adhd

Upload: amirul

Post on 07-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hyperactive symptom

TRANSCRIPT

PengenalanAttention Deficit Hyperactivity Disorder atau lebih dikenal dengan ADHD bermaksud gangguan pemusatan perhatian disertai hiperaktif iaitu gangguan pemusatan pemikiran. Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkinesis iaituAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara.Menurut American Psichiatric Association (APA) (1994), ADHD adalah tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara secara berulang- ulang atau berterusan. Tingkah laku ini berlaku sangat kerap dan berbeza daripada manusia biasa. Menurut kajian, 3%-5% gangguan hiperaktiviti dan impulsiviti kerap berlaku ketika prasekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja. Kanak- kanak lelaki kebiasaannya lebih cenderung untuk mendapat ADHD berbanding kanak- kanak perempuan. Selain itu, kanak- kanak yang mengalami kecelaruan atau gangguan dan kurang tumpuan ini juga biasanya berumur 7 tahun kebawah.Punca ADHD menurut kajian Friend (2006) adalah keturunan. Menurut Baekley(1998) 80% kanak-kanak ADHD berpunca daripada keturunan dan dipersetujui oleh Lombroso et.al(1988). ADHD juga sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan terutamanya kanak- kanak. Perkara ini boleh mengakibatkan tindak balas dan rangsangan otak ke atas otot dan fungsi anggota badan. Kanak- kanak cenderung untuk mendapat masalah ADHD kerana mereka gemar makanan yang manis seperti gula-gula dan makanan ringan yang mengandungi banyak kandungan gula. Tanpa pengawasan secukupnya daripada ibu bapa, kadar gula yang diambil mereka akan melebihi paras gula yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak biasa. Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Hal ini menyebabkan kanak- kanak hilang tumpuan dan gagal memberi fokus pada sesuatu perkara. Selain itu, pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebabkan mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak- gerak serta lutut meregang yang menyebabkan mereka menjadi aktif dan tidak duduk diam. Selain dari faktor keturunan dan pemakanan, ADHD juga dikaitkan dengan cuaca dan alam sekitar.

Esei Menurut teori Lawrence Kohlberg dalam perkembangan moral kanak- kanak, perkembangan moral adalah satu aspek penting dalam perkembangan hidup seseorang kerana pegangan moral yang diterapkan akan memantau perlakuannya yang dilakukan sepanjang hayat. Menurut King (2006), perkembangan moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan aturan dan konvensi mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam interaksinya dengan orang lain. Teori perkembangan moral yang diasaskan oleh Lawrence Kohlberg boleh diguna pakai untuk membantu kanak- kanak berkeperluan khas antara 2-12 tahun. Teori ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu prakonvensional, konvensional dan poskonvensional, namun hanya dua tahap yang sesuai dijalankan untuk membantu kanak- kanak berkeperluan khas antara umur 2- 12 tahun iaitu prakonvensional dan konvensional. Teori prakonvensional didorong oleh kepentingan diri dan terbahagi kepada dua tahap iaitu orientasi dendaan dan kepatuhan dan ganjaran peribadi. Teori ini menumpukan kanak- kanak pada peringkat awal yang berumur dalam lingkungan 2- 9 tahun. Orientasi dendaan dan kepatuhan berdasarkan prinsip hedonisme iaitu mengelak daripada kesakitan dan dendaan. Kanak- kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa menetapkan suatu set peraturan yang perlu dipatuhi tanpa perlu dipersoalkan. Mereka tidak boleh melanggar peraturan yang ditetapkan jika tidak mahu didenda dan dirotan. Sebagai contoh, suatu tindakan dianggap salah secara moral apabila orang yang melakukannya dihukum. Semakin keras hukuman yang diberi, bermakna semakin salah tindakan itu. Mereka tidak tahu bahawa sudut pandangan orang lain berbeza dari sudut pandangan dirinya. Namun, teori ini sesuai untuk mengelakkan kanak- kanak melakukan perbuatan yang tidak bermoral.Kepentingan teori ini membolehkan murid- murid yang menghidap ADHD untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada kebiasaannya, murid- murid yang menghidap ADHD bersikap agresif, suka merosakkan harta benda dan suka mengganggu rakan- rakannya. Apabila teori ini diamalkan terhadap murid- murid yang menghidap ADHD, mereka diajar untuk mengawal tingkah laku dan adab mereka pada rakan mereka dan juga orang lain. Mereka akan ditekankan dengan peraturan- peraturan yang sesuai mengikut gaya dan tingkah laku mereka demi menjamin keselamatan diri dan orang disekelilingnya. Peraturan- peraturan yang dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa marah dan ketidakselesaan terhadap orang lain. Selain itu, orientasi dendaan dan kepatuhan haruslah ditekankan dan diajar oleh ibu bapa dan guru sekolah. Ini bertujuan supaya murid- murid yang menghidap ADHD sentiasa menghormati ibu bapa dan guru dan memudahkan urusan ibu bapa dan guru untuk memberi arahan dan peraturan yang baru. Namun, mereka perlu dijelaskan tentang sebab hukuman yang dikenakan keatas mereka sekiranya mereka melanggar peraturan. Mereka boleh mengganti kelakuan buruk itu dengan kelakuan yang baik. Ini perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka salah sangka bahawa mereka tidak disayangi dan dibenci oleh orang lain. Menurut Dr. Rozieta Shaary (2008), kaedah yang betul akan mengukuhkan kasih sayang, tetapi cara yang salah akan melahirkan perasaan benci dan dendam.Seterusnya, tahap ganjaran peribadi. Ganjaran peribadi juga dikenali sebagai utilitarian hedonisme iaitu perlakuan berdasarkan keinginan untuk mendapat ganjaran atau balasan baik. Tindakan moral ini mendasari prinsip berbuat baik akan dibalas baik dan sebaliknya. Ganjaran peribadi seperti hadiah, kata- kata pujian atau semangat, ganjaran kecil dan sebagainya diberikan kepada kanak- kanak sekiranya mereka mengikut peraturan atau arahan yang diberikan kepada mereka. Cara ini bukan sahaja boleh mengawal tingkah laku kanak- kanak tetapi juga boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka. Mereka juga mungkin lebih suka mengikut peraturan dan arahan yang diberi demi kepentingan diri sendiri.Murid- murid yang menghidap ADHD sangat mudah untuk dikenal pasti dalam kelas. Mereka gemar untuk berlari kesana- sini dan tidak boleh duduk diam. Menurut Duhaney (2005), mereka ialah pelajar yang dilihat kerap mengasah pensel berbanding rakan sekelas yang lain, melihat sesuatu di atas rak buku berulang kali dan menggeliat atau bermain dengan pensel di atas meja semasa guru mengajar. Cara ganjaran peribadi boleh dilakukan untuk mengawal murid- murid ADHD seperti memberi ganjaran sekiranya mereka tidak bermain- main di dalam kelas, tidak mengganggu rakan sebelah dan bersikap baik terhadap orang di sekelilingnya. Imam Al- Ghazali juga bersetuju bahawa ganjaran adalah perlu bagi mendidik anak- anak pada usia yang muda (Asmawati Suhid, 2009)Peringkat yang seterusnya dalam teori moral Lawrence Kohlberg adalah konvensional. Peringkat konvensional menekankan umur kanak- kanak dalam lingkungan 10- 12 tahun. Terdapat dua tahap konvensional iaitu harmoni antara peribadi dan orientasi peraturan dan undang- undang. Tahap harmoni antara peribadi bermaksud orientasi moral yang mula berubah kepada peraturan sosial dan peranan sosial berbanding peraturan yang perlu diikuti. Pada tahap ini, individu akan mempertimbangkan perspektif orang lain di mana mereka akan berempati dengan perasaan orang lain. Individu juga diajar untuk menerima norma masyarakat dan bertingkah laku mengikut norma- norma tersebut. Setiap tindakan yang dilakukan akan dinilai baik atau buruk berdasarkan persetujuan orang lain. Individu yang berkelakuan baik akan mendapat ganjaran atau pujian terutamanya daripada ibu bapa dan guru.Pada masa ini, kanak- kanak yang menghidap ADHD diajar untuk mengikuti atau berkelakuan berdasarkan budaya atau nilai- nilai murni yang positif. Menurut Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam ucapan beliau semasa Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 2001:Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya.Murid-murid yang menghidap ADHD akan diajar untuk mengikuti peraturan dengan rela hati dan ikhlas supaya tidak dipandang enteng dan dibenci oleh masyarakat. Sekiranya mereka mengikuti peraturan dengan baik, mereka akan dipuji dan mendapat ganjaran daripada orang lain. Sebagai contoh, sekiranya mereka mahu bermain dan berlari, mereka perlu pergi ke tempat permainan atau bermain bukan di dalam kawasan sekolah. Jika tidak, mereka akan dimarahi oleh guru dan dipandang serong oleh guru- guru dan rakan- rakan lain. Bagi orientasi undang- undang dan peraturan, norma- norma masyarakat, peraturan dan undang- undang dianggap sebagai sesuatu yang muktamad dan mesti dipatuhi. Pada tahap ini, mereka diajar bahawa perlakuan yang baik ialah perlakuan yang memberi keharmonian kepada kelompok. Penting untuk mematuhi autoriti yang telah ditetapkan kerana ianya amat berguna dalam memelihara hubungan dan fungsi dalam masyarakat. Kanak- kanak ADHD kerap dikaitkan dengan masalah disiplin seperti mencuri, merosakkan harta awam, bergaduh dan sebagainya. Orientasi undang- undang dan peraturan mengenakan dasar bahawa itu semua adalah perkara yang salah dan dianggap bertentangan dalam norma masyarakat. Menurut petikan akhbar The Star (2014), Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa Adalah sungguh mencabar membesarkan anak- anak pada hari ini memandangkan persekitaran yang semakin merumit dengan dirundung pelbagai masalah seperti kesalahan juvenil, gengsterisme dan dadah. Jadi, kanak- kanak yang menghidap ADHD perlu mengikut peraturan dan menjauhkan diri mereka daripada membuat perkara perkara terlarang dan salah di sisi undang- undang. Kesimpulannya, setiap kanak- kanak berkeperluan khas mempunyai cara atau teori yang sesuai digunakan mengikut aspek yang diperlukan mereka. Bagi kanak- kanak yang menghidap ADHD pula, mereka lebih sesuai dipraktikkan dengan menggunakan teori moral yang dipelopori oleh Lawrence Kohlberg. Ini kerana, teori ini sangat sesuai untuk mengawal tingkah laku dan disiplin kanak- kanak yang menghidap ADHD oleh kerana mereka yang bersikap agressif, ganas, tidak pandai berdiam diri dan suka mengganggu rakan- rakan yang lain. Menurut Mohd Zuri Ghani (2013), rawatan perubatan dan cara mendidik yang berkesan mampu membantu kanak- kanak yang menghidap ADHD untuk mengawal gejala ini dari terus berlarutan dan menjadi lebih teruk ketika dewasa kelak. Aktiviti pemulihan adalah perlu bagi mengawal mereka seperti intervensi tingkah laku yang diperkenalkan Lawrence Kohlberg. Melalui teori moral ini, kanak- kanak yang menghidap ADHD mampu untuk berdaya saing dengan kanak- kanak normal yang lain pada masa hadapan dan menjadi orang yang mampu berbakti kepada masyarakat dan negara. Selaras dengan perakuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak- kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak- pihak persatuan yang mengedalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan- badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak- kanak khas hendaklah terus digalakkan (KPM, 2006).Oleh sebab itu, usaha ini perlu dimartabatkan untuk membantu golongan khas ini, selaras dengan falsafah pendidikan khas, iaitu pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Rujukan

American Psychiatric Association, (1994). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (DSM).Washington, DC: American psychiatric association, 143-7. Asmawati Suhid, , & Mutalib, L. A. (2009). Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat.Journal of Islamic and Arabic Education,1(1), 15-28.Barkley, R. A., & Murphy, K. R. (1998).Attention-deficit hyperactivity disorder: A clinical workbook. Guilford Press.Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dipetik daripada The Star (Nation), 19 Jun 2014.Friend, (2006). Cognitive networks: adaptation and learning to achieve end-to-end performance objectives.Communications Magazine, IEEE,44(12), 51-57.Husin, K. H. (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak- kanak. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Kasmini Kassim, (1992).Psikiatri kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006).Keng, C. H. (1995). Understanding Children. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publicatons (M) Sdn. Bhd. King, L. A., Hicks, J. A., Krull, J. L., & Del Gaiso, A. K. (2006). Positive affect and the experience of meaning in life.Journal of personality and social psychology,90(1), 179.Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar, Norulazilah Nordin. (2014). Perkembangan Kanak- kanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009):Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran & Pembelajaran:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd Zuri Ghani , Faisal, A. S., (2013), The Influence Of Self-Awareness Towards Academic Achievement Among Gifted Students In Saudi Arabia.Mok Soon Sang (2012) :Perkembangan Kanak-Kanak:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009):Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar:Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.Pia Christensen, Allison James. (2008). Research With Children Perspectives and Practices. Madison Ave, New York: Falmer Press. Power, T. J., Anastopoulos, A. D., & Reid, R. (1998).ADHD Rating Scale-IV: Checklists, norms, and clinical interpretation(Vol. 25). New York: Guilford Press.Shaary, D. R. (2008). Membina Anak- anak Cemerlang. Petaling Jaya, Selangor: True Wealth Sdn. Bhd.

1