amali

Upload: eilamiera

Post on 04-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROFIL PELAJAR

Nama : Nor Amira Binti Mohd Zalemi

No. Kad Pengenalan : 920211-07-5398

Tarikh Lahir : 11 Februari 1992

Alamat : 771, Mk 17 Machang Bubok, 14020 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Nombor Telefon : 013-5341174

E- mel : [email protected]

SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PROFIL PELAJAR 1SENARAI KANDUNGAN 2BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN WAJAR 3 - 7BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN SETARA 8 - 13BAHAN BANTU BELAJAR NOMBOR BERCAMPUR 14 - 17BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN TAK WAJAR 18 - 24RUJUKAN 25REFLEKSI 26 - 27

BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN WAJAR

Nama Aktiviti:Make Me CompleteObjektif Aktiviti:1. Mengenal pecahan wajar bagi penyebut hingga 10.2. Mengenal dan menentukan pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan menggunakan kepingan kad pecahan.Bahan Bantu Belajar:Papan Pecahan Wajar & Kepingan PecahanProsedur Aktiviti:

1.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan papan pecahan wajar dan kepingan pecahan.

3.Guru memberikan arahan aktiviti kepada murid-murid.4.Murid akan memulakan aktiviti dengan melihat nilai pecahan pada papan pecahan wajar. Contohnya, .

5.Murid akan mencari kepingan pecahan yang sesuai untuk dilekatkan pada bulatan mengikut nilai pecahan yang tertera.

6. Kumpulan yang telah melengkapkan papan pecahan setara akan menggantungkan papan pecahan di hadapan kelas.

7. Guru dan murid-murid akan menyemak jawapan bersama-sama. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 1 markah.

.

Lampiran:Bahan-bahan

Kertas warna

Mounting board

Gunting

Pisau pemotong

Gam

Tali

Papan Pecahan Wajar

BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN SETARA

Nama Aktiviti:Mencari Pasangan Pecahan SetaraObjektif Aktiviti:1. Menyata dan menulis pecahan setara bagi pecahan wajar. 2. Memadankan pecahan wajar dengan pecahan setara yang sepadan.Bahan Bantu Belajar:Rumah Pecahan (Papan Pecahan)Prosedur Aktiviti: Bahagian 11. Guru menampal dua papan pecahan di papan putih.Papan pecahan 2Papan pecahan 1

2.Guru meletakkan kepingan pecahan pada papan pecahan 1.

3. Guru menulis nilai pecahan pada papan pecahan.

4.Guru meminta seorang murid ke hadapan untuk melengkapkan papan pecahan 2 dengan meletakkan kepingan pecahan bagi mewakili nilai pecahan yang setara dengan .

5.Murid akan meletakkan kepingan pecahan dan menulis pecahan pada papan pecahan 2 untuk mewakili pecahan yang setara dengan .

6.Guru akan meneruskan aktiviti dengan prosedur yang sama (Langkah 2 4) untuk nilai pecahan yang berbeza.Bahagian 21.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.2.Setiap kumpulan diberikan enam keping kad.

3.Guru menerangkan aktiviti kepada murid-murid.4. Murid perlu melengkapkan pasangan pecahan setara dengan melorek bahagian pecahan pada kad yang diberikan. =

5.Contohnya, kad = . . . Murid akan melorek dan kemudian melorek bahagian yang setara dengan nilai .

6.Rajah yang disediakan untuk dilorek oleh murid akan membantu murid untuk menulis nilai pecahan setara. =

Lampiran:Bahan-bahan

Kertas warna

GuntingGamPlastic Board

Pisau pemotong

Kayu ais krim

Transparensi

Mounting board

Rumah Pecahan

Kad Pecahan Setara

BAHAN BANTU BELAJAR NOMBOR BERCAMPURNama Aktiviti:Find and MatchObjektif Aktiviti:Mewakilkan nombor bercampur menggunakan kad pecahanBahan Bantu Belajar:Tangga Nombor BercampurProsedur Aktiviti:1.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan Tangga Nombor Bercampur dan kad pecahan.

3.Guru memberi arahan aktiviti yang akan dilakukan.4.Murid akan memulakan aktiviti dengan melihat nombor bercampur pada Tangga Nombor Bercampur. Contohnya,1 .

5. Murid perlu mencari kad pecahan yang sesuai untuk dilekatkan pada Tangga Nombor Bercampur.

6. Kumpulan yang telah melengkapkan Tangga Nombor Bercampur akan menggantungkan Tangga Nombor Bercampur di hadapan kelas.

7.Guru dan murid-murid akan menyemak jawapan bersama-sama. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 5 markah. 8.Kumpulan yang terpantas dan melekat kad pecahan yang betul untuk setiap nombor bercampur akan menjadi juara bagi permainan ini.

Nota :Murid perlu berfikir secara kritis untuk mencari kad pecahan yang sesuai untuk dipadankan dengan nombor bercampur pada Tangga Nombor Bercampur.

Lampiran:Bahan-bahan

Kertas warna

GamTali

Gunting

Tangga Nombor Bercampur

BAHAN BANTU BELAJAR PECAHAN TAK WAJAR

Nama Aktiviti:Mari Putar Objektif Aktiviti:1. Melorek pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10.2. Menulis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10.Bahan Bantu Belajar:Roda PecahanProsedur Aktiviti:Bahagian 1 1. Guru menjelaskan maksud pecahan tak wajar iaitu Satu pecahan yang nilainya lebihdaripada 1 dan pengangka lebih besar daripada penyebut.2.Guru melekatkan papan pecahan tak wajar di hadapan kelas.

3.Guru akan mengambil satu kad pecahan dan melekatkan pada papan tersebut.

4.Guru menulis menambah pecahan bagi setiap petak yang berlorek pada bahagian yang disediakan di papan pecahan.

5.Kemudian, guru menulis hasil tambah kesemua nilai pecahan.

6.Guru menerangkan bahawa pecahan tersebut merupakan pecahan tak wajar.

7.Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan untuk menulis pecahan tak wajar dengan merujuk kad yang berbeza.

Bahagian 21.Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set bahan bantu belajar iaitu Roda Pecahan dan kad pecahan.

3.Guru memberi arahan aktiviti kepada murid-murid.4.Murid pertama dalam setiap kumpulan akan memulakan permainan.5Murid pertama akan memutar Roda Pecahan.6.Anak panah akan menunjukkan pecahan tak wajar. Contohnya, .

7.Murid tersebut akan mengambil kad yang sesuai untuk melorek nilai pecahan tak wajar yang diperolehi.

8.Kemudian, murid akan melorek dan menulis nilai pecahan pada kad yang telah diambil.

9.Permainan diteruskan dengan ahli kumpulan yang seterusnya sehingga kesemua kad dilorek.

10.Seteleh semua kumpulan melengkapkan kad-kad yang diberikan, guru akan menyemak jawapan bersama-sama dengan murid.

Nota :Murid yang memutar Roda Pecahan dan mendapat nilai pecahan tak wajar yang telahdilorek perlu memutar semula Roda Pecahan.

Lampiran:Bahan-bahan

Manila kad

GuntingGamMounting board

Trasnparensi

Pisau pemotong

Papan Pecahan Tak Wajar

Roda Pecahan

RUJUKAN(a)BukuAlltieri, Balka, Day, Gonsalues, Grace, Krulik, Malloy, Moseley, Mowey, Myren, Silbey, Vielhaber. (2007). Math Connects. United State of America: The Mc Graw-Hill Companies.T.Blair, J., K.Clark, L., P.Duncan, A., W.Farren, P., Callum, A. M., & earson, M. A. (1994). Heinemann Mathematics Teacher's Notes. Mexico City: Scottish Primary Mathematic Group.Willoughby, S. S., Bereiter, C., Hilton, P., Rubinstein, J., Mass, J., & Padersen, J. (2007). Real Math. United State of America: SRA Mc Graw Hill.

(b)Laman webFraction Board Game. (2006). Retrieved February 24, 2014, from education.com: http://www.education.com/activity/article/name-the-fraction/Quick and Easy Fraction Activity. (2011). Retrieved Februari 22, 2014, from http://mrshallfabulousinfourth.blogspot.com/2012/04/quick-and-easy-fraction-activity.htmlPECAHAN TIDAK WAJAR. (2012, Disember 28). Retrieved February 26, 2014, from http://celikmate.blogspot.com/2011/12/pecahan-tidak-wajar.htmlTeachers Notebook. (2014). Retrieved Mac 1, 2014, from http://www.teachersnotebook.com/product/CreativeClassroom/roll-slide-and-coverMagher, M. (2014). Hands-On Activities to Teach Writing Mixed Numbers to Improper Fractions. Retrieved February 23, 2014, from http://education.seattlepi.com/handson-activities-teach-writing-mixed-numbers-improper-fractions-3986.htmlMiller, M. (2003). Mixed numbers. Retrieved Februari 20, 2014, from http://www.homeschoolmath.net/teaching/f/mixed_numbers.php

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Parimalarani Sivasubramaniam yang mengajar subjek Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan Dan Wang. Seperti yang sedia maklum, Amali 3 adalah berkaitan dengan bahan bantu belajar bagi pecahan wajar, pecahan setara, nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Pada mulanya, saya berasa agak takut kerana saya menganggap bahawa konsep nombor bercampur dan pecahan tak wajar adalah sesuatu yang agak sukar untuk diajar kepada murid-murid. Tajuk tersebut memerlukan satu bahan bantu belajar yang betul-betul dapat membantu murid untuk memahami konsep nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Setelah mendapat soalan tugasan, saya cuba memahami kehendak soalan dan mula mencari maklumat. Pencarian maklumat banyak diperlolehi daripada laman web dan juga di pusat sumber. Bahan-bahan yang diperolehii banyak membantu saya untuk memahami konsep pecahan wajar, pecahan setara, nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Saya perlu memastikan bahawa saya sendiri perlu menguasai semua konsep pecahan agar saya dapat membuat bahan bantu belajar yang baik.Pada pendapat saya, pembelajaran mengenai topik pecahan ini merupakan satu topik yang menyeronokkan dengan sokongan bahan bantu belajar yang menarik. Oleh sebab itu, saya mempelbagaikan bahan bahan bantu belajar agar murid dapat memahami konsep pecahan wajar, pecahan setara, nombor bercampur dan pecahan tak wajar. Saya juga tidak menghadkan bahan bantu belajar untuk pecahan dengan tertumpu kepada contoh potongan kek dan pizza yang sering digunakan untuk mengajar pecahan. Bahan bantu belajar yang saya sediakan memerlukan murid melibatkan diri dengan membuat aktiviti melorek, mencari kad pecahan yang sesuai dengan nilai pecahan yang diberikan dan lain-lain lagi. Saya juga telah menyelitkan unsur-unsur permainan dan aktiviti berkumpulan ketika merancang pengajaran untuk memberikan keseronokan kepada mereka. Saya juga sedar bahawa seorang guru itu perlu kreatif dan bijak supaya suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.Semasa melakukan pengajaran mikro, saya telah membentangkan tajuk pecahan tak wajar. Saya cuba menyampaikan konsep pecahan tersebut dengan menggunakan bahan bantu belajar yang disediakan. Rakan-rakan memberi kerjasama yang amat baik dan ini memberi semangat untuk saya terus mengajar. Saya telah menyedari bahawa pendedahan pengajaran mikro ini memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan ketika mengajar dan mengenal potensi diri yang ada agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar berbantukan bahan bantu belajar yang menarik. Saya amat bersyukur kerana tidak mengalami banyak kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tugasan ini memberi banyak pengetahuan baru yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru. Setelah selesainya tugasan ini, saya lebih menguasai konsep pecahan. Saya juga mendapat banyak maklumat baru mengenai topik pecahan. Dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kapada saya selama penghasilan tugasan amali ini. Saya berharap segala ilmu yang saya perolehi dapat digunakan sedikit sebanyak pengalaman untuk menjadi pendidik pada suatu hari nanti. Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru dalam matematik. Semoga segala ilmu yang saya perolehi dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna dan cemerlang apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.Sekian, terima kasih.

27