidikan ( BPPDP ) Kementerian
Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru
perempuan dan KPM menghadapi menempatkan mereka ke sekolah luar Bandar
khususnya luar Bandar dan pulau. Ini kerana kebanyakan sekolah di pulau dan luar
bandar kekurangan guru yang berpengalaman dan kurang latihan. Maka dengan ini
terpaksalah guru yang bukan opsyen sains dan matematik mengajar matapelajaran
berkenaan. Disebabkan kurang pengalaman dan tidak mengetahui asas
pengajarannya mula dipertikaikan.
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan generasi yang bertarad dunia
maka KPM telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Walaubagaimanapun pelbagai
implikasi dan kesan negatif dari respon kebanyakan pihak menyatakan bahawa
penggunaan bahasa pengantar iaitu penggunaan bahasa inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik merosakkan bahasa ibunda iaitu bahasa
kebangsaan dan akan memusnahkan reputasi pelajar. Pendapat ini dinyatakan
banyak pihak terutama dari luar bandar. Selain daripada itu penggunaan internet
juga mendapat impak yang negetif dari sesetengah pihak. Era dunia tanpa
sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat
dan berkesan dengan menggunakan internet atau laman – laman web dan
sebagainya melalui komputer. Implikasinya isu – isu moral yang membabitkan nilai –
nilai social mula dipertikaikan. Fenomena ini menyebabkan nilai – nilai murni yang
ingin diterapkan kepada generasi muda bercanggah dengan nilai – nilai barat. Kualiti
pelajar dan hasil modal insan yang ingin dihasilkan dan dipertingkatkan mula dinilai
dan dipersoal terutama dari peringkat sekolah menengah yang tidak mengira kaum,
agama dan bangsa.
Dengan ini sebagai seorang golongan pendidik, kami tidak melatah dengan
segala perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. IIni kerana kami telah
menerima dengan terbuka segala setiap perubahan dalam bidang pendidikan. Malah
kami juga perlu bertanggungjawab melaksanakan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berilmu, bermoral, berakhlak mulia dan
mempunyai sikap budaya saing dalam memajukan negara. Selain itu semua pihak
perlu membuka minda dan perlu berfikiran positif menerima perubahan yang akan
datang dalam bidang sains dan matematik mengikut era globalisasi yang semakin
pesat dan maju.
Soalan 2 ( b )
Inovasi yang mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam matapelajaran
Sains dan Matematik
Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan
pembangunan pendidikan sesebuah negara. Menurut Roger dan Shoemaker (1971)
inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Ini
turut disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan bahasa inovasi adalah
sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang
individu. Sementara Glosori Teknologi Pendidikan (1995) merujuk inovasi sebagai
idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir sama.
Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru. Ini
bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek
idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita,
terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak
yang tertentu.
Sebagai seorang guru hendaklah mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung
kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan
ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, seorang guru perlu menyusun strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan
dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga
dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus
belajar. Dan juga dapat menambahbaikan apa yang sedia ada pada murid.
Bagi kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
inovatif perlu menjadi perkara yang penting.. Pembelajaran yang dirangka dan
dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran
kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,
menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah
kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan
pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Guru hendaklah
memastikan apa yang diajar jelas dan mudah difahami murid contohnya semasa
membuat eksperimen.
Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia
juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat
duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki
dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin,
kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan
keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.Penyusunan kerusi- meja murid dalam
bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru,
kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru
harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang
perlu berseorangan.
Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim
dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan
murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Di dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh
guru, dapat menjinakkan murid, bercakap dengan bahasa yang lembut dan
bersopan, menegur dan membetulkan kesilapan dengan cara yang berhemah. Di
samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan
maklumat daripada guru kepada muridnya.
Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menarik, guru hendaklah
melibatkan murid- murid. untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal
sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakan
situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka
melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental.
murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains. Kalau
mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar
penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan
aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif di
dalam kelas.
Penggunaan bahan bantu mengajar perlu disesuaikan dengan kaedah
pengajaran bagi memperolehi faedah yang maksimum dari segi, minat, motivasi dan
penguasaan matematik. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar sangat berkesan digunakan dalam pengajaran yang menggunakan
kaedah kumpulan, simulasi dan permainan. Guru haruslah menjalankan aktiviti
secara berkumpulan dalam pelajaran sains. Contohnya mengadakan eksperimen
membezakan bahan yang boleh terapung atau tidak boleh terapung. Dengan
adanya aktiviti ini, murid dapat berkomunikasi satu sama lain antara ahli kumpulan.
Selain itu aktiviti kuiz di dalam kumpulan juga boleh dijalankan untuk mengetahui
keberkesanan pembelajaran yang dijalankan.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang
mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari
pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna
kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru
perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh
yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami. Misalnya
mengenai pertumbuhan manusia mengikut peringkat yang betul. Selain itu, guru
membawa murid ke makmal bagi meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan
dalam sains dan matematik.. Di antaranya ialah mengadakan dan melengkapi
makmalmatematik dengan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran mata wang asing,
pertanian, kaji cuaca, sukan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan
pengalaman pelajar dan juga yang menggambarkan aktiviti yang ada dalam
masyarakat Malaysia dan dunia luar.
Dengan kemajuan teknologi. penggunaan media komputer dan internet
mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka
menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan
matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Dengan
usaha itu, murid akan bertambah minat dengan matapelajaran sains dan matematik.
Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam
pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien.
Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini
sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi
merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak
akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan
hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
Usaha untuk membina budaya sains dan matematik di kalanganpelajar
bukanlah usaha yang bermusim, Untuk menjaminkejayaan pembinaan budaya sains
dan matematik di kalangan pelajarperlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi
denganpembinaan asas matematik yang kukuh dikalangan mereka. Usaha-usaha ini
memerlukan permuafakatan guru, komuniti dan pelajar untuk sama-sama
berganding bahu mewujudkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan
pembelajaran matematik.
Pengurusan inovasi pendidikan sains dan matematik yang berkesan yang
mempertimbangkan keperluan rohani dan kemanusiaan pelajar dengan keperluan
matematik, sains dan teknologi terkini dapat mewujudkan suasana yang sesuai ke
arah pembinaan budaya matematik di kalangan pelajar. Dengan memperkukuhkan
unsur-unsur kreativiti dan inovasi pendidikan matematik dapat mewujudkan minat
dan rasa seronok pelajar belajar matematik kerana mereka dapat merasakan
bahawa pengalaman di antara alam persekolahan dengan kehidupan seharian
pelajar membantu mereka menguasai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
baru di sekolah.
REFLEKSI
Nadira bt Mohamed AropInovasi merupakan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan
pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan langkah-langkah bagi memajukan bidang Sains dan Matematik.
Melalui kerja kursus ini saya dapat membuat penilaian ke atas langkah yang
dilaksanakan seperti KBSR pada tahun 1982, Pemulihan, KIA2M, PROTIM, PPSMI
MBMMBI 2010 dan juga KSSR 2012 ( LINUS ) . Dengan tugasan ini, sebagai
seorang pendidik merasakan positif apabila peralihan bahasa penghantar dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains Dan Matematik daripada bahasa melayu ke
bahasa Inggeris. Secara langsung usaha ini dapat meningkatkan pembangunan
sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju serta bersaing dalam era
pendidikan.
Usaha untuk membina budaya sains dan matematik di kalanganpelajar
bukanlah usaha yang bermusim, Untuk menjaminkejayaan pembinaan budaya sains
dan matematik di kalangan pelajarperlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi
denganpembinaan asas matematik yang kukuh dikalangan mereka. Usaha-usaha ini
memerlukan permuafakatan guru, komuniti dan pelajar untuk sama-sama
berganding bahu mewujudkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik
Untuk menyiapkan tugasan ini, saya mengumpul bahan-bahan dari internet
dan membuat rujukan di Perpustakaan. Di sana saya mendapat maklumat dengan
lebih tepat. Saya juga berterima kasih kepada rakan di sekolah yang sudi berkongsi
idea untuk membantu menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya bahan yang saya
kumpulkan ini dapat menyenangkan untuk melunaskan tugasan saya ini. Berbagai-
bagai ujian yang saya lalui sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Dengan berkat
kesabaran saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Akhir sekali, saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya
menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
mahupun tidak dalam proses menyiapkan tugasan saya ini. Semoga dengan
bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha Esa.
REFLEKSI
Norhashmah bt Majuhor
Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya
dan rakan saya begitu fokus untuk menghasilkan tugasan ini walaupun menghadapi
pelbagai halangan masa untuk berbincang lebih dekat. Walaubagaimanapun kami
saling berhubung dengan menggunakan internet dan telefon mudah alih untuk
berbincang supaya dapat memberikan ilmu dan kesan yang positif pada diri kami
tentang tugasan ini. Dengan tajuk tugasan bahagian 2(a) kami mendapati bahawa
matapelajaran sains dan matematik sangat penting untuk memajukan sesebuah
negara. Ini kerana matapelajaran ini dapat memberikan ilmu dan memberikan
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna bagi setiap guru untuk melahirkan
insan yang berinovasi dan kreatif dalam bidang sains dan matematik. Pelbagai
langkah – langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
meningkatkan taraf dalam bidang sains dan matematik. Iaitu dari KBSR 1982,
Pemulihan dan KIA2M, PROTIM, seterusnya 2002 PPSMPI ( ETeMs ), diikuti
MBMMBI pada tahun 2010 dan terkini KSSR iaitu program LINUS yang sedang
dijalankan di setiap sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelbagai aspek dapat saya lihat usaha kerajaan melaksanakan program –
program ini. Dengan penilaian yang saya lihat walau banyak perubahan yang
dilakukan oleh KPM, sebagai seorang guru, perlu memberikan tumpuan dan
menerima perubahan yang akan dilakukan oleh KPM. Ini kerana tanggungjawab
guru adalah melaksanakan dan memastikan program yang dijalankan berjaya dan
dapat dicapai oleh kerajaan.
Bagi tugasan yang 2 (b ) dapat saya nyatakan bahawa guru memainkan
peranan penting bagi memastikan program yang dijalankan lancar. Pelbagai aspek
perlu dilihat untuk memastikan perubahan persekitaran dapat menarik minat murid
dalam pembeljaran sains dan matematik. Guru perlu berfikir kreatif dan kritis bagi
melaksanakan persekitaran yangh kondusif dalam kelas. Misalnya guru perlu
menyediakan sudut – sudut penggunaan bahan maujud yang dipamerkan didalam
kelas. Ini kerana murid belajar melalui persekitaran mereka. Secara tidak langsung
mereka berminat dating ke sekolah dan belajar dengan apa yang mereka lihat.
Selain daripada itu, guru perlu menyediakan ruang pembelajaran yang tidak
menyesakan di dalam kelas. Guru perlu menyusun perlatan – perlatan seperti meja,
almari dan sudut – sudut yang bersesuaian mengikut bilangan murid yang ingin
belajar.
Suasana pembelajaran juga penting dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran murid. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah utuk menarik minat
mereka dalam belajar sains dan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar
perlu juga menarik minat murid. Guru perlu mencipta dan mereka bahan bantu
belajar supaya murid dapat menggunakan dengan baik dan menarik minat mereka.
Apabila seseorang guru mangajar matapelajaran ini sikap murid yang lemah dalam
sains dan matematik perlu diberi tumpuan supaya mereka tidak kertinggalan dan
terus tidak berminat dalam matapelajaran sains dan matematik. Secara tidak
langsung memberikan kesan tentang pembeljaran yang diajar.
Akhir sekali sebagai seorang guru prasekolah, saya berjanji akan terus
melaksankan tanggungjawab saya mengajar anak didik saya berjaya dalam bidang
sains dan matematik. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovasi, kreatif
dan berakhlak mulia dalam mencapai arus kemajuan negara. Saya ingin mengambil
kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menghasilkan tugasan ini, iaitu Pn Normah yang banyak membantu memberikan
penerangan untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat saya
Nadir,rakan sekelas juga guru – guru Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan
Sungai Serai turut memberikan pendapat dan tunjuk ajar kepada saya untuk
melaksanakan tugasan ini.
KOLABORASI
Bil Tarikh Perkara Tanda tangan
1. 18 Feb 2012 Tajuk kerja Kursus diedar
2. 20 Feb /
24 Feb 2012
Penyediaan bahan/maklumat- pertama mencari maklumat tentang langkah – langkah pelaksanaan KPM dalam Matapelajaran Sains dan Matematik
3. 25 Feb 2012 Berbincang tentang tugasan a
4. 26 Feb 2012 Penyediaan bahan dan berkomunikasi bersama rakan sekelas yang terlibat.
5. 29 Feb 2012
Perbincangan bersama guru Matematik dan Sains di sekolahDan menelefon rakan setugas untuk berbincang.
6. 2 Mac 2012 Melaksakan tugasan bertulis bahagian a
7. 3 Mac /
10 Mac 2012
Menyediakan dan berbincang tajuk bahan tugasan b bersama rakan
8 22 Mac 2012 Mengemaskini tugasan bahagian a dan b
924 mac 2012 Tugasan hantar
top related