sanad tarekat: sejauh manakah sandaran …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/sanad_tarekat.pdf ·...

21
1 SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN KEPADA AMALAN PARA SAHABAT 1 Oleh: Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Haji Badaruddin 2 Pengenalan Institusi tarekat tasawuf merupakan suatu wadah penghayatan amalan Islam berteraskan al- Quran dan al-Sunnah untuk membina keperibadian yang bertaqwa. Dari segi sejarah, ia telah pun wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w tetapi tidak mempunyai nama yang tertentu dan khusus. Aspek-aspek yang berkaitan dengan pendidikan kerohanian berasaskan tasawuf dan tarekat tetap dikembang dalam masyarakat Islam pada abad pertama dan kedua Hijrah. Terdapat tokoh-tokoh yang dikenali dalam kalangan Sahabat dan Tabi`in r.a.h dikaitkan dengan tasawuf dan tarekat walaupun nama kedua ilmu tersebut masih belum dikenali dan masyhur. Hal tersebut adalah lumrah bagi setiap ilmu dalam Islam. Pada abad ketiga hijrah dan seterusnya, ilmu tasawuf telah diajar dan disebarkan melalui institusi tarekat. Sebagaimana ilmu tasawuf mendapat tentangan yang begitu hebat sepanjang sejarah perkembangannya, begitulah juga hal yang terjadi kepada gerakan tarekat di sepanjang sejarahnya. Berbagai persepsi dan reaksi telah diberikan oleh para ulama Islam dan masyarakat Islam terhadap amalan bertarekat dalam dunia Islam. Namun di sebalik tentangan yang dihadapkan terhadap ilmu tasawuf dan tarekat, keduanya tetap berada dalam masyarakat Islam kerana kedua-duanya diakui sebagai sebahagian daripada korpus ilmu- ilmu keislaman yang berbagai. Tarekat Pada Bahasa dan Istilah Dari sudut bahasa, perkataan tarekat berasal dari perkataan Arab al-tariq (jama`nya, al-turuq atau al-tara’iq) yang bererti jalan. Dari perkataan inilah datangnya perkataan al-tariqah yang kemudiannya diMelayukan menjadi perkataan tarekat. Di dalam bahasa Arab, terdapat banyak perkataan yang sama ertinya dengan perkataan al-tariq atau al-tariqah seperti perkataan al-sirat, 1 Kertas Kerja ini dibentang dalam “Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2015” pada 7-8 September 2015 anjuran JAKIM, IWM, MAIS dan MAIWP di Dewan Dato’ Shahir, ILIM. 2 Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM merangkap Panel Pakar Akidah JAKIM

Upload: phamnhu

Post on 30-Jan-2018

289 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

1

SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN KEPADAAMALAN PARA SAHABAT1

Oleh: Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Haji Badaruddin2

Pengenalan

Institusi tarekat tasawuf merupakan suatu wadah penghayatan amalan Islam berteraskan al-

Quran dan al-Sunnah untuk membina keperibadian yang bertaqwa. Dari segi sejarah, ia telah pun

wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w tetapi tidak mempunyai nama yang tertentu dan khusus.

Aspek-aspek yang berkaitan dengan pendidikan kerohanian berasaskan tasawuf dan tarekat tetap

dikembang dalam masyarakat Islam pada abad pertama dan kedua Hijrah. Terdapat tokoh-tokoh

yang dikenali dalam kalangan Sahabat dan Tabi`in r.a.h dikaitkan dengan tasawuf dan tarekat

walaupun nama kedua ilmu tersebut masih belum dikenali dan masyhur. Hal tersebut adalah

lumrah bagi setiap ilmu dalam Islam. Pada abad ketiga hijrah dan seterusnya, ilmu tasawuf telah

diajar dan disebarkan melalui institusi tarekat. Sebagaimana ilmu tasawuf mendapat tentangan

yang begitu hebat sepanjang sejarah perkembangannya, begitulah juga hal yang terjadi kepada

gerakan tarekat di sepanjang sejarahnya. Berbagai persepsi dan reaksi telah diberikan oleh para

ulama Islam dan masyarakat Islam terhadap amalan bertarekat dalam dunia Islam. Namun di

sebalik tentangan yang dihadapkan terhadap ilmu tasawuf dan tarekat, keduanya tetap berada

dalam masyarakat Islam kerana kedua-duanya diakui sebagai sebahagian daripada korpus ilmu-

ilmu keislaman yang berbagai.

Tarekat Pada Bahasa dan Istilah

Dari sudut bahasa, perkataan tarekat berasal dari perkataan Arab al-tariq (jama`nya, al-turuq

atau al-tara’iq) yang bererti jalan. Dari perkataan inilah datangnya perkataan al-tariqah yang

kemudiannya diMelayukan menjadi perkataan tarekat. Di dalam bahasa Arab, terdapat banyak

perkataan yang sama ertinya dengan perkataan al-tariq atau al-tariqah seperti perkataan al-sirat,

1 Kertas Kerja ini dibentang dalam “Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2015” pada 7-8September 2015 anjuran JAKIM, IWM, MAIS dan MAIWP di Dewan Dato’ Shahir, ILIM.

2 Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM merangkap Panel Pakar Akidah JAKIM

Page 2: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

2

al-sabil, al-sirah, al-manhaj (al-Bustani 1986) yang membawa maksud jalan, cara dan kaedah

untuk sampai kepada sesuatu. Perkataan dan pengertian tersebut telah digunakan di dalam al-

Quran seperti:

یسیرا لك على ٱ لدین فیھا أبدا وكان ذ ١٦٩إال طریق جھنم خ(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamuwahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yangtelah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikatjuga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)(al-Nisa’; 169).

ا ھم م موا على ٱلطریقة ألسقین ١٦ء غدقا وألو ٱستقAdapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadibahan bakaran bagi Neraka Jahannam (al-Jinn; 16)

Dari sudut istilah tasawuf pula, perkataan al-tariqah ini diberikan takrif yang berbeza-

beza menurut ulama-ulama sufi dan para pengkaji ilmu tasawuf. Secara umumnya, ia boleh

dibahagikan kepada dua bentuk pengertian iaitu umum dan khusus. Dalam bentuk pengertian

yang umum, tarekat merujuk kepada jalan agama Allah iaitu Islam. Pengertian tarekat dengan

makna ini digunakan oleh Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah (t.th) ketika menghuraikan asal

usul tasawuf dan ilmunya;

Tasawuf merupakan salah satu ilmu syariat yang muncul dalam Islam. Iaberlandaskan cara yang sentiasa dihayati oleh golongan salaf daripada kubar al-sahabah dan tabi`in serta generasi selepas mereka, sebagai tariqat al-haq wa al-hidayah (jalan kepada kebenaran dan petunjuk). Asalnya ialah berterusanmengerjakan ibadat serta penumpuan sepenuhnya kepada Allah, menjauhikepalsuan dan tarikan dunia, bersikap zuhud dalam semua perkara yang menjadirebutan orang ramai seperti keseronokan, kekayaan dan pangkat sertamengasingkan diri dengan sepenuhnya dari orang ramai, berkhalwah keranamelakukan amal ibadah. Cara seperti ini adalah amalan menyeluruh di kalanganpara sahabat dan salaf.

Page 3: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

3

Sementara itu, pengertian tarekat dengan maknayang khusus pula boleh dibahagikan kepda

dua bahagian iaitu pengertian dari sudut zahir dan pengertian dari sudut batin. Pengertian tarekat

dari segi zahir adalah seperti yang dinyatakan oleh Abu `Ula al-`Afifi (1963):

Tatacara yang khusus atau himpunan adab dan ajaran yang diamalkan olehsesuatu kumpulan sufi

Manakala pengertian tareqat dari segi batin pula adalah seperti yang diberikan oleh Shaykh Najm

al-Din Kubra (Jahid 1997):

al-Tariqah itu ialah melakukan takwa dan perkara-perkara yang dapatmenghampirkan diri kepada Allah merentasi berbagai rintangan dan peningkatanberbagai maqamat.

Shaykh `Abd al-Razzaq al-Qashani (1991):

al-tariqah ialah al-sirah (jalan) yang khusus bagi al-salikin (orang-orang yangberjalan) menuju Allah merentangi berbagai rintangan dan melalui peningkatanberbagai al-maqamat.

Takrif-takrif yang diberikan di atas menunjukkan persamaan antara satu sama lain. Ia

merujuk kepada suatu jalan atau cara atau kaedah yang dijalani secara khusus oleh golongan

salik untuk sampai kepada Allah s.w.t. Tarekat dengan erti perjalanan menuju Allah dengan cara

yang khusus merupakan rangkuman berbagai kegiatan. Secara prinsipnya, sebuah institusi

tarekat mempunyai tiga unsur penting iaitu syeikh mursyid, murid atau salik dan kaifiyat atau

kaedah.

Unsur pertama tarekat yang penting ialah shaykh murshid merupakan satu ciri terpenting.

Malah lahirnya sebuah tarekat adalah bertolak daripada ciri ini sehingga ia menjadi titik pusar

bagi kewujudan sebuah tarekat di samping menjadi punca kemundurannya tarekat juga.

Demikian pentingnya kedudukan dan peranan syeikh ini, maka banyak istilah yang dirujukkan

kepada posisi ini seperti al-murshid, al-murabbi, al-muwajjih, al-abb al-ruhi, al-mu`allim, al-

mu`addib dan tabib rohani dalam masyarakat Melayu. Kesemua gelaran ini secara tidak langsung

Page 4: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

4

memberikan indikasi mengenai kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh tunjang tarekat

ini.

Bagi kalangan para sufi, mereka mensyaratkan pimpinan seorang shaykh murshid ke atas

seorang salik atau murid yang ingin sampai kepada Allah s.w.t. Oleh itu, seorang syeikh tarekat

disyaratkan mempunyai sanad ilmu atau silsilah perguruan. Menurut mereka, para tokoh sufi

yang terbesar yang berjaya mengasaskan tarekat-tarekat yang hidup subur sehingga kini adalah

kesan dan hasil didikan daripada para syeikh yang menjadi guru-guru mereka. Justeru itu, maka

para tokoh tasawuf kerap menegaskan keperluan mencari guru yang benar:

Abu Yazid al-Bistami: Sesiapa yang tidak mempunyai guru maka gurunya adalahsyaitan.

Abu `Ali al-Daqqaq: Pohon yang tumbuh dengan sendiri tanpa ada yangmenanamnya akan subur berdaun rebdang tetapi tidak berbuah. Demikian jugaseorang murid, jika tidak berguru yang dapat memandu dan memimpin jalannyasenafas demi senafas maka ia lebih mengabdi kepada nafsunya tanpa dapatmelepaskan diri daripadanya.

Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

yang penting dalam amalan bertarekat kerana ia membentuk kesempurnaan kewujudan sesebuah

tarekat. Secara khusus, pengertian murid dalam ilmu tarekat ialah:

Orang yang bertekad untuk masuk ke dalam sebuah tarekat sufi, menempuh jalan merekadan untuk melapskan pelbagai penyakit dan bahaya nafsu sehingga dia mencapai sepertiyang mereka [sufi] capai” (Rohimuddin 2011)

Dalam tarekat, seorang murid berkedudukan sebagai orang yang dibimbing dan bukannya

seorang yang mempunyai iradah. Fungsi mereka dalam sesebuah tarekat ialah mempelajari

segala sesuatu yang diajarkan atau melakukan segala sesuatu yang dilatihkan syeikh mursyid

kepadanya yang merupakan tujuan asal dari ajaran-ajaran sesuatu tarekat berasaskan kepada

syarat dan adab-adab yang mesti disempurnakan.

Page 5: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

5

Unsur ketiga sebuah institusi tarekat pula ialah kaedah dan kaifiyat yang benar kerana ia

menjadi asas kepada pencapaian matlamat dalam bertarekat. Beberapa perkara yang terkandung

dalam unsur ketiga ini ialah aspek ilmu yang sahih berteraskan akidah dan syariat Islam, silsilah

yang sahih, pengamalan zikir, adab-adab dan tidak memisahkan antara syariat dan hakikat,

Sanad Tarekat

Sanad berasal dari kalimah Arab sanada, yasnudu یسند) ,(سند yang bererti sandaran,

tempat bersandar, tempat berpegang, sokongan, yang dipercaya dan yang sah. Pada

kebiasaannya, dalam penggunaan biasa ia boleh dimaknai secara umum sebagai sesuatu yang

menjadi tempat sandaran sesuatu yang lain bagi menentukan kebenaran atau kepalsuannya sebab

kesahihan sesuatu perkataan atau ilmu sentiasa bersandar pada sanad untuk diterima atau ditolak.

Dalam konteks tarekat tasawuf, maka sanad tarekat adalah merujuk kepada silsilah atau

rangkaian orang-orang yang membawa sesbuah tarekat.

Satu istilah lain yang sering digunakan pada kebiasaan yang berkaitan tarekat tasawuf

ialah al-silsilah. Dari perspektif ilmu tarekat, silsilah ialah persambungan rangkaian hubungan

para masha`ikh tarekat yang tertentu yang memimpin satu generasi ke satu generasi tanpa putus.

Dalam erti kata lain, silsilah tarekat adalah merujuk kepada makna silsilah perguruan, didikan

kerohanian dan pemindahan ilmu, amalan dan ehwal kerohanian dari seorang guru kepada anak

muridnya (Manam 2011, 23).

Kepentingan Sanad/Silsilah Dalam Ilmu Tarekat

Sanad adalah suatu asas penting dalam sebuah tarekat tasawuf kerana ia menghubungkan

syeikh tarekat semasa dalam suatu jaringan atau silsilah masha`ikh sebelumnya bagi sesebuah

tarekat. Hubungan rantaian dengan para masha`ikh tersebut menjadi bukti kepada keautoritian

seorang syeikh tarekat bagi membawa, mengajar dan menyebar tarekat yang diizinkan

kepadanya. Tanpa sanad yang benar dan sahih, sesebuah tarekat itu tidak dikira sah di sisi ahli

tarekat. Ia merupakan saluran pengaliran keberkatan kerohanian daripada Nabi Muhammad

s.a.w. Ia mempunyai hubungan yang amat erat dengan beberapa elemen penting dalam tarekat

Page 6: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

6

tasawuf seperti saluran pengaliran keberkatan kerohanian daripada Nabi Muhammad s.a.w,

mempunyai pengaruh dalam proses tazkiyat al-nafs, peningkatan maqamat dan keizinan

penyebaran sesebuah tarekat.

Dalam kehidupan setiap muslim, setiap amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan

adalah diiringi dengan harapan agar diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Penerimaan dan keberkatan Allah s.w.t. itu sudah tentu akan menambah ketinggian darjat di sisi

Allah s.w.t. dalam Islam, Rasulullah s.a.w adalah sumber keberkatan daripada Allah s.w.t yang

diperolehi oleh umat Islam melalui pelaksanaan yang tepat terhadap setiap aspek ajaran Islam.

Sumber keberkatan itu diwarisi oleh para sahabat r.a.h dan seterusnya diwariskan kepada

generasi yang menjadi murid-murid mereka. Pewarisan keberkatan ini terus berpindah kepada

satu generasi kepada satu generasi yang menjadi pewaris ilmu dan keberkatan Rasulullah s.a.w.

Unsur keberkatan itu terlihat daripada kesan terhadap jiwa dan kehidupan generasi yang

mewarisinya.

Berasaskan kepada pemindahan atau pewarisan keberkatan itu, maka tarekat menjadikan

kebenaran sesebuah silsilah sebagai asas penting dalam menentukan kebenaran sesebuah tarekat.

Silsilah sesebuah tarekat merujuk kepada rantaian hubungan nama-nama yang panjang yang satu

bertalian dengan yang lain, bermula daripada syeikh mursyid hingga kepada Rasulullah saw.

Silsilah bagi seorang syeikh mursyid merupakan sesuatu yang penting untuk mengajar

dan memimpin sesuatu tarekat kerana ia boleh menjadi piawaian pertama kepada menentukan

kesahihan sesebuah tarekat pimpinan seseorang itu. Syarat utama kepada penerimaan kebenaran

sebuah tarekat itu ialah rantaian hubungan yang tidak putus daripada syeikh dengan gurunya dan

seterusnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Di samping itu, hubungan rantaian yang tidak

putus ini amat penting dalam keberadaan sebuah tarekat kerana ia menghasilkan keberkatan

(batin) atau pewarisan keberkatan daripada Rasulullah s.a.w melalui syeikh mursyid kepada salik

atau murid.

Page 7: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

7

Kedudukan keberkatan (al-barakah) yang dipastikan melalui hubungan silsilah yang

tidak putus dalam tarekat amat penting kerana ia mampu memberikan kesan rohani kepada

seorang salik dalam mengharungi perjalanan kerohanian. Tarekat sebagai jalan rohani adalah

bersifat batin, rumit dan sulit, yang dikelilingi oleh musuh yang batin dan ghaib juga. Keberkatan

itu dapat menjadi benteng yang mengawal salik (bersama kesungguhannya) dari terjebak dengan

kesesatan syaitan. Sebaliknya, tanpa barakah atau kesan rohani itu, tarekat yang dijalani oleh

salik tidak akan mempunyai manfaat, yang diperolehi melalui irsyad dan tarbiyah guru ke atas

murid melalui kata-katanya, nasihatnya, saranannya, atau isyaratnya yang benar-benar dirasa

terukir di dalam hati.

Di samping al-barakah, konsep al-idhn atau izin juga mempunyai kaitan yang amat erat

dengan konsep silsilah. Di agama, terdapat dua bentuk keizinan iaitu yang bersifat umum dan

khusus. Keizinan yang bersifat khusus merujuk kepada kebenaran ke atas setiap orang Islam

untuk menjadi pendakwah atau da`i kepada agama Allah s.w.t yang bterangkum di dalam

konteks al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahy `an al-munkar. Keizinan dalam konteks yang khusus

dalam konteks tarekat pula merujuk kepada keizinan khas seorang syeikh mursyid kepada murid-

muridnya untuk melaksanakan tugas irsyad dan tarbiyah rohani (Faudzinaim 2008)

Persahabatan Sahabat Dengan Rasulullah s.a.w Sandaran Sanad Tarekat

Untuk memahami sandaran sanad tarekat dalam amalan para Sahabat r.a.h. maka perlu terlebih

dahulu memahami secara menyeluruh konsep tarekat dalam ilmu tasawuf. Seperti yang telah

dijelaskan di atas, tarekat adalah satu jalan atau kaedah pendidikan kerohanian yang khusus

dilaksanakan oleh seorang murid atau salik dalam satu Jemaah atau kumpulan di bawah

bimbingan seorang guru.

Proses bimbingan di bawah seorang guru itu adalah meliputi banyak aspek bagi

memastikan kejayaan seorang murid itu dalam mencapai tujuannya bertarekat. Bertarekat bukan

hanya terbatas kepada amalan baiah dan pentalqinan zikir serta beristiqamah dalam amalan

tersebut. Bahkan, bertarekat mengandungi dan merangkumi makna yang lebih mendalam di

Page 8: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

8

mana segala kaifiyat yang disebutkan tadi adalah termasuk dalam mencapai tiga aspek tarekat

iaitu al-ta`lim, al-tarbiyah dan al -tarqiyah (Jahid 1997; 170-172).

Aspek al-ta`lim merujuk kepada proses keilmuan yang berlaku dalam hubungan antara

seorang guru dengan murid. Ilmu merupakan asas amalan, ikutan dan pembimbing awal kepada

seorang yang mahu memperbaiki dirinya melalui jalan bertasawuf. Dalam erti kata lain, ilmu dan

amal merupakan dua saudara kembar yang tidak boleh dipisahkan kerana ilmu tanpa amal tidak

akan memberi manfaat kepada semurid dan juga sebaliknya amal tanpa didasari oleh ilmu yang

sahih akan memberi mudarat kepadanya. Oleh itu, pencarian, penerapan dan pemahaman

berasaskan ilmu yang benar menurut Islam merupakan perkara asas dalam kaedah ilmu tasawuf.

Aspek al-tarbiyyah merujuk kepada suatu proses pengasuhan jiwa atau rohani atau hati

menerusi dua proses utama iaitu al-takhalli, yakni proses pembersihan hati daripada sifat-sifat

yang keji (al-mazmumah) dan maksiat batin dan al-tahalli, yakni proses pengisian dan

penghayatan hati dengan sifat-sifat atau akhlak yang terpuji (al-mahmudah).

Satu lagi aspek yang amat berkait rapat dengan unsur tarbiyah ialah aspek al-tarqiyyah.

Al-Tarqiyyah merujuk kepada elemen peningkatan dalam pendakian rohani melalui pelbagai

maqamat hati supaya lebih hampir kepada Allah s.w.t dan keredaan-Nya. Dalam erti kata yang

lain, al-tarqiyah ialah suatu usaha mensucikan hati daripada segala al-aghyar yang

mengakibatkan hati manusia diselubungi ghaflah kepada Allah s.w.t. Sebaliknya, peningkatan

dalam maqamat akan memberikan kesan terhadap peningkatan tahap ingatan atau dhikr murid

kepada Allah s.w.t.

Tiga aspek yang terkandung dalam amalan bertarekat ini terkandung isyaratnya di dalam

al-Quran apabila Allah s.w.t menyatakan secara jelas tujuan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.

ب وٱلحكمة ویز تك ویعلمھم ٱلكت نھم یتلوا علیھم ءای یھم إنك أنت ٱلعزیز ٱلحكیم ربنا وٱبعث فیھم رسوال م ك١٢٩

Wahai Tuhan kami, utuskan kepada mereka seorang Rasul dari kalangan merekasendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman)Mu dan

Page 9: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

9

mengajarkan mereka isi kandungan Kitab a(al-Quran) serta Hikmahkebijaknsanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik danmaksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi maha Bijaksana. Al-baqarah, 129

تھۦ وی ن أنفسھم یتلوا علیھم ءای على ٱلمؤمنین إذ بعث فیھم رسوال م ب لقد من ٱ یھم ویعلمھم ٱلكت زكبین وٱلحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضل ١٦٤ل م

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan )rahmat-Nya) kepada orang yangberiman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daribangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat Allah (kandungan al-Qur’an)yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkanmereka (dari iktikad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran)dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dansesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalamkesesatan yang nyata. Ali `imran, 164

Suatu perkara yang cukup penting dalam memahami konsep dan kedudukan amalan

bertarekat ini ialah kesukaran yang dihadapi dalam proses pentarbiyahan jiwa dan rohani

manusia. Kesukaran itu paling awalnya sudah digambarkan melalui penggunaan istilah

mujahadat al-nafs atau jihad al-nafs. Istilah tersebut merujuk kepada suatu usaha yang

bersungguh-sungguh ke arah memerangi nafs al-ammarah bi al-su’, yakni nafsu yang yang

cenderung kepada keburukan. Nafsu inilah yang menjadi punca kepada kelalaian (ghaflah)

manusia, ragu, syirik, keinginan, cenderung melayani syahwat, mendorong marah dan

kesombongan, lari daripada kebaikan, cenderung menderhakai Allah s.w.t dan berat

melaksanakan ibadah. Ringkasnya, antara musuh manusia yang paling hampir dengannya adalah

musuh yang bersifat ghaib, yakni nafsunya sendiri.

Dalam konteks melawan nafsu ammarah bi al-su’ ini, para ulama telah menyatakan

kesukaran yang paling berat sekiranya tidak mendapat bimbingan daripada seorang shaykh yang

murshid, yang mahir dalam selok belok pendidikan jiwa dan rohani manusia. Apabila seorang

murid itu mendapat bimbingan secara langsung daripada seorang guru yang benar lagi sahih,

maka ia akan mendapat berbagai pengalaman amalan secara praktikal berkaitan cara-cara

membersihkan jiwa yang sebenar di samping juga mendapat limpahan keberkatan daripada

Page 10: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

10

rohani shaykh murshid yang boleh mendorongnya untuk mencapai sifat kesempurnaan hati dan

kemuliaan akhlak serta menjauhkan daripada berbagai-bagai sifat kekurangan, kerendahan dan

kekejian.

Oleh yang demikian para masha’ikh tasawuf amat menekankan keperluan kepada seorang

guru yang mursyid bagi membantu murid atau salik mencapai tujuan bertasawuf. Shaykh Ibn

`Ata’ Allah al-Sakandari menyatakan (`Isa 1970);

Selayaknya bagi seorang yang bercita-cita mendapat pertunjuk atau inginmenjalani jalan pertunjuk agar mencari shaykh dari kalangan ahli tahqiq yangsuluk, yang meninggalkan hawa nafsu serta mantap dalam berkhidmat kepadaAllah s.w.t, Apabila telah menemuinya maka ikutilah apa yang disuruh sertajauhilah apa yang ditegah dan dilarang.

Syeikhmu yang hakiki bukanlah sekadar kaku mendengar [ilmu daripadanya],akan tetapi orang yang engkau ambil tingkah laku mereka sebagai teladan. Bukanorang yang ungkapannya menembusi telingamu tetapi orang yang denganisyaratnya sahaja sudah mampu meresap ke lubuk hatimu. Bukan orang yanghanya menjemoutmu di muka pintu tetapi orang yang mengangkat hijab antaraAllah dengan kamu. Juga bukan orang yang berhadapan denganmu dengan hanyakata-kata tetapi orang yang tindak tanduknya mampur membangkitkan kamudaripada lena. Syeikh kamu yang hakiki ialah orang yang mengeluarkan kamudaripada penjara hawa nafsu dan membawa kamu ke hadrat Allah. Syeikh kamuyang sebenar ialah yang sentiasa menggilap cermin hatimu sehingga terpancarcahaya kebesaran Tuhan di dalam hatimu.

Shaykh `Abd al-Wahhab al-Sha`rani (`Isa 1970) menulis;

Bersuluklah wahai saudara dengan bimbingan syeikh yang memberi manfaat,menjadikan kamu sentiasa bermuamalah dengan Allah s.w.t sehingga bisikannafsu “aku ingin pergi ke sana untuk buat sesuatu”, “aku ingin buat itu”, “ingincakap ini” dan lain-lain lagi tidak merosak solatmu. Jika tidak bisikan nafsu tadiakan sentiasa mendampingimu dalam solat sehinggakan setiap kali solat kamuhampir-hampir tidak dapat menyelamatkan diri daripadanya tidak kira sama adketika solat sunat atau wajib. Yakin dan waspadalah daripada keinginan untukwusul tanpa bimbingan guru sebagaimana berlaku kepada golongan yang salingberbantah tanpa ilmu.

Shaykh `Abd al-Wahhab juga menegaskan;

Kalaulah jalan qawm (sufi) boleh ditempuhi hanya dengan kefamana tanpamemerlukan syeikh yang memandu murid sudah pasti orang seperti Hujjat al-

Page 11: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

11

Islam Imam al-Ghazali dan Shaykh `Izz al-Din ibn `Abd al-Salam tidak perluuntuk belajar tentang adab daripada seorang syeikh. Sebelum melalui jalantersebut, kedua mereka pernah mengatakan, “Sesiapa yang mendakwa bahawaterdapat jalan untuk menuntut ilmu yang berbeza dengan jalan yang berada ditangan kami, orang tersebut telah mendustai Allah s.w.t. Seteklah merekamemasuki jalan tasawuf, mereka pula mengatakan, “Sesungguhnya kami telahmensia-siakan umur kami dengan perkara yang batil dan yang menghijabkan[daripada melihat hakikat].

Penghayatan amalan dan elemen-elemen yang wujud dalam tarekat seperti yang diterangkan di

atas telah terkandung isyaratnya dalam amalan suhbah atau persahabatan terjadi antara

Rasulullah s.a.w dan para Sahabat-nya r.a.h. Oleh itu, suhbah adalah antara paksi penting dalam

pertarbiyahan yang terlaksana dalam institusi tarekat tasawuf sebagaimana yang dipercontohkan

dalam amalan para Sahabat r.a.h. Para pengikut setia Nabi Muhammad s.a.w dipakaikan gelaran

Sahabat, dan tidak pengikut atau pembantu. Pemakaian dan pemasyhuran gelaran tersebut pada

hakikatnya mengandungi makna yang mendalam dalam menggambarkan hubungan istimewa

yang terjalin antara Nabi Muhammad s.a.w dengan para pengikut Baginda s.a.w.

Hubungan tersebut bukan terhenti pada hubungan inter personal sahaja, merangkumi

aspek-aspek yang bersifat pengajaran, pendidikan dan peningkatan rohani para sahabat yang

bersahabat dengan Baginda s.a.w. Para Sahabat r.a.h tidak mencapai kedudukan yang terpuji dan

tinggi dari segi kerohanian kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah s.a.w dan duduk

bersamanya. Begitu juga dengan para tabi`in r.a.h yang datang selepas mereka tidak juga

memperolehi kedudukan dan darjat yang mulia dan tinggi melainkan setelah mereka berhimpun

dengan para Sahabat r.a.h.

Dalam erti kata lain, jalan amali yang menyampaikan para Sahabat kepada penyucian

jiwa dan ketinggian kemuliaan rohani ialah dengan suhbah bersama Rasulullah s.a.w.

Perhubungan persahabatan yang terjalin dengan baginda s.a.w bukan hanya menambah

ketinggian keimanan, ketaqawaan dan akhlak para Sabahat ra.h, bahkan juga memberi kesan dari

segi penyembuhan penyakit hati dan keaiban diri.

Page 12: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

12

Berdasarkan amalan para Sahabat r.a.h. tersebut, para sufi membuat kesimpulan bahawa

adalah kesilapan bagi sesiapa yang meyangka bahawa dirinya sendiri mampu mengubati

penyakit hatinya melalui pembacaan al-Quran semata-mata dan mengulangkaji hadis baginda

s.a.w. Ini kerana al-Quran dan al-Hadis bolehlah diumpamakan sebagai himpunan pelbagai jenis

ubat bagi pelbagai jenis penyakit jiwa dan hati. Oleh itu, seseorang yang berusaha membersihkan

rohaninya daripada pelbagai penyakit jiwa dan hati memerlukan seorang doktor bagi

memberikan ubat yang sesuai dan serasi dengan penyakitnya di samping pembacaan al-Quran

dan al-Hadis. Dalam erti kata lain, pembacaan al-Quran dan al-Hadis yang diikuti dengan

kefahaman dan pengamalan kehendak kedua-duanya adalah penting di samping bimbingan

seorang yang mahir dengan kaedah pengubatan rohani manusia.

Dengan erti kata lain, Rasulullah sa.w mengubati hati para Sahabat dan membersihkan

jiwa mereka melalui contoh tauladan dan sabda-sabda baginda. Sebagai contoh, pengalaman

yang dilalui oleh Ubay bin Ka`ab menghuraikan makna yang tersebut di atas;

Daripada Saidina Ubay bin Ka`ab r.a katanya: Suatu ketika aku berada di masjid,tiba-tiba seorang lelaki masuk lalu solat. Dia membaca bacaan yang akumenginkari bacaannya itu. kemudian lelaki lain pula memasuki masjid lalumembaca bacaan yang tidak serupa dengfan sahabatnya. Apabola kedua-duanyatelah selesai solat kami semua masuk bertemu Rasulullah s.a.w, lalu aku berkatakepada baginda s.a.w: Sesungguhnya lelaki ini membaca bacaan yang akumengingkari bacaannya, lalu datang yang lain dan membaca bacaan yang tidakserupa dengan sahabatnya. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh keduanya membaca,lalu keduanya membaca. Maka Nabi s.a.w mengelokkan bacaan kedua-duanya.Setelah itu hilanglah pendustaan yang ada pada diriku dan (perkara tersebut) tidak(pernah berlaku) ketika aku berada dalam jahiliyah. Apabila Rasulullah s.a.wmelihat apa yang menyelubungiku, Baginda menepuk dadaku ekmudian akuberpeluh dan keadaanku seolah-olah aku melihat Allah dalam keadaan yangterlalu takut.

Berdasarkan konteks hadis tersebut, Shaykh `Abd al-Qadir Isa (1970) menjelaskan:

Peristiwa di atas menunjukkan bahawa para Sahabat r.a.h tidak mampu mengubati jiwamereka dengan hanya pembacaan al-Qur’an. Bahkan mereka turut melazimi ‘hospital’Rasulullah s.a.w kerana sesungguhnya baginda s.a.w adalah orang yang membersihkanmereka dan pembimbing dalam tarbiyah para Sahabat sepertimana yang dinyatakan olehAllah s.w.t di dalam al-Quran:

Page 13: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

13

ی یھم ھو ٱلذي بعث في ٱألم تھۦ ویزك نھم یتلوا علیھم ءای ب وٱلحكمة وإن كانوا ن رسوال م ویعلمھم ٱلكتبین ل م ٢من قبل لفي ضل

Dialah yang telah mengutuskan dalam mkalangan orang Arab (ummiyin, seorangRasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakankepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dankekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), sertamengajarkan mereka Kitab Allah (al-Qur’an) dan Hikmah (pengetahuan yangmendalam mengenai hukum-hukium syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum(kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu`ah: 2):

{Dalam ayat ini] Penyucian hati dibezakan dengan pengajaran al-Quran keranayang dikehendaki oleh Allah dari firmannya (ویزكیھم ) ialah rasulullah s.a.wmemberikan mereka hal keadaan penyucian. Justeru terdapat perbezaan yangbesar antara ilmu penyucian dengan hal kesucian sebagaimana perbezaan antarailmu kesihatan dengan keadaan sihat. Dalam hal ini, menghimpunkan kedua-duanya adalah perkara yang paling sempurna.

Hubungan persahabatan yang istimewa antara para Sahabar r.a.h dengan Nabi

Muhammad s.a.w itu telah membawa kepada kemunculan istilah al-suhbah dalam ilmu tarekat.

Konsep ini kemudiannya berkembang pada zaman seterusnya membentuk al-tariqah. Al-Suhbah

dalam istilah ilmu tarekat adalah persahabatan dalam konteks yang menyeluruh meliputi aspek

pentarbiyahan rohani dan penyucian jiwa.

Menurut Imam al-Qushayri (t.th, 486), suhbah terbahagi kepada tiga jenis. Pertama,

suhbah atau persahabatan dengan orang yang lebih tinggi maqamnya. Maka pada asalnya, ia

adalah khidmat. Kedua, suhbah dengan orang yang lebih rendah maqamnya. Maka hendaklah

bersifat kasih dan rahmat sedang yang mengikuti pula bersifat setia dan menghormati. Ketiga,

suhbah dengan yang sama maqam. Maka ia dibina atas asas ithar , yakni mengutamakan orang

lain, dan kebijaksanaan..

Penjenisan yang diungkap oleh al-Qushayri itu memberi isyarat bahawa konsep suhbah

dalam konteks ilmu tasawuf mempunyai tujuan yang lebih khusus, bukan sekadar persahabatan

yang bersifat umum atau tahap adat kebiasaan. Bentuk yang pertama ialah suhbah seorang murid

yang ingin mendapat ta`lim, taribiyah dan tarqiyah bersama dengan syeikhnya. Bentuk yang

kedua pula ialah gambaran hubungan antara seorang syeikh yang memberi ta`lim dan tarbiyah

Page 14: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

14

kepada anak muridnya. Bentuk yang ketiga pula ialah suhbah, yakni persahabatan yang terjalin

antara murid-murid yang berada di bawah bimbingan ta`lim dan tarbiyah seorang syeikh

murabbi. Daripada aspek suhbat al-Rasul oleh para Sahabat r.a.h akhirnya menjadi satu jalan

atau sandaran kepada aspek sanad atau silsilah tarekat.

Amalan al-Baiah Sandaran Sanad Tarekat

Seorang murid yang mencari kesempurnaan diri melalui tazkiyat al-nafs perlu mendapat

bimbingan seorang guru yang mursyid. Proses bimbingan dan tarbiyah ruhiyyah itu akan berlaku

setelah seorang murid itu melakukan janji setia dengan gurunya. Perjanjian atau baiah tersebut

sebagai simbolik kepada penyerahan urusan pentarbiyahan diri murid itu kepada gurunya (`Isa

1970). Usaha menggabungkan diri ini bermula apabila seseorang itu membuat perjanjian dengan

syeikh yang dipilih olehnya. Perjanjian ini disebut sebagai al-bai`ah, yang bererti perjanjian (al-

‘ahd) kesanggupan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk mengamal dan

mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang akan diperintahkan oleh gurunya.

Kalangan tokoh sufi mempercayai bahawa proses al-bay`ah ini akan dapat memberi

kesan yang mendalam kepada orang yang menerima pengajaran itu dan dapat menguatkan tali

ikatan perguruan dan persaudaraan kukuh yang tidak akan putus antara seorang murid dan

gurunya. Kedudukannya dalam konteks tarekat boleh dilihat dari dua sudut. Daripada sudut

seorang yang memberikan bai`ahnya membuktikan akan kesediaannya untuk menyerahkan diri

untuk mendapat tarbiyah dan ditarbiyahkan. Di samping itu, ia juga adalah sebagai satu janji oleh

seseorang itu untuk mengamalkan segala perintah dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan

oleh syeikhnya. Dari perspektif syeikh yang menerima bai`ah, ia memberikan pertunjuk akan

kesediaannya untuk memberi didikan kepada muridnya itu.

Di kalangan ahli tasawuf, baiah merupakan satu tradisi yang diterima, diakui dan

dipraktikkan sehingga kini. Para sufi memberi dan menerima baiah dari umat manusia kepada

tauhid, ikhlas dalam ilmu dan amal, mengikuti sunnah, bertaubat dari segala dosa dan maksiat,

mentaati Allah dan rasul, sentiasa mengawasi dan menjauhkan diri daripada perkara keji dan

mungkar, memusuhi kezaliman dan penidasan, menyuburkan minat untuk menghias diri dengan

akhlak yang mulia, membuang diri dari sifat-sifat keji, mengajarkan (talqin) zikir dan seterusnya

Page 15: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

15

memimpin dan mendidik jiwa yang bersih untuk menyambung tugas dakwah. Sandaran amalan

baiah dalam tarekat ini secara umumnya berdasarkan firman Allah s.w.t yang maksudnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setiakepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh),mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah;Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untukmembalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janjisetianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpadirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannyakepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala Yang besar”.(al-Fath:10)

Amalan baiah seperti yang dinyatakan tersebut tidaklah menimbulkan keraguan kerana

mempunyai sandaran yang kuat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Di samping itu, terdapat juga

Hadis-hadis yang merekodkan perbuatan baiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w

bersama dengan para Sahabat r.a.h. daripada kalangan muslimin dan muslimat.

علیھ وسلم ، قال وحولھ عصابة من أصحا صلى هللا بایعوني :بھ أن رسول هللا شیئا ، وال تسرقوا ، وال تزنوا ، وال تقتلوا أوالدكم ، وال على أن ال تشركوا باتأتوا ببھتان تفترونھ بین أیدیكم وأرجلكم ، وال تعصوا في معروف ، فمن وفى نیا فھو كفارة لھ ، ، ومن أصاب من ذلك شیئا فعوقب في الد منكم فأجره على هللا إن شاء عفا عنھ وإن شاء فھو إلى هللا ومن أصاب من ذلك شیئا ثم ستره هللا

عناه على ذلك، فبای عاقبھ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika berada ditengah-tengahsebahagian sahabat: Berbai'atlah kalian kepadaku untuk tidakmenyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tidak mencuri, tidakberzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak membuat kebohonganyang kalian ada-adakan antara tangan dan kaki kalian, tidak bermaksiatdalam perkara yang ma'ruf. Barangsiapa diantara kalian yangmemenuhinya maka pahalanya ada pada Allah dan barangsiapa yangmelanggar dari hal tersebut lalu Allah menghukumnya di dunia maka ituadalah kafarat baginya, dan barangsiapa yang melanggar dari hal-haltersebut kemudian Allah menutupinya (tidak menghukumnya di dunia)maka urusannya kembali kepada Allah, jika Dia mahu, dimaafkannyaatau disiksanya. Maka kami membai'at baginda untuk perkara-perkaratersebut.(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Kitab al-Iman, Bab `Alamat al-Iman Hubb al-`Ansar. No 17)

Page 16: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

16

Hadith lain turut merakamkan perkara tersebut dengan lafaz yang hampir sama seperti;

امت سمع عنھ ، قال عبادة بن الص علیھ وسلم : رضي هللا كنا عند النبي صلى هللا شیئا ، وال تزنوا ، وال تسرقوا ، وقرأ أتبایعوني على أن ال تش :فقال ركوا با

، ومن آیة النساء وأكثر لفظ سفیان قرأ اآلیة ، فمن وفى منكم فأجره على هللامن أصاب منھا شیئا من ذلك ، أصاب من ذلك شیئا فعوقب فھو كفارة لھ ، و

بھ ، وإن شاء غفر لھ إن شاء عذ ، فھو إلى هللا فستره هللا

Maksudnya: Telah di dengar `Ubadah bin Samit berkata: Ketika kamibersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Berbaiahlah kaliankepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidakberzina, tidak tidak mencuri (Kemudian baginda s.a.w membaca ayat al-Nisa’ dan ditambah Sufyan lafaz membaca ayat-ayat), Maka barangsiapayang menepatinya maka ganjarannya di sisi Allah, dan barangsiapa yangmemungkiri salah satu janji itu maka dia akan dibalas dan ia adalahkafarah baginya, dan barangsiapa yang memungkiri janji itu kemudianditutup oleh Allah, maka urusan dia adalah dengan Allah sama ada Allahmengazabnya atau Allah mengampunkannya.(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari. Kitab Tafsir al-Quran, Bab Surah al-Mumtahinah. No. 4540)

امت عن علیھ وسلم في مجلس كنا مع : ، قال عبادة بن الص صلى هللا رسول هللا شیئا ، وال تزنوا ، وال تسرقوا ، وال :، فقال تبایعوني على أن ال تشركوا با

إال بالحق ، فمن وفى م م هللا ومن تقتلوا النفس التي حر نكم ، فأجره على هللاأصاب شیئا من ذلك ، فعوقب بھ فھو كفارة لھ ومن أصاب شیئا من ذلك ، فستره

بھ إن شاء عفا عنھ ، وإن شاء عذ علیھ فأمره إلى هللا هللا

Maksudnya: Dari `Ubadah bin Samit berkata, : Ketika kami bersamaRasulullah s.a.w, baginda bersabda: Berbaiahlah kalian kepadaku untuktidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak berzina, tidak tidakmencuri, tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecualidengan haq, Maka barangsiapa yang menepatinya maka ganjarannya disisi Allah, dan barangsiapa yang memungkiri salah satu janji itu maka

Page 17: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

17

dia akan dibalas dan ia adalah kafarah baginya, dan barangsiapa yangmemungkiri janji itu kemudian ditutup oleh Allah, maka urusan diaadalah dengan Allah sama ada Allah mengampunkannya atau Allahmengazabnya.(al-Muslim, Sahih Muslim. Kitab al-Hudud, Bab al-HududKifarat li Ahliha. No. 3229)

Di dalam kitab al-Shari`ah wa al-Tariqah, Shaykh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi

(1898-1982M) menegaskan bahawa hadis-hadis tersebut merupakan dalil kepada amalan baiah di

dalam tarekat tasawuf. Ayat dan hadis di atas membuktikan bahawa baiah yang dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w. bersama dengan para Sahabat r.a.h bukanlah baiah yang merujuk memeluk

Islam atau baiah berjihad, tetapi baiah yang merujuk kepada golongan sufi sebagai satu ikrar

untuk memperteguhkan niat dan . Baiah tersebut adalah untuk menguatkan lagi pelaksanaan

hukum-hakam Islam (al-Kandahlawi 1976).

Manakala mengenai isu talqin zikir pula, Shaykh `Abd al-Wahhab al-Sha’rani telah

menulis satu bab bertajuk Bab Sanad al-Talqin al-Sufi di dalam kitabnya yang bertajuk al-Anwar

al-Qudsiyyah. Beliau menegaskan bahawa amalan talqin itu merupakan amalan daripada

Rasulullah s.a.w dengan lafaz kalimah La ilaha illa Allah. Baginda s.a.w telah mentalqinkan

para sahabat sama ada dalam bentuk individu atau kumpulan sahabat r.a.h dan kemudiannya ia

telah menjadi rantaian sanad dalam tarekat. (al-Sha’rani 1988).

امت وشداد بن أوس أبي حدثني كنا عند : حاضر یصدقھ ، قال عبادة بن الص علیھ وسلم فقال : ھل فیكم غریب ؟ ، یعني أھل الكتاب ، قلنا : " النبي صلى هللا

، قا ال إلھ إال : ارفعوا أیدیكم ، فقولوا :أغلقوا الباب ، وقال : ل ال یا رسول هللا یده ، ثم قال ، فرفعنا أیدینا ساعة ، ثم وضع نبي هللا أنك بعثتني : هللا الحمد

ني بھا ، ووعدتني علیھا الجنة ، إنك ال تخلف المیعاد ، ثم بھذه الكلمة ، وأمرت قد غفر لكم : قال أبشروا فإن هللا

Maksudnya: Shaddad bin Aus dan dibenarkan oleh Ubadah bin Shamit,yang menceritakan: Suatu hari kami pernah berkumpul bersamaRasulullah Saw, lalu beliau bertanya, ‘Apakah diantara kalian terda patorang luar (gharib) [yakni, ahlul-kitab]?”. Lalu kami (para Sahabat)menjawab,“Tidak, wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullahmemerintahkan untuk menutup pintu dan berkata, ‘Angkatlah tangankalian dan ucapkan: “La Ilaaha Illallah” (Tidak ada Tuhan yang haqselain Allah).” Sadad bin Aus berkata: Kemudian kami mengangkat

Page 18: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

18

tangan kami sesaat dan mengucapkan kalimat, “La Ilaha IllaLlahu”(Tidak ada Tuhan yang haq selain Allah). “Lalu Rasulullah meletakkantangannya sambil berdoa: “Segala puji hanya milik Allah, ya Allah,sesungguhnya Engkau telah mengutusku dengan membawa Kalimat ini,Engkau memerintahku dengan Kalimat ini, Engkau telah menjanjikankusurga atas Kalimat ini, dan sesungguhnya Engkau tidak akanmengingkari janji.“Kemudian Rasulullah Saw. berkata kepada paraSahabat, “Bergembiralah kalian kerana Allah s.w.t telah mengampunikalian.

Di samping itu, terdapat juga beberapa buah Hadis lain berkaitan talqin zikir ini yang menjadi

sandaran golongan tarekat tasawuf.

امت شداد بن أوس أبي حدثني كنا عند : حاضر صدقھ ، قال وعبادة بن الص علیھ وسلم ، فقال أھل : یعني " ؟ ھل فیكم أحد من غیركم : النبي صلى هللا

: الكتاب ، قلنا ارفعوا أیدیكم ، :ثم قال , فأمر بإغالق الباب , ال یا رسول هللا : فقولوا , فرفعنا أیدینا ساعة ,ال إلھ إال هللا صلى هللا علیھ ثم وضع نبي هللا

: " ثم قال , وسلم یده , اللھم إنك بعثتني بھذه الكلمة ، وأمرتني بھا ,الحمد قد : " وقال , " إنك ال تخلف المیعاد , ووعدتني علیھا الجنة غفر أبشروا إن هللا

لكم

Maksudnya: Shaddad bin Aus dan dibenarkan oleh Ubadah bin Shamit,yang menceritakan: Suatu hari kami pernah berkumpul bersamaRasulullah Saw, lalu beliau bertanya, ‘Apakah diantara kalian terdapatorang selain daripada kamu [yakni, ahlul-kitab]?”. Lalu kami (paraSahabat) menjawab, “Tidak, wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullahmemerintahkan untuk menutup pintu dan berkata, ‘Angkatlah tangankalian dan ucapkan: “La Ilaaha Illallah” (Tidak ada Tuhan yang haqselain Allah).” Sadad bin Aus berkata: Kemudian kami mengangkattangan kami sesaat dan mengucapkan kalimat, “La Ilaha IllaLlahu”(Tidak ada Tuhan yang haq selain Allah). “Lalu Rasulullah meletakkantangannya sambil berdoa: “Segala puji hanya milik Allah, ya Allah,sesungguhnya Engkau telah mengutusku dengan membawa Kalimat ini,Engkau memerintahku dengan Kalimat ini, Engkau telah menjanjikankusyurga atas Kalimat ini, dan sesungguhnya Engkau tidak akanmengingkari janji.“Kemudian Rasulullah Saw. berkata kepada paraSahabat, “Bergembiralah kalian kerana Allah s.w.t telah mengampunikalian (al-Tabrani, Musnid al-Shamiyayni li Tabrani. No 1081)

Dalam sebuah hadis yang lain dinyatakan:

Page 19: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

19

تعالى وأسھلھا على عباده وأفضلھا ع : فقال علي ، دلني على أقرب الطرق إلى هللا ، یا رسول هللا ند هللا

علیھ وسلم صلى هللا تعالى في الخلوة علیك بمداومة ،یا علي : " فقال رسول هللا : ، فقال علي " ذكر هللا

الة والسالم ؟ ، قال علیھ الص ات : " كیف أذكر یا رسول هللا ض عینیك واسمع مني ثالث مر ، فقال " غم

علیھ وسلم ات ال إلھ : " صلى هللا ثالث مر وجھھ " إال هللا م هللا : " ، وعلي یسمع منھ ، ثم قال علي ، كر

علیھ وسلم یسمع ات والنبي صلى هللا ثالث مر ال إلھ إال هللا

Sayyidina `Ali berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkan kepada sedekat-dekat jalan

kepada Allah ta`ala dan paling mudah ke atas hamba-Nya dan paling utama di sisi

Allah s.w.t. Maka Rasulullah bersabda: Wahai`Ali, hendaklah engkau sentiasa

berzikir kepada Allah ta`ala dalam keadaan kamu sendirian. Maka `Ali pun

berkata: Bagaimanakah hendak aku berzikir wahai Rasulullah? Maka Rasulullah

s.a.w. pun bersabda: Tutupkan kedua mata mu, dan dengari daripada aku tiga kali.

Maka Rasulullah s.a.w pun membaca: La ilaha Illa Allah tiga kali. Dan Sayyidina

`Ali pun mendengar daripada baginda s.a.w dan membaca, “la ilaha illa Allah”

tiga kali dan Nabi s.a.w pula mendengarnya.

یارسول هللا دلني على أقرب الطرق الى هللا وأسھلھا على عباده وأفضلھا عنده تعالى فقال النبي صلى هللا

فقال رسول .. علي كل الناس ذاكرون فخصني بشيءفقال.. علیھ وسلم علیك بمداومة ذكر هللا سرا وجھرا

هللا صلى هللا علیھ وسلم أفضل ما قلتھ أنا والنبیون من قبلي ال الھ اال هللا ولو أن السموات واألرضیین في

كفة وال الھ اال هللا في كفة لرجحت بھم كفة ال الھ اال هللا والتقوم القیامة وعلى وجھ االرض من یقول ال الھ

إغمض عینیك واسمع مني ال الھ إال هللا ) صلى هللا علیھ وسلم(ثم قال علي فكیف اذكر ؟ قال النبي .. اال هللا

رواه البزار ) ( ثالث مرات ثم قلھا ثالثا وانا أسمع ثم فعل ذلك برفع الصوت

باسناد حسن

Daripada Sayyidina `Ali bin Abi Talib r.a. Dia Berkata, “Wahai Rasulullah,

tunjukkan kepada ku sededat-dekat jalan kepada Allah `azza wa jalla dan paling

mudah ke atas para hamba dan paling utama di sisi Allah s.w.t. maka Rasulullah

s.a.w bersabda, “wahai `Ali, hendaklah engkau sentiada berzikir kepada Allah

Page 20: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

20

`ajja wa jalla sama ada dalam keadaan secara sir dan jahr. Maka Sayyidina `Ali

r.a.h. berkata: “Setiap manusia itu berzikir wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku

ingin engkau mengkhususkan aku dengan sesuatu. Maka Rasulullah s.a.w

bersabda; Wahai `Ali, seafdal apa yang disebut oleh aku dan para nabi sebelumku

ialah La ilaha illa Allah. Sekiranya langit yang tujuh dan bumi yang tujuh lapis itu

di satu belah tinbangan dan kalimah La ilaha illa Allah di sebelah lagi, maka

kalimah La ilaha illa Allah akan mengatasi.(Riwayat al-Tabrani dan al-Bazzar

dengan sanad hasan).

Kesimpulan

Kesimpulan daripada perbincangan di atas bahawa sanad atau silsilah tarekat yang kini

merupakan salah satu daripada bahagian penting dalam tarekat tasawuf sebenarnya dapat dirujuk

kepada amalan para sahabat r.a.h. persahabatan mereka dengan Rasulullah s.a.w yang menjadi

rujukan mutlak bagi mereka untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dan ketinggian beserta dengan

pentalqinan zikir oleh Rasulullah s.a.w kepada para Sahabat r.a.h dapat dijadikan sandaran atau

dalil-dalil kepada bersambungnya sanad ilmu dan amalan tarekat dengan Rasulullah s.a.w.

Page 21: SANAD TAREKAT: SEJAUH MANAKAH SANDARAN …ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Sanad_Tarekat.pdf · Unsur kedua sesebuah institusi tarekat ialah murid atau salik juga merupakan komponen

21

Rujukan

Abdul Manam bin Mohamad. 2011. Silsilah Dalam Ilmu Tarekat. Prosiding Diskusi TarekatTasawuf Negeri Sembilan 2011. Negeri Sembilan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Al-Bustani, Fu’ad Ifram.1986. Munjid al-Tullab. Lubnan: Dar al-Mashriq.

Jahid Sidek. 1991. Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

`Isa, `Abd al-Qadir. 1970. Haqa’iq `an al-Tasawwuf. Norwich: Diwan Press.

Al-Qashani, `Abd al-Razzaq. 1991. Kitab Istalahat al-Sufiyyah. Terjemahan Nabil Safwat. SufiTechnical Terms. London: The Octagon Press Ltd.

Al-Qushayri, Abu al-Qasim al-Naysaburi. 1989. Al-Risalah al-Qushayriyyah. Tahqiq `Abd al-Halim Mahmud dan Mahmud Sharif. Al-Qahirah: Matabi` Mu’assasah Dar al-Sha`b.

Rohimuddin bin Nawawi. 2011. Inilah Tasawwuf Sufi Yang Berpegang Kepada Manhaj Sahih.Selangor: Darul Hasani Enterprise.

Al-Tusi, Abu Nasr al-Sarraj, 2001. al Luma’ fi Tarikh at Tasawuf al Islami. Beirut: Dar al Kutubal-‘Alamiah.

Al-Sha’rani, `Abd al-Wahhab. 1988. al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawa`id al-Sufiyyah.Beirut: Maktabah al-Ma’arif.

Al-Sha’rani, Abd al-Wahhab. 2004 Lawaqih al-anwar al-qudsiyyah fi Bayan al-uhud al-

muhamadiyyah. Dar Sadir: Beirut.

Al-Suhrawardi, Abd al-Qadir bin Abdullah. 1995 .Awarif al-Ma’arif. Dar al-Fikr: Beirut.