amali 3

9
AMALI 3 TAJUK : MATAHARI TERBIT 1.0 PENGENALAN Matahari adalah merupakan bintang gergasi yang paling hampir dengan Bumi yang mana jarak puratanya hanya kira-kira 149,680,000 kilometer. Matahari dikelilingi oleh 8 buah planet yang membentuk Sistem Suria yang mana Bumi adalah planet ketiga terhampir dari Matahari. Kesemua lapan planet ini akan bergerak mengelilingi matahari berlandaskan orbit masing-masing. Bumi yang merupakan planet ketiga terhampir dari Matahari adalah sebuah planet yang dihuni oleh pelbagai hidupan. Di sebabkan jaraknya yang hampir dari Matahari, maka bumi mendapat cahaya Matahari yang cukup untuk kegunaan pelbagai hidupan tersebut. Suhu purata Bumi adalah di antara -70 C ° sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Bumi, seperti plnaet yang ° lain bergerak mengelilingi Matahari dan dalam masa yang sama juga berputar pada paksinya. Kejadian ini telah menyebabkan pelbagai fenomena alam semulajadi seperti kejadian siang dan malam, gerhana Bulan dan Matahari, kejadian pasang surut air laut dan juga kejadian terbit dan terbenam Matahari. Fenomena Matahari terbit dan terbenam adalah fenomena biasa yang berlaku setiap hari sejak wujudnya Bumi 4.54 bilion tahun lalu. Secara amnya, Matahari akan terbit dari arah timur dan akan terbenam di sebelah barat Bumi. Fenomena ini akan berulang setiap hari dan jika megikut kajian ahli astronomi, Matahari akan mula memancarkan cahayanya yang lemah ke Bumi bermula seawal waktu subuh dengan kelajuan cahayanya kira-kira 8 minit untuk sampai ke permukaan Bumi. Waktu inilah yang di namakan waktu fajar iaitu waktu di mana langit akan mulai menjadi cerah sebelum terbitnya Matahari. Oleh kerana Bumi berputar pada paksinya, maka separuh bahagian Bumi yang mengalami malam akan bertukar menjadi siang dan begitulah sebaliknya di separuh lagi bahagian Bumi. Jadi, secara perlahan-lahan, Matahari akan menampakkan bentuknya di bahagian timur Bumi atau lebih tepat di ufuk timur Bumi. Dari Bumi, kelihatan seperti Matahari ini bergerak semakin meninggi ke atas dan akhirnya akan terbenam di bahagian barat Bumi. Hal ini berlaku di sebabkan oleh Bumi yang berputar pada paksinya dari barat ke timur. 2.0 PROSEDUR

Upload: stacey-harrell

Post on 25-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

SUNRISE

TRANSCRIPT

AMALI 3TAJUK : MATAHARI TERBIT

1.0 PENGENALAN

Matahari adalah merupakan bintang gergasi yang paling hampir dengan Bumi yang mana jarak puratanya hanya kira-kira 149,680,000 kilometer. Matahari dikelilingi oleh 8 buah planet yang membentuk Sistem Suria yang mana Bumi adalah planet ketiga terhampir dari Matahari. Kesemua lapan planet ini akan bergerak mengelilingi matahari berlandaskan orbit masing-masing.

Bumi yang merupakan planet ketiga terhampir dari Matahari adalah sebuah planet yang dihuni oleh pelbagai hidupan. Di sebabkan jaraknya yang hampir dari Matahari, maka bumi mendapat cahaya Matahari yang cukup untuk kegunaan pelbagai hidupan tersebut. Suhu purata Bumi adalah di antara -70C sehingga 55C bergantung kepada iklim tempatan. Bumi, seperti plnaet yang lain bergerak mengelilingi Matahari dan dalam masa yang sama juga berputar pada paksinya. Kejadian ini telah menyebabkan pelbagai fenomena alam semulajadi seperti kejadian siang dan malam, gerhana Bulan dan Matahari, kejadian pasang surut air laut dan juga kejadian terbit dan terbenam Matahari.Fenomena Matahari terbit dan terbenam adalah fenomena biasa yang berlaku setiap hari sejak wujudnya Bumi 4.54 bilion tahun lalu. Secara amnya, Matahari akan terbit dari arah timur dan akan terbenam di sebelah barat Bumi. Fenomena ini akan berulang setiap hari dan jika megikut kajian ahli astronomi, Matahari akan mula memancarkan cahayanya yang lemah ke Bumi bermula seawal waktu subuh dengan kelajuan cahayanya kira-kira 8 minit untuk sampai ke permukaan Bumi. Waktu inilah yang di namakan waktu fajar iaitu waktu di mana langit akan mulai menjadi cerah sebelum terbitnya Matahari.Oleh kerana Bumi berputar pada paksinya, maka separuh bahagian Bumi yang mengalami malam akan bertukar menjadi siang dan begitulah sebaliknya di separuh lagi bahagian Bumi. Jadi, secara perlahan-lahan, Matahari akan menampakkan bentuknya di bahagian timur Bumi atau lebih tepat di ufuk timur Bumi. Dari Bumi, kelihatan seperti Matahari ini bergerak semakin meninggi ke atas dan akhirnya akan terbenam di bahagian barat Bumi. Hal ini berlaku di sebabkan oleh Bumi yang berputar pada paksinya dari barat ke timur.2.0PROSEDUR

1. Mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk memerhati Matahari terbit selama 2 minggu.

2. Pemandangan berdasarkan pemerhatian dilukis.

3. Pemerhatian berdasarkan mata kasar direkodkan (lukisan pergerakkan Matahari, azimuth, latitude dan masa)

4. Data dianalisis dan ditafsir.

5. Laporan ditulis berdasarkan pemerhatian yang dibuat dengan menggunakan jadual, carta atau gambarajah sebagai bukti dan data dikaitkan denga kajian berhubung dengan pergerakkan Matahari dan kesannya kepada Bumi.3.0 KEPUTUSAN

HARI / TARIKHGAMBARLAKARAN PERGERAKKAN MATAHARIAZIMUTHLATITUD

10 MAC 2014

ISNIN1052.266628

12 MAC 2014RABU1052.266628

14 MAC 2014JUMAAT1032.266628

HARI / TARIKHGAMBARLAKARAN PERGERAKKAN MATAHARIAZIMUTHLATITUD

16 MAC 2014AHAD1032.266628

18 MAC 2014SELASA902.266628

20 MAC 2014KHAMIS882.266628

22 MAC 2014

SABTU852.266628

HARI / TARIKHGAMBARLAKARAN PERGERAKKAN MATAHARIAZIMUTH

( )LATITUD

( )

24 MAC 2014

ISNIN852.266628

26 MAC 2014

RABU852.266628

4.0PERBINCANGANPeredaran Bumi mengelilingi Matahari ini telah menyebabkan berlakunya beberapa fenomena secara semulajadi seperti gerhana Bulan dan Matahari dan juga kejadian 4 musim.Gerhana merupakan keadaan yang berlaku apabila kedudukan bulan, matahari dan bumi berada dalam satah mendatar yang sama. Jika bumi berada di antara matahari dengan bulan, bayang bumi akan jatuh pada bulan. Maka terjadilah gerhana bulan. Jika bulan berada di antara matahari dengan bumi, bayang bulan akan jatuh pada permukaan bumi. Maka terjadilah gerhana matahari. Gerhana tidak berlaku kerap kerana jarang berlaku ketiga-tiga objek berada dalam kedudukan sebaris. Biasanya berlaku dua hingga empat kali setahun. Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana kejadian gerhana berlaku.

(a) Gerhana BulanBulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Bulan memperoleh cahaya daripada matahari. Apabila bumi berada antara matahari dengan bulan, cahaya matahari dihalang oleh bumi. Oleh itu bayang bumi akan jatuh pada permukaan bulan menyebabkan berlaku gerhana bulan.

Gambarajah 1: Kejadian Gerhana Bulan

(b) Gerhana MatahariGerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahri dengan bumi

Cahaya matahri terlindung oleh bulan dan bayang bulan akan jatuh pada permukaakaan bumi.

Gambarajah 3: Kejadian Gerhana Matahari

Gambarajah 4: Gerhana Matahari(c) Kejadian 4 MusimPeredaran bumi mengelilingi matahari serta kecondongan paksinya juga menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun. Negara-negara yang mengalami kejadian empat musim yang nyata ialah Negara-negara Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, China dan Jepun.

MusimHemisfera UtaraHemisfera SelatanCiri-ciri MusimSuasana

Ekuinoks Musim BungaMac - MeiSeptember - November Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa ( 0 ) Hemisfera utaradanHemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang

Solstis Musim PanasJun - OgosDisember - Februari Matahari tegak di Garisan Sartan ( 23 1/2 U )

Hemisfera utara (siang lebih panjang

Hemisfera selatan (malam lebih panjang)

Kutub Utara ( 24 jam siang)

Kutub selatan ( 24 jam malam)

Ekuinoks Musim LuruhSeptember - NovemberMac - Mei Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa ( 0 ) Hemisfera utaradanHemisfera selatan mengalami siang dan malam yang sama panjang

Solstis Musim DinginDisember - FebruariJun - Ogos Matahari tegak di Garisan Jadi ( 23 1/2 S )

Hemisfera utara (malam lebih panjang

Hemisfera selatan (siang lebih panjang)

Kutub Utara ( 24 jam malam)

Kutub selatan ( 24 jam siang)

6.0KESIMPULAN

Putaran Bumi pada paksinya dariarah barat ke timur telah menyebabkan Matahari terbit di sebelah timur Bumi. Pergerakkan Bumi mengelilingi Matahari dan putaran Bumi pada paksinya dalam masa yang sama telah mewujudkan beberapa fenomena semulajadi alam seperti kejadian siang dan maalam, pasang surut air, gerhana dan iklim 4 musim.7.0RUJUKAN8.0REFLEKSIGambarajah 2:Fasa Gerhana Bulan