buku log sandaran harian

Upload: md-yazid

Post on 03-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    1/21

    1

    BUKU LOG SANDARAN

    PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    ( NPQEL )

    SUBRI BIN BASIRON

    KP 651231105037

    SR2/2011

    MINGGU KE 1

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    19 SEPTEMBER 2011

    ISNIN

    - Melapor diri dengan GPK 1 EnHisamudin Hj Lan

    - Guru Besar tiada kerana cutirehat

    - Hari ini ada program PenutupanHari Kebangsaan.

    - Antara program dijalankan ialahpertandingan mewarna,

    explorace dan pertandingan

    nyanyian. Majlis penyampaian

    hadiah dijalankan.

    20 SEPTEMBER 2011

    SELASA

    - Guru Besar hadir. Berbincangdengan guru besar tentang

    kursus NPQEL. Pemilihan projek

    dan memberi penjelasan kepada

    guru besar.

    - Beliau bersetuju dengan projek.Beliau juga memberi galakan

    yang baik kepada saya.

    -

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    2/21

    2

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    21 SEPTEMBER 2011

    RABU

    - Hari ini merupakan harikokurikulum. Saya memakai baju

    Pengakap lengkap

    memandangkan sudah menjadi

    kebiasaan.

    - Jam 9.00 saya bersamaGuruBesar, GPK pentadbiran, GPK Ko

    kurikulum dan PT bermesyuarat

    kewangan. Ini merupakan

    mesyuarat kewangan kali ke 2

    dalam tempoh sebulan.

    - Guru besar banyak memberipanduan dan penerangan tentang

    kewangan sekolah

    Gaya kepimpinan

    autentik iaitu

    menunjuk cara

    kepada staf.

    22 SEPTEMBER 2011

    KHAMIS

    - Majlis penyerahan bangunanbaru oleh Waras Mekar, JKR dan

    pihak sekolah.

    - Saya mewakili pihak sekolahmenerima bangunan baru.

    - Jamuan ringan bersamakontraktor.

    - Menyediakan dokumen kertaskerja hari raya dan perkhemahan

    dalaman.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    3/21

    3

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    23 SEPTEMBER 2011

    JUMAAT

    - Hari ini ialah Hari Jumaat.- Seperti biasa, saya memakai baju

    Melayu.

    - Sesi Pengajaran danPembelajaran berjalan seperti

    biasa.

    - Saya mengajar tajuk ukuranpanjang ( length ) untuk murid-

    murid tahun 4 subjek matematik.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    4/21

    4

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    26 SEPTEMBER 2011

    ISNIN

    Hari ini, saya bersama murid-murid Tahun 6 membuat

    persediaan untuk majlis Jamuan

    Hari Raya yang dijangka akan

    diadakan pada hari esok. ( Selasa

    )

    Antara proses persediaan yangdibuat bersama ialah mengypas

    bawang, memesin kelapa dan

    penyediaan bahan-bahan lain.

    Pada sebelah petang, gotong-royong bersama penjaga bermula

    jam 2.00 petang.

    Antara tugasan yang dibuat ialahmembakar lemang, memasak

    kuah kacang dan merebus nasi

    himpit.

    Proses memasak lemang siappada pukul 7.00 petang

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

    27 SEPTEMBER 2011

    SELASA

    Hari ini merupakan Jamuan HariRaya sekolah.

    Para jemputan tiba jam 9.00 pagi. Antara jemputan VIP ialah YB

    Adun Batu Talam, AJK bekas

    tentera, ketua kampung, imam

    berdekatan dan para penjaga dan

    ibu bapa.

    Saya terlibat secara langsungsebagai AJK dan penyediaan

    masakan serta penggambaran.

    Jamuan selesai jam 12.00tengahari.

    Saya membuat persiapan untukke Green Park Temerloh kursus

    dan bengkel SMM JPNP.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    5/21

    5

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    28 SEPTEMBER 2011

    RABU

    Bengkel Sistem Maklumat Muridbermula.

    Taklimat oleh En Rauf Mahmudpegawai SMM JPNP

    Kami diminta membetul danmembersihkan maklumat murid

    daerah masing-masing

    SMM versi 4.05 dan semak SMM. Taklimat dan perbengkelan

    bermula jam 8.00 pagi hingga

    10.00 malam

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

    Perjumpaan

    mingguan pengakap

    diurus oleh En Ronie

    29 SEPTEMBER 2011

    KHAMIS

    Hari kedua bengkel. Kami membuat perbentangan

    bersama rakan dan dibantu oleh

    semua peserta.

    Perbentangabn tamat jam 12.00tengahari.

    Kami check out jam 2.00 petangdan saya tiba ke rumah jam 4.30

    petang.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    6/21

    6

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    30 SEPTEMBER 2011

    JUMAAT

    Hari ini, saya menerima arahanoleh penolong kanan agar

    memindahkan pejabat dan kelas

    ke bangunan baru.

    Saya telah mengarahkan semuaguru agar bersama murid

    bergotong royong memindahkan

    kelas masing-masing.

    Hari ini hanya kelas Tahun 1 dan2 sahaja terlibat. Semua murid,

    guru dan kakitangan bergotong

    royong memindahkan kelas,

    kerusi, meja dan segala peralatan

    ke bangunan baru.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    7/21

    7

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    3 OKTOBER 2011

    ISNIN

    P & P berlangsung seperti biasa. Perhimpunan pagi diadakan

    seperti biasa.

    Saya telah berbincang denganGPK Koko tentang program

    perkhemahan.

    4 OKTOBER 2011

    KHAMIS

    P & P seperti biasa. Saya bersama guru lelaki lain

    bergotong royong memindahkan

    kerusi meja dari SK Sega.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    8/21

    8

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    5 OKTOBER 2011

    RABU

    Hari ini, P & P berlangsungseperti biasa.

    Saya telah berbincang denganPuan Haslinda dan GPK Koko

    tentang perkhemahan bersepadu

    Pengakap dan Puteri Islam.

    Kami berbincang tentangpembahagian kumpulan,

    kewangan dan aktiviti.

    Semua bersetuju agar program inidijalankan secara bergabung.

    Tarikh cadangan pada 8.10.2011 Saya menghadiri mesyuarat

    penyelarasan Pengakap Daerah

    pada sebelah petang. Program

    yang dirancang ialah kursus

    lencana untuk murid.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

    6 OKTOBER 2011

    KHAMIS

    Saya dan Puan Haslindaberbincang tentang tarikh

    perkhemahan bersepadu yang

    dipinda.

    Pindaan ialah pada 15.10.2011 Saya telah menghubungi pihak

    Kem Perah untuk pengesahan

    beberapa perkara tentang

    perkhemahan konservasi alam

    sekitar di FRIM Kepong.

    Pihak Frim akan menghantar satusebutharga yang baru.

    Program latihan pengakapdijalankan pada sebelah petang.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    9/21

    9

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    7 OKTOBER 2011

    JUMAAT

    Hari ini P&P berlangsung denganlancar. Saya mengajar kelas tahun

    5 matematik.

    Pada sebelah pagi sayamenghubungi sekali lagi pihak

    FRIM dan mendapat sebutharga

    yang baru.

    Saya juga telah mengesahkantempahan bas dengan pihak

    Syarikat Deva. Harga yang

    ditawarkan ialah RM 1600.00.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    10/21

    10

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    10 OKTOBER 2011

    ISNIN

    P & P berlangsung seperti biasa. Hari ini ramai guru tiada di

    sekolah kerana berkursus. Saya

    terpaksa menggantikan beberapa

    kelas.

    Petang, mesyuarat dan taklimattingkatan 1 di Pejabat Pelajaran

    Daerah Raub. Banyak tugasan

    yang terpaksa dibuat dan

    diselesaikan dengan segera.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

    11 OKTOBER 2011

    SELASA

    P&P berjalan seperti biasa. Sayamenguruskan surat kebenaran

    untuk Perkhemahan KursusLencana Keris Gangsa yang akan

    berlangsung pada Rabu hingga

    Khamis.

    Saya juga menguruskan barang-barang yang akan dibawa ke

    perkhemahan berkenaan.

    Murid yang akan dibawa keperkhemahan diminta membantu

    saya.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    11/21

    11

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    12 OKTOBER 2011

    RABU

    Kursus Lencana Keris GanagsaPengakap Daerah Raub.

    Hari ini kursus berkenaanbermula. AJK berkumpual dan

    memulakan tugas masing-masing.

    Saya dilantik sebagai timbalankem komandan.

    Saya diberi tugas untukmenyediakan teks ucapan

    perasmian, menentukan aturcara

    atau flow perasmian.

    Saya juga terlibat denganjurulatih kawad.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi danautentik ( tunjuk

    cara )

    13 OKTOBER 2011

    KHAMIS

    Kursus Lencana Keris Gangsaditeruskan bagi hari ke 2. Hari ini

    kursus penuh dengan aktiviti

    kawad, tali temali dan ceramah

    kesihatan.

    Saya terlibat dengan kawad kaki. Murid yang menyertai kursus

    dilatih mengikut kumpulan kecil

    seramai 10 orang setiap

    kumpulan.

    Malam diadakan acarapersembahan murid dan latihan

    nyanyian lagu.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    12/21

    12

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    14 OKTOBER 2011

    JUMAAT

    Kursus Lencana Keris Gangsaditeruskan. Kursus ini tamat pada

    tengahari ini.

    Majlis penutupan rasmi diadakanpada jam 11.00 pagi.

    Perasmian penutupan ditutuprasmi oleh Dato Wong Ban Seng

    setiausaha politik kepada YB Dato

    Dr Ng Yen Yen.

    Perjalanan majlis berjalan lancar. Ini adalah latihan kepada saya

    untuk meminpin majlis seperti ini.

    Penutupan ditamatkan pada jam12.00. saya dan peserta

    mengemas khemah dan tapak

    perkhemahan dan kembali ke

    sekolah pada jam 12.15

    tengahari.

    Saya telah menghubungi KemPerah untuk perbincangan

    umum.

    Saya mengamalkangaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    13/21

    13

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    17 OKTOBER 2011

    ISNIN

    Perjalanan sekolah hari inisemakin baik. Semua guru ada

    kerana mereka telah

    menghabiskan kursus KSSR.

    GB dan AJK kewanganbermesyuarat tentang kewangan

    sekolah.

    GB memberi beberapa tegurandan pandangan untukmembetulkan kewangan sekolah.

    Semua pihak bersepakat agarkewangan sekolah mesti dipantau

    secara berkala dan telus.

    Kem Perah telah menghubungisaya dan perbincangan tentang

    pemilihan aktiviti.

    18 OKTOBER 2011

    SELASA

    Hari ini peperiksaan akhir tahunbermula.

    Saya tidak dapat hadir ke sekolahkerana memberi latihan kepadaGPK berkenaan Sistem Maklumat

    Murid ( SMM ) di PPD. Saya telah

    dilantik sebagai JU Daerah Raub.

    Kursus SMM bermula jam 8.00pagi hingga 5.00 petang.

    Saya membantu pegawai JPN EnRauf Ramli, bersama En Wira dari

    SK Ulu Atok.

    Kursus tamat jam 5.00 petang

    Saya mengamalkan

    gaya autentik

    Penat kerana

    melayan GPK yang

    tidak mahir

    komputer.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    14/21

    14

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    19 OKTOBER 2011

    RABU

    Hari ini peperiksaan akhir tahunditeruskan.

    Saya ditugaskan untuk memantaudan menyelia murid tahun 4.

    Kebetulan kelas berkenaanadalah kelas saya.

    Peperiksaan berjalan denganlancar.

    Saya gembira kerana kertasmatematim tahun 5 dan 4 telah

    saya siapkan tanda dengan baik

    dan cepat.

    Saya berbincang dengan GPK 1tentang keputusan peperiksaan.

    Jam 1.30 petang, guru dankakitangan bermesyuarat.

    Banyak perkara yang dibentangdan dibincangkan.

    Saya melaporkan tentangperkembangan projek sandaran

    dan perkhemahan di Kepong

    Selangor.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi dan

    autentik ( tunjuk

    cara )

    20 OKTOBER 2011

    KHAMIS

    Peperiksaan akhir tahun berjalanlancar. Hari ini saya diminta

    menjaga dan menyelia tahun 1

    Murid tahun 1 tiada peperiksaankerana KSSR.

    Bagaimanapun saya mengajarmewarna kepada mereka.

    Saya bersama murid tahun 6,mengemas Rumah BP.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    15/21

    15

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    21 OKTOBER 2011

    JUMAAT

    Peperiksaan akhir tahunditeruskan. Hari ini merupakan

    hari terakhir peperiksaan akhir

    tahun.

    Hari ini beberapa subjek diujikepada murid, seperti Kemahiran

    Hidup, Pendidikan Sivik dan

    Agama Islam.

    Saya ditugaskan menjaga muridtahun 5 dan 4.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    16/21

    16

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    31 OKTOBER 2011

    ISNIN

    Hari ini, perjalanan sekolahseperti biasa. Perhimpunan

    mingguan seperti biasa,

    bagaimanapun terdapat seorang

    murid pengsan ketika

    perhimpunan. Saya bersama guru

    perempuan yang lain telah

    mengangkat beliau dan

    merehatkannya di surau. Punca

    beliau pengsan kerana pening.

    Majlis pelancaran Membaca 1Malaysia

    Murid telah berkumpul di dewandan mempunyai aktiviti mereka

    sendiri

    Saya telah menyiapkan kerja-kerja perkhemahan seperti nama

    guru dan murid yang perlu

    dikemaskini.

    Saya juga telah berbincangdengan guru lain tentang

    persiapan perkhemaha

    berkenaan.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi dan

    autentik ( tunjuk

    cara ).

    1 NOVEMBER 2011

    SELASA

    Saya menyiapkan senarai namamurid yang memperolehi hadiah

    Hari Anugerah Cemerlang.

    Guru-guru juga telah menghantarnama dan keputusan

    peperiksaan.

    Saya berbincang dengan gurutentang beberapa hal:

    -Rombongan tajaan YB ke Water

    Park.

    -Senarai murid yang berjaya

    melepasi 2.0 GPMP.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    17/21

    17

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    2 NOVEMBER 2011

    RABU

    Pagi ini saya telah mengumpulkanahli pengakap di tapak

    perhimpunan dan melatih

    mereka cara memberi laporan

    dalam perbarisan.

    Ini merupakan amalan biasa sayasetiap pagi Rabu.

    Murid meneruskan programMembaca 1 Malaysia.

    Menghubungi pihak Kem Perahdan berbincang tentang aktiviti.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi dan

    autentik ( tunjuk

    cara )

    3 NOVEMBER 2011

    KHAMIS

    Hari ini saya telah mengadakanlatihan kepada ahli pengakap di

    sebelah petang.

    Hujan turun dan kehadiran muridhanya 60%.

    Saya telah mengadakan aktivitimemasang dan membuka

    khemah.

    Ini merupakan program latihansokongan kepada program

    perkhemahan nanti.

    Saya mengamalkan

    gaya kepimpinan

    partisipasi.

    Hanya saya seorang

    pemimpin yang

    hadir.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    18/21

    18

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    4 NOVEMBER 2011

    JUMAAT

    Hari ini saya menghadiri taklimatBantuan Yayasan Pahang di PPD

    Raub.

    Taklimat disampaikan olehPenyelia HEM daerah Raub.

    Saya ditugaskan mengedarbeberapa dokumen kepada guru.

    Saya juga membantu penyeliaHEM dalam beberapa hal.

    Mesyuarat tamat jam 11.00 pagi.

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    19/21

    19

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    7 NOVEMBER 2011

    ISNIN

    CUTI HARI RAYA KORBAN

    8 NOVEMBER 2011

    SELASA

    Hari ini saya menghadiri taklimatGuru KAFA anjuran Pejabat

    Agama Islam Daerah Raub,

    Jabatan Agama Islan Pahang dan

    Jabatan Pelajaran Neheri Pahang.

    Taklimat tamat jam 12.30tengahari.

    Saya kembali ke sekolah untukmenghadiri taklimat dan kursus

    KSSR. Kursus ini disampaikan oleh

    guru-guru yang menghadiri

    kursus KSSR di Daerah Raub.

    Kursus tamat jam 3.30 petang

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    20/21

    20

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    9 NOVEMBER 2011

    RABU

    Hari ini saya ke PPD untuktaklimat LADAP. Saya

    menggantikan guru lain yang

    tidak dapat pergi. Pada sebelah petang saya

    menghadiri mesyuarat Jambori

    Pengakap Kebangsaan di PKG

    Bandar Raub.

    10 NOVEMBER 2011

    KHAMIS

    Hari ini saya menyelesaikanbanyak kerja yang tertangguh.

    Misalnya KWAPM, Yayasan

    Pahang dan perkhemahan.

    Saya membuat perjumpaanbersama murid dan guru.

    Taklimat diberikan.

    Saya berbincang dengan GBtentang perkhemahan dan

    nasihat serta teguran diterima

    dengan baik

  • 7/28/2019 Buku Log Sandaran Harian

    21/21

    21

    TARIKH/HARI AKTIVITI CATATAN

    11 NOVEMBER 2011

    JUMAAT

    Saya membuat persediaanperkhemahan dengan mengisih

    barang keperluan, mengupoas

    bawang serta banyak kerla ain.

    Murid peserta membantu. Petang bertolah ke FRIM.