implikasi waqf dan ibtida terhadap bacaan surah al-fatihah...

9
57 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) Implikasi Waqf dan Ibtidaterhadap Bacaan Surah al-Fatihah dalam Solat: Perbandingan antara Tajwid dan Fiqh Ikmal Zaidi Bin Hashim, Muhammad Izzat Bin Ngah & Muhammad Farid Ravi Bin Abdullah ABSTRAK Surah al-Fatihah merupakan surah yang utama dalam kehidupan umat Islam khasnya dalam menentukan sah dan batal solat yang dikerjakan. Antara isu yang berkaitan ciri-ciri bacaan al-Fatihah yang betul ialah Waqf dan Ibtidaiaitu kaedah memberhentikan dan memulakan bacaan ketika dalam solat. Ia juga berkait rapat dengan isu menentukan bilangan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah yang telah disepakati ulama berjumlah tujuh ayat. Persoalannya ialah sejauh mana cara kita dalam memulakan dan memberhentikan bacaan tatkala kita membaca surah al-Fatihah dalam solat memberi kesan dan implikasi yang melibatkan hukum solat kita sendiri. Untuk menjawab persoalan ini penulis secara deskriptif dan komparatif menghuraikan fakta-fakta yang diperolehi daripada sumber- sumber muktabar dalam dua bidang iaitu Tajwid dan Fiqh. Rasionalnya ialah ilmu Tajwid merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan Al-Quran khasnya surah al-Fatihah sementara Waqf dan Ibtidaadalah salah satu perbahasannya. Ilmu Fiqh pula merupakan asas kepada penentuan kesahan ibadah solat khususnya yang melibatkan Fiqh al-Solah. Antara dapatan penting dalam kajian ringkas ini ialah kaedah terbaik dalam membaca surah al-Fatihah yang bukan sahaja melibatkan ketepatan sebutan dan bacaan bahkan melibatkan cara kita memenuhi tuntutan Waqf dan Ibtidayang sebenar. Kata Kunci: Implikasi Waqf dan Ibtida, Kesahan Pembacaan surah al-Fatihah ABSTRACT Surah al-Fatihah is the main surah in the life of the Muslims especially in determining the validity and abolition of the prayers performed. Among the issues related to the correct reading of al-Fatihah are Waqf and Ibtidaas the method of stopping and starting reading during the prayer. It is also closely related to the issue of determining the number of verses in surah al-Fatihah which has been agreed upon by the scholars of seven verses. The question is how our implementation of Waqf and Ibtidawhen we recite the surah al- Fatihah in prayer giving the impression and implication that involves our own solat. To answer this question the writer descriptively and comparatively describes the facts obtained from the sources of muktabar in two areas namely Tajwid and Fiqh. The rationale is that the Tajwid is the basis of the determination of the correctness of the Qur'anic recitation especially surah al-Fatihah while Waqf and Ibtidais one of its debates. The knowledge of Fiqh is the basis for the determination of the validity of the prayers, especially those involving Fiqh al-Solah. Among the key findings in this brief study is the best way to read surah al-Fatihah which not only involves the accuracy of the pronunciation and reading and even involves our way of fulfilling the actual Waqf and Ibtidaclaims.

Upload: doque

Post on 16-Mar-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

57

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Implikasi Waqf dan Ibtida’ terhadap Bacaan

Surah al-Fatihah dalam Solat: Perbandingan antara Tajwid dan Fiqh

Ikmal Zaidi Bin Hashim, Muhammad Izzat Bin Ngah & Muhammad Farid Ravi Bin

Abdullah

ABSTRAK

Surah al-Fatihah merupakan surah yang utama dalam kehidupan umat Islam khasnya

dalam menentukan sah dan batal solat yang dikerjakan. Antara isu yang berkaitan ciri-ciri

bacaan al-Fatihah yang betul ialah Waqf dan Ibtida’ iaitu kaedah memberhentikan dan

memulakan bacaan ketika dalam solat. Ia juga berkait rapat dengan isu menentukan

bilangan ayat-ayat dalam surah al-Fatihah yang telah disepakati ulama berjumlah tujuh

ayat. Persoalannya ialah sejauh mana cara kita dalam memulakan dan memberhentikan

bacaan tatkala kita membaca surah al-Fatihah dalam solat memberi kesan dan implikasi

yang melibatkan hukum solat kita sendiri. Untuk menjawab persoalan ini penulis secara

deskriptif dan komparatif menghuraikan fakta-fakta yang diperolehi daripada sumber-

sumber muktabar dalam dua bidang iaitu Tajwid dan Fiqh. Rasionalnya ialah ilmu Tajwid

merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan Al-Quran khasnya surah al-Fatihah

sementara Waqf dan Ibtida’ adalah salah satu perbahasannya. Ilmu Fiqh pula merupakan

asas kepada penentuan kesahan ibadah solat khususnya yang melibatkan Fiqh al-Solah.

Antara dapatan penting dalam kajian ringkas ini ialah kaedah terbaik dalam membaca

surah al-Fatihah yang bukan sahaja melibatkan ketepatan sebutan dan bacaan bahkan

melibatkan cara kita memenuhi tuntutan Waqf dan Ibtida’ yang sebenar.

Kata Kunci: Implikasi Waqf dan Ibtida’, Kesahan Pembacaan surah al-Fatihah

ABSTRACT

Surah al-Fatihah is the main surah in the life of the Muslims especially in determining the

validity and abolition of the prayers performed. Among the issues related to the correct

reading of al-Fatihah are Waqf and Ibtida’ as the method of stopping and starting reading

during the prayer. It is also closely related to the issue of determining the number of verses

in surah al-Fatihah which has been agreed upon by the scholars of seven verses. The

question is how our implementation of Waqf and Ibtida’ when we recite the surah al-

Fatihah in prayer giving the impression and implication that involves our own solat. To

answer this question the writer descriptively and comparatively describes the facts

obtained from the sources of muktabar in two areas namely Tajwid and Fiqh. The rationale

is that the Tajwid is the basis of the determination of the correctness of the Qur'anic

recitation especially surah al-Fatihah while Waqf and Ibtida’ is one of its debates. The

knowledge of Fiqh is the basis for the determination of the validity of the prayers,

especially those involving Fiqh al-Solah. Among the key findings in this brief study is the

best way to read surah al-Fatihah which not only involves the accuracy of the

pronunciation and reading and even involves our way of fulfilling the actual Waqf and

Ibtida’ claims.

Page 2: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

58

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Pendahuluan

Surah al-Fatihah merupakan surah yang paling kerap dibaca oleh umat Islam setiap hari

dalam solatnya kerana ia merupakan salah satu daripada rukun solat. Rasulullah s.a.w

bersabda seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhariyy dan Muslim:

امت رضى الل عنه أن رسول الل صلى هللا عليه -عن عبادة بن الص « ي قرأ بفاتة الكتاب ال صالة لمن ل :» قال -وسلم

Maksudnya: Daripada ‘Ubadah ibn al-Samit r.a sesungguhnya

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada solat bagi orang tidak membaca

(surah) pembuka al-Kitab (surah al-Fatihah).1

Dari segi praktikal surah ini sering dibaca oleh para imam dalam solat dan didengari oleh

makmum di belakangnya. Isu yang sering menjadi perhatian ialah mutu bacaan Imam

sama ada yang berkaitan dengan hukum-hukum tajwid yang asas seperti sebutan huruf

mahu pun aplikasi hukum izhar, idgham, ikhfa’ dan iqlab serta hukum-hukum mad yang

pelbagai itu. Walau bagaimanapun isu Waqf dan Ibtida’ iaitu kaedah memberhentikan dan

memulakan bacaan sewajarnya menjadi perhatian kerana ia turut memberi kesan kepada

sah dan batal bacaan al-Fatihah seterusnya sah dan batal solat kita.

Waqf dan Ibtida’ dalam Pembacaan Surah al-Fatihah dari Perspektif Ilmu Tajwid

Perbahasan mengenai Waqf dan Ibtida’ merupakan sebahagian daripada perbahasan-

perbahasan dalam ilmu Tajwid. Walau bagaimanapun perbahasan mengenainya agak

terhad kepada pengenalan dan pembahagian Waqf dan Ibtida’ semata-mata yang lebih

bersifat pengantar seperti pembahagian Waqf kepada idtirariyy (memberhentikan bacaan

kerana kecemasan seperti keputusan nafas, terbatuk atau terbersin), ikhtibariyy

(memberhentikan bacaan kerana diarahkan oleh guru yang mahu menguji muridnya),

intizariyy (berhenti pada perkataan tertentu untuk menyempurnakan semua wajah qiraat

yang terdapat padanya ketika bertalaqqi dengan guru) dan ikhtiyariyy (memberhentikan

bacaan pada perkataan tertentu secara sengaja tanpa sebab-sebab yang dijelaskan dalam

jenis-jenis yang sebelumnya). Waqf ikhtiyariyy pula dibahagian kepada lazim, tam, kafi dan hasan yang berasaskan i‘rab perkataan tersebut dengan perkataan selepasnya. Untuk

mengetahui aplikasi Waqf dan Ibtida’ dalam ayat-ayat Al-Quran kita perlu merujuk kepada

karya-karya khusus dalam ilmu Waqf dan Ibtida’ seperti al-Qat‘ wa al-I’tinaf oleh al-

Nahhas (m. 338H) , ‘Ilal al-Wuqūf oleh al-Sajawindiyy (m. 560H), Manar al-Huda oleh

al-Ashmūniyy (m. 838H), dan lain-lain. Oleh kerana asas dalam mengklasifikasikan Waqf

dan Ibtida’ adalah i‘rab yang bersifat ijtihadiyy maka tidak hairan jika kita melihat

perbezaan pendapat yang ketara antara para ulama dalam hal ini.

Contohnya dalam surah al-Fatihah, beberapa hadis Rasulullah s.a.w menjadi dalil para

ulama dalam menghuraikan cara Rasulullah s.a.w membaca surah al-Fatihah. Antaranya

hadis Ummu Salamah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abū Dawūd dan lain-lain:

1 Abū ‘Abd Allah Muhmmad ibn Ismā‘il ibn Ibrāhim al-Bukhāriyy (1993), Sahih al-Bukhāriyy. Kitāb al-

Adhan, Bāb Wujub al-Qira’ah li al-Imam wa al-Ma’mum fi al-Salawat kulliha fi al-Hadar, no. hadis 723.

Beirut: Dār Ibn Kathir, j.1 h. 263.

Page 3: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

59

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

عن أم سلمة رضي هللا عنها قالت : إن النيب صلى هللا عليه و آية} احلمد هلل رب العاملني { مث يقف} يقطع قراءته آية سلم كان

الرمحن الرحيم { مث يقف.

Maksudnya Dari Ummi Salamah r.a beliau berkata:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca dengan satu ayat

demi satu ayat } احلمد هلل رب العاملني {kemudian berhenti

kemudian berhenti.2} الرمحن الرحيم {

Hadis ini difahami oleh para ulama dengan pelbagai kefahaman. Al-Imam al-Bayhaqiyy

(m. 458H) dalam Shu‘ab al-Īman menjadikannya sebagai dalil bahawa memberhentikan

bacaan atau waqf pada semua hujung ayat dalam semua surah dalam Al-Quran dan

memulakan (ibtida’) terus bacaan pada perkataan selepasnya hukumnya harus tanpa

melihat sama ada ia membawa kepada kecelaruan makna atau pun tidak. Pandangan ini

tidak dipersejui oleh ulama lain seperti al-Ja‘bariyy (m. 732H) yang berpandangan bahawa

hadis tersebut tidak sama sekali menunjukkan sedemikian sebaliknya Rasulullah s.a.w

hanya menunjukkan al-Fawaṣil (hujung ayat) dalam surah al-Fatihah tanpa melibatkan

keharusan waqf atau tidak. Ia bermaksud Waqf dan Ibtida’ tidak melihat kepada

penghujung atau pertengahan ayat tetapi melihat kepada sejauh mana hubungan lafaz dan

makna antara perkataan yang berlaku waqf padanya dengan perkataan sebelumnya.

Maka kesimpulan isu Waqf dan Ibtida’ dalam surah al-Fatihah ialah tidak menjadi

kesalahan jika kita membaca dengan waqf pada setiap hujung ayatnya yang tujuh itu

kerana terdapat hadis yang khusus mengenainya. Walau bagaimanapun pada surah-surah

yang lain hendaklah kembali kepada kaedah yang asal dalam ilmu Waqf dan Ibtida’ yang

mengambilkira dan meraikan makna (‘Abd al-Karim, 2001:27).

Al-Ashmūniyy (2002:73) mengklasifikasikan Waqf dan Ibtida’ dalam surah al-Fatihah

kepada tiga bahagian

Waqf Tam: Iaitu berhenti pada perkataan-perkataan yang sempurna struktur

ayatnya dan harus memulakan bacaan atau ibtida’ pada perkataan selepasnya. Ia terdapat

pada empat tempat (ditandakan dengan * ):

ٱلرهنمح ٱلرهحيم ٱلحعلمني *١مسب ٱلله رب د لله مح ين ٣ٱلرهنمح ٱلرهحيم ٢ٱلح إيهاك * ٤ملك يوحم ٱل تعني بد إويهاك نسح حم *٥نعح رط ٱل دنا ٱلص تقيم ٱهح ضوب ٦سح حمغح ٱل يحهمح غيح

ت عل نحعمحين أ صرط ٱله

ال ني *٧عليحهمح ول ٱلضه

Waqf Hasan atau Ja’iz : Iaitu berhenti pada perkataan-perkataan yang sempurna struktur

ayatnya tetapi tidak harus memulakan bacaan atau ibtida’ pada perkataan selepasnya

2 Abu ‘Abd Allah Ahmad ibn Muhammad ibn Hanbal al-Shaybaniyy (t.t), Musnad Ahmad ibn Hanbal, Baqi

Musnad al-Anṣar, Hadith Umm Salamah Zawj al-Nabiyy, no. hadis 26625. Kaherah: Muassasah Qurtubah. j.

6. h.302.

Page 4: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

60

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

kerana mempunyai kaitan lafaz dengan perkataan sebelumnya. Keharusan yang

dimaksudkan adalah bersifat al-Tasamuh semata-mata. Ia terdapat pada enam tempat:

ٱلرهنمح ٱلرهحيم ١مسب ٱلله د لله مح ٱلحعلم *ٱلح ين * ٣ٱلرهنمح ٱلرهحيم *٢ني رب ٤ملك يوحم ٱل بد تعني *إيهاك نعح تقيم ٥إويهاك نسح حمسح رط ٱل دنا ٱلص ت عليحهمح * ٦ٱهح نحعمح

ين أ *صرط ٱله غيح

ال ني حمغحضوب عليحهمح ول ٱلضه ٧ٱل

Waqf Qabih: Iaitu berhenti pada perkataan-perkataan yang tidak sempurna struktur ayatnya

dan tidak harus memulakan bacaan pada perkataan selepasnya atau ibtida’ qabih. Ia

terdapat pada tiga belas tempat:

ٱلرهنمح ٱلرهحيم د ١مسب ٱلله مح *ٱلح رب ين *يوحم *ملك ٣ٱلرهنمح ٱلرهحيم ٢ٱلحعلمني *لله ٤ٱل بد إويهاك *إيهاك تعني *نعح دنا ٥نسح رط *ٱهح تقيم *ٱلص حمسح ين *صرط ٦ٱل ت عليحهمح *ٱله نحعمح

أ

حمغحضوب *غيح ال ني *عليحهمح *ٱل ٧ول ٱلضه

Penentuan Bilangan Ayat dalam Surah al-Fatihah

Setiap surah dalam Al-Quran ditentukan ayat dengan beberapa kaedah. Ini menjadi bidang

yang dipelopori oleh para ulama yang digelar sebagai ‘ulama’ al-‘Adad dan bidang

tersebut disebut sebagai ilmu al-Fawaṣil . Bagi surah al-Fatihah mereka telah bersepakat

bahawa jumlah ayat bagi bagi surah al-Fatihah ialah tujuh ayat. Ini berdasarkan firman

Allah dalam surah al-Hijr 15:87:

حمثان وٱلحقرحءان ٱلحعظيم ن ٱل ٨٧ولقدح ءاتيحنك سبحعا م 87. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai

Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh

Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.

Walau bagaimanapun terdapat perselisihan antara mereka dalam menentukan ayat yang

ketujuh. Perselisihan ini berpunca daripada perselisihan mereka dalam menganggap al-

Basmalah sebagai salah satu ayat daripada surah al-Fatihah. Ini dijelaskan oleh Imam

al-Shatibiyy (m. 590H) dalam matan Nazimah al-Ζuhr (1977:11) bahawa semua ‘ulama’ al-‘Adad bersepakat bahawa surah al-Fatihah terdiri daripada tujuh ayat kecuali mereka

berselisih pendapat iaitu ulama Mekah dan Kufah menganggap al-Basmalah sebagai

ayat yang pertama sedangkan ulama lain tidak berpandangan sedemikian sebaliknya

menganggap kalimah عليحهمح yang pertama sebagai ayat yang keenam dan tidak mengira

al-Basmalah sebagai ayat pertama. Oleh kerana itu sesetengah mushaf meletakkan tanda

hujung ayat atau dipanggil faṣilah pada kalimah عليحهمح yang pertama dan mushaf yang

lain tidak meletakkannya berdasarkan perselisihan di atas.

Page 5: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

61

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Gambar menunjukkan surah al-Fatihah yang diletakkan faṣilah

pada kalimah عليحهمح yang pertama3

Waqf dan Ibtida’ dalam Pembacaan Surah al-Fatihah dan Implikasi Hukum Solat

Selain itu antara persoalan yang wajar dijawab ialah sejauh mana cara kita membaca surah

al-Fatihah itu mempengaruhi sah dan batal solat kita? Adakah sehingga dalam cara kita

memberhentikan dan memulakan bacaan (Waqf dan Ibtida’) pun mempunyai implikasi

hukum solat kita? Membaca surah al-Fatihah merupakan rukun solat yang mesti

dilaksanakan bagi jumhur ulama Fiqh bererti tidak sah solat tanpa membaca surah al-

Fatihah kecuali bagi ulama mazhab Hanafiyy. Bagi mereka memadai dengan tiga ayat

pendek atau satu ayat yang panjang (Wahbah al-Zuhayliyy, 2004:831).

Selain itu terdapat perselisihan pandangan dalam kalangan ulama Fiqh mengenai

al-Basmalah dalam dua perkara iaitu dalam mengiranya sebagai salah satu ayat daripada

surah al-Fatihah dan dalam cara membacanya ketika solat khasnya solat Jahar. Jūdah

Muhammad Abū Yazid al-Mahdiyy (1998:31-33) menjelaskan bahawa para ulama telah

berselisih pandangan dalam menganggap al-Basmalah sebagai salah satu ayat daripada

surah al-Fatihah atau surah-surah yang lain kecuali surah al-Naml (kerana ia terdapat pada

ayat 30):

Kumpulan pertama: Al-Basmalah merupakan satu ayat daripada surah al-Fatihah, satu

ayat daripada surah-surah yang lain kecuali surah al-Tawbah. Ini merupakan pandangan

Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Imam al-Shafi‘iyy, Ibn al-Mubarak, para Qurra’ dan Fuqaha’ di

Mekah dan Kufah.

Antara dalil mereka ialah hadis Ummu Salamah r.a di atas selain hadis Abū Hurayrah r.a

yang diriwayatkan oleh al-Bayhaqiyy, al-Tabaraniyy dan Ibn Mardawayh:

: أنه -صلى هللا عليه وسلم-عن أب هري رة رضى الل عنه عن النبى احلمد لل ربى العالمني سبع آيت ، إحداهن )بسم الل :» قول كان ي

بع من المثان والقرآن العظيم وهى أم القرآن الرمحن الرحيم( وهى الس «.وهى فاتة الكتاب

3 Al-Qur’an al-Karim bi al-Rasm al-‘Uthmaniyy ‘ala Riwayah Qalun (2007), Kaherah: Dar al-Salam. h.1.

Page 6: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

62

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Maksudnya:: Daripada Abū Hurayrah r.a daripada Nabi s.a.w

baginda bersabda: “ احلمد لل ربى العالمني tujuh ayat, salah satunya

ialah بسم الل الرمحن الرحيم dan ia merupaka tujuh ayat yang

diulang-ulang, Al-Quran yang Agung, Ibu Al-Quran dan

Pembuka al-Kitab”.4

Kumpulan Kedua: Al-Basmalah bukan salah satu ayat daripada surah al-Fatihah mahu

pun surah-surah yang lain. Demikianlah pendirian para Qurra’ dan Fuqaha’ Madinah,

Basrah dan Syam seperti Imam Malik dan al-Awza‘iyy. Dalil utama mereka ialah hadis

Qudsi juga diriwayatkah oleh Abu Hurayrah r.a5 dan lain-lain:

الة ب ين وبني عبدى ، ولعبدى ما قال الل عز وجل : قسمت الصدن سأل ، فإذا قال العبد )احلمد لل ربى العالمني( قال الل : مح

على عبدى. وإذا قال عبدى. وإذا قال )الرمحن الرحيم( قال : أثن ض إل عبدى. ين( قال : مدن عبدى أو قال ف و )مالك ي وم الدىك نستعني( قال : هذه ب ين وبني عبدى ك ن عبد وإي وإذا قال )إي

)اهدن الصىراط المستقيم صراط الذين ولعبدى ما سأل ، فإذا قال الىني( ف هذا لعبدى أن عمت عليهم غي المغضوب عليهم وال الض

ولعبدى ما سأل

Fokus pada hadis ini ialah tidak disebutkan al-Basmalah sebaliknya terus kepada د لل احلم .menunjukkan ia bukan salah satu ayat daripada surah al-Fatihah ربى العالمني

Kumpulan Ketiga: Al-Basmalah merupakan ayat tersendiri dan berasingan yang

diturunkan bagi menunjukkan permulaan bagi setiap surah dan sebagai sesuatu yang

membawa keberkatan. Pandangan ini masyhur dalam kalangan ulama mazhab Hanafi.

Walau bagaimanapun dikatakan bahawa Imam Abū Hanifah dan para pengikutnya telah

tidak mahu memanjangkan perbincangan dalam hal ini dan lebih suka berdiam diri.

Rentetan daripada pandangan yang menyatakan bahawa al-Basmalah merupakan salah

satu ayat daripada surah al-Fatihah maka terdapat perselisihan mengenai persoalan

membaca al-Basmalah antara ulama. Mazhab Imam al-Shafi‘iyy seperti yang diamalkan

oleh sesetengah sahabat dan tabiin membaca al-Basmalah dengan kuat seperti membaca

ayat-ayat lain dalam surah al-Fatihah. Mazhab Imam Hanafiyy pula seperti amalan 4 Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn ibn ‘Ali al-Bayhaqiyy (1994), al-Sunan al-Kubra, Kitab al-Hayd, Bab al-

Dalil ‘ala Ann Bism Allah al-Rahman al-Rahim ‘Āyah Tammah min al-Fatihah. no. hadis: 2218, Mekah:

Maktabah Dar al-Baz, j.2, h. 45. 5 Muslim ibn al-Hajjaj Abu al-Hasan al-Qushayriyy al-Naysaburiyy (t.t), Sahih Muslim, Kitab al-Salah, Bab

Wujub Qira’ah al-Fatihah fi Kull Rak‘ah, no. hadis: 904, Beirut: Dar al-Jayl, j. 2. h.9.

Page 7: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

63

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

sekumpulan para sahabat dan tabiin pula tidak membaca al-Basmalah dengan kuat dalam

solat sementara mazhab Imam Malik ibn Anas tidak membaca al-Basmalah sama sekali.

Kesimpulannya perkara di atas merupakan perkara khilaf yang muktabar dalam

kalangan ulama Fiqh kerana masing-masing mempunyai hujah tersendiri. Selain itu

perkara-perkara yang menjadi syarat kesahihan bacaan surah al-Fatihah dalam solat

menurut ulama Fiqh al-Shafi‘iyy seperti Imam al-Nawawiyy (2009:3,392) dalam al-

Majmū‘ ialah:

1. Membaca dengan mana-mana daripada Qiraat Tujuh yang mutawatirah. Tidak sah

membaca dengan Qiraat Shadhdhah.

2. Wajib memelihara segala huruf termasuklah huruf-huruf yang bersabdu berjumlah

14 huruf kesemuanya. Jika ia menggugurkan mana-mana huruf, tidak membaca

dengan betul pada huruf yang bersabdu atau menukar huruf dengan huruf yang lain

sedangkan ia mampu atau tiada masalah maka tidak sah solatnya. Jika ia menukar

huruf Dad menjadi Ζa maka terdapat dua pandangan salah satunya mengatakan

tidak sah dan satu lagi mengatakan sah kerana huruf tersebut sukar dibaca dengan

tepat oleh kebanyakan orang awam.

3. Tidak melakukan kesalahan atau al-Lahn sehingga menjejaskan makna. Jika

menjejaskan makna maka batal solatnya jika ia sengaja. Jika tidak sengaja maka

wajib ia mengulangi bacaannya. Jika al-Lahn yang dilakukan tidak menjejaskan

makna maka tidak batal solatnya.

4. Menurut Imam al-Juwayniyy hendaklah sebutan huruf Sin dalam surah al-Fatihah

jelas dan tidak bercampur bunyinya seperti huruf Tha. Jika begitu maka tidak harus

ia menjadi imam. Selain itu hendaklah ia menjaga sebutannya ketika menyebut

huruf yang bersabdu dengan sederhana dan tidak keterlaluan. Yang lebih utama

ialah tidak berhenti pada kalimah ‘alayhim yang pertama kerana ia bukan tempat

waqf dan bukan pula penghujung ayat menurut Imam al-Shafi‘iyy.

5. Selain itu dalam membaca surah al-Fatihah hendaklah dijaga al-Tartib iaitu

membaca mengikut susunannya yang betul dan al-Muwalah iaitu membaca

keseluruhan surah al-Fatihah secara bersambung tanpa diputus-putuskan kalimah

dan hurufnya melainkan sekadar bernafas (iaitu pada tempat-tempat waqf). Jika

diputuskan dengan sebab mengucapkan tahmid apabila bersin maka terputuslah

bacaannya. Jika diputuskan dengan sesuatu sebab berkaitan solat seperti

mengucapkan lafaz amin kerana mengikut imam, menegur imam yang terhenti

kerana terlupa bacaannya, meminta rahmat, mengucapkan ta‘awwudh pada ayat

azab dan sujud tilawah kerana mengikut imam maka dikira tidak terputus bacaan

al-Fatihah. Diam yang terlalu lama memutuskan bacaan dan diam yang sebentar

juga memutuskan jika diserta niat mahu berhenti membaca (Wahbah al-Zuhayliyy,

2004:836).

Rumusan dan Kesimpulan

Sebagai kesimpulan daripada perbahasan para ulama di atas, kaedah dan cara terbaik

dalam membaca surah al-Fatihah dalam solat ialah:

5.1 Hendaklah membaca surah al-Fatihah mengikut qiraat dan riwayat yang

tergolong dalam Qiraat Mutawatirah sama ada Qiraat Tujuh atau Sepuluh

bukan Qiraat Shadhdhah.

5.2 Hendaklah mengikut mazhab masing-masing dalam hal membaca surah al-

Fatihah dalam solat dari segi membaca al-Basmalah secara kuat atau

Page 8: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

64

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

perlahan. Jika beramal dengan mazhab al-Shafi‘iyy maka bacalah al-

Basmalah dengan kuat.

5.3 Hendaklah menjauhi al-Lahn yang boleh mengubah makna perkataan dan

ayat selain memelihara sebutan huruf dan baris dengan sebaik-baiknya.

5.4 Hendaklah meraikan sebaik-baiknya Waqf dan Ibtida’ ketika membaca

surah al-Fatihah. Jika hendak meraikan makna maka ikutlah pendekatan

dalam waqf Tam. Jika hendak meraikan tuntutan sunnah seperti dalam hadis

Ummu Salamah r.a maka pilihlah untuk berhenti pada setiap hujung ayat

dengan meraikan khilaf dalam penentuan al-Basmalah dan ayat ketujuh.

Bagi yang bermazhab al-Shafi‘iyy sebaik-baiknya pilihlah untuk berhenti

(waqf ikhtiyariyy) pada al-Basmalah selain tidak berhenti pada ‘alayhim

yang pertama apatah lagi pada ‘alayhim yang kedua kerana ia termasuk

dalam 13 tempat waqf dan ibtida’ qabih.

5.5 Jika kita terpaksa untuk berhenti secara kecemasan pada ‘alayhim yang

pertama atau ‘alayhim yang kedua (waqf idtirariyy) maka hendaklah

memilih untuk ibtida’ pada tempat yang sesuai iaitu pada kalimah selepas

‘alayhim yang pertama kerana setidak-tidaknya ia dikira hujung ayat atau

faṣilah bagi sesetengah mazhab. Namun jika kita telah mengenal keupayaan

nafas sendiri dan memang tidak mampu untuk membaca ayat ketujuh

dengan satu nafas atau mampu tetapi sengaja mahu waqf maka pilihlah

untuk berhenti pada ‘alayhim yang pertama sahaja (waqf ikhtiyariyy ja’iz)

dan terus ibtida’ pada perkataan selepasnya dan ia termasuk dalam khilaf

al-Awla (menyalahi amalan yang lebih utama) seperti yang dinyatakan oleh

al-Juwayniyy.

5.6 Jika kita melakukan 13 tempat waqf dan ibtida’ qabih dengan sengaja maka

ia boleh menjejaskan al-Tartib dan al-Muwalah yang mencacatkan

kemukjizatan dan nazm Al-Quran. Ia menyebabkan bacaan surah al-

Fatihah kita terbatal dan solat kita juga tidak sah jika kita tidak

mengulanginya semula.

Rujukan

‘Abd al-Karim Ibrahim ‘Iwad Salih (2001), al-Waqf wa al-Ibtida’ wa Silatuha bi al-Ma‘na

fi al-Qur’an al-Karim, Kaherah: Dar al-Salam.

Abu ‘Abd Allah Ahmad ibn Muhammad ibn Hanbal al-Shaybaniyy (t.t), Musnad Ahmad

ibn Hanbal, Kaherah: Muassasah Qurtubah.

Abū ‘Abd Allah Muhmmad ibn Ismā‘il ibn Ibrāhim al-Bukhāriyy (1993), Sahih al-

Bukhāriyy. Beirut: Dār Ibn Kathir. Abu al-Hasan Muslim ibn al-Hajjaj al-Qushayriyy al-Naysaburiyy (t.t), Sahih Muslim,

Beirut: Dar al-Jayl.

Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn ibn ‘Ali al-Bayhaqiyy (1994), al-Sunan al-Kubra,

Mekah: Maktabah Dar al-Baz.

Abū Ja‘far Ahmad ibn Muhammad ibn Isma‘il al-Nahhas (2002), al-Qat‘ wa al-I’tinaf ,

Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Abū Zakariyya Muhy al-Din Yahya ibn Sharaf al-Nawawiyy (2009), al-Majmū‘ Sharh al-

Muhadhdhab li al-Shiraziyy, Jeddah: Maktabah al-Irshad.

Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Abd al-Karim al-Ashmuniyy (2002), Manar al-Huda fi Bayan al-Waqf wa al-Ibtida, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Page 9: Implikasi Waqf dan Ibtida terhadap Bacaan Surah al-Fatihah ...journal.kuis.edu.my/.../SpecialIssue1/jsass_spec2017_006_ikmal.pdf · merupakan asas kepada penentuan kesahan bacaan

65

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Al-Qur’an al-Karim bi al-Rasm al-‘Uthmaniyy ‘ala Riwayah Qalun (2007), Kaherah: Dar

al-Salam.

al-Shatibiyy (1977), Matn Nazimah al-Ζuhr , Kaherah: al-Jihaz al-Markaziyy li al-Kutub

al-Jami‘iyyah.

Jūdah Muhammad Abū Yazid al-Mahdiyy (1998), Diya’ al-Furqan fi Tafsir al-Qur’an,

Tanta.

Muhammad ibn Tayfūr al-Ghaznawiyy al-Sajawandiyy (t.th), ‘Ilal al-Wuqūf fi al-Qur’an

al-Karim, Tanta: Dar al-Sahabah.

Wahbah al-Zuhayliyy (2004), al-Fiqh al-Islamiyy wa Adillatuh, Beirut: Dar al-Fikr.