tahap pengetahuan sivik golongan belia-remaja malaysia...

14
419 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018) Tahap Pengetahuan Sivik Golongan Belia-Remaja Malaysia: Kajian Ke Atas Mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Malaysian Youth Group Civic Knowledge Level: Study on University Putra Malaysia Students. Nur Maisarah Husna Mohd Mahadee 1 , Mohd Mahadee Ismail 2 ABSTRAK Makalah ini membincangkan tentang tahap pengetahuan sivik golongan belia-remaja di Malaysia dengan memberikan perhatian khusus terhadap mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Golongan belia-remaja yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi bukan sahaja menjadi teras kepada pembentukan modal insan negara, malah mereka adalah nadi pembangunan negara dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Secara statistikal, berdasarkan kepada bancian penduduk tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan belia-remaja yang berumur sekitar 15 hingga 24 tahun merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Kumpulan tersebut menjadi pemangkin dan aset yang perlu diberikan perhatian utama oleh pihak pemerintah dalam menjamin kelestarian dan masa depan negara. Hal ini kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam negara disertai dengan fenomena globalisasi yang melanda dunia kini telah membawa suatu cabaran besar kepada golongan belia-remaja kini. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai bentuk permasalahan sosial dan aktiviti yang tidak bermoral. Mereka juga terancam dengan pelbagai isu yang boleh mempengaruhi persepsi negatif terhadap negara dan boleh menjejaskan tingkat kesedaran sivik. Lantaran dari itu, satu kajian telah dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia bagi melihat perkara yang paling asas iaitu tahap pengetahuan sivik golongan belia-remaja hari ini. Dalam mengukur tahap pengetahuan sivik tersebut, sebanyak tujuh dimensi telah digunakan merangkumi pengetahuan tentang sejarah negara, pengetahuan tentang sistem kerajaan dan pentadbiran negara, pengetahuan tentang identiti nasional, pengetahuan tentang hal ehwal perlembagaan persekutuan dan undang-undang negara, pengetahuan tentang perkembangan isu semasa yang berlaku di dalam negara, pengetahuan tentang prinsip asas demokrasi, dan pengetahuan tentang hubungan antarabangsa. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan sivik kumuplan belia-remaja yang dikaji umumnya berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, masih terdapat beberapa dimensi pengetahuan berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Keywords: Pengetahuan sivik, Belia-remaja Malaysia, Mahasiswa UPM. ABSTRACT This paper discusses the level of civic knowledge among youths in Malaysia with particular attention to the University Putra Malaysia students. The youths who are studying at the higher education institute will not only be the core of human capital for the country, but they 1 Pelajar, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor. Email: [email protected] 2 Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Email: [email protected]

Upload: hoangkhanh

Post on 05-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

419

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Tahap Pengetahuan Sivik Golongan Belia-Remaja Malaysia:

Kajian Ke Atas Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.

Malaysian Youth Group Civic Knowledge Level:

Study on University Putra Malaysia Students.

Nur Maisarah Husna Mohd Mahadee1, Mohd Mahadee Ismail2

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan tentang tahap pengetahuan sivik golongan belia-remaja di

Malaysia dengan memberikan perhatian khusus terhadap mahasiswa Universiti Putra

Malaysia. Golongan belia-remaja yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi bukan

sahaja menjadi teras kepada pembentukan modal insan negara, malah mereka adalah nadi

pembangunan negara dan tunjang bangsa pada masa hadapan. Secara statistikal,

berdasarkan kepada bancian penduduk tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia, golongan belia-remaja yang berumur sekitar 15 hingga 24 tahun

merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Kumpulan tersebut menjadi pemangkin dan aset

yang perlu diberikan perhatian utama oleh pihak pemerintah dalam menjamin kelestarian

dan masa depan negara. Hal ini kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam negara

disertai dengan fenomena globalisasi yang melanda dunia kini telah membawa suatu

cabaran besar kepada golongan belia-remaja kini. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai

bentuk permasalahan sosial dan aktiviti yang tidak bermoral. Mereka juga terancam dengan

pelbagai isu yang boleh mempengaruhi persepsi negatif terhadap negara dan boleh

menjejaskan tingkat kesedaran sivik. Lantaran dari itu, satu kajian telah dilaksanakan di

Universiti Putra Malaysia bagi melihat perkara yang paling asas iaitu tahap pengetahuan

sivik golongan belia-remaja hari ini. Dalam mengukur tahap pengetahuan sivik tersebut,

sebanyak tujuh dimensi telah digunakan merangkumi pengetahuan tentang sejarah negara,

pengetahuan tentang sistem kerajaan dan pentadbiran negara, pengetahuan tentang identiti

nasional, pengetahuan tentang hal ehwal perlembagaan persekutuan dan undang-undang

negara, pengetahuan tentang perkembangan isu semasa yang berlaku di dalam negara,

pengetahuan tentang prinsip asas demokrasi, dan pengetahuan tentang hubungan

antarabangsa. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan sivik kumuplan belia-remaja

yang dikaji umumnya berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, masih terdapat

beberapa dimensi pengetahuan berada pada tahap yang kurang memberangsangkan.

Keywords: Pengetahuan sivik, Belia-remaja Malaysia, Mahasiswa UPM.

ABSTRACT

This paper discusses the level of civic knowledge among youths in Malaysia with particular

attention to the University Putra Malaysia students. The youths who are studying at the

higher education institute will not only be the core of human capital for the country, but they

1 Pelajar, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor. Email: [email protected] 2 Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti

Putra Malaysia. Email: [email protected]

420

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

are becoming the heart of national development and future nation. Statistically, based on the

2010 population census issued by the Statistics Department, youth group aged 15 to 24 years

old are the largest group in Malaysia. The group is a catalyst and assets which need to be

given special attention by the government in ensuring the sustainability and country future.

This is because the rapid development in the country is accompanied by the globalization

phenomenon has struck the world today and brought a huge challenge to the youths. They are

easily exposed to various forms of social problems and immoral activities. They are also

threatened with various issues that can influence negative perception to the country and can

affect civic consciousness level. Therefore, a study has been conducted in University Putra

Malaysia to see basic civic knowledge among youths nowadays. In measuring civic

knowledge level, seven dimensions have been used, including knowledge about national

history, knowledge about the state system and the state administration, knowledge of national

identity, knowledge about federal constitutional and national laws, knowledge of current

issues in the country, knowledge on the basic principles of democracy, and knowledge about

international relations. The findings show that civic knowledge level in youth group basically

at the highest level. However, there are some dimensions of knowledge still at low level.

Keywords: Civic Knowledge, Malaysian Youths, UPM Students.

Pengenalan

Masyarakat Malaysia yang bersifat multietnik terus melalui era transformasi dalam

kehidupan seiring dengan kepesatan teknologi dan globalisasi yang melanda dunia kini.

Perkembangan pesat yang berlaku tersebut telah membawa suatu cabaran baharu kepada

golongan belia-remaja. Mereka bukan sahaja mudah terdedah kepada pelbagai bentuk

permasalahan sosial dan aktiviti yang tidak bermoral, tetapi mereka juga terancam dengan

pelbagai isu yang boleh mempengaruhi persepsi negatif terhadap negara dan boleh

menjejaskan tingkat kesedaran sivik. Perkembangan kumpulan tersebut perlu diberi perhatian

khusus oleh pihak pemerintah memandangkan mereka adalah pemangkin serta aset yang

menjamin kelestarian dan kestabilan masa depan negara.

Artikel ini menggunakan istilah belia-remaja yang merujuk kepada kumpulan yang

berumur di antara 15 hingga 24 tahun di mana mereka merupakan antara kumpulan terbesar

di Malaysia berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

mengikut banci tahun 2010. Pada tahun 2016, golongan yang berumur 15 hingga 19 tahun

berjumlah 2,862,700 orang, sementara golongan yang berumur 20 hingga 24 tahun berjumlah

3,244,600 orang daripada jumlah keseluruhan populasi 31,633.5 juta orang (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2017). Bagi tahun 2017 pula, dianggarkan golongan yang berumur 15

hingga 19 tahun berjumlah 2,873,000 orang manakala golongan yang berumur 20 hingga 24

tahun berjumlah 3,251,000 orang daripada jumlah keseluruhan populasi 32,049.7 juta orang

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017). Anggaran penduduk Malaysia bagi tahun 2017

menunjukkan kumpulan 20 hingga 24 merupakan kumpulan tersebar bagi kedua-dua

kumpulan jantina lelaki dan perempuan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).

Di Malaysia, golongan belia-remaja telah didedahkan dengan pendidikan sivik sejak

di bangku sekolah lagi. Sistem pendidikan yang diaplikasi di negara ini telah menerapkan

mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai suatu usaha bersepadu dalam

memperkembangkan potensi individu secara holistik dan menyeluruh dengan memberi

penekanan kepada nilai-nilai murni, pembentukan karakter, pemupukan semangat patriotik

421

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

dan semangat kesukarelawanan (Mohd Mahadee & Mansor, 2013). Subjek tersebut menjadi

mata pelajaran teras bagi semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tiga elemen

utama yang ditekankan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

merangkumi pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan kecenderungan sivik (Mohd Mahadee,

2015). Sebelum ini pendidikan sivik lebih dikenali sebagai Pendidikan Tatarakyat,

Pendidikan Kewarganegaraan, Sivik Rendah Baru dan Sivik Menengah Baru. Mata pelajaran

ini telah mula diajar di sekolah-sekolah sejak tahun 1954 melalui cadangan Laporan Pelajaran

Tahunan 1952 (Robiah & Zahara, 1992). Matlamat asas pengenalan pendidikan sivik di

negara ini adalah untuk mencapai perpaduan yang menyeluruh dalam kalangan

masyarakatnya yang bersifat multietnik dan mencapai pembentukan sebuah negara bangsa

unggul berpayungkan anak watan (Mohd Mahadee & Mansor, 2013).

Asasnya, pendidikan sivik terangkum di bawah aspek literasi politik atau pendidikan

politik. Sepertimana yang dijelaskan oleh Thomas (2005), pendidikan sivik, pendidikan

politik atau literasi politik adalah suatu pendekatan yang mempunyai tujuan dan matlamat

yang sama. Ketiga-tiga pendekatan memfokuskan kepada pendedahan, pengetahuan dan

pemahaman seseorang warganegara terhadap perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal

politik, sistem pentadbiran dan kerajaan. Pelaksanaan pendidikan sivik secara langsung dapat

memupuk kesedaran yang tinggi tentang peranan, hak dan tanggungjawab warganegara

terhadap masyarakat dan negara.

Sorotan Konsep Pendidikan Sivik

Konsep pendidikan sivik boleh dikupas dari pelbagai sudut dan pandangan. Tafsiran

pendidikan sivik ironinya merangkumi peranan seseorang warganegara terhadap negaranya,

kesedaran warganegara terhadap kepentingan negara, tanggungjawab individu terhadap

sistem politik, pendidikan kewarganegaraan dan pendidikan tatarakyat. Zaman Plato dan

Aristotle, pendidikan sivik memfokuskan tentang latihan kewarganegaraan yang menyeluruh

(Torney, Oppenheim & Farnen, 1975). Charles Merriam (1930) menekankan pendidikan

sivik sebagai usaha untuk menilai kesetiaan politik dan patriotisme (Torney, Oppenheim &

Farnen, 1975). Janowitz (1983) memerincikan pendidikan sivik bertujuan untuk

meningkatkan kesetiaan dan semangat patriotisme melalui kesedaran sivik yang tinggi.

Selepas tehun 1990an, sarjana terkemudian mengaitkan konsep pendidikan sivik dengan

elemen demokrasi seperti pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan demokratik

(Diamond, 1995; Carothers, 1997; Quigley, 1999; Print, 1999; Bratton et al. 1999; Finkel,

Sabatini & Bevis, 2000; Finkel, 2002; Brahm, 2006). Maka dengan itu, dapat dilihat bahawa

transformasi konsep pendidikan sivik telah disesuaikan dengan perkembangan dan perubahan

zaman. Pada peringkat awal, pendidikan sivik memfokuskan hal ehwal kewarganegaraan,

kemudiannya menekankan elemen kesetiaan dan patriotisme, dan seterusnya menyulam

elemen demokrasi secara bersama. Walaupun perkembangan mutakhir memaparkan

pendidikan sivik disulam dengan teras demokrasi, namun begitu, elemen kewarganegaraan,

kesetiaan dan petriotisme tidak dipinggirkan malah terus menjadi antara unsur utama kepada

konsep pendidikan sivik yang menjadikannya lebih holistik dan komprehensif.

Umumnya, pendidikan sivik dapat ditakrifkan sebagai pendidikan kewarganegaraan

dan pendidikan demokrasi (Brahm, 2006); pendidikan politik, pendidikan moral, literasi

politik, indoktrinasi politik dan pendidikan nasionalis (Thomas, 2005). Konsep tersebut telah

digunakan secara bersilih ganti dalam bidang pendidikan bagi menjelaskan pendekatan untuk

menyemai semangat patriotik dan menerapkan ciri-ciri penting demokrasi (Brahm, 2006:3).

422

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Bagi Antal dan Easton (2009), pendidikan sivik akan membawa kesan praktikal terhadap

pembelajaran dan peningkatan prestasi untuk menjadi seorang warganegara yang lebih

bertanggungjawab. Oleh sebab itu pendidikan sivik memberi penekanan terhadap

tanggungjawab seseorang warganegara di mana perkataan ‘sivik’ itu sendiri membawa

makna ‘warganegara’ dalam bahasa Latin (Safell, 1996). Ini bermakna konsep sivik amat

berkait rapat dengan konsep negara, bangsa, kewarganegaraan dan negara-bangsa (Tor,

2009).

Pendidikan sivik menyediakan satu kerangka yang positif bagi pembentukan identiti

sivik kolektif. Ini kerana pendekatan pendidikan sivik dapat mempersiapkan individu dengan

hak-hak dan tanggungjawab seorang warganegara yang baik sejak dari zaman kanak-kanak

lagi (Gutmann, 1995). Sepertimana yang ditegaskan oleh Tor (2009), dalam usaha

pembentukan generasi baru, pendekatan pendidikan sivik menekankan bahawa ciri-ciri sivik

atau karakter sivik perlu dipupuk pada usia awal remaja atau “young-mature individual’s

life”. Sementara itu, menurut Janowitz (1983), pendidikan sivik yang efektif akan

meningkatkan pemahaman dan identifikasi diri sebagai sebuah bangsa akan lebih bermakna.

Branson dan Quiqley (1998) meletakkan pendidikan sivik sebagai “education in self-

government”. Selain itu, pendidikan sivik boleh dianggap sebagai “conscious social

reproduction” (Guttman, 1987; Ichilov, 2003; Pettersson, 2003) untuk memelihara tradisi,

meningkatkan kecekapan serta mengekalkan kestabilan dalam bidang sosial, ekonomi dan

politik melalui pembentukan generasi baru yang berpengetahuan (Tor, 2009).

Jelas bahawa konsep pendidikan sivik memfokuskan kepada tindakan mendidik setiap

warganegara dengan ilmu berkaitan politik, pentadbiran dan kerajaan (Mohd Mahadee,

2015). Pendekatan ini dapat membentuk orientasi sivik seseorang warganegara seperti

kesetiaan mereka, sifat sivik mereka, toleransi mereka, pembangunan politik pada diri

mereka, penyertaan politik mereka dan tingkah-laku sivik mereka (Pettersson, 2003) di

samping nilai-nilai demokratik yang menjadi teras kepada pembangunan politik masa kini.

Pengetahuan Sivik

Pengetahuan sivik merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang

warganegara, khususnya pengetahuan tentang hal ehwal politik, pentadbiran dan kerajaan,

masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara (Brahm,

2006), prinsip dan amalan demokrasi, serta nilai-nilai demokratik (Galston, 2001). Tor (2009:

51) telah mendefinisikan pengetahuan sivik sebagai cognition of politically and civically

relevant facts especially cognition of the rights and responsibilities that come with the legal

status as a citizen”. Branson (1998) mendefinisikan pengetahuan sivik sebagai maklumat

yang bersifat fakta berkenaan politik yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini

bermakna bahawa pengetahuan sivik amat penting dalam menyediakan perspektif yang jelas

bagi seluruh warganegara untuk mengambil bahagian dalam masyarakat, khususnya dalam

konteks sosio-politik. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak-

hak mereka (Brahm, 2006), menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka dan boleh

mendorong mereka melibatkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan

awam (Galston, 2001), serta dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan

cabaran yang dihadapi dalam masyarakat mereka (Tor, 2009). Dengan itu, golongan belia-

remaja dapat memahami bagaimana sesebuah sistem sosio-politik itu berfungsi dan

mengetahui hak dan tanggungjawab mereka (Tor, 2009).

423

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Menurut Galston (2004), pendidikan sivik membawa impak yang besar ke atas

peningkatan pengetahuan sivik. Ini terbukti melalui kajian yang telah dijalankan oleh Hart,

Donnelly, Youniss dan Atkins (2007), Torney-Purta dan Wilkenfeld (2009), serta Hahn

(2010). Kajian mereka mendapati bahawa pelajar yang mendapat pendidikan sivik

mempunyai tahap pengetahuan sivik yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak

mendapat pendedahan pendidikan sivik. Menurut Branson (1998), kajian yang dijalankan

oleh Carpini dan Keeter telah membuktikan bahawa individu yang lebih bermaklumat adalah

lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam politik, dapat memahami dan membezakan

kepentingan diri dengan kepentingan awam, dan berupaya untuk meletakkan kepentingan diri

dalam dunia politik. Branson (1998) turut menambah bahawa rakyat yang lebih bermaklumat

adalah lebih cenderung untuk menunjukkan ciri-ciri kewarganegaraan yang baik, seperti

mempunyai tahap toleransi politik yang tinggi dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa

masyarakat setempat.

Bagi tujuan penyelidikan ini, tujuh sub-dimensi pengetahuan sivik telah digunakan

iaitu; (i) sejarah negara (Branson, 1998; Kirlin, 2003; Kidwell et al., 2008; Tor, 2009); (ii)

kerajaan dan pentadbiran (Branson, 1998; Kirlin, 2003; Brahm, 2006; Kidwell et al., 2008;

Tor, 2009); (iii) identiti nasional (Tor, 2009); (iv) perlembagaan persekutuan (Branson, 1998;

Kirlin, 2003; Tor, 2009); (v) isu semasa (Branson, 1998; Kirlin, 2003; Kidwell et al., 2008;

Tor, 2009); (vi) prinsip demokrasi (Branson, 1998; Galston, 2001; Finkel, 2002; Kirlin, 2003;

Kidwell et al. 2008; Tor, 2009); dan (vii) hubungan antarabangsa (Branson, 1998; Tor, 2009).

Metodologi Kajian

Kajian ini mengaplikasi pendekatan kuantitatif melalui teknik survey menggunakan borang

soal selidik. Sampel kajian ialah golongan belia-remaja dari Universiti Putra Malaysia

(UPM). Jumlah keseluruhan responden yang terlibat ialah seramai 431 orang. Daripada 431

orang mahasiswa ini, seramai 241 orang adalah dari kumpulan etnik Melayu dan 190 orang

dari kumpulan etnik Cina. Kumpulan belia-remaja yang menjadi sasaran kajian adalah dalam

linkungan umur di antara 15 tahun hinggga 25 tahun. Kumpulan belia-remaja dalam

linkungan tersebut dipilih berdasarkan kepada dua faktor utama, iaitu; pertama, pada

peringkat umur antara 15 hingga 24, seseorang individu dikatakan sedang melalui proses

perkembangan diri di mana mereka perlu digilap dan dibentuk dengan acuan terbaik dalam

usaha untuk melahirkan satu generasi yang berkualiti, cemerlang dan ideal. Senario ini

menjadikan persoalan pembentukan diri golongan belia-remaja menjadi satu agenda utama

yang bukan sahaja menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa malah ia merupakan peranan

penting yang perlu dimainkan oleh masyarakat dan negara. Kedua, kelompok umur di antara

15 hingga 24 tahun merupakan kumpulan yang paling dominan di Malaysia.

Analisis Tahap Pengetahuan Sivik Belia-Remaja

Bagi menganalisis tahap pengetahuan sivik, skala nominal telah digunakan di mana hanya

dua kategori sahaja yang diwujudkan iaitu sama ada responden “tahu” atau “tidak tahu”.

Dengan mengaplikasikan bentuk kategori ini, ia dilihat sebagai satu mekanisme yang lebih

tepat dan berkesan untuk mengukur tahap pengetahuan asas seseorang responden. Satu skala

pengukuran telah dibentuk dari tahap tinggi sehinggalah ke tahap rendah. Dengan

menggunakan skala pengukuran pengklasifikasian peratusan min sepertimana yang

ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah, tingkat keamatan pengetahuan sivik dikategorikan

424

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

kepada empat tingkat iaitu tingkat keamatan tinggi dengan skala peratusan min (76 - 100),

sederhana tinggi (51 – 75), sederhana rendah (26 – 50) dan rendah (0 – 25). Borang soal

selidik yang diedarkan mengaplikasi skala berbentuk nominal 1 = tahu dan 2 = tidak tahu.

Antara tujuan utama diwujudkan pengklasifikasian peratusan min adalah untuk

mengkategorikan hasil kajian kepada tahap-tahap tertentu dan memudahkan pengkaji

melabelkan dapatan kajian. Cara pengiraan pembahagian selang kelas pula adala seperti di

bawah:

Selang kelas: skala maksimum – skala minimum

Bilangan kelas yang dikehendaki

Jadual 1: Skala Analisa Tahap Pengetahuan Sivik

Tahap Pengetahuan Peratus Kategori

Tinggi 76 – 100

Sederhana Tinggi 51 – 75

Sederhana Rendah 26 – 50

Rendah 0 – 25

Dapatan kajian umumnya menunjukkan tahap pengetahuan sivik golongan belia-

remaja Melayu dan Cina yang dikaji adalah tinggi. Ini dapat dilihat melalui Graf 1 hingga

Graf 7 di mana secara puratanya tahap pengetahuan sivik responden tentang perkara-perkara

yang melibatkan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran, identiti nasional, perlembagaan

persekutuan, prinsip demokrasi dan hubungan antarabangsa adalah tinggi iaitu melebihi 80%.

Manakala, tahap pengetahuan responden terhadap perkembangan sejarah negara dan

perkembangan isu semasa adalah sederhana tinggi di antara 58% hingga 72%.

Graf 1: Tahap Pengetahuan Sejarah Negara

425

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Berdasarkan Graf 1, pengetahuan responden tentang sejarah negara adalah sederhana

tinggi. Sebanyak 95.4 peratus responden mengetahui Tok Janggut adalah tokoh pejuang tanah

air yang menentang penjajah British di Kelantan, 75.2 peratus responden mengetahui

Malaysia darurat selama 12 tahun kerana kekacauan Parti Komunis Malaysia. Namun begitu,

sebanyak 68.4 peratus responden tidak mengetahui tarikh penubuhan Malaysia dan 32.5

peratus responden yang tidak tahu bahawa Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri

Malaysia yang ketiga.

Graf 2: Tahap Pengetahuan Kerajaan Dan Pentadbiran

Graf 2 menunjukkan tahap pengetahuan responden tentang hal ehwal kerajaan dan

pentadbiran negara. Sebanyak 95 peratus responden mengetahui sistem pemerintahan di

Malaysia berteraskan demokrasi berparlimen. 80.3 peratus responden tahu bahawa badan

penggubal dasar-dasar pemerintahan negara adalah Kabinet. Sebanyak 88.6 peratus

responden mengetahui komponen utama badan pemerintahan adalah Eksekutif, Legislatif dan

Kehakiman. Manakala sebanyak 62.6 peratus mengetahui Perdana Menteri adalah ahli

Dewan Rakyat.

Graf 3: Tahap Pengetahuan Identiti Nasional

426

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Graf 3 menunjukkan pengetahuan responden tentang pembentukan identiti nasional.

Dapatan kajian menunjukkan hampir 90 peratus responden mengetahui tentang Rukun

Negara dan 95.4 peratus responden mengetahui tentang kedudukan bahasa kebangsaan.

Sebanyak 80.7 peratus responden mengetahui tentang warna bendera Malaysia dan 85.2

peratus responden tahu tentang moto yang tertulis pada Jata Negara.

Graf 4: Tahap Pengetahuan Perlembagaan Persekutuan

Berdasarkan kepada Graf 4, tahap pengetahuan responden tentang Perlembagaan

Persekutuan adalah tinggi. Lebih dari 85 peratus responden tahu Malaysia adalah negara

Islam, sebanyak 92.6 peratus responden mengetahui Yang di-Pertuan Agong adalah

pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Sebanyak 77.7 peratus responden tahu

pelaksanaan Doktrin Pengasingan Kuasa untuk membahagikan kuasa di antara Eksekutif,

Legislatif dan Kehakiman. Manakala mencecah 85 peratus responden mengetahui tentang

syarat asas kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan cara percantuman wilayah,

pendaftaran, kuatkuasa undang-undang dan masukan.

Pengetahuan responden tentang perkembangan isu semasa dapat dilihat melalui Graf

5. Sebanyak 91.2 peratus responden mengetahui Wawasan 2020 adalah gagasan negara untuk

merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan

sendiri. 87.5 peratus responden tahu bahawa orang ramai boleh melaporkan salah guna kuasa

dan penyelewengan kakitangan perkhidmatan awam kepada Biro Pengaduan Awam.

Selanjutnya, 71.9 peratus responden tahu bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru adalah

untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Namun

begitu, sebanyak 61.9% responden tidak mengikuti perkembangan di mana KLCC kini

merupakan bangunan berkembar kedua tertinggi di dunia.

427

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Graf 5: Tahap Pengetahuan Semasa

Graf 6: Tahap Pengetahuan Prinsip Demokrasi

Graf 6 menunjukkan pengetahuan responden tentang prinsip-prinsip demokrasi.

Sebanyak 83.1 peratus responden menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan yang baik

tentang pelaksanaan sistem demokrasi di Malaysia. 92.8 peratus responden tahu bahawa

setiap individu di Malaysia mempunyai kebebasan diri sepertimana yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, 98.8 peratus responden tahu kelayakan mengundi

warganegara Malaysia adalah pada usia 21 tahun. Akan tetapi, sebanyak 44.3 peratus

responden tidak tahu bahawa pilihan raya umum yang diadakan lima tahun sekali adalah

untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

428

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Graf 7: Tahap Pengetahuan Hubungan Antarabangsa

Merujuk kepada Graf 7, tahap pengetahuan responden tentang perkara-perkara yang

melibatkan hubungan Malaysia di peringkat antarabangsa adalah baik. Sebanyak 85.8 peratus

responden mengetahui Malaysia tidak menjalankan hubungan diplomatik dengan Israel. 78

peratus responden tahu Malaysia menjadi anggota Pertubuhan Komanwel atas faktor

penjajahan British. Sementara itu, sebanyak 90.3 peratus responden tahu penyertaan Malaysia

ke dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) atas dasar memperakui kedaulatan

semua bangsa dan negara. Sebanyak 89.1 peratus responden tahu bahawa kewujudan Konsep

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) adalah di bawah ASEAN melalui Deklarasi

Kuala Lumpur.

Interpretasi Tahap Pengetahuan Sivik Belia-Remaja

Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan melalui Graf 1 hingga Graf 7, tahap

pengetahuan sivik golongan belia-remaja yang dikaji secara umumnya berada pada tahap

yang boleh dibanggakan. Daripada tujuh dimensi yang diukur, hampir kesemua konstruk

berada pada tahap tinggi iaitu pada tingkat keamatan melebihi 76 peratus. Namun begitu,

terdapat beberapa konstruk yang berada pada tingkat keamatan sederhana tinggi dan

sederhana rendah. Tahap pengetahuan sivik yang berada pada tingkat keamatan sederhana

tinggi dapat dilihat pada dimensi pengetahuan tentang hal ehwal kerajaan dan pentadbiran

negara iaitu bagi konstruk keanggotaan parlimen bagi Perdana Menteri, dimensi pengetahuan

semasa bagi konstruk Dasar Ekonomi Baru dan dimensi prinsip demokrasi bagi konstruk

pilihan raya umum. Sementara itu, pengetahuan sivik yang berada pada tingkat keamatan

sederhana rendah dapat dilihat pada dimensi sejarah negara iaitu bagi konstruk penubuhan

Malaysia dan konstruk Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, serta dimensi isu semasa bagi

konstruk pengetahuan tentang KLCC. Kajian ini juga mendapati tidak ada mana-mana

dimensi atau konstruk yang berada pada tingkat keamatan yang rendah.

Perkembangan tersebut menunjukkan bahawa pelaksanaan pengajaran pendidikan

sivik sejak di sekolah rendah, sekolah menengah dan diteruskan hingga ke peringkat

429

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

pengajian tinggi ternyata membawa suatu perkembangan yang positif dalam memupuk dan

menerapkan pengetahuan sivik dalam diri belia-remaja. Penekanan kepada pendidikan sivik

perlu diperkasa dalam usaha untuk terus membangunkan golongan belia-remaja yang

mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Secara langsung, penekanan kepada pendidikan

sivik dapat mendorong dan menyokong pembangunan literasi politik yang lebih menyeluruh

dalam kalangan belia-remaja (Mohd Mahadee & Mansor, 2013). Ini bermakna, pendidikan

sivik telah berjaya meningkatkan pengetahuan sivik pada diri setiap warganegara Malaysia,

memantapkan kesedaran sivik dan secara tidak langsung memupuk semangat patriotisme. Hal

ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Niemi dan Junn (1998), serta

Finkel dan Ernst (2005) yang mendapati bahawa pendidikan sivik mempunyai kesan yang

cukup besar terhadap pengetahuan politik, kesedaran sivik dan pembentukan semangat

patriotisme.

Sekiranya diperhatikan dengan perinci, program pendidikan sivik di Malaysia masih

berada pada peringkat pertengahan yang mula melangkah masuk ke era penumpuan

demokrasi. Ini kerana tumpuan dan fokus utama pendidikan sivik di negara ini masih berkisar

untuk memupuk semangat patriotisme dan meningkatkan kesedaran sivik. Peringkat awal ini

dapat dilihat sepertimana yang diketengahkan oleh Merriam (1931) dan Janowitz (1983) yang

mengupas perkembangan pendidikan sivik. Barone (2002) yang membuat kajian tentang

pendidikan sivik di Malaysia menyatakan perkara sama di mana pendekatan pendidikan sivik

di negara kita lebih menekankan kepada pemupukan nilai dan norma-norma masyarakat,

pendidikan agama dan moral, serta pemupukan semangat kenegaraan berbanding dengan

penekanan kepada aspek demokrasi. Para pelajar tidak diberikan pendedahan yang luas untuk

mendalami demokrasi, membincangkan dasar-dasar pemerintahan negara mahupun

mempraktikkan demokrasi (Barone, 2002). Hal ini menggambarkan bahawa penekanan

pendidikan sivik di Malaysia masih belum menjurus sepenuhnya kepada perkembangan

demokrasi iaitu pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan demokratik sepertimana yang

dikatakan oleh sarjana-sarjana seperti Diamond (1995), Carothers (1997), Quigley (1999),

Branson (1998), Print (1999), Bratton et al. (1999), Finkel, Sabatini dan Bevis (2000), Finkel

(2002) dan Brahm (2006). Program pendidikan sivik yang berteraskan pendidikan demokrasi

dan masyarakat sivil dapat dilihat berkembang pesat di negara-negara Barat dan masih di

peringkat awal bagi kebanyakan negara-negara di rantau Asia Tenggara termasuklah

Malaysia (Mohd Mahadee, 2015). Perkara ini turut sentuh oleh Print (1999) yang

menegaskan bahawa kebanyakan negara di rantau Asia-Pasifik masih di peringkat awal

proses pendemokrasian dan masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum

mencapai demokrasi dan masyarakat sivil. Print (1999) turut menekankan bahawa pentingnya

kesedaran tentang keperluan pendidikan sivik dalam memainkan peranan membangunkan

kewarganegaraan demokratik dan peningkatan masyarakat sivil.

Walaupun pendekatan pendidikan sivik di negara kita masih belum mencapai tahap

pendidikan demokrasi sepertimana di negara-negara Barat, tetapi perkembangannya

menunjukkan satu tahap yang cukup positif khususnya dalam memupuk pengetahuan sivik.

Pendidikan sivik acuan Malaysia sememangnya berbeza dengan negara-negara luar di mana

kita mempunyai masyarakat yang bersifat multietnik. Masyarakat kita bukan sahaja berbeza

dari segi kumpulan etnik, bahasa, agama, budaya mahupun cara hidup, tetapi masyarakat kita

turut mendapat acuan pendidikan dari aliran yang berbeza-beza dengan adanya sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (Mohd Mahadee, 2015). Dengan itu, sememangnya

wajar pendekatan pendidikan sivik di negara ini lebih memusatkan perhatian dalam

pembentukan semangat patriotisme dan kesedaran sivik. Dari semasa ke semasa, elemen

demokrasi boleh disesuaikan dan diterapkan dalam program pendidikan sivik. Apa yang lebih

430

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

penting, program pendidikan sivik sememangnya berjaya meningkatkan pengetahuan sivik

golongan belia-remaja khususnya tentang hal ehwal politik dan pentadbiran di Malaysia. Ini

penting bagi memangkin pembangunan politik dan pentadbiran negara pada masa hadapan.

Rumusan

Pendekatan pendidikan di Malaysia yang memperkenalkan dan melaksanakan sukatan

pendidikan sivik sejak di bangku sekolah telah membawa suatu impak yang positif dalam

memupuk jati diri warganegara yang berpengetahuan sivik. Dapatan kajian ini telah

membuktikan bahawa kumpulan belia-remaja yang mendapat pendidikan yang sempurna

hingga ke institut pengajian tinggi telah memperolehi pendedahan kepada pendidikan sivik

yang lebih baik. Oleh itu, tumpuan seharusnya diberikan bagaimana untuk terus memupuk

pendidikan sivik dalam kalangan belia-remaja yang tercicir dari arus pendidikan perdana bagi

terus membangunkan pengetahuan sivik. Dalam pada itu, pendekatan pendidikan sivik yang

masih berteraskan pemupukan semangat patriotisme dan kesedaran sivik sememang wajar

diberi perhatian khusus. Ini kerana, dalam konteks masyarakat yang bersifat multietnik, usaha

ke arah terus mencapai perpaduan yang menyeluruh seharusnya diberikan keutamaan.

Pendidikan sivik penting untuk membangunkan pengetahuan politik, meningkatkan

kemahiran intelektual dan penglibatan masyarakat serta mempengaruhi pembentukan watak

individu yang bersifat civility. Pendekatan ini juga penting bagi merealisasikan pembentukan

sebuah negara-bangsa Malaysia yang unggul.

Rujukan

Antal, C., dan Easton, P. 2009. Indigenizing Civic Education in Africa: Experience in

Madagascar and the Sahel. International Journal of Educational Development, 29,

599-611.

Barone, T. N. 2002. Civic Education and Citizenship in Malaysia Education. Paper presented

at the American Educational Research Association Conference, New Orleans, Los

Angeles.

Brahm, Eric. 2006. Civic Education. Dlm. Guy Burgess dan Heidi Burgess (eds.). Beyond

Intractability. Conflict Research Consortium, Boulder: University of Colorado.

Branson, M. S. 1998. The Role of Civic Education. A Forthcoming Education Policy Task

Force Position Paper from the Communitarian Network. Washington, DC:Center for

Civic Education.

Branson, M. S. dan Quigley, C. N. 1998. The Role of Civic Education. Retreived from:

http://aladinrc.wrlc.org/bitstream/1961/581/1/branson-role-199809.pdf.

Bratton, M., Alderfer, P., Bowser, G., dan Tamba, J. 1999. The Effects of Civic Education on

Political Culture: Evidence from Zambia. World Development, 27. 807-824.

Carothers, T. 1997. Democracy Assistance:Tthe Question of Strategy. Democratization, 4.

109-132.

431

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Finkel, S. E. 2002. Civic Education and the Mobilization of Political Participation in

Developing Democracies. The Journal of Politics, Vol. 64, No. 4, 994-1020.

Finkel, S. E. dan Ernst, H. R. 2005. Civic Education in Post-Apartheid South Africa:

Alternative Paths to the Development of Political Knowledge and Democratic Values.

Political Psychology, Vol. 26, No. 3. 333-364.

Finkel, S. E., Sabatini C. A. dan Bevis G. G. 2000. Civic Education, Civil Society, and

Political Mistrust in a Developing Democracy: The Case of the Dominican Republic.

World Development, Vol. 28, No. 11. 1851-874.

Galston, W. A. 2001. Political Knowledge, Political Engagement, and Civic Education.

Annual Review of Political Science, 4, 217-234.

Galston, W. A. 2004. Civic Education and Political Participation. Political Science and

Politics, 37, 263-266.

Gutmann, A. 1987. Democratic Education. Princeton: Princeton University Press.

Gutmann, A. 1995. Civic Education and Social Diversity. Ethics, 105, 557-579.

Hahn, Carole l. 2010. Comparative Civic Education Research: What We Know and What We

Need to Know. Citizenship Teaching and Learning. Vol. 6, No. 1. 5-23.

Hart, D., Donnelly, T. M., Youniss, J., dan Atkins, R. 2007. High School Predictors of Adult

Civic Engagement: The Roles of Volunteering, Civic Knowledge, Extracurricular

Activities, and Attitudes. American Educational Research Journal, 44. 197-219.

Ichilov, O. 2003. Education and Citizenship in a Changing World. Dlm. D. Sears, L. Huddy

dan R. Jervis (eds.), Oxford Handbook of Political Psychology, Oxford: Oxford

University Press.

Janowitz, M. 1983. The Reconstruction of Patriotism: Education for Civic Consciousness.

Chicago: University Of Chicago Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Sukatan

Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Kidwell, C.F.L., Branson, M., Croddy, M., dan Hale, J. 2008. Educating for Democracy:

California Campaign for the Civic Mission of Schools, Civic Education in California:

Policy Recommendations. Center for Civic Education.

Kirlin, M. 2003. The Role of Civic Skills in Fostering Civic Engagement. California State

University, Sacramento: CIRCLE (The Center for Information and Research on Civic

Learning and Engagement).

Laporan Jawatankuasa Kabinet, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

432

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2018)

Mohd Mahadee Ismail. 2015. Pendidikan Sivik dan Pembinaan Etos Nasional dalam

kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): Kajian ke atas

Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Tesis PhD, Institut Kajian Etnik,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Mahadee Ismail dan Mansor Mohd Noor. 2013. Manifestasi Pendidikan Sivik dalam

kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara. Malaysian Journal of Youths

Studies, 8, 73-106.

Niemi, R. G. dan Junn, J. 1998. Civic Education: What Makes Students Learn. New Haven

and London: Yale University Press.

Pettersson, T. 2003. Basic Values and Civic Education: A Comparative Analysis of

Adolescent Orientations towards Gender Equality and Good Citizenship. Research

paper, Center for Multiethnic Research, Uppsala University (in collaboration with the

“Young Citizens Project”, Center for Public Sector Research (CEFOS), Gothenburg

University.

Print, M. 1999. Civic Education and Civil Society in the Asia-Pacific. Dlm. M. Print, J.

Ellickson-Brown dan A. Razak Baginda (eds.). Civic Education for Civil Society. 9-

18. London: ASEAN Academic Press, Ltd.

Quigley, C. N. 1999. Civic Education: Recent History, Current Status, and the Future.

American Bar Association Symposium Public Perception and Understanding of the

Justice System. Washington, D.C: Center for Civic Education.

Robiah Sidin dan Zahara Aziz. 1992. Pendidikan Sivik Sejak Merdeka: Satu Penilaian. Dlm.

Kamarudin Jaffar dan Hazami Habib (pnyt.). Isu-Isu dalam Pendidikan Sivik: Ke arah

Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Rogers, A.M. 2009. Becoming More “Civic” Through the Study of Local History.

Unpublished Doctoral Thesis. The Pennsylvania State University: The Graduate

School College of Education.

Thomas, T. K. C. 2005. Civic and Political Education. Dlm. M. Bray & R. Koo (eds.).

Education and Society in Hong Kong and Macao: Comparative Perspectives on

Continuity and Change. Dordrecht, The Netherlands: Springer.

Tor, G. H. 2009. Measuring Youth Civic Development in Malaysia: Conceptualization,

Instrument Development Using the Rasch Measurement Model and Substantive

Outcomes. Unpublished Doctoral Thesis. Murdoch University, Perth.

Torney, J. V., Oppenheim, A. N., Farnen, R. F. 1975. Civic Education in the Countries.

Stockholm: Almqvist & Wiksell International.

Torney-Purta, J. dan Wilkenfeld, B. S. 2009. Paths to 21st Century Competencies through

Civic Education Classrooms: An Analysis of Survey Results from Ninth-Graders.

Chicago, IL: American Bar Association Division for Public Education.