rawatan adhd

91
Rawatan ADHD Rawatan Akupunktur dan Herba Untuk Mengatasi Masalah Hiperaktif (ADHD) Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder).Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak- kanak perempuan. Hiperaktif (ADHD) Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik.Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%.Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok

Upload: syafiq-saroni

Post on 06-Dec-2014

225 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

adhd

TRANSCRIPT

Page 1: Rawatan ADHD

Rawatan ADHD

Rawatan Akupunktur dan Herba Untuk Mengatasi Masalah Hiperaktif (ADHD)  Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder).Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Hiperaktif (ADHD)

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik.Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%.Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.

Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif

- Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.

Page 2: Rawatan ADHD

- Mereka suka membantah.

- Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.

- Lalai dan tidak memberi tumpuan.

- Sering merasa tidak puashati.

- Sering tertekan.

- Menghadapi masalah dalam pelajaran.

- Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.

- Cepat takut dan risau.

- Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

Menurut kajian pengambilan ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap glukosa asli yang rendah berbanding kanak-kanak normal.Di THE TOLE kami menyediakan rawatan Akupunktur dan herba. Rawatan ini mengambil masa selama 1 jam bagi setiap sesi dan mereka juga perlu mengambil ubat herba yang berbentuk serbuk halus.Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu. Namun apa yang dapat di lihat pada setiap kali sesi akupunktur ialah perubahan pada mereka.Kami telah membantu ramai kanak-kanak mengecapi hidup yang lebih bermakna.

Page 3: Rawatan ADHD

Rawatan Sakit abdomen

Rawatan Sakit abdomen (bawah) di kalangan wanita-Rawatan Intensif Neuro Akupunktur  Penyebab sakit abdomen atau sakit pelvis?:

Kebanyakan wanita berasa tidak selesa atau sakit pada abdomen bahagian bawah iaitu pada bahagian bawah pusat pada satu masa ke satu masa,sebagai contoh,sebelum atau semasa kedatangan haid.

Pengetahuan anda tentang tanda atau simptom dapat membantu doktor menganalisa masalah anda dengan lebih mudah walaupun ianya agak sukar.

Bagi sesetengah kes punca sakit sukar dikenalpasti kecuali anda mengambil tahu ciri-ciri yang tertentu dan membantu doktor untuk mengenalpasti kemungkinan yang akan berlaku.

Punca-punca lazim yang biasa dialamio adalah masalah pada sistem pembuangan air kencing seperti satu tiub atau masalah ginjal, masalah usus atau masalah melibatkan sistem pembiakan - Uterus, Fallopian tiub-tiub dan Ovari.

Langkah mengurangkan sakit abdomen yang berpunca daripada sistem kencing.

Sakit daripada sistem kencing boleh dilihat dalam keadaan seperti sistitis (keradangan pundi kencing), keradangan pada sistem pengumpulan, satu atau kedua-dua buah pinggang (pielonefritis), ketumbuhan buah pinggang atau

Page 4: Rawatan ADHD

tumor.

Penyakit yang berkaitan dengan sakit buah pinggang adalah seperti yang berikut. Kehadiran darah dalam air kencing berkemungkinan disebabkan jangkitan, buah pinggang atau pundi kencing atau juga satu tiub atau tumor buah pinggang.

Jenis Sakit Abdomen yang berpunca daripada usus.

Usus boleh menyumbang pelbagai gejala dan penyakit. Sembelit dan cirit-birit boleh menyebabkan kesakitan dan penyakit yang dikenal pasti datangnya daripada perubahan dalam peredaran usus itu sendiri. Sakit daripada usus adalah sering kali digambarkan sebagai kembung. Kembung atau bengkak bawah perut boleh hadir dalam pelbagai keadaan usus termasuk sindrom usus rengsa. Untuk penyelidikan doktor, laporan mengenai laluan darah atau perubahan darah (gerakan gelap) daripada saluran belakang hendaklah diberitahu kepada doktor anda untuk didianosis sekerap yang mungkin.

Penyakit datangnya daripada beberapa organ pembiakan. Kebiasaannya kesakitan ini bermula dari uterus (rahim), tiub Fallopian atau ovari. Kesakitan ini biasanya terasa pada bahagian bawah perut, di atas baris bulu pubik di kenali sebagai  pusat. Sekali sekala, kesakitan ini adalah lebih kepada sebelah sahaja, iaitu kesakitan boleh datang daripada satu ovari.

Mungkin terdapat ketidakselesaan atau kesakitan semasa perhubungan (di panggil dispareunia). sakit datangnya daripada uterus di mana akan menjadi lebih teruk pada masa haid wanita (dysmenorrhoea). Contoh-contoh organ-organ pembiakan menjadi punca atau penyebab kepada peningkatan penyakit ini ialah endometriosis, penyakit

Page 5: Rawatan ADHD

inflamasi pelvis, cysts ovari, fibroid dan masalah-masalah ketika peringkat awal kehamilan dan  keguguran dan juga kehamilan ectopic.Apabila terdapat sebarang kes mengejut, teruk, dan sakit abdomen yang tidak dapat diterangkan, wanita itu seharusnya menghubungi doktor dengan segera.

Kesakitan secara mengejut perlu diambil serius kerana kesakitan kronik boleh juga mempunyai implikasi serius dan perlu berbincang dengan doktor. Ini mungkin disebabkan oleh haid, laluan bagi air kencing dan pergerakan usus. Apabila keadaan seperti loya, muntah, atau demam berlaku ia boleh menyebabkan gangguan kepada emosi seseorang - keluarga, kawan-kawan, kerja - dan kehidupan seks mereka.

Apa itu Alopecia ?

Alopecia merupakan satu penyakit keguguran rambut atau lebih dikenali sebagai "Botak Setempat". Keadaan ini berlaku secara pantas tanpa kita menyedari terdapat satu tompokkan kepala yang botak. Biasanya tompokkan botak ini adalah sebanyak 3 inci. Punca utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan tekanan ataupun di sebabkan keturunan (herediter).

Botak setempat ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Antara contoh yang dapat dilihat ialah kutu kepala boleh menusuk masuk ke dalam liang rambut. Botak temporer tidak seperti botak (herediter), Botak (herediter) akan sembuh selepas di rawat. Kesan akibat luka yang dalam atau kesan terbakar juga boleh mengakibatkan Alopecia. "Botak" merupakan penyakit yang bersifat menyeluruh

Page 6: Rawatan ADHD

umumnya boleh mengakibatkan serangan penyakit tifus. Tompokkan botak adalah di merata tempat.

Terdapat beberapa jenis kebotakan. Antaranya ialah:-

Alopesia areta Alopesia tarikan Pseudopelada (Alopecia berparut) Tinea Capitis

Alopesia areta

Alopecia areta ialah keadaan rambut yang gugur secara bergumpal dan gugur secara tiba-tiba. Ia disebabkan banyak folikel terlalu cepat memasuki fasa rehat iaitu fasa sebelum rambut gugur.Ia dikategorikan sebagai gangguan autoimun (kecelaruan sistem imun badan yang menyebabkan pelbagai masalah).

Alopesia tarikan

Alopecia tarikan ialah keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat.. Jika anda menarik rambut secara kuat ia akan mengakibatkan tekanan. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut.

Pseudopelada (Alopecia berparut)

Jenis kebotakan Pseudopelada (Alopecia berparut) jarang berlaku. Kebiasaanyan berlaku pada wanita dan kadangkala

Page 7: Rawatan ADHD

membabitkan kanak-kanak. Kesan kebotakan akibat keguguran rambut jenis ini boleh dilihat dengan jelas dianggap serius.

Tinea Capitis

Kebotakan jenis Tinea Capitis ini pula adalah kebotakan jenis berkurap. Jangkitan ini disebabkan oleh jangkitan fungus. Fungus adalah sejenis benda hidup yang hidup dengan haiwan perliharaan seperti kucing, anjing, lembu dan lain-lain lagi. Fungus tidak mendatangkan masalah kepada haiwan tetapi mendatangkan masalah jika fungus berpindah kepada manusia.

Kanak-kanak istimewa

Page 8: Rawatan ADHD

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.

Jadual isi kandungan

[tutup] 1 Kategori orang kurang upaya 2 Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Malaysia

o 2.1 Faedah 3 Ketakupayaan Pembelajaran 4 Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya 5 Pendidikan khas

6 Trivia

[sunting] Kategori orang kurang upaya

Terdapat enam kategori orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu:

Kurang Upaya Pendengaran - termasuk pekak dan bisu. Kurang Upaya Penglihatan - termasuk rabun, buta. Kurang Upaya Fizikal - iaitu kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio,

kudung, distrofi otot, dan sebagainya. Celebral Palsy - meliputi hemiplegia(sebelah badan), diplegia(kedua belah kaki),

dan kuadriplegia(kedua-dua belah tangan dan kaki) Masalah Pembelajaran - lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah

tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal(berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia, dan lain-lain.

Lain-lain menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.

Kanak-kanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Janganlah kita menyisihkan mereka. Bantulah sedaya upaya kita kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

Page 9: Rawatan ADHD

[sunting] Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Malaysia

Sesungguhnya sebagai warga Malaysia, kita semua amat bertuah kerana kerajaan amat prihatin terhadap insan-insan istimewa dan kurang upaya. Ini terbukti dengan penubuhan sebuah kementerian khusus yang antara peranan dan tanggungjawabnya, adalah menjaga kebajikan golongan yang tidak bernasib baik, iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Di bawah kementerian inilah diwujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang amat peka dan sentiasa bersedia mendengar serta membantu dalam apa jua cara, untuk menjadikan golongan istimewa ini sebagai warganegara yang berguna.

Perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini meliputi kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, orang papa, keluarga, mangsa bencana, komuniti, dan juga skim bantuan kebajikan. Jabatan ini juga bertanggungjawab mengeluarkan statistik jumlah Orang Kurang Upaya melalui pendaftaran yang dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

[sunting] Faedah

Antara faedah yang diperoleh apabila mendaftar dengan JKM adalah:

rawatan perubatan khidmat pemulihan, rawatan lanjutan, dan latihan vokasional pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu bantuan kewangan, peralatan tiruan, dan alat-alat kemudahan pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGO

dalam program Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta

Banyak faedahnya apabila golongan ini mendaftar dengan pihak JKM kerana daripada sinilah dapat difikirkan apa-apa jua bentuk bantuan yang diperlukan oleh mereka. Sekiranya, anda mengetahui mana-mana kanak-kanak istimewa di tempat anda yang belum mendaftar, bantulah mereka dengan mengunjungi pejabat JKM yang berhampiran.

[sunting] Ketakupayaan Pembelajaran

Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran. Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Dan ini juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran. Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketakupayaan pembelajaran iaitu;

Page 10: Rawatan ADHD

Disleksia - ini adalah ketakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.

ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) - ini adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

Dispraksia - ini satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.

Diskalkulia - satu jenis ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.

Autisme - ini pula merujuk kepada ketakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.

[sunting] Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya

Selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;

1. Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.

2. Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.

Page 11: Rawatan ADHD

3. Kemudahan perumahan : DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.

4. Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

5. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan : dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).

6. Kemudahan peluang pekerjaan : kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.

7. Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.

8. Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.

9. Pengecualian 50% Duti Eksais ke atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.

10. Insentif lain seperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.

Autisme

Page 12: Rawatan ADHD

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintarPENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda. Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal "pervasive developmental disorder" yang melibatkan fungsi otak. Ia adalah kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris "psychiatric disorder" mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih "Caucasian males".

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities .

Page 13: Rawatan ADHD

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ) . Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism

autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).

penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR

analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where does X look for the object they stored, but which was moved by Y" -- see theory of mind

terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)

increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with the gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy

RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of autism

Both Oliver Sacks and Torey Hayden have written about their autistic patients or pupils, respectively. Temple Grandin has also written about her own life. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1 85302 387 6) gives an interesting perspective

Page 14: Rawatan ADHD

Kanak-kanak AutismeDate: Friday, September 30 @ 00:17:25 MYTTopic: Pendidik

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memapar-kan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. Punca Punca sebenar autisme tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak. Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalami gangguan autistik. Selain itu pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komuni-kasi dan interaksi. Malah kini, turut dikenal pasti dalam punca berlakunya autistik adalah akibat pencernaan. Lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku. Ciri-ciri Kanak-kanak autisme mempunyai masalah ataupun gangguan dalam bidang berikut: 1. Komunikasi: a. Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung b. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain c. Jarang menggunakan bahasa d. Sukar diajak bercakap e. Kadangkala dapat menuturkan sesuatu

Page 15: Rawatan ADHD

tetapi buat seketika sahaja f. Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan g. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami h. Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia) i. Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya j. Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu 2. Interaksi sosial: a. Suka bersendirian b. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang muka orang lain c. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan d. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut Gangguan deria: e. Sensitif pada sentuhan f. Tidak suka dipegang ataupun dipeluk g. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga h. Suka mencium dan menjilat mainan ataupun benda-benda lain i. Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut 3. Pola bermain: a. Tidak suka bermain seperti mana kanak-kanak sebayanya b. Tidak suka bermain dengan rakan sebayanya c. Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-menyambut alat mainan ataupun apa sahaja yang dipegangnya d. Suka dengan objek-objek yang berputar, seperti kipas angin e. Apabila ia menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana-mana sahaja 4. Tingkah laku: a. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif b. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepakkan tangan dan menepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari ataupun berjalan mundar-mandir c. Tidak suka pada perubahan d. Dapat duduk tanpa membuat apa-apa dan tanpa apa-apa reaksi 5. Emosi: a. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab b. Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya c. Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu d. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu e. Ada kalanya mencederakan diri sendiri f. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain Kanak-kanak autisme kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan biasanya memaparkan tingkah laku yang negatif seperti menjerit ataupun merosakkan harta benda orang lain. Kebanyakan masalah yang timbul adalah akibat gangguan terhadap interaksi sosial yang normal. Masalah disiplin ketara bagi kanak-kanak kategori ini malah mereka kurang terpengaruh dengan puji-pujian ataupun peneguhan sosial yang lain. Time out biasanya adalah cara yang tidak efektif bagi mengurangkan tingkah laku negatif kerana mereka dibiarkan sendirian.

Dipetik daripada buku Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa

This article comes from PTS Publications & Distributors Sdn Bhdhttp://www.pts.com.my

The URL for this story is:http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=489

Page 16: Rawatan ADHD

Boleh kesan ketika bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Rawatan awal autisme mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak

KEHIDUPAN kanak-kanak autistik memang misteri. Tiada siapa dapat membaca apa yang berlegar dalam fikiran mereka, terutama apabila kanak-kanak istimewa ini mula menunjukkan perangai pelik seperti berlagak pekak, menjadi terganggu dengan perubahan kecil pada persekitaran dan mencederakan diri sendiri.

Kanak-kanak ini juga tidak berminat dan enggan menggunakan alat permainan, tidak mahu bertentang mata dan tiada ekspresi muka apabila bercakap serta lebih suka bermain sendiri. Di sebalik kekurangan ini, sesetengah kanak-kanak autisme mempunyai bakat mengagumkan dalam seni lukis, muzik dan matematik.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Masih ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme menyalahkan diri sendiri kerana dianugerahkan anak sebegini. Ia bukan salah sesiapa kerana tiada siapa tahu bagaimana atau kenapa autisme boleh berlaku.

Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar.

Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.

Sehingga kini, belum ada cara untuk menyembuhkannya. Namun, autisme boleh dirawat dan rawatan awal mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak ini.

Dianggarkan seorang bayi daripada 1,000 kelahiran mengalami autisme. Bagaimanapun, ada kajian mengatakan kekerapannya antara dua hingga enam kes bagi setiap 1,000 kanak-kanak. Kanak-kanak yang ada adik beradik autistik mempunyai kebarangkalian lebih tinggi (dua hingga lima peratus) mendapat masalah sama.

Autisme berlaku tiga hingga empat kali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Tahap serius autisme berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak boleh membesar dan hidup berdikari, manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan sepanjang hayat.

Menurut Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC), Dr Nor Hamidah

Page 17: Rawatan ADHD

Mohd Salleh, secara umumnya kanak-kanak autistik ada tiga masalah utama iaitu:

a. Tidak mampu bersosial — Perkembangan sosial pesakit biasanya berlaku sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya. Selain itu mereka menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

Tidak menghiraukan orang lain. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang). Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. Lebih suka bermain sendiri. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Lambat bercakap. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot. Sukar memulakan percakapan. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya. Kanak-kanak autistik dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.

Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing.

Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

Menunjukkan pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.

Sentiasa bergerak.

Masalah tingkah laku

Pada masa sama, kanak-kanak autisme ada masalah tingkah laku yang boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

Page 18: Rawatan ADHD

Kumpulan pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

“Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

“Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistik sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara langsung apabila bersembang.

“Tingkah laku yang suka mencederakan diri menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan,” katanya ketika seminar pendidikan autisme anjuran GIMC.

Biasanya kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasa Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa disaran menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka.

Banyak faktor boleh mempengaruhi proses pembelajaran individu autisme iaitu:

Sejarah pendidikan — Rawatan dan pendidikan awal dapat memberi kesan lebih baik. Ia membolehkan kanak-kanak autistik berdikari seperti kanak-kanak lain. Bahkan sokongan dan kaedah penjagaan di rumah juga memberi pengaruh besar kepada perkembangan individu ini.

Keadaan persekitaran — Bunyi, bau dan suasana yang tidak selesa mengganggu proses pembelajaran. Akibatnya mereka sukar menerima apa yang diajar.

Perangai atau tabiat.

Darjah atau tahap autisme — sebahagian besar individu autisme ada masalah terencat akal. Jadi pencapaian setiap orang berbeza. Ada yang boleh berdikari, tetapi ramai juga memerlukan bantuan sepanjang hayat.

Setiap individu autistik ada pandangan sendiri terhadap kehidupan di dunia dan penerimaan terhadap pandangan itu membolehkan kita, terutama ibu bapa, memahami serta menangani perlakuan golongan istimewa berkenaan.

Page 19: Rawatan ADHD

Seperti diterangkan di atas, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi. Perkembangan dan tumbesaran setiap bayi berbeza; ada yang cepat dan ada pula lebih perlahan. Bagaimanapun di kalangan bayi autisme, perkembangan mereka biasanya lambat 18 bulan.

Jika anak anda menunjukkan perkembangan terlalu perlahan, segera bawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Langkah ini membolehkan anak mendapat rawatan dan pendidikan khas supaya mereka boleh membesar dengan baik.

Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:

Bayi tidak bercakap bahasa bayi seperti ‘ba ba atau ku ku’ ketika berumur 12 bulan.

Tidak membuat pergerakan bermakna seperti menunjuk ke satu arah pada umur 12 bulan.

Tidak boleh bercakap satu patah perkataan pun ketika berumur 16 bulan.

Tidak boleh bercakap ayat yang mengandungi dua patah perkataan apabila berumur dua tahun.

Hilang kemahiran bahasa atau sosial pada sebarang umur.

Menangani anak autisme

Cabaran ibu bapa yang ada anak autistik memang besar kerana sukar untuk memahami kelakuan anak. Gangguan tingkah laku kanak-kanak autisme juga berbeza antara individu dan ibu bapa perlu belajar cara menanganinya.

“Apabila bercakap dengan anak, bercakaplah mengikut tahap pemikirannya. Contohnya jika anak berusia 12 tahun, tetapi tahap pemikirannya mungkin sama seperti kanak-kanak berumur lapan atau enam tahun.

“Pendekatan penting untuk membentuk perlakuan baik ialah meningkatkan kefahaman anak terhadap kehidupan dan peranan mereka dalam dunia ini. Puji anak apabila mereka berkelakuan baik kerana ada kanak-kanak sengaja buat perangai hanya untuk mendapatkan perhatian.

“Jangan hukum anak apabila mereka buat perangai, sebaliknya gunakan pendekatan lebih positif. Contohnya dengan mengalihkan perhatian, melakukan aktiviti digemari atau melengahkan memberi apa yang diminta. Kalau semua kaedah tidak berjaya dan anak masih mengamuk, biarkan seketika hingga perasaan mereka reda,” katanya.

Mendidik anak autistik memerlukan kesabaran tinggi. Ada kanak-kanak yang meniru setiap perlakuan atau kata-kata ibu bapa. Jika anda berdepan masalah begini, anda boleh mengajar anak melalui mimik muka.

Page 20: Rawatan ADHD

Jika marah, buat mimik marah. Cara ini sebenarnya sangat berkesan kerana ia bukan saja mengajar anak belajar mengenali ekspresi wajah, bahkan menimbulkan suasana pembelajaran tidak langsung yang lebih positif.

Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak terhindar daripada rangsangan yang boleh menyebabkan mereka terganggu untuk mengelakkan tindak balas atau kelakuan yang tidak diingini. Antaranya ialah:

Pastikan anak anda sentiasa berasa selesa. Kadangkala pakaian, kasut dan persekitaran boleh menyebabkan mereka berasa terganggu.

Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.

Pastikan anak tahu sesetengah tindak balas yang boleh diterima apabila berdepan satu-satu keadaan.

Ajar anak cara berkomunikasi yang boleh diterima dan mereka tahu komunikasi berkenaan difahami orang lain.

Ajar anak untuk mengenal satu-satu keadaan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan mengikut masa, tempat, cara dan apa bakal terjadi selepas itu.

“Paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu menjaga diri supaya tidak tertekan. Dapatkan bantuan dan sokongan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa lain atau doktor.

“Luangkan masa untuk diri sendiri supaya anda lebih kuat dan tabah untuk mendidik anak.

“Terima kehadiran anak dengan hati terbuka. Saya percaya Allah memberi ujian yang setanding dengan kekuatan hati dan minda kita untuk menanganinya,” katanya.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Kanak-kanak

Page 21: Rawatan ADHD

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Sekumpulan kanak-kanak dari Iraq

Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. "Kanak-kanak" lawannya "ibu bapa"; orang dewasa masih digelarkan "anak" kepada ibu bapa mereka meskipun mereka telah mencapai kematangan yang melebihi bayi. Umpamanya "Ali yang berumur 46 tahun ialah anak Ahmad yang berumur 73 tahun".

Jadual isi kandungan

[tutup] 1 Perkembangan

o 1.1 Perkembangan kognitif 2 Prodigi kanak-kanak yang ketara 3 Pembangunan manusia 4 Lihat juga

o 4.1 Senarai rencana berkaitan dengan kanak-kanak

5 Pautan luar

[sunting] Perkembangan

"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan

Page 22: Rawatan ADHD

kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun).

Istilah-istilah untuk peringkat perkembangan fizikal berkait umur adalah disenaraikan di bawah. Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-peringkat hidup adalah berbeza-beza antara budaya dan zaman. Julat umur dan istilah yang disenaraikan membayangkan tanggapan abad ke-21 di negara-negara yang maju.

Page 23: Rawatan ADHD

Ibu dan anak orang Hupa, oleh Edward S. Curtis, 1924

[sunting] Perkembangan kognitif

Pembelajaran Pelajaran muzik

Umur (tahun)

Peringkat

–Zigot; saat perjaninan, persenyawaan

–Embrio; digelarkan fetus pada peringkat kemudian

Kanak-kanak

0 - 1.5 Bayi

1.5 - 4 Kanak-kanak bertatih

4 - 11 Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)

  10 - 11 (lebih

kurang)  

Prapubesens; subset yang atas

11 - 12

Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);sila perhatikan pertindanan dengan peringkat prapubesens    

13 - 20 Remaja dan baligh

Dewasa

18 -25Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)

16 - 39 Kedewasaan awal

40 - 59 Separuh umur

60+ Orang tua

Terjadi pada umuryang

berbeza-beza

Kematian

Page 24: Rawatan ADHD

Pendidikan bayi Pemerolehan bahasa Psikologi perkembangan Seni kanak-kanak

[sunting] Prodigi kanak-kanak yang ketara

Christian Friedrich Heinecken (digelarkan "Bayi dari Lübeck") Isaac Albeniz Wolfgang Amadeus Mozart Sarah Chang

Sila lihat juga: Prodigi kanak-kanak

[sunting] Pembangunan manusia

Kanak-kanak perempuan.

Rencana utama: Pembangunan manusia

"Pembangunan manusia" merujuk kepada segala bentuk perkembangan yang tertulis di atas, seringnya dalam konteks psikologi klinikal atau psikologi perkembangan, ataupun teori pembangunan manusia (yang merupakan hasil perkembangan ekonomi kebajikan dalam bidang ekonomi).

Kedua-dua bidang psikologi dan ekonomi menumpukan kepada pendidikan dan kefasiran bahasa, termasuknya kenal huruf dan kenal nombor, serta kepada pengenalpastian dan

Page 25: Rawatan ADHD

perkembangan bakat yang lebih unik untuk menjadikannya sebagai pemboleh ubah ekonomi yang digelarkan modal individu.

Cabang-cabang ekonomi yang awal memperlihatkan manusia dari segi buruh untuk pengeluaran, cara pemujukan ataupun cara perlindungan yang cenderung merupakan kemahiran yang diperolehi hanya pada tempuh keremajaan dan kedewasaan. Pandangan pembangunan manusia adalah lebih jelas dalam bidang sukan, muzik, serta seni pentas yang lain. Umpamanya, dalam pelakonan, kanak-kanak seringnya memulakan latihan seawal umur tiga tahun. Fikirlah tentang Tiger Woods serta latihan golfnya yang awal.

Sedangkan terdapatnya masalah-masalah yang tertimbul kerana menempatkan kanak-kanak ke dalam aliran tertentu pada peringkat yang "terlalu" awal, telah dianggapi bahawa pembunuhan kanak-kanak, pembuangan kanak-kanak, penggunaan kanak-kanak untuk angkatan bersenjata, serta penyakit masyarakat yang lain telah dikurangkan dengan penggunaan pendekatan pembangunan manusia – negara kini memberikan nilai hidup yang tinggi kepada kanak-kanak.

Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan cara untuk mengukur kesejahteraan dan menempatkan negara-negara melalui kriteria ini. Walaupun penganiayaan kanak-kanak dianggap lebih rendah di negara-negara yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam indeks ini, kebenarannya tidak dapat dibuktikan dengan mudah.

Page 26: Rawatan ADHD

Perkembangan Pertengahan Kanak-kanakDate: Saturday, August 28 @ 00:00:00 MYTTopic: Famili

Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa apabila mencapai umur lima tahun.

Pada peringkat awal prasekolah, kebanyakan perkembangan kanak-kanak meningkat dengan pesatnya. Saiz badan kanak-kanak mengalami perubahan apabila lemak di dalam badan mengalami penurunan 12% daripada berat badan manakala anggota badan yang lain mengalami perkembangan. Perkembangan fizikal ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya: Genetik Pemakanan Kewangan keluarga Bangsa Perkembangan kanak-kanak prasekolah tidak sepesat semasa mereka bayi. Pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan perempuan agak setara, di mana purata kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun mempunyai ketinggian 38 inci dan berat 33 paun. Sementara kanak-kanak perempuan lebih kecil dan agak ringan (Tanner, 1978). Di sini pengaruh genetik memainkan peranan penting apabila ibu bapa tinggi, anak-anak mereka juga mengalami perkembangan yang pesat dan agak tinggi daripada kanak-kanak sebaya mereka. Perkembangan Otak Perkembangan otak kanak-kanak mempunyai pertumbuhan yang pesat sebanyak 75% daripada saiz otak orang dewasa apabila mencapai umur 5 tahun. Pertumbuhan neuron dan ‘myelination’ dengan pesat membolehkan maklumat dipindahkan dengan lebih cekap antara sel-sel otak. Serebrum adalah pembahagian utama otak yang menjalankan peranan kritikal dalam proses diskriminasi membuat keputusan, pembelajaran dan pemikiran. Otak terdiri daripada dua hemisfera dan lapisan luar ialah ‘cerebral cortex’ pada sebelah kiri yang memainkan peranan dalam bahasa manakala hemisfera kanan berperanan dalam pemikiran dan penyatuan emosi. Apabila mencapai umur lingkungan 5 tahun, hubungan di antara dua hemisfera meningkat dan lebih efisien membenarkan kanak-kanak menggunakan fungsi yang melibatkan kedua-dua belah otak. (Huttenlocher, 1990; 1994) Kemahiran Motor Kasar Kanak-kanak prasekolah mengalami perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar mahupun motor halus. Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, ke-seimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan. (Hatton, Bailey, Burchinal & Farrell, 1997) Perkembangan motor seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh: Latihan Peniruan Genetik Perkembangan otak Budaya Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola Membaling dan menyambut bola adalah satu kemahiran motor yang agak kompleks pada peringkat perkembangan kanak-kanak. (Marques-Bruna & Grishaw, 1997) Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut peringkat umur: 2 tahun - Menggunakan tangan tetapi

Page 27: Rawatan ADHD

pergerakan badan tiada. 3 tahun - Gunakan tangan dengan pergerakan badan tetapi kaki tidak bergerak. 5-6 tahun - Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat. Kemahiran kanak-kanak menyambut bola semakin meningkat pada peringkat awal. Kanak-kanak dapat menyambut bola dengan me-letakkan tangan di hadapan pada umur 4 tahun. Pada umur 5 tahun, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola dengan lebih cepat. Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir. (Geraldson & Hopkins, 1997) Kemahiran meng-gunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka: 2 tahun - Menyelak muka surat di buku dan membentuk menara daripada blok-blok mainan sehingga 8 blok. 3 tahun - Menggunakan sudu untuk makan, meniru bulatan. 4 tahun - Dapat memakai baju sendiri, melukis bentuk tangan manusia dan menggunakan gunting. 5 tahun - Membutangkan baju, membuka zip. Pemakanan dan Kesihatan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada cara pemakanan dan tahap kesihatan mereka. Ini kerana perkembangan kanak-kanak tidak sekerap perkembangan semasa mereka masih bayi. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan 1700 kalori sehari dan kurang 35% kalori adalah lemak. Kebanyakan kanak-kanak meng-alami kelebihan dan kekurangan zat makanan kerana tidak men-dapat nutrisi yang secukupnya. Nutrisi yang tidak mencukupi menyumbang kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia (UNICEF,1998). Kekurangan pemakanan Kekurangan zat makanan selalunya melibatkan negara yang meng-alami pelbagai kemiskinan yang teruk seperti di Afrika dan Asia. Ianya selalunya dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti: Ekonomi Kekurangan penjagaan kesihatan Kekurangan pengetahuan Kehidupan keluarga yang miskin Kanak-kanak yang mengalami masalah kemiskinan hanya memakan bijirin dan tidak mendapat nutrien yang lain seperti protein, vitamin dan mineral yang diperoleh melalui buah-buahan dan sayuran serta produk vitamin. Penyakit akibat kekurangan nutrien adalah anemia iaitu kekurangan darah merah disebabkan hemoglobin tidak berupaya bergabung dengan zat besi. Selain daripada itu, akibat dari kekurangan nutrien bukan hanya menjejaskan perkembangan otak tetapi juga: Perkembangan motor dan otak Pembelajaran sekolah Pengasingan diri dari persekitaran sosial Lembap Mudah letih Kemalangan Kemalangan sering berlaku kepada kanak-kanak sama ada di rumah ataupun di luar rumah. Salah satu daripadanya adalah kemalangan semasa melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Selain daripada itu, kemalangan di jalan raya akibat tidak menggunakan tali pinggang ketika menaiki kereta juga sering berlaku. Semua ini dapat dielakkan sekiranya ibu bapa lebih memberi perhatian pada keselamatan anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan kerusi khas untuk anak-anak mereka ataupun menampal pelekat untuk memberi peringatan kepada pemandu lain. Penyakit Kematian akibat penyakit polio dan influenza semakin berkurang dewasa ini. Penyakit seperti polio dan influenza dapat dielakkan dengan adanya Skim Vaksin Penyakit bagi membantu golongan miskin dalam mengawal penyakit berjangkit. Selain daripada itu, ibu bapa haruslah lebih peka pada keselamatan di rumah mereka. Benda-benda yang membahayakan kanak-kanak seperti racun serangga, cat gasolin hendaklah disimpan di tempat yang tidak mudah

Page 28: Rawatan ADHD

didapati oleh mereka. Ini kerana, sering juga berlaku kes anak-anak termakan racun akibat kecuaian ibu bapa. Kognitif Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan meng-gunakan simbol. Menurut Piaget lagi, kanak-kanak pada peringkat praoperasi tidak dapat menerima pendapat orang lain serta membandingkan sesuatu objek dengan objek yang lain seperti bola adalah bulat. Memori kanak-kanak Kanak-kanak mempunyai ingatan yang pendek kerana beberapa faktor, antaranya adalah: Mudah terganggu Mudah terganggu apabila terdapat bunyi bising ataupun perkara yang berwarna-warni. Daya tumpuan yang singkat. Tumpuan meningkat apabila kanak-kanak berumur 3-8 tahun. Perkembangan Sosial dan Kognitif Menurut Piaget, kanak-kanak meneroka perkara-perkara menarik dan berharga melalui interaksi dengan orang lain dan objek. Proses ini dikatakan proses mental bagi menghasilkan produk ‘mengetahui’ yang melibatkan aktiviti: Mengingat Beri makna kepada simbol Mengkategorikan Mereka cipta Berimaginasi Menyelesaikan masalah Perkembangan psiko-sosial dan sosio-emosi membentuk personaliti, hubungan dan peranan sosial serta interaksinya dengan persekitaran. Ini dapat mewujudkan proses perhubungan saling bertindak iaitu interaksi dan transaksi antara organisma individu dan persekitaran. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menghadapi masalah, mereka mempunyai tendensi bercakap sendirian bagi menyelesaikan masalah itu. Ini dinamakan ‘private speech’ yang diperkenalkan oleh Vygotsky. Menurut Piaget pula, kecenderungan kanak-kanak bercakap sendirian disebabkan sifat egosentrik mereka, lalu beliau menamakan ‘egocentric speech’. Pengaruh Budaya ke atas Pemikiran Kanak-kanak Kanak-kanak didedahkan dengan organisma lain yang ada di persekitaran bagi membantu perkembangan kognitif melalui pendedahan berkaitan program-program prasekolah dan tadika yang memberikan aktiviti dan pengalaman mengikut peringkat umur kanak-kanak itu. Guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendedahkan dan memberi mereka pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Ini dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang menarik bagi merangsang minda kanak-kanak melalui: Pendedahan Latihan Pelaziman Galakan Tanggungjawab ke atas tugas tertentu. Sebagai contoh rancangan ‘Sesame Street’ dan ‘Head Start’ memainkan peranan membantu kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang miskin dalam memperbaiki pembelajaran kanak-kanak berkaitan nombor, perkataan dan tatabahasa. Ini sekali gus mengeratkan hubungan antara kaum supaya bersatu hati. ‘Head Start’ adalah program

Page 29: Rawatan ADHD

yang dibentuk bagi membantu kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah kewangan. Bahasa Perubahan dalam bahasa atau pertuturan Pada umur 5 tahun, kanak-kanak sudah mula bertutur dengan baik dan mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis, dan pragmatik, Ia berkembang dan diperbaiki apabila mereka mula meningkat dewasa. Mereka menggunakan: Perencanaan segera Menggabungkan bunyi perkataan dengan konsep perkataan. Penambahan melampau Perkataan menunjukkan objek daripada kategori lain. Penambahan terkumpul Perkataan digunakan bagi kumpulan yang lebih kecil daripada perkataan sebenar. Gaya bahasa merujuk Gaya bahasa merujuk kepada memperbanyakkan perbendaharaan kata. Gaya bahasa ekspresif Gaya bahasa merujuk penggunaan perkataan untuk kegunaan harian dalam interaksi sosial dengan orang dewasa. Bagi mempelajari perkataan, kanak-kanak mestilah memahami maksud, mengetahui perkataan antara perkataan dan memahami maksud setiap perkataan itu. dan perkembangan bahasa mereka. Penting bagi ibu bapa terlibat dalam proses perkembangan secara langsung. Kanak-kanak prasekolah mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah berkenaan tatabahasa. Ini sekali gus menghasilkan komunikasi tindak balas bagi memulakan hubungan sosial bahasa mereka. Ini boleh dilakukan dengan berkomunikasi secara betul sejak dari awal lagi. Perkara ini boleh dilakukan dengan mengulangi sebutan sebagai melatih mereka. Sebutan yang betul boleh digunakan seperti menggunakan komunikasi non-verbal dan memanjangkan ayat telegrafik. Mengenali Peranan Jantina Kanak-kanak mula membezakan mereka daripada kumpulan jantina dan memahami peranan mengikut jantina masing-masing: Identiti jantina Mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan. Label jantina Mengelaskan seseorang mengikut jantinanya. Stabiliti jantina. Jantina akan kekal selamanya. Konsisten jantina Jantina tidak berubah walaupun seseorang itu berubah daripada segi penampilan dan aktivitinya. Stereotaip Jantina ke atas kanak-kanak Mempercayai apa yang dikongsi oleh ciri-ciri tertentu pada lelaki dan perempuan. Kanak-kanak mengetahui mereka lelaki ataupun perempuan bermula sejak mereka berumur dua setengah tahun. Pada akhir prapersekolahan, mereka mengetahui jantina adalah sesuatu yang stabil dan konsisten atau terus-menerus. Tetapi, mereka masih tidak memahami dengan jelas identiti jantina mereka sehingga umur 4-5 tahun.

Psikologi Kanak-kanak

Page 30: Rawatan ADHD

Merangsang Kanak-kanak Cacat

MEMAKSIMUMKAN  POTENSI  PERKEMBANGAN  KANAK-KANAK  CACAT

Dalam mana-mana masyarakat, pasti akan terdapat  golongan cacat, sama ada cacat fizikal ataupun mental.  Antara jenis-jenis kecacatan yang biasa adalah rencat akal, pekak, buta dan cerebal palsy (biasa dikenali sebagai spastik ) yang menyebabkan ketidakupayaan menggunakan tangandan kaki . Selain kecacatan -kecacatan ini , banyak lagi kategori cacat seperti epilepsi ( sawan ) , bisu (tidak boleh bercakap walaupun pendengaran baik ) , juling , rabun , hiperaktif dan lain -lain lagi .

Terdapat ramai kanak -kanak dilahirkan dengan berbagai -bagai jenis kecacatan . Antaranya adalah rabit lelangit , rabit bibir , kerosakan jantung , kerosakan usus , kecacatan pada urat saraf dan sistem -sistem lain dan sebagainya . Kecacatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori :

1.   Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit yang berlaku pada peringkat bayi lagi .

2. Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .

3. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan .

Dianggarkan hampir 3 % daripada jumlah kanak -kanak di negara ini mengalami kecacatan yang teruk . Hasil kajian yang dijalankan disentul pada tahun 1982 ke atas sekumpulan kanak -kanak  berusia dari tiga hingga sembilan tahun mendapati tidak kurang daripada 30 orang kanak -kanak dikatakan mengalami kecacatan disenaraikan  dibawah ini. Angka dalam kurungan ialah bilangan kanak -kanak yang terlibat bagi setiap kecacatan :-

1.   Kecacatan akal ( 15 )

Panduan

P e r k a h w i n a nK e i b u - b a p a a nB a k a l I b uF a l s a f a hA s m a U l H u s n a

Informasi

P e m b e d a h a nK e h a m i l a nK e l a h i r a nS a k i t P u a nM a n d u lH a i dA n a k : K e s i h a t a nA n a k : C e r d i k v s H y p e rA n a k : P e n j a g a a nP e r u b a t a n I s l a m

Maklumat Am

B e r i t a P e r u b a t a nG a m b a r S l i d eK o l e k s i A r t i k e lH i d u p S i h a t

Hyperlink

L a m a n A s a l H a m i d A r s h a t D o t C o mF a m i l y a n d P a r e n t i n g S i t eM y R e s e p iC o o k i n g B o o k m a r kJ o m M a n c i n g @ K e l o n g P a r a d i s eI n g i n k a n W e b s i t e ?B e l l P o s h B o u t i q u e

Page 31: Rawatan ADHD

2.   Spastik ( 3)

3.   Sawan  ( 3)

4.   Pekak ( 1 )

5.   Rabun ( 1 )

6.   Masalah pertuturan ( 2)

7.   Masalah penbelajaran ( 4 )

8.   Masalah tingkah laku  ( 1 )

Jumlah - 30

Kebanyakan kajian yang dijalankan di negara -negara lain mendapati bahawa bilanagan kanak -kanak cacat teruk dan sederhanan dianggarkan diantara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak -kanak . Ini suatu angka yang sangat besar dan sudah tentu akan memerlukan sumber kewangan dan tenaga mahir yang besarbagi menyediakan perkhidmatan -perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak itu.

Setiap kanak -kanak memerlukan perkara -perkara asas dalam kehidupan seperti makan minum , pakaian , tempat perlindungan dan kasih sayang ibu bapa . Keperluan -keperluan ini perlulah dipenuhi supaya dia dapat berkembang dan membesar dengan sempurna . Setiap kanak -kanak ingin menikmati keindahan hidup dan merasakan dirinya dihargai serta mempunyai sesuatu kebolehan yang dapat dibanggakan . Begitu juga dengan kanak -kanak cacat , malahan ada diantara mereka yang memerlikan perkara -perkara lain yang lebih khusus Umpamanya , kanak -kanak pekak mungkin memerlukan alat pendengaran dan latihan pertuturan . Kanak -kanak rabun mungkin memerlukan cermin mata . Kanak -kanak spastik pula memerlukan latihan berbentuk fisioterapi ., terapi cara kerja serta alat -alat untuk membantunya duduk , berdiri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Kanak -kanak rencat akal sejak lahir memerlukan pendidikan khas yang disesuaikan dengan tahap inteleknya . Disamping itu , terdapat juga kanak -kanak yang mengalami berbagai -bagai jenis kecacatan seperti cacat penglihatan dan pendengaran . Contohnya , bayi yang menghidap congenital rubella bukan sahaja dilahirkan bertubuh kecil tetapi mungkin juga pekak , buta atau mengalami kerosakan jantung dan sebagainya . Keperluan -keperluan kanak -kanak ini lebih kompleks dan ibu bapa amat memerlukan nasihat dari golongan profesional yang arif tentang rawatan dan program pemulihan bagi kanak -kanak cacat .

Page 32: Rawatan ADHD

Ibu bapa yang mempunyai anak cacat sering mengemukakan beberapa persoalan asa . Mengapa keadaan ini boleh berlaku kepada mereka ? Bolehkah anak mereka dipulihkan atau dirawat ? Apakah masalah -masalah yang mungkin mereka hadapi dalam mengasuh dan mendidik anak dari semasa ke semasa dan bagaimanakah cara pengendaliannya ? Bagaimanakah masa depan anak mereka ? Bolehkah anak -anak ini dimasukan ke sekolah atau mungkinkah mereka akan terus terbiar di bawah jagaan ibu bapa tanpa bantuan pihak  kerajaan atau badan -badan tertentu untuk meningkatkan perkembangan anak mereka ? Bolehkah keadaan ini berulang ? Siapakah yang akan menjaga anak cacat mereka selepas mereka meninggal dunia ?

Setiap persoalan di atas menjadi ' pre - occupation ' kepada ibu bapa dan mereka amat memerlukan bimbingan  profesional yang arif dalam menilai , merawat dan memulihkan kanak -kanak cacat .

Pada masa ini , sudah ada banyak teknologi untuk mencegah dan merawat penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan dikalangan kanak -kanak . Teknik -teknik untuk memaksimumkan potensi perkembangan kanak -kanak cacat juga telah berkembang dengan pesatnya . Kemajuan sains amat pesat dan hari demi hari , maklumat -maklumat berkaitan dengan aspek -aspek ini sering dikemukakan oleh para penyelidik sama ada melalui majalah -majalah sains , persidangan -persidangan sains , media massa dan sebagainya . Dalam soal pengendalian kanak -kanak cacat , dua prinsip perlu dihayati :

1.   Mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal .

2.   Memulakan intervensi atau langkah -langkah pemulihan dari peringkat awal .

Kedua -dua prinsip ini amatpenting memandangkan bahawa kadar tumbesaran dan perkembangan kanak -kanak cacat amat pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun . Para penyelidik telah lama menyedari tentang peringkat -peringkat yang  dinamakan critical periods of growth and development. Umpamanya, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dengan katarak mata akan rabun jika pembedahan tidak dilakukan pada peringkat awal lagi. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dilahirkan pekak: tanpa alat pendengaran dan latihan berkomunikasi dari peringkat bayi lagi, peluangnya untuk mencapai kebolehan bertutur dengan baik amat tipis sekali.  Perkembangan bahasa amat penting sekali pada peringkat usia di bawah tiga tahun dan keadaan-keadaan seperti kurang daya pendengaran dan rangsangan akan menjejaskan perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut .

Page 33: Rawatan ADHD

 Pentingnya mengenal pasti kecacatan dari peringkat awal

Kecacatan-kecacatan fizikal seperti  rabit bibir, rabit lelangit, capik kaki, katarak mata, berkepala besar (hydrocephalus) dan tanda-tanda di bahadian kulit mudah dikenal pasti tetapi kecacatan-kecacatan seperti pekak dan rencat akal tidak ketara dan memerlukan cara pemeriksaan dan penilaian yang khusus. Justeru itu, jika kemungkinan-kemungkinan ini tidak difikirkan, banyak kes bayi pekak dan rencat akal tidak dikenal pasti dari peringkat awal lagi menyebabkan program intervensi sering

lambat dimulakan.

Contohnya, kanak-kanak yang dilahirkan pekak mungkin tidak dapat dikenal pasti kecacatannya  sehingga beberapa tahun  lamanya  . Seelok-eloknya, pemeriksaan dibuat sewaktu dia masih dihospital lagi untuk menentukan sama ada dia pekak atau tidak.  Jika dia disahkan pekek, usaha untuk membekalkannya dengan alat pendengaran boleh diatur. Program untuk melatih ibu bapa kanak-kanak itu tentang teknik-teknik berkomunikasi dan mengajar anak mereka memahami dan menggunakan bahasaperlu diaturkan.

Satu contoh lagi melibatkan kanak-kanak yang mengalami kerosakkan otak sewaktu kelahiran sehingga menyebabkan dia spastik. Dia mungkin tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya seperti kanak-kanak biasa.  Apa yang sering berlaku ialah ibu bapa kanak-kanak spastik kerap membiarkan anak mereka bersendirian kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan perhatian dan  merangsang si anak itu.  Akibatnya, anak mereka kurang mendapat perhatian. Mereka hanya memenuhi keperluan-keperluan asas anak mereka sahaja seperti menyediakan makan minum. Membersihkan diri dan memakaikan seluar dan baju.

Kanak-kanak cacat sering tidak diberi rangsangan yang cukup untuk membolehkan mereka berkembang dan menguasai kemahiran-kemahiran asas. Ini jelas dapat dilihat dalam kajian keatas kanak-kanak cacat di Sentul. Berbagai-bagai faktor boleh menyebabkan keadan ini berlaku. Ibu bapa sedar bahawa anak  mereka rencat akal tetapi tidak mengetahui ciri-ciri kekuatan yang dimilikinya.  Teknik-teknik rangsangan yang boleh mereka gunakan untuk membantu kanak-kanak mereka menguasai kemahiran-kemahiran tertentu tidak pernah diajarkan.  Mereka juga terlalu sibuk dengan perkejaan masing-masing sehingga tidak dapat  menumpukan perhatian terhadap anak mereka.  Apa yang diperlukan  oleh setiap ibu bapa dan penjaga yang

Page 34: Rawatan ADHD

mempunyai anak cacat ialah maklumat tentang setiap aspek yang berkaitan dengan kecacatan, kaedah-kaedah pemulihan yang sesuai untuk anak itu dan sama ada sianak itu perlu rawatan perubatan yang tertentu atau tidak.

Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain.  Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Umpamanya, dalam satu kelas pemulihan, kanak-kanak yang kurang tumpuan perhatian (attention span deficit disorder) kerap tidak mengikut arahan guru, tidak boleh duduk diam dan asyik merayau-rayau sesuka hatinya.   Oleh itu, prestasi akademiknya pasti tidak memuaskan.  Seelok-eloknya, guru perlu memberikan lebih perhatian kepadanya dengan memanggil-manggil namanya, menepuk-nepuk tangan dan memetik jari selalu untuk mendapatkan perhatiannya.  Kanak-kanak ini sering memerlukan isyarat-isyarat dan tunjuk ajar yang menggunakan pendekatan satu dengan satu. Tetapi, situasi didalam bilik darjah biasa tidak sesuai kerana seorang guru perlu mengawasi  tidak kurang daripada 40 orang murid.  Suatu program khas perlulah diaturkan untuk kanak-kanak tersebut jika prestasi inteleknya ingin dipertingkatkan.

Taraf sosioekonomi dan tahap pendidikan sesuatu keluarga itu banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak yang cacat. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan pekak mungkin cepat dikenal pasti kecacatannya jika ibu bapanya sendiri cepat mengesyaki keadaan ini dan bersungguh-sungguh mencari pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan.  Setelah penilaian dibuat, besar kemungkinan sianak itu diberi alat pendengaran dan latihan pertuturan. Ibu bapanya mungkin berminat untuk belajar sendiri supaya mereka dapat memberi latihan kepada anak mereka di rumah.

Si anak itu juga mungkin mendapat pengayaan daripada alat-alat permainan dan sumber-sumber pembelajaran yang mudah diperoleh oleh keluarga itu kerana mereka serba berkemampuan.  Keadaan yang optimum seperti ini mungkin tidak dinikmati oleh sesetengah keluarga lain yang mungkin menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan bantuan perkhidmatan seperti alat pendengaran dan latihan pertuturan ditempat tinggal mereka. 

Mereka mungkinsibuk dengan tugas-tugas mereka sendiri dan meletakkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah atau penjaga.   Mereka juga mungkin tidak dapat memberikan rangsangan-rangsangan yang diperlukan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi anak itu.  Sesetengah keluarga dapat mengatasi masalah kesibukan mereka dan mendapatkan tempat untuk anak mereka dipusat didikan prasekolah bagi kanak-kanak pekak tetapi kemudahan ini amat terhad dan hanya terdapat dibandar-

Page 35: Rawatan ADHD

bandar besar sahaja.

 Adakalanya, keluarga itu sendiri tidak mampu membeli alat pendengaran untuk anak mereka yang disahkan cacat pendengaran. Para profesional bpleh membantu keluarga ini dengan merujuk kepada Jabatan  Kebajikan Masyarakat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu keluarga tersebut memperolehi alat pendengaran yang diperlukan.

Ubahkan sikap negatif terhadap kanak-kanak cacat

Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka.  Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal.

Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana ( mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri .

Seringkali saya dapati kanak -kanak terencat akal dibiarkan begitu sahaja dirumah . Mereka tidak digalakkan untuk mencuba melekukan sendiri aktiviti -akativiti harian : segala -galanya dibuatkan oleh orang lain . Pengalaman di serata dunia menunjukkan bahawa program intervensi awal (early intervention programme ) dapat mempercepat dan meningkat tahap kemahiran asas kanak -kanak cact sehingga mereka boleh berdikari . Umpamanya , seorang kanak -kanak berusia empat tahun yang tidak dilatih akan bergantung sepenuhnya kepada ibu atau pengasuh dalam hal -hal yang berkaitan dengan aktiviti -aktiviti harian seperti makan minum dan bersalin pakaian .

Page 36: Rawatan ADHD

 Kanak -kanak ini sepatutnya dilatih dan digalak untuk membiasakan diri melakukan aktiviti -aktiviti harian pada peringkat awal lagi supaya dia dapat menguasai kemahiran melakukan aktiviti -aktiviti ini pada usia muda lagi . Kanak -kanak spastik ( celebral palsy ) pula berbeza dari beberapa segi . Ada yang hanya lemah sebelah anggota badan sahaja dan ada pula yang tidak dapat mengerakkan seluruh anggota kaki dan tangan . Sehingga mencapai usia enam tahun , dia hanya mampu bergolek -golek sahaja dantidak boleh duduk dengan sendiri tanpa bantuan kerusi khas . Potensi kanak -kanak yang sedemikian boleh dipertingkatkan dengan bantuan program pemulihan yang sesuai .

Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi .

Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak .

Kanak -kanak ini dapat menggunakan tangannya seperti kanak -kanak yang boleh melihat dan juga tidak boleh mendengar percakapan orang lain . Oleh itu, dia tidak boleh bercakap atau memahami bahasa . Walau bagaimanapun , kanak -kanak ini amat bergantung pada belaian kasih ibu bapanya kerana dia boleh merasai pegangan mesra mereka . Penbedahan katarak serata penggunaan cermin mata atau kanta lekap ( contact lens ) dari awal -awal lagi amat penting supaya dia sekurang -kuramgnya dapat melihat sedikit . Tetapi , penggunaan kanta lekap masih menimbulkan beberapa masalah teknikal di samping kos pengendaliannya yang tinggi .

Pastikan kanak -kanak mempunyai taraf pemakanan yang baik .

Tidak dapat dinafikan bahawa pemakanan yang seimbang dan berzat diperlukan oleh setiap kanak -kanak . Saya sering bertemu kanak -kanak spastik yang sukar menelan makanan .

Page 37: Rawatan ADHD

Kadang kala , kerosakkan urat saraf yang dialaminya juga boleh menyebabkan kepalanya sentiasa ditengadahkan kebelakang . Ini menyulitkannya sewaktu makan . Adakalanya , keadaan ini berlanjutan bertahun -tahun lamanya kerana ibu bapanya tidak mendapatkan nasihat dari para profesional tentang pentingnya posisi si anak itu diperbetulkan agar dia mudah menghisap dan menelan makanan . Masalah ini menyebabkan kanak -kanak itu menjadi kurus dan sistem daya tahan penyakitnya menjadi lemah . Akibatnya , dia sering diserang penyakit .

Kanak -kanak spastik yang mempunyai masalah pemakanan perlu mendapatkan nasihat kaunseling untuk memastikan agar dia mendapat makanan yang cukup dan berzat . Kanak -kanak yang kurang subur mudah mendapat penyakit . Tahap kesihatan yang rendah akan menjejaskan perkambangannya . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak spastik yang sukar menghisap susu . Setiap kali tiba waktu makan , dia dibaringkan dan makanan atau susu dititiskan ke dalam mulutnya . Amalan sebegini tidak akan melatih kanak -kanak itu menghisap , menguyah dan menelan makanan .

Bayi yang sudah berusia enam bulan perlukan makanan peralihan kerana susu tidak lagi mencukupi untuk tumbesarannya . Untuk menelan makanan pejal dan lebih keras , dia perlu menghisap , menguyah , menelan dan menghadam dan jika ini tidak dibiasakan , pertumbuhannya mungkin merosot . Doktor anda boleh membantu anda menentukan makanan -makanan tambahan untuk anak yang mempunyai masalah pemakanan .

Seperti kanak -kanak lain , kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa . Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu .

Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka .

Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran -kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan  dan kelemahan

Page 38: Rawatan ADHD

- kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan .

Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan .

Sumbing Bibir dan ‘Cleft Palate' SUMBING BIBIR DAN RABIT LELANGIT

Sumbing bibir (Cleft lip) boleh berlaku tanpa atau berserta rabit lelangit (cleft palate) sekali. rabit lelangit kadang kala lambat dikenal pasti jika mulut bayi tidak diperiksa dengan teliti. Keadaan ini biasanya hanya disedari dan dikenal pasti sewaktu penyusuan apabila susu kerap mengalir keluar daripada lubang hidung bayi.

Punca sumbing bibir dan rabit lelangit

Kejadian bayi yang dilahirkan sumbing sering dikaitkan dengan berbagai -bagai pengalaman yang dilalui oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya. Ada yang mengatakan bahawa keadaan ini akibat daripada ' kenan ' . Umpamanya, kerana arnab pernah melompat di hadapan si isteri sewaktu dia mengandung !! Tidak kurang pula yang mendakwa ini sebagai pembalasan terhadap sesuatu dosa yang pernah dilakukan oleh pasangan suami isteri berkenaan. Berbagai -bagai lagi kepercayaan yang pelik -pelik dikemukakan. Tetapi, hakikatnya sumbing bibir dan rabit lelangit

Page 39: Rawatan ADHD

berlaku dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau kedudukan.

Adalah tidak jelas punca berlakunya kes -kes sumbing bibir dan rabit lelangit. Walau bagaimanapun, ahli sains bersependapat bahawa kejadian ini berlaku akibat interaksi baka dengan persekitaran pada peringkat awal kehamilan. Adakalanya, keadaan ini boleh dikaitkan dengan gangguan kromosaom (ciri -ciri warisan yang terdapat di dalam setiap sel manusia) seperti sindrom patau. Dalam keadaan ini, sering juga terdapat lain -lain kecacatan seperti sakit jantung, kelainan pada organ -organ serta tulang tangan atau kaki dan bayi dilahirkan terlalu ringan.

Unsur -unsur jangkitan seperti virus rubella boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan kecacatan -kecacatan diatas. Ubat -ubat tertentu seperti yang digunakan untuk mencegah sawan boleh menyebabkan berlakunya sumbing bibir dan rabit lelangit jika diambil pada peringkatawal kehamilan.

Proses pembentukan bibir dan lelangit pada peringkat janin berlaku pada minggu keenam gestasi. Lazimnya, bibir dan lelangit terbentuk sempurna pada usia janin 12 minggu. Oleh itu, unsur -unsur seperti virus rubella dan ubat -ubat yang dikatakan  ' teratogenik ' jika dimakan oleh wanita pada peringkat awal kehamilan boleh menyebabkan bayi dilahirkan sumbing atau rabit lelangitnya.

Saya pernah bertemu seorang yang baru sahaja melahirkan seorang bayi sumbing.

 Dia mendakwa bahawa kejadian ini mungkin disebabkan oleh sejenis ubat yang diberikan oleh doktor bagi mengubat penyakit jangkitan kencingnya sewaktu kandungannya berusia 20 minggu. Tetapi, saya telah menegaskan kepadanya bahawa oleh kerana lelangit dan bibir sudah sempurna dibentuk sebelum usia janin 20 minggu, tidak mungkin ubat yang diambilnya ada kaitan dengan kejadian sumbing bibir.

Kebanyakan kes sumbing bibir dan rabit lelangit tidak dapat diramalkan tetapi setiap wanita yang mengandung perlulah mengelak daripada mengambil unsur -unsur yang boleh mengakibatkan keadaan -keadaan ini seperti mendapatkan pelalian sebelum memakan ubat -ubat yang dianggap ' teratogenik. Jika boleh, kurangkanlah dos atau berhentikan langsung pengambilan ubat mencegah sawan sewaktu mengandung. Di negara -negara Barat, ibu ibu yang mengandung tidak digalakkan meminum alkohol kerana ini boleh mengakibatkan bayi yang dilahirkan cacat.

Sumbing bibir boleh berlaku bersama -sama rabit lelangit. Setiap bayi yang dilahirkan sumbing atau rabit lelangit perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kelainan seperti jantung berlubang, katarak mata, pekak, kelainan tulang dan kaki dan lain -lain. Bagi kebanyakan kes seperti ini, kecacatan - kecacatan lain biasanya tidak wujud.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana terharu dan hibanya perasaan ibu dan bapa apabila menatap wajah bayi mereka yang dilahirkan cacat. Mereka tentu berasa sedih mengenangkan wajah anak seperti yang mereka harap -harapkan. Oleh itu, seseorang doktor perlu memberikan penjelasan yang tepat dan berhati -hati supaya ibu bapa yang berkenaan ini dengan tenang dan sentiasa bersabar sambil mengharapkan bayi mereka boleh dirawat dengan sempurna.

Rawatan

Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam lingkungan usia tiga bulan dan akn melakukan pembedahan rekonstruktif terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang

Page 40: Rawatan ADHD

masa yang paling sesuaiuntuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini, bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecilsehingga kerap menyekat saluran pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal kelahiran bayi.

Sumbing bibir boleh menimbulkan berbagai -bagai masalah sosial dan emosi pada kanak -kanak yang terlibat. Kurang keyakinan diri, rasa rendah diri dan merasakan dirinya hodoh boleh menjejaskan perkembangan sosial dan inteleknya. Oleh itu, doktor menyarankan supaya sumbing bibir diperbetulkan dari peringkat bayi lagi. Rabit lelangit sering merumitkan penyusuan bayi. Susu atau bahan -bahan makanan sering keluar daripada hidung.

Penggunaan sudu akan lebih memudahkan penyusuan. Adakalanya (orthodontist) boleh membuatkan satu acuan (dental plate) yang dipasang pada gusi dan lelangit si abyi. Acuan ini akan menghadag susu dari mulut masuk ke bahagian hidung si bayi. Tanpa pembedahan rekonstruktif, rabit lelangit boleh merosakkan pertuturan si anak itu.

 Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat -ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.

Rawatan untuk kanak -kanak yang menpunyai rabit lelangit bukan hanya melibatkan pembedahan rekonstuktif sahaja. Pakar -pakar lain seprti pediatrik, doktor gigi, juru pulih perttutran serta pakar -pakar hidung, telinga dan tekak juga terlibat dalam rawatan dan latihan bagi kanak -kanak yang mengalami rabit lelangit.

 Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.

Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di kawasan sentul, saya bertemu seorang kanak -kanak berusia sembilan tahun yang sumbing dan rabit lelangit. Percakapannya tidak jelas dan sengau. Prestasinya di sekolah amat mendukacitakan. Pendengarannya juga lemah. Si ayah tidak mendapatkan rawatan doktor untuknya kerana khuatir pembedahan akan membawa kesan yang tidak di ingini ke atas anaknya. Sepatutnya, dia tidak perlu berasa bimbang kerana anaknya boleh dirawat dibawah penyeliaan doktor -doktor pakar. Masalah -masalah pertuturan, pembelajaran, perasaan rendah diri, kurang keyakinan diri dan masalah pendengaran boleh dikurangkan atau dielakkan sama sekali.

Bolehkah perkara ini berlaku sekali lagi ?

Pakar kaunseling genetik boleh mengkaji pokok sesuatu keluarga (pedigree) yang mempunyai anak yang sumbing atau rabit lelangit dan dari kajian ini, dapatlah ditentukan sama ada keluarga berkenaan mempunyai potensi untuk mendapat bayi yang mengalami cacat yang sedemikian di masa -masa  akan datang. Jikalau keluargan tersebut tidak mempunyai saudara mara terdekat yang sumbing atau rabit lelangit, risiko untuk si ibu melahirkan bayi dengan kecacatan yang sama

Page 41: Rawatan ADHD

adalah rendah. Rabit lelangit yang disebabkan oleh penyakit jangkitan pada peringkat awal kandungan seperti rubela tidak mungkin berulang lagi. Ini kerana wanita yang telah mendapat penyakit rubela akan menjadi imun atau terlindung daripada penyakit ini.

Nilai Perkembangan anak menerusi pergerakan otot

Penilaian perkembangan kanak kanak adalah satu faktor penting dalam pemeriksaan kanak-kanak. Selalunya penilaian ini dibuat ketika ibu membawa anak untuk imunisasi.

Secara amnya penilaian perkembangan kanak kanak membabitkan tiga faktor penting iaitu:

Perkembangan motor secara kasar (gross motor development) Perkembangan motor secara halus (fine motor development) Perkembangan sosial dan pertuturan

Motor yang dimaksudkan di sini adalah kebolehan kanak-kanak melakukan pergerakan menggunakan otot. Terdapat tahap tertentu di mana kanak-kanak boleh melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, bayi boleh berpusing dari depan ke belakang pada umur tiga ke empat bulan. Oleh itu jika bayi tidak dapat melakukan proses itu dalam lingkungan masa tertentu kemungkinan adanya kelewatan perkembangan bayi.

Bagaimanapun bayi tidak sepatutnya hanya dinilai dari satu aspek kerana banyak faktor lain mempengaruhi perkembangan bayi seperti berat badan yang terlalu berat yang menyebabkan proses itu lambat.

Proses penilaian perkembangan kanak-kanak atau bayi penting kerana membolehkan doktor atau pegawai kesihatan mengenal pasti tanda awal jika ada masalah dalam perkembangan kanak-kanak.

Page 42: Rawatan ADHD

Pada usia lapan bulan, bayi puan sepatutnya boleh melakukan perkara ini,

a) Motor Kasar:- Mempunyai leher yang tegap- Duduk dengan cara tangan bayi ke hadapan untuk membantu posisi bayi- Boleh berpusing ke hadapan dan ke belakang

b) Motor Halus:- Mencapai barang barang yang dihulurkan- Boleh mengalihkan barang dari tangan kiri ke kanan

c) Perkembangan Sosial dan Pertuturan- Mencari permainan yang hilang dari pandangan mata- Mula takut kepada orang yang tidak dikenali

Dari segi pertuturan pula boleh membuat bunyi “ma” “pa” “ga “ sebagainya. Jika kanak kanak itu tidak mencapai kebolehan melakukan perkara di atas kemungkinan besar berlaku kelewatan dalam perkembangannya.

Ada pelbagai sebab perkembangan kanak-kanak lewat. Masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

1)Masalah ketika mengandung, seperti infeksi dalam kandungan disebabkan penyakit seperti rubella, toxoplasma (jangkitan parasit dari kucing) atau virus seperti cytomegalovirus (CMV). Dalam proses mengandung jika ada jangkitan itu dalam trimester pertama ( tiga bulan pertama) wujud kemungkinan besar masalah kelewatan perkembangan dan juga masalah kongenital. Ini kerana pada ketika itu, ia adalah peringkat penting dalam pembentukan struktur organ penting janin.

2) Masalah yang timbul ketika melahirkan anak. Dalam proses melahirkan anak mungkin timbulnya masalah menyebabkan bayi kekurangan oksigen. Ada pelbagai sebab ini boleh berlaku. Sebagai contoh, bayi yang berat badannya terlalu besar boleh menyebabkan kesusahan dalam proses kelahiran dan ini boleh menyebabkan kekurangan oksigen kepada bayi.

3) Masalah yang timbul selepas kelahiran. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan jangkitan kuman di otak. Masalah metabolisme dan hormon kanak-kanak, jika kita mengambil contoh kekurangan hormon tiroksin iaitu hormon penting dalam metabolisme kanak kanak. Bukan hanya perkembangan kanak kanak dari segi fungsi tetapi juga

Page 43: Rawatan ADHD

perkembangan dari segi fizikal juga akan lewat.

Dengan mengenal pasti sesuatu kelewatan dalam perkembangan kanak-kanak penilaian seterusnya dapat dilakukan dan ini mungkin dapat mengatasi masalah sebenarnya. Selalunya kelewatan perkembangan adalah manifestasi penyakit yang mungkin dialami bayi atau kanak-kanak itu.

Daripada apa yang diterangkan puan, kemungkinan besar ada masalah dari segi perkembangan anak puan, bagaimanapun analisis seterusnya perlu dilakukan pakar kanak kanak.

Diari Perkembangan Bayi

Antara satu ke dua bulan.

“Saya boleh mengangkat kepala apabila dalam keadaan tertiarap. Saya juga boleh menggerakkan kaki dan tangan dengan mudah. Kadangkala saya mungkin terkejut mendengar bunyi yang kuat. Saya suka membuat bunyi “coo” dan juga suka melihat dengan sementara objek.

“Menangis adalah cara pertuturan saya. Kadang kala saya membuat bunyi bunyi “bergembira” dan menoleh kepada sesiapa yang bertutur dengan saya. Saya suka melihat wajah atau objek.”

Antara tiga ke empat bulan

“Saya boleh mengangkat kepala dalam keadaan tertiarap. Saya boleh juga berpusing dan suka bermain dengan tangan. Saya boleh memegang loceng rattle. Saya kenal botol susu atau payu dara ibu. Bila saya terdengar suara yang saya kenal saya akan senyap sementara. Kadang kala saya mungkin ketawa

“Saya senyum jika anda bertutur dengan saya. Saya menunjukkan reaksi kepada suara walaupun tidak dapat melihat punca suara itu.”

Enam bulan

“Saya boleh berpusing dari keadaan meniarap dan sebaliknya. Saya boleh duduk dengan menyokong badan saya dengan tangan. Saya suka bermain dengan kaki. Saya juga boleh mencapai objek dan memasukkannya ke dalam mulut. Jika saya memegang permainan saya boleh menukarkan ke tangan lain. Saya sekarang boleh membuat bunyi ba ba ba dan juga mengenal wajah.

Page 44: Rawatan ADHD

Saya akan mula mencari sumber bunyi yang baru terdengar. Bila bermain saya suka membuat bunyi. Saya boleh memerhati objek dengan lebih lama.”

Sembilan bulan

“Saya boleh duduk tanpa bantuan. Apabila saya memegang permainan saya suka mengetuk dua objek. Saya boleh merangkak. Saya juga suka melihat gambar di dalam buku. Apabila saya melihat mereka yang tidak saya kenali saya mungkin malu dan takut.

“Saya mula mengenal pasti barangan biasa seperti susu, botol dan sebagainya. Saya akan menoleh kepada bunyi yang lemah. Saya suka mengikut bunyi pertuturan seperti mama, dada.”

12 bulan

“Saya boleh mengangkat diri dengan bantuan. Saya boleh berdiri dengan sendiri. Saya suka mengutip barangan yang kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari tunjuk. Saya suka melambai sambil menyebut “bye bye”. Saya boleh menunjuk hidung, mata dan sebagainya. Saya mungkin boleh bertutur dua - tiga patah perkataan. Saya suka menconteng dengan mata pena.

“Saya suka mendengar cerita ringkas. Saya mula memahami perkataan seperti “jangan” “ bye bye” dan sebagainya,”

18 bulan

“Saya boleh berjalan, berlari dan memanjat. Jika dibantu saya boleh berjalan menaiki tangga. Saya boleh mengenal pasti empat bahagian badan. Saya boleh mengunaka 10 - 12 perkataan. Saya suka bermain bersendirian dan juga saya tidak suka berkongsi.

“Saya mula bercakap dengan lebih banyak. Saya boleh mengutip barangan yang kecil dan juga boleh meletakkan tiga kiub diatas satu sama lain. Berjalan adalah lebih menyeronokkan kerana saya tidak lagi berlanggar dengan barangan di sekeliling,”

Antara dua hingga tiga tahun

“Saya boleh menendang bola. Saya boleh menggunakan tiga perkataan dalam satu ayat. Saya boleh meminta sesuatu. Saya mempunyai lebih dari 50 perkataan.

Page 45: Rawatan ADHD

“Saya suka meniru bunyi. Saya boleh mengenal pasti barangan di gambar. Menconteng adalah sesuatu yang amat saya gemari.”

Seterusnya  

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakOleh Zahir Zainudin

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut

Page 46: Rawatan ADHD

serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.

Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.

Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku

kata dan perkataan. Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun

rapi. Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan

langsung dengan sebutan. Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z. Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf. Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk

mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang

Page 47: Rawatan ADHD

terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa

ketika berusia 18 bulan. belajar bahasa dengan mengumpul perkataan. kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung

dan tidak langsung. rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi

banyak gambar dan berwarna-warni. kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa. terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan. perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial. kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar. pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan

ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka. mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun perkembangan otak memasuki fasa terakhir. kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan

Page 48: Rawatan ADHD

mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar. corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan

bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.

mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

PROFIL PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH   PEMBELAJARAN Ogos 6, 2007

Posted by hildaain in Profil. trackback

Disediakan oleh NORESAH BT MOHD SAPIN (SK SG TINGGI) dan RAZIAH BINTI MAT ALI (SK SERI AMAN), AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah sebagaimana yang dilaksanakan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ialah untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perkembangan ini merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan nilai-nilai sosial . (KBSR, 1981) .

Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama rata bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah . Bagi mencapai matlamat tersebut, kurikulum ini memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira . (KBSR, 1982).

Disamping itu, penekanan perlu diberi perhatian terhadap perbezaan individu murid kerana setiap murid itu adalah berbeza antara satu sama lain, sama ada dari segi pengalaman, amalan, kecenderungan, tingkah laku, bakat dan kebolehannya. (KBSR, 1982) .

Berdasarkan kepada kenyataan itu, didapati golongan kanak-kanak luar biasa tersebut tidak mampu mengikuti KBSR sepenuhnya kerana mereka mempunyai keupayaan mental dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah . Walau bagaimanapun mereka boleh menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu . Kanak-kanak golongan ini ditakrifkan sebagai ” Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran “.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Definasi kanak-kanak khas ini sebagai :

(”………..anak-anak yang menyimpang anak-anak biasa dari)

Page 49: Rawatan ADHD

1. ciri-ciri mentalnya , 2. kebolehan deria , 3. ciri-ciri fizikal dan kekuatan urat saraf , 4. tingkahlaku sosial dan emosi , 5. keupayaan berkomunikasi , 6. kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-

amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas , bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya . “

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka ;

1. Menguasai kemahiran berkomunikasi . 2. Menguasai kemahiran bergaul . 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam

sekeliling . 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri . 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian . 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif . 7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi . 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni . 10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat penting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada pelajar-pelajar khas tersebut .

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar berkenaan .

Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan pelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :

1. Bidang Komunikasi .

Page 50: Rawatan ADHD

2. Bidang Sosial dan Alam sekitar . 3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari . 4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif . 5. Bidang Nilai dan Kerohanian .

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 51: Rawatan ADHD

Menghadapai Kanak-kanak Bermasalah PembelajaranDate: Thursday, July 15 @ 00:00:00 MYTTopic: Famili

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran? Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti pelajar lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membuatu kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa disebabkan jangka penumpuan yang pendek, kurang kebolehan memindahkan perkara-perkara yang dipelajari. Mereka juga memerlukan lebih dorongan dan benda-benda yang nyata ketika belajar. Kebanyakan mereka dikenal pasti mengalami masalah pembelajaran semenjak tahun pertama persekolahan. Terdapat dua petunjuk utama masalah pembelajaran. Pertama, walaupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan. Ini disebabkan tahap perkembangan menyerupai kanak-kanak yang lebih muda. Contohnya, tahun dua hanya permulaan belajar abjad, membilang dan menulis namanya sendiri. Kedua, kebanyakan perkembangan ditunda. Mereka gagal setanding dengan mereka yang membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran persediaan vokasional. Walaupun kadar pembelajarannya perlahan, mereka boleh memperoleh pelbagai aktiviti di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sebahagian pembelajaran mereka sukar dipelajari. Contohnya kemahiran pemahaman pembacaan adalah lebih sukar berbanding pembacaan biasa. Maksudnya, pelajar kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik berbanding pengiraan matematik. Jelaslah pelajar ini sukar memohon kemahiran pembelajaran apabila berhadapan dengan situasi baru. Punca Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Pada peringkat awal sudah disebut kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami masalah neurologi terutama otak. Otak secara umumnya terdiri daripada dua bahagian iaitu: Bahagian atas yang disebut cortex Bahagian bawah yang disebut medulla dan sekitarnya. Otak atas yang terdapat pada manusia bersifat adalah dinamis dan potensinya dapat dikembangkan seluas-luasnya. Otak bawah yang terdapat dalam spesies tinggi dan juga spesies rendah seperti kucing, monyet dan sebagainya adalah bersifat statik. Otak bawah memiliki fungsi-fungsi dasar seperti

Page 52: Rawatan ADHD

berikut: Medula berfungsi mengendalikan pernafasan, pencernaan, detik jantung dan penelaan. Serebelum berfungsi mengkoordinasi pelbagai gerakan organ jasmani dan refleks. Talamus berfungsi sebagai penyambung maklumat yang diperoleh oleh deria melalui sub-sub bahagian otak bawah ke otak atas atau cortex. Hipotalamus berfungsi mengatur ekspresi yang berasal daripada dorongan-dorongan dasar seperti dorongan rasa lapar dan seksual. Selanjutnya, memori terdiri daripada dua jenis iaitu: Memori semantik iaitu memori khusus yang menyimpan pengertian maklumat. Memori episodik iaitu memori khusus yang menyimpan maklumat peristiwa. Dalam memori semantik, maklumat yang diterima ditransformasikan dan diberi kod makna, lalu disimpan. Maklumat yang disimpan tidak dalam bentuk asal, tetapi dalam bentuk kod yang bermakna. Pelajar yang memiliki maklumat hasil proses semantik seperti itu dapat mempertahan dan menggunakannya dalam waktu yang lebih lama dan dalam situasi yang lebih kompleks. Sesuai dengan namanya, memori semantik berfungsi menyimpan konsep-konsep yang signifikan dan bertalian antara satu dengan yang lain. Apabila Adam berkata, “Saya tahu bangau adalah burung dan memiliki sayap”. Dalam kenyataan deklaratif ini, bangau adalah superordinat bagi burung-burung lain seperti kenari, merak dan lain-lain. Sayap adalah ciri-ciri bagi burung-burung pada umumnya. Maklumat yang terungkap dalam burung dan sayap, selanjutnya dapat diperlakukan oleh memori Adam bagi menjelaskan erti konsep burung yang lain yang memiliki superordinat dan ciri-ciri serupa dengan bangau. Oleh yang demikian, butir-butir maklumat yang tersimpan dalam memori semantik bersifat dinamis dan dapat diolah serta diaplikasikan oleh akal Adam bagi memahami fenomena lain yang relevan dengan butir-butir maklumat itu. Memori episodik adalah memori yang menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami pelajar pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi autobiografi. Apa yang kamu makan pagi tadi, ke mana kamu pergi semalam, dan peristiwa yang kamu alami pada hari pertama di darjah satu dan sebagainya adalah contoh-contoh maklumat yang tersimpan dalam memori episodik. Walaupun penyebab lupa itu pelbagai, namun yang penting yang perlu diperhatikan adalah faktor pertama di atas yang merangkumi gangguan proaktif dan retroaktif kerana ia sudah dibuktikan melalui penyelidikan. Di samping itu, ciri-ciri mereka adalah seperti berikut: Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira atau 3M. Keliru dengan nombor ‘13 dan 31’, menulis ‘p sebagai q’ dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf. Penguasaan yang lemah dalam sesuatu kemahiran kognitif jika dibandingkan dengan rakan sebaya. Sukar mengikut arahan. Lemah dalam keseluruhan pelajaran. Mempunyai darjah kecerdasan antara 70 hingga 90. Selalu gagal dalam latihan dan ujian. Memerlukan jangka masa yang lama bagi menguasai sesuatu kemahiran. Lemah dalam perkara-perkara yang abstrak. Mengulangi sesuatu aktiviti beberapa kali tanpa berhenti. Keliru dengan hari seperti ‘hari ini’ disebut sebagai ‘esok’ dan sebaliknya. Menunjukkan kesukaran dengan koordinasi motor kasar ataupun halus. Lemah dalam menerima konsep yang baru. Tidak dapat menghubungkaitkan konsep yang baru dengan yang lama. Lambat mengingat semula. Tidak dapat menganalisis. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Lemah dalam mengutarakan idea. Mudah terganggu. Rendah diri. Gangguan emosi. Pemalu. Penakut. Tidak ada motivasi. Tidak menunjukkan reaksi apabila tiba-tiba bunyi bising kedengaran seperti tepukan tangan ataupun pintu ditutup dengan kuat ataupun mengelipkan mata ataupun membuka matanya dengan luas bagi mencari arah bunyi itu. Tidak memerhati bunyi-bunyian seperti bunyi motosikal dan sebagainya. Tidak

Page 53: Rawatan ADHD

menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyi. Tidak dapat mengingati apa yang didengar. Selalu menyebut “Saya tak peduli” ataupun “Saya tak mahu.” Tidak dapat memahami perhubungan dan konsep berdasarkan maklumat yang didengar. Tidak dapat membezakan bunyi-bunyian yang penting daripada beberapa bunyi-bunyian latar belakang. Tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan. Sukar mengingati semula apa yang dilihat. Punca Kecacatan Kecacatan pada kanak-kanak dikenal pasti berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Baka Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula daripada hubungan seksual suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan. Pertama, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak. Kedua, ibu bapa tidak cacat tetapi anak cacat. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ‘autosomal dominant’, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa manakala 25% lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat. Pengambilan ubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang dikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa mendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya memenuhi ke-perluan vitamin dan zat galian ibu. Penggunaan Aspirin ketika hamil harus dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan

Page 54: Rawatan ADHD

dengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan. Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan semasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung anak yang baru lahir. Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein. Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau pun tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janin manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepada hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan. Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yang bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatan bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama. Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada pembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal digalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet. Sinar-X Sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari, batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggi dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yang berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapi pendedahannya berlarutan, juga membahayakan. Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah terpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan penyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X. Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada doktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada hari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan ditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia dapat mencacatkan bayi. Menghalakan Sinar–X jauh daripada bahagian pelvis juga adalah langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepada Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia. Jangkitan kuman Kuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat menimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan jasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagai jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma ini membiak dan membawa bersama penyakit. Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan staphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan apendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada bakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia

Page 55: Rawatan ADHD

menyebabkan gangguan. Antara penyakit yang dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela. Kuman sifilis amat membahayakan bayi. Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang wanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan merosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir cacat. Pemakanan Kekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran dapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalami masalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalam kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik. Dadah dan arak Walaupun penagihan dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedang hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, ada kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalah kecacatan janin. Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulut dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakau bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yang menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapat menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkan kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi. Cubaan menggugurkan anak Amalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu, ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupun menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilan berkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta menyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah dianggap sebagai penganiayaan pada janin. Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di sisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu mengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa ataupun menganiaya janin. Umur ibu Ibu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka berada di bawah jagaan doktor pakar. Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya meningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua dalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom Down adalah satu dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom Down di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada usia 23 hingga 29 tahun.

Page 56: Rawatan ADHD

Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan normal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir prematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telur mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrin bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitari mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem pembiakan sudah matang. Kekurangan oksigen Bayi dalam kandungan mendapatkan oksigen melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa ke jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan terbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu. Kesan kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarang kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat tumbuh semula seperti sel kulit apabila luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak. Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka bahagian yang dikawal turut rosak. Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal otot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir. Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan. Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi, epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain. Kenan Kecacatan tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenan atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh semua perkara di atas terutama baka. Kemalangan Kemalangan melibatkan kepala dapat menjejaskan fungsi otak seseorang. Penyesuaian Perlu diingat apabila membincangkan mengenai bantuan yang ingin diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, ia merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan yang memerlukan mereka belajar. Aktiviti tersebut merangkumi perkara seharian seperti usaha seorang pelajar meningkatkan kemahiran pembacaannya serta kemahiran bermatematik. Ia merujuk juga kepada cara membuat kerja-kerja rumah yamg diberikan oleh guru dengan lebih efisien. Ia juga merujuk kepada bagaimana guru-guru meningkatkan kebolehannya sebagai guru. Ia juga merujuk kepada ibu bapa yang cuba meningkatkan usaha memberi sokongan, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang berkaitan dengan anak mereka. Rancangan sekolah selalu dibuat berdasarkan kepada murid yang sederhana dan cerdik. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seolah-olah dipaksa menghadapi kegagalan serta kekecewaan dan akan berdepan dengan kesukaran mengembangkan psikoemosi yang emosi. Dalam situasi sekolah seperti ini, kanak-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidup, cita-citanya tidak diendahkan, terbantut atau dimusnahkan. Dia juga mungkin percaya dia diarah supaya percaya dia tidak akan berjaya. Bagi membantu seseorang itu belajar, sebagai guru mereka perlu tahu pelajar itu sendiri, sifat, keperluan serta latar

Page 57: Rawatan ADHD

belakangnya. Mereka perlu mempertimbangkan bagaimana membantu pelajar menangani situasi yang dihadapinya, merangsangnya supaya terus belajar, mempermudahkan proses pem-belajarannya dan menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajari. Ada antara kanak-kanak ini boleh berjaya di sekolah dan dalam hidup jika minat mereka dirangsang dan mereka diberikan peluang. Mereka boleh dipimpin supaya menguasai banyak perkara abstrak yang mudah. Perbendaharaan kata yang mudah harus digunakan, bahan bacaan mesti ditulis berkaitan kepentingan hidup, serta pengajaran am dan kadar pembelajaran mestilah dilambatkan. Dengan itu barulah mereka boleh menerima faedah yang banyak dan menjadi pelajar yang berjaya. Sebahagian daripada kegagalan mereka yang bermasalah pembelajaran dikaitkan oleh segolongan pendidik tidak berwibawa yang menempatkan kanak-kanak ini ke dalam situasi di mana mereka tidak boleh berjaya dan kemudiannya tidak membuat sesuatu bagi menolong penyesuaian mereka. Kanak-kanak ini memerlukan semua bantuan psikologi yang boleh diberikan kepada mereka. Penulis pernah melawat sebuah kelas bermasalah pembelajaran yang menggunakan sebuah bilik darjah yang biasanya diberi nama 4B. Walau pun peringkat akademik ahli-ahli dalam kumpulan ini bukan seperti kanak-kanak darjah empat, tetapi oleh kerana umur mereka dimasukkan ke darjah ini. Pada hari itu, nama darjah mereka diubah kepada 2B. Kanak-kanak ini membantah kerana mereka sangat bangga berada dalam darjah 4B. Mereka berasa marah kerana kehilangan martabat di kalangan rakan-rakan sekolah akibat pertukaran tersebut. Penetapan status darjah berdasarkan pencapaian adalah hak bagi kumpulan ini. Mereka patut diberi sesuatu yang positif dan merangsangkan oleh pihak sekolah. Mereka berhak mendapat status yang sepatutnya yang akan mengembangkan sikap ke arah pencapaian yang lebih membanggakan. Meletakkan tanda 4B, mereka seolah-olah sudah mencapai suatu corak hidup pelajar yang memuaskan.Walau pun kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan antara 55 hingga 70, namun mereka boleh bergerak balas kepada teknik yang sudah diubah suai dalam latihan yang baik penyusunannya serta yang mempunyai kakitangan yang bijak. Kumpulan yang rendah hanya boleh bergerak balas kepada rangsangan bagi keperluan asasnya untuk hidup. Kebiasaannya, ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar pada tingkah laku emosi anak-anak. Ada antara ibu bapa sentiasa memaksa anak-anak mereka dari sejak lahir hinggalah seterusnya. Sebenarnya masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam masa tahun-tahun awal seorang kanak-kanak, ia mungkin tidak berjaya dalam kerja sekolahnya ataupun menunjukkan kecerdasan otak dalam perhubungan di rumah atau di tempat-tempat lain. Ibu bapa kerap kali percaya kerencatan itu adalah disebabkan oleh perkembangan yang lambat dan akhirnya akan dapat diperbetulkan. Selepas kanak-kanak mencapai umur belasan tahun, ibu bapanya tidak lagi boleh menyalahkan proses perkembangan sebagai penyebab kerencatan. Selepas itu, dengan tidak mengira bagaimana hampanya perasaan ibu bapa, kanak-kanak ini menjadi korban sikap ini terhadapnya. Bimbingan Kefahaman mengenai kanak-kanak adalah asas kepada sebarang pertolongan atau bimbingan yang mungkin diberikan kepada mereka. Kanak-kanak ini sedang maju ke hadapan dan perlu mempunyai jalan yang disediakan untuknya. Dia mesti dapat memahami nilainya dan mengenal pasti rintangan-rintangan serta potensinya. Justeru, semua pihak hendaklah bertanggungjawab membantu kanak-kanak ini menuju ke sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Bimbingan ialah sebarang bentuk bantuan atau pertolongan yang direka bentuk dengan betul bagi membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitannya.

Page 58: Rawatan ADHD

Sudah menjadi tugas ibu bapa dan guru menyelesaikan masalah pembelajaran mereka ini. Antara keadaan yang merungsingkan kanak-kanak ini adalah kegiatan masa lapang, sikap terhadap orang lain, sikap orang lain kepada mereka, peringkat rasa selamat serta darjah kejayaan di sekolah. Penutup Proses pembelajaran adalah suatu aktiviti yang kompleks kerana banyak perkara sebenarnya berlaku serentak pada masa yang sama. Sewaktu sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dikendalikan, terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh kanak-kanak bagi memastikan mereka menguasai apa yang diajar guru. Proses tindan-tindih begini tidak dapat dilakukan secara maksimum oleh sistem neurologi seperti yang diharapkan. Walau bagaimanapun, pembelajaran boleh dimudahkan dengan wujudnya keadaan seperti berikut: Terdapat objektif yang jelas dan berpotensi dicapai. Pelajar mempunyai motivasi untuk belajar. Pelajar disediakan dengan tugasan pembelajaran yang sesuai yang memberi mereka peluang mengamalkan tingkah laku yang diperlukan. Apabila pembelajaran berlaku, pelajar mendapat peluang mengamalkan tugas yang lebih sukar yang mendorongnya supaya belajar lebih lanjut. Pelajar diberitahu mengenai kemajuannya dan dibantu supaya mencapai objektif yang dimahukan. Terdapat peluang belajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya. Apabila pelajar mengamalkan tingkah laku yang diperlukan di tempat di mana dia boleh menggunakannya, pelajar diberi maklum balas mengenai kemajuan pembelajarannya.

Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar, Mohd. Sharani Ahmad

Kecacatan Ciri-ciri Khusus

Page 59: Rawatan ADHD

Autisme

Perlakuan yang bongkak Ketawa dengan tiba-tiba Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap. Tidak mengenali bahaya. Tidak merasai kesakitan. Menangis dan marah tanpa sebab. Permainan yang luar biasa. Tidak mahu didakap. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain. Berkelakuan seperti orang pekak. Tiada perhubungan mata bila bercakap. Memutar barang. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal. Tingkahlaku aktif keterlaluan. Tidak mahu terima pelajaran biasa. Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.

Takut dan cemburu berlebihan.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung

terjelir. Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan

terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

Bentuk muka yang kecil. Bahagian kepala leper. Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak

tangan satu melintang. Majoriti berambut lurus dan lembut. Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol. Berbadan gembal dan rendak. Badan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan gembira. Dapat bergaul dengan baik. IQ di antara 30 hingga 80.

Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Sindrom Down

Kecacatan Ciri-ciri Khusus

Cacat Akal Ringan

1. Adiot Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron

Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

Page 60: Rawatan ADHD

Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan Kesukaran ketika makan dan selalu muntah. Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu

mengeluarkannya. Air liur yang meleleh tanpa kawalan. Sukar bernafas. Sukar tidur dan terjaga waktu malam. Selalu menangis. Sukar bercakap dan memahami orang lain. Suara terlalu lembut, mengau atau sengau. Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak

balas terhadap bunyi. Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan

sentuhan. Tidur yang berlebihan.

Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Cacat Akal Berat

Kecacatan Ciri-ciri Khusus

Hyperaktif

Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan. Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan

cahaya, bunyi dan warna. Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja

yang dilakukan. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan Murang dan menyendiri. Aktiviti fizikal yang pasif. Tiada respond pada persekitaran. Suka termenung. Tidak suka bergaul atau berinteraksi. Menundukkan muka bila nama dipanggil. Suka bermain sendirian.

Suka berkhayal.

Hypoaktif

Kecacatan Ciri-ciri Khusus

Spastik Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.

Tidak mencapai objek yang ditunjukkan. Tidak berupaya mengangkut badan. Tidak berupaya berpijak atau berdiri.

Page 61: Rawatan ADHD

Tidak berupaya memegang objek.

Tidak berupaya mengurus diri.

Ciri-ciri Khusus Kecacatan Kebolehan yang luar biasa. Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah

kelakuan dan emosi. pergaulan dengan kanak-kanak lain. Perkembangan bahasa yang lambat. Perbendaharaan kata yang kemas. Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar. Kemukakan soalan yang bertalu-talu. Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.

Suka mencari helah.

Pintar Cerdas

Disleksia: Pengesanan awal dapat bantu pelajar lembam06-11-2007 10:54:14 AM

  

WALAUPUN Muhammad Haikal Noor Hammad, kelihatan seperti remaja lain tetapi dari aspek membaca, menulis serta mengira, beliau dikategorikan sebagai pelajar lembam.

Page 62: Rawatan ADHD

Pelajar berumur 16 tahun ini ketinggalan dari segi akademik disebabkan gagal mengikuti pelajaran yang diajar di sekolah dengan sepenuhnya.

Masalah "lembam" menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana pelajar yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah disebabkan beberapa faktor.

Antaranya ialah faktor intelektual, persekitaran serta punca disebabkan penyakit autisme, disleksia dan Sindrom Down.

Kementerian Pelajaran mengambil berat terhadap pendidikan golongan ini dan telah menubuhkan Jabatan Pendidikan Khas untuk mengendalikan sepenuhnya program berkenaan masalah itu.

PENGUASAAN ASASTimbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas, Azizah Abdul Gani, berkata murid yang bermasalah pembelajaran terutama penguasaan asas menulis, membaca dan mengira (3M) akan dikenalpasti oleh guru seawal tiga bulan pertama sesi persekolahan di tahun satu.

Di peringkat sekolah rendah, murid yang bermasalah penguasaan 3M akan dikenalpasti oleh guru kelas atau guru mata pelajaran. Mereka akan dicalonkan kepada guru pemulihan khas untuk menjalani ujian saringan bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik secara menyeluruh.

"Pengesanan awal membantu murid ini memdapatkan program pemulihan khas," katanya.

Menurut Azizah, ibu bapa sewajarnya mengawasi perkembangan dan pertumbuhan anak mereka sejak dari lahir untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang "tanda-tanda kecurigaan" pada diri anak.

Intervensi awal penting bagi meminimumkan kesukaran yang bakal dihadapi oleh anak yang mungkin menghadapi masalah itu, kata beliau.

KECACATAN SERIUSKecacatan serius seperti masalah penglihatan, terencat akal dan kecacatan fizikal yang mengakibatkan ketidakupayaan fizikal biasanya mudah dikenalpasti.

Tapi ada anak-anak yang mengalami masalah yang sukar dikenalpasti kerana keadaan fizikal mereka kelihatan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab dibandingkan dengan kanakkanak sebaya lain itu  satu perkara biasa apabila kanak-kanak itu

Page 63: Rawatan ADHD

lambat menguasai sesuatu kemahiran.

"Pemikiran dan anggapan ini mungkin menyebabkan ibu bapa tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh si anak malah ada yang melepaskan tanggungjawab kepada guru sepenuhnya kerana faktor kesibukan dan status sosio-ekonomi yang rendah," kata Azizah.

Menurut Azizah masalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun.

Juga bagi keskes seperti Sindrom Down, hiperaktif, terencat akal, disleksia, disgrafia dan diskakulia.

RAWATAN, BIMBINGAN"Kanakkanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka," katanya.

Kata beliau lagi, kanak-kanak bermasalah pelajaran ini bukanlah bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah.

Situasi ini juga bukan berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran.

Sebenarnya kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat.

"Jangan sekali-kali melabelkan mereka sebagai bodoh, selagi kanakkanak itu normal, mereka tetap boleh diajar," katanya.

GURU PENDIDIKAN KHASMenurut Azizah, guru pemulihan khas adalah terlatih dan berkemahiran untuk mengesan murid bermasalah pembelajaran.

"Guru di kelas pemulihan khas memang guru yang dilatih di maktab termasuk Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia," katanya.

Walaupun terdapat kelas pemulihan khas dan pendidikan khas untuk pelajar bermasalah namun masih menjadi persoalan ialah ke manakah hala tuju mereka selepas melalui proses pembelajaran di peringkat sekolah menengah.

Kelas pendidikan khas di sekolah menengah menerima mereka yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun seperti yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Selangor (SMK Bandar

Page 64: Rawatan ADHD

Sunway).

Penyelaras Pendidikan Khas SMK Bandar Sunway, Juairiah Johari, berkata di sekolah itu terdapat program `Generating Opportunity Learning Disablity' (GOLD) iaitu pelajar dilatih supaya dapat menguruskan diri seperti mengemas bilik tidur serta dibimbing dengan kemahiran-kemahiran tertentu yang membolehkan mereka menceburi alam kerjaya kelak.

Kemahirankemahiran itu termasuklah kemahiran menggunting rambut, memasak, membuat cenderamata dari bahan seramik dan membuat kertas daripada kertas terpakai.

"Di sini pelajar dilatih menjalani kehidupan normal supaya mereka akan tahu bahawa dalam hidup ini perlu ada duit walaupun mereka bermasalah pembelajaran," katanya.

Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway Datuk Zakaria Hashim berkata mendidik anak-anak bermasalah pembelajaran (anak istimewa) merupakan satu tahap yang luar biasa kerana perlu melayan karenah anak yang banyak ragam.

"Ini adalah satu cabaran dan kita perlu gigih mendidik mereka," katanya.

Beliau juga mempunyai seorang anak yang mengalami masalah pembelajaran sejak kecil lagi, Yahya Hilmi, 19, yang menghidapi penyakit Sindrom Down.

Kini Yahya ditempatkan di kelas pendidikan khas SMK Bandar Sunway yang boleh melatih beliau berdikari.

KAJIANSetiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berkata satu kajian perlu diadakan untuk melihat keperluan sebenar pelajar bermasalah pembelajaran bagi membantu mereka supaya dapat berdikari.

KPPK menyarankan kerajaan supaya melihat semula kaedah pembelajaran anakanak bermasalah pembelajaran memberi peluang untuk melatih mereka memperoleh kemahiran dalam pekerjaan.

"Kerajaan sudah awalawal membuat laluan untuk mereka membina kerjayanya dalam pasaran kerja dengan menyediakan kelas pemulihan dan pendidikan khas," katanya.BERNAMA

Page 65: Rawatan ADHD

PROFIL PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH   PEMBELAJARAN Ogos 6, 2007

Posted by hildaain in Profil. add a comment

Page 66: Rawatan ADHD

Disediakan oleh NORESAH BT MOHD SAPIN (SK SG TINGGI) dan RAZIAH BINTI MAT ALI (SK SERI AMAN), AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah sebagaimana yang dilaksanakan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ialah untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perkembangan ini merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan nilai-nilai sosial . (KBSR, 1981) .

Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama rata bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah . Bagi mencapai matlamat tersebut, kurikulum ini memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira . (KBSR, 1982).

Disamping itu, penekanan perlu diberi perhatian terhadap perbezaan individu murid kerana setiap murid itu adalah berbeza antara satu sama lain, sama ada dari segi pengalaman, amalan, kecenderungan, tingkah laku, bakat dan kebolehannya. (KBSR, 1982) .

Berdasarkan kepada kenyataan itu, didapati golongan kanak-kanak luar biasa tersebut tidak mampu mengikuti KBSR sepenuhnya kerana mereka mempunyai keupayaan mental dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah . Walau bagaimanapun mereka boleh menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu . Kanak-kanak golongan ini ditakrifkan sebagai ” Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran “.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Definasi kanak-kanak khas ini sebagai :

(”………..anak-anak yang menyimpang anak-anak biasa dari)

1. ciri-ciri mentalnya , 2. kebolehan deria , 3. ciri-ciri fizikal dan kekuatan urat saraf , 4. tingkahlaku sosial dan emosi , 5. keupayaan berkomunikasi , 6. kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-

amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas , bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya . “

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka ;

1. Menguasai kemahiran berkomunikasi . 2. Menguasai kemahiran bergaul . 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam

sekeliling . 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri . 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian . 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif .

Page 67: Rawatan ADHD

7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi . 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni . 10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat penting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada pelajar-pelajar khas tersebut .

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar berkenaan .

Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan pelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :

1. Bidang Komunikasi . 2. Bidang Sosial dan Alam sekitar . 3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari . 4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif . 5. Bidang Nilai dan Kerohanian .

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia