al-tarmasiy: tokoh prolifik dalam bidang...

23
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 75 AL-TARMASIY: TOKOH PROLIFIK DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM Hayati binti Hussin 1 Dr.Sabri bin Mohamad 2 Dr.Wan Nasyrudin Wan Abdullah 3 Dr.Abdul Rahim Ahmad 4 ABSTRAK Kajian ini adalah untuk memperkenalkan seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di Makkah al-Mukarramah pada awal kurum ke- 20. Beliau juga meninggalkan kesan yang signifikan di tempat kelahirannya di Pulau Jawa. Masyarakat terpelajar mengenali beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang hadith. Apabila ditinjau, keahlian beliau juga meliputi bidang-bidang lain. Untuk mengenalpasti ketokohannya dalam bidang pengajian Islam amnya, karya ilmiah dan kreatif yang menentukan tahap estetika ilmu ditonjolkan, sesuai dengan keperluan artikel sebegini. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada karya penulisan beliau yang berupa kitab yang diterbitkan, manuskrip asal yang belum terusik, kajian tesis berkaitan manuskrip serta laman sesawang rasmi institusi yang ditubuhkan oleh pewaris serta yang mempunyai kaitan dengan beliau. Metode temubual bersama cucu-cicit serta waris-waris di seberang juga turut digunakan dalam mengenalpasti latar belakang tokoh, juga pandangan umum terhadap ketokohannya. Hasil kajian mendapati ketokohan al-Tarmasiy dalam arena pengajian Islam ini sememangnya unggul berdasarkan kepada tiga faktor: Pertama: Karya-karya detil beliau yang menjangkaui dua puluh buah kitab 1 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 3 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 4 IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia

Upload: lyliem

Post on 09-Aug-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

75

AL-TARMASIY: TOKOH PROLIFIK DALAM BIDANG

PENGAJIAN ISLAM

Hayati binti Hussin1

Dr.Sabri bin Mohamad2

Dr.Wan Nasyrudin Wan Abdullah3

Dr.Abdul Rahim Ahmad4

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk memperkenalkan seorang tokoh

Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta

ilmu di Makkah al-Mukarramah pada awal kurum ke-

20. Beliau juga meninggalkan kesan yang signifikan di

tempat kelahirannya di Pulau Jawa. Masyarakat

terpelajar mengenali beliau sebagai seorang yang pakar

dalam bidang hadith. Apabila ditinjau, keahlian beliau

juga meliputi bidang-bidang lain. Untuk mengenalpasti

ketokohannya dalam bidang pengajian Islam amnya,

karya ilmiah dan kreatif yang menentukan tahap estetika

ilmu ditonjolkan, sesuai dengan keperluan artikel

sebegini. Metodologi kajian ini merupakan kajian

kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada

karya penulisan beliau yang berupa kitab yang

diterbitkan, manuskrip asal yang belum terusik, kajian

tesis berkaitan manuskrip serta laman sesawang rasmi

institusi yang ditubuhkan oleh pewaris serta yang

mempunyai kaitan dengan beliau. Metode temubual

bersama cucu-cicit serta waris-waris di seberang juga

turut digunakan dalam mengenalpasti latar belakang

tokoh, juga pandangan umum terhadap ketokohannya.

Hasil kajian mendapati ketokohan al-Tarmasiy dalam

arena pengajian Islam ini sememangnya unggul

berdasarkan kepada tiga faktor: Pertama: Karya-karya

detil beliau yang menjangkaui dua puluh buah kitab

1Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

2 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

3 Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

4 IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

76

mampu memberi impak terhadap dunia akademik dan

sistem pengajian talaqqi. Kedua: Impak sebenar karya-

karya beliau masih dapat dilihat sehingga sekarang di

pusat-pusat pengajian agama terutamanya dalam

beberapa bidang serta boleh didapati di beberapa buah

perpustakaan di Malaysia. Ketiga: Institusi pengajian di

Jawa secara tradisional dan moden yang ditubuhkan

dengan berinspirasikan semangat ilmu dan perjuangan

beliau masih hidup dan bertahan.

PENDAHULUAN

Nama al-Tarmasiy5 harum disebut sebaris dengan tokoh-tokoh tersohor

lain di dalam Kitab al-Aclam dan lain-lain kitab biografi

6 tetapi seakan-

akan ia hilang daripada pengetahuan sebahagian besar ahli akademik di

rantau ini. Nama beliau masih gah diungkapkan di Timur Tengah.

Karya-karyanya terutama dalam bidang Hadith, Usul al-Fiqh, ilmu

Sanad dan Qiraat masih terus dibaca, dibincang malah dijadikan

sandaran nota-nota kaki di sana. Namun segelintir sahaja pernah

mendengar tentang nama ini di tempat kita. Hakikatnya, keilmuan

beliau boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia yang mengeram

variasi imu-ilmu Islam dengan pelbagai bidang tetap beliau tekankan

berikutan hubungan langsungnya dengan al-Quran dan Sunnah, sumber

utama Islam.

Kehebatan beliau di dalam ilmu syariat Islam tidak dapat

disangkal lagi. Ini terbukti apabila beliau telah menghasilkan pelbagai

karya dalam segenap bidang yang menjadi sumber rujukan. Jumlah

karya beliau adalah 20 judul, dengan bahasa Arab dijadikan medium

penulisannya.

Kajian ini akan menganalisis hasil nukilan beliau dengan

mengklasifikasikan displin-displin ilmu tertentu dengan menetapkan

peratusan mengikut nisbah judul berbanding jumlah keseluruhan.

Walau bagaimanapun pembahagian peratusan mengikut nisbah halaman

kitab dan bab tidak dinyatakan kerana pendetilannya memerlukan

kajian lain yang lebih khusus dan terperinci.

5 Sebutan al-Tarmasiy adalah mengikut catatan al-Zirikliy. Ia juga dibaca dengan al-

Tarmasiy berdasarkan (nisbah) kepada tempat kelahiran beliau di Jawa Timur iaitu

Tremas.

6 Lihat sebagai contoh: Kitab Siyar wa Tarajum Ba

cd

cUlamaina fi al-Qarn al-Rabi

c

cAshar al-Hijriyy, karangan

cUmar

cAbd al-Jabbar.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

77

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Reka bentuk kajian pula ialah

kajian analisis kandungan. Pengumpulan data dan maklumat kajian ini

pula akan menggunakan dua metode utama, iaitu metode pengumpulan

data dan metode analisa data.

METODE PENGUMPULAN DATA

Metode pengumpulan data merupakan antara metode yang paling

banyak digunakan bagi mencari maklumat serta fakta yang berkaitan

dengan tajuk kajian. Menerusi metode pengumpulan data, kajian akan

melibatkan dua bentuk kajian, iaitu sumber dokumen dan temubual.

a. Sumber Dokumen

Berdasarkan kepada pernyataan tentang sumber dokumen, maka sumber

dokumen bagi kajian ini adalah manuskrip-manuskrip al-Tarmasiy

dalam bidang pengajian Islam.Melalui kaedah penyelidikan

kepustakaan penulis akan mengumpul data menerusi metode

dokumentasi dan metode pensejarahan daripada bahan-bahan yang

terdapat di perpustakaan, manuskrip-manuskrip yang bakal diperolehi

daripada waris al-Tarmasiy samada di Demak, Jawa Tengah, Tremas,

Jawa Timur dan yang telah pun ada dalam simpanan sendiri.7

Menerusi kaedah ini, segala maklumat dan bahan akan

dikumpulkan serta dikaji dengan terperinci terhadap kitab-kitab

karangan al-Tarmasiy dalam bidang pengajian Islam. Kitab-kitab lain

yang sealiran juga akan diberikan tumpuan ketika membincangkan

masalah-masalah atau isu-isu yang berkait dengan kajian yang akan

dijalankan. Maka, penyelidikan ini akan membuat pembacaan daripada

beberapa buah perpustakaan universiti di antaranya Perpustakaan UKM,

KUIS, UIAM, UM, USIM dan lain-lain.

Beberapa buah pondok pesantren yang ada di Pulau Jawa,

Indonesia seperti di Demak dan Tremas juga menjadi sumber utama

dalam pelaksanaan kajian ini. Perpustakaan-perpustakaan milik

institusi-institusi ini boleh membekalkan data-data yang diperlukan.8

7 Kitab-kitab beliau yang ada dalam simpanan ialah kitab al-Minhah al-Khayriyyah

dan Kifayat al-Mustafid li Ma cala Min al-Asanid.

8 Temubual bersama dengan cucu beliau oktober 2010 dan waris-waris yang lain pada

18 Mac 2014.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

78

b. Temubual

Temubual yang dimaksudkan di sini ialah temubual tidak berstruktur.

Temubual yang dilakukan oleh penulis bersama dengan cucu al-

Tarmasiy dan waris-waris yang lain dilakukan di Pondok Pesantren

Bustan Ushshaq al-Quran, Demak, Jawa Tengah dan Perguruan Islam

Pondok Tremas, Pacitan, Jawa Timur. Soalan-soalan yang ditanya

merupakan soalan terbuka dengan memberi peluang kepada mereka

memberi jawapan mengikut budi bicara. Ia tidak terikat dengan

sebarang jawapan atau dikekang oleh panjang atau pendeknya soalan9.

METODE ANALISA DATA

Setelah segala maklumat dan data diperolehi, kajian ini akan

menganalisis maklumat dan data-data tersebut agar semuanya dapat

difahami dan digunakan. Segala maklumat yang dianalisa dan

kumpulkan akan disusun dengan sempurna dan akan diterjemahkan

dalam bentuk tulisan yang dikehendaki.

Gaya penulisan adalah berpandukan buku Pengenalan

Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Ahmad Sunawari Long,

Cetakan 200910

. Terjemahan ayat-ayat al-Quran pula berpandukan

kepada al-Quran dan Terjemahannya cetakan Mujammac al-Malik Fahd

li Tibacat al-Mushaf al-Sharif, di al-Madinah al-Munawwarah.

BIODATA AL-TARMASIY

Al-Tarmasiy di Nusantara

Kehidupan al-Tarmasiy bermula di Nusantara setelah dilahirkan di

Tremas, Pacitan, Jawa Tengah. Namun ketika berusia enam tahun,

ayahnya membawa si kecil ini ke Mekah. Di situ dia berpeluang

memulakan pendidikan awal dengan mempelajari beberapa buah kitab.

Kemudian beliau dibawa pulang ke Tanah Jawa11

.

9 Penulis berkesempatan mengunjungi Indonesia bagi tujuan penyelidikan ini

sebanyak dua kali. Kali pertama ke Demak, Jawa Tengah pada September 2010. Pada

Mac 2014, penulis sekali lagi ke Tremas, Jawa Timur bagi melengkapkan data kajian

yang diperolehi melalui temubual yang dijalankan. 10

Ahmad Sunawari Long, 2009, Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian

Islam. Kuala Lumpur: Gema Alam Enterprise. Cetakan 5. 11

Al-Tarmasiy, Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Faraid Bafadal,

hlm.11.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

79

Al-Tarmasiy meneruskan rutin hidupnya di Jawa sehingga

berusia 23 tahun. Kemudian al-Tarmasiy yang kini menjadi dewasa

merantau semula ke Mekah untuk menuntut ilmu. Tiada maklumat yang

diperolehi menyatakan beliau ada pulang ke Nusantara untuk

menziarahi kampung halaman selepas itu. Bahkan kelihatannya beliau

terus bermukim di Tanah Suci sehinggalah menghembuskan nafas yang

terakhir pada usia 58 tahun12

.

Kelahiran, Nama dan Keturunan Al-Tarmasiy

Nama beliau ialah Muhammad Mahfuz bin cAbdillah bin

cAbd al-

Mannan al-Tarmasiy. Lahir di Tremas, Pacitan, Jawa Tengah, pada 6

Safar tahun 1280H (22 Julai 1863M) atau 12 Jamadilawal 1285H (31

Ogos 1868M).

Terdapat sedikit percanggahan mengenai tarikh lahir beliau.

Cucu beliau, Harir ketika memperkenalkan biodata datuknya pada

permulaan kitab al-Khalcah al-Fikriyyah fi Sharh al-Minhah al-

Khayriyyah menyebut: “Tahun kelahiran beliau dipersilisihkan orang.

Ada yang mengatakan bahawa tahunnya ialah 1285H. Ia merupakan

pendapat Shaykh Yasin Padang13

di penutup Kitab Kifayat al-

Mustafid14

. Ada juga yang mengatakan bahawa tarikh lahir beliau

adalah pada hari Isnin, 6 Safar tahun 1280H. Ia merupakan pandangan

adik kandung beliau, Shaykh Dahlan bin cAbdullah al-Tarmasiy

15.

12

Temubual bersama cucu beliau, Kiyai Harir, 2010. 13

Abu al-Fayd, Muhammad Yasin bin Muhammad cIsa bin Udik al-Fadaniy al-

Makkiy al-Shaficiy. Gelaran al-Fadaniy adalah nisbah kepada daerah Padang,

Indonesia kerana keluarganya berasal dari sana. Beliau dilahirkan di al-Misfalah,

Makkah al-Mukarramah pada tahun 1335H bersamaan 1916M. Shaykh Yasin

mendapat pendidikan awal di Makkah daripada bapanya Shaykh Muhammad „Isa dan

bapa saudaranya Shaykh Mahmud yang melaluinya beliau belajar al-Quran. Beliau

menyambung pelajarannya di Madrasah al-Sawlatiyyah pada tahun 1346H. Beliau

merupakan salah seorang ulama besar di Mekah. Beliau juga pernah mengikuti

halaqah-halaqah ilmu di al-Masjid al-Haram yang disampaikan oleh para ulama,

termasuklah al-Tarmasiy. Beliau melanjutkan pengajian dan menamatkannya di

Madrasah Dar al-cUlum al-Diniyyah, Mekah. Beliau meninggal dunia pada Zulhijjah

1410H bersamaan 1990M.

lms.kuis.edu.my/.../Hadis_Jurnal_Bil_1_2.pdf, hlm36-37. 14

Al-Tarmasiy, Kifayat al-Mustafid li ma cAla min al-Asanid, hlm.44.

15 Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah, hlm.ب.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

80

Penulis mendapati suatu perkara lumrah tahun kelahiran tokoh-

tokoh terdahulu menjadi isu dan perdebatan. Ini kerana ia jarang

direkod dan didokumentasikan oleh pihak berkuasa seperti kita di

zaman ini. Berbeza halnya dengan tarikh kematian yang kadangkala

turut diperdebatkan, tokoh-tokoh tersebut telahpun terkenal dan diikuti

perkembangannya oleh para peminat, pengikut, pelajar, penulis

mahupun musuh.

Dalam konteks al-Tarmasiy, pandangan adiknya, Shaykh

Dahlan, bahawa tahun kelahiran al-Tarmasiy pada 6 Safar 1280H

(bersamaan 22 Julai 1863M) sebenarnya lebih tepat. Ini kerana pada

kebiasaannya, hubungan kekeluargaan lebih menjamin kesahihan data

dalam hal-hal sebegini.

Adapun ketokohan ilmu serta kemasyhuran beliau, al-Zirikliy16

menyebut al-Tarmasiy dengan katanya: "Muhammad Mahfuz bin cAbdillah bin

cAbd al-Mannan al-Tarmasiy, seorang ulama fiqh mazhab

Shaficiy dan salah seorang ahli al-Qiraat. Beliau juga berkecimpung

dalam bidang hadith"17

.

AL-TARMASIY DI NUSANTARA

Pendidikan

Syeikh Muhammad Mahfuz ada mengarang sebuah kitab yang begitu

terperinci berkaitan pengajian beliau di dalam kitab Kifayat al-Mustafid

li ma cAla min al-Asanid

18. Sanad pengajian ilmu-ilmu Pengajian Islam

telah beliau rakamkan secara terperinci di dalamnya. Muhammad

Mahfuz pada mulanya mendapat pendidikan dari ayahnya sendiri,

Syeikh cAbdullah bin

cAbd al-Mannan al-Tarmasiy. Antara kitab yang

16

Khayr al-Din al-Zirikliy (1310H-1396H/ 1793M-1976M) merupakan seorang

sejarawan, sasterawan, penyair, dan pengarang. Nama penuhnya ialah Khayr al-Din

bin Mahmud bin Muhammad bin cAliy bin Faris al-Zirikliy al-Dimashqiy. Dilahirkan

di Beirut. Ibu bapanya berasal dari Damsyik. Beliau dibesarkan dan mendapat

pendidikan di Damsyik serta berguru dengan para ulama di sana. Al-Zirikly banyak

menghasilkan karya dalam bidang sastera. Al-Zirikliyy, Al-Aclam, jil.8, hlm.267

17 Al-Zirikliyy, Al-A

clam, jil.7, hlm.19.

18 Penulisannya diselesaikan pada hari Selasa, 19 Safar 1320 H. Kandungannya

membicarakan pelbagai sanad keilmuan Muhammad Mahfuz bin cAbdullah at-

Tarmasiy. Dicetak oleh Mathbacah al-Masyhad al-Husaini, No.18 Syari

c al-Masyhad

al-Husaini, Mesir (tanpa tahun). Kitab ini ditashhih dan ditahqiq oleh Syeikh

Muhammad Yasin bin cIsa al-Fadaniy al-Makkiy, al-Mudarris Dar al-

cUlumid

Diniyah, Mekah.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

81

dipelajari dari ayahandanya adalah Syarh al-Ghayah li Ibniy Qasim al-

Ghuzza, al-Minhaj al-Qawim, Fath al-Mucin, Fath al-Wahhab, Syarh

Syarqawiy cala al-Hikam dan sebahagian Tafsir al-Jalalain sehingga

Surah Yunus. Seterusnya Syeikh Mahfuz melanjutkan pengajiannya ke

Semarang dan belajar kepada Muhammad Saleh bin Umar atau lebih

dikenali dengan Kiai Muhammad Saleh Darat al-Samarani, seorang

ulama terkemuka di Jawa Tengah abad ke-19. Kitab-kitab yang

dipelajari ialah Syarh al-Hikam (dua kali khatam), Tafsir al-Jalalain

(dua kali khatam), Syarh al-Mardiniy dan Wasilah al-Tullab, mengenai

ilmu falak.

AL-TARMASIY DI MEKAH

Mengajar Di Masjidil Haram

Setelah bermukim di sana, al-Tarmasiy menuntut ilmu dengan tekun di

bawah asuhan guru-gurunya sehingga beliau menjadi ulama besar yang

mampu menjadikan dirinya diiktiraf sebagai salah seorang pengajar di

Masjidil Haram.

Di antara syarat kelayakan yang mesti dipenuhi bagi mereka

yang ingin mengajar di Masjidil Haram mestilah menduduki ujian

terbuka yang di adakan oleh lembaga ulama-ulama Masjidil Haram.

Ujian tersebut bertujuan untuk menilai tahap kelayakan bagi mereka

yang ingin mengajar di sana. Sekiranya berjaya maka akan diberikan

sijil kelayakan untuk mengajar di Masjidil Haram19

.

Pada waktu mengajar di Masjidil Haram di Bab al-Safa20

,

kebanyakan murid-muridnya adalah orang jawa. Di antara mereka ialah

saudara-saudaranya sendiri seperti Dimyathi, Dahlan dan Abdul Rozaq.

Terdapat juga tokoh-tokoh lain yang setelah pulang ke jawa menjadi

kiai besar di tempat masing-masing, seperti Hasyim Asycari dari

Tebuireng Jombang, Dahlan dari Watucongol Muntilan, Raden Mas

Kumambang dari Surabaya dan lain sebagainya21

.

Pendidikan al-Tarmasiy di Mekah

Setelah tamat pengajian di Semarang beliau berkelana pula ke Mekah

19

Al-Sibaciy, Ahmad, Tarikh Makkah, hlm.581.

20 Al-Mu

callimiy,

cAbdullah bin

cAbd al-Rahman bin

cAbd al-Rahim, A

clam al-

Makkiyyin. 1421H/2000M, Mekah, Dar al-Furqan, cet.1, hlm.30. 21

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz, al-Khilcah al-Fikriyyah fi Sharh al-Minhah al-

Khayriyyah, 2007, hlm. ب.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

82

untuk menuntut ilmu. Fenomena ini adalah merupakan tradisi penuntut

ilmu agama di Nusantara iaitu menamatkan pengajian mereka di

Mekah22

.

Antara guru-guru Syeikh Muhammad Mahfuz di Mekah ialah23

:

1. Sayyid Abu Bakr bin Muhammad Zayn al-cAbidin Shata al-

Makkiy. Dilahirkan di Mekah pada tahun 1226H dan bermazhab

Shaficiy. Shata menghafal al-Quran ketika berumur tujuh tahun.

Beliau juga banyak menghafal matan dalam pelbagai bidang di

antaranya ialah Qiraat, Fiqh al-Shaficiy, Faraid, Nahu dan

Balaghah. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di

al-Masjid al-Haram. Shata mempunyai ramai anak murid di

antaranya Ahmad Zaini Dahlan dan Al-Tarmasiy. Al-Tarmasiy

berkata: “(Beliau) teladan kami yang paling sempurna dan

merupakan tempat aku bergantung sehingga aku berjaya

mendapat kemuliaan berhubungan dengannya”. Al-Tarmasiy

telah mempelajari pelbagai ilmu daripada Shata di antaranya

ialah ilmu-ilmu syariat dan Alat al-Adabiyyah. Samada naqli

ataupun aqli serta cabang dan juga teras. Beliau telah meninggal

dunia pada tahun 1310H.

2. Shaykh Ahmad al-Minshawiy yang dikenali sebagai Muqri. Al-

Tarmasiy belajar Qiraat cAsim, tajwid dan sebahagian Sharh Ibn

al-Qasih cala al-Shatibiyyah (tidak sempat khatam).

3. Shaykh cUmar bin Barakat al-Shamiy al-Biqa

ciy al-Azhariy al-

Makkiy al-Shaficiy. Dilahirkan al-Biqa

c di kampung Ba

clul,

Lubnan pada tahun 1245H. Beliau memulakan kehidupan di

kampung halamannya, kemudian beliau berpindah ke Damsyik

dan menuntut pelbagai ilmu di sana. Seterusnya beliau pergi ke

Mesir dan belajar dengan ulama-ulama di al-Azhar, di antaranya

ialah al-cAllamah al-Bajuriy dan al-

cAllamah al-Saqa. Beliau

tinggal di Mesir selama 15 tahun. Kemudian beliau pergi ke

22

Muhammad Mahfuz, Tahkik oleh cucunya Syeikh Harir Muhammad Mahfuz, 2007,

al-Khilcatul Fikriyah fi Syarh al-Minhah al-Khairiyah, hlm: ب.

23 Hashiyat al-Tarmasiy, Wan Mohd Shaghir Abdullah, 2005, Wawasan Pemikiran

Islam Ulama Asia Tenggara, Khazanah Fathaniyah, .Perpustakaan Ukm. Kuala

Lumpur. Cet 1.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

83

Mekah pada tahun 1276H. Beliau turut belajar pelbagai ilmu di

sana dan seterusnya mengajar di sana. Beliau meninggal dunia

di Mekah pada tahun 1313H. kitab yang dipelajari oleh al-

Tarmasiy daripada beliau ialah Sharh Shudhur al-Dhahab karya

Ibn Hisham.

4. Shaykh Mustafa bin Muhammad bin Sulayman al-cAfifiy. Kitab

yang dipelajari ialah Sharh Jamic al-Jawami

c li al-Mahalliy dan

Mughni al-Labib. Dilahirkan di cAfif, iaitu salah satu

perkampungan di Mesir. Beliau seorang yang menghafal al-

Quran. Beliau juga menghafal matan-matan dan

membentangkannya di hadapan Shaykh-shaykh al-Azhar. Beliau

juga banyak belajar dengan ulama-ulama al-Azhar seperti

Shaykh Mustafa al-Bulaqiy, kemudian beliau pergi ke Mekah

dan menetap di sana. Beliau juga belajar dengan Shaykh Jamal

al-Hanafiy. Beliau telah mendapat ijazah untuk mengajar di al-

Masjid al-Haram.

5. Al-Habib Husayn bin Muhammad bin Husayn al-Habshiy al-

Shaficiy. Beliau dilahirkan Seiyun, Hadramaut, Yaman. Al-

Tarmasiy berkata: “Aku mendengar (secara talaqqi) bermula

dari awal Sahih al-Bukhariy sehingga tamat”.

6. Shaykh Muhammad Sacid Babasil al-Hadramiy al-Shafi

ciy al-

Makkiy. Beliau merupakan seorang mufti al-Shaficiy dan ulama

di Mekah. Beliau dilahirkan pada tahun 1245H. Beliau telah

belajar dengan al-Sayyid Ahmad Dahlan. Beliau juga mengajar

di al-Masjid al-Haram. Kitab yang dipelajari oleh al-Tarmasiy

darinya ialah Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmidhiy dan Sunan

al-Nasa’iy.

7. Sayyid Ahmad al-Zawawiy al-Makkiy. Beliau merupakan

seorang yang berpegang dengan mazhab Maliki. Dilahirkan di

Mekah pada tahun 1262H. Ahmad al-Zawawiy menghafal al-

Quran dan juga menghafal banyak matan. Beliau juga mengajar

di al-Masjid al-Haram. Al-Tarmasiy berkata: Aku datang untuk

belajar darinya kitab cUqud al-Juman, karangan gurunya itu, dan

sebahagian kitab al-Shifac li al-Qadi

cIyad”. Beliau meninggal

dunia di Mekah pada tahun 1316H.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

84

8. Shaykh Muhammad al-Sharbiniy al-Dimyatiy. Beliau dilahirkan

Dimyat. Beliau meninggal dunia pada tahun 1321H.

9. Sayyid Muhammad Amin bin Ahmad Ridwan al-Madaniy.

Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 1252H. Beliau

mengambil riwayat dari Shaykh cAbd al-Ghaniy, al-Dahlawiy

dan Shaykh cAbd al-Hamid al-Sharwaniy dan Shaykh

cUthman

al-Kharbutiy dan yang lain-lain. Beliau mempunyai bukti

bertulis berkaitan periwayatan ilmunya yang dicetak. Al-

Tarmasiy berkata: “Aku belajar darinya al-Dala’il, al-Ahzab, al-

Burdah, Awwaliyyat al-cAjluniy dan Muwatta

c al-Imam Malik”.

Setiap guru yang tersebut bersambung kepada ulama yang

lebih ke atas yang dinamakan sanad atau salasilah. Mengenai hal ini, al-

Tarmasiy mencatatnya dengan lengkap dalam Kifayat al-Mustafid.

Memperhatikan tulisan al-Tarmasiy yang menyebut bahawa ilmu

terbanyak diperolehnya ialah daripada Sayyid Abu Bakr Shata24

.

Murid-Murid al-Tarmasiy

Beliau memiliki ramai murid yang handal dan alim, bukan saja dari

golongan pelajar Nusantara, bahkan dari seluruh benua termasuklah

pelajar-pelajar Arab pada masa itu. Di antara mereka ialah25

:

1. cAliy bin Mahmud bin Muhammad Arshad bin

cAbdullah al-

Banjari. Beliau lahir di Mekah pada tahun 1285H/1868M. Guru-

guru beliau yang lain pula ialah Abu Bakr Shata, Sacid Yamaniy

dan al-Tarmasiy. Beliau mempelajari ilmu Fekah dan Nahu

daripada al-Tarmasiy. cAliy al-Banjari telah diijazahkan untuk

mengajar di Masjid al-Haram. Beliau meninggal dunia pada tahun

1348H.

2. Muhammad Dimyathi al-Tarmasiy. Beliau dilahirkan pada

tahun 1894 dan meninggal dunia pada tahun 1934M/1354H.

Dimyathi lebih dikenal dengan panggilan „Mbah Guru‟.

24

Al-Tarmasiy, Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Fara’id, hlm.11. 25

Al-Tarmasiy, Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Fara’id, hlm.16-20;

Wan Mohd Shaghir Abdullah, Koleksi Ulama Nusantara, hlm.90-93.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

85

1. cUmar bin Abi Bakr bin

cAbdillah bin

cUmar bin

cAliy bin

Muhammad al-Bajind al-Hadramiy al-Makkiy. Dilahirkan di

Hadramaut pada tahun 1270H. Beliau seorang penghafal al-

Quran. cUmar bin Abi Bakr telah berhijrah ke Mekah untuk

menuntut ilmu. Di antara guru-guru beliau di Mekah ialah

Muhammad Sacid Babasayl, Ahmad Zaini Dahlan dan juga al-

Tarmasiy.

2. Muhammad Habib bin cAbdullah bin Ahmad al-Shanqitiy.

Dilahirkan di Shankit, Mauritania pada tahun 1295H. Beliau

bermusafir ke Maghribi, Damsyik, Mekah dan Mesir.

Muhammad Habib al-Shanqitiy menuntut ilmu daripada ulama-

ulama yang hebat dari setiap negara-negara yang telah dijelajahi.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1363H di Mesir.

3. Muhammad Hasyim Ashcari. Dilahirkan di Desa Gedong,

Jombang Jawa Timur pada hari Selasa bersamaan 24 Zulkaedah

1287H/14 Febuari 1871M. Beliau memulakan pengajiannya

bermula daripada ayahnya sendiri. Kemudian melanjutkan

pengajiannya di pelbagai pesantren khususnya di Pulau Jawa

seperti Pesantren Shona, Siwalan Buduran, Langitan, Tuban,

Demangan, Bangkalan dan Sidoardjo. Beliau juga seorang

penghafal al-Quran. Pada tahun 1893 Hasyim Ashcari beliau

berhijrah ke Mekah. Salah seorang guru beliau di Mekah ialah

al-Tarmasiy.

4. Muhammad Baqir al-Jawiy al-Marikiy. Dilahirkan pada tahun

1305H. Beliau memulakan pengajiannya daripada ayahnya

sendiri. Beliau berguru dengan al-Tarmasiy dan juga adiknya

Dimyathi. Beliau juga mengajar di Masjid al-Haram. Baqir al-

Jawiy meninggal dunia pada tahun 1363H di Mekah.

5. Baqir bin Muhammad bin Nur bin Fadhil Ibrahim al-Jokjawiy.

Beliau dilahirkan di Bandar Jokja, Jawa Tengah pada tahun

1306H. Beliau bermusafir ke Mekah untuk menimba ilmu. Di

antara guru-guru beliau di Mekah ialah al-Tarmasiy, Ahmad bin cAbd al-Latif al-Mankabawiy dan Hussin bin Muhammad al-

Habshiy. Beliau di ijazakan untuk mengajar di Masjid al-Haram.

Kitab karangan beliau yang besar ialah dalam terjemahan

biodata ulamak Indonesia. Beliau meninggal dunia di Mekah

pada tahun 1363H.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

86

6. cUmar bin Hamdan bin

cUmar al-Mahrasiy al-Madaniy al-

Makkiy. Dilahirkan di Tunisia pada tahun 1291H. Beliau

mempelajari bacaan al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang lain

daripada ulamak-ulamak terkenal di negaranya dahulu. Pada

tahun 1304H Umar bermusafir ke Mekah. Di antara guru-

gurunya di Mekah ialah Ahmad bin Ismail al-Barzanjiy dan

Muhammad bin Jacfar al-Kintaniy. Beliau meninggal dunia pada

tahun 1368H.

9. Maksum bin Ahmad bin Abdul Karim al-Lasemiy al-Shaficiy.

Dilahirkan di Lasem, kota tua di Jawa Tengah. Beliau berhijrah

ke Mekah dan belajar dengan al-Tarmasiy selama empat tahun.

Pelbagai ilmu yang dipelajarinya serta dimanfaatkan sebaik-

baiknya. Maksum pulang semula ke Lasem dan mencurahkan

bakti di Pondoknya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1390H

di Lasem.

10. Abdul Wahab bin Hasbullah al-Jumbaniy. Beliau berasal

Jombang di Jawa Timur. Beliau berguru dengan al-Tarmasiy di

dalam ilmu periwayatan dan Hadith.

Demikianlah guru yang mahir melahirkan murid yang berkebolehan

juga. Kepelbagaian latarbelakang murid-muridnya serta variasi ilmu

yang dikuasainya telah membuahkan hasil keilmuan yang sangat

bernilai. Namun, ia tidak datang dengan percuma dan mudah. Kembara

keilmuan menuntut pengorbanan masa dan ketekunan diri. Ditambah

dengan keberkatan tempat di sekitar masjid yang paling agung, iaitu al-

Masjid al-Haram, maka lahirlah generasi ulama terdahulu yang

disegani.

Kewafatan al-Tarmasiy

Al-Tarmasiy meninggal dunia di Mekah pada 1 Rejab 1338H (20 Mac

1920M). Tarikh ini dipersetujui oleh semua penulis biodata. Waktu

pemergiannya ialah sebelum azan maghrib dikumandangkan pada

petang Ahad. Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Bani Taslim26

.

26

Al-Tarmasiy, Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Faraid Bafadal,

1326H, Mesir, hlm.21.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

87

Karya-karya al-Tarmasiy

Tarmasiy merupakan seorang tokoh prolifik dalam bidang pengajian

Islam. Hasil karya beliau menjangkau 20 buah kitab. Di antaranya

terdapat juga beberapa lembaran naskhah yang hilang sehingga menjadi

penyebab tidak dapat dicetak. Selain daripada itu, satu banjir besar telah

berlaku pada tahun 1930 Masihi di Demak sehingga mengakibatkan

beberapa naskhah penulisan beliau turut dihanyutkan27

. Kita juga turut

mengetahui bahwa di antara kitab-kitab karangan Syeikh Muhammad

Mahfuz ada yang digunakan oleh hampir semua pondok pesantren di

Indonesia. Bahkan menurut beberapa keterangan, kitab-kitab karangan

beliau itu banyak juga yang dipakai sebagai literatur wajib di beberapa

buah institusi pengajian tinggi di negara-negara Arab, misalnya

perguruan tinggi di Arab Saudi, Iraq, Indonesia, Malaysia dan

sebagainya, bahkan sampai sekarang di antara kitab-kitab karangan

beliau tersebut masih ada yang dipakai dalam pengajian di Masjidil

Haram. Di antara kitab-kitab tersebut ialah:28

Pertama: Bidang Fiqh dan Usul Fiqh

1. Al-Siqayah al-Mardiyyah fi Asami al-Kutub al-Fiqhiyyah li

Ashabina al-Shaficiyyah. 3 kurras

29.

2. Nayl al-Ma'mul Sharh Lubb al-Usul cala Ghayat al-Wusul. 3

Jilid.

3. Iscaf al-Mutali

c Sharh Jam

c al-Jawami

c. 2 jilid.

4. Hashiyat Takmilat al-Manhaj al-Qawim ila al-Faraid.1 jilid.

5. Mawhibat Dhi al-Fadl Hashiyat Sharh Mukhtasar Bafadal. 4

jilid.

Kedua: Bidang Tafsir

6. Fath al-Khabir bi Sharh Miftah al-Tafsir. 15 kurras.

27

Temubual bersama cucu beliau Syeikh Harir bin Muhammad bin Muhammad

Mahfuz 28

Muhammad Mahfuz, Tahkik oleh cucunya Syeikh Harir Muhammad Mahfuz, 2007,

al-Khilcatul Fikriyah fi Syarh al-Minhah al-Khairiyah, hlm: ج.

29Kurras merupakan istilah percetakan lama. Setiap kitab mengandungi beberapa

kumpulan halaman yang disatukan. Kebiasaannya kumpulan ini mengandungi 8 atau

16 halaman. Ia disebut Kurras atau Kurrasah. Kata jamaknya ialah Kararis.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

88

Ketiga: Bidang Hadith dan cUlum Hadith

7. Manhaj Dhawi al-Nazar fi Sharh Manzumat cIlm al-Athar. 1

jilid.

8. Al-Khalcah al-Fikriyyah fi Syarh al-Manhah al-Khayriyyah. 13

kurras.

9. Al-Minhah Al-Minhah al-Khairiyyah Fi cArba

cin Hadithan Min

Ahadith Khayr Al-Bariyyah.al-Khairiyyah. 2 kurras.

10. Thulathiyyat al-Bukhariy. 1 kurras.

Keempat: Bidang Sanad

11. Kifayat al-Mustafid li ma cAla min al-Asanid. 1 kurras.

Kelima: Bidang Qiraat

12. Al-Risalah al-Tarmasiyyah fi Isnad al-Qira’at al-cAshriyyah. 1

kurras.

13. Al-Badr al-Munir fi Qira’at al-Imam Ibn Kathir. 6 kurras.

14. Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi cAmr. 8 kurras.

15. Inshirah al-Fawaid fi Qira’at Hamzah. 13 kurras.

16. Tacmim al-Manafi

c bi al-Qira’at al-Imam Nafi

c. 16 kurras.

17. Ghunyat al-Talabah bi Syarh Nazm al-Tayyibah fi al-Qira’at al-cAshriyyah. 1 jilid.

Keenam: Bidang tasawuf

18. cInayat al-Muftaqir Fi Ma Yatacallaq Bi Sayyidina al-Hidr. 2

Kurras.

19. Bugyat al-Adhkiya’ Fi al-Bahth cAn Karamat al-Awliya’. 3

kurras.

20. Tahyiat al- Fikr bi Syarh alfiyyat al-Sayr. 14 kurras.

Berdasarkan carta di bawah, hasil karangan beliau dalam bidang

qiraat meliputi peratusan yang tertinggi. Terdapat enam buah kitab

yang telah dihasilkan di dalam bidang ini bagi mewakili 30 peratus

daripada keseluruhan enam jenis ilmu yang dikuasainya.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

89

PESANTREN-PESANTREN YANG MEMPUNYAI KAITAN

DENGAN AL-TARMASIY

Bustan cUshshaq al-Quran di Demak

30

Sejarah Bustan cUshshaq al-Quran (BUQ) bermula pada tahun 1936.

BUQ didirikan oleh. Muhammad yang merupakan anak kepada al-

Tarmasiy. Beliau mendirikan pesantren tesebut di daerah Betengan

Bintoro Demak. Pendirian pesantren tersebut mendapat restu dari guru-

guru beliau, iaitu Ma‟shum Lasem, Masyur Popongan Klaten, dan KH.

Munawwir Krapyak Yogyakarta. Pesantren ini diberi nama oleh

Munawwir dengan “Bustan cUshshaq al-Quran” bermaksud taman para

perindu al Quran. Di sinilah beliau hidup dan mengembangkan ilmu-

ilmu yang di perolehinya.

Pada tahun 1975, Muhammad meninggal dunia. Namun, ketika

masih dalam keadaan sakit, beliau sempat berwasiat kepada adik ipar

beliau yang bernama Muhdi Taslim untuk meneruskan Pondok

Pesantren BUQ ini. Pada waktu itu, beliau mempunyai empat orang

anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Anak tersebut merupakan

30

http://ml.scribd.com/doc/71153977/BUQ, Temubual bersama cucu beliau Syeikh

Harir bin Muhammad bin Muhammad Mahfuz

Sales, Fiqh dan Usul Fiqh, 4,

20% Sales, Tafsir, 1,

5% Sales, Hadith dan cUlum

Hadith, 5, 25%

Sales, Sanad, 1, 5%

Sales, Qiraat, 6, 30%

Sales, Tasawuf, 3,

15%

Manuskrip-manuskrip karangan al-Tarmasiy

Fiqh dan UsulFiqh

Tafsir

Hadith dancUlum Hadith

Sanad

Qiraat

Tasawuf

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

90

anak bongsu yang bernama Harir Muhammad. Ia baru berusia dua tahun

ketika meninggal dunia.

Harir bin Muhammad bin Muhammad Mahfuz, al-Tarmasiy

merupakan pewaris yang memikul tanggungjawab yang besar untuk

meneruskan pesantren BUQ. Harir Muhammad mengikut jejak langkah

ayahnya dalam menuntut ilmu. Harir mula belajar al-Quran dengan

ibunya sendiri, Fathimah binti Taslim dan pakciknya Muhdi Taslim.

Beliau kemudian belajar dengan Arwani Kudus. Tidak cukup hanya

belajar dengan Arwani, Harir Muhammad juga belajar pada Ali

Mashum Lasem dan lalu Habib Dimyati Tremas Pacitan. Setelah

merantau menuntut ilmu Harir Muhammad kembali ke Betengan untuk

meneruskan perjuangan ayahandanya memajukan pesantren BUQ.

Pelajar-pelajar BUQ tidak hanya yang berasal dari tanah Jawa tetapi

dari luar Jawa pun banyak belajar di BUQ. Program yang dilaksanakan

di BUQ masih konsisten seperti yang dirintis oleh KH Muhammad dan

tidak mempunyai perubahan yang terlalu besar.

Terdapat beberapa Metode Pengajaran dan Pembelajaran yang

dijalankan di pesantern BUQ. Di antaranya ialah 31

Program TPQ/TPA

iaitu taman pendidikan al-Quran adalah salah satu lembaga pendidikan

anak yang ditekankan pada pengenalan al-Quran, penghayatan, dan

pengamalan al-Quran. Di samping itu, mereka juga diajar doa-doa

harian, yang boleh diamalkan di dalam kehidupan seharian dalam

lingkungan keluarga dan masyarakat.

Progam Taclim al-Quran bi al-Nazar pula diterapkan kepada

pelajar. Mereka diajar membaca al-Quran dengan baik dan tartil sesuai

dengan kaedah-kaedah pembacaan yang sebenar iaitu membaca dengan

bertajwid. Di sini juga diwujudkan Progam Tahfiz al-Quran. Pelajar

dididik menghafal al-Quran sebagai langkah untuk menjaga kemurnian

kandungan al-Quran dari sebarang perubahan. Metode program ini ialah

seperti berikut:

Musyafahah/Talaqqi, (face to face). Pelajar akan membaca di

hadapan guru secara melihat. Guru akan membetulkan kesilapan

para pelajar.

Menghafal dengan rakan minimum dua orang. Dua kali

sehari.Setiap pertemuan pelajar

31

http://ibnurobbany.blogspot.com/2010/08/selayang-pandang-pp-buq-betengan-

demak_09.html

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

91

Halaqah secara berkumpulan. Terdiri dari empat orang. Aktiviti

ini dilaksanakan pada hari Selasa dan Jumaat. Setiap pertemuan,

Al-Quran mereka membaca sebanyak dua setengah juz dari

pengulangan hafalan-hafalan yang terdahulu. Setiap sebulan

sekali mereka akan mengulang mengikut tahap juzuk yang

ditentukan iaitu 1-5 juzuk, 6-10 juzuk, 11-15 juzuk, 16-20

juzuk, 21-25 juzuk dan 26-30 juzuk.

Progam Qiraat Sabcah. Di BUQ Qiraat Sab

cah diajarkan sebagai

program lanjutan setelah pelajar mengkhatamkan al-Quran secara

hafalan. Mereka mula diajar dengan dengan Qiraat cAsim. Terdapat

juga Program Madrasah Diniyyah. BUQ mewujudkan Program

Madrasah Diniyyah untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan

agama dengan lebih mendalam. Program ini ditekankan kepada pelajar

yang hanya mengikuti program Taclimul al-Quran bi al-Nazar.Madrasah

Diniyyah ini terbahagi menjadi beberapa kelas, yaitu kelas I, kelas II,

kelas III, dan kelas Istimewa.

Terdapat juga Program Pengajian Kitab Kuning. Program ini

merupakan tambahan untuk menambah pengetahuan para pelajar.

Pengajian ini dilakukan seminggu dua kali selepas Maghrib. Kitab yang

diajar ialah kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu Tafsir, Fiqh,

Tajwid, ulum al-Quran, Akhlaq, Hadith dan lain-lain. Selain daripada

itu Progam Pengajian Orang Tua. BUQ juga mengadakan pengajian

bagi orang tua setiap hari Selasa dan Sabtu selepas Asar. Pengajian

tersebut disampaikan oleh para kiai dan ustaz dari BUQ sendiri. Di

BUQ juga Unit Ta‟lif wa al-Nasyr juga diwujudkan. Pondok Pesantren

BUQ boleh dikatakan sebagai pewaris tunggal dari al-Tarmasiy.

Karangan beliau di dalam bidang pengajian Islam tidak dapat

disangkal lagi. Penulisan beliau menjadi literature di dalam negara dan

di luar negara. Oleh yang demikian, Unit Ta‟lif wa al-Nasyr BUQ

berusaha menerbitkan kembali kitab-kitab karangan beliau. Disamping

itu, unit ini juga berusaha menerbitkan kitab-kitab yang dikarang tetapi

masih belum dicetak32

.

32

Temubual dengan cucu cicitnya,

http://ibnurobbany.blogspot.com/2010/08/selayang-pandang-pp-buq-betengan-

demak_09.html

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

92

Perguruan Islam Pondok Tremas33

Pondok Tremas terletak di Desa Tremas34

, Kecamatan Arjosari,

Kabupaten Pacitan, sebuah kota di tepi pantai selatan, Jawa Tengah.

Kedudukannya pula ialah 135 km dari kota Solo dan 70 Km dari kota

Ponorogo. Pondok ini diasaskan oleh datuk al-Tarmasiy, Abdul Manan,

yang kembali dari perantauannya mencari dan mendalami ilmu agama

Islam di pondok pesantren Tegalsari Ponorogo di bawah asuhan Hasan

Besari. Pada mulanya, beliau mendirikan pondok di desa Semanten

yang terletak 2 Km arah utara kota Pacitan. Setelah lebih kurang satu

tahun kemudian pindah ke Daerah Tremas, maka dari saat itulah

mulanya berdiri Pondok Tremas.

Setelah kematian Abdul Manan, beliau digantikan oleh anaknya

yang bernama Abdullah yang merupakan bapa al-Tarmasiy. Pada masa

kecilnya beliau mendapatkan pendidikan awal daripada ayahnya sendiri

di Pondok Tremas. Setelah cukup dewasa Abdullah dibawa oleh

ayahnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan menetap di sana

untuk menuntut ilmu. Setelah beberapa tahun di Mekah beliau kembali

ke Tremas lagi, dan membantu ayahnya mengajar di Pondok Tremas.

Kejayaan Abdullah dalam memajukan pondok ini dapat dibuktikan

pada kejayaan beliau dalam mendidik anak-anaknya sehingga menjadi

ulama-ulama yang dapat menguasai kitab-kitab yang dibaca, serta

mampu menyusun pelbagai kitab yang bernilai dalam ilmu pengetahuan

33

Muhammad Habib Dimyathi, , 2001, Mengenal pondok Tremas dan

Perkembangannya, Tremas, hlm.33-

44,http://www.pondokpesantren.net/ponpren/index.php?option=com_content&task=vi

ew&id=232&Itemid=57 34

Tremas berasal dari dua kata yaitu Trem berasal dari kata Patrem yang berarti

senjata atau keris kecil dan mas berasal dari kata emas yang berarti logam mulia yang

biasa dipakai untuk perhiasan kaum wanita. Adapun kaitan Tremas dengan al-

Tarmasiy adalah dengan pengasasnya, Ketok Jenggot, yang merupakan salah seorang

moyangnya. Dikisahkan pada suatu hari, Raja Keraton Surakarta memerintahkan

kepada punggawanya yang bernama Ketok Jenggot untuk menjaga ketat kerajaannya,

karena raja bermimpi bahwa hari yang akan datang mau ada bencana yang disebabkan

datangnya seorang pencuri yang akan memasuki dan mengambil senjata pusaka yang

ada di tempat penyimpanan, maka disuruhnya Ketok Jenggot menjaga dan

mempertahankan dengan sebaik-baiknya.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

93

agama Islam, seperti yang dibuktikan oleh al-Tarmasiy yang di hantar

ke Mekah bagi melanjutkan pengajian. Setelah beberapa tahun beliau dikirim ke sana,, Abdullah

menunaikan ibadah haji. Pondok Tremas untuk sementara waktu

diserahkan kepada menantunya yang bernama Muhammad Zaed. Ketika

berada di Tanah suci, Abdullah meninggal dunia pada hari Isnin, 29

Sya‟ban 1314 H.Pondok Tremas kemudiannya dipimpin Kyai

Muhammad Zaed. Dimyathi kemudiannya meneruskan usaha ayah dan

datuknya dalam memajukan pondok Tremas. Di era pentadbiran

Dimyathi, Pondok Tremas telah mencatat perkembangan yang pesat

dalam pembangunan fizikal dan pendidikannya. Pada masa ini Pondok

Tremas berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama yang mempunyai

peranan besar dalam perkembangan pendidikan Islam di Indonesia.

Kemasyhuran Pondok Tremas semakin bertambah, lebih-lebih

lagi setelah kitab al-Tarmasiy mula tersebar, maka makin banyaklah

orang-orang dari daerah lain yang berkeinginan kuat untuk untuk

menuntut ilmu agama Islam di Pondok Tremas. Pelajarnya semakin

bertambah, sehingga pada waktu itu jumlahnya hampir 2000 orang.

Pengaruh al-Tarmasiy dapat dilihat pada silibus pengajian di pondok ini

yang menggunakan kitab al-Minhaj al-Qawim yang dihuraikan oleh al-

Tarmasiy dalam karangannya Hashiyah al-Tarmasiy. Kemudian pada tahun 1928. Beberapa pelajar yang mempunyai

pengalaman belajar di beberapa daerah mewujudkan sistem pendidikan

madrasah, disamping pengajian-pengajian yang sudah berjalan maka

dalam tahun itu pula, didirikan sebuah madrasah yang bernama

madrasah Ibtidaiyyah. Murid pertama madrasah ini sebanyak 30 orang.

Sehingga akhirnya pada tahun 1932 M. dengan dipelopori oleh Hamid

Dimyathi didirikan sebuah madrasah yang bernama madrasah

Salafiyah. Demikianlah perkembangan Pondok Tremas ketika era

Dimyathi35

. Pondok Tremas kemudian diterajui oleh Hamid dari tahun 1834

sehingga 1848. Beliau adalah anak kepada Dimyathi yang merupakan

anak saudara al-Tarmasiy. Tahun-tahun pertama semasa pentadbiran

Hamid Dimyathi merupakan zaman keemasan bagi Pondok Tremas

baik dari segi pembangunan fizikal, pendidikan dan pengajarannya.

Namun era kemunduran pondok Tremas berlaku ketika perang dunia

kedua apabila tentera Jepun menjajah Nusantara.Apabila Hamid

35

http://www.pondokpesantren.net/ponpren/index.php?option=com_content&task=vie

w&id=232&Itemid=57.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

94

Dimyathi meningal dunia pada tahun 1948, Pondok Tremas terus

mengalami kemunduran sehingga tahun 1952.

Kebangkitan semula pondok Tremas ketika pentadbiran Habib

Dimyathi dan Haris Dimyathi,. Situasi ini berlaku pada akhir tahun

1952 ketika beliau dipanggil pulang ke Tremas untuk menggantikan

abangnya, Hamid Dimyathi yang terbunuh akibat terjadinya Affair

Madiun 194836

. Legasi ini diteruskan oleh pentadbir seterusnya iaitu

Hasyim Ikhsan.

Kini pentadbiran pondok Termas diambil alih oleh anak-anak

pentadbir terdahulu. Mereka ialah Fuad Habib Dimyathi, anak Habib

Dimyathi yang dilantik sebagai Ketua Umum Perguruan Islam Pondok

Tremas, Luqman Hakim, anak Haris Dimyathi sebagai Ketua Majlis

Ma'arif dan Mahrus Hasyim, anak kepada Hasyim Ihsan yang

menguruskan bidang sosial kemasyarakatan.

KESIMPULAN

Pengajian Islam merupakan bidang yang mempunyai ramai peneroka

sepanjang zaman. Penerokaannya adalah meliputi pelbagai displin ilmu

yang bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah serta displin-displin lain

yang tercipta demi memahami kandungan dan kehendak kedua-dua

sumber utama ini.

Umumnya ladang pengkajian ini dibanjiri oleh ulama-ulama

berbangsa Arab manakala bangsa lain kelihatannya hanya duduk

menumpang teduh. Namun ada juga sebilangan ulama terkemuka

daripada puak Ajam yang tampil menabur jasa. Walau bagaimanapun,

kelihatannya ia lebih tertumpu ke kawasan benua kecil India dan benua

hitam Afrika.

Kemunculan al-Tarmasiy serta beberapa tokoh lain dari

kepulauan Nusantara yang dulunya terletak jauh dari pusat Islam

sedunia, Mekah dan Madinah, merupakan bukti bahawa sekalipun jarak

memberi kesan kepada penghasilan ilmu serta jasa penulisan, terdapat

juga beberapa tokoh yang berjiwa besar tampil untuk menafikan

cabaran hebat ini pada era tersebut.

36

Peristiwa Madiun adalah sebuah konflik kekerasan yang terjadi di Jawa

Timur bulan September – Desember 1948 antara pemberontak komunis PKI dan TNI.

Peristiwa ini diawali dengan diproklamasikannya Negara Republik Soviet Indonesia

pada tanggal 18 September 1948 di Kota

Madiun. https://id.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Madiun

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

95

Al-Tarmasiy, sekalipun dilahirkan di Tanah Jawa yang merantau

ke Mekah bukan pada usia rebung lagi, telah membuktikan bahawa

ilmu jika diusahakan kena pada jalan dan gurunya akan mampu

membuahkan hasil yang lebat serta memberi manfaat kepada manusia.

Sejumlah besar kitab-kitab karangannya dihasilkan setelah beliau

kenyang menadah ilmu yang diwarisi secara bersanad daripada tuan-

tuan guru dari kulit ke kulit.

Hebatnya beliau apabila memiliki pengetahuan yang penuh di

dada, tidak hanya mengimplimentasikannya untuk amalan sendiri dan

diajarkan kepada para penuntut yang mengabdikan diri mereka di tiang-

tiang masjidil haram sahaja, bahkan beliau memerah otak untuk

menyusun karya-karya detil dalam pelbagai bidang. Hal ini melayakkan

beliau untuk digelar sebagai seorang tokoh prolifik dalam bidang

pengajian Islam.

Ironinya beliau seakan-akan kacang lupakan kulit apabila

meminggirkan bahasa ibunda dalam penulisannya. Namun dengan

kedudukan bahasa Arab sebagai punca ilmu pengetahuan serta

latarbelakang kariernya di tanah suci, ia sebenarnya satu kelebihan dan

bukti ketokohan yang jarang dapat ditonjolkan oleh alim ulama kita

dewasa ini.

Tidak cukup dengan pahala mengarang yang ditekuninya,

ganjaran ilmu bermanfaat yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad

S.A.W. selepas perginya anak Adam, ganjaran lain nampaknya turut

diraih oleh al-Tarmasiy menerusi institusi pengajian yang diteruskan

perjalanannya oleh cucu-cicit serta waris-waris beliau di tanah tempat

tumpah darahnya. Di samping bidang pengajian Islam, terutamanya al-

Quran yang menjadi teras pengajian dan pembelajarannya, nukilan-

nukilan beliau juga sentiasa dibaca dan diajarkan di sana.

Sesungguhnya al-Tarmasiy telah berusaha dengan penuh

dedikasi bagi menjamin kesinambungan mata rantai (sanad) ilmu-ilmu

yang dipelajari dengan merakamkannya di atas lembaran-lembaran

kuning yang sebahagian besarnya masih kekal dengan tulisan tangan

yang asal. Adalah dikhuatiri manuskrip-manuskrip lama yang tersimpan

di Mekah, Madinah, Tremas dan Demak akan menjadi semakin kabur

khatnya dimamah masa. Tanpa usaha ilmiah untuk mentahkik

manuskrip-manuskrip beliau, kemungkinan besar jerih payah beliau

akan menjadi sia-sia dan dilupakan. Justeru jika ianya berlaku, al-

Tarmasiy sudahpun mendapat ganjaran pahala di atas ikhtiarnya yang

telah dibuat. Kitalah yang menanggung kerugian yang sangat besar

kerana mengabaikan segala jasanya di dalam bidang pengajian Islam

ini.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

HAYATI BINTI HUSSIN, SABRI BIN MOHAMAD, ABDUL RAHIM AHMAD

96

Oleh itu, artikel ini boleh membentuk hasil perintis dalam

merealisasikan matlamat pemerkasaan Pengajian Islam di Malaysia.

Adalah diharapkan ia dapat mencipta perspektif yang lebih jelas tentang

hasil penulisan ilmu ini di rantau kita. Usaha menerbitkan kesemua

kitab-kitab al-Tarmasiy dan tokoh-tokoh Nusantara yang lain oleh

mereka yang berkecimpung di dalam bidang ini akan menjadi lebih

mudah setelah lorong awal ini dirintis.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Ahmad Sunawari Long. Pengenalan Metodologi Penyelidikan

Pengajian Islam. 2009. Kuala Lumpur: Gema Alam Enterprise.

Cetakan 5.

Al-Mucallimiy, cAbdullah bin cAbd al-Rahman bin cAbd al-Rahim,

Aclam al-Makkiyyin, 1421H/2000M, Mekah: Dar al-Furqan,

Cet: 1.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah,Hashiyat Takmilat al-

Manhaj al-Qawim ila al-Faraid Bafadal, 1326H, Mesir.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah, Tacmim al-Manafic fi

Qiraat al-Imam Nafic, 1324H/1907H, Mekah.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz, Kifayat al-Mustafid li ma cAla min

al-Asanid, 1320H/ Matbacah al-Mashhad al-Husayni, Mesir.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz bin cAbdullah , Hashiyat Takmilat

Manhaj al-Qawim ila al-Faraid, 2011.

Ismail Che Daud, Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1),

1418H/1988M, Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu

Kelantan, Kuala Lumpur.

Muhammad Mahfuz, Tahkik oleh cucunya Syeikh Harir Muhammad

Mahfuz, al-Khilcatul Fikriyah fi Syarh al-Minhah al-

Khairiyah,2007, Demak, Indonesia.

Wan Mohd Shaghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia

Tenggara, 2005. Khazanah Fathaniyah.Perpustakaan Ukm.

Kuala Lumpur. Cet 1.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015

97

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Dalam Ruangan Agama, Utusan

Malaysia, 21 Mac 2005.

http://berandamadina.wordpress.com/2010/03/10/syeikh-

mahfuz-at-tarmasi-ulama-hadis-dunia-melayu/.

Al-Zirikliyy, Khayr Din bin Mahmud bin Muhammad bin cAliy bin

Faris, Aclam- Qamus Tarajum li Ashhar Rijal wa Nisa' min

cArab wa Mustacribin wa Mustashriqin. 1984. Beirut: Dar al-

cIlm li al-Malayin. Cet.9.

lms.kuis.edu.my/.../Hadis_Jurnal_Bil_1_2.pdf, hlm36-37.