majlis perbandaran klang - · pdf file7.0 borang yang diguna pakai 9 8.0 sumber kuasa 9 9.0...

15
MANUAL MPK BIL : 149 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL: PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KHAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA

Upload: danghanh

Post on 07-Feb-2018

295 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

MANUAL MPK BIL : 149 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL:

PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN

KHAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI OKU 6

4.0 KATEGORI OKU 6-8

5.0 KOD OKU 9

6.0 CARTA BAHAGIAN 9

7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9

8.0 SUMBER KUASA 9

9.0 SKOP KERJA 9

10.0 PROSES KERJA 10

11.0 CARTA ALIR 10

12.0 PENUTUP 11

13.0 LAMPIRAN

13.1 LAMPIRAN I : CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

KEMASYARAKATAN, JABATAN KORPORAT

13.2 LAMPIRAN II : BORANG PERMOHONAN PELEKAT

KENDERAAN KHAS OKU MPK

(BORANG PK OKU)

13.3 LAMPIRAN III : CARTA ALIR PERMOHONAN PELEKAT

KHAS KENDERAAN OKU MPK

11

12

13-14

15

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi

tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar

penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,

berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya

pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Manual Prosuder Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Orang

Kurang Upaya Majlis Perbandaran Klang ini diterbitkan sebagai

panduan kepada seluruh wargakerja MPK agar dapat memastikan

mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui urusan di kaunter

adalah yang terbaik, mesra OKU dan dapat memenuhi kehendak dan

ekspektasi mereka.

Manual Prosedur ini mengandungi maklumat penting berkaitan

perkhidmatan permohonan pelekat khas kenderaan untuk OKU.

Dengan adanya manual ini adalah diharapkan agar ianya dapat

memacu wargakerja MPK kearah memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada pelanggan Golongan Orang Kurang Upaya dan

seterusnya memenuhi agenda kesejahteraan golongan OKU di Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana

dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat

sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis

Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15

Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai

aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini adalah betujuan

sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan tugas dengan

mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini terdiri

daripada :

1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan

2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan

3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK

4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK

5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik

6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian

7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya

8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan

9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan

10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran

11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih

13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU

14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana

Alam Dan Sumbangan Ehsan

15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK

Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan

Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis

Perbandaran Klang yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan tertua di

Malaysia terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang akan

dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan hasrat

dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang di

Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan

pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar

yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan

masyarakat Klang yang gemilang.

Dawari Bin Daud

Pengarah Korporat

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.

1.3 Mengenalpasti tindakan alternatif atau pelan kotengensi supaya tindakan-tindakan penambahbaikan dapat diambil.

1.4 Mengenalpasti kelemahan yang lalu dan membuat penambahbaikan.

1.5 Memastikan tatacara permohonan pelekat kenderaan khas untuk OKU di kawasan Majlis Perbandaran Klang dipatuhi.

1.6 Menjadi rujukan kepada pegawai yang akan melaksanakan tatacara Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian

daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelekat kenderaan Khas untuk OKU yang menggunakan petak letak kereta OKU dan petak letak kereta awam secara percuma di kawasan Majlis Perbandaran Klang dan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Selangor.

2.2 Permohonan mendapat Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk golongan OKU yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang dan borang permohonan (Borang PK OKU) boleh didapati secara percuma di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 6

3.0 DEFINISI OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

4.0 KATEGORI OKU Terdapat 7 kategori OKU yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:-

NO.

KATEGORI

KETERANGAN

I Pendengaran Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang Upaya Pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu:- Minimum 15 -< 30dB ( Kanak-kanak) 20 - < 30dB (orang dewasa) Sederhana 30 - < 60dB Teruk (severe) 60 - <90dB Sangat teruk (profound) ≥90dB

II Penglihatan Kurang Upaya Penglihatan bermaksud tidak dapat

melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:- Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah fixation. Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah fixation.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 7

NO.

KATEGORI

KETERANGAN

III Pertuturan Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

IV Fizikal Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian. Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:

a. Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.

b. Spinal Cord Injury c. Stroke d. Traumatic Brain Injury e. Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤142cm bagi

lelaki dan ≤138 cm bagi wanita f. Cerebral Palsy

Nota: Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 8

NO.

KATEGORI

KETERANGAN

V Masalah Pembelajaran

Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejasklan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).

VI Mental Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. Nota:

a. Klien mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua tahun.

b. Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.

VII Pelbagai

(Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori I hingga VI.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 9

5.0 KOD BAGI KATEGORI OKU

BIL KOD JENIS KETIDAKUPAYAAN

1 DE Pendengaran

2 BL Penglihatan

3 SD Pertuturan

4 PH Fizikal

5 LD Masalah Pembelajaran

6 ME Mental

7 MD Pelbagai

6.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

Carta Organisasi Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat seperti di Lampiran I

7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI

Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU (Borang PK OKU) seperti di Lampiran II.

8.0 SUMBER KUASA

8.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) ii. Akta Orang Kurang Upaya 2008 iii. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak

Kereta ) (MPK) 2007 iv. Pekeliling /Arahan daripada Yang Dipertua/Setiausaha

9.0 SKOP KERJA

9.1 Penerimaan 9.2 Proses 9.3 Penyerahan

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 10

10.0 PROSES KERJA

10.1 Penerimaan

10.1.1 Pemohon memohon dengan mengisi borang

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK dengan menunjukkan dokumen berkaitan seperti salinan Kad Pengenalan Diri, Kad OKU,Lesen Memandu,Geran Kenderaan dan sekeping gambar ukuran passport berwarna kepada Pegawai.

10.1.2 Pemohon mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) Majlis Perbandaran Klang.

10.2 Proses

10.2.1 Pemohon mengemukakan borang yang telah siap diisi berserta dokumen yang berkaitan kepada Pegawai untuk disemak.

10.2.2 Pegawai mengemukakan borang telah disemak kepada Yang Dipertua/Pengarah/Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat tandatangan kelulusan.

10.2.3 Pegawai merekod butiran permohonan dalam pangkalan data pelekat kenderaan khas OKU MPK.

10.3 Penyerahan 10.3.1 Pegawai menyerahkan pelekat kenderaan Khas untuk

OKU kepada pemohon dan menerangkan syarat-syarat

penggunaan pelekat kenderaan OKU MPK.

10.3.2 Pemohon melekat pelekat kenderaan khas OKU pada

kenderaan mereka.

11.0 CARTA ALIR

Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis

Perbandaran Klang seperti di Lampiran III.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 11

12.0 PENUTUP Penggunaan pelekat khas ini akan memudahkan golongan OKU

menjalani kehidupan seharian terutamanya yang berkaitan dengan

masalah tempat letak kereta OKU yang sering disalahgunakan orang

awam. Sehubungan itu, penggunaan Pelekat Kenderaan Khas untuk

OKU merupakan keistimewaan kepada golongan OKU untuk

membolehkan mereka menggunakan petak letak kereta OKU dan

petak letak kereta awam secara percuma di seluruh Pihak Berkuasa

Tempatan Selangor serta digunakan secara seragam oleh semua OKU

di Negeri Selangor.

13.0 LAMPIRAN

Lampiran I : Carta Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat Lampiran II : Borang Permohonan Pelekat Kenderaan OKU

(Borang PK OKU)

Lampiran III : Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 12

Lampiran I

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 13

Lampiran II

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 14

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0 SKOP KERJA 9 10.0 PROSES KERJA 10 11.0 ... Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 15

Lampiran III

Carta Alir : Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang

Pemohon membuat permohonan melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan,Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang Pemohon mengisi dan melengkapkan borang permohonan dengan menyertakan dokumen sokongan berkaitan dengan permohonannya . Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyemak butiran pada borang dan dokumen Berkenaan yang disertakan. Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyerahkan borang yang lengkap dan telah disemak kepada Yang Dipertua / Pengarah/ Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat kelulusan. Pegawai akan merekod butiran pemohon dalam pangkalan data Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU.

Pemohon mendapatkan pelekat kenderaan OKU daripada Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK

Pemohon melekatkan pelekat kenderaan OKU pada kereta mereka

MULA

Lekatkan Pelekat

Kenderaan OKU pada

kenderaan

Dapatkan Pelekat

Kenderaan OKU

Masukkan Butiran

Pemohon Dalam

Pangkalan Data

Semakan Borang

Borang Permohonan

Pelekat Kenderaan

Isi dan Lengkap

Borang Permohonan

Pelekat Kenderaan

Permohonan

TAMAT

Kelulusan

YDP/Pengarah/

Pegawai Tadbir/Pen.

Peg. Tadbir