kesan pendekatan mentoring & coaching terhadap...

16
1 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019) Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap Pencapaian Topik Algebra Bagi Kursus Engineering Mathematics 1 Impact of Mentoring & Coaching Approach to the Achievement of Algebra Topics Engineering Mathematics Course 1 Norihan binti Mahmood 1 , Roveena Herleen binti Hussain Meah 2 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai topik Algebra bagi kursus Engineering Mathematics 1. Kajian ini dijalankan di Politeknik Ibrahim Sultan. Sampel kajian melibatkan seramai 40 orang pelajar semester 1 yang dipilih daripada 4 program. Kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Kaedah Mentoring & Coaching membolehkan pensyarah memantau pelajar secara berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berusaha untuk memahami dan menyelesaikan soalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai perlaksanaan ujian pra dan ujian pos terhadap pencapaian pelajar di peringkat penilaian bagi kursus Engineering Mathematics 1. Kaedah analisis yang digunakan adalah kaedah T-Paired Test dan analisis peratusan. Berdasarkan analisis pencapaian pelajar dan perbandingan yang dibuat, maka dapat disimpulkan bahawa pelajar di bawah program ini telah menunjukkan kesan peningkatan prestasi dalam topik Algebra. Minat pelajar terhadap matematik semakin bertambah dan pelajar berpuashati dengan kaedah Mentoring & Coaching ini kerana dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam matematik. Katakunci: Mentoring Coaching, Engineering Mathematics ABSTRACT This study aims to help students who are weak in mastering the topic of Algebra for the Engineering Mathematics course 1. This study was conducted at Politeknik Ibrahim Sultan. The sample of the study involved 40 students of semester 1 selected from 4 programs. This study uses several instruments such as pre-test, post-test and questionnaire. The Mentoring & Coaching method allows lecturers to monitor students continuously to ensure they are always working to understand and resolve algebraic questions well. This method was introduced to students as a way to overcome the problems faced by students. This study was conducted to evaluate the implementation of pre-test and post-test on student achievement at evaluation level for Engineering Mathematics 1 course. The analysis method used is T-Paired Test method and percentage analysis. Based on the analysis of student achievement and the comparison made, it can be concluded that students under this program have shown an improvement in performance in the topic of Algebra. Students' interest in mathematics is 1 Norihan binti Mahmood, Master, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS, [email protected]. 2 Roveena Herleen binti Hussain Meah, Master, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS, [email protected].

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

1

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap Pencapaian Topik

Algebra Bagi Kursus Engineering Mathematics 1

Impact of Mentoring & Coaching Approach to the Achievement of Algebra

Topics Engineering Mathematics Course 1

Norihan binti Mahmood1, Roveena Herleen binti Hussain Meah2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai topik Algebra

bagi kursus Engineering Mathematics 1. Kajian ini dijalankan di Politeknik Ibrahim Sultan.

Sampel kajian melibatkan seramai 40 orang pelajar semester 1 yang dipilih daripada 4

program. Kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti ujian pra, ujian pos dan soal

selidik. Kaedah Mentoring & Coaching membolehkan pensyarah memantau pelajar secara

berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berusaha untuk memahami dan menyelesaikan

soalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk

mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar. Kajian ini dilaksanakan bertujuan

untuk menilai perlaksanaan ujian pra dan ujian pos terhadap pencapaian pelajar di peringkat

penilaian bagi kursus Engineering Mathematics 1. Kaedah analisis yang digunakan adalah

kaedah T-Paired Test dan analisis peratusan. Berdasarkan analisis pencapaian pelajar dan

perbandingan yang dibuat, maka dapat disimpulkan bahawa pelajar di bawah program ini

telah menunjukkan kesan peningkatan prestasi dalam topik Algebra. Minat pelajar terhadap

matematik semakin bertambah dan pelajar berpuashati dengan kaedah Mentoring &

Coaching ini kerana dapat meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam matematik.

Katakunci: Mentoring Coaching, Engineering Mathematics

ABSTRACT

This study aims to help students who are weak in mastering the topic of Algebra for the

Engineering Mathematics course 1. This study was conducted at Politeknik Ibrahim Sultan.

The sample of the study involved 40 students of semester 1 selected from 4 programs. This

study uses several instruments such as pre-test, post-test and questionnaire. The Mentoring &

Coaching method allows lecturers to monitor students continuously to ensure they are always

working to understand and resolve algebraic questions well. This method was introduced to

students as a way to overcome the problems faced by students. This study was conducted to

evaluate the implementation of pre-test and post-test on student achievement at evaluation

level for Engineering Mathematics 1 course. The analysis method used is T-Paired Test

method and percentage analysis. Based on the analysis of student achievement and the

comparison made, it can be concluded that students under this program have shown an

improvement in performance in the topic of Algebra. Students' interest in mathematics is

1 Norihan binti Mahmood, Master, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS, [email protected]. 2 Roveena Herleen binti Hussain Meah, Master, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, PIS,

[email protected].

Page 2: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

2

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

increasing and students are satisfied with this Mentoring & Coaching method as it enhances

understanding and performance in mathematics.

Keywords: Mentoring Coaching, Engineering Mathematics

1.0 Pengenalan

Matematik Kejuruteraan merupakan kursus wajib yang perlu diambil bagi melengkapkan

syarat penganugerahan diploma kepada pelajar kejuruteraan di semua politeknik di Malaysia.

Namun kegagalan pelajar dalam kursus ini sering menjadi topik hangat di Jabatan Matematik,

Sains dan Komputer (JMSK). Apakah langkah yang harus dilakukan oleh para pensyarah

untuk mengatasi masalah ini? Justeru, salah satu langkah yang diambil adalah dengan

menggunakan pendekatan Mentoring & Coaching. Kajian ini dijalankan untuk melihat

keberkesanan pendekatan kaedah Mentoring atau Coaching sebagai salah satu strategi

pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar di sebuah politeknik dalam topik Algebra.

Kajian ini menilai perlaksanaan ujian pra dan ujian pos terhadap pencapaian pelajar di

peringkat penilaian bagi kursus Engineering Mathematics 1. Di dalam kursus ini, pelajar

perlu menduduki dua instrumen penilaian iaitu ujian pra dan ujian pos. Data yang

digunapakai dalam kajian ini adalah markah yang diperolehi daripada keputusan ujian pra

yang merujuk kepada markah kurang 40% akan terpilih menyertai kaedah coaching. Kajian

ini adalah terdiri daripada seramai 40 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang mengikuti

Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma

Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

semester 1 Sesi Jun 2018. Nilai markah yang diperolehi oleh pelajar berkenaan akan

digunakan untuk mengukur tahap peningkatan minat Matematik Kejuruteraan di

kalangan pelajar.

1.1 Objektif

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pendekatan kaedah Mentoring atau

Coaching sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar di

sebuah politeknik dalam topik Algebra. Oleh itu, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Menilai sama ada terdapat perbezaan dalam pencapaian topik Algebra

sebelum dan selepas pelajar mengikuti program Mentoring & Coaching.

ii. Melihat persepsi pelajar terhadap program Mentoring & Coaching yang

mereka sertai.

iii. Mengenalpasti peningkatan minat pelajar dalam matematik kejuruteraan di

kalangan pelajar.

1.2 Hipotesis Kajian

Salah satu daripada tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan pendekatan

Mentoring atau Coaching terhadap pencapaian pelajar politeknik dalam topik Algebra. Oleh

itu, hipotesis yang hendak diuji dalam kajian ini terdiri daripada 2 bentuk iaitu:

Page 3: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

3

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik bagi topik

Algebra di antara ujian pra dengan ujian pos.

H1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik bagi topik

Algebra di antara ujian pra dengan ujian pos.

1.3 Batasan dan Skop Kajian

Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar semester 1 yang dipilih daripada 4 program iaitu

program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan),

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik

(Kawalan).

1.4 Pernyataan Masalah

Kursus Engineering Mathematics 1 merupakan prasyarat bagi kursus Engineering

Mathematics 2. Justeru itu, pelajar perlu lulus kursus Engineering Mathematics 1 untuk

melayakkan mereka mengambil kursus Engineering Mathematics 2. Kursus Engineering

Mathematics 1 mempunyai dua bahagian pemarkahan iaitu 60% penilaian berterusan dan

40% lagi adalah penilaian akhir. Jumlah keseluruhan penilaian berterusan dan penilaian akhir

adalah 100%. Manakala markah lulus mestilah melebihi 40%. Terdapat lima topik dalam

kursus Engineering Mathematics 1 iaitu topik Algebra, Trigonometry, Complex Number,

Matrices dan Vector & Scalar. Dalam penilaian akhir, terdapat dua soalan yang wajib

dijawab iaitu soalan topik Algebra dan dua soalan lagi adalah soalan pilihan dari topik lain.

Namun didapati peratus yang boleh menjawab topik Algebra bagi sesi Dis dan Jun 2017

adalah 59.37% dan 69.24% bagi tahun 2017 di Politeknik

Ibrahim Sultan. (Sumber: Unit peperiksaan PIS).

Seperti yang dinyatakan, soalan bagi topik Algebra merupakan soalan wajib dijawab

oleh semua pelajar dalam peperiksaan akhir. Namun melalui pemerhatian pensyarah yang

mengajar kursus Engineering Mathematics 1, kebanyakan pelajar kurang menguasai dan

tidak boleh menjawab soalan topik Algebra. Menurut Mayer (1998), terdapat para pelajar

yang boleh menyelesaikan operasi asas dengan betul tetapi mereka tidak dapat menjawab

mengikut kehendak soalan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah

merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar. Untuk tujuan

ini, pengunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang berperingkat,

bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira.

Menurut Byrne dan Keefe (2002), pementoran adalah strategi yang berkesan untuk

semua bidang termasuk bidang kesihatan, ini kerana ia adalah salah satu program

pembangunan kemahiran, kepakaran dan kepimpinan. Selain itu juga, program pementoran

membimbing individu dalam menangani masalah psikososial (Ljungberg et al. 2011). Hasil

kajian menunjukkan bahawa program pementoran ini telah digunakan oleh semua bidang

dalam membantu pembangunan individu. Pendekatan Mentoring & Coaching telah lama

dilaksanakan di kalangan pensyarah Politeknik Malaysia. Justeru pengkaji menggunakan

pendekatan Mentoring & Coaching di kalangan pelajar sebagai salah satu usaha untuk

membantu meningkatkan prestasi para pelajar, Konsep yang digunakan adalah mengikut

konsep Mentor dan Mentee di mana pensyarah bertindak sebagai Mentor dan pelajar pula

sebagai Mentee. Buat masa ini, kaedah ini hanya digunakan di Politeknik Ibrahim Sultan

sahaja.

Page 4: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

4

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

1.5 Kajian Literatur

1.5.1 Kaedah Coaching

Coaching adalah mengenai keupayaan seseorang bertanya soalan yang betul daripada

memberikan jawapan yang betul. Coaching pada asasnya menggunakan gaya perbualan

berstruktur yang dibantu dengan pendekatan mendengar, menyoal dan memberi maklum

balas serta membuat pemerhatian berkesan untuk membantu coachee meneroka dan

memahami diri, potensi serta keadaan mereka sendiri. Seterusnya membolehkan mereka

mencari penyelesaian mereka sendiri.

Coaching adalah satu bentuk pembelajaran, di mana coach menyokong coachee untuk

mewujudkan suasana pembelajaran dan pembangunan kendiri dengan cara yang memberi

manfaat kepada mereka dan organisasi mereka. Coaching adalah sesuatu yang melihat ke

depan, fokus kepada hasil pembelajaran dan bagaimana hendak ke sana.

Coaching bukanlah pembelajaran yang berstruktur di mana ahli terapi atau pakar yang

akan memberikan jawapan. Coaching meletakkan tanggungjawab belajar terhadap coachee,

dengan coach membantu coachee menggunakan bahan sumber yang ada dalam diri coachee

sendiri untuk mencari jawapan dari dalam.

Seorang coach yang mahir akan menggunakan gabungan pelbagai teknik termasuklah

mendengar, menyoal, memberi maklum balas dan mungkin membuat pemerhatian.

Keseluruhan pengalaman coaching harus menjadi satu perkara yang positif walaupun ada

ketikanya coach harus menyediakan diri coachee untuk dicabar kerana dengan mengakui

keperluan untuk berubah dan menetapkan keperluan menangani perkara ini akan menjadikan

coachee benar-benar memberi komitmen, membangun dan bergerak ke depan.

Coaching adalah tentang memberi kuasa, motivasi secara individu kepada coachee

untuk mencari penyelesaian oleh diri mereka (coachee) sendiri. Coaching juga usaha

memastikan coachee dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk pembangunan diri dan

seterusnya organisasi.

1.5.2 Kaedah Mentoring

Mentoring adalah suatu sistem padanan di antara seseorang yang lebih berkemahiran dan

berpengalaman yang dipanggil sebagai mentor dengan seseorang yang kurang berkemahiran

dan berpengalaman, iaitu mentee. Sistem mentoring ini bukanlah satu perkara yang baru,

malah ia telah diaplikasikan dengan sangat meluas merentasi pelbagai bidang seperti

perniagaan, kesihatan dan pendidikan. Malah, program mentoring ini dikatakan telah lama

menjadi perhatian utama oleh ahli-ahli akademik dan industri sebagai satu program untuk

pembangunan profesional dan peribadi individu (Rekha & Ganesh, 2012). Ia juga dikatakan

sebagai suatu konsep yang begitu relevan dengan bidang profesional serta bidang bukan

profesional pada hari ini. Program mentoring yang dilakukan di IPTA lebih menumpukan

kepada beberapa ciri rekabentuk dan pentadbiran yang mempengaruhi individu atau sesebuah

Page 5: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

5

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

organisasi (Fatimah, 2002). Model yang digunakan dalam program mentoring ini direka dan

ditadbirkan mengikut kesesuaian sesebuah organisasi (Moore & Hamilton, 2003). Setiap

organisasi mempunyai model mentoring yang berbeza mengikut matlamat yang hendak

dituju. Sebagai contoh program mentoring di sekolah ternyata mempunyai matlamat yang

berbeza berbanding di IPT kerana bimbingan yang diberikan adalah berlainan mengikut tahap

kemampuan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

Mengikut perspektif barat, program mentoring yang dilaksanakan adalah tertumpu

kepada kesejahteraan hidup di dunia sahaja melalui pembentukan sikap tanggungjawab

terhadap hubungan manusia dengan manusia, manakala dalam perspektif Islam pula,

perlaksanaan program mentoring adalah bermatlamatkan kesejahteraan hidup di dunia dan

akhirat yang memfokuskan kepada pembentukan mentee yang bertanggungjawab terhadap

hubungan manusia dengan Maha Pencipta serta menjaga hubungan manusia dengan manusia

(Rizal, 2009). Selain itu, kaedah pembelajaran yang berorientasikan akademik dan juga

praktikal telah disuntikkan dengan program ini bagi memudahkan proses pembelajaran di

mana telah meningkatkan amalan komunikasi antara pengajar (mentor) dan pelajar (mentee)

dan amalan komunikasi ini berjaya memindahkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan

kepada pelajar (Azman et al., 2007). Walaupun terdapat perbezaan matlamat di antara kedua-

dua perspektif ini, namun secara umumnya dapat dilihat bahawa kedua-duanya

menggambarkan bahawa program mentoring yang dilaksanakan sebenarnya bermatlamatkan

kepada pembentukan sahsiah atau tingkah laku yang pada akhirnya akan melahirkan mentee

yang mempunyai sifat dan tingkah laku yang lebih baik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan

bertujuan untuk membincangkan peranan program mentoring dalam pembentukan sahsiah

pelajar. Program mentoring ini boleh bertindak sebagai pelengkap kepada program mentoring

formal (Goldstein & Ford, 2002; Ragins, 1999). Mentoring merupakan suatu platform bagi

para mentee untuk melakukan program yang lebih formal dengan diiringi oleh para mentor

sebagai pengiring dan penasihat bagi sesuatu program yang dijalankan.

Fokus utama program mentoring ini adalah untuk melatih dan pembangunan mentee

terutamanya dalam bidang kerjaya dan psikososial mentee seperti pengetahuan penting,

kemahiran terkini, kebolehan baharu, sikap positif dan keperluan semasa supaya mereka

berkeupayaan meningkatkan daya saing diri, mengurus peluang dan masalah dengan

berhemah, serta memberi respon terhadap pelbagai cabaran dalam persekitaran dalaman dan

luaran organisasi secara berterusan (Rekha & Ganesh, 2012; Kram, 1985). Mentor

merupakan orang yang bertanggungjawab dalam melatih dan membimbing mentee dalam

segenap hal terutamanya dalam bidang pendidikan dan kerjaya supaya sentiasa mempunyai

jiwa yang positif dan sentiasa memberi komitmen dalam apa jua bidang yang dilakukan.

Perlaksanaan program mentoring dalam kalangan pelajar di Malaysia adalah bertujuan untuk

mengenali punca masalah tingkah laku timbul dikalangan para pelajar dan pendekatan yang

perlu diambil oleh mentor untuk memainkan peranan penting dalam memperbaiki dan

menjadi pembimbing kepada pelajar-pelajar di bawah seliaan mereka. Oleh sebab itu mentor

harus mempunyai kesungguhan dan membina hubungan yang baik dengan pelajar dalam

mengatasi masalah yang timbul. Mentor juga perlu meletakkan komitmen yang tinggi dalam

membina hubungan tersebut (Tiwi, 2004). Program mentoring mempunyai dua elemen yang

Page 6: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

6

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

sangat penting iaitu komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka (Bernier et al., 2005;

Azman et al., 2007; Azman & Ridzwan, 2012). Komunikasi bersemuka ditakrifkan sebagai

interaksi atau hubungan secara langsung antara pihak pemberi sumber dan pihak penerima

sumber tanpa menggunakan perantaraan saluran yang dilaksanakan dalam masa yang sama

(Mohd, 2008). Komunikasi bersemuka merupakan suatu proses yang amat penting dalam

menjalankan program mentoring kerana keyakinan diri dalam setiap mentee dapat diterap

melalui komunikasi dua hala yang dibina semasa melakukan program mentoring. Manakala

komunikasi terbuka pula ditakrifkan sebagai individu atau organisasi mengamalkan budaya

komunikasi di mana individu boleh mengutarakan pandangan atau persoalan secara terbuka

(Murphey et al., 2001). Konsep komunikasi secara terbuka ini merupakan suatu pendedahan

yang bagus kepada mentee di mana ia mampu membantu para mentee untuk sentiasa bersikap

terbuka dalam menerima teguran dan lebih berani mengutarakan pandangan atau pendapat

kepada para mentor atau sesama mentee ketika melakukan program mentoring.

Program mentoring berperanan penting dalam membantu para pelajar untuk

meningkatkan pencapaian akademik mereka. Malah peranan mentor itu sendiri selaku

pengganti kepada ibu bapa di pusat pengajian dalam memantau perkembangan akademik

pelajar (Tiwi, 2004). Bertepatan dengan objektif program mentoring itu sendiri seperti yang

digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu untuk meningkatkan kesedaran dan

minat untuk terus belajar bagi memperbaiki kelemahan diri pelajar. Hal ini kerana pelajar

memerlukan bimbingan secara berterusan khususnya di Institusi Pengajian Tinggi kerana

pertukaran suasana pembelajaran dan program mentoring dilihat sebagai salah satu langkah

yang efisien dalam memastikan perkara tersebut dicapai. Berdasarkan kajian Absullah Sulong

(2010), pelajar bersetuju bahawa keperluan penasihat akademik (mentor) dalam membimbing

para pelajar dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti serta akademik. Perkara

ini juga disokong melalui hasil kajian yang menunjukkan bahawa pelajar yang mengikuti

program mentoring akan memberikan impak yang positif kepada pencapaian akademik

berbanding pelajar yang kurang memberikan komitmen terhadap program tersebut (Christina

Ho, 2007).

Jadual 2: Perbandingan antara Mentoring dengan Coaching

Mentoring Coaching

Perhubungan secara berterusan dalam

jangka masa yang panjang

Perhubungan secara

keseluruhannya mengikut jangka

masa terhad

Boleh dilakukan secara tidak rasmi,

mesyuarat atau apabila mesti perlukan

nasihat, bimbingan dan sokongan

Berstruktur sifatnya dan

kebiasaannya dilakukan dalam

mesyuarat yang terancang

Jangka masa yang panjang untuk

mengenal pasti pandangan mentee

Jangka masa pendek, ada kalanya

fokus kepada spesifik itu atau

kemahiran

Fokus kepada kerjaya dan

pembangunan peribadi

Fokus kepada pembangunan

kerjaya

Agenda dibuat oleh mentor dan

mentee tentang pembangunan

professional kerjaya mentee

Agenda berfokus kepada

pencapaian spesifik dan matlamat

segera

Page 7: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

7

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Sering pengertian terhadap mentoring dan coaching bertukar ganti penggunaannya,

walaupun terdapat beberapa persamaan, ia adalah penting untuk mengenal pasti perbezaan

utama. Kedua-duanya adalah ditakrifkan sebagai satu proses dua hala yang melibatkan

pembinaan hubungan yang baik berasaskan kepada kepercayaan.

Perbezaan utama adalah coaching menganggap coachee menyedari keperluan untuk

membangunkan diri mereka sendiri yang pada dasarnya berupaya untuk berfungsi dengan

lebih baik di tempat kerja.

Coaching lebih banyak berfokus kepada hasil, manakala seorang mentor dijangka

menyampaikan kepakaran mereka kepada mentee, menerangkan atau menjadi model, cara

yang sebelum ini telah berkesan, dan bukannya menggalakkan mentee untuk melakukan

sesuatu yang baru. Sebaliknya, coach tidak semestinya perlu menjadi seorang pakar dalam

lapangan coachee itu, dan kerap kali ianya tidak. Seorang coach adalah pakar dalam

melaksanakan coaching.

Secara rumusan, kajian ini kami memilih kaedah coaching kerana Engineering

Mathematics 1 hanya 1 semester iaitu jangka masa terhad dan pendek dalam 14 minggu.

Kaedah ini dijalankan seminggu sekali iaitu pada hari khamis fokusnya kepada topik algebra

yang spesifik kepada peningkatan minat pelajar bagi kursus Engineering Mathematics 1 dan

pencapaian adalah spesifik kepada 70% dan matlamat segera dicapai dalam 1 semester.

1.6 Kerangka Kerja Kajian

Rajah 1 menunjukkan kerangka kerja kajian yang dijalankan.

Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian

PELAJAR

UJIAN PRA

< 40% > 40%

MENTORING &

COACHING

UJIAN POS

KEPUTUSAN

KEPUTUSAN

TAMAT

Page 8: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

8

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

2.0 Metodologi Kajian

Alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data daripada peserta dalam kajian ini ialah

borang soal selidik. Penggunaan soal selidik adalah wajar memandangkan masa yang terhad

dan responden tidak dipengaruhi oleh tingkah laku pengkaji. Sidek dan Wan Marzuki (2007)

dan Sidek (2005) menyatakan bahawa rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal

selidik ini selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik

mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan

tepat. Borang soal selidik ini telah dibangunkan berdasarkan 10 item melalui pilihan jawapan

yang menyatakan darjah persetujuan berbentuk skala empat mata. Menurut Mohamad Najib

(2003), dalam Skala Likert, subjek atau responden dikehendaki menandakan jawapan mereka

tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada satu ekstrem yang

lain, “Sangat Setuju” kepada “Sangat Tidak Setuju”. Skala Likert yang telah dipilih adalah

seperti berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Sangat Setuju.

Peserta kajian adalah melibatkan pelajar semester satu dari Program Diploma Kejuruteraan

Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejuruteraan Elektronik

(Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan).

2.1 Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar diploma kejuruteraan di PIS yang mengambil kursus

Engineering Mathematics 1. Program diploma kejuruteraan yang terlibat adalah Diploma

Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP),

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik

(Kawalan) (DJK).

Rajah 2: Proses pemilihan pelajar

Jadual 1: Pemilihan Pelajar Mengikut Program Program Jumlah

Pelajar

Markah <

40%

DKM 10 10

DTP 10 10

DEP 10 10

DJK 10 10

JUMLAH 40 40

Page 9: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

9

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Rajah 2 menunjukkan proses pemilihan pelajar. Seramai 40 orang pelajar dari 4

program telah terpilih. Peserta yang dipilih terdiri dari pelajar yang mendapat markah kurang

dari 40% dalam ujian pra yang dijalankan. Penyelidikan ini hanya fokus pada topik Algebra

sahaja kerana soalan topik Algebra merupakan soalan wajib jawab dalam penilaian akhir.

2.2 Intervensi

Secara khusus, komunikasi antara Pensyarah dan Pelajar dan penyertaan Pelajar dalam

program ini adalah dua bentuk amalan yang sangat penting dalam program Mentoring &

Coaching. Pelaksanaan amalan ini secara terancang mampu mendorong Mentee menguasai

pengetahuan, kemahiran dan kebolehan baru bagi menambahbaikkan psikososial dan prestasi

pengajian (Oliver & Aggleto, 2002; Kleinman, Siegel & Ecktein, 2001). Oleh itu, antara

kaedah yang digunakan adalah kerap berjumpa pelajar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tempat pertemuan adalah di bilik kuliah dan bilangan pelajar juga dihadkan kepada 10 orang

untuk 1 sesi pertemuan. Pensyarah biasanya memberi tugasan kepada pelajar berbentuk

latihan matematik. Sebelum program Mentoring & Coaching dijalankan, didapati pelajar

sangat lemah asas matematik iaitu Algebra.

Pelajar diminta untuk mencari soalan-soalan peperiksaan akhir yang lepas dan mula

membuatnya berdasarkan topik-topik yang diajar. Sekiranya pensyarah sudah habis

mengajar, maka pelajar diminta untuk membuat soalan-soalan yang berkaitan topik tersebut

dan begitulah seterusnya. Sekiranya pelajar sukar untuk mendapat koleksi soalan-soalan

peperiksaan akhir yang lepas, pelajar akan dibantu oleh mentor untuk mendapatkannya.

Mentor akan membuat semakan kepada latihan yang dibuat setiap kali pertemuan diadakan.

Pelajar diminta untuk membuat pembetulan dan akan menyemak semula pembetulan

tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan pelajar benar-benar buat latihan. Melalui latihan–

latihan berbentuk peperiksaan, minda pelajar akan lebih bersedia dan pelajar akan lebih

berkeyakinan menghadapi peperiksaan (Fadzilah Kamsah & Rohidzir Rais, 2008).

Setiap kali pertemuan, Mentor akan berusaha untuk memastikan pelajar akan lebih

bersemangat belajar selepas itu. Ini dapat dilakukan dengan memberi motivasi kepada

pelajar. Motivasi merupakan suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak

utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan

(Taidin Suhaimin, 2013). Pensyarah akan menceritakan kejayaan-kejayaan pelajar lain iaitu

pelajar senior di PIS dan juga akan menceritakan berkenaan pelajar-pelajar yang gagal

sebagai pengajaran yang boleh diambil. Contohnya pelajar yang gagal sesuatu kursus

dikehendaki mengulang kursus pada semester berikutnya (Arahan-arahan peperiksaan dan

kaedah penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2009). Oleh itu, pelajar

biasanya akan menghadapi kesukaran dalam menyusun jadual waktu semester berikutnya

kerana berlaku pertindihan kursus. Pelajar yang mengulang kursus biasanya akan merasa

rendah diri apabila terpaksa memasuki kelas junior dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak

menimbulkan rasa sedikit kerisauan kepadanya apabila tidak berusaha bersungguh-sungguh

yang boleh mengakibatkan gagal dan mengulang kursus. Pengalaman mentor mengajar

pelajar-pelajar yang rajin juga turut digunakan bagi menyuntik semangat pelajar agar

berusaha tanpa jemu dan putus asa. Pelajar juga seringkali tidak dapat memahami pengajaran

pensyarah di dalam kelas. Jadi pelajar dinasihati agar rajin bertanya pesyarah ilmu–ilmu yang

tidak dapat difahaminya di dalam kelas sepertimana sebuah hadith yang bermaksud “jika

bukan kerana bertanya, pasti ilmu akan lenyap.” (Riwayat Imam Darumi). Pensyarah juga

mungkin memberikan tip untuk soalan peperiksaan yang akan mereka hadapi.

Page 10: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

10

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Ujian pra diberikan kepada pelajar setelah tamat minggu suai kenal iaitu pada minggu

pertama kuliah. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan matematik mereka

sebelum kuliah kursus Engineering Mathematics 1 dimulakan. Soalan ujian ini adalah dalam

bentuk subjektif yang merangkumi soalan-soalan topik Algebra bagi kursus Engineering

Mathematics 1. Sebanyak 10 soalan telah diberikan dan pelajar perlu menjawab dalam

tempoh masa 30 minit. Hasil dapatan ujian ini dianalisa dan direkodkan dalam bentuk jadual

dan graf.

3.0 Keputusan dan Perbincangan

Pengkaji menganalisis data menggunakan analisis kuantitatif dengan menggunakan Skala

Pencapaian untuk menganalisis peningkatan pencapaian responden 1 dalam ujian pra dan

ujian pos. Untuk menganalisis peningkatan pencapaian responden, Jadual 2, Interprestasi

Markah Pelajar dijadikan sebagai rujukan.

Pengkaji telah memilih keputusan ujian salah seorang responden secara rawak yang

menunjukkan skala pencapaian dalam ujian pra dan ujian pos. Dalam Jadual 3, dapat dilihat

peratus peningkatan markah di antara ujian pra dan ujian pos. Markah responden 1 meningkat

sebanyak 70% selepas program Mentoring & Coaching dijalankan.

Jadual 3: Analisis Kuantitatif (Pencapaian Responden 1)

Penilaian Markah

(%)

Gred Peratus

Peningkatan (%)

Ujian Pra 10% E -

Ujian Pos 80% A 70%

3.1 Bahagian A: Analisis Pencapaian Matematik bagi Topik Algebra Berdasarkan

Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah ujian pra dan ujian pos bagi dianalisis secara deskriptif iaitu dengan mencari nilai

min dan sisihan piawai seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.

Jadual 4: Analisis Keseluruhan Pencapaian Pelajar Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 2: Interprestasi Markah

Interprestasi:

80-100 A Sangat baik dan sudah menguasai

60-79 B Baik dan boleh menguasai

40-59 C Memuaskan tetapi masih kurang

menguasai

20-39 D Lemah dan penguasaan amat terhad

0-19 E Sangat lemah dan tidak menguasai

Page 11: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

11

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Keputusan:

1. Jika nilai Signifikasi atau Sig.(2-tailed) > 0.05, maka H0 diterima dan H1

ditolak.

2. Jika nilai Signifikasi atau Sig.(2-tailed) < 0.05, maka H0 ditolak dan H1

diterima.

Berdasarkan Jadual 4, bagi perbandingan antara markah ujian pra dengan ujian pos,

didapati bahawa Sig-tailed <0.05 maka hipotesis nul (H0) ditolak dan H1 diterima. Ini

menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam pencapaian matematik bagi

topik Algebra di antara ujian pra dengan ujian pos.

Jadual 5: Analisis Purata Keseluruhan Pencapaian Pelajar Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian

Pos

Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa markah min ujian pos adalah lebih tinggi

berbanding markah min ujian pra pelajar. Markah min ujian pra sebanyak 20.00 dan ianya

meningkat sebanyak 56.75 kepada 76.75 di dalam ujian pos. Ini menunjukkan terdapat

peningkatan dalam pencapaian matematik bagi topik Algebra di antara ujian pra dengan ujian

pos.

3.2 Bahagian B: Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Program Coaching & Mentoring.

Maklumat di dalam borang soal selidik yang dikumpulkan dari semua peserta dianalisis

secara deskriptif iaitu dengan mencari skor median dan peratus frekuensi peserta yang

menjawab sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju bagi setiap

item.

3.2.1 Item 1: Keberkesanan Kaedah Mentoring & Coaching.

Daripada analisis di dalam Jadual 6, jumlah pelajar yang setuju 50.0%, manakala 50.0% lagi

sangat setuju dengan keberkesanan kaedah Mentoring & Coaching yang dijalankan.

Page 12: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

12

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Jadual 6: Keberkesanan Kaedah Mentoring & Coaching.

Frequency Percent

Valid

Percent

Cumulative

Percent

Valid Setuju 20 50.0 50.0 50.0

Sangat Setuju 20 50.0 50.0 100.0

Total 40 100.0 100.0

3.2.2 Item 2: Adakah anda berpuashati dengan kaedah Mentoring & Coaching ini?

Bagi item 2 dalam Jadual 7, analisis menunjukkan lebih daripada 50% pelajar setuju dan

sangat setuju bahawa mereka berpuashati dengan kaedah Mentoring & Coaching ini. Dapatan

di dalam Jadual 7 menunjukkan peratus pelajar yang setuju ialah 67.5% dan sangat setuju

ialah 30.0%. Manakala peratus pelajar yang kurang setuju hanya 2.5% sahaja.

Jadual 7: Adakah anda berpuashati dengan kaedah Mentoring & Coaching ini?

Frequency Percent

Valid

Percent Cumulative Percent

Valid Kurang

Setuju

1 2.5 2.5 2.5

Setuju 27 67.5 67.5 70.0

Sangat Setuju 12 30.0 30.0 100.0

Total 40 100.0 100.0

3.2.3 Item 3: Adakah anda bersetuju kaedah Mentoring & Coaching ini dapat

meningkatkan kefahaman dan prestasi anda?

Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan di dalam Jadual 8, 62.5% pelajar setuju dan 37.5%

sangat setuju bahawa kaedah Mentoring & Coaching ini dapat meningkatkan kefahaman dan

prestasi mereka.

Jadual 8: Adakah anda bersetuju kaedah Mentoring & Coaching ini dapat meningkatkan

kefahaman dan prestasi anda?

Frequency Percent

Valid

Percent Cumulative Percent

Valid Setuju 25 62.5 62.5 62.5

Sangat Setuju 15 37.5 37.5 100.0

Total 40 100.0 100.0

3.2.4 Item 4: Adakah anda bersetuju kaedah Mentoring & Coaching ini dapat

meningkatkan kefahaman dan prestasi anda?

Page 13: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

13

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Analisa data dapatan yang ditunjukkan bagi item 4 di dalam Jadual 9 menunjukkan 62.5%

pelajar setuju dan 37.5% sangat setuju sekiranya pembelajaran seterusnya menggunakan

kaedah Mentoring & Coaching ini.

Jadual 9: Adakah anda bersetuju sekiranya pembelajaran seterusnya menggunakan

kaedah Mentoring & Coaching ini?

Frequency Percent

Valid

Percent Cumulative Percent

Valid Setuju 25 62.5 62.5 62.5

Sangat Setuju 15 37.5 37.5 100.0

Total 40 100.0 100.0

3.2.5 Item 5: Setelah kaedah ini diperkenalkan, adakah minat anda terhadap mata pelajaran

matematik semakin bertambah?

Analisa data dapatan yang ditunjukkan bagi item 5 di dalam Jadual 10 menunjukkan jumlah

pelajar yang setuju 50.0%, manakala 50.0% lagi sangat setuju bahawa minat mereka terhadap

matematik semakin bertambah setelah diperkenalkan dengan kaedah Mentoring & Coaching.

Jadual 10: Setelah kaedah ini diperkenalkan, adakah minat anda terhadap mata

pelajaran matematik semakin bertambah?

Frequency Percent

Valid

Percent Cumulative Percent

Valid Setuju 20 50.0 50.0 50.0

Sangat Setuju 20 50.0 50.0 100.0

Total 40 100.0 100.0

3.2.6 Item 6: Adakah tempoh masa untuk program Mentoring & Coaching ini mencukupi?

Bagi item 6 dalam Jadual 11, analisis menunjukkan 52.5% pelajar setuju dan 47.5% sangat

setuju bahawa tempoh masa untuk program Mentoring & Coaching ini mencukupi.

Jadual 11: Adakah tempoh masa untuk program Mentoring & Coaching ini

mencukupi?

Frequency Percent

Valid

Percent Cumulative Percent

Valid Setuju 21 52.5 52.5 52.5

Sangat Setuju 19 47.5 47.5 100.0

Total 40 100.0 100.0

Page 14: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

14

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

4.0 Rumusan dan Cadangan

Daripada analisis dan perbincangan dapatan kajian yang melibatkan markah ujian pra dan

markah ujian pos bagi topik Algebra, didapati terdapat peningkatan pencapaian matematik

bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran menggunakan pendekatan Mentoring & Coaching.

Ini disokong pula oleh hasil ujian hipotesis kajian yang mendapati bahawa sememangnya

terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian matematik di antara ujian pra dengan

ujian pos pelajar yang mengikuti pembelajaran menggunakan pendekatan Mentoring &

Coaching. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran

Mentoring & Coaching dapat meningkatkan pencapaian pelajar yang dikaji bagi topik

Algebra.

Daripada analisis dan perbincangan dapatan kajian yang melibatkan borang soal

selidik, keseluruhan pelajar bersetuju bahawa Mentoring & Coaching yang dijalankan adalah

berkesan. Mereka berpuashati dengan kaedah Mentoring & Coaching ini kerana dapat

meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam matematik. Mereka bersetuju sekiranya kaedah

Mentoring & Coaching ini terus digunakan dalam pembelajaran seterusnya. Minat pelajar

terhadap matematik juga semakin bertambah dan tempoh masa Mentoring & Coaching yang

diberi adalah mencukupi.

Setelah kajian ini selesai, pengkaji berharap agar kajian mengenai pendekatan

Mentoring & Coaching ini dapat diteruskan lagi dengan skop yang lebih luas. Kajian ini

hanya melibatkan topik Algebra sahaja. Pengkaji berharap pada masa yang akan datang,

kajian ini dapat diperluaskan lagi untuk topik-topik lain yang terkandung di dalam kursus

Engineering Mathematics 1 seperti Trigonometry, Complex Number, Matrices dan Vector &

Scalar. Hal ini boleh menjadikan maklumat kajian lebih menyeluruh kerana melibatkan

keseluruhan topik-topik di dalam kursus Engineering Mathematics 1. Kajian pada kali ini

mengambil sampel yang melibatkan pelajar-pelajar di bawah bimbingan pengkaji sahaja.

Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan mengambil sampel secara rawak dari mana-mana

kelas supaya maklumat kajian meliputi pelbagai latar belakang pelajar. Dengan itu, dapatan

kajian akan menjadi lebih tepat.

5.0 Rujukan

Jurnal

Absullah Sulong & Wan Zainura Wan Yusof. 2010. Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik

Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

Azman I, Kamsiah H, Rizal AB, Ahmad RRA, Junoh AM. 2007. Kesan Pemindahan

Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan ke atas Amalan Komunikasi dalam

Sistem Mentoring di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan pp.133-

160.

Bernier A, Larose S & Soucy N. 2005. Academic mentoring in college: The interactive role

of student’s and mentor’s interpersonal dispositions. Research in Higher Education

46(1), 29-51.

Byrne MW & Keefe MR. 2002. Building Research Competence in Nursing Through

Mentoring.

Journal of Nursing Scholarship 34(4), 391-396

Page 15: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

15

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Christina Ho, Patricia Lepine & Arlene Wood. (2007). Effectiveness of Teacher Mentoring

on Student Achievement

Erden, M. & Akgul, S. 2010. Predictive Power of Mathematics Anxiety and Perceived Social

Support from Teacher for Primary Students’Mathematics Achievement. Journal of

Theory and Practice in Education, Vol. 6, No.1, 3-16.

Ghosh R, TGR Jr. 2013. Career Benefit Associated with Mentoring for Mentors: A meta-

analysis. Journal of Vocational Behavior83,106-116.

Kleinman, G., Siegel, P. H. & Eckstein, C. 2001. Mentoring and Learning: The Case of CPA

Firms. Learning and Organization Development Journal, 22(1), 22–33.

Kram KE. 1985. Mentoring at Work: Developmental Relationships in Organizational Life.

Scoot Foresman, Glenview, IL.

Ljungberg I, Kroll T, Libin A, Gordon S. 2011. Using Peer Mentoring for People with Spinal

Cord Injury to Enhance Self-Efficacy Beliefs and Prevent Medical Complications.

Journal of Clinical Nursing 20, 351–358.

Prima Vitasari et al. 2010. Exploring Mathematics Anxiety Among Engineering Students.

Journal of Procedia Social and Behavioral Sciences 8, 482-489.

Ragins, B.R. 1999. Mentor functions and outcomes: a comparison of men and women in

formal and informal mentoring relationship. Journal of Applied Psychological, 84

(4),529-549.

Rekha NK, Ganesh PM. 2012. Do mentors learn by mentoring others? International Journal

of Mentoring and Coaching in Education1(3), 205-217.

Sidek Mohd. Noah & Wan Marzuki Wan Jaafar. 2007. Analisis Kesahan dan

Kebolehpercayaan Soal Selidik Penilaian Kaunselor terhadap Penyelia (IPKtP). Jurnal

PERKAMA, 13:1-13.

Tiwi binti Kamidin. 2004. Pendekatan Sistem Mentor dalam Pengurusan Tingkah Laku

Bermasalah. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5.

Buku

Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian, Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan

Pendidikan Politeknik, Edisi 5 Disember 2015.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah & Rohidzir Rais. 2008. Tip Menjadi Pelajar IPT

Cemerlang. Telaga Biru.

Fatimah Mohamad Akib. 2002. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Sistem

Mentoring di IPTA. Projek Tahun Akhir. Laporan Tidak Diterbitkan. Universiti

Malaysia Sarawak.

Goldstein, I.L. & Ford, J.K. 2002. Training in Organizations. Wadsworth: Thomson

Learning.

Kurikulum DBM1013. 2014. Engineering Mathematics 1, Ministry of Education Malaysia

Polythechnic, Version: 090514_1.0_Effective: Jun 2014.

Mayer, R. E. (1998). Cognitive, Metacognitive and Motivational Aspects of Problem

Solving. Instructional science, 26(1-2), 49-63.

Mohd. Najib Abdul Ghaffar. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Moore, W. D. & Hamilton, R. J. 2003. Mentoring for High Ability School Students.

Education and Training. 45(2), 100-109.

Oliver C. and Aggleton, P. 2002. Mentoring for Professional Development in Health

Promotion: A Review of Issues Raised by Recent Research, Institute of Education, UK.

Universiti of London. 102 (1), 30-38.

Page 16: Kesan Pendekatan Mentoring & Coaching Terhadap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas02_001_norihan.pdfsoalan Algebra dengan baik. Kaedah ini diperkenalkan kepada

16

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2019)

Rizal, A. B. 2009. Kaunseling dari Perspektif Islam: Apa, Mengapa dan Bagaimana? Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sidek Mohd. Noah. 2005. Pengujian dan Penilaian Kaunseling : Teori dan Aplikasi. Serdang.

Universiti Putra Malaysia.

Prosiding

Azman I & Ridzuan AA. 2012. Relationship between Mentoring Program and Academic

Performance: The Mediating Effect of Self-efficacy. The Proceeding of the 3rd

International Conference on Business and Economics Research (ICBER), 12-13 March

2012, Indonesia.

Mohd SI, Ashari S, Siti ZA, Mohd ZM, Ahmad R Z & Latifah MA. (2008). Komunikasi

Interpersonal dalam Pengajaran di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah

Teknik di Melaka. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan. 22-23

Oktober, 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

Murphey T. 2001. Fractals of Educational Change: Open Communication and Risk Taking.

International Conference Center. Kitakyushu, Japan.

Internet

Mohd Fuad Omar. 2014. Mentoring dan Coaching dalam Penambahbaikan P&P. Politeknik

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

https://www.scribd.com/document/378414437/Edited-Mohd-Fuad-

Taidin Suhaimin. t.th. Definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi.

http://mypsychotherapy-saifullazeen.blogspot.com/2015/02/definisi-pengertian-makna-

maksud.html