mengurangkan masalah tingkah laku negatif · pdf file151 mengurangkan masalah tingkah laku...

160
151 MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF MURID SINDROM DOWN DAN ADHD MENGGUNAKAN KAEDAH POKOK GANJARAN Oleh : MUHAMMAD TARMIDZI BIN SAZALI Jabatan Pendidikan Khas ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu sikap murid yang suka bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini telah dijalankan ke atas tiga orang murid yang mempunyai ciri-ciri Sindrom Down dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dari Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah sekitar Selangor. Saya telah menggunakan pendekatan pokok ganjaran melalui penggunaan token bagi mengurangkan tingkah laku negatif subjek kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian supaya dapat meningkatkan motivasi murid untuk melibatkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan kaedah ini, saya telah menggunakan Model Stephen Kemmis sebagai panduan bagi pelaksanaan kajian tindakan ini. Pemberian token bintang senyum diaplikasikan kepada subjek kajian apabila mereka mempamerkan tingkah laku positif manakala penarikan token secara serta merta dilaksanakan apabila mereka menunjukkan tingkah laku negatif. Subjek kajian akan meletakkan kad buah epal yang mempunyai nama masing-masing berdasarkan bilangan token yang mereka perolehi di atas pokok ganjaran. Nama murid di atas pokok ganjaran terbanyak akan memperolehi ganjaran pada setiap hari terakhir minggu persekolahan. Konklusinya, masalah tingkah laku ‘suka bergerak sesuka hati semasa sesi pembelajaran’ yang ditunjukkan oleh subjek kajian telah dapat dikurangkan dengan penggunaan pokok ganjaran. Impak daripada perubahan positif ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirangcang serta objektif pembelajaran juga tercapai. Kata Kunci : Masalah Tingkah Laku Negatif, dan Pokok Ganjaran 1.0 PENDAHULUAN Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa bagi murid-murid pendidikan khas. Namun, kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti norma- norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan ciri- ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif yang lemah, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Sepanjang berada di IPG Kampus Ilmu Khas , pengkaji telah melalui tiga fasa praktikum di sekolah yang berlainan. Sekolah pertama yakni fasa pertama praktikum, pengkaji telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Jalan Batu (P), Kuala Lumpur. Fasa kedua pula pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya dan fasa terakhir pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor di mana pengkaji menjalani Internship juga di sekolah tersebut selama sebulan. Di sekolah terakhir, semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, pengkaji telah menghadapi masalah apabila beberapa orang murid di dalam kelas yang diajar sering kali menunjukkan masalah tingkah laku negatif iaitu bergerak sesuka hati ketika di dalam kelas. Setelah menjalankan pemerhatian dan temubual guru-guru serta penolong pembantu murid, pengkaji dapati bahawa murid Sindrom Down dan ADHD ini seringkali menunjukkan tingkah laku negatif bergerak sesuka hati ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid- murid ini suka bergerak untuk mengganggu rakan dan guru tidak kira masa. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Upload: trankhue

Post on 30-Jan-2018

428 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

151

MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF MURID SINDROM DOWN DAN ADHD MENGGUNAKAN KAEDAH POKOK GANJARAN

Oleh :

MUHAMMAD TARMIDZI BIN SAZALI

Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu sikap murid yang suka bergerak sesuka hati semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini telah dijalankan ke atas tiga orang murid yang mempunyai ciri-ciri Sindrom Down dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dari Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah sekitar Selangor. Saya telah menggunakan pendekatan pokok ganjaran melalui penggunaan token bagi mengurangkan tingkah laku negatif subjek kajian. Kaedah ini diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan memberi ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh subjek kajian supaya dapat meningkatkan motivasi murid untuk melibatkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam melaksanakan kaedah ini, saya telah menggunakan Model Stephen Kemmis sebagai panduan bagi pelaksanaan kajian tindakan ini. Pemberian token bintang senyum diaplikasikan kepada subjek kajian apabila mereka mempamerkan tingkah laku positif manakala penarikan token secara serta merta dilaksanakan apabila mereka menunjukkan tingkah laku negatif. Subjek kajian akan meletakkan kad buah epal yang mempunyai nama masing-masing berdasarkan bilangan token yang mereka perolehi di atas pokok ganjaran. Nama murid di atas pokok ganjaran terbanyak akan memperolehi ganjaran pada setiap hari terakhir minggu persekolahan. Konklusinya, masalah tingkah laku ‘suka bergerak sesuka hati semasa sesi pembelajaran’ yang ditunjukkan oleh subjek kajian telah dapat dikurangkan dengan penggunaan pokok ganjaran. Impak daripada perubahan positif ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang dirangcang serta objektif pembelajaran juga tercapai. Kata Kunci : Masalah Tingkah Laku Negatif, dan Pokok Ganjaran 1.0 PENDAHULUAN Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa bagi murid-murid pendidikan khas. Namun, kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan kognitif yang lemah, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

Sepanjang berada di IPG Kampus Ilmu Khas , pengkaji telah melalui tiga fasa praktikum di sekolah yang berlainan. Sekolah pertama yakni fasa pertama praktikum, pengkaji telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Jalan Batu (P), Kuala Lumpur. Fasa kedua pula pengkaji ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya dan fasa terakhir pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor di mana pengkaji menjalani Internship juga di sekolah tersebut selama sebulan. Di sekolah terakhir, semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, pengkaji telah menghadapi masalah apabila beberapa orang murid di dalam kelas yang diajar sering kali menunjukkan masalah tingkah laku negatif iaitu bergerak sesuka hati ketika di dalam kelas.

Setelah menjalankan pemerhatian dan temubual guru-guru serta penolong pembantu murid,

pengkaji dapati bahawa murid Sindrom Down dan ADHD ini seringkali menunjukkan tingkah laku negatif bergerak sesuka hati ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid-murid ini suka bergerak untuk mengganggu rakan dan guru tidak kira masa. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Page 2: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

152

2.0 FOKUS KAJIAN

Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), pemilihan fokus kajian adalah penting supaya tiada fokus yang tidak signifikan atau tidak boleh diselidiki. Kajian ini memberi penekanan terhadap masalah tingkah laku negatif murid Sindrom Down dan ADHD ketika di dalam kelas. Ini kerana murid-murid ini seringkali bergerak dari tempat duduk mereka ketika guru sedang mengajar sert semasa ketiadaan guru.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid Sindrom Down dan ADHD dengan menggunakan kaedah pokok ganjaran. 3.2 Objektif Khusus Berikut adalah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu:

Mengurangkan sikap murid yang suka bergerak sesuka hati semasa guru mengajar melalui penggunaan kaedah pokok ganjaran.

Membentuk tingkah laku positif murid selepas pengurangan tingkah laku suka bergerak sesuka hati dengan penggunaan pokok ganjaran supaya dapat meningkatkan penglibatan murid Sindrom Down dan ADHD dalam proses penggajaran dan pembelajaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji memilih seorang murid Sindrom Down dan ADHD yang mempunyai masalah tingkah laku negatif bergerak sesuka hati untuk dijadikan subjek kajian. Murid yang dipilih adalah murid yang diyakini bermasalah selepas tinjauan awal dibuat seperti pemerhatian dan temu bual. Setelah membuat tinjauan awal ini, pengkaji telah memilih tiga murid lelaki berbangsa Melayu dan Cina sebagai bakal responden pengkaji untuk melaksanakan kajian pengkaji ini. Murid tersebut mempunyai masalah tingkah laku negatif bergerak sesuka hati. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Rajah 3 : Kerangka Pelaksanaan Tindakan

Refleksi

Menilai kaedah yang digunakan

Mengumpul data

Mengumpul dapatan data

Melaksanakan tindakan

(1) kittaran pertama (2) kitaran kedua

Merancang tindakan penggunaan token

Pilih token Merangka peraturan kelas Pilih menu ganjaran Membina pelan tindakan

Mengenalpasti masalahSuka bergerak sesuka hati semasa guru mengajar dan membuat bising

Page 3: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

153

5.1 CARA MENGUMPUL DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN Pemerhatian

Penyelidik telah melaksanakan pemerhatian ke atas subjek kajian semasa subjek kajian mengikuti sesi intervensi pada kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati masalah tingkah laku negatif bergerak sesuka hati ketika di dalam kelas. Melalui kaedah pemerhatian, satu instrumen telah dibina dan digunakan semasa intervensi berlangsung. Instrumen yang telah digunakan ialah borang senarai semak kekerapan. Jadual 1 Jumlah Skor Subjek Kajian Kitaran 1

Tingkah Laku Negatif : Bergerak Sesuka Hati

Kitaran A B C

Kitaran 1 Hari Intervensi Bergerak Sesuka Hati Frekuensi

Selasa 1 7 8 10 25

Rabu 2 8 8 11 27

Selasa 3 5 7 9 21

Rabu 4 6 7 8 21

Jumlah 94

Jadual 2 Jumlah Skor Subjek Kajian Kitaran 2

Tingkah Laku Negatif : Bergerak Sesuka Hati

Kitaran A B C

Kitaran 2 Hari Intervensi Bergerak Sesuka Hati Frekuensi

Selasa 1 4 6 5 15

Rabu 2 5 5 7 17

Selasa 3 3 4 4 11

Rabu 4 2 3 4 9

Jumlah 52

Berdasarkan rajah 2, dapatlah dilihat perbezaan skor terapi doh beraroma sensori selepas

tamatnya intervensi yang berlangsung selama empat minggu. Jumlah skor yang berjaya dicatatkan oleh subjek kajian pada minggu 1 ialah 3 / 12, minggu 2 ialah 6 / 12, minggu 3 ialah 9 / 12 dan minggu 4 ialah 11 / 12. Berdasarkan jumlah skor yang diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran yang berjaya dikuasai oleh subjek kajian. Peningkatan yang berlaku boleh dilihat dari minggu ke minggu. Peningkatan dari minggu 1 ke minggu 2 ialah sebanyak 3 item, minggu 2 ke minggu 3 ialah sebanyak 3 item dan minggu 3 ke minggu 4 ialah sebanyak 2 item.

PemerhatianPra

Kitaran 1(Minggu 1)

Kitaran 1(Minggu 2)

Kitaran 2(Minggu 3)

Kitaran 2(Minggu 4)

PemerhatianPasca

Frekuensi 66 52 42 32 20 14

0

20

40

60

80

Fre

kue

nsi

Tingkah laku Negatif : Bergerak Sesuka Hati

Rajah 2 : Skor Masalah Tingkah Laku Negatif Bergerak Sesuka hati

Page 4: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

154

Berdasarkan Rajah 2, dapat dilihat perbezaan skor penggunaan kaedah pokok ganjaran dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif suka bergerak sesuka hati selepas tamatnya intervensi yang berlangsung selama empat minggu. Jumlah skor yang berjaya dicatatkan oleh subjek kajian pada minggu 1 ialah 52, minggu 2 ialah 42, minggu 3 ialah 32 dan minggu 4 ialah 20. Berdasarkan jumlah skor yang diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pengurangan masalah tingkah laku negated bergerak sesuka hati subjek kajian A, B dan C. Temu Bual

Temu bual yang telah dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah pokok ganjaran kepada subjek kajian setelah empat minggu melakukan intervensi. Temu bual terhadap guru-guru dan penolong pembantu murid. Terdapat beberapa soalan yang akan ditanyakan beberapa soalan dan guru serta penolong pembantu murid. Set-set soalan berkenaan keberkesanan kaedah pokok ganjaran terhadap subjek kajian untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif bergerak sesuka hati ketika di dalam kelas. 5.2 RUMUSAN KAJIAN

Penggunaan kaedah pokok ganjaran yang dijalankan selama empat minggu dengan

pengawasan pengkaji nyata memberikan implikasi yang besar terhadap subjek kajian. Dapatan dan hasil analisis sewaktu melakukan pemerhatian dijalankan mendapati bahawa subjek kajian dapat mengurangkan masalah tingkah laku negatif mereka iaitu bergerak sesuka hati. Oleh itu, dua persoalan kajian iaitu adakah sikap murid yang suka bergerak sesuka hati semasa guru mengajar dapat dikurangkan melalui penggunaan pokok ganjaran? dan adakah tingkah laku positif murid dapat dibentuk selepas tingkah laku suka bergerak sesuka hati dikurangkan dengan penggunaan pokok ganjaran? dapat dijawab dengan baik sekaligus menjayakan pelaksanaan kaedah pokok ganjaran. 5.3 REFLEKSI

Token ekonomi adalah sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap seseorang. Token ekonomi juga digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah struktur semasa rawatan (Miltenberger, 2008). Penggunaan pokok ganjaranadalh salah satu kaedah yang sangat sesuai untuk murid pendidikan khas kerana peneguhan seperti ini dapat memotivasikan diri mereka.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai cadangan pada masa hadapan, kaedah pokok ganjaran ini boleh diubah suai untuk dijadikan sebagai kit pemulihan bagi semua masalah tingkah laku negatif yang lain seperti suka mengganggu rakan, mencerekan rakan dan tidak menyiapkan kerja sekolah namun kaedah yang digunakan hendaklah berlainan dan bersesuaian dengan situasi murid. Selain itu, dengan menambahbaik cara pengumpulan data selain daripada mengambil gambar, pengumpulan data dengan menggunakan rakaman video dapat digunakan sebagai salah satu cara yang sesuai untuk memperoleh data. RUJUKAN Abdul Rahim Marzuki, Amir Omar dan Rosni Abdullah. (2006). Pelaksanaan Program Ekonomi

Page 5: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

155

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK LINGKUNGAN 5-15 DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER DENGAN MENGGUNAKAN “THE NUMBERS SPINNER”

Oleh

NOR HIDAYAH BINTI ISHAK

Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkensanan kaedah penggunaan The Numbers Spinner untuk meningkatkan penguasaan operasi menolak terhadap murid Slow Learner. Kajian ini melibatkan satu subjek kajian. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik dan temu bual. Dapatan tinjauan awal mendapati murid biasanya mengalami masalah dalam membuat pengiraan operasi tolak terutamanya apabila melibatkan nombor dalam lingkungan 5-15. Oleh sebab itu pengkaji telah memperkenalkan kaedah dengan menggunakan The Numbers Spinner kepada urid bagi menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 5-15. Pengkaji telah menggunakan kaedah ujian, analisis dokumen, dan senarai semak. Hasil kajian mendapati subjek kajian menunjukkan peningkatan skor semasa ujian pasca dijalankan iaitu sebanyak 27 % hingga 93 %. Keputusan kajian yang diperoleh membuktikan bahawa dengan menggunakan The Numbers Spinner dapat membantu murid Slow Learner untuk meningkatkan penguasaan bagi kemahiran menolak dalam lingkunga 5-15. Hasil kajian ini, pengkaji mencadangkan pada kajian seterusnya The Numbers Spinner turut digunakan dalam operasi tambah. Kata kunci : kemahiran menolak 1.0 PENDAHULUAN

Penyelidikan yang dijalankan adalah penggunaan kaedah “Spin The Numbers” dengan

menggunakan roda nombor untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran menolak lingkungan 5-15 dikalangan murid slow learner.

Umumnya, bahagian ini menerangkan secara ringkas pengenalan mengenai topik penyelidikan

yang dijalankan, hasil refleksi yang pengkaji peroleh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang telah dijalankan

2.0 FOKUS KAJIAN

Tajuk kajian ini terbahagi kepada beberapa isu tinjauan awal dan analisis tinjauan awal dinyatakan secara terperinci. Pengkaji turut mengemukakan beberapa ciri kaedah yang telah digunakan. Kriteria pemilihan fokus kajian juga telah dinyatakan berkenaan dengan pemilihan tajuk dan tujuan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. 2.1 ISU KAJIAN

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menolak dalam lingkungan 5-15 di kalangan murid “slow learner” menggunakan “The Numbers Spinner” dengan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penguasaan konsep matematik pelajar.

Berdasarkan beberapa masalah yang telah dikesan pengajaran dan pembelajaran, pengkaji

memfokuskan kepada masalah dalam operasi tolak. Pengkaji hanya memfokuskan kepada masalah dalam operasi tolak. Pengkaji mengajar kaedah menggunakan The Numbers Spinner supaya murid boleh mengira dengan betul semasa menghadapi sebarang peperiksaan atau membuat latihan.

Pada kebiasaaannya, murid tidak mengalami masalah yang besar apabila menyelesaikan

operasi tolak dalam lingkungan 1-5. Biasanya murid membuat operasi tolak dengan menggunakan jari dan melukis calit untuk menyelesaikan operasi tolak. Namun demikian, apabila diberikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 5-15, responden kelihatan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan operasi tersebut. Oleh itu pengkaji mempekenalkan intervensi dengan menggunakan The Numbers Spinner untuk membantu responden untuk lebih menguasai dalam operasi tolak.

Page 6: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

156

2.2 TINJAUAN AWAL

Pengkaji menggunakan dua langkah bagi mengenal pasti responden yang memerlukan

intervensi dan inisiatif yang sesuai melalui pelaksanaan kajian tindakan ini. Pengkaji telah menjalani ujian diagnostik dan temu bual.

2.2.1 Analisa Tinjauan Awal Ujian Diagnostik

Jadual 1

keputusan ujian diagnostik

Kemahiran yang diuji

Responden Skor (%)

Mengelaskan objek berdasarkan warna

100

Mengelaskan objek berdasarkan saiz

100

Mengelaskan objek berdasarkan bilangan

100

Memilih nombor berdasarkan bilangan

100

Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek

100

Tertib menaik

100

Tertib menurun

25

Operasi tambah (1-20)

75

Operasi tolak (1-20)

5

Hasil Temubual

Soalan temubual Hasil temubual

Pengkaji: Apakah tahap pencapaian responden dalam kemahiran matematik setakat ini?

Guru Matematik Kelas: Saya baru sahaja memperkenalkan operasi tolak Tidak semua murid mampu menyelesaikan operasi tolak Murid tak mampu menyelesaikan operasi tolak bagi lingkungan 10 keatas.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Semua responden diharapkan dapat mencapai objektif-objektif berikut pada akhir kajian ini.

Page 7: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

157

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menolak lingkungan 5-15 dikalangan murid slow

learner dengan menggunakan “the numbers spinner”.

3.2 Objektif Khusus

Kajian ini memfokuskan kepada beberapa aspek, iaitu:

Menilai keberkesanan penggunaan “The Numbers Spinner” bagi meningkatkan kemahiran responden dalam operasi menolak dalam lingkungan 5-15.

Meningkatkan kecekapan responden dalam operasi menolak dalam lingkungan 5-15.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid pendidikan khas kelas K2. Responden merupakan pelajar di Tahun

2 KSSR. Responden berumur 11 tahun. Responden merupakan seorang pelajar lelaki yang dikategorikan sebagai Slow Learner. Subjek didapati sudah mengenal nombor dengan baik. Subjek juga didapati sudah menguasai operasi tambah dengan baik tetapi mempunyai masalah dalam penguasaan operasi tolak dalam lingkungan 5-15.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Sebelum melaksanakan kitaran kajian 1, pengkaji telah melaksanakan ujian pra sebagai data dan maklumat murid sebelum mereka menjalani intervensi dengan menggunakan “The Numbers Spinner”.Perkara yang telah direkodkan dalam ujian pra ini ialah kemahiran murid menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 5-15. Berbeza dengan ujian diagnostik yang menguji kemahiran yang pelbagai, ujian pra hanya menguji kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 5-15 sahaja.

Oleh itu dalam bahagian pengkaji mengaplikasikan model kajian tindakan yang telah dipelopori

oleh Kurt Lewin (1946). Beliau mencadangkan dalam satu kitaran kajian, sebaik-baiknya mempunyai 4 langkah asas. Langkah tersebut ialah merancang, bertindak, memerhati, dan membuat refleksi.

5.1 Keputusan Kajian

Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra Ujian Pasca

Markah Ujian Pra danPasca (%)

27 93

0

20

40

60

80

100

Markah Ujian Pra dan Pasca (%)

Page 8: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

158

0

5

10

intervensipertama

intervensikedua

Lembaran Kerja kitaran 1

Lembaran Kerjakitaran 1

Analisis Dokumen (Lembaran Kerja)

5.2 Rumusan

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengkaji telah berjaya meningkatkan kemahiran

menolak dalam lingkungan 1-15 terhadap pelajar Slow Learner dengan menjalankan intevensi hasil daripada kajian tindakan ini.

5.3 Refleksi

Secara keseluruhannya, pengkaji tetap gembira dan berpuas hati kerana berjaya

menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada subjek kajian iaitu apabila melihat responden berupaya menyelesaikan operasi menolak dalam lingkungann 5-15 dengan lancar. Murid tidak terlalu bergantung membuat calit untuk mengira. Usaha ini merupakan satu sumbangan yang bermakna kepada pengkaji. Pengkaji percaya setiap murid ada potensi mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memperkembangkan potensi murid mengikut keupyaan dan kebolehan mereka. Sekiranya seorang guru berkebolehan memperkembangkan potensi murid, secara tidak langsung dapat melahirkan murid yang berkemahiran dan lebih berjaya pada masa akan datang.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bahagian ini membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ke

atas kajian yang telah dilaksanakan. Cadangan kajian seterusnya juga dibincangkan dengan penekanan dalam penggunaan kaedah penggunaan The Numbers Spinner dalam meningkatkan kemahiran murid Slow Learner menyelesaikan operasi menolak dalam lingkungan 5-15.

RUJUKAN

Atan Long (1982). “Pedagogi Kaedah Am Mengajar .” Petaling Jaya: Amiza Publising Sdn Bhd. Gagne.R.(1985). The Conditions Of Learning, NewYork : Holt, Rinehart And Winston. Maissner, Harttwig. (1983). How To Proke Relational Understanding. Proc of the seventh Int.

Conference For The Psychology of mathematical education. Israel: Zeukna Corporation.

Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Mok Soon Sang (2009).Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar.Kuala Lumpur :

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Noraini binti Tahir (2005). Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Luncai Publication Sdn Bhd.

Wong Khoon Yoong (1987). Kemahiran Matematik Asas. Berita Matematik. 32. 2-6. Yong, Puchong:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

0

20

intervensi pertamaintervensi kedua

Lembaran kerja kitaran 2

Lembaran kerjakitaran 2

Page 9: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

159

MENGURANGKAN MASALAH PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DALAM

PENULISAN MEKANIS BAHASA MELAYU MURID SLOW LEARNER MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU

Oleh:

NUR AMALINA BINTI MOHD IZHAM

Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu murid Slow Learner melalui kaedah ansur maju. Tinjauan awal mendapati subjek kajian mempunyai masalah dalam penulisan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan subjek kajian mengalami kekeliruan di dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang betul. Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah seorang murid Slow Learner tahun 3. Kajian ini menggunakan alat kajian seperti senarai semak pemerhatian, temu bual, ujian dan analisis dokumen. Intervensi Kitaran 1 berfokus kepada kemahiran menulis huruf besar dan kecil dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu. Intervensi kitaran 2 lebih berfokus kepada kemahiran menulis huruf besar dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti kekerapan kesalahan dan kod penilaian temu bual. Hasil dapatan menunjukkan kaedah ansur maju memberikan kesan positif dari segi pengurangan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan perkataan dan ayat Bahasa Melayu. Cadangan kajian lanjut adalah untuk mengekalkan penggunaan kaedah ansur maju ini bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil dalam petikan pendek. Kata Kunci: Kaedah ansur maju, penulisan mekanis, murid Slow Learner, membetulkan tulisan, huruf kecil dan huruf besar 1.0 PENDAHULUAN

Pengkaji merupakan seorang guru pelatih yang menjalani praktikum fasa ketiga selama 12

minggu di Sekolah Y iaitu sebuah sekolah pendidikan khas yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Pengkaji telah diberi tanggungjawab untuk mengajar murid-murid Kelas Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu. Setelah seminggu mengajar murid-murid di kelas tersebut, pengkaji mendapati salah seorang daripada murid kelas tersebut iaitu Danish (bukan nama sebenar) mempunyai masalah dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang betul dalam menulis perkataan, ayat dan petikan. Selepas itu, pengkaji cuba untuk menyemak buku latihan murid bagi memastikan sama ada masalah ini serius atau tidak. Setelah menyemak buku latihan murid dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, ternyata murid ini mempunyai masalah dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Perkara yang lebih memeranjatkan pengkaji ialah hampir kesemua murid di dalam kelas tersebut mempunyai masalah dalam penggunaan huruf besar dan kecil apabila membuat semakan terhadap buku-buku latihan murid kelas tersebut.

Penekanan utama yang diberikan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang

digubal sebagai penambahbaikan terhadap KBSR dan dilaksanakan bermula pada tahun 2013 kepada murid tahun 3. Matlamat Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Sebagai guru pendidikan khas bidang masalah pembelajaran, guru perlu menggunakan pendekatan dan bahan yang sesuai dengan keupayaan tahap murid semasa pengajaran kemahiran menulis. Perkara ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ruth Salisbury (2008) yang menyatakan bahawa guru pendidikan khas perlu bekerjasama dengan rakan sekerja dan staf sokongan sekolah dalam memastikan bahan pengajaran kemahiran menulis yang sesuai disediakan.

Page 10: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

160

2.0 Fokus Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan bagi membetulkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil subjek kajian kerana subjek kajian sudah pun berada di Tahun 3. Hal ini bertepatan dengan pendapat Mason (1997) yang turut menyatakan bahawa kemahiran menulis terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran perlu diajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai pada tahap yang maksimum. Hal ini juga bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Khas yang telah dirangka oleh Bahagian Pendidikan Khas. Matlamat falsafah ini adalah untuk menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam

penulisan mekanis Bahasa Melayu murid Slow Leaner melalui kaedah ansur maju.

3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan pemahaman penggunaan huruf besar dan huruf kecil Danish dalam ayat mudah.

Mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam menulis perkataan Bahasa Melayu melalui kaedah ansur maju.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian melibatkan seorang murid lelaki Kelas Cemerlang di sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Subjek kajian iaitu Danish telah belajar tentang medium pembelajaran, model, teknik tunjuk cara dan demonstrasi yang merupakan antara pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pernah dialami oleh murid semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Cara Mengumpulkan Data

Pengkaji menjalankan tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu. Antara kaedah yang dijalankan oleh pengkaji ialah analisis dokumen dan ujian diagnostik. Analisis Dokumen

Tujuan tinjauan analisis dokumen ini dilakukan adalah untuk melihat perkembangan subjek kajian bermula dari awal persekolahan hingga ke hari ini. Antara dokumen yang dianalisis ialah Buku Rekod Prestasi atau Kemajuan murid, Kad 001 dan hasil kerja murid melalui buku latihan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik ini dijalankan pagi mengenal pasti di mana kelemahan subjek kajian dalam kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ujian ini meliputi latihan menulis huruf besar dan huruf kecil, menulis semula ayat, menyalin semula pantun dan meletakkan huruf besar pada tempat yang sesuai.

Page 11: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

161

5.2 Analisis Tinjauan Masalah Analisis Dokumen

Berdasarkan hasil tugasan subjek kajian di dalam buku latihan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik didapati bahawa subjek kajian menghadapi masalah dalam penulisan mekanisnya iaitu pengunaan huruf besar dan kecil yang dicampuradukkan.

Rajah 1: Contoh Kesalahan Penulisan Huruf Besar dan Huruf Kecil dalam Buku Latihan Subjek

Kajian. Ujian Diagnostik

Berdasarkan instrumen yang dibina, didapati bahawa subjek kajian mengalami kelemahan dalam menguasai kemahiran penulisan mekanis. Pengkaji telah memberikan tumpuan terhadap masalah penggunaan huruf besar dan kecil yang dihadapi oleh subjek kajian.

Rajah 2: Contoh Kesalahan Mencampur Aduk Huruf Besar dan Huruf Kecil dalam Ujian Diagnostik.

5.3 Tindakan Mengatasi Masalah Kitaran 1 Langkah 1: Membentuk huruf besar dan huruf kecil menggunakan doh tanah liat. Langkah 2: Menyalin semula huruf besar dan huruf kecil secara surihan. Langkah 3: Menulis semula perkataan dan frasa secara surihan. Langkah 4: Menyusun perkatan untuk membentuk ayat lengkap. Langkah 5: Menyalin semula ayat tunggal Langkah 6: Mengimlak ayat tunggal Kitaran 2 Tindakan 1: Menyusun perkatan untuk membentuk ayat lengkap. Tindakan 2: Menyalin semula ayat tunggal Tindakan 3: Mengimlak ayat tunggal

Page 12: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

162

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 3: Graf Perbandingan Kekerapan Kesalahan dalam Penulisan Huruf Besar dan Huruf Kecil

dalam Ujian Pra dan Pos

Berdasarkan graf di atas, terdapat peningkatan yang ketara dalam pengurangan kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan mekanis Bahasa Melayu setelah sesi intervensi selesai dijalankan.

5.5 Rumusan Kajian

Perubahan pertama yang dapat dilihat ialah penggunaan kaedah ansur maju ini telah dapat mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan perkataan Bahasa Melayu. Hal ini telah dibuktikan melalui analisis latihan lembaran kerja yang diberikan kepada subjek kajian dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Ianya juga bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005) yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta kurang melakukan kesilapan.

Pada akhir kitaran kedua, kadar kekerapan kesalahan penulisan huruf besar yang dilakukan

oleh subjek kajian ialah hanya 1 kali bagi latihan mengimlak dan menyalin semula ayat. Manakala, kadar kekerapan kesalahan penulisan huruf kecil yang dilakukan oleh subjek kajian ialah tiada kesalahan dicatatkan bagi latihan mengimlak ayat dan satu kesalahan penulisan huruf kecil dicatatkan bagi latihan menyalin semula ayat. Hal ini dibuktikan melalui hasil dapatan analisis ujian pra dan ujian pos Menurut Stevens et al. (2007, dalam Heritage M, 2008), beliau menyatakan pembelajaran ansur maju ialah gambaran tentang bagaimana murid menjadi lebih mahir dalam satu tempoh masa melalui latihan yang berdisiplin dan prestasi pencapaian dapat ditingkatkan. Hal ini menunjukkan bahawa latihan ansur maju yang dilaksanakan dalam satu tempoh masa yang tertentu dan melibatkan satu siri intervensi tertentu telah dapat meningkatkan prestasi penulisan huruf besar dan huruf kecil subjek kajian. 5.6 Refleksi

Dari segi kekuatan, kaedah yang digunakan menjadikan murid tesebut lebih teliti dan peka terhadap penulisan huruf besar dan huruf kecil sewaktu membuat latihan menulis. Hasil temu bual serta maklum balas daripada subjek kajian berasa seronok kerana dapat melihat tulisannya yang kemas dan menggunakan huruf besar dan huruf yang digunakan pada tempat yang betul dan sesuai. Selain itu, subjek kajian juga menyatakan bahawa kaedah ansur maju yang digunakan sangat membantu beliau untuk membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Hal ini kerana kaedah tersebut bermula dari tahap yang paling mudah dan beransur-ansur menjadi tahap yang sukar. Kekuatan penyelidikan ini juga ialah ianya mudah dijalankan kerana ianya boleh dijalankan pada waktu kelas dan pada masa lapang. Justeru itu, saya mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan intervensi kepadanya.

0

20

40

Ujian Pra Ujian Pos

Kek

erap

an K

esal

ahan

Jenis Ujian

Graf Perbandingan Kekerapan Kesalahan dalam Penulisan Huruf Besar dan Huruf Kecil dalam

Ujian Pra dan Pos

Huruf Besar Huruf kecil

Page 13: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

163

Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah kekangan masa bagi melaksanakan tindakan ini. Faktor kekangan masa merupakan cabaran utama yang perlu ditempuhi kerana banyak lagi urusan lain seperti tugasan praktikum dan internship, aktiviti-aktiviti sekolah dan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran yang lain. Kelemahan yang kedua ialah kekurangan pengalaman dalam penyelidikan tindakan. Ini merupakan penyelidikan pertama yang dijalankan oleh saya. Proses ini sedikit sukar kerana sebelum ini saya tidak pernah menjalankan proses seperti ini. Selain itu, saya juga kekurangan input berkaitan tajuk kajian yang dijalankan kerana di institut tidak terdapat senior-senior atau kursus major Bahasa Melayu.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Setelah kajian yang dijalankan kali ini mencapai objektif, maka pada kajian seterusnya

pengkaji berhasrat untuk menjalankan kajian lain bersama murid yang sama. Pada kajian seterusnya, pengkaji masih akan mengekalkan konsep kaedah pengajaran yang sama iaitu menggunakan kaedah ansur maju. Namun perbezaannya ialah objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Cadangan saya yang pertama ialah meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan kecil dalam petikan pendek. Hal ini berikutan subjek kajian telah berjaya mengatasi masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil sewaktu ujian pencapaian kedua dan ujian pos. Jika saya berpeluang menyambung kajian ini, saya akan meneruskannya dengan kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil dalam petikan pendek bagi melihat keputusan subjek kajian yang seterusnya. Cadangan kajian yang seterusnya ialah dari segi aspek pembentukan huruf. Sewaktu menjalankan sesi intervensi, saya telah memerhatikan bahawa subjek kajian mempunyai penulisan huruf yang kemas tetapi mempunyai sedikit masalah dari segi aspek pembentukan beberapa huruf. Hal ini disebabkan murid slow learner mempunyai masalah dalam mengikut pembentukan huruf yang kebiasaannya digunakan oleh murid normal. RUJUKAN Ahmad Durani Bin Suip (2010). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan

Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), memperbaiki kekemasan tulisan murid Tahun Tiga melalui kaedah penulisan berperingkat, ms 27-36.

Anisah Binti Anuar @ Yong Hui Ming (2010). Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar

Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), membetulkan tulisan huruf ‘k’ dan ‘s’ kecil murid Tahun Tiga menggunakan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh carta huruf dan kaedah unsur maju, ms 37-54.

Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin (2010). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad (2011). Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Page 14: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

164

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF KONSONAN M DAN W DALAM KALANGAN MURID DISLEKSIA DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH MULTISENSORI

Oleh:

Nur Amira Emylia Binti Mohd Nor Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah mengenal huruf konsonan m dan w. Seramai dua orang murid disleksia telah dijadikan subjek kajian. Masa selama hampir sebulan diambil bagi pengumpulan data dan penghasilan laporan. Kajian yang dijalankan berfokus kepada penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pengkaji mengaplikasikan kaedah multisensori dengan menggunakan kad huruf multisensori herba pada kitaran pertama. Selepas kelemahan pada kitaran pertama dikenalpasti, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan kad huruf multisensori herba melalui permainan memancing. Kaedah yang diaplikasikan ialah ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, ujian diagnostik dan temu bual. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan murid dalam penguasaan kemahiran mengenal huruf m dan w melalui kaedah multisensori. Kesimpulannya, kaedah multisensori amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf m dan w dalam kalangan murid disleksia. Kata kunci:Multisensori, disleksia 1.0 PENDAHULUAN

Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras yang perlu diajar oleh semua guru di sekolah

rendah sama ada aliran perdana atau aliran Pendidikan Khas. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan penekanan terhadap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi murid-murid bermasalah pembelajaran.

Kaedah multisensori merupakan kaedah yang sesuai dalam membantu murid bermasalah pembelajaran dalam mengenal huruf vokal. Kaedah ini berkesan dalam membantu perkembangan minda murid bermasalah pembelajaran melalui lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi. Suatu pengajaran yang baik perlu melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria penglihatan dan pendengaran amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria sentuhan dan pergerakan. Kaedah ini dapat membantu guru –guru untuk melaksanakan proses PdP yang menarik dengan merangsang pelbagai deria yang ada pada diri murid melalui bahan bantu mengajar dan aktiviti yang menarik di dalam kelas. 2.0 Fokus Kajian

Kajian ini memberi fokus kepada kaedah multisensori untuk menyelesaikan masalah mengenal huruf m dan w utama yang dihadapi oleh murid-murid disleksia dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada cara yang sesuai dalam menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar, dan aktiviti yang dijalankan bakal menarik minat murid agar berminat untuk belajar seterusnya akan lebih fokus kepada pembelajaran. Keadaan ini perlu dipupuk bagi memastikan murid tidak hilang tumpuan dalam pembelajaran seterusnya mampu mencapai objektif pembelajaran. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif bagi membantu mengatasi masalah ini. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid ini dan berdasarkan sorotan literatur yang diperolehi, pengkaji berpendapat kaedah multisensori dapat membantu pengkaji mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid tadi.

Page 15: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

165

Kaedah multisensori merupakan kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan melalui bahan pengajaran yang merangsang pelbagai deria melalui pembelajaran secara konkrit. Berbanding kaedah tradisional, kaedah multisensori membantu mutid mengenal huruf untuk jangka masa yang panjang. Segala aktiviti yang dijalankan perlulah melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid supaya kesan yang diperoleh dapat memberikan impak yang positif.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif umum

Penggunaan kaedah multisensori untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w dalam kalangan murid disleksia.

3.2 Objektif khusus

Murid dapat meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w dengan menggunakan kad huruf multisensori herba.

Murid dapat mengukuhkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w dengan menggunakan kaedah multisensori melalui terapi permainan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas K3 berumur sekitar 11 tahun yang bersekolah

di sekitar Kuala Lumpur. Kedua-dua murid dikategorikan sebagai disleksia dan berbangsa Melayu. Murid tersebut dikenali sebagai Murid Y dan Murid Z.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi dengan menggunakan beberapa instrumen seperti, ujian pra, ujian pasca, dan pemerhatian berstruktur. Instrumen ini digunakan untuk melihat hasil intervensi yang telah dijalankan ke atas subjek kajian. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah multisensori untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w.

5.1 Cara Mengumpul Data/Maklumat

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah seperti temu bual, ujian diagnostik, dan pemerhatian bersama guru semasa menjalankan tinjauan awal. Pengkaji telah memilih instrumen pengumpulan data ini dengan berasaskan kesesuaian serta keperluan instrumen ini dalam membantu pengkaji menjalankan kajian.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Analisis tinjauan awal ini adalah bertujuan untuk mengukur, melihat dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid kelas K3 masalah disleksia secara lebih mendalam mengenai penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w. Kaedah yang digunakan ialah temu bual, ujian diagnostik dan pemerhatian.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pada peringkat kitaran pertama, pengkaji telah melaksanakan satu intervensi iaitu mengaplikasikan kaedah multisensori dengan menggunakan kad huruf multisensori herba. Pengkaji telah memilih huruf m dan w. Huruf m dan w dibentuk mengikut susunan bunga cengkih dan kayu manis. Subjek kajian diberi peluang menyentuh kad huruf multisensori herba dan menghidu bunga cengkih dan kayu manis yang terdapat pada kad huruf multisensori herba. Pada peringkat kitaran kedua pula, intervensi telah diperbaiki untuk penambahbaikan. Penambahbaikan yang dijalankan oleh pengkaji pada kitaran kedua adalah dengan mengaplikasikan permainan memancing dengan menggunakan kad huruf multisensori herba. Tujuan permainan memancing dijalankan untuk mengukuhkan kemahiran mengenal huruf m dan w dan menambahkan keseronokan semasa intervensi.

Page 16: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

166

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1: Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 1 di atas menunjukkan graf perbandingan antara keputusan ujian pra, ujian pasca 1 dan

ujian pasca 2 bagi murid Y dan murid Z untuk melihat tahap keberkesanan intervensi yang dijalankan pada kitaran 1 dan kitaran 2. Setelah membuat perbandingan antara ketiga-tiga ujian yang dijalankan bagi murid Y dan murid Z, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi skor dan gred pencapaian murid Y dan murid Z.

Secara keseluruhan, terdapat peningkatan yang ketara bagi keputusan pencapaian murid Y dan murid Z bagi ketiga-tiga ujian yang dijalankan. Murid Y hanya memperoleh skor sebanyak 30% pada ujian pra berbanding skor yang diperoleh pada ujian pasca 1 adalah sebanyak 45% menunjukkan peningkatan sebanyak 15% sahaja di mana intervensi pada kitaran pertama kurang berkesan. Pada ujian pasca 2, murid Y memperoleh skor sebanyak 90% berbanding skor yang diperoleh pada ujian pra adalah sebanyak 30% yang menunjukkan peningkatan sebanyak 60% di mana murid berjaya menguasai kemahiran mengenal huruf m dan w dan berjaya mengurangkan kesilapan mendiskriminasikan huruf m dan w setelah intervensi pada kitaran kajian kedua dijalankan. Murid Z hanya memperoleh skor sebanyak 20% pada ujian pra berbanding skor yang diperoleh pada ujian pasca 1 adalah sebanyak 30% menunjukkan peningkatan sebanyak 10% sahaja. Murid Z menunjukkan prestasi yang agak lemah pada ujian pra dan mendapat 20% sahaja tetapi telah menunjukkan peningkatan yang sebanyak 55% kerana berjaya mengenal huruf m dan w lebih banyak daripada sebelum ini dan memperoleh keputusan 75% pada ujian pasca 2 di mana intervensi pada kitaran kajian kedua dijalankan.

Secara kesimpulannya, tahap penguasaan kemahiran mengenal huruf m dan w bagi kedua-

dua subjek kajian adalah baik dan menunjukkan peningkatan. Ini telah membuktikan bahawa intervensi yang dijalankan oleh pengkaji amat berkesan untuk diaplikasikan terutama kepada murid disleksia untuk mengingat bentuk huruf yang seakan sama dengan lebih mudah tanpa perlu menghafal melalui kaedah multisensori yang melibatkan deria sentuhan, deria bau dan deria penglihatan berdasarkan penggunaan kad huruf multisensori herba. Menurut Bleu (1982), kaedah VAKT ini boleh membantu murid untuk lebih mengingati huruf.

0

20

40

60

80

100

Murid Y Murid Z

Mar

kah

(%

)

Subjek kajian

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Ujian Pra

Ujian Pasca 1

Ujian Pasca 2

Page 17: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

167

Pemerhatian Jadual 1

Keputusan pra pemerhatian, pemerhatian kedua dan pemerhatian ketiga bagi Murid Y dan

Murid Z

Item

Murid Y Murid Z

Bilangan

Ya

Bilangan

Ya

P1 P2 P3 P1 P2 P3

1 1 1 1 1 1 1

2 1 1 1 1 1 1

3 0 1 1 0 0 1

4 0 0 1 0 0 0

Jumlah item 2 3 4 2 2 3

Jadual 1 menunjukkan keputusan pra pemerhatian, pemerhatian kedua dan pemerhatian

ketiga mengenai tahap penguasaan huruf m dan w yang telah dikuasai oleh murid Y dan murid Z. Item 1 dan 2 merupakan aspek menunjuk huruf iaitu huruf m dan w. Aspek tersebut memerlukan bantuan guru. Item 3 dan 4 merupakan aspek menunjuk huruf iaitu huruf m dan w tanpa bantuan guru.

Pada pra pemerhatian, murid Y dapat menguasai item 1 dan item 2 iaitu aspek menunjuk huruf m dan w dengan bantuan guru. Pra pemerhatian (P1) telah dijalankan sebelum pengkaji memulakan intervensi. Pada pemerhatian kedua, murid Y menunjukkan peningkatan dengan menguasai tiga item iaitu item 1, item 2 dan item 3. Murid Y berjaya menunjuk huruf m tanpa bantuan guru pada pemerhatian kedua di mana intervensi telah diberikan. Pada pemerhatian ketiga, murid Y menunjukkan peningkatan yang banyak dengan menguasai keempat-empat item yang disediakan dalam borang senarai semak pemerhatian semasa intervensi pada kitaran kedua dijalankan.

Pada pra pemerhatian, murid Z dapat menguasai item 1 dan item 2 iaitu aspek menunjuk

huruf m dan w dengan bantuan guru. Pada pemerhatian kedua, murid Z tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan masih menguasai item 1 dan item 2 sahaja. Pada pemerhatian ketiga, murid Z menunjukkan peningkatan dengan menguasai item 1, item 2 dan item 3 di mana terdapat peningkatan satu item yang dikuasai iaitu aspek menunjuk huruf tanpa bantuan guru.

5.5 Rumusan Kajian

Pengkaji telah mendapati bahawa kajian yang dibuat telah menepati persoalan kajian. Persoalan-persoalan kajian tersebut telah dijawab berdasarkan dapatan data yang diperoleh sepanjang kajian dilaksanakan.

Pengkaji telah menggunakan kaedah multisensori untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf konsonan m dan w dalam kalangan murid masalah disleksia. Pengkaji telah menjalankan intervensi ke atas dua orang subjek kajian. Pengkaji telah mendapati bahawa intervensi yang telah dijalankan dengan menggunakan kaedah multisensori berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf m dan w dalam kalangan murid disleksia. 5.6 Refleksi

Berdasarkan kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menari dapat merangsang murid menjadi lebih aktif dalam pembelajaran. Bahan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria pada satu masa membantu mengukuhkan kefahaman murid dalam topik yang dipelajari.

Selain itu, murid juga lebih fokus dan menjadi melibatkan diri secara aktif di dalam sesi

pembelajaran yang menyeronokan. Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam penguasaan sesuatu kosep asas matapelajaran. Murid lebih berminat dengan

Page 18: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

168

pengajaran yang bersifat lebih interaktif dan melibatkan penggunaan pelbagai deria berbanding pembelajaran secara konvesional yang cuma berasakan kapur dan tulis.

Selain itu, pengkaji telah menghadapi kekangan iaitu kekangan kehadiran murid di mana murid

sering tidak hadir ke kelas terutamanya apabila intervensi dijalankan. Kehadiran murid sedikit sebanyak telah menganggu perancangan masa pengkaji. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Pada masa akan datang, pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Antara cadangan yang boleh dilakukan sebagai penambahbaikan ialah cadangan tambahan masa untuk menjalankan intervensi.

Selain itu, pengkaji merasakan bahawa kaedah yang dipilih bukan sahaja dapat digunakan

kepada murid bermasalah pembelajaran sahaja, malah kaedah ini boleh diperluaskan untuk diguna kepada murid-murid normal terutama murid kelas corot dan murid yang tercicir. Ini kerana murid kelas corot tidak boleh diajar menggunakan kaedah konvesional yang tidak menumpukan kepada penggunaan bahan-bahan kepelbagaian deria, kumpulan murid corot ini lebih gemar untuk belajar melalui sesuatu yang baru dan menyeronokan. Dengan pengaplikasian kaedah ini di kelas-kelas corot, peningkatan pencapaian mereka dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan seterusnya membawa mereka keluar dari kelompok bawahan.

Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu, malah ia juga sesuai digunapakai oleh guru mata pelajaran Sains. Sedikit pengubahsuain kepada kaedah multisensori melalui kad huruf multisensori herba membolehkan murid mendapat manafaat yang sama dan membantu mereka mengukuhkan pemahaman terhadap sesuatu topik. RUJUKAN Bleu. (1982). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor Darul Ehsan:

Penerbitan Multimedia.

Page 19: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

169

MENINGKAT KEMAHIRAN MENGENAL NOMBOR 1 HINGGA 5 MENGGUNAKAN KAEDAH MULTISENSORI BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Oleh:

NUR FARIHAH BINTI KAMARUDDIN Jabatan Pendidikan Khas

Abstrak

Kajian ini merupakan Kajian Tindakan yang dijalankan untuk membantu kemahiran mengenalkan simbol nombor 1 hingga 5 dalam kalangan murid pembelajaran khas supaya dapat menguasai konsep awal nombor dengan mudah. Tinjauan masalah mendapati murid tidak dapat mengenal simbol nombor dengan betul serta sering tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini menggunakan alat kajian seperti ujian, pemerhatian, dan temu bual. Data dianalisis menggunakan ujian dan pemerhatian (senarai semak). Responden kajian terdiri daripada dua orang murid pembelajaran khas dan dua orang sahaja yang diberikan penekanan. Intervensi yang dijalankan adalah apabila murid diberikan satu kaedah yang diberi nama Kotak Multisensori. Kaedah ini boleh membantu murid meningkatkan kemahiran mengenanal nombor seterusnya membolehkan mereka menguasai konsep nombor untuk peringkat yang lebih tinggi. Hasil analisis mendapati bahawa murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal simbol nombor 1 hingga 5. Aplikasi Kaedah Multisensori dapat membantu kemahiran mengenalkan nombor dalam kalangan murid pembelajaran khas.

kata kunci : Kaedah multisensori

1.0 PENDAHULUAN

Pengkaji telah menjalankan praktikum sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu fasa satu di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu dan fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Semenyih 2 dan Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. Tiga sesi praktikum sebelum ini, pengkaji berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Matematik Pendidikan Khas. Hasil pemerhatian terhadap kedua-dua pengajaran ini, pengkaji dapati murid-murid Pendidikan Khas menghadapi masalah dalam mengenal nombor 1 hingga 5. Terdapat juga beberapa subjek kajian yang sukar untuk mengingati nombor walaupun beberapa kali latihan pengulangan diberikan. Murid-murid Pendidikan Khas mempunyai daya tumpuan yang singkat serta pengamatan yang sangat lemah. Oleh yang demikian, pengkaji terfikir bagaimana cara untuk meningkatkan tumpuan semua murid ini di dalam kelas. Melalui pembacaan yang dilakukan, pelbagai kaedah telah dilakukan oleh pengkaji seperti pemberian token dan pujian untuk mengatasi masalah ini. Tidak dinafikan pemberian token dan pujian sangat memberi kesan positif kepada kepada murid bekeperluan Khas namun pengkaji terdapat kaedah lain yang sangat sesuai untuk diaplikasikan terhadap kanak-kanak ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh dua orang subjek bermasalah pembelajaran dalam mempelajari tiga kemahiran Matematik iaitu Kemahiran Menyebut Nombor, Kemahiran Mengenal Nombor dan Kemahiran Menamakan Nombor. Kajian ini dijalankan setelah meneliti analisis pencapaian murid terhadap ketiga-tiga kemahiran ini. Hasil analisis pencapaian murid terhadap kedua-dua orang murid tersebut mempunyai pencapaian yang rendah dalam matapelajaran Matematik bagi ketiga-tiga kemahiran ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif umum

Meningkatkan kemahiran mengingat simbol nombor dalam lingkungan 1 hingga 5 bagi murid-murid Masalah Pembelajaran dengan menggunakan kaedah multisensori.

3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk angka 1 hingga 5 bagi murid masalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah multisensori.

Page 20: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

170

Meningkatkan kemahiran menentukan kedudukan angka 1 hingga 5 bagi murid masalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah multisensori.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan ke atas dua orang subjek kajian bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah masalah pembelajaran tahun satu. Subjek yang telah dipilih adalah subjek A dan subjek B. Subjek A merupakan murid lelaki yang berusia 10 tahun manakala subjek B merupakan subjek yang berusia 12 tahun yang juga merupakan seorang subjek lelaki. Subjek A merupakan murid masalah pembelajaran tahap sederhana manakala subjek B merupakan juga merupakan murid masalah pembelajaran tetapi tahap yang rendah. subjek A mempunyai fizikal yang baik sama seperti murid normal yang lain. Dia juga mempunyai komunikasi yang baik dan tidak mempunyai masalah pertuturan. Dia juga kelihatan berminat untuk belajar dan sentiasa menghadirkan diri ke sekolah. Subjek A mempunyai adik yang juga bersekolah di sekolah yang sama yang juga merupakan murid-murid Pendidikan Khas. Kedua-subjek ini merupakan berbangsa melayu dan beragama islam.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 TindakanTinjauan Masalah

Berdasarkan isu yang dibincangkan, pengkaji telah melaksanakan tinjauan awal untuk mengenal pasti tahap masalah yang dihadapi oleh subjek kajian dalam kemahiran mengenal nombor simbol angka 1 hingga 5. Pengkaji telah menjalankan Ujian Diagnostik bagi mengesan kelemahan serta membuat pemerhatian dan temubual untuk mengukuhkan lagi masalah yang dikesan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji menganalisis tinjauan awal berdasarkan Ujian Diagnostik. Hasil daripada ujian tersebut mendapati bahawa subjek kajian menunjukkan prestasi yang amat lemah dalam mengenal simbol angka 1 hingga 5. Memlalui pemerhatian yang dilakukan semasa Ujian Diagnostik, subjek kajian telah banyak menunjukkan tingkahlaku yang negatif. Subjek kajian seringkali bermain dengan pensil, menggaru kepala serta menganggu rakan semasa menjawab soalan diagnostik.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Tindakan intervensi disusun berdasarkan kepada model kajian yang telah diasaskan oleh Kurt Lewin (1948, dalam Rosinah Edinin,2012). Empat langkah merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi ditekankan dalam model tersebut.

Kitaran 1

Berdasarkan kepada Ujian Diagnostik, pengkaji telah menjalankan Ujian Pra dengan memberi fokus kepada kemahiran mengenal simbol angka 1 hingga 5. Pada peringkat ini, pengkaji telah menjalankan kitaran pertama dalam tempoh tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran. Tempoh yang diperuntukkan untuk bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran ialah selama 45 minit.

Dua kali ujian pencapaian iaitu Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2 telah dilaksanakan oleh pengkaji . Pengkaji telah menetapkan objektif pada kitaran pertama ini untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berdasarkan kepada dapatan hasil data yang dikumpul dan dianalisis daripada ujian pra yang telah dilaksanakan kepada 2 subjek kajian. Perancangan yang sistematik penting untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar. Objektif yang dirancang adalah murid dapat menyebut 2 daripada 5 nombor dengan betul.

Kitaran 2

Bagi kitaran kedua, pengkaji telah merancang kaedah yang sama iaitu kaedah multisensori ditambahbaikan dengan pemberian ganjaran. Penambahbaikan ini sangat penting untuk memastikan subjek benar-benar menguasai kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5 dengan baik. Pemberian ganjaran dilihat merupakan salah satu langkah yang dapat membantu subjek menguasai kemahiran mengenal nombor 1 hingga 5.

Page 21: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

171

Penambahbaikan untuk intervensi yang dijalankan penting bagi menguji keberkesanan kaedah multisensori dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor subjek kajian dalam mengenal nombor 1 hingga 5. Penggunaan ganjaran dalam kitaran kedua dapat membantu meningkatkan keterujaan dan minat subjek dalam menggunakan kaedah multisensori.

5.4 Keputusan Kajian

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati subjek kajian telah menguasai kemhiran mengenal simbol angka 1 hingga 5 dengan baik. Berdasarkan pengumpulan data yang telah dijalankan, pengkaji telah berjaya mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan kaedah multisensori melalui ujian Pra, Ujian Pencapaian 1, Pencapaian 2, Ujian Pasca, dan Pemerhatian.

Rajah 1 : Perbandingan keputusan Ujian Pra dan pasca .

Jadual 1

Dapatan kemahiran menyusun angka nombor

Subjek A Subjek B Kriteria Sesi

Intervensi 1 2 3 4 5 Sesi

Intervensi 1 2 3 4 5

Murid menyusun angka nombor dengan betul

1

0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0

2

/ / 0 0 0 2 / / 0 0 0

3 / / / / / 3 / / / / /

5.5 Rumusan Kajian

Berdasarkan graf di atas, pengkaji dapat melihat peningkatan yang berlaku kepada subjek kajian. Kedua-dua subjek kajian menunjukkan perubahan yang ketara pada pencapaian Ujian Pra dan juga Ujian Pasca. Perbezaan yang dapat dilihat pada kedua-dua ujian ini ialah sebanyak 47% manakala subjek B pula menunjukkan perbezaan sebanyak 60% pada Ujian Pra dan Ujian Pasca. Berdasarkan analisis ini dapat dilihat objektif pengkaji berjaya dicapai. Intervensi yang telah dijalankan oleh pengkaji telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian subjek kajian dalam kemahiran menentukan kedudukan nombor 1 hingga 5. Kemahiran yang diperhatikan oleh pengkaji melalui adalah mengenai kemahiran menyususn nombor 1 hingga 5 dengan betul. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sebelum intervensi dijalankan, pengkaji mendapati subjek tidak berjaya menyusun angka nombor dengan betul kerana mereka tidak dapat mengenal bentuk nombor dengan betul. Keputusan yang dilihat selepas intervensi dijalankan, pengkaji mendapati subjek dapat menyusun angka nombor 1 hingga 5 dengan betul tanpa bantuan pengkaji. Subjek kelihatan yakin

0

20

40

60

80

100

120

Ujian Pra Ujian Pasca

Subjek A

Subjek B

Page 22: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

172

apabila di suruh untuk menyusun angka nombor mengikut turutan yang betul. Subjek juga kelihatan tidak ragu-ragu lagi untuk menyusun angka nombor dengan betul.

5.6 Refleksi Kajian

Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini dijalankan terhadap dua orang murid yang tergolong dalam bermasalah pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan memberikan banyak pengalaman terhadap pengkaji memandangkan ini merupakan kali pertama bagi pengkaji menjalankan kajian seperti ini. Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti oleh pengkaji. Kelebihan dan kelemahan yang dikenalpasti ini sangat berguna kepada pengkaji supaya pernambahbaikan dapat dilakukan pada masa hadapan. Pengalaman yang dilalui oleh pengkaji juga akan dapat diaplikasikan pada masa hadapan apabila bergelar seorang guru.

Antara kekuatan yang dikenalpasti sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini ialah dapat menjana pemikiran yang sistematik terhadap diri pengkaji iaitu dengan proses merancang, tindakan, pemantauan dan refleksi. Kajian ini memberikan ruang kepada pengkaji untuk menggilap kreativiti dalam menyelesaikan permasalahan semasa melaksanakan kajian. Pengkaji juga menjadi kreatif kerana mereka perlu merancang intervensi yang kreatif dan sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Ini juga penting supaya penglibatan subjek secara aktif dapat diwujudkan semasa intervensi dijalankan.

Setiap kitaran yang dijalankan mempunyai kelemahan tersendiri. Antara kelemahan yang saya hadapi ialah kehadiran murid yang tidak konsisten. Subjek A mempunyai tabiat tidak hadir ke sekolah. Ini memberikan kesukaran kepada pengkaji untuk menjalankan intervensi kerana terdapat waktu yang telah dirancang oleh pengkaji, murid tidak hadir. Ini akan menganggu kelancaran intervensi selain pengkaji perlu mencari waktu lain untuk memastikan intervensi itu dijalankan. Pengkaji akan menggunakan masa guru lain untuk menjalankan intervensi jika mendapati murid tersebut datang ke sekolah supaya dapat menggantikan masa yang subjek tersebut tidak hadir.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Pengkaji mencadangkan agar pengkaji seterusnya dapat meneruskan kajian ini dan menambahbaikkan bahan bantu mengajar yang digunakan. Pengkaji mencadangkan agar kertas pasir yang digunakan dipelbagaikan warnanya agar dapat menarik perhatian dan penglibatan subjek dalam menjalankan intervensi.

Aspek seterusnya yang masih boleh diberikan penambahbaikkan ialah dari segi kaedah pengumpulan data. Pengkaji mencadangkan kepada pengkaji seterusnya agar menggunakan kaedah rakaman video bagi membuktika lagi perjalanan sesi intervensi yang telah pun dijalankan. selain itu, melalui rakaman video, keberkesanan sesi intervensi dapat dibuktikan. Bukti ini juga adalah tahan lama dan boleh dirujuk semula pada bila-bila masa memandangkan boleh disimpan dalam komputer.

RUJUKAN

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor : Penerbit Multimedia Sdn. Bhd

Idris Mohd Radzi & Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim, Perak : Penerbit Watan Sdn.Bhd

Page 23: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

173

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 MENGGUNAKAN KAEDAH LOMPATAN PUZZLE NOMBOR BERWARNA BAGI MURID SLOW LEARNER

Oleh:

NURUL HIDAYAH BINTI IBRAHIM & MASITAH BINTI TAIB (PhD)

Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna bagi murid slow learner. Kajian ini melibatkan 2 orang murid slow learner di salah sebuah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang terletak di Kuala Lumpur. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan tinjauan awal menunjukkan kedua-dua subjek kajian mempunyai kelemahan dalam kemahiran menambah lingkungan 10. Oleh yang demikian, kajian ini berfokuskan kepada kaedah lompatan puzzle nombor berwarna untuk meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual. Keputusan ujian pra yang diperolehi oleh kedua-dua subjek kajian tidak memuaskan kerana S1 mendapat 30% manakala S2 pula mendapat 20% yang berada pada tahap gagal. Pengkaji telah melaksanakan dua kitaran untuk kajian ini dan berdasarkan keputusan ujian pasca yang telah dijalankan, S1 dan S2 telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan memperoleh 90% dan 80% dalam ujian pasca ini. Kedua-dua subjek kajian juga telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pencapaian 1 dan ujian pencapaian 2, yakni S1 telah mendapat peratusan markah 50% untuk ujian pencapaian 1 dan 80% untuk ujian pencapaian 2. S2 pula mencatatkan peratusan markah 50% untuk ujian pencapaian 1 dan 70% bagi ujian pencapaian 2. Dapatan bagi kaedah pemerhatian dan temu bual juga membuktikan bahawa kedua-dua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran menambah lingkungan 10 menggunakan kaedah ini. Dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa penggunaan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna dapat meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 bagi murid slow learner. Kata kunci: Kemahiran menambah, lompatan, puzzle nombor berwarna, slow learner. 1.0 PENDAHULUAN

Jamalia K. A. Mohamed (2005) menegaskan bahawa Pendidikan Khas adalah pengajaran

yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Melalui pengalaman pengkaji dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu sesi praktikum yang lalu, pengkaji sering berhadapan dengan masalah murid yang tidak mahir dalam operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi mata pelajaran Matematik. Pada kebiasaannya, pengkaji akan memberikan lembaran kerja kepada murid-murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir bagi mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap sesebuah topik pembelajaran. Apabila pengkaji mengedarkan lembaran kerja bagi mata pelajaran Matematik yang berkaitan dengan operasi tambah dalam lingkungan 10 kepada murid-murid, pengkaji mendapati bahawa murid-murid slow learner tidak mahir membuat pengiraan operasi tambah tersebut. Selain itu, murid slow learner ini lambat ketika memberikan jawapan bagi soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dan gemar meniru jawapan rakan yang duduk di sebelah mereka walaupun jawapan itu salah.

Kesimpulannya, pengkaji berharap agar kaedah yang dipilih iaitu kaedah lompatan puzzle nombor berwarna dapat membantu meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 bagi murid slow learner. Melalui kaedah ini juga, pengkaji berharap agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas Matematik ini dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan seharian mereka. 2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji mendapati murid-murid slow learner masih lagi lemah untuk menambah dalam lingkungan 10. Kajian ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna bagi murid slow learner.

Page 24: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

174

Masalah ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana akan menyukarkan murid-murid slow learner ini untuk menyelesaikan operasi tambah dalam kehidupan seharian seperti urusan jual beli, mengira jumlah barang dan pelbagai aktiviti lagi. Justeru itu, pengkaji merancang untuk melaksanakan kaedah yang sesuai dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 dengan menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna ini. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Kajian ini secara umumnya dijalankan bertujuan untuk membantu murid slow learner meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna.

3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 bagi murid slow learner menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna.

Meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 bagi murid slow learner menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna dalam bentuk permainan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai dua orang murid dari kelas K3 yang berumur 10 tahun telah dijadikan sebagai subjek kajian bagi kajian ini. Kedua-dua orang subjek kajian ini berjantina lelaki dan merupakan murid slow learner di sekolah tersebut. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Model penyelidikan tindakan yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah model penyelidikan yang dipelopori oleh Kurt Lewin (1946). Kurt Lewin menjelaskan kajian tindakan sebagai lingkaran beberapa tahap. Setiap tahap mempunyai beberapa langkah iaitu rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi (Kartini Abdul Mutalib et al., 2012). Kitaran ini akan diulangi untuk membuat penambahbaikan terhadap sesi intervensi pertama sekiranya sesi intervensi tersebut didapati masih tidak efektif.

5.1 Cara Mengumpul Data/ Maklumat

Dalam cara pengumpulan data ini, pengkaji telah memilih tiga jenis kaedah pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual. Ujian yang telah dijalankan ialah ujian pra, ujian pasca, ujian pencapaian 1 dan ujian pencapaian 2. Kaedah ujian dipilih oleh pengkaji kerana kaedah ini dapat menunjukkan perbandingan prestasi subjek kajian sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan. 5.2 Analisis Tinjauan Awal Ujian Diagnostik Jadual1 Markah ujian diagnostik

Bil Kemahiran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5

1 Kemahiran 1 9/10 8/10 9/10 10/10 9/10 2 Kemahiran 2 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5 3 Kemahiran 3 14/15 15/15 15/15 15/15 15/15 4 Kemahiran 4 3/10 3/10 9/10 9/10 10/10

5 Markah Ujian 31/40 31/40 38/40 39/40 39/40

6 Peratusan Markah (%) 78 78 95 98 98

7 Gred Pencapaian B B A A A

Page 25: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

175

Pemerhatian

S1 dan S2 tidak dapat menguasai kemahiran menambah dalam lingkungan 10 dan tidak dapat menguasai kaedah penambahan yang diajarkan oleh guru Matematik mereka di dalam kelas. Justeru, intervensi perlu dijalankan ke atas kedua-dua orang murid ini bagi meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10.

Analisis Dokumen

Sewaktu meneliti buku latihan dan lembaran kerja S1 dan S2, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua subjek kajian ini kerap melakukan kesilapan dalam menambah. Pengkaji turut mendapati bahawa kedua-dua subjek kajian tidak menunjukkan langkah pengiraan yang betul dan hanya mengagak jawapan tersebut. Selain itu, terdapat juga latihan dan lembaran kerja yang diberikan oleh guru Matematik tidak disempurnakan oleh kedua-dua subjek kajian ini.

Temu Bual

Hasil temu bual mendapati bahawa guru Matematik kurang berpuas hati dengan prestasi kedua-dua subjek kajian. Subjek kajian menghadapi masalah untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Subjek kajian juga tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Hasil daripada analisis tinjauan awal masalah telah menunjukkan bahawa kedua-dua subjek kajian tidak dapat menguasai kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna untuk meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Intervensi telah dijalankan sebanyak dua kali bagi setiap kitaran. Intervensi dijalankan dalam dua kitaran di mana penambahbaikan dijalankan pada kitaran kedua. 5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 1 di atas merupakan graf keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua subjek

kajian. Peningkatan pencapaian kedua-dua subjek kajian iaitu S1 dan S2 dalam ujian pra dan ujian pasca ini telah membuktikan bahawa kaedah lompatan puzzle nombor berwarna ini dapat meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 bagi murid slow learner.

0

20

40

60

80

100

S1 S2

Pera

tus

am

Mark

ah

(%

)

Subjek Kajian

Graf Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra

Ujian Pasca

Page 26: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

176

Rajah 2. Graf Keputusan Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2

Rajah 2 di atas adalah graf keputusan kedua-dua subjek kajian dalam ujian pencapaian 1 dan

ujian pencapaian 2. Secara ringkasnya, kedua-dua subjek kajian iaitu S1 dan S2 telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menambah lingkungan 10 berdasarkan dapatan keputusan ujian pencapaian 1 dan ujian pencapaian 2 ini. Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian telah mempamerkan peningkatan yang positif dari segi penglibatan, pencapaian, emosi dan tingkah laku subjek kajian sewaktu pelaksanaan intervensi dengan menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna bagi kemahiran menambah dalam lingkungan 10 ini.

Temu Bual

Hasil transkripsi data temu bual bersama guru mata pelajaran Matematik kelas K3 pada kitaran pertama dan kitaran kedua ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua subjek kajian iaitu S1 dan S2 telah mempamerkan peningkatan dalam kemahiran menambah lingkungan 10 ini dengan menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna. Secara keseluruhannya, kaedah ini sesuai digunakan untuk murid-murid slow learner sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10. 5.5 Rumusan Kajian

Secara keseluruhannya, rumusan dapatan dilakukan berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada ujian pra, ujian pasca, ujian pencapaian 1, ujian pencapaian 2, pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam kajian ini. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan subjek kajian dari segi penguasaan kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Dapatan kajian ini juga telah menjawab kedua-dua persoalan kajian yang terdapat dalam penyelidikan tindakan ini. 5.6 Refleksi

Pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan berdasarkan dapatan dan analisis kajian tindakan menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna ini. Dapatan kajian membuktikan bahawa murid yang belajar melalui pengalaman konkrit dalam situasi-situasi bermain seolah-olah mempunyai asas yang lebih kukuh dalam konsep nombor dan seterusnya membantu mereka dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 seperti yang telah dinyatakan oleh Swan, Marshall, De Jong, Mildenhall dan White (2008). Namun begitu, pengkaji telah dapat mengenal pasti beberapa kelemahan sepanjang proses pelaksanaan kajian ini. Kelemahan-kelemahan tersebut ialah salah seorang subjek kajian yang tidak hadir ke sekolah sewaktu aktiviti intervensi dijalankan, kekangan masa dan pengurusan bilik darjah yang tidak sesuai untuk menjalankan sesi intervensi kerana keadaan bilik darjah yang bercantum dan saiz kelas yang kecil. Keadaan ini telah mengehadkan pergerakan subjek kajian di dalam bilik darjah.

0

20

40

60

80

100

S1 S2

Pera

tus

an

Mark

ah

(%

)

Subjek Kajian

Graf Keputusan Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2

Ujian Pencapaian 1

Ujian Pencapaian 2

Page 27: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

177

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pada kajian yang seterusnya, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Antara cadangan tersebut ialah kaedah lompatan puzzle nombor berwarna dalam bentuk interaktif, dijalankan secara simulasi, penambahan masa permainan menggunakan kaedah ini, meningkatkan kemahiran operasi tolak menggunakan kaedah ini dan meningkatkan kemahiran menambah dalam lingkungan 10 menggunakan kaedah lompatan puzzle nombor berwarna bagi semua golongan murid. RUJUKAN

Jamalia K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham Alang Osman. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Ipoh: Institut Pendidikan Guru KPM Kampus Ipoh.

Swan, P., Marshall, L., De Jong, T., Mildenhall, P., & White, G. (2008). Are manipulatives being used in schools? If so, how? If not, why not? Proceedings of the Australian Association for Reasearh in Education. Fremantle: AARE.

Page 28: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

178

MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF MURID SLOW LEARNER MENGGUNAKAN KAEDAH PENEGUHAN NEGATIF DAN PENEGUHAN POSITIF MELALUI

PERKATAAN ‘BAGUS’ DAN KIT GANJARAN

Oleh :

Nurul Imani binti Abd Halim Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid di dalam sebuah kelas. Kajian ini juga dilakukan terhadap seorang murid slow learner yang mempunyai masalah tingkah laku negatif semasa di dalam bilik darjah. Tingkah laku ini dilihat mengganggu iklim bilik darjah serta mempengaruhi murid lain sekiranya tidak diberikan intervensi. Tinjauan awal telah dibuat menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Dapatan tinjauan awal menunjukkan bahawa murid A mempunyai masalah tingkah laku negatif semasa berada di dalam bilik darjah yang diajar oleh pengkaji. Justeru itu, kajian ini berfokus kepada penggunaan peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui kad perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran. Tingkah laku negatif murid yang telah dikenal pasti diberikan intervensi bagi mengurangkan masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Pengkaji telah mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk menjalankan kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan kaedah penarikan huruf daripada kad perkataan ‘BAGUS’ dan juga pemberian ganjaran dalam kit ganjaran telah menunjukkan perubahan terhadap kekerapan tingkah laku negatif iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan pada lembaran kerja yang ditunjukkan oleh murid A. Oleh yang sedemikian, kaedah ini jelas membuktikan bahawa kaedah peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui kad perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran dapat membantu pengkaji mengurangkan tingkah laku negatif murid A dan secara tidak langsung membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hasil kajian ini, pengkaji mencadangkan supaya pemilihan ganjaran di dalam kit ganjaran ditambah dengan pelbagai jenis peneguh. Kata kunci : Murid slow learner

1.0 PENDAHULUAN

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenal pasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Setelah mengimbas kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa kawalan kelas merupakan masalah utama yang sering dihadapi sehingga menyebabkan terdapat objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai. Di samping itu, pengkaji juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran memandang pengkaji terpaksa berhenti seketika untuk menguruskan tingkah laku yang berbeza-beza yang ditunjukkan oleh murid kelas Iswara. Secara keseluruhannya, setelah membuat pemerhatian awal, pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak tingkah laku negatif murid kelas Iswara yang perlu diuruskan semasa waktu interaksi mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah murid tidak mendengar arahan, tidak menghantar kerja rumah, berbual dengan kawan ataupun bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, mengganggu dan mengejek rakan serta tidak menyiapkan tugasan. Keadaan ini menyebabkan kelas tidak berjalan dengan lancar dan dari segi pengurusan masa juga turut terjejas.

Teori Skinner merupakan teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas (Rosni & Kamarul Azamin, 2005). Oleh itu, Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner ini menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini

Page 29: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

179

dan tidak diingini. Manakala, menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009), Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Di samping itu, model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Oleh yang sedemikian, pengkaji percaya Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner dan juga Model Disiplin Asertif Canter sangat membantu pengkaji untuk meningkatkan motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik murid A untuk mengurangkan tingkah laku negatif iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Setelah membuat tinjauan awal melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen, pengkaji mendapati bahawa tingkah laku negatif iatu mengganggu rakan an tidak menyiapkan kerja rumah adalah masalah utama yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tingkah laku tersebut didapati memberi kesan kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak diberikan intervensi. Di samping itu juga, masalah tingkah laku ini akan menyebabkan persekitaran bilik darjah kurang kondusif dan mengganggu iklim bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, fokus kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif Murid A iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dengan menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif yang melalui kad perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah seperti yang berikut:

3.1 Objektif Umum

Mengurangkan tingkahlaku negatif murid slow learner dengan menggunakan peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui penggunaan kad perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran.

3.2 Objektif Khusus

Mengurangkan masalah tingkah laku negatif iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan dengan menggunakan kaedah peneguhan negatif melalui penarikan huruf dalam perkataan ‘BAGUS’.

Mengurangkan masalah tingkah laku negatif iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan dengan menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif melalui penarikan huruf dalam perkataan ‘BAGUS’ dan pemberian ganjaran dalam kit ganjaran.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid A adalah seorang murid lelaki yang berumur 12 tahun yang mana mempunyai masalah pembelajaran dalam kategori slow learner. Dia merupakan murid berkefungsian tinggi yang boleh menulis, membaca dan mengira.Walaubagaimanapun, murid A mempunyai masalah tingkah laku negatif yang perlu dikurangkan. Pengkaji memilih murid A kerana dia menunjukkan kekerapan tingkah laku negatif yang paling ketara iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan semasa pengkaji sedang menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 30: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

180

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan yang telah dilaksanakan oleh pengkaji adalah seperti yang berikut:

5.1 Cara Mengumpulkan Data

Rajah 1 menunjukkan kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan semasa membuat tinjauan awal.

Rajah 1. Tinjauan awal.

Manakala, semasa intervensi dilaksanakan, pengkaji juga telah menggunakan kaedah yang sama iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual tetapi instrumen yang digunakan adalah berbeza daripada instrumen tinjauan awal.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan kepada analisis pengkaji terhadap laporan jurnal mingguan, pengkaji mendapati bahawa murid kelas Iswara mempunyai masalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang tempoh dua minggu menjalani latihan praktikum. Manakala, melalui temu bual yang telah dijalankan, pengkaji dapat membuat kesimpulan awal bahawa murid A adalah paling mendominasi tingkah laku negatif di dalam kelas Iswara diikuti dengan murid C dan murid B. Analisis data kekerapan tingkah laku di dalam kelas Iswara menyokong analisis jurnal dan temu bual yang membuktikan bahawa tingkah laku tidak menyiapkan tugasan dan mengganggu rakan adalah paling ketara. Kedua-dua tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh murid A.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pengkaji menjalankan dua kitaran intervensi yang melibatkan kaedah peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui penggunaan perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran. Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2008), model Kurt Lewin terdiri daripada empat fasa pelaksanaan di dalam satu kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Rajah 2 dan Rajah 3 menunjukkan pelaksanaan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji.

Page 31: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

181

Rajah 2. Fasa kajian tindakan. Rajah 3. Kitaran 1 dan Kitaran 2.

5.4 Keputusan Kajian

Berikut merupakan keputusan kajian selepas intervensi dilaksanakan:

Pemerhatian

Analisis Dokumen

Rajah 4: Analisis Harian menganggu rakan

Page 32: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

182

Rajah 2: Jumlah kekerapan

Temu bual

Berdasarkan kepada data temu bual juga menunjukkan bahawa berlaku pengurangan dan perubahan terhadap tingkah laku negatif dan tingkah laku positif murid A sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan dengan menggunakan kaedah peneguhan negatif dan peneguhan positif melalui kad perkataan ‘BAGUS’ dan kit ganjaran. Keputusan ini telah menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan adalah berkesan untuk mengurangkan tingkah laku negatif murid A.

5.5 Rumusan Kajian

Persoalan pertama iaitu “adakah tingkah laku negatif iaitu mengganggu rakan dan tidak menyiapkan tugasan pada lembaran kerja dapat dikurangkan dengan peneguhan negatif melalui penarikan huruf dalam perkataan ‘BAGUS’?” yang telah dikemukan oleh pengkaji telah terjawab. Intervensi menggunakan peneguhan negatif melalui penarikan huruf dalam perkataan ‘BAGUS’ ternyata menunjukkan perubahan dalam bilangan kekerapan tingkah laku mengganggu rakan yang ditunjukkan oleh Murid A.

5.6 Refleksi

Sepanjang kajian ini dijalankan, banyak pengalaman yang telah pengkaji lalui terutama dalam mengendalikan tingkah laku murid slow learner semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selepas kajian ini, saya dapat melihat perubahan yang besar pada murid A.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya pada masa akan datang. Antaranya ialah :

i) Mempelbagaikan jenis ganjaran dan peneguhan . ii) Menyediakan kotak aduan

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2008). Buku manual kajian tindakan (Edisi ke-3). Kuala Lumpur, Malaysia: BPPP, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2010). Murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Page 33: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

183

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KONSONAN DALAM KALANGAN MURID ‘SLOW LEARNER’ DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KAEDAH VAKT

Oleh:

QAMARUL AZIZI BIN ABAS Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan. Pengkaji telah memilih seorang murid ‘slow learner’ Sekolah Kebangsaan Polis Depot sebagai subjek kajian. Pengkaji telah mengguna pakai kaedah pelbagai deria VAKT sebagai intervensi di dalam melaksanakan kajian ini. pengkaji telah menjalankan dua kitaran intervensi yang mana setiap satu kitaran mengandungi empat sesi intervensi yang telah dilaksanakan. Setiap satu sesi pula berdurasi selama satu jam. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, pemerhatian melalui senarai semak serta analisis dokumen melalui data lembaran kerja subjek. Data yang telah dikumpulkan telah membuktikan bahawa dengan penggunaan kaedah VAKT, kemahiran menulis huruf konsonan subjek dapat ditingkatkan. Oleh hal yang demikian kaedah pelbagai deria VAKT ini sesuai untuk digunakan oleh para guru dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan di kalangan murid bermasalah ‘slow learner’.

Kata kunci: Kaedah VAKT, Slow Learner, Kemahiran menulis huruf konsonan

1.0 PENDAHULUAN

Semasa menjalani sesi praktikum di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, pengkaji telah menemukan masalah di kalangan murid bermasalah pembelajaran ‘slow learner’ di dalam kemahiran menulis huruf konsonan. Pengkaji mendapati bahawa penulisan huruf konsonan yang ditulis oleh murid ini tidak dapat dibaca serta tidak ditulis dengan baik. Hal ini jelas ditunjukkan di dalam hasil kerja murid.

Pelbagai kaedah, alat bantu mengajar, teori serta teknik yang boleh diguna pakai di dalam mengatasi masalah kemahiran menulis huruf konsonan ini oleh guru bagi meningkatkan kemahiran menulis murid. Pengkaji telah menggunakan teori behavioris pelaziman operan oleh Edward Lee Thorndike serta teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura sebagai panduan.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah mendapati bahawa banyak masalah di dalam kemahiran menulis di kalangan murid ‘slow learner’ pendidikan khas disekolah tersebut. Walau bagaimanapun pengkaji hanya memfokuskan kepada kemahiran menulis huruf konsonan sahaja kerana huruf konsonan banyak diguna pakai di dalam membina sesuatu perkataan. Oleh hal yang demikian pengkaji telah menggunakan kaedah VAKT serta latih tubih sebagai intervensi yang dijalankan di dalam kajian ini.

Pengkaji menjalankan kajian ini supaya subjek dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan subjek bagi memudahkan subjek untuk belajar sambil mengaplikasikan kemahiran menulis di dalam kehidupan seharian subjek.

Page 34: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

184

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf konsonan di kalangan murid bermasalah pembelajaran ‘slow learner’ menggunakan kaedah VAKT.

3.2 Objektif khusus

Subjek dapat menulis huruf konsonan dengan betul menggunakan kaedah VAKT.

Mengurangkan kesalahan di dalam menulis huruf konsonan semasa melakukan tugasan yang diberikan menggunakan kaedah VAKT

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seorang murid bermasalah ‘slow learner’ berumur 10 tahun yang menggunakan silibus KSSR tahun 2 di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Subjek adalah seorang yang berbangsa melayu dan beragama islam yang belajar di dalam program PPKI di sekolah kawasan Kuala Lumpur.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menjalankan dua kitaran bagi mencapai objektif kajian yang telah dijalankan. Pengkaji menggunakan kaedah VAKT di dalam setiap sesi intervensi yang telah dijalankan dengan menggunakan ICT bagi audio dan visual, kad huruf berlubang bagi sentuhan ‘tactile’ dan tanah liat bagi kinestetik. Pengkaji telah menjalankan latihan jenis latih tubi serta peniruan di dalam intervensi yang dijalankan. Pengkaji telah merangka kaedah pengajaran intervensi berpandukan kaedah VAKT tersebut yang mana melibatkan deria-deria yang telah ditetapkan.

5.1 Cara Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan 3 instrumen bagi memperolehi dapatan kajian yang sah. Instrument yang telah dipilih adalah mengikut kesesuaian kajian yang telah dijalankan. Antara instrument yang telah dilaksanakan ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan analisis dokumen lembaran kerja. Tujuan di jalankan adalah supaya bagi menguji keberkesanan intervensi yang telah dijalankan.

Page 35: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

185

5.2 Keputusan Kajian

Ujian Pra Dan Pasca

Jadual 1

Perbandingan dapatan ujian subjek kitaran pertama dan kedua

Bahagian Ujian pra kitaran 1 Ujian pasca kitaran 1 Ujian pasca kitaran 2

Bahagian A 4/11 9/11 11/11

Bahagian B 6/10 7/10 10/10

Peratus 47.6% 76.1% 100%

Di atas adalah jadual dapatan markah bagi ujian pra dan pasca bagi kitaran pertama dan kedua yang diperolehi pada sebelum, semasa dan selepas intervensi telah dijalankan. Dapat dilihat peningkatan markah yang diperolehi oleh subjek menerusi kajian ini. Seterusnya dapatan yang diperolehi ditukarkan kepada bentuk rajah untuk melihat perbandingan secara keseluruhan pada kedua-dua kitaran. Berikut adalah rajah yang dinyatakan.

Rajah 1 Perbandingan hasil peratusan ujian kitaran pertama dan kedua

Jadual dan rajah di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan di dalam kemahiran menulis subjek pada sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan bagi kitaran pertama dan kedua. Sebelum intervensi dijalankan ujian pra telah dilaksanakan dan keputusan yang diperolehi menunjukkan subjek memperolehi 47.6% yang mana menunjukkan kelemahan subjek di dalam kemahiran menulis sebelum intervensi dijalankan. Selepas kitaran pertama dijalankan subjek menunjukkan peningkatan dengan memperolehi 76.1%. Selesai intervensi kitaran kedua subjek menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan dan menepati objektif kajian yang telah ditetapkan dengan mencapai 100% di dalam ujian pasca kitaran kedua tersebut.

Pemerhatian

Hasil dapatan instrument borang senarai semak yang telah diperolehi oleh pengkaji juga menunjukkan peningkatan tingkah laku di dalam kemahiran menulis subjek di antara kitaran pertama dan kedua. Pemerhatian ini dilakukan sepanjang sesi intervensi dan pengajaran dilaksanakan pada kedua-dua kitaran kajian. Melalui hasil borang senarai semak itu juga dilihat subjek dapat mengurangkan kesalahan di dalam menulis huruf konsonan selepas intervensi dilakukan. Berikut adalah rajah dapatan pemerhatian.

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

100.00%

120.00%

ujian pra ujian pasca

kitaran 1

kitaran 2

Page 36: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

186

Rajah 2 tingkah laku kemahiran menulis kitaran 1 dan 2

Analisis Dokumen

Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan serta menggunakan teori yang telah dipilih, pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen bagi mencapai hasrat tersebut. Penggunaan lembaran kerja serta latihan secara latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis subjek. Hal ini telah dibuktikan menerusi pencapaian subjek di dalam melaksanakan lembaran kerja sepanjang sesi intervensi dijalankan. Semasa di awal intervensi subjek dilihat hanya mampu mencapai 57.1% di dalam hasil lembaran kerjanya, menjelang akhir kitaran pertama subjek dapat meningkatkan markah dengan mencapai 78.5%. Dapat dilihat peningkatan markah lembaran kerja terus menaik sehinggalah pada kitaran kedua subjek mencapai 100% dalam lembaran kerjanya menunjukkan peningkatan kemahiran menulis huruf konsonan subjek selepas intervensi. Berikut adalah rajah peningkatan markah lembaran kerja subjek.

Rajah 3 Peningkatan kemahiran menulis lembaran kerja

5.3 Rumusan

Melalui dapatan yang telah diperolehi di dalam bab 7 di atas, akan digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah direka bagi kajian ini. Dapatan menunjukkan dengan menggunakan kaedah VAKT, kemahiran menulis subjek dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik. Penggunaan teknik latih tubi berdasarkan teori yang dipilih diiringi dengan penggunaan kaedah VAKT adalah sangat berkesan di dalam menjawab persoalan serta mencapai objektif kajian.

0

1

2

3

4

5

6

7

8

minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 4

kitaran 2

kitaran 1

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

100.00%

120.00%

intervensi 1 intervensi 2 intervensi 3 intervensi 4

kitaran 1

kitaran 2

Page 37: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

187

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi meneruskan kajian yang telah dijalankan ini, penambahbaikan perlu dilakukan supaya kajian dapat dijalankan dengan lebih baik. Pengkaji mencadangkan untuk menambah bahan bantu di dalam kajian seterusnya iaitu meningkatkan kekemasan dan kecantikan penulisan huruf konsonan murid dengan menggunakan lembaran kerja garis tiga. Selain itu, pengkaji juga telah mencadangkan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf murid dengan masa yang lebih singkat dengan aktiviti yang berbagai.

RUJUKAN

Bandura, A. (1992). Social cognitive theory and social referencing. In S. Feinman (Ed.), Social referencing and the social construction of reality in infancy (pp.175-208). New York: Plenum Press.

E. L. Thorndike (1903). Educational Psychology. New York: The Science Press

Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran menulis.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor Darul Ehsan.

Page 38: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

188

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVKV MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH

GABUNGAN BUNYI KATA (GBK)

Oleh:

ROWENA BUKAS MANGGIE Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV murid masalah pembelajaran menggunakan kaedah Gabungan Bunyi Kata (GBK). Pengkaji telah memilih dua orang murid sebagai subjek kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah GBK dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV murid masalah pembelajaran. Pengkaji meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV ini dengan mengaplikasikan kaedah GBK dalam penggunaan kad suku kata berwarna pada Kitaran Pertama. Selepas kelemahan pada Kitaran Pertama dikenalpasti, pengkaji telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan ‘Hammer Punch’ pada Kitaran Kedua. Tinjauan awal mendapati murid lemah dalam kemahiran mengenal huruf. Mereka menyebut dan menghafal huruf-huruf yang disebut melalui lagu. Selain itu,murid juga didapati cepat bosan dan mudah lupa kerana mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya. Metadologi kajian yang digunakan oleh pengkaji termasuklah ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan murid dalam penguasaan kemahiran membaca melalui kaedah GBK. Keberkesanan kaedah GBK ini disokong oleh guru matapelajaran melalui sesi temu bual bersama beliau. Kesimpulannya, kaedah GBK ini dapat meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV dalam kalangan murid masalah pembelajaran.

Kata kunci:suku kata KVKV, kaedah GBK

1.0 PENDAHULUAN

Mengapa perlu membaca? Setiap kanak-kanak yang lahir ke dunia ini haruslah menuntut sebanyak yang boleh ilmu agar dapat menjadi insan yang diterima oleh masyarakat apabila dewasa kelak. Oleh itu, membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan mereka untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Maklumat yang diperoleh melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Menurut Zamri dan Yahya (2008), keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca.

Namun begitu, dalam usaha menyatakan kepentingan membaca ini, pengkaji merasakan terdapat beberapa halangan dalam kalangan murid masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran ini. Berdasarkan halangan tersebut, pengkaji telah mengenalpasti masalah serta kaedah yang sesuai untuk membaca dalam kalangan murid masalah pembelajaran. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV Murid Masalah Pembelajaran Menggunakan Kaedah Gabung Bunyi Kata (GBK).

2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada kaedah GBK dalam menangani masalah membaca suku kata KVKV dalam kalangan murid Tahun 2 masalah pembelajaran. Rasionalnya, suku kata KVKV lebih mudah dibina dalam bentuk ayat berbanding dengan suku kata yang lain. Contohnya, ‘Buku bapa biru.’, ‘Baju saya baru beli.’, ‘Mama beli teko kaca baru.’ dan lain-lain. Dalam kehidupan seharian murid, jika murid tidak dapat membaca serta mengeja perkataan mudah maka, secara tidak langsung murid menghadapi masalah dalam membaca perkataan yang sukar.

Page 39: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

189

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Penyelidikan ini secara umumnya dijalankan bertujuan sebagai usaha meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV murid masalah pembelajaran menggunakan kaedah GBK.

3.2 Objektif Khusus

Meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV murid masalah pembelajaran menggunakan kaedah GBK melalui penggunaan kad suku KVKV berwarna.

Mengukuhkan kemahiran membaca suku kata KVKV murid masalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah GBK melalui permainan ‘Hammer Punch’.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini, pengkaji telah melibatkan dua orang murid dari empat orang murid kelas Tahun 2 berumur 9 tahun dan 12 tahun yang bersekolah di sekitar Kuala Lumpur. Kedua-dua subjek kajian menghadapi masalah pembelajaran yang berbeza-beza. Murid tersebut dikenali sebagai Murid P dan Murid S.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi dengan menggunakan beberapa instrument seperti, ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen. Instrument ini digunakan untuk melihat hasil intervensi yang telah dilaksanakan ke atas subjek kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah GBK untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV.

5.1 Cara Mengumpul Data/Maklumat

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah seperti temu bual, ujian diagnostik, dan pemerhatian bersama guru semasa menjalankan tinjauan awal. Kaedah ini ditadbir bagi meninjau sama ada masalah yang ingin dikaji berada pada tahap yang serius ataupun tidak.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Analisis tinjauan awal ini adalah bertujuan untuk mengukur, melihat dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 masalah pembelajaran secara lebih mendalam mengenai penggunaan kaedah GBK dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV. Kaedah yang digunakan ialah temu bual, ujian diagnostik dan pemerhatian.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pada peringkat kitaran pertama, pengkaji telah melaksanakan satu intervensi iaitu mengaplikasikan kaedah GBK dengan menggunakan kad suku kata berwarna. Pengkaji telah memilih lima suku kata KVKV iaitu, ‘raja’, ‘naga’, ’paya’, ‘raga’ dan ‘kaca’. Pemilihan suku kata KVKV ini adalah berdasarkan cerita pendek yang diceritakan oleh pengkaji semasa sesi PdP dijalankan. Cerita pendek tersebut bertajuk “Raja dan Naga”. Pada peringkat kitaran kedua pula, intervensi telah diperbaiki untuk penambahbaikan. Penambahbaikan yang dilakukan ialah mengaplikasikan kaedah GBK dengan permainan ‘Hammer Punch’. permainan ini diperkenalkan kerana terdapat kelemahan pada intervensi kiraran pertama di mana subjek kajian tidak menumpukan perhatian dan mudah bosan.

Page 40: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

190

5.4 Keputusan Kajian

Ujian

Rajah 1: Perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 1 menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dilaksanakan ke atas dua subjek kajian. Perbandingan ini dibuat untuk melihat sejauh mana peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata KVKV subjek kajian.

Melalui dapatan, pengkaji telah mendapati terdapat peningkatan pada ujian pasca selepas intervensi dilaksanakan. Murid P yang mendapat 20% semasa ujian pra telah menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu sebanyak 90% pada ujian pasca. Murid S yang mendapat 10% semasa ujian pra pula telah meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kepada 70% pada ujian pasca. Ini telah menunjukkan bahawa murid P memperoleh peningkatan sebanyak 70% manakala Murid S sebanyak 60%. Secara keseluruhannya, kesemua murid berjaya mengurangkan kesilapan membaca dalam kemahiran membaca suku kata KVKV.

Hasil daripada dapatan kajian ini berkait rapat dengan konsep scaffolding. Konsep ini berdasakan Teori Sosiobudaya Vygotsky (1989) yang mementingkan perkembangan bahasa. Konsep scaffolding ini merujuk kepada bimbingan pada awal pengajaran dan pembelajaran secara maksima dan mengurangkan bimbingan tersebut setelah kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Bedasarkan dapatan kajian ini, guru telah mnjadi fasilitator dengan memperkenalkan kaedah GBK dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KVKV. Setelah kemahiran tersebut dikuasai, subjek dapat membaca dengan lancar dengan bimbingan yang minima daripada guru.

Secara rumusannya, tahap penguasaan kedua-dua subjek kajian adalah baik dan menunjukkan peningkatan. Ini telah membuktikan bahawa intervensi yang dijalankan oleh pengkaji adalah berkesan dan memberikan impak yang positif.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Murid P Murid S

Mark

ah

(%

)

Subjek Kajian

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Subjek Kajian

Ujian Pra

Ujian Pasca 1

Ujian Pasca 2

Page 41: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

191

Pemerhatian

Jadual 1

Perbandingan Pencapaian Pemerhatian

Item

Murid P Murid S

Pencapaian (%) Pencapaian (%)

Kitaran 1 Kitaran 2 Kitaran 1 Kitaran 2

P1 P2 P1 P2 P1 P2 P1 P2

Menyebut 9 huruf

(a, k, c, n, g, r, j, p, y)

33.33 55.55 77.77 100 22.22 33.33 66.66 88.88

Membaca 8 suku kata KV

(ra, ja, pa, ya, ka, ca, na, ga)

25.0 50.0 75.0 100 12.50 25.0 62.50 87.60

Membaca 5 suku kata

KVKV

(raja, paya, kaca, naga,

raga)

20.0 40.0 60.0 100 0 20.0 40 60

Merujuk kepada Jadual 1, Murid P menunjukkan jumlah perbandingan sebanyak 75% manakala Murid S menunjukkan jumlah perbandingan sebanyak 75.1% dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata KV. Dalam penguasaan suku kata KVKV pula, Murid P menunjukkan jumlah perbandingan sebanyak 80% diikuti Murid S iaitu sebanyak 60%.

Pada kitaran pertama, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah GBK dengan menggunakan kad suku kata berwarna KVKV. Setelah kelemahan pada kitaran pertama diatasi, pengkaji telah mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca suku kata KVKV murid semakin Pada kitaran kedua pula, pengkaji telah mengaplikasikan kaedah GBK dengan menggunakan permainan ‘Hammer Punch’. Peningkatan yang ditunjukkan oleh subjek kajian ini telah membuktikan keberkesanan kaedah GBK dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV. Murid S tidak boleh mencapai penguasaan sebanyak 100% kerana subjek kajian mempunyai masalah dalam sebutan dan artikulasi.

Kesimpulannya, intervensi yang telah dilakukan oleh pengkaji pada kitaran kedua telah menunjukkan perubahan yang lebih baik. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Teori Pembelajaran Gagne dimana sesuatu pengajaran harus bermula dari mudah ke sukar. Dalam kajian ini, pengkaji telah memulakan sesi intervensi dari mudah ke sukar.

Page 42: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

192

Analisis Dokumen

Pengkaji telah membuat perbandingan antara lembaran kerja subjek kajian dari semasa ke semasa. Terdapat peningkatan yang jelas pada lembaran kerja tersebut. Setiap lembaran kerja diberikan selepas intervensi diberikan kepada subjek kajian untuk melihat keberkesanan intervensi.

5.5 Rumusan Kajian

Penkaji telah mendapati bahawa kajian yang dibuat telah menepati persoalan kajian. Persoalan-persoalan kajian tersebut telah dijawab berdasarkan dapatan data yang diperoleh sepanjang kajian dilaksanakan.

Penkaji telah menggunakan kaedah GBK untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKV dalam kalangan murid masalah pembelajaran. Pengkaji telah menjalankan intervensi ke atas dua orang subjek kajian.

5.6 Refleksi

Berdasarkan kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapati bahawa kajian tindakan ini telah membantu pengkaji membuat penambahbaikan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan. Perlaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat membantu murid dalam pemerolehan ilmu pada masa hadapan. Pelaksanaan kajian ini juga telah membantu pengkaji dalam memperoleh pelbagai maklumat agar dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

Selain itu, pengkaji telah menghadapi kekangan iaitu kekangan kehadiran murid di mana murid sering tidak hadir ke kelas terutamanya apabila intervensi dijalankan. Kehadiran murid sedikit sebanyak telah menganggu perancangan masa pengkaji.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Pada masa akan datang, pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Antara cadangan yang boleh dilakukan sebagai penambahbaikan ialah cadangan tambahan masa untuk menjalankan intervensi.

Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar kaedah ini diaplikasikan dengan penggunaan BBB yang lebih menarik iaitu menggunakan BBB yang melibatkan multisensori. Tambahan juga, pengkaji turut mencadangkan agar kaedah ini diaplikasikan dalam matapelajaran lain selain matapelajaran Bahasa Malaysia.

RUJUKAN

Zamri & Yahya. (2008). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Vygotsky. (1989). Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Page 43: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

193

MENGURANGKAN TINGKAH LAKU PASIF MURID MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TOTAL PHYSICAL RESPONSE (TPR)

Oleh:

SYAZWANI BINTI AZIZ Jabatan Pendidikan Khas

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah Total Physical Response (TPR) dalam mengurangkan tingkah laku pasif murid masalah pembelajaran. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid kelas Bestari banyak menunjukkan tingkah laku memencilkan diri, sugul, mudah terganggu perhatian, terlalu malas, dan lembab pergerakan. Oleh itu, pengkaji telah memilih dua orang murid kelas Bestari sebagai subjek kajian. Rasional pengkaji memilih murid tersebut adalah disebabkan mereka menunjukkan tingkah laku pasif secara kerap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi melaksanakan kaedah TPR, pengkaji telah menggunakan dua strategi yang berbeza iaitu penggunaan lagu ‘Simon Says’ dalam kitaran 1 dan kad kiu dalam kitaran 2. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian berstruktur dan temu bual. Instrumen yang digunakan bagi mengumpulkan data ialah rekod persampelan masa, senarai semak, dan protokol temu bual. Hasil analisis data mendapati bahawa kedua-dua orang subjek menunjukkan pengurangan tingkah laku pasif setelah intervensi dijalankan. Mereka juga dapat mematuhi arahan yang diberikan dengan baik. Kesimpulannya, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah TPR telah memberi kesan yang positif dalam mengurangkan tingkah laku pasif murid di dalam bilik darjah. Kata kunci: Kaedah TPR, tingkah laku pasif 1.0 PENDAHULUAN

Sewaktu menjalani praktikum di sekolah X, pengkaji telah diberi tugas untuk mengajar di kelas Bestari. Dalam hal ini, pengkaji telah menghadapi masalah tingkah laku murid yang pasif di mana mereka kelihatan kurang berminat untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai pada akhir sesi kerana tiada respon yang ditunjukkan oleh mereka.

Terdapat pelbagai jenis kaedah dan teori yang boleh digunakan sebagai alat bantu dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini. Sehubungan dengan itu, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah TPR untuk mengurangkan tingkah laku pasif dalam kalangan murid kelas Bestari. Manakala teori yang digunakan pula ialah Teori Behaviorisme.

2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji memilih isu kajian ini kerana kebanyakan murid masalah pembelajaran di sekolah X mempunyai tingkah laku pasif di dalam kelas. Sikap murid yang tidak menunjukkan minat di dalam kelas telah mencetuskan idea untuk mencari alternatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mengurangkan tingkah laku pasif menggunakan kaedah Total Physical Response (TPR) merupakan kaedah yang digunakan oleh segelintir guru dan pengkaji. Murid-murid telah menunjukkan tindak balas fizikal terhadap arahan yang telah diberikan.

Melalui kaedah TPR, murid-murid juga dapat menjadi lebih berdisiplin di dalam kelas. Disiplin kendiri merupakan komponen yang amat penting dalam kehidupan kanak-kanak pendidikan khas. Memandangkan pengkaji telah mengalami masalah tingkah laku pasif dalam kelas Bestari, maka fokus kajian yang bakal dijalankan adalah berdasarkan tingkah laku dominan yang dilakukan oleh mereka di dalam kelas. Antaranya ialah memencilkan diri, sugul, mudah terganggu perhatian, terlalu malas, dan lembab pergerakan.

Page 44: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

194

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Tujuan pengkaji menjalankan penyelidikan ini adalah bagi mengurangkan tingkah laku pasif murid masalah pembelajaran menggunakan Kaedah Total Physical Response (TPR).

3.2 Objektif Khusus

Mengurangkan tingkah laku pasif murid masalah pembelajaran menggunakan kaedah Total Physical Response (TPR).

Mengurangkan tingkah laku pasif murid masalah pembelajaran menggunakan kad kiu dalam kaedah Total Physical Response (TPR).

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang akan menjadi subjek kajian ini terdiri daripada dua orang murid yang berumur 9 dan 12 tahun yang bersekolah di Sekolah X, yang terletak di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Pengkaji telah melabelkan mereka sebagai subjek 1 dan subjek 2. Kedua-dua subjek adalah berjantina lelaki dan merupakan bangsa Melayu. Mereka menetap di kawasan sekitar Kampung Baru.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Sewaktu melaksanakan kitaran kajian pertama, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu prosedur pelaksanaan kajian tindakan. Antara langkah-langkah untuk menjalankan suatu kitaran kajian tindakan ialah perancangan, tindakan, pemerhatian berstruktur, dan refleksi. Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen seperti temu bual, pemerhatian rekod persampelan, dan pemerhatian senarai semak. Tujuan pengkaji memilih instrumen pengumpulan data ini adalah kerana ia bersesuaian dengan fokus kajian dan dapat membantu pengkaji menjalankan kajian ini. Pengkaji juga telah menggunakan lagu ‘Simon Says’ dan kad kiu sebagai strategi untuk menjalankan kaedah TPR.

5.1 Cara Mengumpulkan Data/ Maklumat

Instrumen yang digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan tinjauan awal ialah pemerhatian senarai semak dan temu bual. Kedua-dua instrumen ini digunakan untuk mendapatkan data tinjauan awal iaitu tingkah laku sasaran. Bagi mendapatkan data semasa intervensi pula, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen seperti yang telah dinyatakan iaitu pemerhatian rekod persampelan, pemerhatian senarai semak, dan temu bual.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara pengumpulan data. Instrumen yang digunakan pula ialah rekod persampelan dan senarai semak. Bagi melaksanakan pemerhatian, pengkaji telah menjalankan intervensi terhadap subjek kajian. di samping itu, pengkaji telah meminta bantuan guru mata pelajaran dan rakan sejawat untuk merekod dan mentadbir borang pemerhatian. Selepas itu, pengkaji memindahkan data yang dikumpul ke dalam bentuk jadual kekerapan. Bagi menganalisis data senarai semak pula, Skala Guttman telah digunakan oleh pengkaji. Bagi mengukuhkan dapatan kajian, pengkaji telah menemubual beberapa orang responden. Rakaman audio responden telah diterjemahkan ke dalam bentuk transkrip verbatim. Kemudian, pengekodan data telah dilakukan bagi mendapatkan kategori dan tema yang bersesuaian. Hasil dapatan temu bual dianalisis secara deskriptif.

Page 45: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

195

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Semasa tindakan pada fasa pertama, pengkaji telah merangka beberapa strategi untuk mengurangkan masalah tingkah laku pasif dalam kalangan murid kelas Bestari. Antaranya ialah penggunaan lagu ‘Simon Says’ dan kad kiu. Pengkaji telah merujuk pelbagai sumber untuk melaksanakannya dan mendapati kaedah ini melibatkan arahan dan gerak balas fizikal daripada subjek

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1: Perubahan tingkah laku pasif subjek 1 dan subjek 2

Pelaksanaan lagu ‘Simon Says’ sebagai strategi pelaksanaan kaedah TPR adalah kurang berkesan kerana pengkaji tidak dapat menggunakannya secara kerap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sedangkan pengkaji perlu melibatkan subjek secara aktif. Setelah pengkaji memodifikasi kaedah TPR dengan menggunakan kad kiu, barulah subjek menunjukkan penurunan tingkah laku yang lebih banyak dalam kitaran 2.

Kesimpulannya, berdasarkan analisis pemerhatian pengkaji mendapati bahawa pengurangan tingkah laku pasif dapat dilihat dalam kalangan subjek walaupun tidak ketara. Hal ini disebabkan tingkah laku murid berkeperluan khas tidak dapat dihapuskan dalam masa yang singkat. Jika intervensi yang pelbagai dapat digunakan dalam masa yang lebih panjang, mungkin pengkaji dapat menghapuskan tingkah laku sasaran iaitu memencilkan diri, sugul, mudah terganggu perhatian, terlalu malas, dan lembab pergerakan. Justeru itu, dua kitaran kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara berperingkat menggunakan strategi yang berbeza.

5.5 Rumusan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah mendapati bahawa intervensi yang telah dijalankan dengan menggunakan kaedah TPR adalah berkesan dalam mengurangkan tingkah laku disrtruptif murid masalah pembelajaran. Penggunaan lagu ‘Simon Says’ dan kad kiu yang menunjukkan tingkah laku dikehendaki dapat memberikan rangsangan yang positif kepada murid dalam mengawal tingkah laku mereka. Perkara ini dapat dilihat melalui dapatan analisis yang menunjukan pengurangan tingkah laku pasif dalam kalangan subjek kajian. Terdapat tiga jenis instrumen berbeza yang digunakan untuk menyokong dapatan ini iaitu rekod persampelan masa, senarai semak, dan protokol temu bual. Hasil analisis data menunjukkan perubahan tingkah laku bagi subjek kajian dalam kedua-dua kitaran intervensi kajian.

Melalui penggunaan kaedah TPR, pengkaji juga dapat membuat kesimpulan bahawa subjek kajian lebih mudah memahami arahan secara visual. Di samping memberi arahan, pengkaji turut menunjukkan tingkah laku yang sepatutnya diikuti oleh mereka. Kesannya, mereka bukan sahaja dapat membina memahami arahan dengan lebih jelas, malahan berasa seronok untuk melaksanakan arahan tersebut. Dapatan ini menunjukan kaedah TPR ini dapat mewujudkan satu persekitaran

02468

101214

Ke

kera

pan

Perubahan tingkah laku S1 dan S2

S1

S2

Kitaran 1Sebelum Kitaran 2

Page 46: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

196

pembelajaran yang lebih menyeronokan dan membantu murid meningkatkan tumpuan dengan lebih baik.

5.6 Refleksi

Kekuatan yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat merangsang murid menjadi lebih aktif dalam pembelajaran. Pengkaji telah menggunakan bahan interaktif seperti lagu ‘Simon Says’. Kekuatan yang dapat dilihat dalam penggunaan lagu ‘Simon Says’ ialah murid telah mengikut arahan mudah yang dinyatakan dalam video lagu tersebut.

Selain daripada itu, penggunaan kad kiu telah menyebabkan murid menjadi lebih fokus dan melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran yang menyeronokan. Secara tidak langsung, perkara ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam penguasaan sesuatu matapelajaran. Guru juga dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Justeru itu, pengkaji mendapati bahawa murid lebih berminat dengan pengajaran yang bersifat lebih interaktif dan melibatkan penggunaan pelbagai deria berbanding pembelajaran secara konvensional yang cuma berasaskan kapur dan tulis.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dapat dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama untuk melihat keberkesanan kaedah ini secara menyeluruh. Selain daripada itu, pengkaji juga ingin menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan kaedah TPR. Pengkaji boleh memasukan unsur permainan dalam setiap intervensi yang dijalankan agar pembelajaran menjadi lebih iteraktif dan menyeronokkan bagi subjek kajian.

Bagi kajian seterusnya, pengkaji boleh memasukan unsur warna bagi setiap kad kiu. Dengan aplikasi warna pada kad kiu, bahan bantu mengajar guru akan menjadi lebih menarik dan ceria. Kaedah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, malah ia juga sesuai diguna pakai oleh guru mata pelajaran lain. Akhir sekali, pengkaji merasakan bahawa kaedah yang dipilih bukan sahaja dapat digunakan kepada murid masalah pembelajaran sahaja, malah kaedah ini boleh diperluaskan untuk diguna kepada murid-murid normal terutama murid kelas corot dan murid yang tercicir.

Terdapat banyak strategi, aktiviti, dan lagu yang boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah TPR. Lagu lain yang menggunakan kaedah TPR ialah lagu ‘Senaman Si Tommy’, ‘The Bear Hunt’, dan ‘Banana Songs’. Strategi lain yang boleh digunakan untuk kaedah TPR pula ialah membuat pergerakan kreatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta permainan berasaskan kaedah TPR. Tidak kurang juga, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang menarik boleh digunakan untuk kaedah ini iaitu regu, bercerita, dan menyanyi sambil membuat pergerakan.

RUJUKAN

Atkinson (1990) Learning theories: An educational perspective [Teori pembelajaran: Suatu perspektif pendidikan]. New York: Macmillan Publishing Co.

Brown. (1977). Learning Another Language Through Actions: The Complete Teacher’s Guidebook (7th

edn.). Los Gatos, CA: Sky Oaks Productions.

Chow Fook Meng. 2011. Kajian tindakan: Konsep dan amalan dalam pengajaran. Puchong, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Eileen. (2000). Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 47: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

197

MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNIK-TEKNIK PERMAINAN REKODER DARI SEGi PENJARIAN, POSTUR DAN JUGA PENGLIDAHAN MELALUI PENDEKATAN

RECORDER POWER BAGI MURID TAHUN 4 AMANAH

Oleh :

AHMAD FAUZAN BIN MOHD AIZZUDDIN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk, melihat keberkesanan pendekatan ‘Recorder Power’ yang diperkenalkan oleh John Tyson dalam meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder bagi murid tahun 4. Kajian ini telah dijalankan terhadap 24 orang murid iaitu seramai 10 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Hasil daripada tinjauan awal yang dijalankan, murid didapati mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam teknik-teknik permainan rekoder khususnya dari segi penjarian, penglidahan dan postur. Hal ini berlaku kerana, faktor gaya pengajaran yang membosankan dan kurang menarik. Oleh itu, kajian ini, berfokuskan kepada pendekatan ‘Recorder Power’ untuk meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam Kitaran Satu dan Kitaran Dua telah membantu murid dengan menggunakan empat aktiviti daripada sembilan aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan ‘Recorder Power’ dalam meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder yang betul. Instrumen kajian yang digunakan adalah senarai semak, ujian pra dan pos dan temu bual. Analisis data yang diperolehi daripada instrumen yang digunakan telah membuktikan bahawa pendekatan ‘Recorder Power’ berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran teknik-teknik dalam permainan rekoder.Untuk cadangan kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan agar unsur TMK digabungjalin dengan aktiviti dalam pendekatan ‘Recorder Power’. Hasil gabungan ini akan membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid dan menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik Kata kunci: fokus, ‘Recorder Power’, penjarian, penglidahan, postur. 1.0 PENDAHULUAN

Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia Pendidikan Muzik (2002), kandungan Huraian Sukatan Pelajaran disusun mengikut empat aspek iaitu persepsi estetik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif, dan penghargaan estetik. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik KBSR juga berfokus kepada elemen pengetahuan dan kemahiran muzik. Pengetahuan muzik yang dimaksudkan ialah kebolehan murid mengetahui dan memahami konsep yang berasaskan komponen irama, melodi dan ekspresi. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian dalam meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder di dalam kelas dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder Power’. Recorder Power merupakan pendekatan yang telah diperkenalkan oleh John Tyson pada tahun 2002 dengan berkolaborasi bersama American Recorder Society (ARS). Pendekatan Recorder Power adalah sesuai kepada guru di sekolah bagi membantu guru menjadikan kelas rekoder untuk lebih menarik disamping membantu murid mempelajari rekoder dengan lebih mudah serta bagaimana rekoder dapat diintegrasi pada situasi yang berbeza. Secara langsung kajian ini akan membantu murid menguasai teknik-teknik yang betul dalam perminan rekoder khususnya teknik penjarian, penglidahan dan juga postur. 2.0 FOKUS KAJIAN Isu-isu yang dikenalpasti semasa pengkaji menjalankan kajian di sekolah ialah murid-murid tidak dapat membuat penjarian, penglidahan dan memainkan rekoder dengan postur yang betul semasa memainkan lagu yang mengandungi not B, A dan G. Tinjauan awal telah dijalankan bagi memastikan mengenalpasti masalah yang telah dinyatakan. Dua jenis instrumen telah digunakan semsa tinjauan awal iaitu pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak serta temubual. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan pendekatan ‘Recorder Power’ bagi meningkatkan kemahiran penjarian, penglidahan dan postur murid semasa memainkan rekoder. Tahap pencapaian

Page 48: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

198

murid akan dilihat melalui setiap aktiviti yang dijalakan berdasarkan aktiviti-aktivit yang telah dipilih dalam pendekatan ‘Recorder Power’. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ialah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran teknik- teknik permainan rekoder dengan betul melalui pendekatan ‘Recorder Power’ bagi murid tahun 4. 3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder dari segi penjarian, postur, dan penglidahan dengan betul.

Dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder lagu ‘Mary Had A Little Lamb’ yang mengandungi not B, A, dan G dengan betul.

Dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder selama 30 minit dengan baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan murid seramai 24 orang murid di sebuah sekolah kebangsaaan sekitar Bandar Kuala Lumpur. Murid kelas ini terdiri daripada 14 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada murid berbangsa Melayu dan bangsa Cina iaitu seramai 23 orang murid berbangsa Melayu dan 1 orang murid berbangsa Cina. Rata-rata murid sekolah berasal dari keluarga yang ibu bapa bekerja sebagai guru, peniaga, polis dan juga penjawat awam. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menjalankan dua kitaran sepanjang melaksanakan kajian ini. Kitaran pertama

kajian terdiri daripada 4 aktiviti manakala kitaran kedua kajian terdiri daripada 2 akitiviti yagn dilaksanakan berdasarkan pendekatan ‘Recorder Power’. 5.1 Cara Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul data ialah pemerhatian, ujian pra

dan ujian pos serta temubual. Pemerhatian Berstruktur

Instrumen ini digunakan oleh pengkaji untuk melihat pencapaian murid dalam setiap aktivti yang dilaksanakan dalam kitaran 1 dan kitaran 2 kajian. Pemerhatian dilakukan terhadap aspek-aspek yang telah ditetapkan oleh pengkaji berdasarkan borang senarai semak yang telah disediakan. Antara aspek-aspek yang dilakukan pemerhatian ialah, penjarian, postur, penglidahan dan fokus semasa pengajaran dan pembelajaran. Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap pencapaian murd sebelum dan selepas

intervensi dilaksanakan. Ujian ini dilaksanakan untuk melihat perubahan dan penguasaan teknik-teknik permainainan rekoder dari segi penjarian, penglidahan dan postur. Lagu ‘Mary Had A Little Lamb’ yang mengandungi not B, A dan G telah digunakan dalam ujian pra dan pos ini untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap teknik-teknik permainan rekoder.

Page 49: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

199

Temubual Temubual dijalankan sebelum dan selepas pendekatan ‘Recorder Power’ dilaksanakan.

Temubual ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada murid tentang pengajaran dan pembelajaran rekoder. Temubual dilaksanakan bersama murid diluar waktu pengajaran pendidikan muzik. Soalan-solan temubual adalah dalam bentuk berstruktur dan temubual dijalankan terhadap 8 orang pelajar yang dilipih secara rawak sebelum intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi dilaksanakan. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Pengkaji telah mengenal pasti isu murid tidak dapat memainkan rekoder dengan teknik-teknik

yang betul seperti penjarian, penglidahan dan postur semasa sesi pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder di dalam kelas. Hal ini telah menyebabkan murid tidak dapat membaca notasi sekaligus tidak dapat memainkan rekoder bagi lagu yang mengandungi not B, A, dan G. Kebanyakan murid tidak dapat menujukkan penjarian yang betul dan akan menjadi keliru setiap kali pertukaran not berlaku dalm lagu yang dimainkan. Penjarian yang salah juga menyebabkan ton yang dihasilkan oleh murid menjadi kurang berkualiti. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pengkaji telah menjalankan sebanyak 2 kitaran untuk membantu meningkatkan kemahiran

murid dalam menguasai teknik-teknik permainan rekoder dengan betul. Kitaran pertama mengandungi 4 aktiviti yang yang dilaksanakan iaitu, ‘Discovering Sounds’, ‘Names And Dialogues’, ‘Call And Response’ dan juga permainan lagu ‘Hot Cross Buns’. Aktivti dalam kitaran dua pula ialah ‘Names And Dialogues’ dan permainan lagu ‘Hot Cross Buns’ dimana arasnya telah direndahkan berbanding pada kitaran 1. Aktiviti-aktiviti yang digunakan ini terkandung dalam pendekatan ‘Recorder Power’. Aktivti dal pendekatan Recorder Power’ ini kebanyakannya berbentuk permainan dan dapat membantu meningkatkan kemahiran teknik-teknik permainan rekoder murid di samping menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. 5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Graf bar keputusan antara Ujian Pos Kitaran 1 dan Pos Kitaran 2

Graf bar diatas menunjukkan perbandingan antara keputusan ujian pos kitaran 1 dan ujian pos

bagi kitaran 2. Peningkatan yang baik dapat dilihat di mana seramai 10 orang responden (42%) telah berjaya mencapai tahap cemerlang berbanding tiada responden (0%) pada ujian pos kitaran 1. Peningkatan yang baik juga dapat dilihat di untuk ujian pos kitaran 2 iaitu separuh daripada jumlah responden iaitu seramai 12 orang (50%) telah berjaya mencapai tahap baik berbanding hanya 8 orang responden (33%) untuk ujian pos pada kitaran 1. Kadar penurunan yang banyak dapat dilihat untuk pencapaian tahap sederhana iaitu kadar penurunan sebanyak (46%). Pada ujian pos kitaran1, seramai 13 orang responden (54%) telah mendapat tahap sederhana dan untuk ujian pos kitaran 2, hanya dua orang responden (8%) sahaja yang direkodkan berada pada tahap sederhana. Selain itu,

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Ujian Pos Kitaran 1

Ujian Pos Kitaran 2

0%

33%

0%

54%

13%

8%

50%

42%

0%

0%

Page 50: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

200

hasil keputusan yang baik juga telah ditunjukkan dimana tiada responden (0%) berada pada tahap lemah untuk ujian pos kitaran 2 berbanding semasa ujian pos kitaran 1 yang merekodkan tiga orang responden (13%). Rajah juga menunjukkan tiada langsung responden yang direkodkan pada tahap sangat lemah di dalam ujian pos untuk kitaran 1 dan kitaran 2. Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid dan berpendapat penambahbaikan boleh dilaksanakan untuk mencapai tahap yang lebih baik.

5.5 Rumusan Kajian

Rumusan kajian bertujuan untuk menjawab kesemua persoalan kajian dengan berdasarkan

data yang diperolehi daripada keputusan kajian. Jadual dibawah menjunjukkan jadual yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

Bil. Persoalan Kajian Kemahiran Instrumen Sumber

1. Adakah dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder

Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan

kemahiran teknik-teknik permainan rekoder dari

segi penjarian, postur, dan penglidahan dengan

betul?

Teknik Penjarian, Penglidahan dan Postur

- Pemerhatian - Senarai semak - Ujian Pra - Ujian Pos

Murid

2. Adakah dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder

Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan

kemahiran teknik-teknik permainan rekoder lagu

‘Mary Had A Little Lamb’ yang mengandungi not B,

A, dan G dengan betul?

Teknik Penjarian, Penglidahan dan Postur, memainkan lagu dengan lancar

- Pemerhatian - Senarai semak - Ujian Pra - Ujian Pos

Murid

3. Adakah dengan menggunakan pendekatan ‘Recorder

Power’, murid-murid tahun 4 dapat meningkatkan

fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan

rekoder selama 30 minit dengan baik?

Kaedah Recorder Power dalam meningkatkan fokus murid-murid

- Pemerhatian - Senarai semak

Murid

Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati terdapat perubahan pada 24 orang responden

dari segi kemahiran teknik-teknik permainan rekoder mereka. Responden telah berjaya memperbaiki kelemahan mereka iaitu dari segi teknik-teknik permainan, kebolehan untuk memainkan lagu serta mereka fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder dalam setiap intervensi yang dijalankan serta berjaya mencapai tahap cemerlang dan baik dalam ujian yang telah dilaksanakan serta menjadikan mereka sifar pada tahap lemah dan sangat lemah pada akhir kajian. 5.6 Refleksi

Kajian ini telah memberikan satu implikasi yang jelas iaitu pendekatan pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru, individu serta diri sendiri kelak untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kerana pengkaji telah membuktikan kajian bahawa pendekatan ‘Recorder Power’ dapat membantu pelajar fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder dan seterusnya dapat menguasai kemahiran bermain rekoder. Pendekatan ‘Recorder Power’ merupakan salah satu gaya pendekatan pengajaran rekoder yang patut diperkenalkan kerana aktivtinya yang bersifat permainan serta mampu menarik minat murid disamping membuatkan sesi PdP lebih menyeronokkan.

Page 51: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

201

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Sekiranya kajian ini ingin diteruskan, pengkaji mencadangkan agar menggunakan kesemua

sembilan aktiviti yang terdapat di dalam pendekatan ‘Recorder Power’ supaya dapat menarik minat murid dan seterusnya dapat menguasai kemahiran bermain rekoder dengan lebih baik. Kesemua sembilan aktiviti yang dicadangkan di dalam Pendekatan ‘Recorder Power’ perlulah digunakan mengikut idea dan kreativiti guru, mengikut kesesuaian tahap serta minat murid.

Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar penggunaan teknologi digunakan dalam

pengajaran permainan rekoder supaya murid lebih fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder. Menurut Rudolph et.al (2005), melalui penggunaan teknologi dalam kelas muzik, murid akan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran, lebih berkeyakinan, belajar secara efektif dan lebih bermotivasi untuk mempelajari sesuatu pelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dapat menarik minat murid dan murid akan lebih fokus di dalam kelas. Sebagai contoh penggunaan perisian Power Point dalam aktiviti pendekatan ‘Recorder Power’. Guru hanya perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk mengolah teknologi sedia ada untuk diserap masuk ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran muzik agar sesi pembelajaran murid di dalam bilik darjah akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. RUJUKAN Tyson., J. (2009). Recorder Power for Teacher who work with Children and Beginners. American

Recorder Society. Dari laman sesawang http://www.americanrecorder.org Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Campbell. P.S., Steven, M.D & Steven, J.M. (2008). MUSICIAN & TEACHER : An Orientatition to Music Education. New York : Norton Company Ltd

Page 52: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

202

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI C TENGAH KE F TINGGI DALAM KLEF TREBEL MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STUDENT TEAM

ACHIEVEMENT DIVISIONS DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5 ARIF

Oleh:

CHEE YEE WAH Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pembacaan notasi C tengah ke F tinggi dalam klef trebel untuk murid-murid Tahun 5 Arif. Seramai 29 orang murid terpilih menjadi subjek kajian ini. Fokus kajian ini dijalankan bertujuan menilai keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model Student Team Achievement Divisions (STAD). Masalah yang timbul dikenal pasti melalui tinjauan awal yang dijalankan menggunakan temu bual berstruktur dengan murid, temu bual tidak berstruktur dengan guru dan ujian diagnostik. Dapatan membuktikan bahawa murid sememangnya lemah dalam kemahiran membaca notasi dalam klef trebel. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam intervensi yang dijalankan sebanyak dua kitaran. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi dalam kalangan murid-murid tersebut. Cadangan kajian seterusnya pengkaji ingin menggabungkan kemahiran permainan rekoder atau nyanyian dengan pembacaan notasi dan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model Jig Saw dan Team-Game Tournament (TGT) dalam meningkatkan kemahiran membaca notasi dalam klef trebel. Kata kunci: Pembelajaran Koperatif Model STAD, kemahiran membaca notasi muzik, klef treble 1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini menjelaskan tentang keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif model Student Team Achievement Division (STAD) dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca notasi dari C tengah ke F tinggi dalam klef trebel untuk murid-murid Tahun 5 Arif.

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan mengembangkan daya pemikiran guru dan murid dengan memberikan penekanan terhadap proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan, di mana guru perlu membina suasana yang memerlukan murid berfikir secara aras tinggi (kemahiran berfikir aras tinggi - KBAT). Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan, sekolah merupakan platform yang terbaik untuk melahirkan generasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang telah menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid yang akan dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 anjakan dan dilaksanakan dalam tiga gelombang dalam tempoh 13 tahun akan datang, guru memainkan peranan penting untuk menjayakannya. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktikum di sebuah sekolah di Zon Pudu pada semester yang lalu, pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam kemahiran membaca notasi muzik melalui temu bual dan penilaian yang telah dilaksanakan. Masalah ini berlaku berkemungkinan pendedahan notasi daripada pengkaji kepada murid-murid masih kurang dan cara penyampaian pengkaji mungkin terlalu rumit dan sukar difahami oleh murid-murid. Oleh itu, pengkaji cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model Student Team Achievement Divisions (STAD)

bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca notasi.

Page 53: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

203

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan Muzik merupakan satu bidang yang perlu dididik kepada setiap individu kerana ia membolehkan individu berkembang secara seimbang dan secara holistik seperti yang tercatat dalam kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Michael Miller (2005), pengetahuan tentang teori muzik membantu murid menghargai muzik yang dinyanyikan atau yang dimainkan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa persembahan muzikal adalah berbentuk koperatif dan kejayaannya bergantung pada kerjasama ahli kumpulan. Oleh itu, murid-murid haruslah mempelajari muzik dari asas dahulu. Menurut Tang Pan-Hang (2006), muzik dan bahasa mempunyai persamaan kerana kedua-duanya dapat didengar dan dilihat dengan penggunaan simbol-simbol. Ini disebabkan penulisan notasi merupakan bunyi yang diperdengarkan adalah berdasarkan simbol-simbol yang ditulis secara muzikal. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah pembelajaran koperatif model STAD dapat membantu dan memenuhi kehendak murid dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi serta secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai seperti bekerjasama, berdisiplin, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya semasa melakukan aktiviti pembelajaran. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada cara bagaimana meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik dalam klef trebel dalam kalangan murid Tahun 5 Arif dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model STAD. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Dengan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi dari C tengah ke F tinggi dalam klef trebel dalam kalangan murid Tahun 5 Arif. 3.2 Objektif Khusus

Dengan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model STAD, murid-murid dapat membaca notasi C tengah hingga F tinggi dalam klef trebel dengan betul secara lisan.

Melalui kaedah pembelajaran koperatif model STAD, murid-murid dapat menamakan notasi dengan menjawab ujian.

Murid-murid dapat menuliskan nama notasi atau not atas baluk dan seterusnya meniup rekoder berdasarkan lagu pendek diberi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 29 orang murid Tahun 5 Arif yang terdiri daripada seramai 18 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Kelas ini terdiri daripada 2 kaum, iaitu kaum Melayu (28 orang) dan kaum India (1 orang). Kelas ini dipilih sebagai subjek kajian kerana murid-murid kelas ini mempunyai ciri-ciri keseragaman yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu masalah membaca notasi atas baluk dalam klef trebel dari C tengah ke F tinggi. Subjek kajian ini juga dipilih atas sebab tahap kognitif mereka agak rendah antara murid-murid Tahun 5. Selepas tinjauan awal dijalankan, pengkaji mendapati bahawa segelintir murid Tahun 5 Arif memiliki ciri-ciri unik, contohnya hiperaktif, slow learner, sentiasa termenung, cepat bosan, senang hilang tumpuan (easily distracted) dan sebagainya. Akan tetapi, kesemua murid ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik. 5.0..PELAKSANAAN TINDAKAN

Tindakan yang diambil adalah berdasarkan langkah-langkah berikut: Pertama, mendapatkan gred ujian pra murid. Kedua, menjalankan kajian sebanyak 2 kitaran dengan menggunakan kaedah STAD. Pengumpulan data untuk setiap sesi dilaksanakan. Ketiga, analisis data yang dikumpulkan dan membuat perbandingan. Keempat, satu ujian pasca diadakan dan gred murid diperoleh dan direkodkan.

Page 54: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

204

5.1 Cara Mengumpulkan Data

Instrumen kajian pada tinjauan awal adalah temu bual berstruktur dengan murid, temu bual tidak berstruktur dengan guru, ujian diagnostik dan latihan. Dalam proses pelaksanaan kajian, pengkaji menjalankan ujian pra, ujian pasca, ujian formatif, temu bual dengan guru muzik selepas kitaran satu dan dua, serta pemerhatian dan senarai semak bagi mendapatkan maklumat dan data berkenaan peningkatan murid dalam penguasaan kemahiran pembacaan notasi muzik.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Menerusi instrumen temu bual yang dijalankan pada tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 Arif tidak belajar muzik di luar sekolah dan tidak pandai membaca notasi. Akan tetapi, murid-murid Tahun 5 Arif ini berminat untuk belajar muzik. Bagi instrumen temu bual tidak berstruktur dengan guru muzik pula, pengkaji dapat mengenal murid-murid Tahun 5 Arif lebih mendalam tentang ciri-ciri mereka serta tingkah laku mereka dalam kelas muzik. Selain itu, pengkaji juga telah mengumpul dan menganalisis keputusan ujian akhir tahun 2013 Pendidikan Muzik. Ujian diagnostik juga jelas menerangkan bahawa murid-murid ini tidak dapat membaca kebanyakan notasi muzik. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Sebanyak dua kitaran dijalankan bagi intervensi kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi dari C tengah ke F tinggi dalam klef trebel bagi murid Tahun 5 Arif melalui kaedah pembelajaran koperatif model STAD. Terdapat empat aktiviti dijalankan pada kitaran satu dan dua aktiviti pada kitaran dua. Kedua-dua kitaran ini dirancang berdasarkan Model Stephen Kemmis Dan McTaggart (Kemmis & McTaggart, 1988). Kitaran Satu

Murid-murid dibahagikan kepada enam orang satu kumpulan yang merangkumi dua orang

cemerlang, dua orang sederhana, dua orang lemah. Bagi aktiviti satu, pengkaji telah memperkenalkan klef trebel, jenis not dan baluk. Setelah itu, pengkaji mula memperkenalkan notasi F, A, C', E'. Aktiviti dijalankan adalah secara berperingkat, di mana pada aktiviti kedua, murid-murid diperkenalkan notasi E, G, B, D', F' dan C, D. Pada aktiviti ketiga pula, aras kesukaran meningkat iaitu gabungan semua notasi (pembacaan notasi C tengah ke F tinggi). Bagi aktiviti keempat pula, aktiviti yang dijalankan ialah pembacaan notasi C tengah ke F tinggi dengan mengeja huruf muzik (word spelling). Setiap aktiviti diakhiri dengan ujian formatif. Kitaran Dua

Aktiviti pertama merangkumi ulang kaji pelajaran lepas, dan mempelajari penjarian rekoder

pada notasi G, A, B, C’ dan D’. Bagi aktiviti dua, penambahan penjarian rekoder pada notasi C tengah ke F' tinggi dalam permainan rekoder. Setiap aktiviti tersebut diakhiri dengan penilaian permainan rekoder yang berfokus kepada pembacaan notasi muzik atas skor lagu yang diberikan.

5.4 Keputusan Kajian

Dalam kajian ini, murid-murid menunjukkan perubahan tingkah laku yang ke arah positif,

terutamanya murid-murid yang sentiasa nakal dalam kelas dan membuat bising ataupun mencari gaduh dengan rakan. Setelah melaksanakan intervensi ini, penggunaan kaedah pembelajaran koperatif memberi kesan yang baik terhadap murid-murid di mana murid-murid telah menunjukkan perkembangan dan perhubungan yang baik terhadap rakan lain. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif membantu murid meningkatkan kemahiran membaca notasi. Pada kitaran dua, semua murid telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang ke arah positif dan menjadi lebih aktif dan menunjukkan minat dalam mempelajari Pendidikan Muzik. Setelah melaksanakan kitaran dua, guru kelas Pendidikan Muzik mengatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif memberi kesan yang bagus terhadap murid-murid di mana semua murid melibatkan diri dan merangsang minda murid untuk berfikir aras tinggi. Selain itu, kaedah pembelajaran koperatif juga membantu kebanyakan murid meningkatkan kemahiran membaca notasi, hanya terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat menguasai kerana tidak hadir ke kelas Pendidikan Muzik.

Page 55: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

205

0.00

50.00

100.00

A B C D

Pe

ratu

s

Gred

Pra

Pasca

0

10

20

1 2 3 4

Bila

nga

n M

uri

d

Ujian Formatif

Cemerlang

Baik

Lemah

Rajah 1. Graf Perbandingan Pemerhatian Kebolehan Murid Semasa Awal Dan Akhir Kitaran 1

(N=29)

Setelah menjalankan intervensi, pengkaji membuat perbandingan antara pemerhatian kebolehan murid dalam membaca notasi semasa awal kitaran satu dan akhir kitaran satu (rujuk rajah 1). Dari hasil dapatan pemerhatian, nampaknya terdapat perubahan dari segi kebolehan murid membaca notasi. Murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam membaca notasi sepanjang satu bar dari tiga orang bertambah ke 24 orang yang boleh membaca notasi. Manakala terdapat hanya tiga orang murid yang boleh membaca notasi sepanjang dua bar pada awal kitaran satu tetapi pada akhir kitaran satu murid-murid yang boleh membaca notasi sepanjang dua bar meningkat ke 20 orang murid yang boleh membaca dengan betul. Di samping itu, murid-murid yang boleh membaca notasi sepanjang tiga bar bertambah 14 orang dari mulanya hanya dua orang murid ke 16 orang yang boleh membaca dengan betul. Akhirnya, murid-murid yang boleh membaca notasi sebuah lagu pendek bertambah 14 orang juga tetapi mulanya hanya seorang murid sahaja yang boleh membaca notasi lagu dengan betul.

Rajah 2. Perbandingan Ujian Formatif Satu Hingga Ujian Formatif Empat (N=29)

Ujian Formatif

Dalam ujian formatif ini, pengkaji mendapati bahawa murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam menguasai kemahiran pembacaan notasi dalam menjawab ujian yang diberikan. Pada awalnya, hanya terdapat enam orang murid yang dapat keputusan cemerlang, 11 orang murid yang keputusan baik dan 12 orang murid yang keputusan lemah. Pada ujian kedua, terdapat seramai 11 orang yang mendapat keputusan cemerlang, 14 orang murid keputusan baik dan hanya empat orang murid yang mendapat keputusan lemah. Manakala pada ujian ketiga, murid yang mendapat keputusan cemerlang meningkat lagi sehingga 17 orang murid, keputusan baik menurun dari 14 orang murid ke lapan orang murid dan murid yang mendapat keputusan lemah masih kekal empat orang. Pada ujian keempat, peningkatan yang baik telah ditunjukkan, seramai 19 orang murid yang mendapat menguasai kemahiran membaca notasi dengan cemerlang, lapan orang murid yang baik dan hanya tinggal dua orang murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca notasi. Ujian Pra dan Pasca

3 3 2 1

24 20 16 15

0102030

Membaca notasisepanjang 1 bar

Membaca notasisepanjang 2 bar

Membaca notasisepanjang 3 bar

Membaca notasi lagupendek

Bil

an

ga

n M

uri

d

Kriteria

Kebolehan Murid

AwalAkhir

Page 56: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

206

Rajah 3 menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan peratusan yang memberangsangkan bagi gred A iaitu seramai sembilan orang yang mendapat gred ini berbanding dengan keputusan ujian pra bagi kitaran satu yang tiada murid mendapat gred A. Manakala murid-murid yang mendapat gred B turut meningkat dari dua orang ke 11 orang murid. Tambahan pula, perkara yang membanggakan pengkaji adalah tiada murid yang gagal dalam ujian pasca. Murid-murid yang berprestasi rendah ini telah melonjakkan diri supaya tidak gagal dan berjaya mendapat gred C dan gred B. Seramai sembilan orang murid yang berjaya mendapat gred C. Dengan hasil dapatan kajian itu, pengkaji boleh menyatakan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran koperatif model STAD dalam kitaran satu dan kitaran dua telah memberi kesan yang ketara kepada murid-murid dengan memahami konsep dan kepentingan menguasai kemahiran membaca notasi dalam Pendidikan Muzik.

5.5 Rumusan Kajian

Persoalan kajian telah dapat dijawab dengan menggunakan data yang diperolehi daripada instrumen kajian yang telah dijalankan. Kaedah pembelajaran koperatif model STAD sangat membantu murid-murid membaca notasi dalam klef trebel. Rentetan daripada pengetahuan yang diperolehi semasa aktiviti kumpulan yang dijalankan membantu murid-murid membaca notasi di dalam skor dengan betul dan tepat. Menurut Gordon (1995) telah membuktikan bahawa kemahiran muzik dapat dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang dapat memperkembangkan kemahiran sosial antara satu sama lain.

5.6 Refleksi

Secara keseluruhannya, kaedah pembelajaran koperatif model STAD membantu meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik murid. Pengkaji mendapati bahawa pelaksanaan kajian ini membantu meningkatkan kualiti pengajaran pengkaji dan juga dapat mengesan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri pengkaji serta berusaha untuk memperbaikinya. Selain itu, pengkaji berharap hasil kajian ini dapat menjadi rujukan dan paduan kepada guru-guru yang ingin memperbaiki pengajaran dan pembelajaran mereka. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan refleksi kajian ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh

pengkaji lakukan sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Antaranya kajian seterusnya ialah gabungan kemahiran permainan rekoder atau nyanyian dalam pembacaan notasi bagi meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik. Selain itu, pengaplikasian jenis kaedah pembelajaran koperatif lain seperti kaedah Jigsaw atau juga kaedah Team-Game Tournament (TGT) dalam pembacaan notasi muzik juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik. Tambahan pula, penambahan jenis not dalam pembacaan notasi juga boleh membantu murid membezakan jenis notasi dan kedudukan notasi muzik.

RUJUKAN Gordon. (1995). Cooperative learning for better performance. Music Educators Jurnal, 82(2), 26-28. Kementrian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan perkembangan pendidikan malaysia 2013-2025 –

pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Putrajaya: Kementrian Pendidikan Malaysia. Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1988). Kajian tindakan: Model, konsep & amalan dalam pengajaran.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tang Pan-Hang. (2006). Enhancing students’ experiences in music composition through music

notation software. Australian online journal of the artseducation, 2(3), 1-15.

Page 57: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

207

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA DALAM METER MENGGUNAKANPERISIAN EAR MASTER PRO DALAM KALANGAN

MURID TAHUN 5 BESTARI

Oleh:

FARID BIN P. SAMMUDDIN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini membantu menambahbaik kemahiran memainkan corak irama dalam meter bagi murid tahun 5. Objektif kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dengan berbantukan perisian EarMaster Pro. Sepanjang sesi praktikum yang pengkaji lalui menunjukkan bahawa majoriti murid bermasalah dalam kemahiran memainkan corak irama. Masalah ini merujuk kepada gabungan aspek bacaan dan memainkan corak irama secara tepukan atau memainkan alat perkusi. Tinjauan masalah telah dilakukan terhadap kumpulan sasaran yang terdiri daripada 26 orang murid daripada kelas Tahun 5 Bestari. Murid-murid ini bersekolah di salah sebuah sekolah kebangsaan sekitar Kuala Lumpur dan telah dikelaskan mengikut jantina iaitu seramai 11 orang murid lelaki dan 15 murid perempuan. Pengaplikasian perisian EarMaster Pro telah dilaksanakan sebanyak lima kali bagi dua sesi kitaran kajian. Setiap aktiviti memerlukan masa selama sejam bagi mencapai kehendak objektif aktiviti berpandukan objektif kajian yang telah dirangka. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen pengumpulan data semasa menjalankan kajian ini iaitu pemerhatian, ujian formatif, ujian pra dan ujian pos. Keputusan ujian pos mencatatkan peningkatan sebanyak 84% pada tahap pencapaian cemerlang berbanding ujian pra yang tidak mencatatkan sebarang peratusan. Tuntasnya, penggunaan perisian EarMaster Pro dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama. Cadangan kajian selanjutnya oleh pengkaji ialah menggunakan perisian dengan meningkatkan bacaan semerta corak irama. Kata kunci: Pendidikan Muzik, perisian EarMaster Pro, corak irama dan meter 1.0 PENDAHULUAN

T. Galianski (2009) berpendapat ‘Music allows students to experience a much more realistic view of the common job market with its emphasis on teamwork and as well as developing a student’s active listening skills.’ Jelaslah bahawa muzik dapat memperkembangkan imaginasi, cara bekerjasama, kawalan diri, pemikiran yang lebih kreatif dan pendengaran yang aktif. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi subjek Pendidikan Muzik. Kurikulum ini bertujuan membantu guru memahami objektif dan kehendak sukatan pelajaran ini. Antara objektif Pendidikan Muzik yang penting ialah murid dapat mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik serta membaca dan menulis notasi muzik.

Pengkaji telah memilih untuk membuat kajian berkaitan dengan meningkatkan kemahiran

memainkan corak irama yang mengandungi not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat dalam meter dengan menggunakan perisian EarMaster Pro bagi murid-murid tahun 5. Perisian ini dipancarkan menggunakan projektor dan segala corak irama yang dimainkan dirakam menggunakan mikrofon. Secara langsung, kajian ini akan membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran aras tiga iaitu membaca notasi muzik yang betul menggunakan alat muzik bagi sukatan pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 5. 2.0 FOKUS KAJIAN

Isu-isu yang dikenalpasti semasa pengkaji menjalankan kajian di sekolah ialah murid-murid tidak dapat mengingat nilai not, keliru membanding beza nilai not dan tidak pernah merasai nilai not melalui sebutan irama Perancis. Sehubungan dengan itu, tinjauan awal telah dijalankan bagi memastikan permasalahan ini berlaku. Dua instrument tinjauan awal telah digunakan iaitu pemerhatian terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta temubual bersama Guru X. Isu utama yang dikenalpasti ialah murid bermasalah dalam memainkan corak irama dalam meter .

Page 58: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

208

Oleh itu, pengkaji telah menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet dalam meter . Segala pencapaian murid sepanjang penggunaan perisian ini akan direkodkan. Selain itu, segala kesilapan akan dianalisis dengan bantuan indikator yang terdapat pada perisian. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan not kuaver, krocet, minim, dan tanda rehat krocet dalam meter dalam kalangan murid-murid tahun 5 Bestari. 3.2 Objektif Khusus

Murid dapat menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan not kuaver dan krocet dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not yang betul.

Murid dapat menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan not kuaver, krocet dan minim dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not yang betul.

Murid dapat menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not yang betul.

Murid dapat menggunakan perisian EarMaster Pro memainkan kastanet atau loceng mengikut corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter dengan mengikut tempo dan nilai not yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan murid seramai 26 orang murid di sebuah sekolah

kebangsaaan sekitar Lembah Klang. Murid kelas ini terdiri daripada gabungan empat bangsa iaitu Melayu, Bidayuh, Iban dan Kadazan. Subjek kajian tidak mempunyai latar belakang Pendidikan Muzik di luar, tetapi mereka menunjukkan minat semasa mempelajari subjek ini. 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menjalankan dua kitaran sepanjang kajian ini berlangsung. Kitaran pertama terdiri daripada empat aktiviti manakala kitaran kedua terdiri daripada dua aktiviti.

5.1 Cara Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah pemerhatian, ujian formatif, ujian pra dan ujian pos. Pemerhatian Berstruktur

Instrumen ini digunakan kerana pengkaji dapat mengenalpasti terlebih dahulu aspek-aspek yang hendak diperhatikan. Pengkaji telah melihat aspek penguasaan nilai not, perbandingan nilai not, ketepatan memainkan corak irama, kelancaran tepukan atau memainkan corak irama dan bilangan ulangan tepukan corak irama sehingga betul. Borang senarai semak digunakan bagi mencatatkan pemerhatian pengkaji.

Ujian Formatif

Ujian Formatif dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dan dilaksanakan di dalam Pusat Sumber Sekolah. Suasana yang senyap diperlukan bagi mendapat rakaman memainkan corak irama dengan tepat tanpa sebarang buyi yang tidak diingini. Ujian formatif membantu pengkaji

Page 59: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

209

mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah. Ujian ini dijalankan bagi setiap aktiviti dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian ini bertujuan mengetahui prestasi murid sebelum dan selepas menjalankan intervensi. Ujian ini dijalankan secara individu dan murid dikehendaki menepuk lima jenis corak irama. Tahap kesukaran tepukan corak irama selari dengan penambahan bilangan bar. Not-not yang terlibat di dalam corak irama ini ialah krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet. Terdapat dua soalan yang terdiri daripada corak irama sepanjang dua bar dan tiga bar, selebihnya satu soalan yang terdiri daripada corak irama sepanjang empat bar. Semua corak irama ini adalah dalam meter dan

dimainkan mengikut tempo q =70.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berkenaaan dengan tinjauan yang dijalankan, pengkaji telah menganalisis dimana murid didapati tidak dapat menyatakan secara verbal nilai not yang dilihat dan mula meneka nilai not yang dipaparkan. Ini kerana kebanyakan murid tidak mengenali panjang pendek nilai not yang dilihat iaitu not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet. Di samping itu, murid-murid ini juga hanya mendiamkan diri apabila aktiviti sebutan irama perancis dijalankan. Ini disebabkan oleh mereka tidak langsung mengetahui dan didedahkan sebutan corak irama perancis bagi nilai not yang dipaparkan. Bagi kriteria ketiga yang diperhatikan menunjukkan bahawa murid tidak dapat menepuk corak irama dengan tempo dan nilai not yang betul. Ini berpunca daripada kekeliruan murid semasa menepuk corak irama yang melibatkan not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Sebanyak dua kitaran telah dijalankan pengkaji dalam usaha meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter . Kitaran pertama, dijalankan selama sejam bagi setiap aktiviti. Setiap aktiviti mempunyai empat langkah iaitu merasai nilai not, mengetahui dan menguasai nilai not, penggunaan perisian bagi menunjukkan ketepatan memainkan corak irama dan penilaian ketepatan memainkan corak irama. Jenis not diaplikasikan secara ansur maju iaitu bermula dengan not krocet dan kuaver, kemudian not minim dan akhir sekali tambahan tanda rehat krocet. Kitaran kedua pula hanya terdiri daripada dua aktiviti dan masih mengekalkan langkah dalam setiap aktiviti pada kitaran pertama. Perbezaannya pada kitaran kedua ini, semua not digunakan dalam setiap aktiviti. 5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Graf bar Keputusan antara Ujian Pra dan Pos dalam Kitaran Pertama

0 0

46

31

23

84

12

4

0 0

Cemerlang Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Keputusan antara Ujian Pra dan Ujian Pos (Kitaran 1)

Ujian Pra Ujian Pos

Page 60: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

210

Graf bar ini menunjukkan perbandingan antara keputusan ujian pra dan pos dalam kitaran 1. Secara umumnya, terdapat perubahan yang ketara pada tahap pencapaian murid iaitu pada ujian pra tiada peratusan yang menunjukkan murid berjaya mencapai tahap cemerlang dan baik berbanding pada ujian pos. Peningkatan ketara dapat dilihat pada ujian pos ialah seramai 22 orang murid (84%) mencapai tahap cemerlang manakala tiada peratusan cemerlang dicatatkan pada ujian pra. Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 3 orang murid (12%) yang mencapai tahap baik pada ujian pos berbanding ujian pra. Pengurangan sebanyak 11 orang murid (42%) yang mencapai tahap sederhana dapat dilihat pada ujian pos berbanding ujian pra yang melibatkan 12 orang murid (46%). Akhir sekali, penurunan sebanyak 31% dicatatkan pada tahap pencapaian lemah dan 23% pada tahap pencapaian sangat lemah pada ujian pos dapat dilihat berbanding ujian pra. Keseluruhannya, perubahan pencapaian yang positif dapat ditunjukkan pada hasil keputusan ujian pos berbanding ujian pra. 5.5 Rumusan Kajian

Rumusan kajian berfungsi untuk menjawab persoalan kajian dengan sokongan data yang diperolehi daripada keputusan kajian. Berikut merupakan jadual yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian.

Bil. Soalan Kajian Aspek Instrumen Sumber

1. Dapatkah murid menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan not kuaver dan krocet dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not dengan betul?

Tepukan Corak Irama

- Pemerhatian - Ujian Formatif I

Murid

2. Dapatkah murid menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan not kuaver, krocet dan minim dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not dengan betul?

Tepukan Corak Irama

- Pemerhatian - Ujian Formatif II

Murid

3. Dapatkah murid menggunakan perisian EarMaster Pro bagi meningkatkan kemahiran memainkan corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter dengan menepuk tangan mengikut tempo dan nilai not yang betul?

Tepukan Corak Irama

- Pemerhatian - Ujian Formatif III - Ujian Pra - Ujian Pos

Murid

4. Dapatkah murid menggunakan perisian EarMaster Pro memainkan kastanet atau loceng mengikut corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter dengan mengikut tempo dan nilai not yang betul?

Permainan Loceng dan Kastanet

- Ujian Formatif IV dan V

- Pemerhatian

Murid

Secara keseluruhannya, murid telah berjaya mencapai objektif-objektif kajian yang telah

ditetapkan dan telah menunjukkan perkembangan yang baik daripada segi perubahan tingkah laku serta peratusan dalam ujian-ujian yang diberikan.

5.5 Refleksi

Sepanjang kajian yang dijalankan, pengkaji dapati kaedah perisian EarMaster Pro ini membantu meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama yang mengandungi not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet dalam meter . Secara keseluruhan, semua persoalan kajian terjawab dan objektif kajian berjaya dicapai. Penggunaan perisian ini juga menarik perhatian murid kerana terdapat aplikasi pembelajaran secara visual, audio, bacaan dan kinestetik diterapkan kepada murid. Ini menyebabkan murid tidak cepat berasa bosan malah aktif semasa sesi kajian dijalankan. Selain itu kajian ini juga memberi pengalaman kepada pengkaji untuk merancang secara sistematik dan tersusun suatu kajian. Di samping itu, kekangan daripada segi masa turut berlaku kerana murid masih tidak biasa dan kurang keyakinan diri semasa proses rakaman memainkan corak irama berlangsung.

Page 61: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

211

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pada kajian yang seterusnya pengkaji bercadang untuk menggunakan perisian EarMaster Pro dalam meningkatkan bacaan semerta corak irama. Semasa proses meningkatkan tepukan corak irama sebenarnya murid telah mula menguasai kemahiran bacaan semerta corak irama. Murid tidak akan terkejut dengan kaedah kajian masa depan yang bakal dilakukan kerana sudah mula membiasakan diri dengan bacaan semerta corak irama. Semasa set induksi murid telah menguasai kemahiran mengimitasi tepukan pengkaji berdasarkan aktiviti ‘Tiru macam saya’.

Tambahan pula, perisian EarMaster Pro mempunyai aplikasi dalam membantu meningkatkan kemahiran mengimitasi corak irama. Maka, pengkaji bercadang untuk menjalankan kemahiran mengimitasi corak irama dengan menggunakan perisian ini. Di samping itu, pengkaji juga bercadang menambah nilai-nilai not yang lain dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama berbantukan perisian EarMaster Pro. Menurut Rudolph (2004) ‘technology can be used as a creative, performance, and learning tool for students.’ Ini bermaksud perisian ini boleh dijadikan alatan yang membantu meningkatkan kreativiti, persembahan dan pembelajaran murid dalam bidang muzik. Pertambahan nilai-nilai not ini akan meningkatkan penguasaan murid dalam memainkan corak irama terdiri daripada pelbagai jenis not. RUJUKAN T. Galianski (2009), A Philosophy on the importance of Music Education. Lethbridge Undergraduate

Research Journal 2009. Volume 4 number 1. Rudolph,T. (2004). Teaching music with technology 2nd ed. Chicago: GIA.

Page 62: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

212

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN KAEDAH TAKADIMI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 DINAMIK

Oleh:

JOANNE CHEE SZE MIN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah Takadimi yang diperkenalkan oleh Richard Hoffman, William Pelto, dan John W. White (1996) dalam meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter . Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang murid iaitu seramai 16 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, didapati bahawa murid mempunyai kemahiran yang lemah dalam memainkan corak irama dalam meter . Keadaan ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan terhadap kaedah memainkan corak irama dengan betul. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada penggunaan Kaedah Takadimi untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter . Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam Kitaran Satu dan Kitaran Dua telah mengajar murid cara menggunakan Kaedah Takadimi untuk menyebut, menepuk dan akhirnya memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dalam masa 4 minggu. Data dalam kajian ini telah dikumpul melalui Ujian Pra, Ujian Pos, pemerhatian berstruktur dan juga temubual separa berstruktur. Analisis data yang telah diperolehi daripada instrumen yang digunakan telah menunjukkan bahawa Kaedah Takadimi ini sememangnya sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter . Bagi kajian seterusnya pula, pengkaji mencadangkan agar Kaedah Takadimi ini digunakan untuk membantu murid dalam proses mencipta corak irama baru yang akan dimainkan oleh murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini dapat mengukuhkan kefahaman murid tentang corak irama dan sekaligus menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Kata kunci: Takadimi, corak irama, alat perkusi 1.0 PENDAHULUAN

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat Pendidikan Muzik adalah melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik serta dapat mengamalkan nilai murni. Hal ini adalah selaras dengan aspirasi pengetahuan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik dan sukan. Kurikulum Pendidikan Muzik di negara kita Malaysia mewajibkan setiap murid mempelajari tiga aspek utama dalam muzik iaitu nyanyian, permainan alat perkusi dan permainan rekorder. Dalam konteks kajian ini, adalah dikenalpasti bahawa murid kurang berkemahiran dalam memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Irama merupakan nadi kepada muzik dan merangkumi elemen seperti detik, meter, tekanan, nilai not dan tempo dan perlu dikuasai oleh semua murid. Tanpa kemahiran elemen yang disebut ini, murid tidak akan mampu menguasai kemahiran memainkan corak irama. Apabila murid tidak dapat menguasai kemahiran memainkan corak irama, peringkat dan kemahiran seterusnya dalam muzik seperti nyanyian dan permainan alat muzik tidak akan dapat dikuasai oleh murid. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Takadimi yang diperkenalkan oleh Richard Hoffman, William Pelto dan John W.White bagi meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter . 2.0 FOKUS KAJIAN

Beberapa isu telah dikenalpasti semasa pengkaji meminta murid memainkan corak irama dalam meter . Isu pertama ialah murid-murid didapati selalu keliru dan asyik melakukan kesilapan yang sama seperti mengira dengan kadar yang terlalu laju dan tidak konsisten. Isu kedua pula ialah murid keliru dengan corak irama yang dimainkan apabila pengkaji menggunakan kaedah sebutan

Page 63: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

213

berirama yang diperkenalkan oleh Kodaly. Isu ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah murid tidak dapat menyebut corak irama sambil memainkan alat perkusi dengan koordinasi yang baik. Murid hanya sekadar cuba-cuba menyebut corak irama tersebut sambil mengoyang-goyangkan alat perkusi sesuka hati. Isu keempat yang telah timbul adalah murid-murid sekadar mengimitasi perlakuan pengkaji sahaja apabila memainkan corak irama. Kesimpulannya, murid-murid Tahun 5 Dinamik amat lemah dan tidak mahir dalam memainkan corak irama dalam meter . Oleh itu, dalam kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji, Kaedah Takadimi telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter . 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 Dinamik dalam memainkan corak irama dengan menggunakan Kaedah Takadimi. 3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan Kaedah Takadimi, kemahiran murid menyebut corak irama dapat dipertingkatkan.

Dengan menggunakan Kaedah Takadimi, kemahiran murid menyebut dan menepuk corak irama dapat dipertingkatkan.

Dengan menggunakan Kaedah Takadimi, kemahiran murid memainkan corak irama dengan menggunakan alat perkusi dapat dipertingkatkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan terhadap 30 orang murid di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Murid-murid Tahun 5 Dinamik tersebut adalah berbilang kaum di mana terdapatnya seorang murid Cina, tiga orang murid India dan yang selebihnya Melayu. Semua murid adalah berumur 11 tahun dan terdiri daripada 16 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Murid-murid telah dikenalpasti melalui tinjauan awal yang telah dijalankan. Pengkaji turut mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 Dinamik sangat aktif dalam kelas muzik dan tidak dapat duduk setempat dan mengekalkan fokus untuk sesuatu yang diulang-ulang untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Takadimi yang mencabar supaya minat murid dapat dikekalkan dan seterusnya meningkatkan kemahiran mereka dalam memainkan corak irama dalam meter . 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kitaran sepanjang kajian untuk meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 Dinamik dalam memainkan corak irama dalam meter dengan menggunakan Kaedah Takadimi. Empat aktiviti telah dijalankan dalam Kitaran Satu manakala dua aktiviti telah dijalankan dalam Kitaran Dua. Kedua-dua kitaran kajian yang dijalankan ini adalah dirancang dan dijalankan berdasarkan Model Stephen Kemmis dan Robin McTaggart (1988). 5.1 Cara Mengumpulkan Data

Bagi menilai kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter , pengkaji telah melaksanakan tinjauan awal dengan menggunakan tiga instrumen iaitu temubual separa berstruktur, pemerhatian berstruktur dan soal selidik demografi. Ketiga-tiga instrumen kajian yang digunakan ini bertujuan untuk mengukur kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter sebelum kitaran kajian dijalankan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Temubual separa berstruktur bersama guru muzik menunjukkan bahawa murid sebenarnya tidak mempunyai asas dalam muzik yang kukuh dan semua murid kajian tidak pernah mengikuti sebarang kelas tambahan atau kelas muzik di luar waktu sekolah dan mempunyai pencapaian sederhana sahaja dalam kelas Pendidikan Muzik. Temubual separa berstruktur bersama murid pula

Page 64: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

214

menunjukkan bahawa murid tidak yakin dengan kebolehan diri dan masih kurang mahir dan teragak-agak dalam membaca corak irama. Pemerhatian berstruktur pula menunjukkan bahawa ramai murid berada di kategori yang sangat lemah dan lemah dalam kemahiran memainkan corak irama. Data yang dianalisis daripada soal selidik demografi pula menunjukkan bahawa murid kurang berminat dengan mata pelajaran muzik. Dari sini, dapatlah pengkaji membuat kesimpulan bahawa murid sebenarnya tidak dapat menguasai kemahiran dalam memainkan corak irama dalam meter sebelum kitaran kajian dijalankan. 5.3 Tindakan Menangani Masalah Kitaran Satu

Ujian Pra telah dilaksanakan sebelum empat aktiviti dalam Kitaran Satu dijalankan. Sepanjang

aktiviti yang dijalankan dalam Kitaran Satu, empat corak irama iaitu Corak Irama 1, 2, 3 dan 4 digunakan. Pengkaji telah memulakan Aktiviti 1 dengan menggunakan kad imbasan Konsep Takadimi untuk memperkenalkan Konsep Takadimi kepada murid-murid. Murid kemudian diminta untuk mengisi lembaran kerja yang diedarkan dengan sebutan Takadimi yang sesuai bagi keempat-empat corak irama. Aktiviti 2 pula dimulakan dengan ulangkaji konsep asas Kaedah Takadimi dan diteruskan dengan pembacaan keempat-empat corak irama. Kemudian, Aktiviti 3 diteruskan dengan mengulangkaji konsep asas Kaedah Takadimi dan seterusnya membaca Corak Irama 1, 2, 3, dan 4 sambil menepuk mengikut corak irama. Aktiviti terakhir dalam Kitaran Satu iaitu Aktiviti 4 turut dimulakan dengan mengulangkaji konsep asas Kaedah Takadimi dan kemudiannya diteruskan lagi dengan memainkan Corak Irama 1, 2, 3, dan 4 dengan menggunakan alat perkusi Keempat-empat aktiviti tadi melibatkan instrumen pemerhatian berstruktur. Setelah keempat-empat aktiviti dijalankan, Ujian Pos Kitaran Satu telah dilaksanakan untuk melihat peningkatan dalam kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter . Kitaran Dua

Sepanjang aktiviti yang dijalankan dalam Kitaran Dua, sembilan corak irama iaitu Corak Irama

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 digunakan. Terdapat dua aktiviti yang telah dijalankan dalam Kitaran Dua kajian. Pengkaji telah memulakan Aktiviti 1 dengan ulangkaji konsep asas Kaedah Takadimi menggunakan kad imbasan yang sama seperti dalam Kitaran Satu kajian. Murid kemudiannya diberikan arahan untuk menepuk meja dengan kedua-dua tangan sambil menyebut Corak Irama 1-9. Kitaran Dua kemudian diteruskan lagi dengan Aktiviti Dua. Aktiviti Dua dimulakan dengan mengulangkaji konsep asas Kaedah Takadimi dan diteruskan dengan menepuk Corak Irama 1-9. Murid kemudiannya diedarkan alat perkusi dengan diminta untuk memainkan Corak Irama 1-9 dengan menggunakan alat perkusi yag diedarkan tersebut. 5.4 Keputusan Kajian Ujian Pra, Ujian Pos Kitaran Satu, Ujian Pos Kitaran Dua

Jadual 1 Rumusan Dapatan Instrumen Ujian

SOALAN

UJIAN PRA UJIAN POS KITARAN 1 UJIAN POS KITARAN 2

BIL BETUL PERATUS (%)

BIL BETUL

PERATUS (%) BIL BETUL

PERATUS (%)

1 11 36.66 20 66.66 28 93.33 2 6 20.00 18 60.00 24 80.00 3 6 20.00 16 53.33 22 73.33 4 4 13.33 15 50.00 21 70.00 5 2 6.66 14 46.66 20 66.66 6 1 3.33 14 46.66 19 63.33 7 5 16.66 20 66.66 28 93.33 8 3 10.00 14 46.66 24 80.00 9 2 6.67 13 43.33 22 73.33 10 1 3.33 11 36.66 18 60.00 11 0 0.00 8 26.66 16 53.33 12 0 0.00 7 23.33 13 43.33

JUMLAH 41 11.38% 170 47.22% 255 70.83%

Page 65: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

215

Jadual 1 telah menunjukkan rumusan hasil dapatan daripada instrumen ujian yang digunakan sepanjang kajian dijalankan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat dalam Ujian Pra, Ujian Pos Kitaran Satu dan Ujian Pos Kitaran Dua. Bilangan soalan yang berjaya dijawab dengan betul telah meningkat dengan ketara dari 11.38% kepada 47.22% dan seterusnya 70.83%. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Kaedah Takadimi ini sebenarnya telah membantu dalam meningkatkan kemahiran murid memainkan corak irama dalam meter . 5.5 Rumusan Kajian

Bagi menjawab persoalan kajian 1 dan 2 yang berkenaan dengan kemahiran murid dalam menyebut corak irama dalam meter , data daripada instrumen pengumpulan data pemerhatian berstruktur telah digunakan. Berdasarkan data yang dikumpul menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur sewaktu Aktiviti Dua dalam Kitaran Satu, adalah didapati bahawa murid sudah boleh menyebut corak irama dalam meter dengan menggunakan Kaedah Takadimi. Selain itu, melalui pemerhatian pengkaji juga, murid selesa menggunakan Kaedah Takadimi ini sewaktu menyebut corak irama yang ditunjukkan. Sebutan yang digunakan dalam Kaedah Takadimi ini dilihat sangat menarik perhatian murid. Oleh itu, penggunaan sebutan Kaedah Takadimi ini sememangnya terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter . Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hoffman, Pelto & White (1996).

Bagi menjawab persoalan kajian 3 pula, dapatan daripada Ujian Pra, Ujian Pos Kitaran Satu dan Ujian Pos Kitaran Dua telah dikumpul dan dianalisis. Ujian-ujian ini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A (teori) telah menilai penguasaan murid terhadap konsep asas Kaedah Takadimi manakala Bahagian B (amali) pula menilai kemahiran murid dalam memainkan corak irama dalam meter dengan menggunakan alat perkusi. Dapatan keseluruhan Ujian Pra yang telah dianalisis menunjukkan bahawa murid sebenarnya sangat lemah dalam kemahiran memainkan corak irama dalam meter secara semerta. Aktiviti Kitaran Satu kemudiannya dijalankan dan murid dinilai semula dengan Ujian Pos Kitaran 1. Kemudian, sesi aktiviti tambahan (pengayaan) yang melibatkan beberapa corak irama baru telah dijalankan dalam Kitaran Dua. Ujian Pos Kitaran Dua diberikan di penghujung Kitaran Dua.

Persoalan kajian yang pertama, kedua dan ketiga telah dapat dijawab menggunakan data yang diperoleh daripada instrumen pengumpulan data yang telah digunakan. Secara kesimpulanya, bolehlah dikatakan bahawa Kaedah Takadimi ini amat berkesan dan telah berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dalam meter . Kajian ini telah berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. 5.6 Refleksi

Kekuatan yang telah dikenalpasti oleh pengkaji adalah apabila objektif umum kajian yang telah ditetapkan iaitu meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 Dinamik dalam memainkan corak irama dalam meter dengan menggunakan Kaedah Takadimi telah dapat dicapai. Pengkaji berpendapat bahawa pencapaian objektif ini merupakan peningkatan dari segi kemahiran murid memainkan corak irama. Kaedah Takadimi yang digunakan dilihat sangat membantu murid-murid dalam pembacaan corak irama yang seterusnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Buktinya, hasil perbandingan keputusan antara Ujian Pra, Ujian Pos Kitaran Satu dan Ujian Pos Kitaran Dua menunjukkan peningkatan kemahiran murid-murid dalam memainkan corak irama.

Pengkaji juga dapat melihat bahawa murid-murid sudah semakin yakin sekiranya diminta untuk memainkan corak irama. Penggunaan konsep asas Kaedah Takadimi ini bagi mewakili setiap not yang dilihat dalam corak irama sangat membantu murid dalam mengenal pasti nilai not tersebut dan seterusnya menepuk dan memainkan corak irama yang dilihat dengan betul. Masalah yang timbul sebelum kajian iaitu murid keliru dengan kaedah sebutan Kodaly yang digunakan sebelum ini juga dapat diselesaikan. Murid sudah tidak lagi melakukan kesalahan “terlebih sebutan” bagi notasi kuaver dalam corak irama. Contohnya, murid sering menyebut notasi kuaver dalam corak irama seperti dengan tidak tepat. Antara sebutan yang disebut sebelum kajian dijalankan adalah “ti,ti,ti,ti,ti,ti,ti,ti,tiii..ti”. Namun selepas murid diperkenalkan Kaedah Takadimi, masalah ini telah berjaya selesaikan kerana murid sudah tidak menggunakan sebutan “ti” yang sama bagi kelapan-

Page 66: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

216

lapan notasi kuaver tersebut. Sebaliknya murid telah menggunakan sebutan “Ta-ka-di-mi, Ta-ka-di-mi” yang lebih praktikal dan jelas menunjukkan setiap notasi kuaver yang sudah disebut.

Namun, pengkaji mendapati bahawa tempoh masa 30 minit yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah terlalu singkat dan tidak mencukupi. Ini telah menyebabkan murid-murid lemah tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran memainkan corak irama dalam meter yang telah diajar dalam masa yang terlalu singkat.Pengkaji percaya bahawa sekiranya Kaedah Takadimi ini terus diamalkan oleh murid-murid sewaktu memainkan corak irama, mereka akan menjadi sangat mahir dalam kemahiran memainkan corak irama secara semerta. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji mencadangkan supaya murid menggunakan Kaedah Takadimi ini untuk membina corak irama baru dan yang kemudiannya akan digunakan di dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji. Contohnya aktiviti pembinaan corak irama baru oleh murid boleh dimulakan dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan terlebih dahulu. Murid kemudiannya diberikan dua bar corak irama. Seterusnya murid diminta untuk bekerja bersama-sama untuk membina corak irama baru yang akan dimainkan dengan menggunakan Kaedah Takadimi yang dipelajari. Semua murid diminta untuk terlibat dalam aktiviti perbincangan tersebut dan murid-murid boleh memperkembangkan daya kreativiti mereka dalam mencipta corak irama baru. Peranan pengkaji hanyalah sekadar fasilitator di sini. Keadaan ini sekaligus menjadikan murid bukan sahaja boleh memainkan corak irama tetapi juga boleh mencipta corak sendiri menggunakan Kaedah Takadimi yang dibina.

Rasional bagi cadangan ini adalah supaya murid-murid dapat meneroka pelbagai corak irama yang dibina sendiri berdasarkan daya kreativiti mereka. Keadaan ini menjadikan mata pelajaran muzik menyeronokkan dan mencabar bagi murid. Nilai bekerjasama juga akan dapat dipelajari sekiranya cadangan ini dijalankan kerana perbincangan untuk membina corak irama perlulah dilakukan secara berkumpulan dan corak irama tersebut mestilah mencapai kata sepakat daripada semua ahli kumpulan tersebut. Bakat terpendam murid dalam penggubahan corak irama boleh dicungkil dan seterusnya digilap supaya dapat menjadi komposer lagu terkenal pada suatu hari nanti. RUJUKAN Ester, D. (2005). Ball state university music education and takadimi. United States:Ball State

University. Ester, D. P., Scheib, J.W. & Inks, K. J. (2006) Takadimi: A rhythm system for all ages. Music

Educators Journal, 93 (2), 60-65.

Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik KBSR. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hoffman, R., Pelto, W. & White, J. (1996). Takadimi: A beat-orientated system of rhythm Pedagogy: Journal of Music Theory Pedagogy, 10, 7-30.

Houlahan, M., Tacka, P. (2008). Kodaly Today: A cognitive approach to elementary music education. New York, NY: Oxford University Press.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner: Action research and the critical analysis of pedagogy. Melbourne: Deakin University.

Page 67: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

217

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN

ALAT PERKUSI MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 IXORA

Oleh:

KHOR FU FEI

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi melalui kaedah pembelajaran koperatif Student Teams Achievement Division (STAD). Objektif kajian bertumpu kepada kemahiran menepuk sambil menyebut sebutan irama, bermain corak irama dan mengiringi lagu kanak-kanak menggunakan alat perkusi. Seramai 33 orang murid perempuan Tahun 4 Ixora dijadikan subjek kajian. Tinjauan awal dijalankan melalui ujian diagnostik dan pemerhatian berstruktur. Hasil yang didapati daripada ujian diagnostik menunjukkan 49 peratus murid sahaja yang berjaya mendapat markah penuh manakala melalui pemerhatian, murid-murid didapati sangat lemah dalam menepuk dan bermain corak irama. Oleh itu, isu yang dikenal pasti ialah murid-murid tidak dapat bermain corak irama menggunakan alat perkusi. Sebanyak empat aktiviti dijalankan dalam pelaksanaan intervensi kitaran pertama dan dua aktiviti dalam kitaran kedua. Pengumpulan data adalah melalui ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur, dokumen analisis dan diari. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah STAD berjaya meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dalam kalangan murid-murid. Peningkatan kemahiran dibuktikan melalui perbandingan ujian pra dengan ujian pos yang menunjukkan peningkatan pada tahap cemerlang iaitu dari 3.03 peratus ke 69.70 peratus. Oleh itu, melalui kajian ini, kaedah STAD berjaya meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Cadangan kajian seterusnya ialah penambahan jenis not dan tanda rehat serta aplikasi pengetahuan corak irama dalam permainan rekoder. Kata kunci: Student Teams Achievement Division (STAD), corak irama, alat perkusi 1.0 PENDAHULUAN

Kajian tindakan ini berfokus kepada peningkatan kemahiran memainkan corak irama dalam meter lazim empatan menggunakan alat perkusi tidak berpic. Corak irama dimainkan untuk mengiringi lagu sepanjang lapan bar. Berdasarkan kandungan kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah, murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis notasi muzik seterusnya mengenali corak irama dan mengaplikasikan kemahiran ini dalam permainan alat perkusi tidak berpic. Rasional pemilihan tajuk kajian tentang kemahiran bermain notasi muzik menggunakan alat perkusi ialah murid-murid dapat menggunakan domain kognitif semasa mengenal nilai not dan membaca corak irama serta domain psikomotor semasa bermain alat perkusi.

Antara hasil dapatan pengaplikasian pembelajaran kaedah STAD dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid-murid menunjukkan peningkatan pembelajaran aras rendah dan tinggi berdasarkan Taksonomi Bloom. Perkara ini sejajar dengan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) yang mengetengahkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kajian juga membuktikan bahawa kumpulan murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran koperatif menunjukkan pencapaian yang paling tinggi dan juga kemahiran penaakulan yang sangat baik. Salah satu kemahiran yang difokuskan oleh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah kemahiran menaakul (Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan itu, pembelajaran koperatif yang dapat meningkatkan kemahiran menaakul murid sesuai digunakan dalam kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dikenal pasti.

Page 68: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

218

2.0 FOKUS KAJIAN

Antara isu yang dikenal pasti semasa pengkaji menjalankan praktikum di sekolah ialah murid-murid tidak berjaya menepuk corak irama tanpa panduan pengkaji, murid-murid tidak mengenal nilai not, murid-murid menghafal corak irama dan bukan membaca corak irama serta murid-murid tidak dapat memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Dengan itu, tinjauan awal telah dijalankan untuk mengenal pasti isu pokok dan menentukan fokus kajian. Sehubungan itu, ujian diagnostik dan pemerhatian berstruktur digunakan dalam tinjauan awal untuk mengumpul data. Berdasarkan tinjauan awal, isu pokok yang dikenal pasti oleh pengkaji ialah murid-murid tidak berupaya memainkan corak irama menggunakan alat perkusi.

Pengkaji memilih kaedah pembelajaran koperatif STAD untuk menangani masalah yang

dikenal pasti. Terdapat pendapat yang mengatakan kaedah STAD adalah kaedah yang paling mudah dan telah dikaji secara meluas berbanding dengan kaedah koperatif yang lain. Slavin (1995) berpendapat bahawa STAD merupakan sebuah alat yang berkesan untuk guru yang masih baharu

dalam pembelajaran koperatif. Tambahan lagi, Wyk (2012) berpendapat bahawa kaedah STAD

adalah kaedah yang paling mudah dan telah dikaji secara meluas berbanding dengan kaedah koperatif yang lain. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi melalui kaedah pembelajaran Student Teams Achievement Division (STAD). 3.2 Objektif Khusus Pada akhir sesi kajian,

dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Students Teams Achievement Division (STAD), kemahiran murid-murid menepuk corak irama yang terdiri daripada not semibrif, minim, krocet, kuaver dan tanda rehat krocet dalam meter lazim empatan dapat dipertingkatkan;

dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Students Teams Achievement Division (STAD), murid-murid dapat menepuk sambil menyebut sebutan irama bagi not semibrif, minim, krocet, kuaver dan tanda rehat krocet;

dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Students Teams Achievement Division (STAD), kemahiran murid-murid bermain corak irama dalam meter lazim empatan menggunakan alat perkusi kastenet, loceng, tamborin dan kerincing dapat dipertingkatkan.

dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Students Teams Achievement Division (STAD), kemahiran murid-murid bermain corak irama mengiringi lagu kanak-kanak dalam meter lazim empatan sepanjang lapan bar dapat dipertingkatkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 33 murid dari kelas 4 Ixora di Sekolah Kebangsaan X terlibat dalam kajian ini. Semua murid adalah murid perempuan dan berumur 10 tahun. Seramai 22 orang murid Melayu, seorang murid berbangsa Cina, sembilan orang murid berbangsa India dan seorang murid berbangsa lain-lain. Murid-murid mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dan rendah. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Intervensi kajian tindakan dibahagikan kepada empat aktiviti untuk kitaran pertama dan dua aktiviti dalam kitaran kedua. Setiap aktiviti dijalankan selama 30 minit. Pengkaji menjalankan kajian tindakan berdasarkan model kajian tindakan Kemmis (Kemmis & McTaggart, 1988).

Page 69: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

219

5.1 Cara Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur, dokumen analisis dan diari. Setiap instrumen digunakan untuk mengumpul data berdasarkan objektif kajian yang disenaraikan.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Dua instrumen digunakan dalam tinjauan awal ialah ujian diagnostik dan pemerhatian berstruktur. Hasil daripada analisis tinjauan awal, pengkaji mengenal pasti isu yang ingin difokuskan dan merancang aktiviti intervensi untuk mengatasi masalah tersebut. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Intervensi yang dijalankan menjurus kepada pencapaian objektif kajian. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan menepuk dan menyebut corak irama, aktiviti memadankan jenis not, nilai not dengan sebutan irama, memainkan corak irama menggunakan alat perkusi, dan memainkan corak irama mengiringi lagu kanak-kanak. Kaedah pembelajaran STAD telah diaplikasikan semasa intervensi dijalankan di mana murid-murid pelbagai tahap pencapaian dibahagikan dalam kumpulan. Murid-murid dikehendaki berusaha mencapai tahap tingkah laku yang ditetapkan oleh pengkaji agar dapat menyumbangkan markah kepada kumpulan masing-masing. Murid-murid juga diingatkan bahawa pencapaian kumpulan adalah berdasarkan usaha dan peningkatan pencapaian individu. 5.4 Keputusan Kajian

Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dalam kajian ini. Pengkaji telah menganalisis data melalui graf bar, jadual rumusan pemerhatian, kaedah taburan kekerapan, dan jadual rumusan kata-kata kunci.

Ujian pra dan pos

Ujian pra dan pos digunakan untuk mengumpul data bagi persoalan kajian pertama dan ketiga. Ujian pra dilaksanakan sebelum pelaksanaan aktiviti intervensi kitaran satu manakala ujian pos dilaksanakan selepas pelaksanaan aktiviti intervensi kitaran dua. Hasil dapatan ujian dicatat dalam skala kadar. Ujian pra dan ujian pos dianalisis secara kuantitatif melalui pengiraan frekuensi dan peratus. Empat corak irama yang berbeza dalam ujian ini menilai kemahiran murid-murid dalam menepuk dan memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Jumlah skor dalam ujian pra dan ujian pos ialah sebanyak 80 peratus. Skor pemarkahan dihasilkan untuk memudahkan penentuan tahap pencapaian murid-murid.

Rajah 1. Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Peningkatan yang paling ketara dapat dikesan pada tahap cemerlang antara ujian pra dan

ujian pos di mana hanya terdapat 3.03 peratus pada ujian pra manakala telah mencapai 69.70 peratus pada ujian pos. Sebanyak 24.24 peratus murid gagal dalam ujian pra dan tiada murid yang gagal dalam ujian pos.

3.03

69.70

12.12 18.18

60.61

12.1224.24

00

20

40

60

80

Ujian Pra Ujian Pos

Pera

tus

Jenis Ujian

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Cemerlang Sederhana Tidak Memuaskan Gagal

Page 70: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

220

(b) Pemerhatian berstruktur Pemerhatian dilaksanakan untuk menjawab kesemua persoalan kajian. Pemerhatian dijalankan

pada setiap sesi intervensi kitaran satu dan kitaran dua. Sebelum menjalankan intervensi, aspek pemerhatian disenaraikan dalam senarai semak agar pengkaji mengetahui tingkah laku yang ingin diperhatikan semasa intervensi. Setiap aspek adalah berbeza bergantung kepada aktiviti yang dijalankan. Data pemerhatian dirumuskan dalam jadual pemerhatian berdasarkan item-item yang ditetapkan untuk setiap aktiviti intervensi.

Berdasarkan pemerhatian berstruktur dalam kitaran pertama, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan murid yang masih lemah dalam aspek memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Aktiviti berkumpulan menjadikan murid-murid bersikap kompeten dan murid-murid berjaya menguasai kemahiran menepuk sambil menyebut sebutan irama. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa intervensi kitaran dua, kemahiran memainkan corak irama menunjukkan peningkatan berbanding dengan aktiviti intervensi kitaran satu. Selain itu, murid-murid berupaya memainkan corak irama mengiringi lagu. Murid-murid juga menunjukkan minat dan lebih bersemangat apabila adanya lagu dalam aktiviti. Sikap ingin belajar disemai dalam diri murid-murid dan inisiatif membantu rakan telah meningkat seterusnya kerjasama antara ahli kumpulan memperlihatkan peningkatan yang ketara.

Secara keseluruhan, melalui pemerhatian berstruktur dalam kajian ini, pengkaji dapat

mengesan peningkatan dalam kelakuan dan tingkah laku dari segi kemahiran memainkan corak irama dalam aktiviti yang dijalankan.

(c) Dokumen analisis

Dokumen analisis dijalankan terhadap lembaran kerja yang diagihkan kepada murid-murid dan dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian kedua. Murid-murid telah menjawab dua lembaran kerja semasa kitaran pertama. Lantaran itu, kedua-dua skor yang diperoleh daripada lembaran kerja pertama dan lembaran kerja kedua dicatatkan dalam skala kadar.

Rajah 2. Perbandingan Keputusan Lembaran Kerja 1 Dan 2

Murid-murid yang mencapai tahap cemerlang telah meningkat dari 10 ke 25 manakala murid-

murid yang gagal telah berkurangan dari 11 ke sifar. Murid-murid yang mencapai tahap sederhana telah berkurangan dari 12 ke lapan orang. Secara keseluruhannya, murid-murid telah menunjukkan peningkatan keputusan dalam lembaran kerja dua.

(d) Diari Diari dicatat oleh pengkaji pada setiap akhir sesi aktiviti intervensi. Maklumat yang diperoleh daripada diari iaitu perasaan, reaksi, pandangan dan refleksi pengkaji dijadikan sebagai bukti sokongan hasil yang didapati daripada instrumen-instrumen lain. Diari digunakan untuk menjawab semua persoalan kajian. Kata-kata kunci daripada diari dikenal pasti daripada diari yang dicatat oleh pengkaji dan disenaraikan dalam bentuk jadual. Jadual rumusan kata-kata kunci daripada diari dibahagikan kepada dua iaitu diari kitaran pertama dan diari kitaran dua. Berdasarkan jadual rumusan kata-kata kunci daripada diari untuk aktiviti intervensi kitaran satu, persoalan kajian pertama dan kedua berjaya dicapai. Oleh itu, pengkaji merancang aktiviti kitaran dua berpandukan persoalan kajian ketiga dan keempat agar objektif kajian dapat dicapai pada akhir kajian. Melalui catatan diari kitaran dua, pengkaji mendapat murid-murid berupaya memainkan corak

10

25

12 8110

0

20

40

Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2Ke

ke

rap

an

Lembaran Kerja

Perbandingan Keputusan Lembaran Kerja 1 Dan 2

Cemerlang

Sederhana

Gagal

Page 71: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

221

irama empat bar bermeter empatan. Selain itu, pengkaji juga mendapati murid-murid berupaya memainkan corak irama menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu kanak-kanak sebanyak lapan bar. Perkara ini membuktikan bahawa objektif kajian ketiga dan keempat berjaya dicapai melalui kajian tindakan ini. 5.5 Rumusan Kajian Keempat-empat persoalan kajian dijawab menggunakan instrumen pengumpulan data. Berdasarkan keputusan kajian, semua persoalan kajian berjaya dijawab dan kajian tindakan ini berjaya dilaksanakan. Semua murid telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. 5.6 Refleksi

Setelah kaedah pembelajaran STAD diaplikasikan dalam aktiviti intervensi, murid-murid menunjukkan minat yang mendalam untuk belajar. Murid-murid bukan sahaja saling membantu semasa aktiviti, malah kemahiran memimpin berjaya dipupuk dalam kalangan murid sejajar dengan salah satu aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. Kelemahan yang didapati oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengawalan kelas terutamanya semasa aktiviti latihan dan perbincangan. Cadangan penambahbaikan ialah dengan menambah peneguhan negatif dalam aktiviti. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian seterusnya boleh dijalankan dengan menambah jenis-jenis not dan tanda rehat dalam

aktiviti intervensi. Antara cadangan aktiviti ialah latihan melukis jenis not, aktiviti gerakan, aktiviti menepuk sambil menyebut sebutan irama, aktiviti perbincangan dan latihan secara berkumpulan dan pembentangan.

Selain itu, pengkaji menyarankan agar kajian seterusnya melibatkan aplikasi pengetahuan corak irama dalam permainan rekoder. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun Empat, murid-murid perlu mahir memainkan not semibrif, minim, krocet dan kuaver dalam permainan rekoder. Oleh itu, murid-murid perlu menguasai pengetahuan tentang nilai not dan menggabungkannya dengan pengetahuan penjarian not G, A, B, C’ dan D’ agar dapat menghasilkan permainan rekoder yang baik. RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Pendidikan

Muzik Tahun Empat. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Australia: Deakin University Press. Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning (2nd ed.). United States of America: Allyn & Bacon. Wyk, M. M. V. (2012). The effects of the STAD- Cooperative learning method on student achievement,

attitude and motivation in economics education. Journal of Social Science, 33(2), 261-270.

Page 72: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

222

MENINGKATKAN KREATIVITI MENGIMPROVISASI DAN MENCIPTA CORAK IRAMA MELALUI KAEDAH RHYTHMIC SPEECH DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5

Oleh:

LOO JIA EN

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama melalui kaedah “Rhythmic Speech” dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Kumpulan sasaran terdiri daripada 25 orang murid perempuan yang dipilih sebagai subjek kajian ini. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal melalui pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur, penilaian berbentuk ujian diagnostik, dan penelitian dokumen. Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid-murid mempunyai kebolehan mengimprovisasi dan mencipta corak irama tetapi variasi dan kepelbagaian serta kreativiti adalah serba kekurangan. Lantaran itu, kajian ini berfokuskan kepada peningkatan kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama dengan menggunakan kaedah Rhythmic Speech. Pengkaji menggunakan kaedah Rhythmic Speech dalam intervensi yang dijalankan iaitu sebanyak dua kitaran. Kaedah temubual, pemerhatian berstruktur serta penilaian menjadi pilihan sebagai instrument pengumpulan data. Keputusan kajian menunjukkan penggunaan Rhythmic Speech ini mampu meningkatkan kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama dalam kalangan murid-murid tersebut. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan perolahan respon temubual, catatan dan analisis pemerhatian berstruktur yang dilakukan bagi setiap aktiviti serta perbandingan keputusan ujian pra dan pasca yang dilaksanakan pada intervensi kedua-dua kitaran kajian ini. Justeru, keberkesanan kaedah Rhythmic Speech ini dapat dibuktikan. Cadangan seterusnya ialah penyerapan unsur-unsur melodi dan dramatik dalam kaedah Rhythmic Speech sebagai satu cara bagi murid-murid mengeksplor corak irama yang pelbagai bagi meningkatkan kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama. Kata kunci: Rhythmic Speech, Mengimprovisasi dan Mencipta, Corak Irama 1.0 PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam kerangkanya telah menyarankan supaya guru sentiasa melaksanakan aktiviti yang boleh merangsang minda murid-murid supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan inovatif serta meningkatkan sifat kepimpinan mereka melalui aktiviti bilik darjah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula berbunyi bahawa insan yang menyeluruh adalah insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Dengan itu, Pendidikan Muzik merupakan satu subjek yang penting di mana ia memainkan peranan dalam proses perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana pembelajaran muzik akan melibatkan kesemua aspek dalam perkembangan individu. Antaranya ialah aspek kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Oleh itu, dapat dilihat bahawa Pendidikan Muzik merupakan satu mata pelajaran yang melibatkan pelbagai aspek dalam proses perkembangan kanak-kanak. Dalam kajian ini, kreativiti mengimprovisasi dan mencipta merupakan fokus utama secara keseluruhannya. Oleh demikian, pengkaji akan menggunakan kaedah Rhythmic Speech yang bermaksud sebutan berirama sebagai satu cara untuk meningkatkan kreativiti murid-murid dalam kemahiran mengimprovisasi dan mencipta corak irama yang sedia ada. Kaedah ini diperkenalkan oleh Carl Orff, seorang tokoh muzik yang mengemukakan idea ini. 2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus dalam kajian ini akan mengupas lebih mendalam lagi berkenaan langkah alternatif bagi meningkatkan kualiti pembelajaran bagi aspek permasalahan yang dikenal pasti, iaitu kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama yang pelbagai. Oleh itu, kaedah Rhythmic Speech yang dipelopori oleh Carl Orff telah digunakan oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini.

Page 73: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

223

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Pengaplikasian kaedah Rhythmic Speech daripada Pendekatan Orff untuk meningkatkan kreativiti murid-murid tahun 5 dalam kemahiran mengimprovisasi dan mencipta corak irama. 3.2 Objektif Khusus

Dengan pengaplikasian kaedah Rhythmic Speech oleh Pendekatan Orff, murid-murid dapat mengimprovisasi corak irama yang pelbagai sepanjang 4 bar mengikut kreativiti dan keupayaan diri dengan sesuai.

Dengan pengaplikasian kaedah Rhythmic Speech, murid-murid dapat mencipta corak irama yang pelbagai dan suaikan dalam frasa-frasa perkataan yang terdapat dalam keratan pantun dan cerita pendek yang diberi mengikut keupayaan diri dengan sesuai.

Dengan pengaplikasian kaedah Rhythmic Speech oleh Pendekatan Orff, murid-murid dapat mengimprovisasi corak irama yang pelbagai sepanjang 8 bar mengikut kreativiti dan keupayaan diri dengan sesuai.

Dengan pengaplikasian kaedah Rhythmic Speech, murid-murid dapat mencipta corak irama yang pelbagai dan suaikan dalam frasa-frasa perkataan yang terdapat dalam pantun dan cerita panjang yang diberi mengikut keupayaan diri dengan sesuai.

4.0 KUMPULAN SASARAN Seramai 25 orang murid perempuan dari tahun 5 Delima telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Murid-murid kumpulan sasaran ini merupakan golongan yang aktif dan ceria. Mereka suka bersoal jawab semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kokurikulum seperti choral speaking, action song, choir, gymnastik artistik dan gymnastic irama, storytelling, tarian dan sebagainya. Di samping itu, mereka juga mempunyai latar belakang muzik serta pengalaman muzikal di luar sekolah. 5.0 PELAKSANAAN INTERVENSI

Pengkaji telah menggunakan Model Kurt Lewin di mana ia mempunyai 4 fasa. Antara fasa-fasa yang terlibat ialah fasa perancangan, fasa tindakan, fasa pemerhatian dan fasa refleksi. Maka, intervensi kajian ini melibatkan dua kitaran, iaitu kitaran pertama dan kitaran kedua di mana fasa-fasa yang dialami adalah sama. 5.1 Cara Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan instrumen senarai semak dan video untuk kaedah pemerhatian, ujian diagnostik untuk kaedah penilaian, serta lembaran kerja untuk kaedah penelitian dokumen pada fasa tinjauan awal kajian ini. Bagi mengumpul data semasa kajian dijalankan pula, pengkaji telah menggunakan rakaman audio untuk kaedah temubual, rakaman video dan senarai semak untuk kaedah pemerhatian dan ujian pra dan pos yang berbentuk amali bagi kaedah penilaian. Walaupun kesemua aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan, tetapi analisis keputusan adalah secara individu. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan keputusan ujian diagnostik, pemerhatian dan pemberian lembaran kerja yang diberi kepada subjek kajian, dapat dirumuskan bahawa murid-murid ini mengalami masalah apabila di minta untuk mengimprovisasi dan mencipta corak irama yang pelbagai dan bervariasi. Mereka sering kali mengulang semula corak irama yang pernah ditepuk atau ditulis. Oleh itu, untuk membendung masalah ini, pengkaji telah menggunakan kaedah Rhythmic Speech sebagai cara utama dalam keseluruhan kajian ini.

Page 74: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

224

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Ujian Pra Ujian Pos

Pera

tus (

%)

Jenis Ujian / Tahap Pencapaian

Banding Beza Keputusan Ujian Pos Kitaran 1 & 2(Mengimprovisasi Corak Irama)

Lemah

Sederhana

Baik

5.3 Tindakan Menangani Masalah

KITARAN PERTAMA

AKTIVITI 1 Permainan “Question and Answer” secara berpasangan dalam bulatan.

AKTIVITI 2 Permainan sahut menyahut “Explore Words With Rhythms”

AKTIVITI 3 Aktiviti Pantun Pendek Berirama diiring dengan alat-alat perkusi.

AKTIVITI 4 Aktiviti Penceritaan Pendek Berirama diiring dengan alat-alat perkusi

KITARAN KEDUA

AKTIVITI 1 “Explore Words With Rhythms” Mengungkapkan ayat baru dengan spontan.

AKTIVITI 2 Aktiviti Penceritaan Panjang Berirama diiring dengan alat-alat perkusi

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Keputusan Ujian Pos Kitaran 1&2 (Mengimprovisasi Corak Irama)

Rajah di atas telah menunjukkan banding beza keputusan ujian pra dan ujian pos bagi ujian amali mengimprovisasi corak irama. Ia juga menunjukkan keputusan ujian pra dan pos berlandaskan pencapaian murid iaitu lemah, sederhana dan baik dalam kreativiti mengimprovisasi corak irama. Pada fasa ujian pra, seramai 7 orang (28%) murid yang lemah dalam ujian kreativiti mengimprovisasi corak irama, 12 orang (48%) murid yang mencapai tahap sederhana dan 6 orang (24%) mencapai tahap baik. Peningkatan telah ditunjukkan pada ujian pos di mana tiada lagi murid yang tergolong dalam kategori tahap lemah, 11 orang (44%) dalam kategori tahap sederhana dan 14 orang (56%) murid yang mencapai tahap baik bagi ujian pos. Lantaran itu, boleh dirumuskan bahawa majoriti murid telah menguasai kemahiran improvisasi dengan baik serta berupaya untuk mengimprovisasi corak irama yang pelbagai dan kreatif.

Page 75: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

225

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Ujian Pra Ujian Pos

Pera

tus (

%)

Jenis Ujian / Tahap Pencapaian

Banding Beza Keputusan Ujian Pos Kitaran 1 & 2(Mencipta Corak Irama)

Lemah

Sederhana

Baik

Rajah 2. Keputusan Ujian Pos Kitaran 1&2 (Mencipta Corak Irama) Rajah 2 di atas menunjukan banding beza keputusan ujian pos kitaran 1 dan kitaran 2 bagi penilaian Kemahiran Mengimprovisasi Corak Irama. Jadual di atas adalah berlandaskan pencapaian murid iaitu lemah, baik dan sederhana. Peningkatan dapat dilihat di mana bilangan murid yang berada pada peringkat pencapaian sederhana telah menurun pada ujian pos kitaran 2, iaitu daripada 11 orang (44%) ke 4 orang (16%). Manakala, bagi kategori baik, ia telah meningkat daripada 14 orang (56%) ke 21 orang (84%). Peningkatan ini agak memberangsangkan di mana Ia telah menunjukkan bahawa kaedah “Rhythmic Speech” ini berkesan dari segi peningkatan kreativiti murid dalam kemahiran mengimprovisasi corak irama. Lantaran itu, boleh dirumuskan bahawa majoriti murid telah menguasai kemahiran improvisasi dengan baik serta berupaya untuk mengimprovisasi corak irama yang pelbagai dan kreatif. 5.5 Rumusan Kajian

Berdasarkan keputusan kajian yang telah diperolehi, ia menunjukkan bahawa kaedah Rhythmic Speech telah memberi impak yang positif dalam meningkatkan kreativiti mengimprovisasi dan mencipta corak irama dalam kalangan murid-murid. Peningkatan pada kitaran pertama adalah baik manakala peningkatan yang mendadak dapat dilihat pada akhir kitaran kedua. Pemerhatian yang dilakukan telahpun menunjukkan bahawa murid-murid dapat mengimprovisasi dan mencipta corak irama yang pelbagai dan kreatif. Segala hasil kerja kumpulan menunjukkan kreativiti dan kekuatan masing-masing. Selain itu, berdasarkan temubual murid-murid berasa ia merupakan satu cara belajar topik ini yang menyeronokkan dan lebih mudah. Dengan itu, segala objektif dan persoalan kajian tercapai. 5.6 Refleksi

Selepas kaedah Rhythmic Speech digunakan untuk mengajar kemahiran improvisasi dan mencipta, murid-murid kelihatan lebih menumpukan perhatian sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran dan lebih seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang Murid-murid juga giat melibatkan diri dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka telah memberi respons yang positif sepanjang kitaran 1 dan kitaran 2 ini. Bahan bantuan mengajar yang disediakan tidak banyak dan berkos rendah. Alat-alat perkusi juga digunakan oleh murid-murid apabila diperlukan. Gubahan dan ciptaan yang dihasilkan secara kumpulan adalah menarik dan kreativiti kumpulan masing-masing terserlah. Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang wujud di sebaliknya. Kadang-kala, murid-murid terlalu seronok melibatkan diri sehingga mewujudkan kebisingan dalam kelas. Terutamanya apabila diberikan kerja kumpulan, masing-masing memerlukan ruang untuk berlatih. Disebabkan tempat hanya terhad pada bilik media, maka mereka hanya boleh berbincang dan berlatih di penjuru-penjuru dalam bilik. Keadaan bising tidak dapat dielakkan.

Page 76: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

226

Kesimpulannya, kaedah Rhythmic Speech ini adalah berkesan bagi meningkatkan kreativiti murid-murid dalam kemahiran mengimprovisasi dan mencipta corak irama bagi subjek Pendidikan Muzik sekolah rendah. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji telah mencadangkan melodi turut diterapkan sebagai salah satu unsur untuk menjadikan ia lebih menarik dan kreatif. Ini bermaksud, selain hanya mengungkapkannya dalam bentuk pertuturan, ia boleh dinyanyikan. Ia juga merupakan sesuatu yang mencabar di mana ia memerlukan fikiran murid yang kreatif dan inovatif. Selain itu, pengkaji juga menggalakkan penerapan unsur-unsur dramatik seperti perubahan intonasi, penggunaan dinamik, lakonan, perubahan jenis-jenis suara. RUJUKAN Johami Abdullah. (2010). Pendidikan Muzik Kontemporari (2 ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Cary, G. (2012). Kodaly and Orff : A Comparison Of Two Approaches In Early Music Education.

Journal of Social Sciences, 8(12), 180-194. Lindeman, P. H. (2004). The Musical Classroom : Backgrounds, Models and Skills for Elementary

Teaching (6 ed.). New Jersey: Prentice Hall. Mark, M. L. (1996). Contemporary Music Education (3 ed.). United States of America: Schirmer

Thomson Learning.

Nye, R. E. (1985). Music in the Elementary School (5 ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Nye, R. E. (1985). Music in the Elementary School. New Jersey: Prentice Hall.

Patricia Shehan Campbell, C. S.-K. (1995). Music in Childhood. New York: Schirmer Books.

Rosenboom, D. (1996). Improvisation And Composition - Synthesis And Integration Into The Music

Curiculum. In Proceedings, The 71st Annual Meeting (pp. 19-31). Reston: National

Asscosiation of Schools of Music.

Smith, J. A. (1997). Music Education : Historical Contexts and Perspectives. New Jersey: Prentice

Hall.

Whitecomb, R. (2010). Rhythmic Characteristics of Improvisational Drimming Among Preschool

Children. Research & Issues In Music Education, 8(1), 35-53.

Young, J. G. (1999). Primary Music Later Years. Philadelphia: Falmer Press.

Page 77: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

227

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAINKAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN PERKUSI BADAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 BERDASARKAN

KAEDAH EURHYTHMICS

Oleh:

LUM LI YUEN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaik kualiti pengajaran terhadap kemahiran membaca dan memainkan corak irama dalam kalangan murid Tahun 5 Inovatif yang terdiri daripada 22 murid lelaki dan 13 murid perempuan. Fokus kajian ini adalah pada kemahiran membaca dan memainkan corak irama yang melibatkan not kuaver, krocet dan krocet bertitik dalam meter lazim menggunakan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics oleh Dalcroze. Berdasarkan pengalaman praktikum, pengkaji mendapati bahawa murid tidak dapat membaca dan memainkan corak irama dengan betul. Pengkaji telah membuat tinjauan awal dengan menggunakan pemerhatian berstruktur dan temubual bagi mengenal pasti masalah yang timbul. Hasilnya, pengkaji mendapati bahawa kemahiran membaca corak irama murid adalah lemah dan perkara ini tidak boleh dibiarkan. Maka, pengkaji telah menggunakan kaedah Eurhythmics oleh Dalcroze bagi membendung masalah yang dikenal pasti. Instrumen pengumpulan data yang digunakan untuk mengutip data adalah melalui pemerhatian, senarai semak, ujian pra, ujian pos dan ujian penilaian. Hasil analisis data mendapati bahawa penggunaan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics ini berjaya meningkatkan kemahiran membaca dan memainkan corak irama yang melibatkan not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik dalam kalangan murid-murid. Justeru, pengkaji merumuskan bahawa penggunaan kaedah Eurhythmics telah berjaya meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 dalam membaca dan memainkan corak irama. Oleh itu, cadangan kajian seterusnya adalah untuk menambahkan jenis not yang lebih rumit seperti semikuaver, minim bertitik atau tanda-tanda rehat dalam corak irama. Selain itu, kaedah Eurhythmics digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama atau melodi dalam kalangan murid. Kata kunci: Eurhythmics, corak irama, perkusi badan 1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan salah satu daripada sebelas anjakan PPPM adalah mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan orang ramai. Bagi merealisasikan anjakan ini, para guru akan dinilai dari masa ke semasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Oleh yang demikian, para guru haruslah sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran masing-masing. Penyelidikan tindakan merupakan salah satu cara bagi para guru untuk meningkatkan kualiti pengajarannya. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), kurikulum sekolah rendah Pendidikan Muzik adalah untuk semua murid di sekolah. Antara objektif kurikulum Pendidikan Muzik KBSR adalah supaya murid dapat mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik, mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik, membaca dan menulis notasi muzik dan lain-lain. Oleh yang demikian, pengkaji akan melaksanakan penyelidikan tindakan yang melibatkan objektif ketiga iaitu menyelesaikan masalah mengenal dan menepuk nilai not krocet bertitik dan kuaver dalam sesuatu corak irama dengan menggunakan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics. Anderson dan Lawrence (1995) menyatakan bahawa kaedah Eurhythmics adalah berdasarkan konsep penting seperti yang berikut iaitu penggunaan seluruh badan yang melibatkan kumpulan otot besar adalah penting dalam memberi pengalaman yang lebih jelas dalam konsep irama dan pergerakan badan bertindak sebagai rujukan bagi tafsiran simbol irama yang penting bagi pembelajaran konsep muzik yang lain.

Page 78: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

228

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca dan memainkan corak irama yang melibatkan not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik dalam meter lazim menggunakan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics dalam kalangan murid tahun 5 Inovatif. Pengkaji memilih fokus ini adalah berdasarkan beberapa isu kajian yang dikenal pasti iaitu:-

Murid tidak mengenal panjang atau pendek not yang dilihat iaitu antara not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik .

Murid keliru dan berasa cemas apabila ketiga-tiga not iaitu not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik diletakkan bersama-sama dalam satu bar.

Murid tidak dapat menepuk corak irama mengikut nilai not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik dengan lancar dan tempo yang betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran membaca dan memainkan corak irama menggunakan perkusi badan dalam kalangan murid Tahun 5 Inovatif berdasarkan kaedah Eurhythmics. 3.2 Objektif Khusus

Kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengenal nilai not kuaver ♪, krocet , krocet bertitik dalam meter lazim dengan menggunakan perkusi badan.

Kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran membaca corak irama yang mengandungi not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik dalam meter lazim dengan menggunakan perkusi badan dengan lancar dan tempo yang betul.

Kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran bermain corak irama yang melibatkan not kuaver (♪), krocet ( ) dan krocet bertitik ( ) dalam meter lazim mengikut nilai not dan tempo dengan betul melalui permainan alat perkusi.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 35 orang murid iaitu 22 lelaki dan 13 perempuan dari kelas 5 Inovatif di

sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Guru Pendidikan Muzik kelas ini mendakwa bahawa pencapaian murid 5 Inovatif dalam subjek Pendidikan Muzik adalah sederhana. Dalam pemerhatian pengkaji, mereka adalah kumpulan murid yang memerlukan bantuan untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama yang melibatkan not krocet, krocet bertitik dan kuaver. Hasil daripada soal selidik demografi mendapati bahawa hanya seorang murid sahaja yang menghadiri kelas muzik di luar dan kesemua murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan merujuk kepada Model Penyelidikan Tindakan

John Elliott. Menurut Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham Alang Osman. (2012), model ini adalah lebih tersusun dan mudah difahami dan sesuai digunakan oleh guru pelatih. Dalam kajian ini, dua kitaran telah dilaksanakan. Pengkaji juga telah memilih untuk menggunakan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics dalam membantu pengkaji menjalankan kajian ini.

5.1 Cara Pengumpulan Data

Bagi mengesahkan isu-isu kajian yang dikenal pasti oleh pengkaji, pengkaji telah

menggunakan dua instrumen iaitu pemerhatian berstruktur dan temu bual separa berstruktur bersama guru subjek dan murid untuk mendapatkan data mengenai kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh murid.

Page 79: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

229

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan pemerhatian pengkaji dengan menggunakan senarai semak, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid tidak mengenal nilai not kuaver ♪ dan krocet bertitik .Pengkaji juga mendapati bahawa murid tidak dapat menepuk corak irama dengan lancar mengikut tempo dengan betul dan akhir sekali apabila ketiga-tiga not iaitu not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik diletakkan bersama-sama, murid akan menepuk sesuka hati tanpa mengikut nilai not dan tempo. Kemudian, hasil dapatan temubual yang dijalankan bersama guru subjek Pendidikan Muzik kelas 5 Inovatif, didapati bahawa murid-murid mempunyai pencapaian yang sederhana sahaja dalam subjek Pendidikan Muzik. Hasil temubual bersama murid pula didapati bahawa murid masih tidak mengenal not krocet bertitik . Selain itu, murid juga tidak dapat mengenal panjang dan pendek ketiga-tiga not tersebut dan menyebabkan mereka berhenti semasa menepuk corak irama. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pengkaji telah melaksanakan empat intervensi dalam kitaran 1. Setiap intervensi melibatkan 3

langkah iaitu mengingat semula nama dan nilai not kuaver ♪, krocet dan krocet bertitik , kedua adalah pengenalan perkusi badan bagi setiap not dan yang ketiga adalah latihan menggunakan perkusi badan mengikut not. Dalam intervensi 1, pengkaji akan memperkenalkan contoh perkusi badan bagi setiap not. Kemudian, dalam intervensi 2 pengkaji akan memperkenalkan dua corak

irama mudah dalam meter lazim duaan ( ). Intervensi 3 pula, pengkaji akan memperkenalkan dua

corak irama mudah dalam meter lazim empatan ( ).Dalam kesemua intervensi, murid dikehendaki untuk membaca corak irama menggunakan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics. Akhirnya dalam intervensi 4, pengkaji akan memperkenalkan lagu lagu Scotland’s Burning dan lagu John Kanaka. Murid dikehendaki untuk menyanyikan lagu John Kanaka sambil melakukan perkusi badan yang telah diajar.

Oleh kerana pencapaian yang kurang memuaskan bagi aktiviti yang telah dijalankan dalam

kitaran 1, pengkaji telah menjalankan kitaran 2. Kitaran 2 terdiri daripada dua intervensi sahaja dan setiap intervensi melibatkan 3 langkah iaitu latihan mengingat semula nilai not dan contoh perkusi badan bagi setiap not, membaca corak irama dengan menggunakan perkusi badan dan memainkan corak irama dengan menggunakan alat perkusi. Corak irama sepanjang 8 bar telah diperkenalkan dalam intervensi 1 dan corak irama sepanjang 12 bar diperkenalkan dalam intervensi 2. Tahap kesukaran corak irama yang digunakan adalah dari mudah ke sukar. 5.4 Keputusan Kajian

Pengkaji membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pos yang dijalankan dalam kitaran 1 untuk mendapatkan rumusan dapatan.

Rajah 1. Keputusan Antara Ujian Pra dan Pos bagi Aspek Prestasi Ketepatan Not

Berdasarkan data pada Rajah 1, sebanyak 42.9% murid yang mencapai prestasi sangat baik

dan 40.0% mencapai prestasi baik dalam ujian pos yang berbanding 0.0% pada ujian pra. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa tiada murid iaitu 0.0% mendapat prestasi lemah dalam ujian pos berbanding 68.6% murid mencapai prestasi lemah dalam ujian pra.

0

42.9

0

40

17.1 17.1

68.6

014.3

00.0

20.0

40.0

60.0

80.0

Ujian Pra Ujian Pos

Sangat baik Baik Sederhana Lemah Sangat lemah

Keputusan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Aspek Prestasi Ketepatan Nilai Not

Pe

ratu

s (

%)

Page 80: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

230

Rajah 2: Keputusan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Aspek Prestasi Kelancaran Murid Membaca

Corak Irama

Berdasarkan data pada Rajah 2, sebanyak 37.1% murid yang mencapai prestasi baik dan 28.6% mencapai prestasi sangat baik dalam ujian pos yang berbanding 0.0% pada ujian pra. Selain itu, tiada murid iaitu 0.0% mendapat prestasi lemah dalam ujian pos berbanding 68.6% murid mencapai prestasi lemah dalam ujian pra. Dapatan data pada Rajah 1 dan Rajah 2 telah membuktikan bahawa terdapat peningkatan prestasi murid selepas perlaksanaan empat intervensi dalam kitaran 1. Berikut merupakan keputusan Ujian Penilaian yang dilaksanakan selepas pelaksanaan intervensi dalam kitaran 2. Jadual 1 Keputusan Ujian Penilaian Bahagian A (N=35)

Prestasi Murid Bilangan murid Peratus (%)

Sangat baik 17 48.6 Baik 18 51.4

Sederhana 0 0.0 Lemah 0 0.0

Sangat lemah 0 0.0

Jadual 2 Keputusan Ujian Penilaian Bahagian B (N=35)

Prestasi Murid Bilangan murid Peratus (%)

Sangat baik 12 34.3 Baik 18 51.4

Sederhana 4 11.4 Lemah 1 2.9

Sangat lemah 0 0.0

Berdasarkan dapatan data pada Jadual 1 dan Jadual 2, pengkaji mendapati terdapat

kebanyakkan murid telah dapat menguasai kemahiran membaca dan memainkan corak irama menggunakan perkusi badan. Hampir kesemua murid berjaya mencapai prestasi yang bagus iaitu sangat baik dan baik telah menunjukkan kajian tindakan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan berdasarkan kaedah Eurhythmics. 5.5 Rumusan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penggunaan perkusi badan berdasarkan kaedah

Eurhythmics adalah sangat berguna dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dan memainkan corak irama. Objektif yang ditetapkan juga dapat tercapai. Perkara ini dapat dilihat melalui keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah diljalankan dalam kitaran 1 dan juga ujian penilaian yang dijalankan dalam kitaran 2. Selain itu, melalui pemerhatian pengkaji sepanjang intervensi dijalankan juga menunjukkan terdapat peningkatan prestasi murid dari segi membaca corak irama menggunakan perkusi badan yang diajar. Murid bukan sahaja mampu membaca corak irama menggunakan perkusi badan malah mereka dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Oleh yang demikian, pengkaji dapat

0

28.6

0

37.1

2.9

34.3

68.6

0

28.6

00.0

20.040.060.080.0

Ujian Pra Ujian PosSangat baik Baik Sederhana Lemah Sangat lemah

Keputusan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Aspek Prestasi Kelancaran Murid Membaca Corak Irama

Pe

ratu

s (

%)

Page 81: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

231

merumuskan bahawa penggunaan perkusi badan berdasarkan kaedah Eurhythmics dapat meningkatkan kemahiran membaca dan memainkan corak irama. Hasil dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian Zachopoulou, Derri, Chatzopoulou dan Ellimoudis (2003) yang mendapati bahawa kanak-kanak yang didedahkan dengan penggunaan perkusi badan telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan konsep irama.

5.6 Refleksi

Kekuatan pengkaji di dalam kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian yang telah ditetapkan telah dapat dicapai. Kemudian, murid-murid juga dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pengunaan perkusi badan digunakan menyebabkan murid dapat menumpukan lebih perhatian dan tidak berasa bosan. Namun di sebalik kejayaan, pengkaji telah mengenal pasti kelemahan dalam kajian ini. Pertama, kehadiran murid yang tidak konsisten pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pengkaji susah untuk mengumpul data dan murid yang sering tidak hadir tidak memberi tumpuan semasa perlaksanaan intervensi kerana mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran yang sedang berlangsung. Kedua adalah kekangan masa kerana masa yang diperuntukkan hanya 30 minit setiap kali intervensi. Walau bagaimanapun, pengkaji amat gembira dengan pencapaian oleh murid 5 Inovatif. Murid-murid juga telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada pengkaji dan minat untuk mengikuti kelas Pendidikan Muzik sepanjang proses intervensi yang dilaksanakan. Akhir kata, kesemua ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada perlaksanaan kajian tindakan ini merupakan satu proses pembelajaran yang baik dan pengalaman yang sangat berharga bagi pengkaji. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan agar untuk menambahkan jenis not yang lebih

rumit seperti semikuaver, minim bertitik atau tanda-tanda rehat dalam corak irama. Selain itu, kaedah Eurhythmics juga digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama atau melodi dalam kalangan murid. Cadangan ini adalah sebagai satu perkembangan lanjutan daripada kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini. Akhir sekali, pengkaji mencadangkan dengan menggunakan kaedah Eurhythmics dalam meningkatkan kemahiran membaca corak irama semasa permainan rekoder secara serentak.

RUJUKAN Anderson, W. M., Lawrence, J. E. (1995). Integrating music into the elementary Classroom (3rd ed.). USA: Wadsworth Publishing Company. Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham Alang Osman. (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: untuk PISMP dan DPLI. Ipoh: IPG KPM Kampus Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Diperoleh pada 11 Julai 2014 daripada http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan- pendidikan-malaysia-2013-2025 Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 82: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

232

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI MELALUI

KAEDAH SEBUTAN BERIRAMA DALAM KALANGAN MURID

TAHUN 5

Oleh:

MOIIRA MALLANI A/P SANTHANAM Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama dengan betul melalui kaedah sebutan berirama dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Semasa praktikum, pengkaji telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan murid Tahun 5 yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Pengkaji mendapati kebanyakan murid Tahun 5N mengalami masalah untuk memainkan corak irama dengan betul. Masalah ini telah dikenalpasti semasa menjalankan tinjauan awal menggunakan instrumen pengumpulan data seperti soal selidik, pemerhatian berstruktur, serta ujian diagnostik. Fokus kajian ini adalah pada kemahiran murid-murid memainkan corak irama menggunakan alat perkusi dengan betul dari segi tempo, detik dan nilai not. Dalam tinjauan awal yang dijalankan,pengkaji mendapati murid-murid mengalami masalah untuk memainkan corak irama yang mengandungi not kuaver dan minim. Pengkaji telah menggunakan kaedah sebutan berirama untuk membantu murid-murid ini mengecam dan memainkan simbol-simbol notasi dengan betul. Pengkaji telah menggunakan alat pengumpulan data seperti ujian pra dan ujian pasca,ujian formatif serta pemerhatian berstruktur untuk mendapatkan data pencapaian murid-murid selepas kaedah sebutan berirama digunakan. Keputusan kajian menunjukkan peningkatan dalam kalangan murid-murid dari segi kemahiran memainkan corak irama dengan betul mengikut nilai not, tempo dan detik. Cadangan kajian seterusnya adalah, untuk menggunakan kaedah permainan, kaedah variasi pergerakan serta menggunakan kaedah koperatif. Kata kunci: sebutan berirama, corak irama, tempo,detik, nilai not, bermain alat perkusi. 1.0 PENDAHULUAN

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menjelaskan bahawa antara beberapa matlamat pendidikan muzik adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, serta berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Perkara ini adalah selaras dengan aspirasi murid yang ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu kemahiran berfikir. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif. Dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, salah satu elemen atau item yang perlu murid-murid kuasai adalah irama. Penguasaan murid-murid dalam elemen ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu elemen yang memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran murid dalam perkara-perkara seperti mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan menulis muzik, menyanyi serta menghasilkan muzik instrumental. Dengan meningkatkan kemahiran dalam memainkan corak irama dengan betul, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran muzikal yang lain. Pengukuhan asas dalam irama akan membantu mengembangkan kemahiran murid-murid ke aras yang lebih tinggi. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh pengkaji untuk meningkatkan kemahiran murid-murid memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Kajian ini telah dikendalikan bagi kumpulan murid Tahun 5 Nilam. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 Nilam ini mengalami beberapa masalah yang menyebabkan kemahiran memainkan corak irama dalam kalangan murid-murid ini adalah pada tahap yang agak merisaukan. Secara ringkasnya, pengkaji telah mengenalpasti tiga isu yang menyebabkan murid-murid tidak dapat memainkan corak irama dengan betul. Pertama sekali, murid-murid tidak memahami konsep kepanjangan dan

Page 83: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

233

kependekan (durasi) nilai not iaitu panjang dan pendek bunyi sesuatu not. Isu kedua ialah, murid-murid tidak dapat menepuk corak irama mengikut tempo yang betul dan isu ketiga ialah, murid-murid tidak dapat memainkan alat perkusi pada detik yang tepat. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai aspek-aspek penting dalam memainkan corak irama, maka murid-murid tidak akan dapat meningkatkan kemahiran memainkan corak irama mengiringi lagu dengan baik. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Penggunaan kaedah sebutan berirama dapat meningkatkan kemahiran memainkan corak irama

bermeter lazim menggunakan alat perkusi dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Nilam. 3.2 Objektif Khusus

Pengaplikasian kaedah sebutan berirama dapat membantu murid-murid meningkatkan

kemahiran memainkan corak irama bermeter mengiringi lagu mengikut tempo dan detik dengan betul.

Pengaplikasian kaedah sebutan berirama dapat membantu murid-murid meningkatkan

kemahiran memainkan corak irama bermeter sepanjang 2 bar dengan lancar mengikut tempo dan detik dengan betul.

Pengaplikasian kaedah sebutan berirama dapat meningkatkan kemahiran membaca lirik mengikut corak irama dan nilai notnya dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 32 orang murid Tahun 5 Nilam yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Kesemua murid-murid Tahun 5 Nilam ini berbangsa Melayu. Sebilangan besar murid-murid di dalam kelas ini tidak didedahkan kepada pendidikan muzik di luar sekolah. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid iaitu melalui soal selidik, pemerhatian berstrukur serta ujian diagnostik bagi tinjauan awal. Manakala bagi pengumpulan data selepas intervensi dijalankan pula, pengkaji telah menggunakan instrumen pengumpulan data seperti ujian pra, ujian pasca, pemerhatian berstruktur serta ujian formatif. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah sebutan berirama bagi meningkatkan kemahiran murid-murid memainkan corak irama dengan betul. 5.1 Cara Mengumpulkan Data/ Maklumat

Tiga instrumen yang digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan tinjauan awal ialah borang soal selidik, pemerhatian berstruktur serta ujian diagnostik. Bagi sesi intervensi, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian para dan ujian pos, ujian formatif serta pemerhatian berstruktur. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Pengkaji telah menggunakan ujian diagnostik sebagai salah satu cara pengumpulan data bagi tinjauan awal. Kumpulan sasaran iaitu murid-murid Tahun 5N telah terlibat dalam melakukan ujian ini. Bagi melaksanakan ujian ini, pengkaji telah menggunakan 3 jenis corak irama untuk menjalankan ujian secara amali terhadap murid-murid. Data bagi ujian diagnostik menunjukkan lebih daripada 50% bilangan murid-murid kelas 5N tidak dapat menjalankan ujian amali dengan betul.

Page 84: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

234

012

47

31

82

9 90

0102030405060708090

100

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH

PE

RA

TU

S (

% )

Gred

Graf Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kitaran satu

UJIAN PRA UJIAN PASCA

91

90 0

97

3 0 00

50

100

CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAHPE

RA

TU

S (

%)

GRED

Graf Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pasca Kitaran 2

PRA PASCA

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Ujian pra telah dijalankan sebelum intervensi kitaran satu dan kitaran dua. Semasa tindakan pada kitaran pertama, pengkaji telah memberi pengajaran asas tentang detik dahulu sebelum beralih ke latihan menggunakan kaedah sebutan berirama. Terdapat 4 aktiviti bagi kitaran satu. Pengkaji telah memulakan intervensi dengan menjalankan latih tubi menepuk corak irama sambil menyebut sebutan berirama yang telah diperkenalkan pada murid-murid. Selepas latih tubi, murid-murid diuji melalui ujian formatif. Perkara ini diulang bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Kaedah sebutan berirama digunakan dalam latih tubi menepuk corak irama serta diaplikasikan dalam permainan alat perkusi dalam aktiviti yang dijalankan.

Bagi kitaran dua pula, terdapat dua aktiviti yang telah dilaksanakan. Pengkaji telah menggunakan peringkat pengajaran secara ansur maju iaitu bermula daripada aras rendah dahulu dan kemudian ke aras yang lebih tinggi. Murid-murid telah menepuk corak irama dalam 4 bar bagi aktiviti pertama. Bagi aktiviti kedua, murid-murid telah membaca lirik mengikut corak irama yang diberi dengan betul dari segi nilai notnya. 5.4 Keputusan Kajian

Keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi kitaran satu dan dua menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid-murid. Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan ujian pra dan pos bagi kitaran satu. Rajah 1 menunjukkan pencapaian murid-murid bagi ujian pasca meningkat sebanyak 82% bagi gred cemerlang. Bagi kitaran kedua, item ujian dan item latihan telah ditingkatkan aras kesukarannya untuk memastikan pemahaman murid-murid tentang topik corak irama. Graf menunjukkan keputusan ujian yang amat baik dimana tahap gred murid-murid berada dalam lingkungan cemerlang dan baik sahaja. Tiada seorang pelajar yang mendapat gred lemah atau sederhana. Keputusan ini telah membuktikan keberkesanan kaedah yang digunakan. Rajah 2 pula menunjukkan ujian pra dan pasca bagi kitaran dua.

Rajah 1. Graf Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kitaran satu

Rajah 2. Graf Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kitaran dua

Page 85: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

235

Pemerhatian Berstruktur Pemerhatian berstruktur telah dijalankan semasa setiap aktiviti dilaksanakan bagi kitaran satu

dan kitaran dua. Semasa menjalankan pemerhatian berstruktur bagi kitaran satu, pengkaji telah mendapati murid-murid semakin mahir dalam membaca corak irama serta dapat memainkan corak irama dengan semakin baik. Peningkatan ini merupakan satu peningkatan yang positif untuk menyatakan bahawa kaedah yang digunakan berkesan.Pemerhatian berstruktur bagi kitaran dua yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran murid-murid menepuk dan memainkan corak irama dengan betul mengikut tempo dan detik. Peningkatan ini menunjukkan keberkesanan intervensi dan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran memainkan corak irama murid-murid.

Ujian Formatif

Ujian formatif telah dilaksanakan bagi setiap aktiviti dalam kitaran satu dan dua. Pencapaian

murid-murid bagi aktiviti satu dan dua bagi kitaran dua menunjukkan murid-murid dapat memahami konsep nilai not serta dapat menepuk corak irama yang ditunjukkan sambil menyebut lirik yang terdapat di bawah corak irama yang diberi dengan betul. Jadual 1 menunjukkan pencapaian setiap murid dalam menepuk corak irama dalam 4 bar dengan betul mengikut tempo dan detik sambil menyebut sebutan berirama.

Jadual 1 Keputusan ujian formatif aktiviti satu bagi kitaran dua. (N=32)

Kriteria Boleh Tidak Boleh

Kekerapan Peratus (%)

Kekerapan Peratus (%)

Dapat menepuk corak sepanjang 4 bar dengan lancar dan betul mengikut tempo sederhana sambil menyebut sebutan berirama.

29

91

3

9

Bagi aktiviti dua dalam kitaran dua pula, murid-murid menunjukkan pencapaian yang sangat

baik dalam membaca lirik dengan betul mengikut corak irama dan nilai notnya dengan betul. Jadual 2 menunjukkan keputusan yang telah diperolehi murid-murid dalam ujian formatif aktiviti dua.

Jadual 2 Keputusan ujian formatif aktiviti dua bagi kitaran dua. (N=32)

Item Ujian

Corak irama 1 Corak Irama 2

Kekerapan Peratus (%)

Kekerapan Peratus (%)

Dapat menyebut lirik dengan betul sambil menepuk tangan mengikut corak irama tanpa kesalahan

32 100 32 100

Tidak dapat menyebut lirik dengan betul sambil menepuk tangan mengikut corak irama.

0 0 0 0

5.5 Rumusan Kajian

Persoalan kajian yang pertama adalah, dapatkah kaedah sebutan berirama membantu murid-

murid meningkatkan kemahiran memainkan corak irama bermeter mengiringi lagu mengikut tempo dengan betul? Persoalan ini telah dijawab melalui keputusan yang diperolehi dalam ujian pra,pasca serta ujian formatif yang menunjukkan subjek kajian telah mengalami peningkatan bagi gred cemerlang. Hasil dapatan ini selaras dengan pendapat McCord (2013) yang menyatakan bahawa sebutan berirama adalah sesuai untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam pembelajaran.

Persoalan kedua adalah, dapatkah kaedah sebutan berirama membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran memainkan corak irama bermeter sepanjang 2 bar dengan lancar

Page 86: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

236

mengikut tempo dan detik dengan betul? Data bagi persoalan kedua ini telah diperolehi hasil daripada pemerhatian pengkaji semasa latih tubi menepuk corak irama yang telah dijalankan dan pengkaji telah melihat peningkatan dalam kemahiran murid-murid memainkan corak irama dengan betul. Menurut Bebeau ( 2012) pendekatan speech membawa peningkatan berbanding pendekatan traditional.

Akhirnya persoalan ketiga adalah, dapatkah kaedah sebutan berirama meningkatkan

kemahiran membaca lirik mengikut corak irama dan nilai notnya dengan betul? Data bagi persoalan ini telah diperolehi melalui ujian formatif bagi aktiviti dua kitaran dua. Pengkaji mendapati kesemua murid dapat menepuk sambil membaca lirik tersebut dengan betul dari segi nilai notnya. Keputusan yang diperolehi bagi ujian ini selaras dengan kajian Colley (2012) dimana dalam kajiannya dinyatakan bahawa satu sistem di mana perkataan khusus diberikan kepada corak irama menunjukkan peningkatan kemahiran dan prestasi membaca notasi ke tahap yang lebih tinggi daripada sistem yang menggunakan monosyllable.

5.6 Refleksi

Kekuatan kajian ini adalah: kerjasama yang pengkaji perolehi daripada guru-guru di sekolah serta subjek kajian adalah sangat baik. Murid-murid Tahun 5 Nilam menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari kaedah ini kerana mereka dapat mengaitkan diri dengan perkataan-perkataan yang digunakan. Perkara ini dapat dilihat apabila murid-murid dapat menepuk atau memainkan corak irama dengan betul tanpa bimbingan. Kesemua objektif dan persoalan telah dijawab dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh murid-murid. Kelemahan kajian ini pula adalah, pengkaji mendapati murid-murid menunjukkan ketidakselesaan pada mulanya kerana masih tidak dapat menguasai kaedah sebutan berirama yang dipelajari. Selain itu, pengkaji juga mengalami kekangan masa untuk melaksanakan intervensi.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kumpulan sasaran pengkaji telah menguasai kemahiran memainkan corak irama melalui

kaedah sebutan berirama. Oleh itu, cadangan kajian seterusnya adalah melakukan aktiviti yang berbentuk permainan. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan penggunaan kaedah berkumpulan yang juga dikenali sebagai kaedah koperatif. Akhir sekali, pengkaji bercadang supaya penambahan dari segi variasi pergerakan dilakukan bagi setiap not. RUJUKAN Bebeau, M. (2012). Effects of Traditional and Simplified Methods of Rhythm: Reading Instruction. Journal of Research in Music Education, 30(2), pp 107-119. Colley, B. (2012). A comparison Of Syllabic Method to Improve Rhythm Literacy. Journal of Research in Music Education, 35(4), pp. 221-235. McCord, K. (2013). Universal Design for Learning: Special educators integrating the Orff approach into their teaching. Approaches: Music Therapy & Special Music Education, 5(2), pp. 188-193, ISSN 1791-9622. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 87: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

237

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENEPUK CORAK IRAMA BERMETER LAZIM EMPATAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MUTIARAMENGGUNAKAN

KAEDAH ‘SPEAK ICON’

Oleh:

POW CHONG YING Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menambahbaikkan pengajaran terhadap pembacaan dan tepukan corak irama murid. Objektif kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama bermeter lazim empatan dalam kalangan murid Tahun 5 Mutiara. Berdasarkan pengalaman praktikum, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan murid tidak dapat membaca dan menepuk corak irama dengan betul. Pengkaji telah membuat tinjauan masalah terhadap 27 orang murid Tahun 5 Mutiara yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 15 orang perempuan pada praktikum fasa III di sebuah Sekolah Kebangsaan. Masalah dikenal pasti melalui tinjauan awal yang dijalankan menggunakan ujian diagnostik. Dapatan membuktikan bahawa murid lemah dalam menepuk corak irama mengikut detik, tempo dan nilai not. Murid juga tidak mengetahui nilai-nilai not sebenar muzik serta tidak dapat mengingat sebutan berirama tradisional. Justeru, pengkaji telah menggunakan kaedah ‘Speak Icon’ dalam intervensi kajian tindakan ini. Intervensi kajian tindakan ini dijalankan sebanyak dua kitaran. Setiap intervensi mengambil masa selama 60 minit dengan menggunakan instrumen kajian seperti ujian pra, pemerhatian, ujian kemahiran, ujian pos, laporan jurnal dan ujian pencapaian. Keputusan ujian menunjukkan penggunaan kaedah ‘Speak Icon’ telah meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama dalam kalangan murid. Perkara ini dilihat berdasarkan keputusan ujian pos, ujian pencapaian sepanjang proses pengumpulan data. Kajian berikutnya dicadangkan dengan menambahkan not, aplikasi permainan alat perkusi serta mencipta dan mengimprovisasi corak irama mengikut kreativiti murid. Kata kunci: corak irama, meter lazim empatan, detik, tempo, nilai not, kaedah ‘Speak Icon’ 1.0 PENDAHULUAN

Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi murid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2015) memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan sebagainya. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), setiap kanak-kanak bukan sahaja perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi malah mereka perlu didedahkan kepada pengetahuan am dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik dan sukan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik serta dapat mengamalkan nilai murni. Hal ini penting kerana pengetahuan asas muzik murid mengenai corak irama seperti nilai not muzik perlu diperkukuh sebelum murid diberikan keratan corak irama untuk permainan alat perkusi, permainan rekoder dan lain-lain.

Pengkaji memutuskan untuk menggabungkan kaedah ikonik dan kaedah sebutan berirama

sebagai suatu kaedah baharu. Sehubungan itu, gabungan kaedah ikonik dan kaedah sebutan berirama telah dicipta oleh pengkaji dan dinamakan sebagai kaedah ‘Speak Icon’. Rasionalnya adalah membantu murid-murid kelas 5 Mutiara bagi membaca dan menepuk corak irama dengan betul berdasarkan tempo yang diberikan. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan cara bagaimana untuk meningkatkan penguasaan menepuk corak irama bermeter lazim empatan dalam kalangan Murid Tahun 5M dengan menggunakan kaedah ‘Speak Icon’. Kaedah ‘Speak Icon’ juga dapat membantu murid membaca pelbagai nilai not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet berdasarkan simbol ikon dan sebutan berirama yang dipaparkan.

Page 88: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

238

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Penggunaan Kaedah ‘Speak Icon’ Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menepuk Corak Irama Bermeter Lazim Empatan Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Mutiara. 3.2 Objektif Khusus

Penggunaan kaedah ‘Speak Icon’ meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut sebutan berirama ‘Cat’, ‘Kitten’, ‘Meoow’ dan ‘Sleep’ sambil menepuk jenis nilai not-not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet dengan betul.

Penggunaan kaedah ‘Speak Icon’ meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut sebutan berirama ‘Cat’, ‘Kitten’, ‘Meoow’ dan ‘Sleep’ sambil menepuk corak irama yang mengandungi not-not krocet, minim, kuaver dan tanda rehat krocet dengan betul.

Penggunaan kaedah ‘Speak Icon’ meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut sebutan berirama ‘Cat’, ‘Kitten’, ‘Meoow’ dan ‘Sleep’ sambil menepuk corak irama dua bar mengiringi lagu ‘Can Mali Can’ dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian melibatkan 27 orang murid Tahun Lima yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Tahun 5 Mutiara merupakan kelas ketujuh daripada 10 kelas darjah Tahun Lima. Pencapaian akademik murid adalah sederhana dan lemah. Semua murid dalam kelas ini adalah berbangsa Melayu. Didapati bahawa tiada murid dalam kelas ini mengambil kelas muzik di luar sekolah. Namun, mereka menunjukkan minat tinggi terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Muzik. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menjalankan intervensi dari Model Kurt Lewin yang melibatkan dua kitaran atau lingkaran kajian tindakan. Menurut Ahamad Shabudin Yahaya, Badrul Hisham Alang Osman, Kartini Abdul Mutalib, & Rosli Sahat (2012), Kurt Lewin menjelaskan kajian tindakan sebagai lingkaran beberapa tahap. Setiap tahap mempunyai beberapa langkah yang bermula dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pengkaji menjalankan lingkaran pertama dan kedua dengan menggunakan Kaedah ‘Speak Icon’ bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menepuk corak irama bermeter lazim empatan. 5.1 Cara Pengumpulan Data/ Maklumat

Pengkaji telah menjalankan tinjauan awal menggunakan instrumen ujian diagnostik, pemerhatian dan soal selidik. Kaedah yang telah digunakan semasa melaksanakan intervensi kajian adalah ujian pra dan ujian pos, ujian kemahiran menepuk corak irama, pemerhatian berstruktur, laporan jurnal dan ujian pencapaian. Ujian dilaksanakan secara amali dan individu. Manakala pemerhatian digunakan untuk menilai sesuatu kemahiran murid secara tegas berdasarkan senarai semak penilaian yang ditetapkan. Laporan jurnal digunakan berdasarkan permerhatian secara terperinci telah dilakukan terhadap sesuatu masalah atau isu yang dihadapi yang berlaku dalam PdP. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan keputusan ujian diagnostik, 29.6% dan 3.7% murid sahaja baik dalam menyebut sebutan berirama sambil menepuk corak irama kedua dan ketiga dengan betul. Maka, murid 5 Mutiara dipilih sebagai subjek kajian. Selain itu, pemerhatian dilakukan terhadap kekerapan tingkah laku negatif murid semasa aktiviti PdP dijalankan menggunakan kaedah tradisional Kodaly. Didapati 59.6% murid tidak yakin menepuk corak irama, 37.0% murid bising semasa PdP dijalankan dan sebagainya. Dapatan soal selidik pula menunjukkan 63% murid mengalami kesukaran untuk menepuk corak irama namun 55.6% murid mempunyai minat untuk belajar corak irama.

Page 89: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

239

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pengkaji telah melaksanakan empat aktiviti dalam kitaran pertama yang merangkumi latihan merasai detik, latihan menyebut sebutan berirama dan latihan menepuk corak irama. Sebanyak empat jenis nilai not berbeza diperkenalkan kepada murid dalam aktiviti satu, tiga corak irama meter empatan sepanjang satu bar disediakan bagi aktiviti kedua dan ketiga yang melibatkan not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet. Akhirnya, kesemua enam corak irama digabungkan dalam aktiviti keempat. Murid kemudian diperkenalkan aktiviti tepukan corak irama mengiringi lagu kitaran kedua sebagai aplikasi kemahiran asas kitaran pertama. Terdapat dua aktiviti dalam kitaran kedua yang merangkumi latihan menyebut sebutan berirama dan latihan menepuk corak irama mengiringi lagu. Kedua-dua aktiviti tersebut melibatkan not krocet, kuaver, minim dan tanda rehat krocet. 5.4 Keputusan Kajian

Keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran menepuk corak irama dengan detik, tempo dan nilai not yang betul.

Rajah 1. Graf Perbandingan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos selepas intervensi kitaran pertama dijalankan,

didapati terdapat peningkatan peratusan gred cemerlang murid berlaku di mana 18.5% murid yang mencapai keputusan cemerlang semasa ujian pra telah meningkat kepada 85.2% murid selepas ujian pos dijalankan. Keputusan bagi ujian pencapaian adalah seperti berikut:

18.5

85.2

25.9

14.8

33.3

0

18.5

00

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Pe

ratu

sa

n

Gred Keseluruhan

Perbandingan Prestasi Ujian Pra dan Ujian Pos

Cemerlang

Sederhana

Lemah

Sangat Lemah

Ujian Pos Ujian Pra

Page 90: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

240

Jadual 1

Prestasi Penguasaan Kemahiran Menepuk Corak Irama Ujian Pencapaian (N=27)

Berdasarkan keputusan ujian pencapaian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa 74% murid baik dalam menepuk corak irama dua bar pertama dan kedua mengiringi lagu ‘Can Mali Can’ dengan betul, Keputusan ujian pencapaian dan ujian kemahiran kitaran kedua bagi corak irama keempat jelas menunjukkan peningkatan gred baik dan gred sederhana murid. Hal ini boleh dibuktikan di mana seramai 62.9% murid baik menepuk corak irama dalam ujian kemahiran manakala 66.7% murid baik menepuk corak irama keempat dalam ujian pencapaian. Keberkesanan dan kebolehan kaedah ‘Speak Icon’ dapat dibuktikan dengan jelas di mana terdapat peningkatan prestasi gred baik dan penurunan prestasi gred lemah dalam tepukan corak irama murid ujian kemahiran dan ujian pencapaian. Sebagai bukti sokongan, satu item tambahan corak irama yang baru dan tidak pernah diajar kepada murid dijadikan soalan corak irama ujian pencapaian. Keputusan peratusan gred corak irama kelima menunjukkan bahawa seramai 77.8% murid dapat menepuk corak irama kelima mengiringi lagu dengan gred baik manakala 18.5% murid sederhana menepuk corak irama kelima. Terdapat 7.4% murid sahaja yang tidak dapat menguasai kemahiran menepuk corak irama kelima mengiringi lagu dengan betul. 5.5 Rumusan Kajian Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, keberkesanan kaedah ‘Speak Icon’ memberi impak positif kepada peningkatan penguasaan kemahiran membaca dan menepuk corak irama murid. Perkara ini dapat dibuktikan melalui keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Perbezaan yang besar dapat dilihat bagi penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Hal ini membuktikan kaedah ‘Speak Icon’ membantu murid mengenal jenis nilai not, menyebut sebutan berirama dan menepuk corak irama mengikut kriteria yang ditetapkan. Makna lain, intervensi yang dijalankan pada keempat-empat aktiviti PdP telah membantu peningkatan penguasaan kemahiran menyebut sebutan berirama dan menepuk corak irama murid. Setelah menjalankan aktiviti membaca dan menyebut sebutan berirama berdasarkan corak irama ikon kucing beberapa kali, murid yakin untuk menepuk corak irama tanpa bergantung kepada kad panduan ikon kucing di papan putih lagi. Pernyataan ini disokong oleh kajian Pursell (2005), penggunaan ‘Iconic-based rhythmic instruction’ melalui media visual atau spatial membantu pembacaan notasi semerta para pemain alat muzik. Keberkesanan sebutan berirama ‘Speak Icon’ dapat disokong oleh Colley (1987) atas kajian beliau mengenai penggunaan sistem ‘recitation syllabic’ atau sistem sebutan perkataan telah meningkatkan kemahiran membaca not minim, krocet, kuaver, semikuaver dalam meter lazim empatan kumpulan sasaran. Peningkatan yang jelas turut berlaku setelah ujian pencapaian diadakan pada hujung kitaran kedua iaitu, seramai 74% murid berjaya menyebut sebutan berirama sambil menepuk corak irama pertama dan corak irama kedua mengiringi lagu 32 bar dengan betul. 5.6 Refleksi

Sepanjang pelaksanaan kajian, beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikesan oleh pengkaji. Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini ialah penggunaan kaedah ‘Speak Icon’ membuktikan peningkatan kemahiran membaca dan menepuk corak irama meter lazim empatan murid serta objektif kajian yang ditetapkan tercapai. Berdasarkan data borang soal selidik

Corak Irama

Tahap Penguasaan Kemahiran Menepuk Corak Irama

Baik Sederhana Lemah

Bil Peratus(%) Bil Peratus(%) Bil Peratus(%)

C1 20 74.0 5 15.8 2 7.4

C2 20 74.0 3 11.1 2 7.4

C3 15 55.6 8 29.6 4 14.8

C4 18 66.7 5 18.5 4 14.8

C5 21 77.8 5 18.5 2 7.4

Page 91: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

241

dan ujian diagnostik, terdapat ramai murid yang lemah dalam tepukan corak irama dan kurang minat terhadap pembelajaran muzik sebelum ini iaitu kaedah sebutan berirama Kodaly. Setelah intervensi, ujian pos kitaran pertama dan ujian pencapaian kitaran kedua dilaksanakan, murid menunjukkan peningkatan minat dan penguasaan kemahiran membaca dan menepuk corak irama mengiringi lagu 32 bar. Di sebalik kejayaan kaedah ‘Speak Icon’, terdapat beberapa kelemahan dalam kajian ini. Salah satu daripadanya ialah murid tidak biasa mendengar detik piano metronome semasa membuat latihan menepuk corak irama pada permulaan intervensi. Perkara ini menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami kegunaan detik piano metronome. Mereka memerlukan demontrasi daripada guru dan ahli sekumpulan untuk menepuk corak irama mengikut detik dan tempo piano metronome. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam kajian yang dilaksanakan seperti murid menghadapi masalah menepuk corak irama mengiringi lagu secara lancar dan konsisten dengan tangan dalam intervensi kitaran kedua. Hal ini disebabkan murid mengalami keletihan menepuk corak irama dengan tangan untuk mengiringi lagu 32 bar. Segelintir murid mengatakan mereka mengalami masalah koordinasi mata dan tangan untuk mengekalkan tumpuan melihat dan menepuk corak irama dua bar dipaparkan secara berterusan dan berulangan. Sebagai penambahbaikan kepada kelemahan yang dihadapi, pengkaji mencadangkan aktiviti demonstrasi dan latih tubi mengikut detik piano metronome perlu diperbanyak sehingga murid mampu menepuk corak irama tanpa menyebut sebutan berirama dengan kuat. Bagi mengatasi masalah menepuk corak irama mengiringi lagu 32 bar, murid diajar cara membaca corak irama secara berterusan dan bukannya berhenti seketika serta mengulang tepukan not yang salah. Permainan alat perkusi turut dicadangkan untuk membantu murid menepuk corak irama mengiringi lagu dengan lancar dan konsisten tanpa mengalami senario keletihan menepuk corak irama dengan tangan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi kajian seterusnya, pengkaji boleh menambahkan jenis not-not lain dalam kaedah ‘Speak

Icon’ seperti semibrif, minim bertitik dan krocet bertitik. Pengkaji boleh menggunakan ikon gambar lain yang sesuai dengan sebutan berirama nilai not seperti (Pear-ear-ear-ear) untuk not semibrif, (ba-na-na) untuk minim bertitik, (pea-ach) untuk minim dan sebagainya. Aplikasi kaedah ‘Speak Icon’ dalam permainan alat perkusi turut boleh dilakukan di mana murid diajar memainkan corak irama sekurang-kurang dua hingga lapan bar secara ansur maju. Murid boleh diperkenalkan aktiviti aras lebih tinggi iaitu mencipta dan mengimprovisasi corak irama seperti aktiviti melengkapkan corak irama melalui tepukan atau permainan alat perkusi secara berkumpulan kecil atau individu dengan bimbingan guru. RUJUKAN Ahamad Shabudin Yahaya, Badrul Hisham Alang Osman, Kartini Abdul Mutalib, & Rosli Sahat (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Ipoh: IPG KPM Kampus Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Colley, B. (1987). A Comparison of Syllabic Methods for Improving Rhythm Literacy. Journal of Research in Music Education, 35(4), 221-235. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/3345075 Pursell, A. F. (2005). The effectiveness of iconic-based rhythmic instruction on middle schoolinstrumentalists' ability to read rhythms at sight. (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest Dissertations and Theses. (UMI No. 305027339). Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Putrajaya: Kementerian. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 92: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

242

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGIRA DAN MENEPUK DETIK DALAM METER DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN BOUNCING METRONOME (BM)

BAGI MURID-MURID TAHUN 5 AMANAH

Oleh:

SYARAFFI AMIR BIN MOHAMMED Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR Tahun 5 (2002), perkara pertama yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 5 pada peringkat awal pembelajaran muzik adalah mengira detik secara konsisten. Namun, ada dalam kalangan murid-murid Tahun 5 yang masih tidak dapat menguasai kemahiran mengira detik dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengira dan menepuk detik dalam meter dengan menggunakan perisian Bouncing Metronome (BM) bagi murid-murid Tahun 5 Amanah. Kesemua murid-murid Tahun 5 Amanah iaitu seramai 24 orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini mengandungi dua kitaran dan telah dijalankan selama empat bulan. Kajian ini juga berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak lima instrumen pengumpulan data telah digunakan sepanjang kajian ini berlangsung iaitu ujian pra dan ujian pos, ujian formatif, pemerhatian melalui nota lapangan, soal selidik dan ujian pencapaian. Melalui perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan pada kitaran pertama, jumlah peratusan murid yang berjaya mencapai gred A telah meningkat sebanyak 46% daripada 0%. Melalui keputusan ujian pencapaian yang telah dijalankan pada kitaran kedua pula, jumlah peratusan murid yang mencapai gred A telah meningkat kepada 63%. Dapatan ini membuktikan bahawa perisian BM berjaya meningkatkan kemahiran mengira dan menepuk detik dalam meter bagi murid-murid Tahun 5 Amanah. Penggunaan perisian BM sebagai kaedah dalam kajian ini juga menepati kehendak anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Bagi cadangan kajian selanjutnya, perisian BM boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengira dan menepuk detik dalam meter-meter lain. Kata Kunci: Bouncing Metronome, menepuk, mengira, detik, meter , Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.0 PENDAHULUAN

Pada tahun 2013, kerajaan Malaysia telah melancarkan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Dasar ini merupakan dasar terkini kerajaan dalam sistem pendidikan dan dijangka akan membawa transformasi kepada sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh 15 tahun akan datang. Sehubungan ini, PPPM menekankan penguasaan murid dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Muzik. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 5 (2002), detik merupakan tajuk pertama yang perlu dipelajari oleh setiap murid. Detik bermaksud denyutan yang berfungsi sebagai nadi. Ia merupakan kiraan dalam sesebuah lagu. Setiap murid perlu menguasai kiraan detik terlebih dahulu sebelum mempelajari tajuk-tajuk lain dalam Pendidikan Muzik dengan lebih lanjut seperti corak irama, tempo, meter dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengira dan menepuk detik dalam meter empatan bagi murid-murid Tahun 5 Amanah dengan menggunakan perisian Bouncing Metronome (BM). Perisian ini dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini bagi menyokong anjakan ketujuh PPPM iaitu memanfaatkan Information and Communications Technology (ICT) untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Perisian BM dapat memberikan gambaran detik kepada murid-murid secara visual iaitu dalam bentuk lantunan bola. Kaedah ini merupakan satu kaedah baharu dan antara usaha awal untuk menerapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Diharapkan dengan menggunakan perisian BM, murid-murid dapat mengira detik dengan betul dan menguasai tepukan detik secara konsisten.

Page 93: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

243

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus utama kajian ini adalah untuk memastikan murid-murid Tahun 5 Amanah dapat mengira dan menepuk detik dalam meter dengan menggunakan medium berupa perisian komputer iaitu perisian Bouncing Metronome (BM). 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengira dan menepuk detik dalam meter dengan menggunakan perisian Bouncing Metronome (BM) bagi murid-murid Tahun 5 Amanah. 3.2 Objektif Khusus Objektif khusus yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah:

Dengan menggunakan perisian BM, murid-murid Tahun 5 Amanah dapat mengira detik dalam meter dengan betul.

Dengan menggunakan perisian BM, murid-murid Tahun 5 Amanah dapat menepuk detik dalam meter secara konsisten.

Dengan menggunakan perisian BM, murid-murid Tahun 5 Amanah dapat menepuk dengan tekanan kuat pada detik pertama dan tekanan lemah pada detik ketiga lagu bermeter dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah kesemua murid-murid Tahun 5 Amanah di sebuah sekolah di kawasan Sungai Besi. Seramai 24 orang murid telah terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada sembilan orang (37%) murid lelaki dan 15 orang (63%) murid perempuan. Kesemua murid berbangsa Melayu dan merupakan warganegara Malaysia. Kesemua murid juga tidak pernah mengikuti kelas persendirian pembelajaran muzik di luar sekolah dan seramai 10 orang (42%) murid sahaja pernah melibatkan diri dalam aktiviti muzikal peringkat sekolah dan daerah seperti menyertai persembahan atau pertandingan koir, boria atau dikir barat. Kelas ini telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini berdasarkan pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian yang kurang memuaskan dalam penguasaan detik berbanding kelas-kelas yang lain. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Pengumpulan Data

Semasa tinjauan awal, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu pemerhatian melalui nota lapangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, temu bual berstruktur bersama Guru Pendidikan Muzik Tahun 5 Amanah dan edaran borang soal selidik kepada murid-murid bagi mendapatkan maklumat seperti latar belakang, minat dan penglibatan mereka dalam aktiviti muzikal di sekolah. Semasa proses perlaksanaan kajian pula, pengkaji telah menggunakan lima instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos, ujian formatif, pemerhatian melalui nota lapangan, soal selidik dan ujian formatif. Ujian pra dan ujian pos dijalankan untuk menjawab persoalan pertama kajian. Ujian formatif pula dijalankan untuk menjawab persoalan kedua kajian dan ujian pencapaian dijalankan untuk menjawab persoalan ketiga kajian. Pemerhatian telah dijalankan untuk menjawab ketiga-tiga persoalan kajian dan edaran borang soal selidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada sudut pandangan murid-murid dan menyokong instrumen pengumpulan data yang lain. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik bersama murid-murid Tahun 5 Amanah, pengkaji dapati seramai 20 orang (83%) murid berasa teragak-agak untuk menepuk detik lagu yang diperdengarkan. Seramai 18 orang (75%) murid pula tidak dapat menepuk detik dengan konsisten. Melalui temubual bersama Guru Pendidikan

Page 94: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

244

Muzik Tahun 5 Amanah pula, beliau mengesahkan bahawa murid-murid Tahun 5 Amanah sememangnya lemah dalam penguasaan detik dan hal ini telah menyukarkan beliau untuk mengajar konsep-konsep muzik yang lain dengan lebih lanjut. Akhir sekali, berdasarkan keputusan soal selidik, seramai 10 orang (42%) murid sahaja yang mengaku mampu mengira detik lagu yang diperdengarkan. Seramai sembilan orang (38%) pula mengaku mampu menepuk detik lagu yang diperdengarkan. Ini menunjukkan lebih 50% murid-murid Tahun 5 Amanah tidak boleh mengira dan menepuk detik dengan betul. 5.3 Tindakan Mengatasi Masalah

Kajian ini merangkumi dua kitaran iaitu kitaran pertama dan kitaran kedua. Kitaran pertama berfokuskan untuk menjawab persoalan pertama dan kedua kajian. Pada kitaran pertama, pengkaji telah melaksanakan empat aktiviti dengan menggunakan perisian BM. Setiap aktiviti berlangsung selama 30 minit. Pengkaji telah menyediakan empat buah lagu kanak-kanak iaitu satu lagu bagi setiap aktiviti. Pada permulaan setiap aktiviti, murid-murid diperdengarkan lagu yang telah ditetapkan dan mereka dikehendaki untuk mengira dan menepuk detik lagu tersebut tanpa menggunakan perisian BM terlebih dahulu. Selepas itu, barulah pengkaji memaparkan paparan perisian BM yang menunjukkan lantunan bola sebagai panduan kepada murid-murid untuk mengira dan menepuk detik lagu tersebut. Akhir sekali, murid-murid membuat persembahan menepuk dan mengira detik berpandukan perisian BM dalam kumpulan berlima. Kitaran kedua pula berfokuskan untuk menjawab persoalan ketiga kajian yang berfungsi sebagai aktiviti pengukuhan untuk memastikan penguasaan murid-murid terhadap detik. Pada kitaran kedua, pengkaji telah menambah baik paparan perisian BM daripada lantunan bola kepada lantunan nombor mengikut kiraan detik. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk melakukan kiraan dan tepukan detik dengan lebih tepat. Sebanyak dua aktiviti telah dijalankan sepanjang kitaran kedua. 5.4 Keputusan Kajian

Berikut merupakan graf perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi menunjukkan peratusan bilangan murid-murid Tahun 5 Amanah yang mendapat gred A, B, C dan D.

Rajah 1. Graf perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos

0

10

20

30

40

50

60

Ujian pra Ujian pos

Pera

tusan

Bilan

gan

Mu

rid

(%

)

Gred

Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra & Ujian Pos

A

B

C

D

Page 95: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

245

Berikut pula merupakan keputusan ujian pencapaian yang telah dijalankan pada penghujung kitaran kedua untuk menunjukkan peratusan bilangan murid-murid Tahun 5 Amanah yang mendapat gred A, B, C dan D.

Rajah 2. Graf keputusan ujian pencapaian

5.4 Rumusan Kajian

Persoalan kajian pertama telah dijawab melalui tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian formatif, pemerhatian melalui nota lapangan dan soal selidik. Graf perbandingan ujian formatif I hingga IV menunjukkan terdapat peningkatan dalam peratusan bilangan murid-murid Tahun 5 Amanah yang mendapat gred A sebanyak 33% dan gred B sebanyak 16% manakala peratusan bilangan murid-murid yang mendapat gred C menurun sebanyak 41% dan gred D menurun sebanyak 8%. Persoalan kajian kedua juga telah dijawab melalui tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos, pemerhatian melalui nota lapangan dan soal selidik. Melalui pemerhatian, kesemua (100%) murid menunjukkan peningkatan yang positif dalam kemahiran menepuk detik secara konsisten. Akhir sekali, persoalan kajian ketiga pula telah dijawab melalui tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian pencapaian, pemerhatian melalui nota lapangan dan soal selidik. Melalui pengedaran borang soal selidik, seramai 96% murid Tahun 5 Amanah bersetuju bahawa penggunaan perisian BM telah membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran menepuk dengan tekanan kuat pada detik pertama dan tekanan lemah pada detik ketiga lagu bermeter dengan betul. 5.5 Refleksi Kajian

Setelah selesai menjalankan kedua-dua kitaran, pengkaji dapati tahap kemahiran mengira dan

menepuk detik dalam meter bagi murid-murid Tahun 5 Amanah telah meningkat. Mereka juga menunjukkan perubahan dalam penglibatan, tingkah laku dan respon semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semua perubahan ini adalah ke arah yang lebih positif. Selain itu, mereka turut menyatakan keseronokan dan penghargaan mereka terhadap pengkaji kerana telah mengajar mereka menggunakan perisian BM yang sangat menarik. Mereka sempat meminta kepada pengkaji untuk menggunakan ICT dengan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang lain. Pencapaian murid-murid Tahun 5 Amanah sepanjang kajian ini amat memuaskan hati kerana perubahan ketara dapat dilihat pada tahap pencapaian mereka dalam penguasaan detik. Pada awal kajian dijalankan, kebanyakan murid-murid berada pada aras pencapaian sederhana namun selepas kajian tamat, kebanyakan murid-murid berada pada aras pencapaian cemerlang.

0

10

20

30

40

50

60

70

A B C D

Pera

tusan

Bilan

gan

Mu

rid

(%

)

Gred

Graf Keputusan Ujian Pencapaian

Page 96: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

246

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bagi cadangan kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan agar penggunaan perisian BM boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengira dan menepuk detik dalam meter-meter lain yang terkandung dalam sukatan pelajaran seperti meter dan . Hal ini boleh dilakukan kerana paparan perisian BM boleh ditukar mengikut meter yang dikehendaki. Selain itu, perisian BM juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bermain rentak seperti rentak mac, masri dan inang. Ini kerana selain memaparkan detik, perisian BM juga boleh menunjukkan rentak yang dikehendaki dalam bentuk lantunan bola atau nombor bagi mengajar murid-murid berkaitan rentak tesebut. Akhir sekali, perisian BM juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bermain alat muzik mengikut tempo cepat, sederhana atau lambat. Ini kerana perisian BM boleh berfungsi sebagai metronome yang menjadi panduan kepada murid-murid untuk bermain alat muzik mengikut tempo dengan betul. RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia XXIV, 1(2), 203-225.

Alessi, S. M., & Trollip, S. R. (1985). Computer-based instruction: Methods and development. New

Jersey: Prentice-Hall. Ambighapaty, P., & Suthagar, N. (2003). Literasi teknologi komputer: Persepsi dan penggunaan di

kalangan guru dalam pendidikan bahasa dan literasi: Penyelidikan dan peninjauan untuk pendidikan. Penerbit Universiti Putra Malaysia, 3(1), 84-96.

Gay, L. R., & Airasian, P. W. (2000). Educational research: Competencies for analysis and

application. New Jersey: Prentice Hall. Hasselbring, T., Goin, L. I., & Bransford, J. D. (1988). Developing math automaticity in learning

handicapped children: The role of computerized drill and practice. Focus on Exceptional Children, 20(6), 1-7.

Kanagambal. (1997). Keberkesanan PBK dalam matematik. Kertas projek KSPK Institut, 2(2), 23-31. Kulik, C. C., & Kulik, J. A. (1986). Effects of computer based education in colleges AEDS Journal,

13(4), 52-65. Kulik, J., Bangert, R., & Williams, G. (1983). Effects of computer based teaching on secondary

students. Journal of Education Psychology, 15(7), 67-80. Kulik, J., Bangert, R., & Williams, G. (1984). Effects of computer based education in elementary

schools. Computer in Human Behaviour, 19(5), 33-47. Merry, J. (2013). How do you teach the difference between counting rhythm and musical rhythm.

Dilayari pada 7 Mac 2014 daripada http://www.keyboardcompanion.com /RhythmArticle/Rhythm1.html.

Pisapa, J. (1991). In Williams, D. M. (2000). Integrating technology into teaching and learning.

Singapore: Prentice Hall. Robyler, M. D. (1988). The effectiveness of microcomputer in eduction: A review of research from

1980-1987. The Higher Eduction Journal, 16(2), 85-102. Rose, S. E. (1995). The effects of Dalcroze eurhythmics on beat competency performance skills of

kindergarten, first-, and second-grade children. Doctoral Dissertation University of North Carolina, 9(5), 31-52.

Page 97: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

247

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENEPUK CORAK IRAMA MELALUI KAEDAH AB-A-CAPPELLA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2

Oleh:

TEE HWEI BOON

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk menambahbaikkan pengajaran tepukan corak irama dalam kalangan murid Tahun 2. Kaedah AB-A-Cappella digunakan untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama bermeter duaan mengikut tempo dengan betul. Tinjauan awal terhadap 35 orang murid yang terdiri daripada 19 orang lelaki dan 16 orang perempuan menunjukkan mereka tidak dapat menepuk corak irama mengikut tempo dengan betul. Justeru, kajian tindakan ini berfokus kepada kemahiran murid dalam menepuk corak irama mengikut tempo dengan betul. Intervensi bagi kajian tindakan ini dilaksanakan selama enam minggu. Setiap intervensi mengambil masa selama 30 minit. Instrumen kajian yang digunakan ialah permerhatian berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur, ujian pra, ujian pos, ujian formatif, dan ujian kemahiran menepuk Lagu Double This That secara berpasangan. Keputusan ujian pos kitaran dua bagi kemahiran mengenal notasi telah menunjukkan sebanyak 85.7% murid mencapai Gred A. Selain itu, pencapaian min murid dalam ujian pos kitaran dua bagi kemahiran menepuk corak irama adalah baik iaitu 4.65. Di samping itu, didapati pencapaian kemahiran tepukan adalah selari dengan pencapaian kemahiran mengenal notasi. Juga didapati murid yang mahir dalam menepuk corak irama secara berpasangan menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menepuk corak irama secara individu. Secara kesimpulannya, Kaedah AB-A-Cappella telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran menepuk corak irama murid. Oleh itu, cadangan kajian seterusnya ialah mengimprovisasi corak irama. Kata kunci: Tepukan corak irama, AB-A-Cappella 1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini tentang pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama murid Tahun Dua di dalam kelas. Merujuk kepada dokumen standard KSSR, di bawah Modul Penghasilan Muzik, murid-murid Tahun Dua dikehendaki menghasilkan pelbagai corak irama menerusi aktiviti muzikal. Mereka perlu mengajuk corak irama dengan betul dan mencipta corak irama yang mudah. Mengikut glosari kurikulum muzik sekolah rendah, konsep muzik irama merupakan pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Modul ini bertujuan untuk menzahirkan idea kreatif murid-murid Tahun Dua melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Irama ialah organisasi muzik berdasarkan masa. Nilai not, tanda rehat, dan corak irama

merupakan aspek-aspek di bawah konsep muzik irama. Corak irama merupakan gabungan not panjang dan pendek berdasarkan tanda masa untuk menghasilkan sesuatu pola irama. (Sadie, 1986).

Semasa pengalaman pengkaji semasa menjalani latihan praktikum yang lepas, pengkaji mendapati murid-murid tidak tahu cara menepuk corak irama mengikut tempo.

Sulkin (2003) menerangkan bahawa lagu tepukan merupakan aktiviti yang seronok dan dimain

secara berpasangan atau bertiga disertai dengan suatu sekuen pergerakan. Berdasarkan Miller, Zhang, Gilbert & Gerber (2014), aktiviti berpasangan membolehkan murid berkomunikasi dalam pelbagai perpesktif dan kemahiran khusus. Menurut mereka, tujuan utama aktiviti berpasangan adalah untuk meningkatkan produktiviti, pembelajaran secara informal, dan kolaborasi. Dengan itu, murid akan dimotivasi untuk berjaya dalam tugasan.

Dalam kajian ini, melalui Kaedah AB-A-Cappella secara berpasangan, murid juga lebih

bermotivasi dan bersemangat untuk menguasai corak irama yang diajar untuk bermain dengan rakan pasangan mereka. Selain itu, mereka juga akan lebih berminat dan seronok untuk belajar daripada pengaruh rakan-rakan sebaya yang kuat. Berbanding dengan pengajaran tepukan secara individu di

Page 98: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

248

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, suasana pembelajaran lebih ceria dan kondusif. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama dalam kalangan murid Tahun Dua. Corak irama yang diuji mengandungi not kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim sepanjang empat bar dalam meter duaan. Murid tidak dapat menepuk corak irama walaupun mereka mengetahui cara mengimitasi corak irama. Murid juga tidak tahu mengenal notasi yang menyebabkan mereka tidak dapat menepuk corak irama. Selain itu, isu yang diperoleh ialah murid tidak dapat menepuk corak irama mengikut tempo dengan konsisten. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella untuk meningkatkan kemahiran menepuk corak irama sepanjang empat bar bermeter duaan dalam kalangan murid-murid Tahun Dua.

3.2 Objektif Khusus

Pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella bagi meningkatkan kemahiran murid untuk menamakan nama not dan nilai not kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim.

Pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella bagi meningkatkan kemahiran murid untuk menepuk detik yang mengandungi not kuaver, krocet, dan minim sepanjang empat bar dalam meter duaan.

Pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella bagi meningkatkan kemahiran murid untuk menepuk corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim sepanjang empat bar dalam meter duaan.

Pengaplikasian Kaedah AB-A-Cappella bagi meningkatkan kemahiran murid untuk mencipta corak irama yang mengandungi not kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim sepanjang empat bar dalam meter duaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 35 orang murid termasuklah 19 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Terdapat 27 murid Melayu, seorang murid Cina, dan tujuh orang murid India. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Pengumpulan Data

Semasa tinjauan awal, pengkaji telah menggunakan instrumen pengumpulan data seperti soal selidik, penelitian dokumen, dan ujian diagnostik. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengalaman muzikal dan minat murid terhadap bidang muzik. Terdapat dua jenis soal selidik yang berlainan iaitu dalam bentuk Skala Likert satu sehingga lima serta bentuk soalan aneka pilihan dan isi tempat kosong. Skala Likert yang digunakan adalah berdasarkan petunjuk Pallant (2007).

Menurut Rosinah (2013), penelitian dokumen bertujuan untuk pengkaji memperolehi data

daripada dokumen-dokumen yang berkaitan bagi menyokong dapatan yang sedia ada. Justeru, pengkaji memilih penelitian dokumen untuk mengkaji latar belakang murid, pencapaian muzikal murid di sekolah, ciri keistimewaan murid, pencapaian akademik, kehadiran ke sekolah, minat terhadap muzik, tingkah laku murid, dan sebagainya yang boleh menjejaskan pembelajaran muzik mereka.

Page 99: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

249

Zulklifley (2006) menerangkan definisi ujian diagnostik sebagai ujian yang dijalankan untuk mengesahkan masalah-masalah tertentu yang bakal dihadapi oleh murid yang dikategorikan sebagai murid kumpulan pemulihan. Dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan, murid diuji secara individu melalui lisan dan amali iaitu tepukan corak irama. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan. Pengkaji mendapati pencapaian skor min yang tertinggi iairu 4.89 terletak pada item “saya suka menepuk bersama kawan”. Sebaliknya, pencapaian min yang paling rendah iaitu 1.00 dicatat oleh item “saya suka menepuk seorang”. Hal ini menunjukkan bahawa murid suka aktiviti berpasangan sejajar dengan Kaedah AB-A-Cappella. Dalam soal selidik kedua, didapati hampir kesemua murid iaitu 82.8% murid tidak mempunyai pengalaman kemahiran muzik yang khusus.

Berdasarkan analisis penelitian dokumen, didapati kebanyakan murid iaitu 71.4% mendapat

gred B dalam peperiksaan Pendidikan Muzik. Hal ini membuktikan bahawa murid-murid Tahun Dua bagi kelas ini mencapai keputusan muzik yang sederhana secara keseluruhan.

Bagi ujian diagnostik yang telah dilaksanakan, didapati kesemua murid iaitu 100% mendapat

pencapaian yang paling rendah iaitu gred E. Ujian diagnostik ini telah membuktikan kelemahan yang sangat ketara dalam topik menepuk corak irama murid Tahun Dua. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Pengkaji telah melaksanakan empat intervensi dalam kitaran satu dan tiga intervensi dalam kitaran dua mengikut Model Stepehen Kemmis (Kemmis, McTaggart, & Nixon, 2014). Setiap intervensi dijalankan selama 30 minit. Setiap intervensi mengandungi enam langkah iaitu latihan menyebut lirik (lima minit), menyanyi lagu tepukan (lima minit), menepuk secara berpasangan sambil menyanyi lagu tepukan (lima minit), mengenali nama not dan nilai not (lima minit), menepuk corak irama (lima minit), serta mencipta corak irama (lima minit). Kaedah AB-A-Cappella telah digunakan. Terdapat sedikit perubahan dalam aktiviti kitaran satu dan dua seperti perubahan tempo dan cara mencipta corak irama. 5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Mengenal Notasi Kitaran 1

dan 2

Berdasarkan Rajah 1, didapati secara keseluruhannya murid berada di tahap Gred A di mana 40% dan 85.7% murid mendapat gred ini dalam ujian pos kitaran 1 dan kitaran 2. Tidak terdapat murid yang mendapat Gred A dan Gred B dalam ujian pra. Selain itu, tidak terdapat murid yang mendapat Gred C, D, dan E dalam ujian pos kitaran 2. Terdapat 40% murid yang mencapai Gred B dalam ujian pos kitaran 1 berbanding dengan 14.3% murid dalam ujian pos kitaran 2. Di samping itu,

0 0

28.6 25.7

71.4

40 40

11.45.7 2.9

85.7

14.3

0 0 00

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

A B C D E

Pe

ratu

s (

%)

Gred

Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Mengenal Notasi Kitaran 1 dan 2

Ujian Pra

Ujian Pos Kitaran 1

Ujian Pos Kitaran 2

Page 100: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

250

terdapat 28.6% murid yang mencapai Gred C dalam ujian pra berbanding dengan 11.4% murid dalam ujian pos kitaran 1. Tambahan pula, terdapat 25.7% murid yang mencapai Gred D dalam ujian pra berbanding dengan 5.7% murid dalam ujian pos kitaran 1. Terdapat juga 71.4% murid mencapai Gred E semasa ujian pra dan 2.9% murid dalam ujian pos kitaran 1. Keputusan ini menunjukkan murid dalam kelas ini telah menunjukkan peningkatan yang mendadak daripada ujian pra kepada ujian pos kitaran 2 dalam kemahiran mengenali jenis dan nilai not kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim.

Rajah 2. Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Kemahiran Menepuk Corak Irama Kitaran 1 dan 2

Berdasarkan Rajah 2, didapati secara keseluruhannya murid mencapai keputusan yang baik iaitu skor min antara 3.67 sehingga 5.00 dalam ujian pos kitaran 2 bagi semua item. Contohnya, tepukan detik, corak irama, dan tepukan ciptaan corak irama serta ciptaan corak irama. Dalam ujian pra, murid mencapai keputusan yang lemah iaitu skor min antara 1.00 sehingga 2.33 dalam semua item. Dalam ujian pos kitaran 1 pula, murid mendapat keputusan yang sederhana iaitu skor min antara 2.34 sehingga 3.66 dalam semua item kecuali item tepukan corak irama. Item ini mencatat skor min yang baik iaitu antara 3.67 sehingga 5.00. Keputusan ini menunjukkan kelas ini telah menunjukkan kemajuan murid dalam kemahiran menepuk dan mencipta corak irama dalam meter duaan sepanjang empat bar. Corak irama ini mengandungi not seperti kuaver, krocet, rehat krocet, dan minim. 5.5 Rumusan kajian

Bagi menjawab persoalan pertama, data daripada ujian pra dan ujian pos megenal notasi dan ujian formatif kitaran 1 digunakan. Pengkaji dapat melihat peningkatan sebanyak 85.7% murid yang cemerlang (Gred A) dan 14.3% murid yang baik (Gred B) dalam ujian pos. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian oleh Overy (2003) yang menunjukkan kanak-kanak dalam lingkungan umur lapan sehingga sembilan tahun menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca dan mengira setelah menerima latihan muzik berkaitan dengan corak irama.

Bagi menjawab persoalan kedua, data daripada ujian pra dan ujian pos tepukan serta

pemerhatian tidak berstruktur telah digunakan. Pengkaji dapat melihat peningkatan skor min sebanyak 2.38 dalam penilaian ujian pos kitaran satu dan 3.73 dalam ujian pos kitaran dua. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan kajian oleh Brodsky dan Sulkin (2005) yang menunjukkan penggunaan kaedah lagu tepukan dapat meningkatkan kemahiran muzik murid-murid.

Bagi menjawab persoalan ketiga, data daripada pemerhatian tidak berstruktur, ujian pra serta

ujian pos kitaran satu dan dua telah digunakan. Pengkaji telah melihat peningkatan sebanyak 2.73 skor min pada ujian pos kitaran satu dan 3.65 skor min pada ujian pos kitaran dua. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa dengan menggunakan Dapatan ini sama dengan dapatan kajian

1.11 1 1 1

3.493.73

3.343.17

4.844.65

4.894.74

1

2

3

4

5

Tepukan detik Tepukan Corakirama

Ciptaan CorakIrama

Tepukan CiptaanCorak irama

Min

Item

Graf Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Kemahiran Menepuk Corak Irama Kitaran 1 dan 2

Ujian Pra

Ujian Pos Kitaran 1

Ujian Pos Kitaran 2

Page 101: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

251

oleh Wallace (1994) yang menunjukkan peningkatan memori melalui tepukan corak irama dalam lagu tepukan. 5.6 Refleksi

Kekuatan kajian ini ialah minat murid untuk mempelajari muzik telah meningkat. Objektif yang telah ditetapkan juga tercapai. Kekurangannya ialah terdapat kesukaran kepada pasangan murid yang kedua-dua mereka tidak mahir menepuk corak irama. Hal ini menyebabkan murid putus asa dan tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Cadangan penambahbaikannya ialah murid yang lemah berpasangan dengan murid yang cemerlang di mana murid yang mahir menepuk corak irama boleh mengajar murid yang kurang mahir. Pembelajaran kendiri dapat diwujudkan.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah murid dapat menguasai kemahiran menepuk dan mencipta corak irama dengan baik, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya ialah menggunakan alat perkusi untuk memainkan lagu yang mengandungi pelbagai corak irama. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu kemahiran mengaplikasi ilmu corak irama yang dipelajari dalam permainan alat perkusi.

Selain itu, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya ialah berkenaan improvisasi corak irama

bagi sesebuah lagu. Dengan itu, kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis dapat dipupuk dalam kalangan murid sejajar dengan aspirasi murid PPPM 2013 – 2025.

Akhirnya, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya sebagai kajian yang berkaitan dengan

pendedahan corak irama yang beraras tinggi. Misalnya, corak irama yang mengandungi not semikuaver, krocet bertitik, dan minim bertitik. RUJUKAN Brodsky, W., & Sulkin, I. (2005, September 14–17). Clapping songs: A natural ecological

medium for pre-instrumental training. In J.W. Davidson (Ed.), Proceedings of the International Conference on Psychological, Philosophical and Educational Issues in Musical Performance [CD]. Porto, Portugal:CIPEM.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Dunia Muzik Tahun Dua. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R. (2014). The action research planner. New York: Springer. Miller, R. C., Zhang, H. Q., Gillbert, E., & Gerber, E. (2014). Pair research. Matching People for Collaboration, Learning and Productivity, 2, 1-6. Doi: 10.1145/2531602.2531703 Overy, K. (2003). Dyslexia and music from timing deficits to musical intervention. Annals New York

Academy of Science, 999, 497–505.

Pallant, J. (2007). SPSS survival manual. Australia: Ligare Book Printer Sydney. Rosinah Edinin. (2013). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur : Freemind

Horizons Sdn. Bhd. Sadie, S. (Ed.). (1986). The grove concise dictionary of music. London: Macmillan Press. Sulkin, I. (2003). Hand clapping songs in the school yard (Unpublished MA thesis). Department

of Musicology, Tel-Aviv University, Tel-Aviv, Israel.

Page 102: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

252

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN OSTINATO IRAMA MENGIRINGI NYANYIAN LAGU MELALUI PENDEKATAN ORFF DALAM

KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5X

Oleh:

WEE ERN HUEI Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid-murid memainkan ostinato irama sambil menyanyi dengan betul dan lancar. Kajian telah dijalankan ke atas 23 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan dari kelas Tahun 5X. Tinjauan awal dilakukan melalui borang soal selidik dan ujian diagnostik. Dapatan tinjauan awal menunjukkan bahawa masalah murid tidak dapat memainkan ostinato irama sambil menyanyi wujud. Oleh itu, kajian ini berfokus kepada cara untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai kemahiran ini melalui pengaplikasian pendekatan Orff. Murid-murid telah diperkenalkan kepada dua aspek iaitu imitasi dan eksplorasasi semasa memainkan ostinato irama. Sesi pengajaran telah dijalankan secara berperingkat. Setiap sesi pengajaran dalam kitaran pertama adalah selama 30 minit manakala dalam kitaran kedua adalah sepanjang 60 minit. Alat pengumpulan data yang telah digunakan ialah ujian pra, ujian pasca, pemerhatian berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian kemahiran. Hasil analisis data mendapati semua murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kemahiran asas kreatif dalam ujian pasca dan ujian kemahiran. Ini menunjukkan bahawa pendekatan Orff telah berjaya meningkatkan kemahiran murid memainkan ostinato irama sambil menyanyi dengan betul dan lancar. Untuk kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan murid didedahkan kepada lagu bermeter tigaan, mencipta corak irama dan membuat improvisasi corak irama menggunakan pelbagai jenis not. Kata Kunci: ostinato irama, pendekatan Orff, Pendidikan Muzik 1.0 PENDAHULUAN

Semasa menjalani amalan profesional praktikum di sebuah sekolah di Selangor, pengkaji mendapati murid-murid menghadapi kesukaran dalam memainkan ostinato irama dengan betul. Lebih-lebih lagi apabila diminta untuk memainkannya sambil mengiringi nyanyian lagu. Pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam menguasai kemahiran ini. Murid-murid masih lemah dalam mengenal jenis dan nilai not serta mudah terkeliru dengan irama melodi lagu yang dinyanyikan.

Terdapat pelbagai kaedah sebagai alat bantu dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini

yang boleh digunakan oleh pengkaji dalam meningkatkan kemahiran memainkan ostinato irama mengiringi nyanyian lagu melalui pendekatan Orff iaitu kaedah imitasi dan eksplorasi. 2.0 FOKUS KAJIAN

Pengkaji mendapati terdapat pelbagai masalah dalam memainkan ostinato irama sambil mengiringi nyanyian lagu yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah ini. Oleh demikian, pengkaji menitikberatkan kajian ini kepada penguasaan kemahiran asas muzik terlebih dahulu menggunakan kaedah imitasi dan eksplorasi. Murid-murid dipercayai memerlukan lebih bimbingan dan galakan pada masa yang sama dalam mengatasi masalah ini. Maka latihan dan aktivti-aktiviti secara berperingkat digunakan sebagai intervensi kepada masalah ini.

Pengkaji menjalankan kajian ini dalam aspek ekspresi kreatif. Kajian ini khasnya ditujukan

kepada murid-murid Tahun 5X yang mempunyai potensi untuk menguasai aspek ini dengan lebih baik. Hal ini kerana kemahiran ini mula diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 5.

Page 103: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

253

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Pendekatan Orff dapat meningkatkan kemahiran memainkan ostinato irama mengiringi nyanyian lagu bermeter empatan dalam kalangan murid Tahun 5X. 3.2 Objektif Khusus

Pengaplikasian pendekatan Orff (kaedah imitasi) dapat meningkatkan kemahiran

memainkan ostinato irama dan sambil mengiringi nyanyian lagu ‘Can Mali Can’ dengan betul dalam kalangan murid Tahun 5X..

Pengaplikasian pendekatan Orff (kaedah imitasi) dapat meningkatkan kemahiran

memainkan ostinato irama dan sambil mengiringi nyanyian lagu ‘Enjit-enjit Semut’ dengan betul dalam kalangan murid Tahun 5X.

Pengaplikasian pendekatan Orff (kaedah imitasi) dapat meningkatkan kemahiran memainkan dua ostinato irama mengikut kumpulan pada masa yang sama sambil mengiringi nyanyian lagu ‘Can Mali Can’ dan ‘Enjit-enjit Semut’ dengan betul dalam kalangan murid Tahun 5X.

Pengaplikasian pendekatan Orff (kaedah imitasi dan eksplorasi) dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti memainkan dua ostinato irama mengikut kumpulan pada masa yang sama sambil mengiringi lagu ‘Musim Buah-buahan’ dan ‘Lenggang-lenggang Kangkung’ dengan betul dalam kalangan murid Tahun 5X.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 38 orang murid Tahun 5X berumur 11 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah yang teletak di sekitar negeri Selangor. Subjek kajian terdiri daripada 23 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Kesemua subjek kajian adalah berbangsa Melayu. Kumpulan ini tergolong dalam kategori murid berpencapaian sederhana. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur, ujian pra dan ujian pasca serta ujian kemahiran bermain ostinato irama untuk mengukur peningkatan penguasaan kemahiran murid selepas intervensi dilaksanakan. 5.1 Cara Mengumpulkan Data Dan Maklumat

Tiga instrumen yang telah digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan tinjauan awal. Instrumen-instrumen tersebut ialah ujian diagnostik, soal selidik dan penelitian dokumen. Manakala dalam kitaran satu, pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur serta ujian pra dan ujian pasca. Dalam kitaran dua pula, pengkaji telah menggunakan pemerhatian tidak berstruktur dan ujian kemahiran bermain ostinato irama. Pengkaji telah memilih instrumen-instrumen pengumpulan data ini berasaskan kesesuaian serta keperluan instrumen-instrumen ini dalam membantu pengkaji mengukur peningkatan penguasaan kemahiran murid dalam kajian ini. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Pengkaji telah menggunakan ujian diagnostik sebagai salah satu cara pengumpulan data sebelum kajian dilaksanakan. Kumpulan sasaran iaitu murid-murid Tahun 5X telah terlibat dalam mengambil ujian diagnostik ini. Bagi melaksanakan ujian ini, pengkaji telah menjalankan ujian ini sebanyak dua kali untuk dua jenis lagu bermeter empatan. Data yang diperoleh telah diterjemahkan ke dalam bentuk jadual.

Page 104: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

254

0.0%

20.0%

40.0%

60.0%

80.0%

100.0%

120.0%

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7

Ujian Pra

Ujian Pasca

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Semasa tindakan pada kitaran satu, pengkaji telah berfokuskan kepada penggunaan lagu bermeter empatan yang tidak mempunyai anakursis. Setiap sesi pengajaran dilaksanakan selama 30 minit sahaja dengan penekanan terhadap penguasaan tepukan ostinato irama dengan betul. Tambahan, enam sesi pengajaran telah berlangsung dalam kitaran satu dan setiap satunya semakin meningkat kesukaran kerana bimbingan daripada guru semakin berkurangan agar murid dapat melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Alat bantu mengajar yang telah digunakan ialah perisian SONAR, alat perkusi tidak berpic serta kad corak irama. Sebagai permulaan, pengkaji telah banyak menggunakan kaedah imitasi agar murid dapat meniru dan menepuk corak irama dengan betul dan tepat.

Dalam kitaran kedua pula, pengkaji telah menggunakan lagu bermeter empatan yang mempunyai anakursis. Hanya dua sesi pengajaran telah dilaksanakan yang mengambil masa selama satu jam. Pengkaji telah lebih bertumpu kepada penerokaan murid dalam memainkan ostinato irama yang pelbagai dengan menggunakan not krocet dan kuaver sahaja. Alat bantu mengajar yang telah digunakan dalam kitaran ini ialah perisian SONAR, alat perkusi tidak berpic dan berpic, serta kad notasi. Murid-murid diberi kebebasan untuk memilih alat perkusi serta meneroka ostinato irama yang boleh dimainkan mengiringi nyanyian lagu. 5.4 Keputusan Kajian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 1. Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Keputusan ujian pra dan ujian pasca dalam Rajah 1 menunjukkan tahap peratusan yang telah dibuat perbandingan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat melalui jumlah perbezaan peratusan antara ujian pra dan ujian pasca. Peningkatan yang ketara ini menunjukkan dan membuktikan keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan.

Terdapat tujuh item yang diuji dalam ujian pra dan ujian pasca. Pengkaji telah menitikberatkan

kepada kemahiran menepuk ostinato irama secara berperingkat. Dan item-item ini diuji secara individu. Pemerhatian Berstruktur

Peningkatan ini merupakan satu peningkatan yang positif bagi pengkaji kerana dapat membuktikan bahawa setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pengkaji menggunakan pendekatan pengajaran ansur maju iaitu dari mudah ke kompleks berjaya dalam meningkatkan penguasaan murid

Page 105: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

255

tehadap kemahiran memainkan ostinato irama mengiringi nyanyian lagu bermeter empatan dengan pendekatan Orff. Hasil pemerhatian ini telah diterangkan dalam bentuk penulisan naratif. Pemerhatian Tidak Berstruktur

Peningkatan dalam aspek kreativiti murid dapat dilihat secara beransur berdasarkan kriteria-kriteria dalam rubrik yang telah digunakan. Aspek ekspresi kreatif murid dapat dilihat semakin bertambah lebih-lebih lagi apabila aktiviti yang dijalankan memberi lebih kebebasan kepada murid untuk meneroka. Hasil pemerhatian ini telah diterangkan dalam bentuk penulisan naratif. Ujian Kemahiran Bermain Ostinato Irama secara Kreatif Jadual 1. Keputusan Ujian Kemahiran Bermain Ostinato Irama (N=38)

Aspek Dinilai Bilangan Murid Peratusan

Menepuk corak irama mengikut notasi

38 100%

Menepuk ostinato irama sambil menyanyi lagu dengan lancar

37 97.4%

Menepuk ostinato irama dengan kreatif

36 94.7%

Menghasilkan bunyi-bunyi yang berbeza semasa menepuk corak irama yang diberi

36 94.7%

Menghasilkan keunikan dari segi cara ostinato irama dimainkan

37 97.4%

Berdasarkan Jadual 1, dapat dilihat hampir kesemua murid berjaya menunjukkan kreativiti

yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kitaran kajian yang kedua. Peratusan terendah yang dicapai masih lagi pada aras tinggi iaitu 94.7%. 5.5 Rumusan Kajian

Rumusan dapatan dibuat untuk menjawab empat persoalan kajian dengan menggunakan data-data daripada keputusan kajian dan disokong dengan kajian-kajian lepas. Intervensi ini telah dijalankan selama 6 minggu secara keseluruhannya bagi kedua-dua kitaran.

Pengajaran kaedah intervensi ini telah melibatkan kaedah imitasi dan eksplorasi yang dipelopori oleh Carl Orff ke atas 38 orang murid Tahun 5X. Tujuan utama kaedah ini adalah untuk meningkatkan penguasaan asas muzik murid-murid di akhir kajian ini. 5.6 Refleksi

Pengkaji telah banyak merujuk kepada bahan-bahan daripada pelbagai sumber bagi mendapatkan makalumat-maklumat yang relevan dan seperti yang disarankan oleh pensyarah pembimbing. Hasilnya, pengkaji telah memperoleh pelbagai bahan dan maklumat yang berguna sebagai rujukan semasa melaksanakan kajian dan kemudiannya, menyiapkan laporan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki oleh pengkaji dalam merancang dan melaksanakan kajian pada masa yang akan datang. Pengkaji perlu lebih peka dan teliti dalam merancang segala tindakan dan cara pengumpulan data kajian. 6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya

Pada kajian seterusnya, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji sebagai kesinambungan daripada kajian ini. Salah satu daripadanya ialah penggunaan lagu bermeter tigaan untuk diiringi dengan ostinato irama. Hal ini supaya murid didedahkan kepada kepelbagaian lagu.

Page 106: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

256

Selain itu, pengkaji menyarankan agar kajian seterusnya meberikan fokus kepada improvisasi iaitu tahap seterusnya dalam pendekatan Orff. Murid-murid diberi pendedahan dan kebebasan untuk meneroka aspek kreativiti murid dengan lebih mendalam lagi. Dan yang ketiga adalah untuk memberikan murid membuat penciptaan corak irama menggunakan not-not yang lebih pelbagai seperti krocet bertitik, minim dan tanda rehat. RUJUKAN Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Vol. 1. Malaysia:

McGraw Hill Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (2nd Ed.). Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2006). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Long, A. (2013). "Involve Me: Using the Orff Approach within the Elementary Classroom". 2013

Awards for Excellence in Student Research & Creative Activity - Documents. Paper 4. Arslan. A (2009). Orff Schulwerk Elementary Music Applications in Interdisciplinary Education in

Chair of Primary School Education. World Conference on Educational Sciences 2009. Istanbul, Turkey. pp. 2546-2553

Page 107: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

257

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI B, A, DAN G DALAM

PERMAINAN REKODER BAGI MURID TAHUN 5 ARIF MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Oleh:

CHIEW FUI CHOOI

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif STAD bagi meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder bagi murid-murid tahun 5 Arif. Kelas ini terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan sebagai subjek kajian. Setelah tinjauan awal dilakukan, analisis data telah dibuat melalui pemerhatian berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan ujian diagnostik. Keputusan data daripada tinjauan awal telah menunjukkan hanya terdapat beberapa orang murid sahaja yang dapat membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder. Oleh itu, kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder perlu dipertingkatkan dalam kalangan murid-murid melalui kaedah pembelajaran koperatif STAD. Data telah dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian kemahiran. Keputusan data mendapati murid-murid telah menunjukkan peningkatan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder. Kenyataan ini dapat disokong dengan keputusan ujian pasca yang menunjukkan seramai 24 orang murid dapat menguasai kemahiran membaca notasi berbanding dengan ujian pra hanya terdapat 7 orang murid yang dapat menguasai kemahiran membaca notasi. Justeru, kaedah pembelajaran koperatif dibuktikan dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder dalam kalangan murid-murid. Bagi cadangan seterusnya, pengkaji mencadangkan penggunaan teknik yang lain seperti teknik Team-Games Tournament (TGT) dalam kaedah pembelajaran koperatif, gabungan teknik rekoder dalam permainan rekoder serta menambah notasi dan not dalam permainan rekoder. Kata kunci: kaedah pembelajaran koperatif, STAD, kemahiran membaca notasi, notasi B, A dan G 1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan PPPM, semangat FPK tentang pendidikan seimbang dapat diperlihatkan dalam enam ciri. Ciri ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Daripada ciri-ciri yang dapat dilihat dalam PPPM, pengetahuan merupakan peringkat yang paling asas bagi murid-murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Selain itu, kemahiran berfikir juga penting semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam Pendidikan Muzik, murid-murid selalu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang merangsangkan fikiran mereka secara kritis, kreatif dan inovatif. Oleh itu, Pendidikan Muzik juga merupakan subjek yang penting di sekolah supaya murid-murid dapat berkembang secara menyeluruh.

Kurikulum mata pelajaran Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah sejak tahun 1983. Murid-murid akan mula didedahkan kepada permainan rekoder pada Tahap 2 iaitu Tahun 4 sehingga ke Tahun 6. Seseorang individu perlu menguasai kemahiran membaca notasi pada baluk sebelum bermain rekoder. Membaca notasi adalah penting kerana ia memudahkan seseorang untuk membaca skor dengan tepat dan lancar. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan cara bagaimana untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder bagi murid Tahun 5 Arif melalui kaedah pembelajaran koperatif.

Page 108: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

258

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kaedah Pembelajaran Koperatif dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder bagi murid Tahun 5 Arif. 3.2 Objektif Khusus

Melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder.

Melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan pelbagai melodi mudah yang mengandungi not krocet, minim dan semibrif dalam permainan rekoder sepanjang empat bar.

Melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan lagu yang mengandungi not krocet, minim dan semibrif dalam permainan rekoder sepanjang lapan bar.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan seramai 34 orang murid-murid Tahun 5 Arif yang terdiri daripada 19 lelaki orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan di salah sebuah Sekolah Kebangsaan. Semua murid adalah bangsa Melayu. Kelas ini merupakan kelas yang mempunyai murid yang berprestasi sederhana. Daripada data soala selidik, seramai 27 orang murid adalah berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan hanya tiga orang murid mengikuti kelas muzik di luar sekolah.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kitaran sepanjang kajian untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder. Kitaran 1mempunyai empat intervensi dan kitaran 2 pula mempunyai dua intervensi. Kedua-dua kitaran yang dijalankan adalah menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan dalam membuat perancangan. 5.1 Cara Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan empat jenis instrument sepanjang intervensi dijalankan. Antaranya ialah ujian pra, ujian pasca, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian kemahiran. Pengkaji telah menjalankan ujian pra sebelum kajian dijalankan untuk menguji kemahiran dan tahap penguasaan murid-murid dalam pembacaan notasi semasa bermain rekoder dan menjalankan ujian pasca selepas kajian dijalankan untuk menilai keberkesanan intervensi yang dirancang terhadap tahap penguasaan murid-murid dan peningkatan kemahiran murid-murid bagi pembacaan notasi B, A dan G dalam permainan rekoder pada kitaran pertama. Nota lapangan telah disediakan untuk mengumpal data dalam pemerhatian tidak berstruktur.Pengkaji telah memilih ujian kemahiran untuk mengukur sejauh mana seseorang murid dapat menguasai kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder. Ujian kemahiran telah dijalankan pada akhir intervensi kitaran kedua.

5.2 Analisis tinjauan awal Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah dalam tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah dalam kalangan murid-murid. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian berstruktur, temu bual tidak berstruktur dengan guru pembimbing dan ujian diagnostik. Senarai semak telah digunakan dalam pemerhatian berstruktur unutk memerhati tingkah laku negatif murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah menemu bual dengan guru pembimbing iaitu guru muzik kepada murid Tahun 5 Arif mengenai masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam kelas muzik. Pengkaji telah menggunakan ujian diagnostik untuk mengenal pasti kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam kalangan murid Tahun 5 Arif.

Page 109: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

259

5.3 Tindakan menangani masalah Terdapat dua kitaran telah dijalankan bagi menangani masalah. Pada kitaran satu, terdapat empat aktiviti telah dijalankan. Setiap aktiviti mempunyai empat latihan yang berlainan bagi membolehkan murid membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengenal not B, A dan G, latihan penjarian, latihan memainkan pelbagai melodi mudah sepanjang empat bar dan murid-murid berlatih dalam kumpulan dan pertandingan antara kumpulan diadakan. Bagi kitaran dua pula, pengkaji telah merancang dua aktiviti yang mempunyai emapt latihan yang sama pada kitaran satu, tetapi hanya bertukar latihan memainkan pelbagai melodi sepanjang empat bar ke lagu mudah sepanjang lapan bar. Setiap aktiviti dijalankan adalah berdasarkan kaedah pembelajaran koperatif STAD. 5.4 Keputusan Kajian Jadual di bawah telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pasca dan peningkatan ini adalah sebanyak 49%. Peningkatan juga dapat dilihat apabila tiada murid yang mendapat markah rendah daripada empat markah dalam ujian pasca. Jadual 1 Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder (Bahagian A)

Markah Ujian Pra Ujian Pasca

Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%)

6 7 21 24 70 5 0 0 7 21 4 0 0 3 9 3 1 3 0 0 2 8 24 0 0 1 4 11 0 0 0 14 41 0 0

Jadual di bawah telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pra dan ujian pasca dan peningkatan ini adalah sebanyak 44%. Peningkatan juga dapat dilihat apabila tiada murid yang mendapat markah rendah daripada empat markah dalam ujian pasca. Jadual 2 Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder pada melodi mudah sepanjang empat bar (Bahagian B)

Markah Ujian Pra Ujian Pasca

Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%)

6 7 21 22 65 5 0 0 8 24 4 0 0 4 11 3 2 6 0 0 2 7 21 0 0 1 4 11 0 0 0 14 41 0 0

Jadual di bawah telah menunjukkan semua murid telah mendapat cemerlang dalam ujian kemahiran iaitu markah 80-100%. Ini telah menunjukkan bahawa semua murid telah menguasai kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder melalui kaedah pembelajaran koperatif secara berkesan.

Page 110: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

260

Jadual 3 Keputusan ujian kemahiran bagi kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder.

Bahagian Aras pencapaian

Skor pemarkahan (%)

Bilangan murid Peratus murid (%)

A Cemerlang 80-100 34 100

Sederhana 50-79 0 0

Lemah 0-49 0 0 B Cemerlang 80-100 34 100

Sederhana 50-79 0 0

Lemah 0-49 0 0 C Cemerlang 80-100 34 100

Sederhana 50-79 0 0

Lemah 0-49 0 0

5.5 Rumusan Kajian Rumusan kajian dibuat untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada keputusan kajian. Terdapat tiga persoalan dalam kajian ini.

Persoalan kajian 1: Adakah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder?

Bagi menjawab soalan ini, data daripada ujian pra dan ujian pasca telah digunakan. Daripada

analisis data ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran membaca notasi B, A dan G dalam permainan rekoder, dapat dilihat bahawa perbezaan peratusan murid-murid dalam ujian pra dan ujian pasca melalui kaedah pembelajaran koperatif iaitu dari 21% pada ujian pra kepada 70% pada ujian pasca.

Selain itu, daripada keputusan ujian kemahiran pada kitaran kedua, murid-murid dilihat dapat

menguasai kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder dengan sepenuhnya melalui kaedah pembelajaran koperatif. Semua murid telah mendapat cemerlang iaitu markah antara 80 hingga 100 dalam ujian kemahiran. Hasil dapatan ini selaras dengan pendapat Miller, Allan; Coen, Dorita (1994) yang menegaskan bahawa kebanyakan persembahan muzikal adalah berbentuk koperatif dan kejayaan setiap jenis persembahan bergantung pada kerjasama ahli kumpulan.

Persoalan kajian 2: Adakah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan pelbagai melodi mudah yang mengandungi not krocet, minim dan semibrif dalam permainan rekoder sepanjang empat bar? Bagi menjawab persoalan ini, data daripada instrumen ujian pra, ujian pasca, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian kemahiran digunakan. Keputusan telah menunjukkan murid-murid mengalami peningkatan dari 21% pada ujian pra kepada 65% pada ujian pasca. Peningkatan ini adalah sebanyak 44%. Bagi data pemerhatian tidak berstruktur pula, bilangan murid daripada beberapa orang murid tidak dapat membaca notasi B, A dan G dengan pelbagai melodi mudah dalam permainan rekoder pada aktiviti pertama dan kedua telah dikurangkan kepada dua orang murid pada aktiviti ketiga. Pada aktiviti yang terakhir, semua murid dapat membaca notasi B, A dan G dengan pelbagai melodi mudah dalam permainan rekoder sepanjang empat bar. Selain itu, daripada keputusan ujian kemahiran pada kitaran kedua, murid-murid dilihat dapat menguasai kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder dengan sepenuhnya melalui kaedah pembelajaran koperatif. Semua murid telah mendapat cemerlang iaitu markah antara 80 hingga 100 dalam ujian kemahiran. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan

Page 111: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

261

tinjauan yang dilakukan oleh Ismail Said (2009) bahawa pelaksanaan pembelajaran koperatif telah membawa hasil yang menggalakkan kebanyakan pelajar suka bekerja dalam kumpulan. Persoalan kajian 3: Adakah dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan lagu yang mengandungi not krocet, minim dan semibrif dalam permainan rekoder sepanjang lapan bar?

Berdasarkan data pemerhatian tidak berstruktur, walaupun terdapat beberapa orang murid tidak dapat membaca notasi B, A dan G semasa bermain melodi mudah sepanjang empat bar pada aktiviti pertama kitaran kedua, tetapi semua murid dapat membaca notasi B, A dan G dengan lagu dalam permainan rekoder sepanjang lapan bar pada aktiviti kedua. Selain daripada itu, berdasarkan keputusan ujian kemahiran pada kitaran kedua, murid-murid dilihat dapat menguasai kemahiran membaca notasi B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder dengan sepenuhnya melalui kaedah pembelajaran koperatif. Semua murid telah mendapat cemerlang iaitu markah antara 80 hingga 100 dalam ujian kemahiran. Dengan itu, dalam kajian Wardan Suyanto (1998) menegaskan bahawa kaedah pembelajaran koperatif STAD mampu memupuk kerjasama di kalangan murid lebih tinggi berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional.

5.6 Refleksi Kekuatan dalam kajian ini adalah objektif yang ditetapkan telah dicapai dan keberkesanan murid-murid dapat memainkan not B, A dan G pada baluk dalam permainan rekoder melalui kaedah pembelajaran koperatif STAD. Manakala kelemahan bagi kajian ini adalah kawalan kelas yang tidak beberapa baik dan kesuntukan masa semasa menjalankan intervensi. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Setelah pengkaji menjalankan intervensi menggunakan kaedah koperatif, pengkaji mendapati masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan yang boleh diaplikasikan dalam usaha membentuk satu kaedah yang lebih baik. Untuk meneruskan kesinambungan dari kajian ini, pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan untuk kajian seterusnya. Antaranya ialah penggunaan teknik yang lain seperti teknik Team-Games Tournament (TGT) dalam kaedah pembelajaran koperatif, gabungan teknik rekoder dalam permainan rekoder serta menambah notasi dan not dalam permainan rekoder

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangun Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Dilayari pada 21 Ogos 2014 dari http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Mok Soon Sang. (2002). Psikologi pendidikan untuk kursus diploma perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Page 112: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

262

MENINGKATKAN PENGUASAAN DETIK TEKANAN KUAT DAN LEMAH BAGI RENTAK MAC DAN WALTZ MELALUI KAAEDAH VAK DANCING MAP

DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5

Oleh:

CHONG CHIA BIN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz melalui kaedah VAK Dancing Map dalam kalangan murid-murid Tahun 5. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid perempuan. Tinjauan awal telah dijalankan melalui pemerhatian berstruktur, soal selidik, ujian diagnostik dan temu bual berstruktur. Dapatan tinjauan awal menunjukkan murid-murid bermasalah dalam menepuk detik serta tekanan kuat dan lemah bagi lagu yang diperdengarkan. Kajian ini berfokuskan kepada penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz dengan menggunakan Dancing Map yang mengkombinasikan visual, audio dan kinestetik selama tiga minggu, iaitu empat aktiviti dalam kitaran pertama dan dua aktiviti dalam kitaran kedua. Data dikumpulkan melalui pemerhatian berstruktur, ujian formatif, ujian pra dan pasca. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kesemua murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan detik dan tekanan bagi rentak Mac dan Waltz dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Seramai 17 (68 %) orang murid mencapai gred A dalam menepuk detik pertama bagi lagu berentak Mac manakala 19 (76%) orang murid mendapat gred A juga dalam menepuk detik pertama bagi lagu berentak Waltz. Justeru, kaedah VAK Dancing Map dibuktikan dapat meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi lagu berentak Mac dan Waltz dalam kalangan murid-murid. Cadangan kajian seterusnya ialah pengaplikasian kaedah VAK Dancing Map dengan rentak Masri dan peneguhan positif diterapkan dalam intervensi pada masa hadapan. Kata Kunci: VAK Dancing Map, detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz 1.0 PENDAHULUAN Untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Muzik sekolah rendah memberikan penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan mengenai muzik dan membina kemahiran muzikal secara amali melalui aktiviti muzik vokal dan juga instrumental. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berfokus kepada bentuk amali agar aktiviti yang dijalankan menarik dan memberi impak kepada murid-murid. Pendidikan Muzik digalakkan dipelajari oleh murid-murid kerana ia membantu murid memperolehi pengetahuan muzik, membentuk murid yang seimbang dan mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanaan kaedah VAK Dancing Map dalam meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz dalam kalangan murid-murid Tahun 5. 2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ialah untuk menyelesaikan masalah murid-murid Tahun 5Z dalam penguasaan tekanan kuat dalam lemah bagi lagu-lagu berentak Mac dan Waltz. Setelah pengkaji melakukan tinjauan awal kepada murid kelas Tahun 5Z, pengkaji mendapati masalah utama murid dalam kelas ini adalah berkaitan dengan konsep muzik irama, iaitu detik dan tekanan. Antaranya ialah murid-murid tidak dapat menepuk detik lagu-lagu yang diperdengarkan. Kedua, murid-murid tidak dapat mengenal pasti meter lagu-lagu diperdengarkan dan ketiga ialah murid-murid tidak dapat membezakan tekanan kuat dan lemah bagi sesebuah lagu. Pengkaji mendapati masalah ini timbul kerana mereka kurang didedahkan dengan konsep irama dan mereka jarang melakukan aktiviti hands-on. Masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana ia akan memberikan impak yang negatif kepada murid-murid semasa menyanyi dan juga memainkan alat muzik seperti alat perkusi sekiranya mereka tidak menguasai detik tekanan kuat dan lemah. Jadi, pengkaji telah menggunakan kaedah sendiri, iaitu VAK Dancing Map untuk membantu meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Page 113: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

263

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Dengan menggunakan kaedah VAK Dancing Map, penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz dapat dipertingkatkan dalam kalangan murid-murid Tahun 5. 3.2 Objektif Khusus

Pengaplikasian kaedah VAK Dancing Map dapat membantu murid-murid Tahun 5 untuk menyatakan rentak Mac dan Waltz bagi lagu-lagu yang diperdengarkan.

Pengaplikasian kaedah VAK Dancing Map dapat meningkatkan penguasaan tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac bermeter lazim empatan dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Pengaplikasian kaedah VAK Dancing Map dapat meningkatkan penguasaan tekanan kuat dan lemah bagi rentak Waltz bermeter lazim tigaan dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran melibatkan 25 orang murid kelas 5Z. Kelas ini merupakan kelas yang mempunyai murid yang berprestasi sederhana. Kesemuanya ialah murid perempuan yang terdiri daripada 22 orang Melayu, seorang Cina dan dua orang India. Setelah tinjauan awal dibuat, pengkaji mendapati lebih daripada separuh dalam subjek kajian ini tidak mengambil kelas tambahan muzik di luar waktu persekolahan serta tidak mempunyai kepakaran dalam bidang muzik. Mereka adalah bersifat pasif dan pendiam dalam kelas. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam kitaran yang dijalankan. Model ini mengandungi empat peringkat, iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kitaran pertama ini berulang ke kitaran kedua dan seterusnya sehingga masalah yang dihadapi diselesaikan. 5.1 Cara Pengumpulan Data/ Maklumat Pengkaji telah menggunakan empat instrumen semasa menjalankan tinjauan awal, iaitu pemerhatian berstruktur, soal selidik, ujian diagnostik dan temu bual tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur dijalankan untuk memerhati murid-murid bagi mengenal pasti rentak lagu-lagu berentak Mac dan Waltz serta menepuk setiap detik sebuah lagu berentak Mac dan sebuah lagu berentak Waltz. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat murid-murid Tahun 5Z mengenai pengalaman muzik dan penglibatan muzik di sekolah. Ujian Diagnostik pula dijalankan untuk menguji murid kelas 5Z tentang teori yang berkaitan dengan konsep muzik irama. Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur dengan guru muzik bagi kelas 5Z untuk memahami masalah pembelajaran murid-murid kelas 5Z, tingkah laku, keputusan akademik dan sebagainya. 5.2 Analisis Tinjauan Awal Berdasarkan analisis pemerhatian yang dikumpul, pengkaji mendapati kebanyakan murid Tahun 5Z tidak dapat menepuk setiap detik lagu-lagu berentak Mac dan Waltz dengan betul. Melalui analisis soal selidik, murid-murid lebih daripada separuh dalam kelas 5Z tidak mempunyai latar belakang muzik dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti muzik di sekolah. Bagi keputusan ujian diagnostik, ramai murid Tahun 5Z gagal dalam ujian ini dan menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan teori muzik yang cetek. Berdasarkan hasil temu bual dengan guru muzik kelas 5Z, murid-murid ini adalah lemah dalam pembelajaran dan lambat menguasai konsep muzik. 5.3 Tindakan Menangani Masalah Pengkaji telah menjalankan dua kitaran intervensi bagi menangani masalah. Intervensi kitaran pertama mengandungi empat aktiviti dijalankan secara individu manakala intervensi kitaran kedua mempunyai dua aktiviti sahaja dijalankan secara berpasangan. Setiap aktiviti dijalankan selama 30 minit. Kesemua aktiviti ini melibatkan subjek kajian melihat dan bergerak di atas Dancing Map dengan mengikut tempo lagu-lagu berentak Mac dan Waltz yang diperdengarkan.

Page 114: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

264

(a) Kitaran Pertama

(b) Kitaran Kedua

5.4 Keputusan Kajian Hasil dapatan intervensi telah dikumpul melalui pemerhatian berstruktur, ujian formatif, ujian pra dan pasca. Berdasarkan kepada hasil data yang telah dikumpul, dapat dirumuskan bahawa intervensi yang dijalankan telah berjaya meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz dengan menggunakan kaedah VAK Dancing Map dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Rajah 1. Perbandingan Keputusan antara Ujian Pra dan Pasca - Kenal Pasti Sebuah Lagu Berentak Mac dan Waltz

Aktiviti Pertama

•Bergerak secara statik di atas Dacning Map sambil melakukan perkusi badan.

Aktiviti Kedua

•Melakukan perkusi badan sambil berjalan di atas Dancing Map yang disusun secara menegak.

Aktiviti Ketiga

•Melakukan perkusi badan sambil berjalan di atas Dancing Map yang disusun dalam bentuk segi empat sama.

Aktiviti Keempat

•Memainkan alat perkusi sambil berjalan di atas Dancing Map.

Aktiviti Pertama

•Melakukan perkusi badan sambil berjalan secara berpasangan di atas Dancing Map.

Aktiviti Kedua

•Memainkan alat perkusi sambil berjalan secara berpasangan di atas Dancing Map.

0

20

40

60

80

100

Ujian Pra (Mac) Ujian Pasca (Mac) Ujian Pra (Waltz) Ujian Pasca (Waltz)

Pe

ratu

sa

n B

ilan

ga

n M

uri

d

(%)

Jenis Ujian/ Aras Pencapaian

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Betul

Salah

Page 115: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

265

Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat bahawa peningkatan yang ketara pada ujian pasca, iaitu 80% subjek kajian telah berjaya mengenal pasti lagu berentak Mac dan 92% subjek kajian berjaya mengenal pasti lagu berentak Waltz berbanding dengan ujian pra. Hal ini telah menunjukkan kaedah VAK Dancing Map berjaya membantu subjek kajian membanding beza dan mengenal pasti lagu-lagu berentak Mac dan Waltz dengan baik.

Rajah 2. Perbandingan Keputusan antara Ujian Pra dan Pasca- Menepuk Detik Pertama bagi Lagu Berentak Mac dan Waltz

Menurut Rajah 2 pula, terdapat peningkatan yang jelas dan nyata yang dapat dilihat daripada ujian pra dan pasca bagi rentak Mac dan Waltz. Tiada subjek kajian yang mendapat gred D dalam ujian pasca bagi rentak Mac dan Waltz. Manakala peratusan murid mencapai gred A dalam ujian pasca adalah paling tinggi, iaitu 68% bagi rentak Mac dan 76% bagi rentak Waltz. Hal ini telah membuktikan bahawa kaedah VAK Dancing Map berjaya membantu subjek kajian untuk menguasai detik tekanan kuat, iaitu detik pertama serta dapat menepuk detik pertama bagi lagu berentak Mac dan Waltz dengan betul. 5.5 RUMUSAN KAJIAN Melalui keputusan yang diperolehi, dapat dilihat bahawa berlakunya peningkatan peratusan dalam pencapaian subjek kajian dalam Ujian Pra dan Pasca. Melalui keputusan yang diperolehi ini, pengkaji dapat membuktikan bahawa keberkesanan kaedah VAK Dancing Map dalam meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz. Hasil dapatan ini dapat disokong oleh kajian Persellin (1992) mengatakan bahawa pengajaran muzik yang menggabungkan visual, auditori dan kinestetik memberi pembelajaran yang berkesan. Kesimpulannya, persoalan kajian pertama, kedua dan ketiga dapat dijawab berdasarkan data diperolehi daripada instrumen pengumpulan data. Kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. 5.6 Refleksi Selepas menjalankan intervensi, data telah dikumpul dan diintepretasi dalam bentuk jadual dan graf. Secara keseluruhannya, semua objektif kajian telah tercapai. Pengkaji mendapati kekuatan dan kelemahan sepanjang intervensi ini. Kekuatan kajian ialah kaedah VAK Dancing Map yang mengkombinasikan visual, auditori dan kinestetik telah membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan detik tekanan kuat dan lemah bagi rentak Mac dan Waltz. Selain itu, subjek kajian juga dapat membezakan tekanan kuat dan lemah bagi kedua-dua rentak. Kelemahannya ialah subjek kajian berasa bosan dan membuat bising semasa dalam kitaran kedua. Mungkin mereka berasa kurang mencabar diminta berjalan di atas Dancing Map mengikut rentak Mac dan Waltz. Pengkaji sangat berpuas hati dengan keputusan akhir yang diperolehi dan berharap agar kajian ini dapat memberi sumbangan kepada dunia Pendidikan Muzik.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Ujian Pra (Mac) Ujian Pasca (Mac) Ujian Pra (Waltz) Ujian Pasca (Waltz)

Pe

ratu

sa

n B

ilan

ga

n M

uri

d (

%)

Jenis Ujian/ Aras Pencapaian

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Gred A

Gred B

Gred C

Gred D

Page 116: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

266

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kaedah VAK Dancing Map adalah amat berkesan. Oleh itu, pengkaji telah memberi dua cadangan kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Antara cadangannya ialah:

i. Pengaplikasian kaedah VAK Dancing Map dalam rentak lain, iaitu rentak Masri. ii. Gabungan kaedah VAK Dancing Map dengan Peneguhan Positif.

RUJUKAN Aldemir, G. Y., Ramazanoglu, R., Camliguney, A. F., & Fatih Kaya. (2013). The effect of dance education on motor performance of children. Journal of Music Education, Vol. 1 (2), 20-22. Evans, R., & Trousdale, N. (1985). Music in the elementary school (5th ed.). New Jersey: Prentice- Hall, Inc. Juntunen, M. L., & Hyvonen. L. (2004). Ebodiment in musical knowing: how body movement facilitates learning within Dalcroze Eurhythmics. B.J. music Ed. 21(2), 199-214. Markova, D. (1996). The Open Mind: Exploring the 6 patterns of natural intelligence. United State: Conari Press. Persellin, D. C. (1992). Responses to rhythm patterns when presented to children through auditory, visual and kinesthetic modalities. Journal of Research in Music Education, 40(4), 306-315. Wang, D. P. C. (2008). The quantifying analysis of effectiveness of music learning. US-China Education Review, 5(9), 31-41. Yoo, L. K. (2009). The evolution of ballroom dance in the United States: with a focus on ballroom dance into dancesport. Office of Graduate Studies of Korea University, Korea. Retrieved 24 April 2014, from www.lucydance.com/LucyYoo_thesis.pdf.

Page 117: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

267

MENINGKATKAN KETEPATAN NYANYIAN SOLFA DO, RE, MI MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF JIGSAW DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

Oleh:

GOH YAN HUI

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan ketepatan nyanyian solfa do, re, mi melalui Pembelajaran Koperatif Jigsaw dalam kalangan murid Tahun 3. Seramai 33 orang murid Tahun 3Y di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur telah dipilih sebagai subjek kajian. Fokus kajian ini adalah untuk memfokuskan cara bagaimana kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw meningkatkan ketepatan nyanyian solfa do, re, mi dalam kalangan murid Tahun 3Y. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian berstruktur, soal selidik dan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah murid dan didapati ramai yang tidak dapat menyanyi solfa dengan betul. Kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw telah digunakan untuk membantu murid menyanyi solfa dengan betul dalam intervensi setiap kitaran. Kajian ini telah menggunakan instrumen ujian pra dan pos, Ujian Amali Nyanyian Solfa dan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data kajian dan dapatan jelas menunjukkan peningkatan pencapaian murid dalam ketepatan nyanyian solfa yang ketara. Cadangan kajian akan datang ialah diharapkan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw boleh digunakan untuk mengimprovisasi melodi solfa do, re, mi dan menggunakan pembelajaran koperatif TGT (teams-games-tournaments) dalam meningkatkan lagi ketepatan nyanyian solfa do, re, mi. Kata kunci: Nyanyian Solfa, pembelajaran koperatif Jigsaw 1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran muzik membantu murid mempunyai pengetahuan dan kefahaman muzik melalui

aktiviti nyanyian, gerakan, permainan alat muzik dan aktiviti muzikal yang lain. Hal ini adalah selaras dengan salah satu ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk bersaing pada peringkat global dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, iaitu pengetahuan. ‘Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik dan sukan.’ (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012.) Nyanyian solfa merupakan salah satu kemahiran yang patut diajar dan dikuasai dengan mahir oleh murid mulai Tahun 1. Nyanyian solfa adalah penting dan sebarang masalah ketepatan nyanyian solfa harus diselesaikan dengan secepat mungkin. Hal ini adalah disebabkan mengikut sukatan pelajaran KSSR, nyanyian solfa bermula dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. 2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus pada masalah yang dihadapi oleh pengkaji untuk meningkatkan ketepatan

nyanyian solfa do, re, mi dalam kalangan murid 3Y. Pengkaji mendapati bahawa murid mengalami beberapa isu yang menyebabkan kemahiran nyanyian solfa murid berada pada tahap yang lemah. Antara isu yang dialami termasuklah murid mempunyai nyanyian solfa do, re dan mi yang lemah. Hal demikian mungkin disebabkan mereka cuma terdedah kepada dua solfa sahaja iaitu so dan mi. Isu yang kedua ialah terdapat sesetengah murid boleh menghafal isyarat tangan dengan baik tetapi apabila menyanyikannya dengan solfa sekali telah menjadikan ia tidak tepat. Isu yang ketiga ialah murid keliru dengan pic nyanyian solfa. Solfa yang diberi adalah sama tetapi murid masih tidak dapat menyanyi dengan pic betul. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum untuk kajian ini adalah ‘Meningkatkan Ketepatan Nyanyian Solfa Do, Re, Mi Melalui Pembelajaran Koperatif Jigsaw Dalam Kalangan Murid Tahun 3’.

Page 118: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

268

3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw, murid dapat menyanyikan pic do, re, mi secara individu dengan betul.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw, murid dapat menyanyikan solfa do, re, mi dalam dua bar dengan betul.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw, murid dapat menyanyikan solfa do, re, mi dalam lagu mudah yang diberi dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 33 orang murid Tahun 3Y yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan. Kesemua murid ini berbangsa Melayu. Namun begitu, murid-murid dari kelas ini mempunyai nyanyian solfa do, re, mi yang lemah dan tidak boleh menyanyi keratan melodi solfa do, re, mi yang mudah dengan pic yang betul. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Pengkaji telah menjalankan sebanyak dua kitaran sepanjang kajian untuk meningkatkan ketepatan nyanyian solfa do, re, mi melalui pembelajaran koperatif Jigsaw dalam kalangan murid Tahun 3. Kitaran 1 mempunyai empat intervensi dan kitaran 2 pula mempunyai dua intervensi. Kedua-dua kitaran yang dijalankan menggunakan Model Kurt Lewin (1948) sebagai panduan dalam membuat perancangan. 5.1 Cara Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan 3 instrumen semasa menjalankan tinjauan awal ialah

pemerhatian berstruktur, ujian diagnostik dan soal selidik. Pengkaji telah memilih instrumen pengumpulan data ini dengan berasaskan kesesuaian serta keperluan instrumen ini dalam membantu pengkaji menjalankan kajian ini. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Hasil dapatan pemerhatian berstruktur telah menunjukkan kebanyakan murid bertingkah laku

negatif terhadap pembelajaran muzik. Murid tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada data yang dianalisis dalam Bahagian C soal selidik telah menunjukkan semua murid mempunyai pendapat yang berlainan terhadap pembelajaran nyanyian solfa dan pembelajaran berkumpulan. Pengkaji boleh menggunakan dapatan ini sebagai rujukan untuk intervensi kajian. Hasil dapatan ujian diagnostik (rujuk Jadual 1) telah menunjukkan tahap ketepatan murid dalam nyanyian solfa masih berada dalam tahap sederhana. Latihan pengukuhan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan ketepatan nyanyian solfa mereka. 5.3 Tindakan Menangani Masalah (a) Kitaran 1

Ujian pra telah dilaksanakan sebelum intervensi berlaku. Setiap murid dibahagikan kepada

kumpulan dan kumpulan ini dinamakan Kumpulan Jigsaw yang tetap sepanjang intervensi dilaksanakan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua kumpulan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelaksanaan empat sesi intervensi adalah lebih kepada latihan nyanyian pic, mesej rahsia dan pertandingan. Aktiviti-aktiviti ini adalah lebih kepada aktiviti pengukuhan untuk mengukuhkan lagi nyanyian solfa murid.

Kaedah Jigsaw berfungsi di mana murid daripada setiap kumpulan Jigsaw diberi set soalan

yang berlainan dalam latihan nyanyian pic do, re, mi dan nyanyian solfa do, re, mi. Mereka berlatih dalam kumpulan berdasarkan set soalan yang diberi sehingga murid dalam kumpulan tersebut mahir dalam set soalan yang diberi. Selepas itu murid kembali ke kumpulan Jigsaw dan mengajar murid lain dalam kumpulan yang telah mendapat set soalan yang berbeza sehingga semua murid dapat membuat kelima-lima latihan yang telah diberi.

Page 119: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

269

Pertandingan diadakan pada akhir aktiviti dan pemarkahan diberi secara kumpulan. Pada akhir intervensi Kitaran 1, pengkaji telah memberi ganjaran sebagai peneguhan positif kepada tiga kumpulan yang mendapat markah tertinggi. Ujian pasca juga telah dijalankan untuk mengukur pencapaian serta kemajuan murid dalam nyanyian pic do, re, mi dan nyanyian solfa do, re, mi. (b) Kitaran 2

Pengkaji telah memberi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mencabar iaitu nyanyian

lagu mudah yang sepanjang empat bar dan lapan bar. Pada masa yang sama, pengkaji masih mengekalkan latihan pic do, re, mi serta latihan nyanyian solfa do, re, mi. Semua murid berada dalam kumpulan yang sama dan pertandingan terus diaplikasikan untuk intervensi Kitaran 2 ini. Kaedah Jigsaw diaplikasikan dalam cara yang sama seperti Kitaran 1 di mana set soalan yang diberi adalah latihan pic do, re, mi, nyanyian solfa do, re, mi dan lagu mudah. Pada akhir intervensi pengkaji telah menjalankan Ujian Nyanyian Lagu Mudah untuk menguji kemajuan murid dalam ketepatan nyanyian solfa. Kriteria-kriteria yang diuji dalam ujian ini ialah nyanyian pic do, re, mi, nyanyian solfa dan nyanyian lagu mudah. 5.4 Keputusan Kajian

Pengkaji telah mengumpul data menggunakan ujian pra dan pos, Ujian Amali Nyanyian Solfa

dan Pemerhatian Tidak Berstruktur. (a) Ujian Pra dan Pasca

Dapatan daripada graf telah menunjukkan peningkatan sebanyak 50% murid yang mencapai

gred cemerlang dalam ujian pasca dan tiada seorang murid yang berada di kategori lemah. Hal ini menunjukkan peningkatan yang besar dalam keputusan Ujian Pasca. Rajah 1. Banding beza antara ujian pra dan pasca (b) Ujian Amali Nyanyian Solfa

Dapatan daripada jadual tersebut telah menunjukkan keputusan yang baik kerana tiada murid

gagal tetapi penambahbaikan masih boleh dibuat terhadap nyanyian lagu mudah. Jadual 1 Data Ujian Amali Nyanyian Solfa

Kriteria Gred Bilangan Murid Peratus (%)

Bahagian A : Nyanyian Pic do, re, mi (20%)

Cemerlang (16-20%) Baik (11-15%) Sederhana (6-10%) Lemah (0-5%)

33/33 - - -

100 - - -

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Ujian Pra Ujian Pasca

Pera

tus (

%)

Banding Beza Antara Ujian Pra dan Pasca

Cemerlang (50-60%) Baik (40-49%)Sederhana (30-39%) Lemah (0-29%)

Page 120: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

270

Bahagian B : Nyanyian Solfa (20%)

Cemerlang (16-20%) Baik (11-15%) Sederhana (6-10%) Lemah (0-5%)

28/33 5/33

- -

85 15 - -

Bahagian C : Nyanyian Lagu Mudah (60%)

Cemerlang (50-60%) Baik (40-49%) Sederhana (30-39%) Lemah (0-29%)

15/33 18/33

- -

45 55 - -

(c) Pemerhatian Tidak Berstruktur

Pemerhatian yang dijalankan dalam Kitaran 1 telah menunjukkan murid mempunyai kemajuan

dalam penguasaan nyanyian pic do, re, mi dan nyanyian solfa. Mereka tidak lagi mengikut sangat dengan ketua kumpulan dan berupaya menyanyi pic dengan betul. Mereka juga telah menunjukkan minat dan semangat ingin belajar. Pemerhatian dalam Kitaran 2 telah menunjukkan murid dapat menguasai solfa do, re, mi selepas berlatih beberapa kali dan sudi belajar daripada ketua kumpulan. 5.5 Rumusan Kajian

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, data ujian pasca telah menunjukkan bahawa

mempunyai 32 orang murid mendapat gred cemerlang dan seorang murid sahaja mendapat gred sederhana. Data ini menunjukkan murid mempunyai peningkatan yang ketara dalam nyanyian pic do, re, mi dan ketua kumpulan telah melaksanakan tugas yang baik dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Cangro (2013) yang mendapati murid dapat menerima arahan dengan lebih jelas apabila murid belajar muzik yang sama dengan pembelajaran koperatif. Situasi ini bermaksud ketua kumpulan telah melaksanakan tugasnya dengan memastikan ahli-ahlinya memahami kandungan pengajaran dan pembelajaran dengan betul. Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, data ujian pasca telah menunjukkan seramai 15 orang murid mencapai gred cemerlang dan 17 orang murid mencapai gred baik. Tiada seorang murid yang mencapai gred lemah. Data ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kalangan murid dan pembelajaran koperatif Jigsaw dapat meningkatkan pencapaian murid dalam nyanyian solfa. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Dr. Ranjani Balaji Iyer (2013) yang menyatakan pembelajaran koperatif dapat memberi suasana pembelajaran yang interaktif kepada murid. Arahan dan aktiviti yang dilaksanakan secara kreatif, interaktif dan berupaya menyampaikan idea atau konsep kepada murid tentang pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan pencapaian murid. Persoalan kajian yang ketiga telah dijawab berdasarkan pada data ujian amali telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 15 orang murid mencapai gred cemerlang dan sebanyak 18 orang murid mencapai gred baik dan nyanyian lagu mudah. Tiada seorang murid yang mencapai gred lemah. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Andrews (1996) yang menyatakan bahawa apabila sesebuah bilik darjah dibina untuk membolehkan murid belajar secara koperatif dalam tugas pembelajaran yang diberi, murid mendapat manfaat secara akademik dan sosial. 5.6 Refleksi

Ketepatan nyanyian solfa dalam kalangan murid 3Y telah meningkat dari segi nyanyian pic,

nyanyian solfa dalam dua bar dan nyanyian solfa dalam lagu mudah. Murid tidak lagi menghafal pic dengan isyarat tangan solfa malahan apabila pengkaji memainkan not solfa atas piano, mereka dapat mengecam not tersebut dengan cepat dan menyanyi dengan betul. Pembelajaran koperatif Jigsaw juga membantu tingkah laku murid berubah menjadi positif dan sudi bekerjasama dalam kumpulan. Sebelum ini mereka selalunya menunjukkan muka masam apabila pengkaji mengajar nyanyian solfa dan membuat bising dalam kelas kerana tidak berminat dalam nyanyian solfa. Selepas pelaksanaan intervensi pembelajaran koperatif Jigsaw yang memerlukan kerjasama antara kumpulan, setiap murid mula mendengar arahan daripada pengkaji dan ketua kumpulan serta mematuhi arahan yang diberi.

Page 121: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

271

Sistem pertandingan antara kumpulan telah memberi murid semangat untuk belajar dan ingin bertanding mencapai markah yang tinggi untuk kumpulan masing-masing. Pelaksanaan intervensi ini telah mengubah tingkah laku murid menjadi positif dan berdisiplin. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga berada dalam kawalan.

Namun begitu, peruntukkan masa perlu ditambah dalam sesi intervensi untuk memberi murid lebih banyak masa untuk menguasai solfa melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Latihan-latihan yang diadakan perlu diperbanyakkan untuk mengukuhkan lagi nyanyian solfa murid dari segi pic, solfa dan lagu mudah. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pada kajian seterusnya pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah yang sama iaitu

pembelajaran koperatif Jigsaw untuk mengimprovisasi melodi solfa do, re, mi. Pengkaji mendapati murid telah mempunyai peningkatan yang ketara dalam nyanyian solfa do, re, mi, jadi kajian seterusnya boleh buat sesuatu yang mencabar agar mereka dapat mempertingkatkan lagi nyanyian solfa do, re, mi dalam aspek berlainan. Mengimprovisasi melodi solfa do, re, mi boleh dilakukan dengan cara soal-jawab. Selain itu, kajian seterusnya juga boleh dilakukan dengan menggunakan pembelajaran koperatif TGT (teams-games-tournaments) dalam meningkatkan lagi ketepatan nyanyian solfa do, re, mi dan membuatkan nyanyian solfa lebih mencabar. Hal ini adalah disebabkan pengkaji mendapati murid lebih tertarik kepada permainan dan aktiviti yang berbentuk permainan dapat menarik perhatian murid dengan sepenuhnya. RUJUKAN Andrews, B.W. (1996). Student team learning in music instruction: Restructuring the traditional task-

incentive system, 2(31). Dilayari dari http://mje.mcgill.ca/article/viewFile/8298/6226, pada 19 Februari 2014.

Cangro, R.M. (2013). Effects of cooperative learning strategies on the music achievement of beginning

instrumentalists, 7(2). Dilayari dari http://www.ijac.org.uk/images/frontImages/gallery/Vol._2_No._7/12.pdf, pada 19 Februari

2014. Dr. Ranjani Balaji Iyer. (2013). Relation between cooperative learning and student achievement, 1(3),

pp.21-25. Dilayari dari http://www.ripublication.com/ijeisv1n1/ijeisv3n1_04.pdf, pada 17 Februari 2014.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan (edisi kedua).

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Page 122: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

272

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN CORAK IRAMA METER LAZIM EMPATAN MELALUI KAEDAH SEBUTAN BERIRAMA ORFF BAGI

MURID-MURID TAHUN 5 BIJAKSANA

Oleh:

LEE EE WEI Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter lazim empatan melalui kaedah sebutan berirama Orff dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Bijaksana. Subjek kajian terdiri daripada 27 secara keseluruhan yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Fokus kajian ini adalah cara untuk meningkatkan kemahiran menyebut dan memainkan corak irama meter lazim empatan dengan kaedah sebutan berirama Orff. Tinjauan awal telah dijalankan melalui temu bual, soal selidik dan ujian diagnostik. Hasil tinjauan awal mendapati murid-murid mempunyai masalah untuk mengenal nilai not dalam ujian diagnostik. Oleh itu, kaedah sebutan berirama digunakan supaya murid-murid dapat memainkan corak irama dengan lebih berkesan. Empat aktiviti pada kitaran satu dan dua aktiviti pada kitaran dua telah dijalankan. Dapatan kajian dikumpul dengan ujian pra, ujian pos, pemerhatian tidak berstruktur serta ujian pencapaian 1 dan 2. Keputusan ujian pos telah menunjukkan sebanyak 85.2% murid dapat menyebut dan memainkan corak irama meter lazim empatan dengan betul. Keputusan ujian pencapaian 1 dan 2 adalah sangat memuaskan. Cadangan kajian seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah ikon dan penggunaan perisian PowerPoint supaya aktiviti lebih menarik di samping mengukuhkan penguasaan kemahiran menyebut dan memainkan corak irama. Kata kunci: Kaedah sebutan berirama Orff, corak irama, meter lazim empatan 1.0 PENDAHULUAN Kajian ini menjelaskan tentang keberkesanan kaedah sebutan berirama Orff dalam membantu meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter lazim empatan bagi murid-murid tahun 5 Bijaksana. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian (Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Muzik, 2000). Corak irama pada rentak, corak irama pada ostinato irama, improvisasi corak irama, dan mereka cipta corak irama merupakan asas yang perlu pada murid Tahun 1 hingga 6. Setiap murid perlu menguasai mata pelajaran seperti Matematik dan Sains, tetapi juga digalakkan untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid dari kelas 5 Bijaksana tidak dapat memainkan corak irama yang dipaparkan. Daripada pemerhatian saya, saya mendapati murid-murid belajar melalui imitasi tetapi tidak memahami corak irama yang dipaparkan. Saya cuba mengatasi masalah ini dengan menggunakan kaedah notasi lidi, tetapi masih kurang berkesan. Corak irama perlu dikuasai oleh murid supaya tidak menghadapi masalah untuk memainkannya pada rekoder, dram atau alat perkusi. Corak irama juga penting untuk dimainkan dalam rentak untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu. Penguasaan corak irama membantu murid dalam memainkan pelbagai corak irama pada alat muzik yang berbeza. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan cara bagaimana untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama bagi murid Tahun 5 Bijaksana dengan kaedah sebutan berirama Orff.

Page 123: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

273

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran murid-murid dengan menggunakan kaedah sebutan berirama Orff untuk memainkan corak irama meter lazim empatan dengan menggunakan alat perkusi. 3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan kaedah sebutan berirama Orff, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menyebut corak irama yang terdiri daripada nilai not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter lazim empatan.

Dengan menggunakan kaedah sebutan berirama Orff, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran memainkan corak irama sepanjang 1 bar yang terdiri daripada nilai not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter lazim empatan dengan alat perkusi.

Dengan menggunakan kaedah sebutan berirama Orff, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran memainkan corak irama sepanjang 2 bar yang terdiri daripada nilai not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat krocet dalam meter lazim empatan.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 27 orang murid tahun 5 Bijaksana yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Murid-murid ini terdiri daripada 24 orang bangsa Melayu dan tiga orang bangsa India. Di samping itu, murid-murid ini juga mempunyai pencapaian lemah dalam Pendidikan Muzik untuk memainkan corak irama. Murid-murid ini memerlukan bimbingan daripada guru untuk memainkan corak irama yang diberikan. Murid-murid ini kurang berkeyakinan untuk memainkan corak irama yang diberikan. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN Saya telah menjalankan empat aktiviti intervensi pada kitaran satu dan dua aktiviti pada kitaran dua dengan menggunakan kaedah sebutan berirama Orff. 5.1 Cara mengumpulkan data / maklumat Instrumen kajian dalam tinjauan awal adalah temu bual separa berstruktur, pemerhatian berstruktur, soal selidik dan ujian diagnostik. Semasa pelaksanaan kajian, saya menggunakan ujian pra, ujian pos, ujian pencapaian 1 dan 2, serta pemerhatian tidak berstruktur. Instrumen kajian ini digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah sebutan berirama Orff dan peningkatan murid dalam kemahiran memainkan corak irama bagi meter lazim empatan. 5.2 Analisis tinjauan masalah Melalui temu bual separa berstruktur yang dijalankan pada tinjauan awal, saya mendapati murid tidak dapat memainkan corak irama yang dipaparkan. Soal selidik yang dikumpul mendapati hanya seorang murid yang mempunyai latar belakang muzik di luar sekolah dan murid adalah minat dengan aktiviti muzik. Bagi instrumen ujian diagnostik, murid tidak dapat memainkan nilai not yang dipaparkan. 5.3 Tindakan menangani masalah Enam aktiviti telah dijalankan, iaitu empat aktiviti dalam kitaran satu dalam tempoh masa tiga bulan dan dua aktiviti dalam kitaran dua. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah berdasarkan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin 1946 (Rosinah Edinin, 2013). (a) Kitaran Satu Setiap aktiviti dijalankan dalam masa 30 minit semasa kelas muzik. Setiap corak irama adalah sepanjang satu bar. Setiap aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti pertama, murid-murid diperkenalkan dengan sebutan berirama Orff untuk nilai not kuaver, krocet, minim dan tanda rehat

Page 124: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

274

krocet. Pertandingan memadam nilai not dan menyebut telah dijalankan. Aktiviti kedua, saya membimbing murid untuk menyebut sebutan berirama Orff untuk empat corak irama yang dipaparkan. Kemudian murid menyebut sebutan berirama Orff tanpa bimbingan dalam pertandingan mesej rahsia. Pada aktiviti ketiga, murid diberikan corak irama yang berlainan daripada aktiviti kedua. Murid menepuk corak irama dengan kaedah sebutan berirama Orff dalam permainan Jam Irama. Pada aktiviti keempat, murid diberikan lima corak irama yang berlainan daripada murid memainkan corak irama dengan alat perkusi melalui kaedah sebutan berirama Orff. Permainan dadu telah dijalankan. (b) Kitaran Dua Setiap corak irama adalah sepanjang dua bar. Setiap aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti pertama, murid memainkan lima corak irama sepanjang dua bar dengan kaedah sebutan berirama Orff. Lima corak irama berlainan diberikan dalam aktiviti kedua. 5.4 Keputusan Kajian Berdasarkan Rajah 1 di bawah, dapat dilihat murid mempunyai kemajuan dari ujian pra sehingga ujian pos. Ujian pra diwakili dengan warna biru dan ujian pos diwakili dengan warna merah. Semasa ujian pra dijalankan, empat orang murid yang mendapat gred A dan sebanyak 15 orang murid yang mendapat gred A dalam ujian pos, peningkatan sebanyak 11 orang telah berlaku. Murid yang mendapat gred B dalam ujian pra adalah seorang dan peningkatan dua orang sehingga tiga orang murid yang mendapat gred B dalam ujian pos. Semasa ujian pra, dua orang murid mendapat gred C tetapi sebanyak lima orang mendapat gred C dalam ujian pos dan mempunyai peningkatan seramai tiga orang. Dua orang murid mendapat gred D dalam ujian pra dan tiga orang murid dalam ujian pos, peningkatan sebanyak seorang telah berlaku. Gred E mempunyai perubahan yang paling besar, iaitu sebanyak 18 orang murid yang sangat lemah semasa ujian pra tetapi hanya seorang yang berada dalam gred E semasa ujian pos.

Rajah 1. Hasil Keputusan Bilangan Ujian Pra Dan Ujian Pos Dalam Kitaran Pertama

Berdasarkan Jadual 1 yang dipertunjukkan di bawah, sebanyak 27 orang murid telah diberi

ujian pencapaian 1 dan didapati sebanyak 20 orang murid (74.1%) yang dapat memainkan corak irama dengan cemerlang dan mendapat gred A. 4 orang murid (14.8%) yang mendapat gred B, iaitu baik. Dua orang murid (7.4%) yang mendapat gred C, iaitu sederhana. Hanya seorang murid (3.7%) yang berada di tahap lemah, iaitu gred D dan tidak dapat menguasai sebutan berirama Orff. Tiada seorang murid (0%) yang mendapat gred E, iaitu sangat lemah dalam ujian pencapaian yang diberikan dan tidak dapat menguasai sebutan berirama.

Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E

Ujian Pra 4 1 2 2 18

Ujian Pos 15 3 5 3 1

02468

101214161820

Bilan

gan

Mu

rid

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos PadaKitaran Pertama (Bilangan Murid)

Page 125: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

275

Jadual 1 Analisis Peratus Memainkan Corak Irama Sepanjang 2 bar Dalam Ujian Pencapaian 1

Gred/ Aras Pencapaian/ Peratus markah (%) Bil. Murid Peratus Bil. Murid (%)

A- Cemerlang (80-100) 20 20/27= 74.1 B- Baik (60-79) 4 4/27= 14.8 C- Sederhana (40-59) 2 2/27= 7.4 D- Lemah (20-39) 1 1/27= 3.7 E- Sangat Lemah (0-19) 0 0/27= 0

Jumlah 27 100

Berdasarkan Jadual 8 yang dipertunjukkan di atas, sebanyak 27 orang murid telah diberi

ujian pencapaian 2 dan didapati sebanyak 22 orang murid (81.5%) yang dapat memainkan corak irama dengan cemerlang dan mendapat gred A. Tiga orang murid (11.1%) yang mendapat gred B, iaitu baik. Seorang murid (3.7%) yang mendapat gred C, iaitu sederhana. Hanya seorang murid (3.7%) yang berada di tahap lemah, iaitu gred D dan tidak dapat menguasai sebutan berirama Orff. Tiada seorang murid (0%) yang mendapat gred E, iaitu sangat lemah dalam ujian pencapaian yang diberikan dan tidak dapat menguasai sebutan berirama. Jadual 2 Analisis Peratus Memainkan Corak Irama Sepanjang 2 bar Dalam Ujian Pencapaian 2

Gred/ Aras Pencapaian/ Peratus markah (%) Bil. Murid Peratus Bil. Murid (%)

A- Cemerlang (80-100) 22 22/27= 81.5 B- Baik (60-79) 3 3/27= 11.1 C- Sederhana (40-59) 1 1/27= 3.7 D- Lemah (20-39) 1 1/27= 3.7 E- Sangat Lemah (0-19) 0 0/27= 0

Jumlah 27 100

5.5 Rumusan Kajian Data yang diperoleh daripada instrumen kajian dapat menjawab persoalan kajian. Kaedah sebutan berirama Orff dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak irama meter lazim empatan bagi murid Tahun 5 Bijaksana. Selain itu, objektif-objektif kajian juga dapat dicapai. 5.6 Refleksi Saya dapat melihat peningkatan murid dari aktiviti pertama dalam kitaran pertama sehingga ke aktiviti kedua dalam kitaran kedua. Murid-murid menunjukkan minat yang tinggi serta dapat memainkan corak irama dengan lebih berkesan melalui kaedah yang digunakan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Bagi kajian seterusnya, saya mencadangkan agar penggunaan meningkatkan corak irama meter lazim menggunakan sebutan berirama berpandukan persembahan multimedia, iaitu dengan hasilan animasi daripada perisian PowerPoint. Menurut Yusup Hasim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan kaedah ikon untuk sebutan berirama berkenaan. Dapatan kajian Persellin (1992) mendapati murid-murid dapat memainkan corak irama dengan lebih berkesan apabila ikon visual digabung dengan bunyi auditori dan pergerakan kinestetik. RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Perpustakaan Negara Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013).Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 126: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

276

Persellin, C. (1992). Responses to rhythm patterns when presented to children through auditory, visual, and kinesthetic modalities. Journal of Research in Music Education, 40(4), 306-315. Rosinah Edinin. (2013). Penyelidikan tindakan kaedah dan penulisan (edisi kedua). Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Page 127: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

277

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN CORAK IRAMA METER EMPATAN DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI PERGERAKAN SETEMPAT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH

DALCROZE BAGI MURID TAHUN 4

Oleh:

MUHAMAD NOR IMRAN BIN NORMAN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran penguasaan corak irama meter empatan yang terdiri daripada not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim dengan melakukan aktiviti pergerakan setempat dan melibatkan ruang menggunakan kaedah Dalcroze dalam kalangan murid Tahun Empat. Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid di sebuah sekolah di sekitar Lembah Klang. Fokus kajian ini adalah untuk menilai sama ada pengaplikasian kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran corak irama dapat meningkatkan kemahiran penguasaan permainan corak irama bagi murid Tahun Empat. Tinjauan awal menunjukkan lebih dari separuh murid gagal dalam menepuk corak irama mudah yang diberikan. Pengkaji mendapati bahawa mereka tidak mengetahui nilai sebenar notasi yang ditunjukkan. Jesteru itu, pengkaji telah menggunakan aktiviti The Quick Reaction dan Rhythmic Clock berdasarkan kaedah Dalcroze dalam membantu meningkatkan kemahiran penguasaan corak irama. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengumpul data iaitu pemerhatian, ujian diagnostik dan ujian (pra dan pos). Pada akhir kajian, pengkaji telah menggunakan ujian pos bagi melihat keberkesanan kaedah Dalcroze. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah Dalcroze dapat meningkatkan kemahiran penguasaan permainan corak irama bagi murid Tahun Empat. Kata kunci: Corak irama, kaedah Dalcroze 1.0 PENDAHULUAN Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2002), Pendidikan Muzik sekolah rendah adalah bertujuan memberikan murid pendedahan kepada seni muzik dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan di samping memberi ilmu pengetahuan yang asas tentang muzik serta pengalaman dan persembahan muzik, nyanyian dan instrumental. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah menyimpan harapan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berperibadi mulia selaras dengan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

Oleh yang demikian, satu inovasi perlu dilakukan bagi menarik minat murid serta merangsang

minda murid untuk mencintai mata pelajaran Muzik. Guru yang bijak akan menggunakan peluang dengan cara memahami minat serta tahap kebolehan muridnya. Sebagai seorang guru, guru harus kreatif dalam memberi murid peluang pembelajaran dengan memilih dan menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan penguasaan murid dalam sesuatu bidang. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian pengkaji ialah meningkatkan penguasaan kemahiran permainan corak irama menggunakan kaedah Dalcroze dalam kalangan murid tahun empat. Pengkaji ingin mengkaji sama ada pengaplikasian kaedah Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran corak irama dapat meningkatkan kemahiran penguasaan permainan corak irama bagi murid tahun empat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Melalui kajian ini, diharapkan murid-murid akan dapat mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam memainkan corak irama meter empatan (krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim) melalui kaedah Dalcroze.

Page 128: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

278

3.2 Objektif Khusus

Melalui kaedah Dalcroze murid dapat melakukan pergerakan setempat dan melibatkan ruang berdasarkan bunyi nilai not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim yang diperdengarkan.

Melalui kaedah Dalcroze murid dapat mengecam keratan yang mengandungi not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim yang terdapat pada Rhythmic Clock.

Melalui kaedah Dalcroze murid dapat memainkan corak irama meter empatan yang mengandungi not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 15 orang murid tahun empat. Mereka terdiri daripada sepuluh orang murid lelaki dan lima orang murid perempuan. Murid tersebut mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam Pendidikan Muzik sama ada pengalaman muzikal, bahasa muzik dan kebolehan muzik. Murid tahun empat dipilih menjadi responden untuk kajian tindakan ini adalah kerana ciri fizikal murid yang aktif. Terdapat dua orang murid yang terlalu aktif di dalam kelas yang menimbulkan masalah kawalan kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji laksanakan. Oleh yang demikian, berdasarkan kaedah Dalcroze yang dipilih dimana ia melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dapat mendorong minat murid dalam meningkatkan kemahiran permainan corak irama. Jadual 1 Taburan kaum kumpulan sasaran (n=15)

KAUM/JANTINA MELAYU CINA INDIA

LELAKI 9 0 1 PEREMPUAN 4 0 1

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Cara Pengumpulan Data

Instrumen pengumpulan yang telah digunakan oleh pengkaji merangkumi pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pos. Pemerhatian berstruktur serta ujian pra dan pos telah dijalankan kepada seramai 15 orang responden.

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Dapatan tinjauan masalah ini mendapati murid sememangnya menghadapi masalah tidak dapat memainkan corak irama yang mengandungi not krocet, kuaver tanda rehat krocet dan minim dengan betul. Masalah yang dihadapi murid adalah mereka memainkan nilai not kuaver seperti krocet dan tidak berhenti pada tanda rehat di akhir bar. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa, murid tidak dapat mengenal pasti not yang ditunjukkan di hadapan kelas. Pengkaji telah mencatat keputusan senarai semak pemerhatian sebelum intervensi dilaksanakan pada keputusan kajian.

5.3 Tindakan Menangani Masalah Jadual 2 Pelaksanaan intervensi kitaran satu

Kitaran 1 Kitaran 2

Aktiviti 1 The Quick Reaction 1 - Not krocet dan kuaver - Berjalan dan berjalan laju

Aktiviti 2 The Quick Reaction 2

- Not krocet, kuaver dan tanda rehat krocet

Aktiviti 1 The Quick Reaction 4 - Berdasarkan corak irama pada

Ryhthmic Clock - Kenal pasti keratan corak irama yang

dimainkan - Tepuk tangan

Page 129: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

279

0

2

4

6

8

10

12

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Satu

Ujian Pra Ujian Selepas Intervensi Gelungan 1

- Berjalan, berjalan laju dan mencecah lantai

Aktiviti 3 The Quick Reaction 3

- Not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim

- Berjalan, berjalan laju, mencecah lantai dan membengkok lutut

Aktiviti 4 Rhythmic Clock

- not krocet,kuaver, tanda rehat krocet dan minim

- permainan seperti ‘Datuk Harimau’

- tepuk tangan dan pergerakan

Aktiviti 2 Rhythmic Clock - Berdasarkan corak irama pada

Ryhthmic Clock - Kenal pasti keratan corak irama yang

dimainkan - Tepuk tangan

5.4 Keputusan Kajian

Rajah 1. Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Satu

Page 130: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

280

0

2

4

6

8

10

12

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Perbandingan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Satu dan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Dua

Ujian Selepas Intervensi Gelungan 1 Ujian Selepas Intervensi Gelungan 2

0

2

4

6

8

10

12

14

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Perbandingan Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 2. Perbandingan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Satu Dan Ujian Selepas Intervensi Gelungan Dua

Rajah 3. Perbandingan Ujian Pra Dan Pos Berdasarkan keputusan ujian pra dan pos, pengkaji mendapati bahawa setiap responden telah berjaya meningkatkan diri dalam kemahiran tepukan corak irama. Hanya dua orang sahaja responden yang tidak dapat menepuk kesemua corak irama dengan baik. 5.5 Rumusan Kajian Berdasarkan hasil dapatan secara keseluruhan yang menunjukkan bahawa responden dapat melakukan pergerakan berdasarkan bunyi nilai not krocet, kuaver, tanda rehat krocet dan minim yang diperdengarkan melalui kaedah Euritmik semasa intervensi gelungan satu dilaksanakan adalah apabila secara keseluruhan responden yang diperhatikan dapat mengenalpasti not krocet dan kuaver serta melakukan pergerakan mengikut nilai not tersebut. Hal ini jelas terbukti melalui rubrik pemarkahan bagi penilaian aktiviti ini iaitu responden dapat mengenalpasti empat not krocet dan kuaver serta dapat melakukan pergerakan yang betul. Selain itu, responden juga dapat menyatakan empat pergerakan lain yang dapat digunakan untuk not krocet dan kuaver. Keputusan senarai semak secara keseluruhan menunjukkan responden memperoleh skor empat iaitu baik daripada lima kategori yang terdapat pada senarai semak.

Page 131: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

281

5.6 Refleksi Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji di sekolah semasa menjalani praktikum pertama dan praktikum kedua, penguasaan kemahiran permainan corak irama tidak ditekankan dengan lebih terperinci dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Muzik. Hal ini mendorong semangat pengkaji untuk cuba mencari penyelesaian masalah permainan corak irama di sekolah dengan harapan agar hasil dapatan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada guru, individu serta diri sendiri pada masa hadapan untuk meningkatkan kemahiran permainan corak irama di dalam bilik darjah. Pengkaji telah menggunakan kaedah Dalcroze sebagai langkah intervensi dalam kajian yang telah dijalankan. Kajian ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji untuk membuktikan bahawa penggunaan kaedah Dalcroze telah banyak membantu dalam permainan corak irama. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos, kaedah Dalcroze telah membuktikan terdapat peningkatan penguasaan kemahiran permainan corak irama dalam kalangan responden. Hasil daripada keputusan tersebut, pengkaji mendapati kaedah Dalcroze sangat berkesan. Walau bagaimanapun, intervensi yang telah dilaksanakan masih boleh dimurnikan dengan menggunakan teknik Dalcroze lain yang disarankan oleh Dalcroze dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti Euritmik dan Improvisasi. Oleh yang demikian pengkaji akan melibatkan keseluruhan murid di dalam kelas supaya setiap murid dapat meluahkan perasaan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar dan lihat. Apabila pengkaji menambah bilangan responden, manakala masa yang diperlukan adalah perlu lebih lama supaya pengkaji dapat mempelbagaikan intervensi. Selain itu, pengkaji juga akan memberikan banyak latihan permainan corak irama dan menambah not seperti krocet bertitik, tanda rehat kuaver dan tanda rehat minim bagi memantapkan kemahiran responden dalam penguasaan kemahiran permainan corak irama. RUJUKAN

Chee, K.M. (2011). Kajian Tindakan Dari Proses ke Produk. Pulau Pinang: Red House Printing Creative Production Sdn. Bhd.

Chia, C.M., Edna, W., Faridah Anum Abdul Wahid., Lew, M.M., Lim, Z.C., Masitah Taib., Munira Mohsin., Rorlinda Yusof., Shahrul Arba'iah Othman. (2013). pengkajian Tindakan Panduan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Chow, F.M & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran. Selangor, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jerry, S.(1995). 101 Music Games For Children: Fun and Learning With Rhythm and Song. United States: Data Reproduction Corporation.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karl, W.G. (1927). The Pocket Music Student: Handbook of Musical Terms. London: Oliver Ditson Company.

Page 132: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

282

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN REKODER NOT B, A DAN G MENGGUNAKAN KAEDAH RECORDER RANGERS

DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA X

Oleh:

MUHAMMAD SYARAFF BIN ALWI Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G dalam kalangan murid Tahun Lima X menggunakan kaedah Recorder Rangers. Analisis tinjauan awal menunjukkan murid Tahun Lima X tidak menguasai penjarian not rekoder. Seramai 8 orang subjek kajian lelaki dan 12 orang subjek kajian perempuan Tahun Lima X secara langsung menjalani intervensi selama tiga minggu. Intervensi yang dijalankan merangkumi aktiviti imitasi penjarian secara audiation, menyanyikan melodi lagu dengan menukarkan lirik kepada nama not, latihan kumpulan secara peer mentoring dan pertandingan berkumpulan. Pengkaji menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos, pemerhatian berstruktur serta soal selidik. Perbandingan data ujian pra dan ujian pos digunakan bagi menilai pencapaian murid dalam kemahiran penjarian rekoder semasa memainkan lagu “Hot Cross Bun”. Hasil perbandingan data menunjukkan terdapatnya peningkatan dalam kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G setelah menjalani intervensi. Cadangan untuk kajian akan datang ialah dengan menambahkan lagi not seperti F, Bb, C’, dan D’. Kata kunci: Pendidikan Muzik, rekoder, penjarian, bacaan notasi 1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Muzik bermatlamat untuk “melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni” dan permainan alat muzik rekoder merupakan salah satu bidang dalam pengalaman muzikal dibawah KBSR. Selain daripada itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) turut menyatakan tentang pentingnya sekolah untuk mempunyai ethos atau watak kearah melahirkan kebitaraan sekolah dan salah satu ethos sekolah ialah bidang muzik dan kesenian. Bagi menjayakan aspirasi ini, peningkatan mutu pengajaran amat penting agar selaras dengan zaman langit terbuka ini. Perancangan strategi dan pendekatan juga boleh dipelbagaikan dengan mengaplikasi pelbagai pendekatan pengajaran muzik yang telah diperkenalkan tokoh-tokoh pendidik seperti Carl Orff, Edwin Gordon, Emile Dalcroze serta ramai lagi tokoh-tokoh pendidik lain. 2.0 FOKUS KAJIAN

Semasa pengkaji menjalani praktikum, kelas yang diajar oleh pengkaji merupakan kelas dengan murid-murid yang sederhana dalam semua mata pelajaran. Kelas tersebut terdiri daripada 20 orang murid dengan pelbagai latar belakang. Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas ini amat membimbangkan kerana murid-murid bukan sahaja tidak dapat menguasai penjarian rekoder yang betul malahan tidak dapat membaca keratan melodi dengan baik. Murid-murid juga tidak dapat bermain rekoder dengan tempo yang stabil. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan dengan memberi fokus bagi meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G menggunakan kaedah Recorder Rangers. Di samping itu juga, kajian ini telah berjaya menarik minat murid dalam pembelajaran rekoder. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah dengan menggabung dan mengadaptasi tiga pendekatan iaitu audition, koperatif, dan peer-mentoring. Perkataan rangers dalam kaedah yang direkabentuk oleh pengkaji telah diadaptasi daripada sistem berpatrol dalam Pengakap dimana setiap ahli akan memastikan setiap ahli yang lain tidak mempunyai masalah dan menguasai sesuatu kemahiran bersama-sama.

Page 133: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

283

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G menggunakan kaedah “Recorder Rangers” dalam kalangan murid Tahun Lima X. 3.2 Objektif Khusus

Kaedah “Recorder Rangers” dapat meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A, G dengan betul bagi murid-murid Tahun Lima X

Kaedah “Recorder Rangers” dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A, dan G pada baluk dengan betul bagi murid-murid Tahun Lima X

Kaedah “Recorder Rangers” dapat meningkatkan kemahiran memainkan lagu “Hot Cross Bun” dengan penjarian yang betul bagi murid-murid Tahun Lima X

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 8 orang subjek kajian lelaki dan 12 orang subjek kajian perempuan dalam kalangan murid Tahun Lima X di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua subjek kajian adalah berbangsa Melayu. Subjek kajian merupakan murid-murid yang mempunyai aras pencapaian sederhana dan tiada latar belakang muzik seperti kemahiran bermain alat muzik, bernyanyi serta pengetahuan teori dan kesedaran muzikal yang lemah.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan Model Gelungan Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart kerana bersesuaian dengan amalan di dalam bilik darjah. Empat elemen yang terdapat dalam model tersebut ialah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Instrumen pengumpulan yang telah digunakan oleh pengkaji merangkumi soal selidik, ujian pra dan ujian pos, dan pemerhatian. Kesemua instrumen pengumpulan data ini telah dijalankan kepada 20 orang subjek kajian. Pengumpulan data adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan penguasaan kemahiran penjarian rekoder dalam kalangan subjek kajian. 5.1 Cara Pengumpulan Data (a) Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra dan ujian pos telah dijalankan untuk mengetahui adakah subjek kajian dapat membuat penjarian rekoder serta membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan betul sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Kesemua 20 subjek kajian menduduki ujian ini dimana subjek kajian dikehendaki memainkan lagu “Hot Cross Bun” sepanjang lapan bar. (b) Pemerhatian Berstruktur Pemerhatian berstruktur dilaksanakan apabila aspek yang ingin diperhatikan telah ditetapkan sebelum pemerhatian dijalankan. Item senarai semak yang disediakan adalah untuk menilai kemahiran subjek kajian dalam membuat penjarian rekoder bagi not B, A, dan G dengan betul serta kemahiran subjek kajian untuk membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan betul. Pemerhatian dibuat semasa pertandingan kumpulan pada setiap intervensi. (c) Soal selidik Soal selidik telah digunakan untuk menjawab kesemua persoalan yang terdapat dalam kajian ini. Soal selidik ini juga bertujuan untuk menyokong hasil dapatan pemerhatian dari sudut pandangan murid. Soal selidik ini diedarkan kepada subjek kajian setelah tamat menjalani intervensi bagi kedua-dua kitaran.

Page 134: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

284

5.2 Analisis tinjauan awal

Semasa tinjauan awal, pengkaji telah menggunakan instrumen pengumpulan data seperti ujian diagnostik, pemerhatian dan soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Ujian diagnostik digunakan untuk menilai kemahiran subjek kajian dalam penjarian rekoder serta kemahiran membaca notasi pada baluk. Hasil ujian diagnostik menunjukkan hanya 15-20% sahaja subjek kajian yang dapat menjawab dengan betul.

Pemerhatian pula dibuat bagi berdasarkan senarai semak bagi merekodkan kemahiran subjek kajian dalam postur bermain rekoder. Bagi soal selidik, soalan yang dibuat mempunyai sepuluh soalan respon tertutup bagi mendapatkan demografi murid sebelum kajian dilaksanakan agar intervensi yang sesuai dapat dirancang. Keseluruhannya, subjek kajian perlu diberi tumpuan dalam kemahiran penjarian rekoder dengan betul serta membaca notasi pada baluk dengan betul.

5.3 Tindakan menangani masalah

Sebanyak dua kitaran telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran penjarian rekoder yang

betul. Terdapat tiga intervensi dalam kitaran pertama dan dua intervensi dalam kitaran kedua. Kedua-dua kitaran ini adalah berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart bagi membuat perancangan dalam setiap kitaran.

Bagi kitaran pertama setiap intervensi dilaksanakan selama 30 minit, dua kali seminggu

mengikut waktu pendidikan muzik Tahun Lima. Setiap intervensi dalam kitaran pertama mempunyai aktiviti imitasi penjarian, menyanyikan melodi lagu dan latihan penjarian dengan menukarkan lirik kepada nama pic (B, A dan G), latihan penjarian dan bacaan notasi secara berkumpulan dan diakhiri dengan pertandingan kumpulan bagi membuat penilaian terhadap penguasaan kemahiran subjek kajian. Setiap aktiviti ditingkatkan aras kesukaran iaitu menambah bilangan bar dalam latihan penjarian bermula dengan dua bar, empat bar dan lapan bar.

Bagi kitaran dua pula, tempoh masa setiap intervensi juga adalah selama 30 minit. Aktiviti yang

dilaksanakan ialah mendengar lagu dan mengingat secara “audiation” sambil membuat penjarian, berlatih secara kumpulan dan pertandingan kumpulan bagi tujuan penilaian terhadap subjek kajian. 5.4 Keputusan kajian Keputusan kajian adalah berdasarkan instrumen pengumpulan data yang telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Jadual 1 Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Prestasi Penjarian Rekoder Yang Betul Bil. Murid (N=20) Peratus (%)

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos

Cemerlang 0 7 0 35 Baik 5 11 25 55

Sederhana 3 2 15 10 Lemah 12 0 60 0

Dalam jadual di atas menunjukkan peningkatan prestasi subjek kajian dalam penjarian

rekoder yang betul bagi not B, A dan G. Subjek kajian yang mendapat prestasi cemerlang dalam ujian pos ialah sebanyak 35% berbanding 0% dalam ujian pra manakala bagi subjek kajian yang mempunyai prestasi lemah dalam ujian pos ialah 0% berbanding dalam ujian pra iaitu sebanyak 60%.

Terdapat peningkatan sebanyak 30% dalam subjek kajian yang mempunyai prestasi baik

membuktikan penguasaan penjarian rekoder bagi subjek kajian kajian ini meningkat. Masih terdapat 10% subjek kajian dengan prestasi sederhana namun mereka adalah dari kumpulan lemah yang telah berusaha keras untuk menguasai penjarian rekoder dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Melalui perbandingan ini, peningkatan peratusan subjek kajian dalam kategori prestasi

cemerlang dan baik menunjukkan kajian ini berjaya mencapai objektifnya. Hasil dapatan ini disokong lagi dengan kajian lepas oleh Amelia et al (2013) yang menyatakan pendekatan kelompok (berkumpulan) mampu meningkatkan kemampuan subjek kajiannya dalam memainkan rekoder.

Page 135: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

285

5.5 Rumusan kajian

Rumusan dapatan dibuat untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada keputusan kajian. Jadual 2 menunjukkan cara mengumpulkan data berdasarkan soalan kajian. Berdasarkan soalan kajian juga, pengkaji membuat rumusan kajian. Jadual 2 Cara Mengumpulkan Data Berdasarkan Soalan Kajian

Bil. Soalan Kajian Aspek Instrumen Sumber

1. Adakah Kaedah Recorder Rangers dapat meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A, G dengan betul bagi murid-murid Tahun Lima X?

-Penjarian rekoder -Postur

-Pemerhatian berstruktur -Senarai semak -Soal selidik

Murid

2. Adakah Kaedah Recorder Rangers dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi B, A, dan G pada baluk dengan betul bagi murid-murid Tahun Lima X?

-Bacaan semerta -Pemerhatian berstruktur -Senarai semak -Soal selidik

Murid

3. Adakah Kaedah Recorder Rangers dapat meningkatkan kemahiran memainkan lagu Hot Cross Bun dengan penjarian yang betul bagi murid-murid Tahun Lima X?

-Penjarian -Membaca notasi

-Ujian Pra -Ujian Pos -Pemerhatian - Senarai semak -Soal selidik

Murid

Berdasarkan data yang diperoleh daripada senarai semak pemerhatian dan soal selidik telah

menjawab persoalan kajian 1 dan persoalan kajian 2. Berdasarkan pemerhatian, terdapat peningkatan dalam kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G serta bacaan semerta yang dikategorikan mengikut prestasi lemah, sederhana, baik dan cemerlang. 65% subjek kajian berada dalam kelompok prestasi baik dan 25% subjek kajian berada dalam kelompok prestasi cemerlang. Selain daripada itu, tiada lagi subjek kajian yang berada dalam kelompok prestasi lemah setelah menjalani intervensi dalam kitaran pertama.

Soal selidik juga menunjukkan maklum balas positif di mana semua subjek kajian dapat

membuat penjarian not B, A dan G serta membaca notasi B, A dan G pada baluk dengan betul. Subjek kajian juga lebih bermotivasi untuk bermain rekoder. Sebilangan besar subjek kajian juga mampu untuk memainkan lagu yang mengandungi not B, A dan G tanpa bimbingan guru. Bagi soalan kajian 3, ujian pra dan ujian pos telah menjawab persoalan kajian tersebut. Subjek kajian berjaya memainkan lagu “Hot Cross Bun” dengan penjarian yang betul. Terdapat peningkatan sebanyak 35% dalam kelompok subjek kajian cemerlang dan 30% peningkatan bagi kelompok prestasi baik. 5.6 Refleksi

Sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji mendapati subjek kajian telah dapat meningkatkan kemahiran penjarian rekoder serta bacaan notasi pada baluk bagi not B, A dan G dengan betul. Pengkaji juga mendapati subjek kajian lebih bermotivasi dalam belajar muzik terutama dalam bermain rekoder. Dari segi pencapaian pula, kelas subjek kajian adalah sangat baik dan memberikan kerjasama yang erat walaupun pada awal intervensi setiap subjek kajian mengambil masa untuk membina kejelekitan antara ahli kumpulan namun penglibatan mereka sangat memuaskan. Mereka memainkan peranan yang baik dalam membimbing rakan-rakan mereka untuk bermain rekoder. Walau bagaimanapun, masalah utama yang pengkaji hadapi ialah kekangan masa untuk menjalankan kajian ini. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai penambahbaikan pengkaji mencadangkan agar ditambah not-not lain seperti C’, D’, F dan sebagainya. Melalui refleksi pengkaji, subjek kajian mampu untuk meningkatkan kemahiran penjarian bagi not-not lain namun batasan kajian menyebabkan pengkaji bertumpu kepada not B, A dan G sahaja.

Selain daripada itu, pengkaji mencadangkan agar dapat diperluaskan lagi kajian ini kepada

aspek-aspek lain kemahiran rekoder seperti penghasilan ton dan penglidahan. Kemahiran penjarian

Page 136: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

286

sahaja tidak memadai untuk suatu permainan rekoder yang baik. Setiap aspek saling melengkapi untuk menghasilkan persembahan rekoder yang mantap.

Kemahiran ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan dan lebih berkesan. Menurut

Hosterman (1991) individu dalam kelompok yang sama akan bertindak dengan lebih efektif dan kajian beliau membuktikan aktiviti berkumpulan meningkatkan pencapaian pelajarnya dalam subjek “Music Appreciation”.

Gabungan pendekatan ini akan memberi manfaat yang besar kepada murid-murid di sekolah jika dapat diteruskan dalam kajian-kajian yang akan datang kerana bimbingan rakan sebaya berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran terutama dalam permainan rekoder dibantu dengan kaedah audiation yang dapat meningkatkan keupayaan muzikal seseorang. RUJUKAN Amelia., Idawati Syarif., & Esy Maestro. (2013). Kemampuan bermain recorder melalui pendekatan

kelompok siswa kelas V SD Adabiah Padang. (Thesis yang tidak diterbitkan). Universitas Negeri Padang, Padang, Indonesia.

Hosterman, G.L. (1992). Cooperative learning and traditional lecture/demonstration in an

undergraduate music appreciation course. (Thesis yang tidak diterbitkan). The Pennsylvania State University, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2035.

Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 137: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

287

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMAINKAN PENJARIAN REKODER NOT B, A, G MELALUI KAEDAH PERMAINAN TRAFFIC LIGHTS

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 BESTARI

Oleh:

NUR SYAFIQAH BINTI RUSLAN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah permainan Traffic Lights dalam meningkatkan kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G dalam kalangan murid-murid Tahun 3. Subjek kajian terdiri daripada 26 orang murid secara keseluruhan yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Ujian pra mencatatkan bahawa hanya 9 orang murid mencatatkan prestasi sederhana dan tiada bilangan yang memperoleh cemerlang bagi skor ujian pra yang dilakukan. Intervensi kaedah permainan Traffic Lights ini dijalankan selama 6 minggu. Data telah dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, dan analisis dokumen. Hasil tinjauan awal kajian melalui pemerhatian menunjukkan subjek kajian tidak memberi fokus semasa proses pengajaran dan subjek kajian gemar bermain-main di dalam kelas. Profil daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa tiada sesiapa antara subjek kajian yang mempunyai latar belakang muzik. Hasil analisis dapatan mendapati bahawa kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan peratusan yang signifikan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat peningkatan sebanyak 61.54% untuk tahap cemerlang, 26.92% untuk gred pencapaian tahap baik, 11.54% bagi kategori sederhana dan 29.2% bagi tahap pencapaian lemah. Keputusan kajian telah menunjukkan keberkesanan kaedah permainan Traffic Lights dalam membantu murid meningkatkan kemahiran bermain rekoder penjarian not B, A dan G. Kata kunci: Traffic Lights, permainan, rekoder, penjarian rekoder

1.0 PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Seperti yang terkandung di dalam salah satu aspirasi murid iaitu di bawah aspek pengetahuan di mana PPPM menyatakan murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan. Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan murid secara menyeluruh. Di dalam huraian sukatan KSSR bermula dari Tahun 3 murid akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran bermain alat muzikal, antaranya ialah permainan rekoder. Kemahiran bermain rekoder dengan baik sangat penting kerana murid perlu menguasai teknik penjarian, pernafasan, penglidahan, postur yang betul, penghasilan ton, embouchure, bermain sambil membaca notasi, serta mengiringi nyanyian atau muzik instrumental seperti yang terkandung dalam standard kandungan. Justeru, pengkaji telah memilih kaedah permainan bagi meningkatkan kemahiran bermain rekoder. Menurut Brian Sutton-Smith (1995), bermain meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan dan peluang bagi murid melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. 2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini mengupas dengan lebih mendalam berkenaan langkah atau alternatif lain

bagi meningkatkan kualiti pembelajaran bagi aspek permasalahan yang telah dikenal pasti iaitu penguaeassn penjarian not rekoder B, A dan G. Oleh itu kaedah permainan Traffic Lights telah digunakan oleh pengkaji bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Page 138: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

288

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran memainkan penjarian rekoder not B, A, G, melalui kaedah permainan Traffic Lights dalam kalangan murid Tahun 3 Bestari. 3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan kaedah permainan Traffic Lights, murid-murid dapat menunjukkan penjarian dan mengetahui notasi dan kedudukan not B, A, G pada baluk melalui rekoder (penjarian).

Dengan menggunakan kaedah permainan Traffic Lights, murid-murid dapat meniup rekoder dengan penjarian not B, A, G yang betul.

Dengan menggunakan kaedah permainan Traffic Lights, murid-murid dapat meniup lagu Oh Lampu Isyarat sepanjang 8 bar dengan penjarian not yang betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Bilangan murid yang terlibat untuk kumpulan sasaran ini ialah seramai 26 orang daripada Tahun 3 Bestari. Murid-murid ini terdiri daripada 11 orang perempuan dan 15 orang lelaki. Mereka merupakan murid yang mempunyai tahap kognitif yang sederhana dan disiplin yang baik. Mereka tidak mempunyai latar belakang muzik secara formal di luar waktu persekolahan dan tidak mempunyai gred dalam teori muzik. Di samping itu, murid kelas ini mempunyai pencapaian yang sederhana dalam Pendidikan Muzik sama ada pengalaman muzikal, bahasa muzik dan kebolehan muzik.

5.0 PELAKSANAAN INTERVENSI

Pengkaji telah menggunakan Model Kemmis sebagai rujukan untuk langkah intervensi yang di lakukan. Terdapat empat proses untuk model ini iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi dan kemudiannya ke kitaran yang seterusnya. Justeru, intervensi kajian ini melibatkan dua kitaran iaitu kitaran pertama dan kitaran kedua di mana proses-proses tersebut adalah sama. 5.1 Cara Pengumpulan Data

Tinjauan awal berkaitan kajian telah dijalankan melalui beberapa kaedah iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Tinjauan awal bermula dengan pengkaji menganalisis dokumen responden sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah kemahiran menguasai penjarian not rekoder yang terdiri daripada pemerhatian, borang soal selidik, analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap penguasaan dan pemahaman subjek kajian terhadap kemahiran membaca notasi pada garisan baluk. 5.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan keputusan ujian kemahiran, ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen,

dapat dirumuskan bahawa murid-murid ini mengalami masalah apabila memainkan rekoder penjarian not B, A dan G. Mereka sering kali menghafal penjarian not yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas. tanpa mengambil tahu not-not yang dimainkan. Oleh itu, untuk membendung permasalahan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah permainan Traffic Lights sebagai cara utama dalam menangani keseluruhan.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

(a) Kitaran Pertama Aktiviti 1 untuk kitaran pertama dimulakan dengan Permainan Notasi di mana setiap murid

perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan bagi mengenal notasi. Aktiviti kedua pula ialah permainan

Page 139: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

289

Ujian Pra Ujian Pasca

Lemah 65.38 0

Sederhana 34.62 11.54

Baik 0 26.92

Cemerlang 0 61.54

0

10

20

30

40

50

60

70

Pera

tus

(%)

Perbezaan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

padankan nombor dengan notasi. Seterusnya ialah aktiviti ketiga untuk kitaran pertama iaitu permainan meniup corak irama B, A, G. Setiap aktiviti yang dijalankan ialah selama 30 minit.

(b) Kitaran Kedua

Terdapat dua aktiviti untuk langkah kedua iaitu yang pertama ialah aktiviti Permainan mencipta corak irama secara berkumpulan dan aktiviti kedua ialah Pertandingan mencantumkan melodi Oh Lampu Isyarat dan ujian secara individu. 5.5 Keputusan Kajian

Rajah 1.Perbezaan keputusan Ujian Pra dan Pasca Berdasarkan data yang diperolehi, telah menunjukkan satu peningkatan yang ketara dan positif terhadap keberkesanaan intervensi dan kaedah pembelajaran yang telah dijalankan. Kaedah permainan Traffic Lights yang dijalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran membaca notasi not B, A dan G dan meningkatkan kemahiran bermain rekoder penjarian not B, A dan G dalam kalangan murid-murid Tahun 3 Bestari.

Rajah 1 menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Bilangan reponden

bagi prestasi lemah telah menunjukkan penurunan sehingga 0.00%. Hal ini telah membuktikan responden telah dapat menguasai kemahiran memainkan penjarian rekoder not B, A dan G dengan mencapai tahap prestasi sederhana, baik dan cemerlang. Selain itu, keputusan daripada ujian pra juga telah menunjukkan peningkatan terhadap tahap prestasi baik dan cemerlang dari 0.00% kepada 26.92% dan 61.54%.

Kesimpulannya, kemahiran penjarian rekoder not B, A dan G dalam permainan rekoder telah

meningkat selepas intervensi dilakukan.

Page 140: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

290

Aktiviti 1 Aktiviti 2

Lemah 0 0

Sederhana 19.23 7.69

Baik 34.61 38.46

Cemerlang 46.15 53.85

0

10

20

30

40

50

60

PE

RA

TU

S (

%)

Keputusan Lembaran Kerja Kitaran Kedua

Rajah 2. Keputusan Lembaran Kerja Kitaran Kedua Berdasarkan Rajah 2, tiada markah peratusan murid lemah yang dicatatkan. Manakala, sebanyak 19.23% murid menunjukkan prestasi yang sederhana berbanding keputusan analisis lembaran kerja pada aktiviti 2, iaitu sebanyak 7.69%. Penurunan markah peratusan ini menunjukkan peningkatan penguasaan murid terhadap kemahiran bacaan notasi. Sebagai contoh, berdasarkan keputusan analisis lembaran kerja pada aktiviti 2, sebanyak 38.46% murid menunjukkan prestasi baik berbanding 34.61% murid pada aktiviti 1. Markah peratusan murid semakin meningkat pada kitaran kedua. Peningkatan keputusan markah peratusan bagi prestasi cemerlang mencatat sebanyak 53.85% murid telah menunjukkan prestasi cemerlang pada akhir aktiviti 2 berbanding 46.15% murid pada aktiviti 1. Berdasarkan data yang diperolehi jelas menunjukkan peningkatkan bilangan mendapat keputusan cemerlang di dalam latihan lembaran kerja yang diberikan. Kesimpulannya, kaedah permainan Traffic Lights yang dijalankan telah berjaya meningkatkan kemahiran bermain rekoder penjarian B, A, dan G dalam kalangan murid-murid Tahun 3 Bestari. 5.5 Rumusan Kajian Berdasarkan keputusan kajian yang telah diperolehi ia menunjukkan bahawa kaedah permainan Traffic Lights telah memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan pemahaman dan ingatan murid terhadap penjarian rekoder not B, A dan G. Peningkatan pada kitaran pertama adalah sangat menarik begitu juga dengan kitaran kedua. Peningkatan pencapaian jelas dapat dilihat pada keputusan ujian pra dan pasca dan juga lembaran kerja yang telah diberikan. Oleh itu, segala objektif dan persoalan kajian tercapai. 5.6 Refleksi Selepas menggunakan kaedah permainan Traffic Lights untuk meningkatkan kemahiran murid bermain rekoder not B, A dan G, murid-murid kelihatan lebih bersemangat dan berminat untuk belajar rekoder. Murid-murid juga mempunyai peningkatan yang baik terhadap keputusan pencapaian masing-masing dan murid-murid dapat mengecam notasi pada baluk dengan lancar. Selain itu, melalui kaedah permainan yang digunakan, subjek kajian didapati lebih berdikari dan dapat melatih mereka ke arah pembelajaran kendiri. Ini secara tidak langsung juga telah melatih responden untuk berfikiran kreatif dan kritis. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui

Page 141: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

291

aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.

Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang wujud yang menjadi kekangan terhadap

beberapa perkara. Antaranya ialah jumlah bilangan rekoder yang tidak mencukupi di sekolah telah memberikan kesukaran kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya murid-murid terlupa membawa rekoder.

Kesimpulannya, kaedah permainan Traffic Lights ini adalah berkesan bagi meningkatkan

kemahiran murid memainkan penjarian rekoder not B, A, G dalam kalangan murid Tahun 3 bagi subjek Dunia Muzik di sekolah rendah.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji telah mencadang agar kaedah permainan ini digabungkan dengan kaedah lain seperti menggabungkan dengan pembelajaran masteri. Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan agar kaedah pembelajaran menggunakan permainan ini digunakan untuk kemahiran lain dalam rekoder seperti untuk meningkatkan kualiti ton dan lain – lain. Selain daripada permainan rekoder, pengkaji bercadang untuk menggunakan kaedah pembelajaran ini dalam permainan kibod atau melodian pada kajian berikutnya, RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2013-2025). (Pendidikan Sekolah Rendah hingga

Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.

Sutton-Smith, B. (1995). The Persuasive Rhetorics of Play. In A. Pellegrini (Ed.), The future of play theory : A multidisciplinary inquiry into the contributions of Brian Sutton-Smith (pp. 275-296). Albany, NY : State University of New York Press.

Page 142: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

292

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCIPTA CORAK IRAMA MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 URANUS

Oleh:

ONG JIA LYN

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan kaedah permainan dalam meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid Tahun 4 Uranus. Kajian telah dijalankan terhadap 26 orang murid Tahun 4 Uranus yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Melalui tinjauan awal iaitu melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual, kumpulan murid ini didapati bermasalah dalam kemahiran mencipta corak irama. Oleh itu, kaedah permainan telah digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran mencipta corak irama. Kajian ini berpaksikan penggunaan permainan kad dan teknologi ICT, iaitu Powerpoint sebagai bahan bantu mengajar dalam intervensi selama empat minggu. Murid-murid dapat mengetahui konsep irama antara jenis not, tanda rehat dan nilainya melalui permainan yang dijalankan secara berperingkat. Instrumen pengumpulan data yang terlibat adalah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan juga ujian pra dan pasca. Melalui analisis perbandingan ujian pra dan ujian pasca, didapati bahawa terdapat peningkatan aras kemahiran mencipta corak irama oleh murid-murid sebanyak 30.7 peratus untuk aras baik, 7.8 peratus untuk aras sederhana dan penurunan sebanyak 38.5 peratus untuk aras rendah. Keputusan kajian menunjukkan keberkesanan kaedah permainan dalam membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mencipta corak irama di dalam bilik darjah. Rentetan daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan untuk menerapkan kombinasi penerapan konsep muzik lain seperti melodi dalam intervensi pada masa hadapan. Kata kunci: permainan, mencipta corak irama, jenis not, nilai not, tanda rehat 1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk membolehkan murid-murid Tahun 4 Uranus menguasai

kemahiran mencipta corak irama melalui kaedah permainan kad yang diadaptasi daripada gabungan beberapa permainan kad sedia ada dan pendekatan pengajaran muzik. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pengkaji semasa praktikum, pengkaji mendapati subjek kajian menghadapi pelbagai masalah yang berkaitan dengan corak irama. Antara masalah yang dihadapi oleh subjek kajian ialah tidak lancar membaca corak irama yang diberikan, tidak yakin untuk menepuk sesuatu corak irama dan tidak dapat mengenal pasti jenis serta nilai not yang perlu diisi ke dalam sesuatu bar di atas baluk berdasarkan meter yang diberikan.

Kandungan Modul 2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun 4 di bawah aspek Penghasilan Muzik yang memperincikan Standard Kandungan, menghasilkan idea muzikal kreatif yang mengandungi aspek kemahiran mencipta corak irama mudah. Kemahiran mencipta adalah penting bagi mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti seseorang murid. Elemen-elemen Standard Pembelajaran di bawah tunjang ini termasuklah menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi, mencipta corak irama mudah serta mencipta dan menyanyikan melodi mudah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013). 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian ini telah dijalankan dengan memberi fokus kepada meningkatkan kemahiran mencipta corak irama menggunakan kaedah permainan dalam kalangan murid Tahun 4 Uranus. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah dengan menggunakan permainan kad yang diadaptasi dan diubahsuai untuk dilaksanakan dalam intervensi. Di samping itu, kajian ini juga berjaya menarik minat murid dalam pembelajaran konsep irama melalui kaedah main dengan peraturan yang merangkumi ciri pertandingan dan matlamat eksplisit iaitu untuk menang dalam sesuatu aktiviti permainan (Mok Soon Sang, 2008).

Page 143: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

293

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Pengaplikasian kaedah permainan untuk meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid Tahun 4 Uranus. 3.2 Objektif Khusus

Kaedah permainan dapat membantu murid-murid Tahun 4 Uranus untuk menyatakan jenis, nilai not dan tanda rehat yang terdiri daripada not semibrif, minim, krocet dan kuaver.

Kaedah permainan dapat membantu murid-murid Tahun 4 Uranus untuk membaca corak irama dengan betul dan tepat.

Kaedah permainan dapat membantu murid-murid Tahun 4 Uranus untuk mencipta corak irama mudah dalam meter lazim duaan dan empatan.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 16 orang subjek kajian lelaki dan 10 orang subjek kajian perempuan dalam kalangan murid Tahun 4 di sebuah sekolah sekitar kawasan Selangor. Semua subjek kajian adalah berbangsa Melayu. Subjek kajian merupakan murid-murid yang mempunyai aras pencapaian sederhana dan lemah dengan sebilangan yang mempunyai latar belakang muzik di luar sekolah. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menggunakan Model Stephen Kemmis & McTaggart (Kemmis & Mc Taggart, 1983) sebagai rangka kajian tindakan. Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak diatasi. Pelaksanaan berdasarkan model ini boleh dilakukan berulang kali sehingga mendapat penyelesaian yang efektif bagi semua pihak.

5.1 Cara Mengumpulkan Data Instrumen pengumpulan yang telah digunakan oleh pengkaji merangkumi analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual pada fasa tinjauan awal kajian. Bagi pengumpulan data semasa kajian dijalankan pula, soal selidik, senarai semak serta ujian pra dan ujian pos. Semua instrumen pengumpulan data ini telah dijalankan terhadap 26 orang subjek kajian. Pengumpulan data adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan penguasaan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan subjek kajian. Analisis dokumen digunakan untuk menganalisis dokumen seperti menyemak buku-buku latihan dan mendapatkan keputusan peperiksaan lepas daripada guru pembimbing serta Unit Peperiksaan. Dengan itu, pengkaji dapat mengenalpasti kumpulan sasaran yang mempunyai masalah dalam penguasaan corak irama. Pemerhatian pula dibuat bagi berdasarkan senarai semak bagi merekodkan kemahiran subjek kajian berdasarkan tingkahlaku, penglibatan dan pengetahuan subjek kajian terhadap konsep corak irama. Instrumen lain yang digunakan ialah temu bual. Instrumen ini dipilih kerana mudah untuk mendapatkan jawapan dan tindak balas subjek kajian terhadap soalan-soalan yang ditujukan. Melalui temu bual juga, pengkaji mendapatkan pandangan daripada pihak yang terlibat seperti guru Pendidikan Muzik subjek kajian. Fontana dan Frey (1994) dalam buku panduan penyelidikannya yang bertajuk “Interviewing the Art of Science” menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur , temu bual tidak berstruktur dan temu bual separa berstruktur. Temu bual separa berstruktur telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap tahap penguasaan dan pencapaian subjek kajian dalam konsep corak irama. Selain itu, pengkaji juga akan mendapat jawapan yang lebih tepat dan jujur daripada subjek kajian.

Page 144: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

294

5.2 Analisis Tinjauan Awal

Antara alat yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data awal ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Jadual 1 Dapatan Tinjauan Awal

Instrumen Dapatan Analisis / Maklum Balas Subjek

Analisis Dokumen Sebanyak 85% daripada subjek kajian mempunyai masalah dalam penguasaan corak irama melalui penyemakan buku-buku latihan dan keputusan peperiksaan lepas.

Pemerhatian Pemerhatian dilakukan untuk mengenalpasti masalah murid dan mendapati respons seperti berikut:

Tidak lancar membaca corak irama mudah

Tidak yakin untuk menepuk sesuatu corak irama

Tidak dapat mengenalpasti jenis serta nilai not yang perlu diisi ke dalam sesuatu bar di atas baluk berdasarkan meter yang diberikan Tidak dapat mencipta corak irama menggunakan jenis dan tanda rehat yang telah dipelajari

Temu bual Murid-murid berkategori lemah dan sederhana adalah lebih tinggi berbanding yang berada dalam kategori cemerlang. Pengkaji mendapati bahawa subjek kajian tidak memahami istilah mencipta. Subjek kajian tidak tahu untuk mengisi bar yang kosong dengan not-not yang telah ditetapkan.

Daripada data tersebut, dapat dirumuskan bahawa murid Tahun 4 Uranus tidak mahir dalam kemahiran mencipta corak irama kerana pengetahuan asas yang lemah berkaitan konsep irama seperti jenis not, tanda rehat dan nilainya. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan penghasilan idea muzikal kreatif yang mengandungi aspek kemahiran mencipta corak irama mudah tidak dapat dicapai dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

5.3 Tindakan Menangani Masalah

Sebanyak dua kitaran telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam

kalangan subjek kajian. Terdapat empat intervensi dalam kitaran pertama dan dua intervensi dalam kitaran kedua menggunakan kaedah permainan kad.

Jadual 2 Pelaksanaan Intervensi Kitaran Pertama dan Kedua

KITARAN PERTAMA

AKTIVITI 1 Permainan Kad “Mismatch” Memadankan pasangan kad berdua berdasarkan jenis not dan nilainya.

AKTIVITI 2 Permainan Kad “Happy Trio” Memadankan pasangan kad bertiga berdasarkan jenis not, tanda rehat dan nilainya.

AKTIVITI 3 Permainan Kad “Hadyn-Seek 1.0” Mencipta corak irama bermeter lazim duaan berdasarkan jenis not dan tanda rehat yang diperoleh pada Keretapi Irama.

AKTIVITI 4 Permainan Kad “Haydn-Seek 2.0” Mencipta corak irama bermeter lazim empatan berdasarkan jenis not dan tanda rehat yang diperoleh pada Keretapi Irama.

KITARAN KEDUA

AKTIVITI 1 Permainan Kad “Una Poca 1.0” Mengaplikasikan konsep kad permainan “Uno” menggunakan pelbagai jenis not, tanda

rehat, nilai not dan kad-kad kuasa yang lain. AKTIVITI 2 Permainan Kad “Una Poca 2.0”

Mengaplikasikan konsep kad permainan “Uno” menggunakan pelbagai jenis not, tanda rehat, nilai not dan kad-kad kuasa yang lain dalam penciptaan corak irama.

5.4 Keputusan Kajian Keputusan kajian adalah berdasarkan instrumen pengumpulan data yang telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 145: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

295

Jadual 3 Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Aras Pencapaian

Bil. Murid (N=26) Peratus (%) Perbezaan

Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Bil. Murid

Peratus (%)

Baik 8 16 30.8 61.5 8 30.7 Sederhana 6 8 23.0 30.8 2 7.8 Lemah 12 2 46.2 7.7 10 38.5

Merujuk kepada jadual perbandingan peratusan ujian pra dan ujian pos bagi kemahiran

mencipta irama yang dapat dilihat berdasarkan sisiran antara kedua-dua ujian tersebut menunjukkan peningkatan aras pencapaian yang jelas. Aras pencapaian baik meningkat sebanyak 8 orang atau 30.7 peratus, aras pencapaian sederhana meningkat sebanyak dua orang atau 7.8 peratus dan aras pencapaian lemah berkurangan sebanyak 10 orang atau 38.5 peratus.

Melalui perbandingan yang didapati daripada data keseluruhan ujian pra dan ujian pos,

terdapat keseluruhan peningkatan aras pencapaian sebanyak 38.5 peratus kepada kategori baik dan sederhana selepas intervensi kaedah permainan diaplikasikan dalam pengajaran corak irama. Hanya 7.7 peratus yang masih kekal dalam aras pencapaian lemah dan gagal diperbaiki melalui intervensi tersebut.

5.5 Rumusan Kajian

Kajian telah dijalankan sebanyak dua kitaran, yang menjangkaui tempoh masa empat minggu.

Alat pengumpulan data yang telah terlibat adalah soal selidik, senarai semak serta ujian pra dan ujian pasca. Persoalan kajian ini, adakah kaedah permainan dapat meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid Tahun 4 Uranus? Rumusan dapatan dibuat untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan data daripada keputusan kajian.

Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi dalam jadual pemerhatian yang telah dijalankan, murid-murid telah dapat menguasai dengan menyatakan jenis, nilai not serta tanda rehat bagi not-not yang diberikan penekanan. Persoalan bagi persoalan kajian pertama ini terjawab melalui ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian yang telah dijalankan di setiap intervensi kitaran satu dan kitaran dua.

Perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca jelas menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Terdapat peningkatan sebanyak 30.7 peratus untuk pencapaian baik manakala bagi pencapaian lemah pula terdapat penurunan ketara sebanyak 39.5 peratus.

Dalam kitaran pertama, masih terdapat murid-murid yang ada ketikanya masih teragak-agak untuk menggunakan kad yang berada di dalam pegangannya. Hal ini demikian kerana penguasaan mereka terhadap not-not asas dan meter adalah lemah. Pengkaji telah mengubahsuai permainan kad yang dikenali ramai, “Uno” bagi memudahkan cara murid mengingat notasi dengan menggunakan permainan yang mereka telah kenali pada aktiviti pertama untuk kitaran kedua. Setelah murid-murid ini menguasai konsep notasi dan meter, kemahiran dalam mencipta corak irama murid-murid turut meningkat. 5.5 Refleksi

Setelah selesai proses intervensi yang dijalankan sebanyak dua kitaran, pengkaji menjadi lebih

peka terhadap kekurangan dan kelemahan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Reaksi positif daripada murid-murid setelah tamatnya intervensi yang dijalankan menggunakan kaedah permainan terbukti digemari oleh mereka.

Penggunaan kaedah permainan dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar dalam

situasi tanpa tekanan dan santai. Penerapan aktiviti bermain secara berkumpulan juga memberikan peluang kepada mereka untuk berkongsi ilmu, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan membimbing antara satu sama lain dalam sesuatu permainan jelas dapat diperhatikan semasa pelaksanaan intervensi.

Page 146: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

296

Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang bertemakan permainan akan mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif dan efektif. Svanwick (1992) menyatakan di dalam bukunya A Basic for Music Education bahawa muzik adalah menyeronokkan dan menyifatkan muzik serta permainan berkongsi banyak watak malahan persamaan seperti penerapan nilai kerjasama, gaya dan juga kepuasan kepada individu.

Sistem permainan yang menggunakan kad adalah senang dibawa ke mana-mana sahaja, ringan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Permainan kad yang fleksibel berkonsepkan ‘permainan dalam pembelajaran’ dan bersifat interaktif dapat dimainkan pada bila-bila masa baik sewaktu pengajaran dan pembelajaran mahupun pada masa lapang.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang telah pengkaji jalankan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah

permainan membantu dalam peningkatan dari segi pencapaian dan kemahiran murid dalam mencipta corak irama. Walau bagaimanapun, intervensi yang telah dilaksanakan masih dapat dimurnikan lagi dengan menerapkan kaedah atau unsur muzikal yang lain pada kajian yang seterusnya.

Pengkaji mencadangkan jenis-jenis not yang lain juga boleh diterapkan ke dalam permainan kad. Sebagai contoh, not-not untuk pembahagian masa tidak sekata. Dengan adanya variasi notasi, intervensi yang dijalankan dapat menerapkan lebih banyak pengetahuan muzik dan tidak bertumpu pada not-not asas sahaja. Konsep melodi juga boleh diterapkan sebagai salah satu unsur untuk menjadikan permainan kad ini menjadi lebih menarik dan kreatif pada kajian seterusnya.

Penerapan konsep melodi dapat membantu dalam penghasilan muzik secara kreatif dengan

gabungan penguasaan dalam corak irama dan melodi. Dengan pengetahuan yang kukuh melalui kedua-dua konsep ini akan membantu dalam perkembangan muzikal kendiri yang lain seperti permainan rekoder dan alat-alat perkusi. RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Pendidikan Muzik Tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fontana, A., & Frey, J. (1994). Interviewing the Art of Science. In NYL. Denzin (Ed), The Handbook of Qualitative Research. pp. 361-376.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1983). The Action Research Planner. (3rd Ed.). Geelong: Deakin

University Press. Mok Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Svanwick. (1992). A Basic for Music Education. New York: P. Lang.

Page 147: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

297

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA NOTASI DALAM PERMAINAN REKODER MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF MELALUI

STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIONS (STAD) TERHADAP MURID TAHUN 5

Oleh:

PUTRI LEELYANNA SYDZWANEE BINTI JOHARI

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kemahiran membaca Notasi merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum menguasai kemahiran lain dalam bidang muzik. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi melalui permainan rekoder dengan kaedah Koperatif melalui Student Team Achievement Divisions (STAD). Seramai 32 orang murid telah dipilih sebagai subjek kajian. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid berpencapaian rendah yang telah diuji melalui soal selidik, pemerhatian berstruktur dan ujian diagnostik. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak dapat meniup rekoder mengikut notasi pada baluk. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian berstruktur, ujian pra dan pasca, dan analisis dokumen. Keputusan ujian pra dan pasca mendapati terdapat peningkatan markah peratusan dan pencapaian murid bedasarkan penilaian melalui pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Koperatif melalui Student Team Achievement Divisions (STAD) dapat meningkatkan kemahiran bacaan notasi dalam permainan rekoder. Kata Kunci: kemahiran bacaan notasi, koperatif, Student Team Achievement Divisions (STAD) 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Muzik harus mempunyai sifat-sifat muzikal seperti mempunyai kemahiran membaca skor dan boleh bermain alat muzik. Sebagai usaha merealisasikan matlamat ini, permainan alat muzik telah diajar di setiap sekolah rendah dan rekoder merupakan alat muzik yang difikirkan sesuai diperkenalkan di sekolah rendah seluruh Malaysia. Kemahiran yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah membaca notasi dalam permainan rekoder dengan menggukan kaedah pembelajaran Koperatif melalui Student Team Achievement Divisions (STAD). Murid seharusnya mengenali simbol notasi sebelum mereka boleh bermain alat muzik. Menurut Johami Abdullah (1993), gerak balas muzikal kepada notasi muzik ini merujuk kepada kemahiran memainkan alat muzik berpandukan simbol-simbol dalam sistem notasi muzik yang terdapat dalam sesebuah skor lagu. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran terhadap kemahiran membaca notasi muzik dalam permainan rekoder. Kajian ini juga turut memfokuskan kepada keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran Koperatif melalui Students Team Achievement Division (STAD) terhadap murid Tahun 5. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Secara keseluruhanya, kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca notasi dalam permainan rekoder menggunakan kaedah Koperatif melalui Students Team Achievement Division (STAD) terhadap murid Tahun 5.

Page 148: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

298

3.2 Objektif Khusus

Menggunakan kaedah pembelajaran Koperatif melalui Student Team Achievement Division (STAD) dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi not G, A, B, C’ dan D’ pada baluk dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Menggunakan kaedah Koperatif melalui Student Team Achievement Division (STAD) dapat meningkatkan kemahiran bermain rekoder dengan penjarian not G, A, B, C’ dan D’ dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

Menggunakan kaedah pembelajaran Koperatif melalui Student Team Achievement Division (STAD) dapat meningkatkan kemahiran membaca notasi not G, A, B, C’ dan D’ dengan permainan rekoder dalam kalangan murid-murid Tahun 5.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 11 murid lelaki dan 21 murid perempuan. Kesemua murid yang terlibat dalam kajian ini adalah murid yang berumur 11 tahun. Melalui tinjauan awal yang dijalankan dan hasil daripada temu bual dan perbincangan dengan guru pendidikan muzik, seramai 32 orang murid telah dikenalpasti sebagai subjek dalam kajian ini. Pemilihan ini berdasarkan hasil daripada tinjauan awal yang dijalankan dan beberapa faktor lain, seperti kebebasan pengkaji untuk berinteraksi dengan semua subjek adalah tidak terhad kerana pengkaji ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik untuk semua murid yang terlibat. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan Modul Stephen Kemmis untuk menjalankan kajian tindakan ini. Modul Stephen Kemmis (1983) terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi (Rosinah Edinin, 2012). 5.1 Cara Pengumpulan Data Dalam kajian ini, instrument pengumpulan data yang digunakan adalah dokumen anlisis, instrument ujian dan pemerhatian. Satu set lembaran kerja telah diedarkan kepada murid selepas setiap aktiviti pada Kitaran Pertama dan kedua. Lembaran kerja terdiri daripada 10 item soalan.soalan mengenai kedudukan not G, A, B, C’ dan D’ pada baluk.

Bagi instrumen ujian, pengkaji akan menggunakan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra untuk menguji

prestasi murid sebelum menerima intervensi dan Ujian Pasca untuk menguji prestasi murid selepas program intervensi dijalankan. Set soalan yang digunakan bagi Ujian Pra dan ujian Pasca adalah setara di mana di dalam ujian ini, murid diminta untuk meniup keratan melodi yang terdiri daripada not G, A, B, C’ dan D’.

Selain ujian, pengkaji telah menggunakan cara pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian

berstruktur. Menurut Rosinah (2012), pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi murid dalam kajian yang dijalankan. Kaedah pemerhatian digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai aspek penjarian not dan penghasilan not. Justeru, maklumat yang dikumpul di catatkan melalui senarai semak.

5.2 Analisis Tinjauan Awal Tinjauan dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan sasaran yang menghadapi masalah dan membuktikan bahawa murid menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca notasi dalam permainan rekoder. Tinjauan yang dilakukan meliputi temu bual bersama guru mata pelajaran Pandidikan Muzik, temu bual separa berstruktur, pemerhatian berstruktur dan ujian diagnostik.

Melalui temu bual bersama guru, pencapaian murid dalam kemahiran bacaan notasi dalam

permainan rekoder berada di tahap yang lemah. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, data mendapati murid berada dalam tahap sederhana. Sebilangan murid hanya dapat menghafal penjarian rekoder bagi not G, A dan B tetapi tidak dapat menguasai penjairian bagi not C’ dan D’.

Page 149: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

299

Jadual 1 Analisis Ujian Diagnostik

Secara keseluruhan, melalui hasil dapatan ujian diagnostik mendapati, seramai 32 orang murid menghadapi masalah dalam kemahiran membacaa notasi dalam permainan rekoder. Justeru, murid-murid Tahun 5 ini sesuai dijadikan kumpulan sasaran dan subjek kajian tindakan ini. 5.3 Tindakan Menangani Masalah Terdapat empat aktiviti yang berbeza dan setiap satunya mempunyai lima langkah. Setiap aktiviti dijalankan selama satu jam. Justifikasi bagi penyediaan aktiviti-aktiviti ini adalah secara berperingkat dan secara ansur maju di mana aktiviti yang disediakan adalah dari tahap mudah ke tahap yang lebih sukar. Jadual 2 Pelaksanaan Intervensi Kitaran Pertama

Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4

i. Aktiviti naik turun tangga notasi.

ii. Mengenal notasi secara menyusun ikon not pada papan baluk.

iii. Latihan penjarian. iv. Latihan meniup

rekoder . v. Pertandingan

meniup rekoder.

i. Aktiviti naik turun tangga notasi.

ii. Latihan menyusun ikon not pada papan baluk.

iii. Latihan penjarian. iv. Latihan meniup

rekoder (empat bar).

v. Pertandingan meniup rekoder.

i. Aktiviti naik turun tangga notasi.

ii. Latihan menyusun ikon not pada papan baluk.

iii. Meniup rekoder secara permainan stesen.

iv. Meniup rekoder secara permainan stesen.

v. Pertandingan menyusun ikon not pada papan baluk bedasarkan keratan abjad dan meniup rekoder.

i. Aktiviti naik turun tangga notasi.

ii. Latihan menyusun ikon not pada papan baluk.

iii. Menyanyi dan menepuk corak irama berdasarkan lagu “Lost My Gold Ring”.

iv. Meniup melodi lagu “Lost My Gold Ring”

v. Pertandingan meneka keratan melodi membentuk lagu.

Perkara Tahap Kemahiran Bacaan Notasi

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Bacaan notasi Bil Peratus (%)

Bil Peratus (%)

Bil Peratus (%)

Bil Peratus (%)

Soalan 1 30/32 93.75 2/32

6.25

0/32

0.00 0/32 0.00

Soalan 2 28/32 87.00 4/32

13.00 0/32

0.00 0/32 0.00

Page 150: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

300

Jadual 3 Pelaksanaan Intervensi Kitaran Kedua

Aktiviti 1 Aktiviti 2

i. Aktiviti menyusun kotak not pada baluk gergasi.

ii. Latihan penjarian iii. Nyanyian dan tepukan corak irama iv. Meniup lagu (empat bar) v. Menyusun keratan melodi membentuk

lagu.

i. Aktiviti menyusun kotak not pada baluk gergasi

ii. Latihan penjarian iii. Nyanyian dan tepukan corak irama iv. Meniup lagu (8 bar) v. Pertandingan menyambung dan

menyusun keratan melodi membentuk.

5.4 Keputusan Kajian Rajah 1. Perbezaan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Rajah 1 menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Bilangan reponden bagi prestasi lemah telah menunjukkan penurunan sehingga 0.00%. Hal ini bermakna murid telah dapat menguasai kemahiran membaca notasi dengan mencapai tahap prestasi sederhana, baik dan cemerlang. Selain itu, keputusan daripada ujian pra juga telah menunjukkan peningkatan terhadap tahap prestasi baik dan cemerlang dari 0.00% kepada 31.25% dan 59.37%. Kesimpulannya, kemahiran bacaan notasi dalam permainan rekoder telah meningkat selepas intervensi dilakukan. 5.5 Rumusan Kajian Secara keseluruhan, kajian ini merupakan kajian yang Berjaya. Persoalan kajian yang disasarkan di dalam kajian ini telah terjawab melalui data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca digunakan. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kaedah Koperatif melalui Student Team Achievement Division (STAD) telah berjaya meningkatkan kemahiran bacaan notasi G, A, B, C’ dan D’ dalam permainan rekoder. Hal ini turut disokong oleh Mahamood (2000), yang menyatakan bahawa pembelajaran secara individu ini kurang membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang rumit yang memerlukan proses pemikiran yang tinggi. 5.6 Refleksi Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan kajian yang telah dijalankan. Intervensi yang telah dijalankan telah memberi kesan yang positif dalam kajian ini iaitu meningkatkan kemahiran membaca notasi muzik dalam permainan rekoder. Hal ini telah jelas melalui peningkatan skor subjek dalam ujian pasca. Aras pencapaian subjek meningkat setelah menjalani enam sesi intervensi yang dijalankan.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Ujian Pra Ujian Pasca

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Page 151: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

301

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Pengkaji bercadang untuk menambah bilangan notasi pada kajian yang akan datang dan tidak terhad kepada not G, A, B, C’ dan D’ sahaja. Hal ini supaya murid dapat mengenal pelbagai kedudukan not pada baluk selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 5 (2002) yang memerlukan murid untuk mengecam not C tengah, D, E, F, F#, Bb, G, A, B, C’ dan D’ pada baluk dalam permainan rekoder. Oleh itu, murid-murid dapat variasikan permainan rekoder mereka dan dapat memainkan lagu-lagu yang lebih mencabar. RUJUKAN Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahamood, Y. (2000). Pengantar Psikologi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Malaysia: Freemind Horizons Snd. Bhd.

Page 152: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

302

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENCIPTA CORAK IRAMA DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 3 DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH IKON

Oleh:

SAMANTHA LIAU YI WEN Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid-murid Tahun 3 dengan menggunakan Kaedah Ikon. Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah yang sama sebanyak tiga fasa praktikum, pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak dapat menepuk dan mencipta corak irama dengan baik. Pengkaji telah membuat tinjauan masalah terhadap 35 orang murid Tahun 3 yang terdiri daripada 19 orang murid perempuan dan 16 orang murid lelaki. Pengaji mendapati faktor tidak dapat membanding beza nilai-nilai not merupakan punca masalah murid daripada analisis tinjauan awal. Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan Kaedah Ikon untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Intervensi bagi kajian tindakan ini dijalankan selama empat minggu dan setiap intervensi mengambil masa selama 30 minit. Instrumen pengumpulan data yang digunakan untuk mengutip data adalah melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Semasa ujian pra, 9% murid-murid yang dapat mencipta corak irama sepanjang 2 bar dalam aras baik telah meningkat kepada 71% murid-murid dalam keputusan ujian pasca. Secara kesimpulannya, Kaedah Ikon telah berjaya mempertingkatkan penguasaan kemahiran mencipta corak irama murid. Oleh itu, cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan pembelajaran koperatif untuk melaksanakan pengajaran kemahiran mencipta corak irama yang menggunakan kaedah ikon. Kata Kunci: Mencipta corak irama, kaedah ikon 1.0 PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada 6 September 2013. PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. PPPM memastikan murid mencapai enam aspirasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam aspirasi PPPM, Pendidikan Muzik dapat meningkatkan kreativiti murid-murid. Terutamanya pengajaran irama dapat menggalakkan murid berkembang secara menyeluruh. Pengajaran ciptaan corak irama juga dapat mempertingkatkan kreativiti murid-murid. Menurut Gauthier dan Dunn (2004), penggunaan ikon melibatkan gambar ataupun simbol sebagai bahan visual yang dapat membantu murid membaca corak irama dengan lebih cekap. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid-murid Tahun 3 dengan kaedah ikon. Masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid ialah mereka tidak dapat menguasai nilai-nilai not. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid tidak memberi perhatian semasa sesi PdP dijalankan. Terdapat sesetengah murid bercakap dan bermain dengan rakannya. Seterusnya, pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam pengetahuan dan kemahiran muzikal. Mereka tidak dapat membandingkan nilai-nilai not. Hal sedemikian kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dan latar belakang dalam bidang muzik. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk mengajar murid-murid nilai-nilai not dengan ikon bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.

Page 153: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

303

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid Tahun 3 dengan menggunakan kaedah ikon. 3.2 Objektif Khusus

Dengan menggunakan kaedah ikon, murid-murid Tahun 3 dapat menepuk corak irama sepanjang dua bar dengan sebutan irama yang betul.

Dengan menggunakan kaedah ikon, murid-murid Tahun 3 dapat bermain corak irama sepanjang dua bar dengan kastanet dan loceng.

Dengan menggunakan kaedah ikon, murid-murid Tahun 3 dapat mencipta ‘frasa jawapan’ kepada ‘frasa soalan’ irama yang diberikan dengan betul.

Dengan menggunakan kaedah ikon, murid-murid Tahun 3 dapat mencipta corak irama sepanjang dua bar dengan menggunakan nilai not yang sesuai.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 35 orang murid Tahun 3 di sebuah sekolah di kawasan Kuala Lumpur. 35 orang murid ini terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan. Kesemua 35 orang murid adalah berbangsa Melayu. Mereka ini mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam Pendidikan Muzik. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Pengumpulan Data Bagi mengesahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan adalah soal selidik, pemerhatian berstruktur dan ujian diagnostik. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Data soal selidik menunjukkan hampir semua murid di dalam kelas ini tidak mengikuti sebarang kelas muzik di luar waktu sekolah tetapi mereka mempunyai minat dalam bidang muzik. Dengan dapatan pemerhatian yang telah dijalankan, sebahagian murid kurang memberi tumpuan, bermain dengan rakan dan membuat bising semasa guru mengajar. Ujian diagnostik menunjukkan mereka kurang diberi pendedahan mengenai pengetahuan dan kemahiran Dunia Muzik. Kebanyakan murid tidak dapat keputusan yang baik dalam ujian diagnostik. 5.3 Tindakan Menangani Masalah

Rajah 1. Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin

Page 154: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

304

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Ujian Pra Kitaran 1 Ujian Pasca Kitaran1

Ujian Pra Kitaran 2 Ujian Pasca Kitaran2

Baik Sederhana Lemah Sangat Lemah

Peratusan Murid-murid Yang Mahir dalam

Kemahiran Mencipta Corak Irama (Ujian)

Rajah 2. Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin 5.4 Keputusan kajian Pengkaji telah menjalankan ujian pra sebelum intervensi dan ujian pasca selepas intervensi dalam kitaran pertama dan kedua. Berikut merupakan keputusan ujian pra dan ujian pasca.

Rajah 3. Hasil Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kitaran Pertama dan Kitaran Kedua

Rajah 3 menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kemahiran murid-murid dalam mencipta corak irama semakin meningkat. 9% murid-murid yang mencapai aras baik dalam ujian pra telah meningkat sehingga 71% murid-murid dalam ujian pasca kitaran pertama. Manakala 34% murid-murid yang mencapai aras sangat lemah dalam ujian pra telah menurun ke 0% murid dalam ujian pasca kitaran pertama. Dalam ujian pra kitaran dua, seramai 77% murid-murid yang mencapai aras baik dan meningkat sehingga 89% murid dalam ujian pasca kitaran kedua. Tiada murid yang mencapai aras lemah dan sangat lemah dalam ujian pasca kitaran kedua. Ini menunjukkan bahawa semua murid telah menguasai kemahiran mencipta corak irama menggunakan kaedah ikon dalam tahap baik dan sederhana.

Page 155: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

305

5.5 Rumusan kajian Sebagai rumusan, persoalan kajian boleh dijawab dengan menggunakan data daripada keputusan kajian. Melalui keputusan yang diperolehi dalam kajian ini, kaedah ikon yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dalam kalangan murid-murid tahun 3. Dapatan ini mengesahkan pendapat Pursell (2007), dalam hasil kajiannya yang bertajuk ‘The Effectiveness of Iconic-Based Rhythmic Instuction’ menyatakan bahawa penggunaan kaedah ikon dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik untuk membaca notasi. Pengkaji telah merangka empat persoalan kajian untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan kaedah ikon dalam meningkatkan kemahiran mencipta corak irama dengan betul. Data-data yang dikumpul melalui ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, analisis dokumen telah dianalisis oleh pengkaji untuk mengetahui hasil kajiannya. 5.6 Refleksi Melalui kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa kaedah ikon dapat memberi impak kepada murid Tahun 3 dalam meningkatkan kemahiran mencipta corak irama. Pengkaji berharap agar kajian ini boleh memberi manfaat kepada guru-guru yang lain untul memperbaiki keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah pada masa yang akan datang. Objektif-objektif yang ditetapkan dalam kajian ini dapat diukur dan akhirnya boleh dicapai. Seterusnya, kad-kad ikon berwarna yang digunakan dapat menarik perhatian murid-murid. Murid-murid menunjukkan kesungguhan apabila aktiviti dijalankan. Pengkaji mendapati masih terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi perhatian apabila pengkaji mengajar. Mereka bercakap dengan rakan yang duduk di sebelah dan tidak memberi fokus dengan pengajaran. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) adalah kurang dalam kajian ini. BBM yang pelbagai dan menarik dapat meningkatkan keberkesanan sesi PdP supaya murid-murid berasa lebih seronok semasa pembelajaran. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Cadangan kajian yang seterusnya, pengkaji bercadang menggunakan pembelajaran koperatif dalam melaksanakan pengajaran kemahiran mencipta corak irama menggunakan kaedah ikon. Menurut Effendi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif ialah kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Seterusnya, pengkaji juga bercadang mengaplikasikan teknologi seperti penggunaan PowerPoint untuk menunjukkan ikon dalam slaid bagi menggantikan kad ikon yang dicetak dalam kertas A4. SENARAI RUJUKAN Effendi Zakaria. (1998). Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD. Tidak Diterbitkan. Gauthier, D., & Dunn, R. E. (2004). Comparing two approaches for teaching rhythm reading skills to first- grade pilot study. Research & issues in music education; Volume 2: No. 1.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pursell, A. (2007). The effectiveness of iconic-based rhythmic instruction. Journal of Band Research. Retrieved 16 February 2014, frohttp://eds.a.ebscohost.com.newdc.oum.edu.my/eds/pdfviewer/ pdfviewer?sid=da8 7213e- 2fa7-49ed-93f2-485398b20bf9%40sessionmgr4005&vid=1&hid=4213

Page 156: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

306

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGIMPROVISASI CORAK IRAMA MUDAH DALAM METER LAZIM EMPATAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PERKUSI

MELALUI PENDEKATAN CARL ORFF DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 4

Oleh:

TAN XUE ANN

Jabatan Pendidikan Muzik

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan kemahiran mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim empatan dengan menggunakan alat perkusi dalam kalangan murid-murid Tahun 4. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid-murid perempuan Tahun 4. Fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama dengan menggunakan alat perkusi dalam meter lazim empatan melalui kaedah Sound Story. Masalah dikenalpasti melalui tinjauan awal dengan penggunaan pemerhatian berstruktur dan ujian diagnostik. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kefahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran mengimprovisasi corak irama adalah lemah. Dengan ini, kaedah Sound Story diaplikasikan dalam kedua-dua kitaran perlaksanaan intervensi untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama murid-murid. Hasilan data yang didapati daripada ujian pra dan pos telah menunjukkan peningkatan kemahiran mengimprovisasi corak irama daripada 10.00% ke 63.3% dalam tahap cemerlang iaitu gred A. Ini bermakna murid-murid dapat mengimprovisasikan corak irama meter empatan sepanjang dua bar. Manakala tahap lemah iaitu gred D menurun daripada 50.00% ke 0.00%. Justeru itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa kaedah Sound Story telah berjaya meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4 dalam mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim empatan. Cadangan kajian yang seterusnya ialah menggunakan kaedah Sound Story atas pengajaran kemahiran mengimprovisasi melodi serta mengimprovisasi corak irama secara bertulis iaitu mencipta corak irama. Kata Kunci: Kemahiran mengimprovisasi corak irama, kaedah Sound Story, Mencipta corak irama 1.0 PENDAHULUAN Berdasarkan salah satu objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi Tahun 4, murid-murid dapat meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi. Dengan ini, objektif menghasilkan idea muzikal dapat dicapai melalui aktiviti mengimprovisasi dalam pengajaran Pendidikan Muzik. Menurut Hargreaves (1989), beliau berkata kemahiran mengimprovisasi merupakan salah satu bentuk dalam pembentukan kreativiti muzikal yang didefinisikan dengan sikap kespontanan kanak-kanak dalam penghasilan muzik dengan menggunakan suara, pengerakan atau alat muzik.

Tajuk mengimprovisasi amat penting bagi murid-murid dalam sistem pendidikan masa kini. Berdasarkan Marsh (1970) berkata aktiviti improvisasi dalam muzik melibatkan empat aspek iaitu pemikiran kreatif, kemahiran mendengar, persembahan serta penciptaan. Dengan ini, aspek yang melibatkan pemikiran kreatif selaras dengan salah satu hasrat aspirasi murid-murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Aspirasi murid-murid yang berkaitan adalah kemahiran berfikir. Matlamat aspirasi ini adalah melahirkan murid-murid atau individu yang menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang melibatkan penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu, aspirasi yang kedua iaitu pengetahuan. Ia juga ada kaitan dengan objektif kajian ini. Aspirasi pengetahuan yang mementingkan penguasaan dalam pelbagai bidang khususnya bidang muzik. Justeru itu, penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengimprovisasi adalah menjurus mencapai matlamat aspirasi pengetahuan tersebut. 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama dengan menggunakan alat perkusi dalam meter lazim empatan. Pengkaji telah mengesan tiga isu yang dihadapi semasa pengkaji menjalankan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Isu-isu yang dikesan ialah murid-murid tidak dapat mengenalpasti simbol dan nilai tanda rehat. Isu kedua adalah

Page 157: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

307

murid-murid memerlukan bimbingan pengkaji dalam permainan corak irama dengan alat perkusi. Isu yang ketiga pula, murid-murid tidak menguasai kemahiran mengimprovisasi corak irama. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Objektif umum yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim empatan dengan pendekatan Carl Orff. 3.2 Objektif Khusus

Pengaplikasian kaedah Sound Story dapat menghasilkan kesan-kesan bunyi dengan penggunaan bahan-bahan buangan mengikut corak irama meter lazim empatan dalam kalangan murid-murid Tahun 4.

Pengaplikasian kaedah Sound Story secara individu dapat meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama mudah dalam meter lazim empatan dengan menggunakan alat perkusi dalam kalangan murid-murid Tahun 4.

Pengaplikasian kaedah Sound Story dapat meningkatkan kreativiti kemahiran mengimprovisasi corak irama berdasarkan corak irama dalam situasi yang diberikan dengan nilai not yang betul melalui penggunaan alat perkusi dalam kalangan murid-murid Tahun 4.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid-murid Tahun 4 Orkid. 30 orang murid-murid Tahun 4 adalah perempuan. 16 orang murid-murid yang terdiri daripada kaum Melayu, tiga orang murid-murid terdiri daripada kaum Cina dan 11 orang murid-murid terdiri daripada kaum India. Melalui interaksi antara pengkaji dengan murid-murid secara lisan,terdapat dua orang murid-murid kaum Cina yang belajar permainan piano dan lima orang murid-murid kaum Melayu yang menyertai nyanyian nasyid. Majoriti murid-murid dalam pencapaian akademik adalah sederhana. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Tindakan kajian ini menggunakan model Stephen Kemmis (1983) dalam pelaksanaan kitaran

pertama dan kedua. Dalam kitaran pertama terdiri daripada empat peringkat iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi, manakala dalam kitaran kedua pula terdiri daripada penambahbaikkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

5.1 Cara Pengumpulan Data

Untuk mengumpul data tinjauan awal, pengkaji telah memilih dua instrumen iaitu pemerhatian berstruktur dan ujian diagnostik. Instrumen yang digunakan melibatkan beberapa jenis aspek yang ingin diuji oleh pengkaji yang berkaitan dengan kemahiran mengimprovisasi murid-murid. Aspek-aspek yang terdapat dalam pemerhatian berstruktur adalah menumpukan perhatian, menepuk corak irama dan cara permainan alat perkusi. Manakala dalam ujian diagnostik terbahagikan kepada tiga jenis ujian iaitu pengetahuan dalam simbol dan nilai not, permainan corak irama dengan alat perkusi, improvisasi corak irama sepanjang dua bar secara tepukan.

Untuk memastikan keberkesanan penggunaan kaedah Sound Story dalam peningkatan kemahiran mengimprovisasi corak irama, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu pemerhatian, ujian penilaian serta ujian pra dan pos. Pemerhatian telah dijalankan semasa setiap aktiviti intervensi dijalankan iaitu kitaran pertama dan kedua. Ujian penilaian dijalankan selepas setiap aktiviti intervensi. Ujian pra dan pos digunakan dalam melihat perbandingan sebelum dan selepas penggunaan kaedah Sound Story dalam kemahiran mengimprovisasi corak irama meter lazim empatan.

Page 158: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

308

5.2 Analisis Tinjauan Awal Instrumen mengenalpasti fokus kajian

Instrumen Cara Penganalisian

Pemerhatian Berstruktur

Kekerapan murid-murid dalam tingkah laku yang diperhatikan.

Ujian Diagnostik

(i) Terdiri daripada lapan soalan yang mewakili 100%

(ii) Senarai semak Tandakan / untuk murid-murid yang dapat dan X untuk murid-murid yang tidak dapat memainkan corak irama dengan alat perkusi.

(iii) Senarai semak Tandakan / untuk murid-murid yang dapat X untuk murid-murid yang tidak dapat mengimprovisasi corak irama sepanjang dua bar secara tepukan.

Instrumen pengumpulan data semasa aktiviti intervensi

Instrumen Cara Penganalisian

Pemerhatian Aspek-aspek tingkah laku yang ditentukan sebelum intervensi dijalankan.

Nota lapang mencatatkan tingkah laku murid-murid yang selain daripada aspek yang dinyatakan.

Ujian Penilaian Penggunaan peratus dan kekerapan murid-murid dalam mengimprovisasi

corak irama mengikut aspek yang ditentukan.

Ujian Pra/ Ujian Pos Penggunaan skor pemarkahan holistik yang mempunyai empat gred. A- Cemerlang : 76 - 100% B- Baik : 51 - 75% C- Memuaskan : 26 - 50% D- Lemah : 0 - 49%

5.3 Tindakan Menangani Masalah Pelaksanaan aktiviti intervensi kitaran 1 dan 2

Kitaran 1 Kitaran 2

1 Menghasilkan kesan-kesan bunyi dengan penggunaan bahan buangan melalui cerita yang ditayangkan.

1 Mengimprovisai corak irama yang sesuai dengan situasi yang diberikan dengan mengaitkan nilai not dan alat perkusi yang dipilih.

2 Menghasilkan kesan-kesan bunyi mengikut corak irama melalui klip video yang ditayangkan.

2 Mengimprovisasi corak irama yang diperdengarkan dengan permainan alat perkusi.

3 Mengimprovisasi corak irama yang terdapat dalam persembahan powerpoint dengan permainan alat perkusi.

4 Mengimprovisasi corak irama yang dimainkan oleh pengkaji dengan permainan alat perkusi.

Bilangan soalan betul

Jumlah soalan

X 100%

Page 159: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

309

0

5

10

15

20

AB

CD

Ujian Pra

Ujian Pos

5.4 Keputusan Kajian

Keputusan ujian pra dan pos dibanding beza dalam rajah 1 untuk memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid-murid dalam mengimprovisasi corak irama bermeter empatan. Daripada rajah di atas, peningkatan pencapaian dalam gred A dapat dilihat antara ujian pra dengan ujian pos. Manakala gred paling rendah iaitu gred D telah menurun daripada 11 orang murid-murid dalam ujian pra ke tiada seorang murid-murid dalam ujian pos. Berdasarkan rajah, gred yang semakan tinggi telah menunjukkan penambahan bilangan murid-murid dalam ujian pos berbanding dengan bilangan murid-murid dalam ujian pra. Gred yang semakin rendah pula menurun dari segi bilangan murid-murid antara ujian pra dengan ujian pos. 5.5 Rumusan Kajian

Hasil dapatan kajian yang didapati daripada pelaksanaan aktiviti intervensi dengan kaedah Sound Story menunjukkan peningkatan kemahiran mengimprovisasi murid-murid dalam corak irama dengan permainan alat perkusi. Dengan ini, pengkaji mendapat beberapa kajian untuk menyokong keputusan yang diperolehi. Kajian yang berkaitan ialah kajian Hargreaves D.J. (1999) yang menyatakan aktiviti improvisasi memerlukan murid-murid memberi tindak balas berdasarkan visual dan rangsangan audio. Selain itu, kajian Joao C.R. Cunha dan Sara Carvalho yang bertajuk ‘Experienced Emotions through the Orff-Schulwerk Approach in Music Education’ (2012) berpendapat dengan pelaksanaan aktiviti makmal muzik memberikan ruang yang luas kepada murid-murid dalam penciptaan.

5.6 Refleksi

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa penggunaan Sound Story yang menggabungkan visual dan audio meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama murid-murid Tahun 4. Ini merupakan kekuatan yang utama dalam kajian ini. Manakala kelemahan yang telah dikesan oleh pengkaji adalah dari segi cara dan langkah pelaksanaan dalam aktiviti intervensi. Kelemahan yang pertama adalah murid-murid tidak berpeluang untuk menggunakan semua jenis alat perkusi. Kelemahan yang kedua pula berkaitan dengan disiplin murid-murid semasa pelaksanaan aktiviti intervensi. Peranan pengkaji harus ditingkatkan dalam mengawal keadaan kelas dan disiplin murid-murid. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan aktiviti intervensi yang menggunakan kaedah Sound Story telah meningkatkan kemahiran mengimprovisasi corak irama dalam permainan alat perkusi, pengkaji mencadangkan untuk menggunakan kaedah Sound Story dalam pengajaran kemahiran mencipta corak irama. Kemahiran mencipta corak irama memerlukan murid-murid menuliskan penciptaan corak irama

Rajah 1. Perbandingan keputusan ujian pra dan pos

Page 160: MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF · PDF file151 mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid sindrom down dan adhd menggunakan kaedah pokok ganjaran oleh : muhammad tarmidzi

310

secara individu. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan melalui penggunaan Sound Story dalam tajuk mengimprovisasi melodi secara solfa. RUJUKAN Cunha, J. C. R., & Carvalho, S. (2012). Experienced Emotions through the Orff Schulwerk Approach

in Music Education- A Case Study Based on Flow Theory -. Dilayari pada 18 Mac 2014, dari http://icmpc-escom2012.web.auth.gr/sites/default/files/papers/234_Proc.pdf

Hargreaves, D. J. (1989). Development psychology and the arts. In D. J. Hargreaves (Ed). Children and the arts (pp. 3- 21). Milton Keynes: Open University Press

Hargreaves, D. J (1999). Developing musical creativity in the social world. Bulletin of the council for

Research in Music Education. 142, 22- 34

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Marsh (1970). Music in elementary classroom. New York: Wadsworth Publishing Company.