tugasan adhd jan 2013
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBSL1203
PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
JANUARI 2013
Nama : UMMI LAILA BT. MOHAMAD TAUHID
No. matrik : 740601086932001
No. Kad Pengenalan : 740601086932
No. Telefon : 017-9739005
Alamat E-Mail : [email protected]
Nama Tutor : RASIDAH BINTI ISMAIL
Learning Centre: OUM Cawangan Kuala Terengganu
SMP Ambilan January 2012
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti ADHD 4
2.1 Ciri-ciri Kanak-kanak Dengan ADHD 5
2.2 Penyebab ADHD 6
2.2.1 Faktor Generik
2.2.2 Faktor Neorobiologi
2.2.3 Faktor Persekitaran
2.3 Intervensi Awal Kanak-kanak ADHD 7
2.4 Peranan Guru dan Ibu Bapa 8
2.5 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 9
3.0 Sorotan kajian ADHD 10
3.1 Rawat Perilaku ADHD
3.2 Kepentingan Permakanan yang Betul
3.3 Rawatan
3.4 Terapi Permainan ‘Musical Carpet’
3.5 Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Tentang ADHD
4.0 Kesimpulan 14
Rujukan 15
Lampiran 16
Lampiran 1: Terapi Permainan ‘Musical Carpet’ 17
Lampiran 2: Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah 25
Lampiran 3: Anak Hiperaktif 35
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 2
1.0 PENGENALAN
Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti atau “Attention Deficit-hyperactivity
Disorder”(ADHD) sebenarnya sudah lama dikenali oleh masyarakat, tetapi dengan
istilah yang berbeza. Sejarah gangguan ADHD telah mendapat pelbagai pelabelan yang
memberi pelbagai pandangan tentang penyebab tetiologinya.
Menurut De Clerq (dalam Mulyono, 2003:10) berdasarkan terminologinya, dibahagi dua
kelompok. Pertama dengan istilah “Minimal Brain Damage” dan “Minimal Brain
Disfunction” yang menyatakan tentang penyebab gangguan. Terminologi kedua seperti
“Hyperkinetic Reactions of Childhood”, “Hyperkinetic Child Syndrome”, dan “Attention
Deficit Hyperactivity Disorder”.
Ada beberapa sejarah perkembangan munculnya ADHD, antara lain;
1. Pada tahun 1930 sampai 1960, gangguan ini dikenal oleh masyarakat dengan istilah
Minimal Brain Damage yang merujuk kepada kerosakan otak. Di mana masalah
hiperaktif, perhatian dan tumpuan menunjukkan luka otak yang jelas oleh Electro
Encepalo Grafi (EEG).
2. Pada tahun 1960, istilah Minimal Brain Damage diganti dengan Minimal Brain
Disfunction. Istilah ini merujuk kepada gangguan fungsi (disfunction). Hal ini
disebabkan bahagian-bahagian tertentu otak tidak berfungsi.
3. Pada tahun 1960 sampai 1969, gangguan ini lebih ditekankan pada hiperaktiviti, dan
istilah rasmi yang dicantumkan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental
Disorders – II (DSM-II), iaitu Hyperkinetic Reactions of Childhood Syndrome.
4. Sejak tahun1970, perhatian dan impulsif ditekankan sehingga DSM-III (1980) yang
dikeluarkan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah
Attention Deficit Disorder (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu
sama ada keadaan ini wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. Istilah ini
didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini beberapa tahun
kemudian dan dikenali sebagai Attention Deficit-hyperactivity Disorder (ADHD).
Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM –IV(1987). Walaupun terdapat ibu
bapa dan profesional yang menggunakan istilah ADD, namun istilah terkini yang
paling tepat digunakan adalah ADHD.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 3
2.0 DEFINISI MASALAH KURANG TUMPUAN HIPERAKTIVITI (ADHD)
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau kekurangupayaan
hiperaktif dan kurang tumpuan adalah sejenis keadaan neurologi yang melibatkan
masalah tumpuan dan keaktifan impulsif yang berkembang secara tidak konsisten dengan
umur kanak-kanak. Masalah ini melibatkan kegagalan perkembangan fungsi penting otak
yang mengawal kawalan dan limitasi diri. Kehilangan kawalatur kendiri ini mengganggu
fungsi otak lain yang penting untuk mengimbangi perhatian termasuk kebolehan untuk
membezakan ganjaran serta merta atau ganjaran terkemudian (Barkley, 1998).
Mengikut Kamus Dewan edisi Keempat, ADHD merupakan sifat kanak-kanak yang
terlampau cergas atau aktif pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut
sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan
proses keseimbangan, pergerakaan dan manipulasi. Keseimbangan yang merujuk
kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan
graviti. Pergerakan ini berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Manakala
manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya
(Scrib, 2010).
Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan
psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun. ADHD
merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan atau hiperaktiviti-impulsif
yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-
tahap perkembangannya. Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh Persatuan
Psikologi Amerika (Marilyn Friend, 2005), iaitu ADHD kurang tumpuan, ADHD
hiperaktif impulsif dan ADHD gabungan.
Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif dengan
mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada
seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi
tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd Faldz Hj
Ibrahim, 2007).
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 4
2.1 CIRI-CIRI KANAK-KANAK DENGAN ADHD
Salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak ialah
ADHD(Barkley, 1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Stastik tentang
Kecelaruan Mental edisi ke IV (DSM-IV) yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatri
Amerika, kecelaruan ini wujud dalam salah satu atau kesemua tiga ciri, iaitu
hiperaktiviti, kesukaran memberi tumpuan dan kelakuan impusif.
Keadaan hiperaktiviti memperlihatkan kanak-kanak yang kerap mengerakkan tangan
atau kaki, sering meninggalkan tempat duduk ketika di kelas atau situasi lain yang
mengkehendaki duduk diam, selalu berjalan, berlari ke situ ke sini atau memanjat secara
melampau dalam situasi yang tidak sesuai dan sering bergerak cergas atau kerap
bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”.
DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran memberi tumpuan umumnya
merujuk kepada kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti permainan,
gagal memberi tumpun yang teliti terhadap perkara yang rumit serta membuat kesilapan
atau cuai semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Tumpuan pelajar
ADHD juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan menjadi
mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia.
Sementara kelakuan impulsif individu yang mengalami ADHD menunjukkan tingkah
laku mereka yang tidak berfikir sebelum bertindak seperti selalu memberi jawapan
sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar dan menghadapi masalah ketika
menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan orang lain, sering
membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
Kebanyakan individu yang mengalami ADHD mempunyai kedua-dua ciri kesukaran
memberi tumpuan dan hiperaktiviti-impulsif, namun juga terdapat individu yang lebih
ketara pada ciri tertentu.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 5
2.2 PENYEBAB ADHD
Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya
masalah ADHD di kalangan kanak-kanak sama ada biologi seperti masalah neorobiologi
dan genetik (Bower, 2003; National Institute of Mental Health, 2003; The National
Resource Center on ADHD, 2003). Walaubagaimana pun, faktor persekitaran
mempengaruhi tahap keseriusan kecelaruan yang dihadapi.
2.2.1 Faktor genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan
yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku ADHD. Dalam hal ini, individu
dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam kelurganya.
Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi
masalah ADHD.
2.2.2 Faktor neurobiologi
Ahli sains mendapati mendapati perbezaan fungsi otak, dimana tiga bahagian
otak iaitu cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada
individu dengan ADHD berbanding individu lain. Khususnya bagi kanak-kanak dan
orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas
terhadap ransangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
Faktor bahan kimia yang terdapat di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter
yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada
bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak
individu dengan ADHD.
2.2.3 Faktor Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor neurobiologi dan genetik
merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai
penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya
kanak-kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 6
peraturan yang jelas akan berkemungkianan besar menunjukkkan ciri-ciri ADHD yang
ringan.
Dalam hal kecederaan otak, mungkin terjadi semasa tempoh pranatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu yang seterusnya
mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah ADHD ( Norman
Supadma, 2009). Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan
oksigen seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan
dengan persalinan yang normal. Hal ini seterusnya akan menganggu perkembangan bayi
dan apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah ADHD.
2.3 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK ADHD
Gabungan usaha pendidikan, perkembangan kemahiran, penjagaan diri, interaksi
sosial dan sokongan keluarga yang boleh dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan
ADHD dikenalpasti dengan :
2.3.1 Terapi Tingkah Laku
Kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan mengorganisasi diri mereka dengan
penjadualan. Memastikan kanak-kanak ini melakukan perkara yang sama sejak mereka
bangun hingga tidur malam. Penjadualan tersebut dapat mengekalkan kebiasaan aktiviti-
aktiviti harian supaya murid ADHD dapat menjangkakan perkara yang patut dilakukan pada
setiap hari.
Kanak-kanak ADHD memerlukan peraturan yang ketat dan konsisten serta mudah diikuti.
Contohnya, memastikan mereka meletakkan barang seperti permainan, buku di tempat yang
ditetapkan. Sekiranya, peraturan dipatuhi, kanak-kanak berkenaan perlu diberi ganjaran
seperti pujian.
Seterusnya kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan penyusunan tugasan. Galakkan kanak-
kanak ADHD mencatatkan atau menulis tugas-tugas yang perlu dilakukan.
2.3.2 Psikoterapi
Psikoterapi membantu kanak-kanak ADHD menerima masalah yang dihadapi dan
mengambil tindakan untuk mengurangkan kesannya. Kanak-kanak berbincang bersama
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 7
therapist tentang pemikiran dan perasaan yang ada pada diri mereka. Mereka dibawa
memahami diri sendiri dan bagaimana mereka dapat mengatasi masalah yang di hadapi.
Tujuan ini ialah untuk mencari jalan lain mengurus emosi dan perasaan mereka.
2.3.3 Latihan Kemahiran Sosial
Latihan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari tingkah laku atau kelakuan
baru. Seorang therapist akan berbincang dan cuba model tingkah laku yang memadai atau
sesuai untuk mengekal hubungan sosial yang baik. Antara tingkah laku berkenaan ;
menunggu mengikut giliran, berkongsi barang permainan, meminta pertolongan dan
sebagainya. Dalam program latihan kemahiran sosial kanak-kanak diajar bagaimana ‘
membaca’ gerak-geri badan dan intonasi suara orang lain sebagai tanda sesuatu tingkah laku
dan cara bertindak. Latihan kemahiran sosial penting untuk membantu kanak-kanak mencari
jalan bercampur gaul dan bermain dengan kanak-kanak lain.
2.4 PERANAN GURU DAN IBU BAPA
Bagi menangani kanak-kanak ADHD, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas
tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku dapat membantu guru mengawal dan
membentuk tingkah laku murid ADHD-nya. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat
penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting tentang anak
mereka, ini membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan keluarga merupakan pendidikan yang pertama, oleh kerana itu ibu bapa adalah
pendidik yang pertama, di mana diletakkan dasar-dasar pandangan hidup dan pembentukkan
peribadi anak. Justeru itu, ibu bapa hendaklah menerima hakikat bahawa kemungkinan anak
tidak akan mencapai tahap prestasi akademik seperti kanak-kanak biasa setelah anak
didiagnosis ADHD. Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya dapat
mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. Di antara kemahiran yang perlu
dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti membina peraturan disiplin yang berkesan, bagaimana
menetapkan jangkaan dan hadnya, pengurusan tingkah laku, membina strategi untuk
menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus
perasaan marah dan juga tekanan. Bureau on Learning Disabilities (BOLD) di dalam naskah
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 8
maklumatnya telah memberikan prinsip-prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak mereka.
Ibu bapa dan guru hendaklah memberi sokongan motivasi seperti memberi pujian dan
ganjaran apabila mereka dapat membuat sesuatu tugasan dengan baik. Ini dapat membantu
kenyakinan diri kanak-kanak ADHD ini. Ibu bapa dan guru juga harus membantu pelajar
ADHD ini mencungkil bakat yang terpendam seperti bermain alat muzik, bersukan dan
sebagainya serta menentukan satu matlamat yang realistik kepada kanak-kanak ini.
Kesabaran yang tinggi diperlukan oleh ibu bapa dan guru dalam mendidik kanak-kanak
ADHD dengan berulang kali dan sikap yang bijaksana diperlukan dari semua pihak,
khususnya ibu bapa. Guru dan ibu bapa hendaklah berusaha memahami keadaannya dan
membimbingnya dalam melakukan aktiviti.
2.5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perhatian yang lebih dari ibu bapa dan guru amat diperlukan dalam menangani
kanak-kanak ADHD supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah pendekatan diagnosis
yang memerlukan guru mengenal pasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa
dengan membuat pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku sama ada di sekolah
dan di rumah. Dalam pendekatan diagnosis, guru hendaklah memberi perhatian yang lebih
terhadap kanak-kanak ADHD. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut sentiasa dalam
perhatian guru dengan meletakkan tempat duduknya berdekatan dengan meja guru, dibarisan
hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Guru juga digalakkan untuk
memberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih
tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2008)
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan
konstruktivisme sosial seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan
sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat
mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran.
Selain daripada itu juga, minda para pelajar yang ADHD ini mampu berkembang
melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu
memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi
yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang ADHD ini.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 9
Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan mempunyai potensi untuk berkembang seperti kanak-
kanak lain melalui intervensi pengajaran yang berkesan. Di antara intervensi pengajaran yang
berkesan ialah mengajar menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan banyak
contoh, ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep dan menggunakan kaedah pelbagai
sensori dalam pengajaran. Pengajaran hendaklah di bahagikan kepada langkah-langkah kecil
dan disampaikan langkah demi langkah. Arahan yang diberi hendaklah jelas, ringkas dan
lengkap. Meminta murid mengulang arahan yang diberikan. Guru juga perlu sentiasa
memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu maklumat. Aktiviti
pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil
bahagian secara aktif.
3.O SOROTAN KAJIAN ADHD
Anak adalah permata hati, kurniaan, anugerah dan amanah yang diberi kepada ibu
bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak. Namun begitu, bagaimanakah jika kita
dikurniakan anak bermasalah? Isu yang ingin saya ketengahkan ialah cara menangani ADHD
oleh ibu bapa dan guru.
3.1 Rawat perilaku ADHD
Isu Anak Hiperaktif ( Berita Harian, 02 Februari 2013 ) menyatakan kaedah
rawatan dan cara menangani tingkah laku ADHD dengan menggunakan kaedah
pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul
dengan kanak-kanak lebih muda. Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini
memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya
di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang
lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak
disayangi. Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak
ini bertindak di luar kawalan.
Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri
sendiri. Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya
sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanak-kanak ADHD mudah
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 10
meniru pelakuan ibu bapanya. Lazimnya, kanak-kanak ADHD melakukan sesuatu tanpa
memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain
bersendirian. Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga
mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang
terbaik buat mereka.
3.2 Kepentingan permakanan yang betul
Isu Anak Hiperaktif ( Berita Harian, 02 Februari 2013 ) menyatakan pemakanan
yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk
tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran
meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika
keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara
mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah
laku ADHD, tenaga berkurangan dan penyakit.
Mengikut kajian untuk mengatasi masalah pelajar ADHD adalah ibu bapa perlu menjaga
aspek pemakanan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah
laku ADHD ini, ibu bapa perlu membekalkan segala keperluan makanan yang seimbang
dalam hidangan anak-anak mereka. Vitamin B membantu membuka tenaga dalam
glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan
perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan. Tiada
sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan. Oleh itu,
kepelbagaian makanan berkhasiat adalah penting (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2008).
3.3 Rawatan
Berdasarkan cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-
ubatan boleh menurunkan kadar ADHD dan membantu mereka untuk belajar dengan
lebih baik. ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal ( Berita Harian, 02 Februari
2013 ). Rawatan ADHD dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi.
Amat penting memilih rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini.
Susulan rawatan yang terancang sangat membantu kembali normal. Segala maklumat
perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu
sendiri.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 11
Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba,
manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain
adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya.
Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom
ADHD.
Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan
apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan
yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada perubahan
yang berlaku.
Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Ubat-
ubatan boleh menurunkan kadar ADHD dan membantu mereka untuk belajar dengan
lebih baik. Ubat ini mengawal masalah ini untuk jangka masa yang panjang dan selamat
untuk digunakan. Ia disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas.
Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun
ubat ini mempunyai kesan sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan,
hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu
mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya perlu sentiasa dipantau.
3.4 Terapi permainan ‘Musical Carpet’
Mengikut kajian dalam jurnal ‘Terapi Musical Carpet Dalam Menangani
Masalah Murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder’( Fatin Md. Ghazali & Maznah
Madu, 2012), kajian ini, berjaya membuktikan bahawa terapi permainan ‘Musical
Carpet’ merupakan satu kaedah yang boleh digunapakai kerana ia membantu dalam
mengurangkan masalah ADHD dan dapat meningkatkan penglibatan murid ADHD di
dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.
Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Woo Pei Jun ( 2011 ), iaitu penglibatan
dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD memberi
penumpuan yang lebih baik, bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak
lain dan meningkatkan kenyakinan diri.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 12
3.5 Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah Tentang ADHD
Melalui kajian dalam jurnal ‘Pengetahuan Guru Bimbingan Sekolah Rendah
Tentang Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD)’( Chong Siew
Hiong & Rusnani Abdul Kadir, 2003), menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan
tentang ADHD yang rendah. Ini akan menyebabkan guru bimbingan tidak dapat
memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Malahan guru bimbingan juga gagal sebagai
pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di sekolahnya.
Oleh sebab itu, pelbagai kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja
hendaklah diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan guru bimbingan dan
kaunseling sama ada dalam latihan sebelum perkhidmatan dan kursus dalam
perkhidmatan.
Guru bimbingan, yang merupakan personel utama untuk menjaga kesihatan mental
kanak-kanak di sekolah. Melalui kempen Cara Hidup Sihat oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia telah merancang strategi tertentu untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
Ini bermakna, guru bimbingan mesti diperlengkapkan dengan ilmu dalam bidang
kesihatan fizikal dan mental. Seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kanak-kanak
ADHD boleh membesar dan mencapai kehidupan yang produktif jika mereka dibantu
secukupnya dengan penuh perhatian, kefahaman dan mendapat perkhidmatan kesihatan
mental yang wajar.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 13
4.0 KESIMPULAN
Kanak-kanak dengan ADHD adalah boleh dididik dan mempunyai potensi untuk
berkembang seperti kanak-kanak lain. Malah ada kanak-kanak dengan ADHD yang
menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran dan kerjaya mereka.
Sekiranya ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka dapat
mengambil tindakan awal dengan mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang
mempamerkan ciri-ciri tersebut. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai
institusi yang berkenaan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Tahap
pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada
kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Ini kerana ibu bapa
merupakan individu yang paling akrab dan signifikan kepada kanak-kanak dan penglibatan
ibu bapa mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah.
Ibu bapa perlu berhati-hati dalam menilai anak-anak supaya andaian yang dilakukan adalah
betul. Oleh itu, ibu bapa hendaklah merujuk doktor atau pakar kanak-kanak untuk melakukan
penilaian bagi menentukan sama ada anak-anak tersebut dikategorikan sebagai ADHD atau
tidak.
Ibu bapa seharusnya membimbing anak-anak dan memberikan garis panduan supaya mereka
dapat menguruskan diri sendiri dengan baik walaupun dalam keadaan ADHD. Kanak-kanak
ADHD ini memerlukan sokongan dan bantuan ibu bapa, guru, doktor dan masyarakat
sekeliling. Rawatan dan terapi yang dilakukan ke atas kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat
membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
( 3064 patah perkataan)
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 14
RUJUKAN
Amy Vierhile, A. R.-K. 2009, February. Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder in
Children and Adolescents : Closing Diagnostic, Communication, and Treatment.
Retrieved February 12, 2013, from Journal of Pediatric Health Care:
http://www.jpedhc.org
Awang Had Salleh. 1980. Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Chong Siew Hiong dan Rusnani Abdul Kadir, 2003. Pengetahuan Guru Besar Sekolah
Rendah Tentang Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD). Jurnal
Pendidikan. Diperolehi pada 2 Februari 2013 daripada
http://myais.fsktm.um.edu.my/5220/
Fatin Md Ghazali. 2012, Terapi Permainan ‘Musical Carpet’ Dalam Menangani Masalah
Murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Diperolehi pada 2 Februari 2013
daripada http://ojs.cakna.net/index.php/ar/article/view/685/682
Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). 2010a. Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep,
Cabaran dan Pelaksanaan. Putra Jaya: KPM
MAZNAN, S. S. 2007, April 22. ADHD dewasa pun ada. Mingguan Malaysia
Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Nadia Tahir, 2013, Ferbruari 2, Anak Hiperaktif. Berita Harian. Diperolehi pada 10 Februari
2013 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakhiperaktif/Article/
Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid et al .2011. HBEF1503
Masyarakat dan Tamadun. Seri Kembangan: Open Universiti Malaysia.
Rief, S. F. 2007. Bagaimana Mendekati dan Mendidik kanak-kanak ADD / ADHD. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Wan Abdul Halim Othman. 2008. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan
Dasar USM (Universiti Sains Malaysia).
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 15
Lampiran 1
TERAPI PERMAINAN ‘MUSICAL CARPET’ DALAM MENANGANI
MASALAH MURID ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
DISORDER
Oleh :
Fatin binti Md. Ghazali & Maznah bte Madu
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
ADHD atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan merupakan masalah biologi dan merujuk kepada gangguan kurang daya tumpuan. Daya tumpuan merupakan aspek yang penting dalam pengajaran kerana melaluinya murid dapat menerimamanfaat daripada pengajaran yang disampaikan. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD dan meningkatkan penglibatan murid ADHD dengan menggunakan Terapi Permainan ‘Musical Carpet‘. Seramai 3 responden dari murid kelas PK 3 Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu telah dipilih menjadi responden kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah, pemerhatian berstruktur, analisis dokumen ( video ) dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan tingkah laku masalah penumpuan dalam kalangan murid ADHD menerusi pengurangan kekerapan berlakunya tingkah laku masalah di antara responden yang dipilih sepanjang sesi rawatan menggunakan terapi permainan ‘Musical Carpet ‘. Hasil analisis pemerhatian berstruktur dan temubual mendapati penglibatan murid sepanjang sesi rawatan menggunakan terapi permainan ‘ Musical Carpet ‘ lebih aktif di dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai cadangan dikemukakan bagi kajian lanjutan.
Kata kunci : Kajian Tindakan, Terapi Permainan Musical Carpet, ADHD, Masalah Tingkah Laku Penumpuan, Penglibatan
PENGENALAN
Attention Deficit Hyperactivity Disorder ( ADHD ) atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti merupakan satu keadaan seseorang itu sukar untuk duduk diam, mengawal tingkah lakunya dan menumpukan perhatian ( Mingguan Malaysia, 22 April 2007 ). Sindrom hiperaktiviti dan ‘ minimal brain dysfunction ‘ merupakan sindrom yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ADHD. Terdapat tiga criteria ADHD iaitu, tidak memberi tumpuan, impulsif dan hiperaktif.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 17
Kanak-kanak yang tergolong dalam masalah ADHD ini sering bermasalah di dalam pembelajaran kerana mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika di dalam kelas dan sering dianggap sebagai pengganggu oleh rakan-rakan yang lain. Justeru, pendekatan yang sistematik dan menjurus perlu diaplikasikan dalam menyampaikan pengajaran dan memodifikasikan tingkah laku kanak-kanak ADHD ini.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sepanjang menjalani praktikum di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ), Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 selama tiga bulan, pengkaji menghadapi masalah dalam mengekalkan minat murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran khususnya murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Murid-murid akan mudah hilang fokus dan tidak memberikan penumpuan pada pengajaran pengkaji serta melakukan sesuatu tingkah laku yang mengganggu pengkaji dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk belajar.
Tingkah laku murid juga sering menimbulkan permasalahan kepada pengkaji di mana mereka sering bertingkah laku distruptif di dalam kelas dan mempamerkan tingkah laku yang tidak memberikan penumpuan kepada pengajaran pengkaji. Sebagai contoh, murid tidak dapat duduk setempat dalam kadar yang lama ketika belajar di dalam kelas kerana tertarik dengan aktiviti atau benda lain di persekitaran kelas mereka. Selain daripada itu, ada juga murid yang sering bercakap sesuatu yang tidak dijangka dan di luar topik atau pembicaraan semasa. Bagi murid ADHD, mereka akan kelihatan gelisah ketika berada lama dalam sesi pembelajaran dan pengajaran serta sering mengganggu rakan-rakan yang lain ketika berada di dalam kelas. Murid tersebut seringkali menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat dan cuai. Tugasan yang dibuat tidak kemas dan terdapat banyak kesalahan di dalamnya kerana murid tersebut hanya mahu menyiapkan tugasan dengan segera supaya mereka boleh bermain di dalam kelas atau mengganggu rakan-rakan yang lain.
Fokus Kajian
Kajian ini berfokuskan kepada terapi permainan ‘ Musical carpet ‘ dalam menangani masalah murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Ia menjurus kepada modifikasi tingkah laku penumpuan murid ADHD dan strategi penyelesaian masalah untuk pengkaji yang mengalami masalah dalam mengurus dan mengawal Murid ADHD khusunya semasa sesi P&P dijalankan. Masalah tingkah laku responden harus dibendung supaya pengawalan kelas dan kelancaran proses P&P juga dapat diperbaiki.
METODOLOGI
Kajian ini telah dijalankan kepada murid pendidikan khas di PPKIBP Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu. Namun, tumpuan diberikan kepada tiga orang murid yang telah dikenalpasti melalui pemerhatian dan temubual di mana murid ini sering mempamerkan tingkah laku masalah penumpuan ketika di dalam kelas. Murid-murid ini terdiri daripada murid ADHD iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 18
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji memungut data dengan menggunakan beberapa kaedah seperti analisis dokumen ( video ), pemerhatian dan temubual. Manakala instrumen yang digunakan ialah senarai semak video dan pemerhatian.
Bagi kajian ini pengkaji telah menggunakan model kajian yang telah disarankan oleh Kemmis & McTaggart ( 1988 ). Berdasarkan model kajian ini terdapat empat langkah utaman yang digunakan iaitu, mereflek ( Reflect ), merancang ( Plan ), bertindak (Action) dan memerhati ( Observe ).
Rajah 1 : Prosedur Kajian Tindakan Berpandukan Model Kemmis & McTaggart ( 1988 )
Untuk menjawab persolan (i), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan menggunakan senarai semak bagi melihat tingkah laku masalah penumpuan ketiga-tiga responden sebelum dan semasa terapi permainan ‘Musical Carpet‘ dijalankan. Daripada senarai semak tersebut, data yang diperolehi dianalasis ke dalam entuk jadual.
i. Adakah terapi permainan ‘muzical carpet ‘ boleh mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan bagi murid ADHD ?
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 19
MEREFLEK
- Pemerhatian sepanjang PdP dan temubual
- Murid mudah hilang fokus
- Tidak memberi penumpuan terhadap pengajaran guru
MEREFLEK
- Pemerhatian sepanjang PdP dan temubual
- Murid mudah hilang fokus
- Tidak memberi penumpuan terhadap pengajaran guru
MEMERHATI
+ Instrumen : Anlisis Dokumen, Rakaman Video, Pemerhatian Berstruktur & Temu bual
+ Hasil pemerhatian : Dapatan Kajian
MERANCANG
+ Prosedur perlaksanaan aktiviti
+ Tempoh masa
+ Bahan yang diperlukan
BERTINDAK
+ Melaksanakan terapi permainan ‘Musical Carpet’
+ 4X, 10–15 minit
+ Menjalankan pemerhatian
Jadual 1 : Pengurangan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD
RESPONDEN (R) / RAWATAN (T) BT T1 T2 T3 T4R1 18 14 4 4 2R2 13 11 8 3 1R3 15 13 9 4 2
Jumlah 46 38 21 11 5
Berdasarkan jadual 1, jumlah pengurangan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD dalam kalangan responden dianalisis dengan lebih terperinci dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk graf.
B T T 1 T 2 T 3 T 40
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
Masalah tingkah laku penumpuan
Masalah tingkah laku penumpuan
Rajah 2 : Graf Pengurangan Masalah Tingkah Laku Penumpuan Murid ADHD
Berdasarkan rajah, dapatlah dilihat berlaku pengurangan bagi tingkah laku masalah penumpuan dalam ketiga-tiga responden apabila dicampurkan kesemua tingkah laku bagi setiap rawatan. Kekerapan tingkah laku penumpuan terjadi semakin berkurang dari rawatan ke rawatan yang dijalankan. Melalui analisis senarai semak berdasarkan video ini, dapatlah dilihat bahawa terapi permainan ‘ Musical Carpet ‘ berjaya dalam mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan murid ADHD
Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Woo Pei Jun ( 2011 ), iaitu penglibatan dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD mengembangkan
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 20
penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain.
Untuk menjawab persolan (ii), pengkaji telah menganalisis dokumen dengan menggunakan kaedah pemerhatian . Instrumen yang digunakan ialah senarai semak.
ii. Adakah terapi permainan ‘Musical Carpet ‘ boleh meningkatkan penglibatan
murid?
Jadual 2 : Perbezaan Peratus Penglibatan Kaedah Tradisional Dan Terapi Permainan
ITEM PENGLIBATAN AKTIF MURID
PERATUS PENGLIBATAN (%) PERATUS PENINGKATAN (%)KAEDAH
TRADISIONALAKTIVITI TERAPI
PERMAINANMurid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ketika beraktiviti
33.33 100 66.67
Murid mengikuti arahan guru
33.33 100 66.67
Murid memberi respon terhadap guru
66.67 100 33.33
Murid mengemukakan soalan ketika beraktiviti
- 33 67
Interaksi murid dengan murid
33.33 66.67 33.34
Interaksi murid dengan guru
66.67 100 33.33
Interaksi murid dengan bahan
100 100 -
Dapatan analisis pemerhatian melalui senarai semak mendapat, peratus penglibatan responden meningkat dari kaedah tradisional kepada terapi permainan. Berdasarkan tujuh item yang digunakan, enam item mencatatkan peningkatan penglibatan dalam kalangan responden. Item interaksi murid dengan bahan mencatatkan peratus penglibatan yang sama kerana murid pendidikan khas memerlukan pengajaran menggunakan bahan konkrit agar memudahkan mereka untuk memahami sesuatu.
Temubual
Hasil temubual bersama responden mendapati terapi permainan ‘Musical Carpet’ diminati oleh responden dan responden ingin mengulangi permainan ini di masa akan datang. Ini dapat dilihat melalui hasil temubual berikut :
Pengkaji : Seronok tak kita bermain hari ini ?
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 21
Responden 1 : Seronok
Responden 2 : Seronok cikgu..Best..Best..
Responden 3 : Best
Pengkaji ; Kenapa seronok main permainan ini ?
Responden 1 : Sebab ada kipas, api, komputer, laptop
Responden 2 : Sebab main dengan kawan-kawan, ramai kawan-kawan
Responden 3 : Best
Pengkaji : Nak main lagi tak permainan ini ?
Responden 1 : Nak
Responden 2 : Nak
Responden 3 : Nak, nak main esok
Daripada pernyataan ini, menunjukkan bahawa ketiga-tiga responden berminat dengan terapi permainan yang dijalankan dan ingin melibatkan diri pada masa akan datang.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kajian ini berjaya membuktikan bahawa terapi permainan ‘ Musical Carpet ‘ merupakan satu kaedah yang boleh digunapakai kerana ia membanu dalam mengurangkan masalah tingkah laku penumpuan dalam kalangan responden. Kajian ini juga membantu pengkaji dalam meningkatkan penglibatan responden menerusi terapi permainan yang dijalankan. tingkah laku penumpuan responden semakin berkurang dan responden dapat memberikan tumpuan sehingga tamat sesi terapi permainan dijalankan.
Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian akan datang. Penggunaan Terapi Permainan ‘ musical Carpet ‘ boleh juga diaplikasikan bagi pelbagai masalah lain yang berlaku di dalam bilik darjah serta dalam subjek atau topic pengajaran yang lain seperti bahasa Melayu, Matematik dan bahasa Inggeris. Selain itu, pengkaji juga boleh mempelbagaikan bentuk token. Ini bertujuan untuk menarik minat murid.
Di samping itu, pengkaji juga boleh menambah bilangan sampel dan memilih sampel kajian yang terdiri daripada pelbagai kategori pendidikan khas kerana kajian ini hanya melibatkan 3 orang responden ADHD. Pengkaji seterusnya boleh mengaplikasikan terapi permainan ‘ Musical Carpet’ kepada murid-murid pendidikan khas yang lain bagi melihat keberkesanan kaedah ini. Penggunaan instrumen pengumpualan data yang pelbagai seperti rekod anekdot dan catatan nota lapangan juga boleh digunakan oleh pengkaji untuk cadangan kajian masa depan.
Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini berjaya membantu murid ADHD dalam mengurangkan tingkah laku penumpuan mereka sekaligus meningkatkan penglibatan mereka
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 22
ketika beraktiviti. Namun, kajian ini boleh diberi penambahbaikan dan diperluaskan lagi bagi melihat keberkesanan terapi permainan ‘ Musical Carpet ‘ dalam pelbagai aspek. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada pengkaji seterusnya dalam melaksanakan kajian serta menjadi titik permulaan kepada mereka untuk menghasilkan kajian yang lebih baik.
SENARAI RUJUKAN
Abu, S. b. (n.d.). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Jurnal Pendidikan .
Abu, S. (2008). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Amy Vierhile, A. R.-K. (2009, February). Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder in Children and Adolescents : Closing Diagnostic, Communication, and Treatment.Retrieved February 2, 2012, from Journal of Pediatric Health Care: http://www.jpedhc.org
Azura. (2010, November 8). Mengembangkan/meningkatkan daya tumpuan yang teristimewa. Retrieved Februari 2, 2012, from Yang Teristimewa: http://http://yang-teristimewa.blogspot.com
Bella, M. L. (2012, feb 10). The Importance of Movement. Retrieved feb 12, 2012, from MusicTherapyTunes: http://www.musictherapytunes.com
Brewer, C. (2005). Music and Positive Mood Management in the classroom. Retrieved february 5, 2012, from MusicandLearning: http://www.musicandlearning.com
Daniel P. Hallahan, J. M. (2006). Cases for reflection and analysis for exceptional learners: introduction to special education. United Kingdom: Pearson.
Frank Caplan, T. C. (1973). The Power Of Play. New York: Creative Playthings, Inc.
Ibrahim, A. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor , 1-13.
Jabatan Pendidikan Khas, K. P. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jannette McMenamy, C. S. (2009, 8 8). Early Intervention in Pediatrics Offices forEmerging Distruptive Behavior in Toddlers. Retrieved feb 2, 2012, from www.jpedhc.com
Jensen, E. (2002). Implementing Music in The Classroom . Retrieved feb 4, 2012, from MusicandLearning: http://www.MusicAndLearning.com
Kamus Dewan. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 23
Mahraj, T. C.-S. (2004, September). Using Nonpharmacological Treatment in Conjunction with Stimulant Medications for Children with ADHD. Journal of Pediatric Health Care , 255- 259.
MAZNAN, S. S. (2007, April 22). ADHD dewasa pun ada. Mingguan Malaysia .Mohamed, J. K. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Musfiroh, T. (2004). Pintar Cerdas melalui Bermain. Selangor: Percetakan Adiwarna Utama.
Nor, M. M. (n.d.). Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan .
Rief, S. F. (2007). Bagaimana Mendekati dan Mendidik kanak-kanak ADD / ADHD.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sharifah Nor Puteh, A. A. (2011). Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 1-15.
Summase, L. b. (2009). Belajar sambil Bermain. Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 92-
101.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 24
Lampiran 2
Jurnal Pendidikan 2003,Universiti Malaya 5
PENGETAHUAN GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH TENTANGGANGGUAN HIPERAKTIVITI DAN KURANG DAYA TUMPUAN (ADHD)
Chong Siew HiongRusnani Abdul Kadir
ABSTRACT
This study explores the knowledge level of guidance teachers on AttentionDeficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) by using Knowledge of Attention Deficit Disorders Scale - Revised (KADDS-R) as the instrument of the study. The Scale contains four subscales: (i) DSM IV Diagnosis, (ii) Treatment, (iii) Associated Features, and (iv) Negative Indicators. Ninety-nine guidance teachers in one of the districts in Selangor completed the questionnaires. Based on the KADDS-R total score, the results showed thatthe knowledge level ofrespondents onADHD was very low (M= 9.11, SD = 4.35). Of the four subscales, the knowledge level on DSM IV Diagnosis subscale was highest.
PENGENALAN
Semasa kita bersekolah dahulu, ramai daripada kita mempunyai memori tentang kanak-kanak "jahat" yang tidak mendengar cakap guru, yang sering mengganggu kelas, kerap meninggalkan tempat duduk, membuat kacau dalam kelas, kerap tidak menyiapkan kerja sekolah, atau bergaduh dengan pelajar lain.Kecenderungan kita biasanya mensabitkan kelakuan kanak-kanak yang demikian kepada kekurangan disiplin atau kekurangan asuhan keluarga seperti kanak-kanak itu didera, terlalu dimanja, atau kanak-kanak itu hanya mahukan perhatian semata-mata. Bagaimana pun, label sebegini boleh tersilap kerana sebahagian daripada kanak-kanak berkenaan mungkin mengalami Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD).
Takrif ADHD
ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley,1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang Kecelaruan Mental edisi ke-IV (DSM-IV) keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini dipamerkan dalam salah satu atau kesemua tiga aspek,iaitu kesukaran dalam memfokus tumpuan, kelakuan impulsif dan hiperaktiviti. Dan simptom berkenaan diperlihatkan dalam situasi akademik, pekerjaan, atau sosial.
DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran memfokus umumnya merujuk kepada kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti permainan, tidak dapat memberi tumpuan yang teliti kepada butir terperinci, cuai semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain, gagal menghabiskan kerja sekolah dan kerja rumah, dan selalu kehilangan barang yang perlu untuk tugasan atau aktiviti (misalnya alat permainan, tugasan sekolah, pensil, atau peralatan).
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 25
Keadaan hiperaktiviti pula mungkin diperlihatkan dengan kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas atau situasi lain yang menghendaki duduk diam, kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap, selalu berlari ke sana ke mari atau memanjat secara melampau dalam situasi yang tidak sesuai, sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah "digerakkan oleh motor."
Sementara kelakuan impulsif individu yang mengalami ADHD diperlihatkan melaluiketidaksabaran dan kesukaran menangguhkan reaksi, selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, sering menghadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain, gagal mendengar arahan, mencekau barang daripada orang lain, menyentuh benda yang tidak seharusnya disentuh, dan sering membuat lawakjenaka. Mereka yang mengalamiADHD juga dihantui kemalangan akibat daripada ke1akuan impulsif, dan mudah melibatkan diri dengan aktiviti merbahaya tanpa mempertimbangkan akibatnya.
Kebanyakan individu yang mengalami ADHD mempunyai kedua-dua simptom kesukaran memfokus perhatian dan hiperaktiviti-impulsif, namun juga terdapat individu yang lebih ketara padasimptom tertentu.
Mengikut DSM-IV (APA, 1994), untuk melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD, simptom terse but mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-kurangnya duaseting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000),diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana: (1) banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain; (2) ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan psikiatri yang lain, dan (3) kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting, pengasuh, dan kerumitan tugasan.
Setakat ini, punca ADHD tidak diketahui dengan pasti, tetapi semakin banyak dapatan kajian mengesyorkan bahawa ADHD tidak berpunca dari persekitaran rumah seperti faktor psikososial dan kaedah pengasuhan, tetapi sebaliknya dicetuskan oleh punca biologi seperti masalah neurologi dan genetik (Bower, 2003; National Institute of Mental Health, 2003; The National Resource Center onAD/HD, 2003). Walau bagaimana pun, faktor persekitaran mempengaruhi tahap keseriusan kecelaruan yang dihadapi.
Bantuan untuk Kanak-kanak ADHD
Seperti kanak-kanak kurang kemampuan yang lain, kanak-kanak yang mengalami ADHD boleh membesar dan mencapai kehidupan yang produktif jika mereka dibantu secukupnya dengan penuh kefahaman,perhatian, dan mendapat perkhidmatan kesihatan mental yang wajar. Dalam hal ini, Rosien (2003) mengatakan bahawa seseorang guru tidak akan memberi ujian di atas sehelai kertas yang bercetak kepada seorang kanakkanak yang tidak mampu melihat; seorang kanak-kanak yang tidak mampu mendengar tidak akan dijangka menguasai sesuatu bahasa baru dengan mendengar pita rakaman. Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang mengalami ADHD, dia sudah tentu tidak boleh dijangka berjaya tanpa diberi peralatan dan bantuan persekitaran yang sesuai.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 26
Rawatan untuk ADHD bertujuan memperbaiki fungsi individu da1am semua seting, mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan meningkatkan pendidikan dan kemahiran. Kerap kali rawatan yang berkesan untuk ADHD me lib atkan pendekatan multi disip1in yang menggabungkan bidang perubatan, pendidikan dan psikososia1 (Pledge, 2002). Para ibu bapa dan guru merupakan peserta yang aktif dalam usaha rawatan yang berjaya. Jika ibu bapa dan guru memahami kesukaran yang dialami dan keperluan khas kanak-kanak ADHD, mereka akan menilai semula cara mereka mentafsir kesukaran perkembangan kanak-kanak ini. Mereka akan berhenti meletakkan perkataan yang kurang wajar seperti "malas", "bodoh" dan "naka1" atas kanak-kanak ADHD, dan juga akan menukar sikap mereka terhadap kanak-kanak yang menga1ami "kesukaran terselindung" ini.
Tanpa intervensi yang sesuai, kanak-kanak dan remaja ADHD menghadapi risiko tinggi untuk mengembangkan kecelaruan lain yang bo1eh membawa kepada kegagalan akademik, penyalahgunaandadah, kecelaruan emosi, dan kemurungan (Teeter, 1991).
Guru Bimbingan
Ramai pengkaji (Lavin, 1991; Lucker & Molloy, 1995; Miranda, Presentaci6n, & Soriano, 2002; Pledge, 2002; Teeter, 1991) serta Persatuan Kaunselor Sekolah Amerika atau American School Counselor Association (ASCA) telah menghuraikan pelbagai fungsi dan peranan kaunselor di sekolah dalam usaha membantu pelajar yang mengalami ADHD. Kaunselor di sekolah dikatakan berfungsi sebagai sumber maklumat tentang ADHD, memainkan peranan untuk membantu pelajar yang mengalami ADHD, dan juga membantu guru dan ibu bapa yang berinteraksi dengan kanak-kanak ADHD me1alui proses perundingan.
Lockhart dan Keys (1998) bagaimanapun mengatakan bahawa secara tradisi kaunseling kesihatan mental tidak dianggap sebagai sebahagian daripada identiti kaunselor di sekolah. Oleh itu, banyak bidang pengetahuan dan kemahiran dalam kaunseling kesihatan mental tidak diberi keutamaan dalam program persediaan kaunselor sekolah.
Dalam konteks tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia mula melantik guru bimbingan sebagai personel utama untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah sejak tahun 2002. Guru bimbingan inilah yang seharusnya menjadi personel terpenting untuk membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD. Demi menjaga nasib dan kebajikan pelajar ADHD, bukan sahaja pelajar tersebut memerlukan bantuan tetapi individu yang berinteraksi dengan pelajar tersebut seperti ibu bapa dan guru juga perlu dibantu dengan pengetahuan dan kemahiran. Da1am hal ini, guru bimbingan di sekolah tentunya adalah personel yang paling sesuai untuk mencapai hasrat membantu tersebut.
Namun, seperti yang dikatakan oleh Lockhart dan Keys (1998) serta Hall dan Gushee (2000), kaunselor (atau guru bimbingan dalam konteks tempatan) di sekolah tidak dilatih secukupnya dalam bidang kaunseling kesihatan mental.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 27
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru bimbingan sekolah rendah tentang ADHD. Tahap pengetahuan merupakan faktor utama untuk membolehkan seseorang guru bimbingan memainkan peranan yang berkesan untuk membantu pelajar yang mengalami ADHD. Pelajar ADHD akan menunjukkan simptom kesukaran menumpu perhatian dan/atau hiperaktiviti-impulsif sehingga member kesan kepada emosi, kehidupan sosial, pencapaian akademik dan kehidupannya dalam keluarga.Seandainya guru bimbingan mempunyai pengetahuan tentang ADHD, mereka boleh mengadakan intervensi multi disiplin untuk membantu pelajar ADHD. Mereka boleh merujuk secara tepat pelajar berkenaan kepada pakar psikiatri untuk rawatan perubatan yang sewajarnya. Guru bimbingan juga mampu memainkan peranan sebagai perunding kepada ibu bapa dan guru untuk mendidik mereka supaya menjalankan intervensi modifikasi tingkah laku di rumah dan di dalam bilik darjah. Di samping itu, mereka juga boleh memberi bimbingan dan perkhidmatan kaunseling secara langsung kepada pelajar ADHD.
Sebaliknya, jika guru bimbingan tidak mempunyai pengetahuan tentang kanakkanak ADHD, mereka tidak dapat memainkan peranan mereka yang sewajarnya untuk membantu pelajar berkenaan. Besar kemungkinan mereka hanya cuba secara tradisi untuk mengadakan sesi kaunseling bagi menangani masalah tingkah laku dengan pelajar ADHD tanpa memahami asas organik di sebalik kelakuan pelajar tersebut.Sehubungan dengan itu, mereka mungkin akan menaruh perasaan marah atau kecewa terhadap pelajar ADHD yang dianggap "degil" untuk berubah.
Intervensi untuk pelajar ADHD amat berbeza mengikut tahap pengetahuan guru bimbingan tentangADHD. Pelajar ADHD yang dibantu dengan multi disiplin akan merasai mereka difahami dan dihargai oleh orang signifikan, simptom mereka akan berkurangan dengan bantuan perubatan dan modifikasi tingkah laku, mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dan ini membantu mereka membentuk penghargaan swadiri yang tinggi.
Para pelajar ADHD yang tidak menerima rawatan sewajarnya akan merasai mereka tidak difahami dan dihargai atau diabaikan. Perasaan tidak difahami dan dihargai atau terabai ini akan mendedahkan mereka kepada risiko yang tinggi untuk mengalami pelbagai kecelaruan yang lain (Teeter, 1991; Young,2000).
METODOLOGI
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini ialah guru bimbingan sekolah rendah yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling, Selangor. Sebanyak 128 set soal selidik telah dikirim kepada semua sekolah rendah yang terdapat dalam Daerah Petaling. Daripada 128 set soal selidik terse but, sebanyak 102 buah sekolah mengirim balik soal selidik berkenaan. Antara 102 set soal selidik yang diterima, terdapat tiga set soal selidik yang tidak terjawab. Setelah dihubungi, maklumat yang diberi ialah sekolah berkenaan belum lagi melantik guru bimbingan.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 28
Kajian ini melibatkan 99 orang guru (29 lelaki, 70 perempuan; berusia antara 22 - 50 tahun dengan min umur 34.93 tahun). Dari segi latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling pula, seramai 87 orang (87.9%) menyatakan mereka mendapat latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling melalui kursus 14 minggu. Terdapat empat orang responden kaum wanita menyatakan mereka mengikuti latihan bimbingan dan kaunseling pada peringkat ijazah pertama, sementara lapan orang tidak memaklumkan latihan bimbingan dan kaunseling yang mereka ikuti. Dari segi bilangan tahun dilantik sebagai guru bimbingan, didapati seramai 63 orang responden baru setahun dilantik sebagai guru bimbingan, 32 orang responden telah dua tahun dilantik, tiga orang melaporkan mereka telah dilantik selama tiga tahun, sementara seorang responden tidak memberi maklumat ini.
Alat Kajian
Data untuk kajian ini diperolehi melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama mengumpul maklumat demografi responden; maklumat tentang pendedahan responden berkaitan dengan ADHD semasa mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan setelah dilantik sebagai guru bimbingan; keyakinan responden untuk menangani kanak –kanak ADHD secara berkesan; pengetahuan responden tentang tanda kanak-kanak yang mengalami ADHD; pendapat responden tentang keperluan untuk menyertai kursus/latihan khas yang berkaitan dengan ADHD; pengalaman responden memohon penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang disyaki mengalami ADHD; serta pengalaman responden menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD.
Bahagian kedua pula adalah Skala Pengetahuan Kekurangan Perhatian versi R atau Knowledge of Attention Deficit Scale-Revised (KADDS-R) yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD (Sciutto, Terjesen, & Frank, 2000). Alat kajian ini mengandungi 29 item.
KADDS-R mengukur pengetahuan dan persepsi responden tentang ADHD dalam empat subskala: Ciri Berkaitan (Associated Features), Diagnos DSM-IV (DSM-IV Diagnosis), Petunjuk Negatif (Negative Indicators), dan Rawatan (Treatment). Tiga belas item dalam subskala Ciri Berkaitan merupakan maklumat umum tentang haluan, ramalan, dan variasi situasi simptom yang berkaitan dengan ADHD.
Subskala Diagnosis DSM-IV pula mempunyai enam item untuk mengukur pengetahuan tentang kriteria DSM-IVuntuk melayakkan diagnosis bagiADHD. Subskala Petunjuk Negatif yang mengandungi empat item merupakan pengetahuan tentang apa "bukan" ADHD. Kandungan item bawah subskala ini adalah berhubung dengan ciri kecelaruan lain yang bukan merupakan simptom ADHD. Subskala Rawatan pula merujuk kepada pengetahuan berkaitan dengan hasil dan pilihan rawatan untuk ADHD. Subskala ini mempunyai enam item.
Untuk tujuan kajian ini, pengkaji telah mengubah suai item 16 yang menyatakan "Hanya dengan proses diagnosis boleh melayakkan seseorang kanak-kanak ditempatkan di kelas pendidikan khas" dari item negatifkepada item positif dengan kebenaran pencipta alat kajian. Pengubahsuaian ini ada1ah perlu kerana di Amerika Syarikat, kanak-kanak ADHD dilindungi dengan tiga statut persekutuan, iaitu The Individuals with Disabilities Education Act, Part B
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 29
(IDEA); Section 504 of the Rehabilitation Act of 1973; dan The Americans with Disabilities Act of 1990 (ADA).Dengan wujudnya akta terse but, seseorang kanak-kanak tidak layak ditempatkan di kelas pendidikan khas di Amerika Syarikat hanya dengan proses diagnosis ADHD. Kanak-kanak berkenaan hanya boleh ditempatkan di kelas pendidikan khas jika dia dikategorikan sebagai: (a) mengalami kerosakan kesihatan yang lain; (b) mempunyai ketidakupayaan pembe1ajaran yang spesifik; dan (c) mengalami gangguan emosi yang serius, mengikut takrifan IDEA.
Namun situasi di Malaysia pula berbeza. Hanya dengan proses diagnosis boleh melayakkan seseorang kanak-kanak ditempatkan di kelas pendidikan khas. Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajarberkenaan boleh memi1ih untuk tidak menempatkan anaknya dalam kelas pendidikan khas.
KADDS-R telah digunakan dalam kajian Sciutto, Nolfi, dan Bluhm (2002) ke atas 200 orang guru sekolah rendah dari Northeastern Ohio. Pekali alpha Cronbach dalam kajian tersebut ialah .80. Kesahan alat kajian dibuktikan dengan melihat hubungan antara skor keseluruhan KADDS-R dengan jumlah artikel yang berkaitan dengan ADHD yang telah dibaca, r = .398; bilangan kanak-kanak ADHD yang diajar, r = .305; pengalaman tahun mengajar, r = .089; dan umur guru, r = .114.
Untuk tujuan kajian ini, KADDS-R telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan kajian rintis dilakukan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling dalam Program Sarjana Sains di Universiti Putra Malaysia.
Pekali alpha Cronbach keseluruhan yang diperolehi dalam kajian rintis tersebut ialah sebanyak .88, iaitu tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Tahap kebolehpercayaan juga telah diuji dalam kajian sebenar, dan keputusan menunjukkan bahawa KADDS-R juga menghasilkan pekali alpha yang amat tinggi, iaitu .91.Ini sekali lagi membuktikan KADDS- R mempunyai tahap kebolehpercayaan yang amat tinggi. ValiditiKADDS-R telah diuji dengan melihat korelasi antara skor keseluruhan KADDS-R dengan subskalanya dan inter kolerasi setiap subskalanya dalam ujian rintis. Hasil ujian ini tertera dalam Jadual 1.
Keputusan yang dipaparkan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa semua subskala berkolerasi secara positif dengan skor keseluruhan KADDS-R. Keputusan ini adalah tepat dan selaras dengan hasil kajian Sciutto et al. (2000) di mana semua subskala berkorelasi secara positif dengan KADDS-R. Selain itu, keputusan dalam Jadual 1 juga menunjukkan semua subskala dalam KADDS-R berkolerasi secara positif antara satu sarna lain dengan nilai r berada dalam lingkungan .428 hingga .719. Mengikut Sciutto et al. (2000), hubungan positif yang signifikan ini menunjukkan pengetahuan dalam sesuatu subskala berkait dengan pengetahuan dalam subskala yang lain.
Pengalaman Guru Bimbingan dan ADHD
Seramai 55 orang (55.6%) responden mengatakan mereka tidak pernah belajar tentang ADHD semasamengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sementara 73 orang (73.7%) responden menyatakan mereka tidak pernah menghadiri apa-apa kursus / latihan berkaitan dengan ADHD setelah dilantik sebagai guru bimbingan.
Maka tidaklah menghairankan jika kajian mendapati pada skala 1 (tidak sama sekali) hingga tujuh (mengetahui sepenuhnya), responden hanya memperolehi skor min 3.09 bagi
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 30
item "Mengetahui tanda kanak-kanak yang mengalamai ADHD". Begitulah juga dengan keyakinan untuk menangani kanak-kanak ADHD secara berkesan, di mana skor min untuk skala 1 (tidak yakin sama sekali) hingga tujuh (amat berkeyakinan), adalah 2.52. Sehubungan itu, 51 (57.5%) responden merasakan mereka amat memerlukan latihan khas berkaitan ADHD.
Berhubung dengan pengalaman responden berhadapan dengan kanak-kanakADHD pula, terdapat hanya 22 orang responden pernah meminta penilaian ke atas seseorang pelajar yang disyaki mengalami ADHD dan seramai 30 orang responden pernah menerima rujukan sekurang-kurangnya seorang kanakkanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Sebaliknya, seramai 77 orang responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas pelajar dan seramai 69 orang responden mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Hasil kajian ini mirip hasil kajian Goldstein (2002) yang mendapati lebih daripada separuh respondennya mengatakan mereka menerima sedikit atau tidak menerima sebarang latihan tentang ADHD; serta kajian Piccolo- Torsky dan Waishwell (1998), yang mendapati 83% respondennya mengatakan mereka tidak menerima latihan formal berkenaan ADHD di universiti.
Apabila tahap pengetahuan rendah, maka tentunya tahap keyakinan juga rendah.Ini disokong oleh kajian Barbaresi dan Olsen (1998) yang menunjukkan guru yang lebih berpengetahuan lebih mudah serta kurang mengalami tekanan untuk menangani pelajar ADHD.
Lebih daripada separuh responden menyatakan mereka amat memerlukan kursus khas berkaitan dengan ADHD. Maklum balas ini menunjukkan guru bimbingan amat mengharapkan peluang untuk memahami dan menangani kanak-kanak ADHD secara lebih berkesan. Trend yang sarna dapat dilihat pada kajian Piccolo- Torsky dan Waishwell (1998) yang mana 90% respondenjuga menyatakan mereka mengharapkan lebih banyak latihan berkaitan dengan kecelaruan tersebut.
Kebanyakan responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas seseorang pelajar dan mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Data ini juga berkait rapat dengan tahap pengetahuan umum tentang ADHD. Jika tahap pengetahuan umum tentang ADHD adalah rendah, maka kefahaman tentangADHD juga rendah, dan walaupun kanak-kanak itu mempamerkan simptom ADHD, guru lebih cenderung memberi penjelasan lain. Ekoran daripada itu, besar kemungkinan kanak-kanak berkenaan tidak dirujuk untuk proses diagnosis.
Kajian Frank (dalam Rabiner, 2000) mendapati guru jarang menghubungkaitkan kelakuan pelajar dengan ADHD, sedangkan pelajar berkenaan telah didiagnos mengalami ADHD pada akhir kajian. Sehubungan dengan itu, Rabiner (2000) menyatakan bahawa mungkin terdapat ramai kanak-kanak yangmengalami masalah kekurangan perhatian gagal memperolehi bantuan yang diperlukan.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 31
Pengetahuan Responden Mengenai ADHD
Min skor keseluruhan KADDS-R menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap pengetahuan ADHD yang amat rendah (M = 9.11, SP = 4.35) (Jadual 2). Dapatan ini sangat berbeza dengan skor keseluruhan responden kajian Sciutto et al. (2002) yang menunjukkan nilai min skor responden sebanyak 19.37 (SP = 5.94).
Kekurangan pengetahuan tentang ADHD telah dikenal pasti oleh Shapiro dan DuPaul (1993) sebagai salah satu halangan utama untuk melayan keperluan kanak-kanak ADHD. Kaunselor sekolah mesti sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan menangani simptom tipikal serta reaksi atas tuntutan persekitaran yang diperlukan agar dia mampu untuk menjadi sumber yang efektifkepada guru dan ibu bapa.
Bagi tujuan membandingkan min skor item mengikut subskala yang terdapat dalam KADDS-R, min skor bagi setiap subskala telah dibahagi dengan bilangan item subskala berkenaan dan ditukarkan dalam bentuk peratus untuk mendapatkan nilai peratus min skor item responden mengikut subskala dalam KADDS-R (Jadual J).
Adalah didapati item dalam subskala Diagnosis DSM-IV memperolehi nilai peratus min skor yang paling tinggi, diikuti dengan item subskala Rawatan, subskala Ciri Berkaitan, dan subskala Petunjuk Negatif.
Dapatan ini menepati hasil kajian lepas yang mengukur tahap pengetahuan para pendidik (Sciutto et al., 2000, 2002) yang mendapati responden lebih berpengetahuan dalam diagnosis DSM - IV .
IMPLlKASI
Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD amat rendah. Ini bermakna guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Guru bimbingan juga gagal berfungsi sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di sekolahnya.
Oleh itu, kurikulum pendidikan guru bimbingan dan kaunseling harus memberi penekanan kepada pelbagai kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja dalam latihan sebelum perkhidmatan, dan kursus dalam perkhidmatan.
Guru bimbingan pula mesti mengamalkan sikap pembelajaran seumur hidup. Mereka hendaklah sentiasa berusaha mengemaskini dan meningkatkan ilmu mereka tentang pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak dan remaja agar mereka dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan.
Maklumat kajian ini juga mempunyai implikasi yang signifikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memulakan Kempen Cara Hidup Sihat sejak tahun 1991.14 Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya Kempen tersebut merupakan pendekatan baru oleh kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat yang akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan. Guru bimbingan, yang merupakan personel utama untuk menjaga kesihatan mental kanak-kanak di sekolah, mesti diberi tumpuan oleh Kementerian tersebut dalam merancang strategi tertentu
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 32
untukmeningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Guru bimbingan mesti diperlengkapkan dengan ilmu dalam bidang kesihatan fizikal dan mental.
Kajian ini memberi fokus kepada institusi sekolah, namun hakikatnya gejala ADHD bermula sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Dengan itu kajian juga harus dilakukan ke atas institusi keluarga, seperti menguji tahap pengetahuan ibu bapa tentang ADHD. Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan pembabitan ibu bapa berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003).
Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat mengenai ADHD perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan itu. Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan mengambil tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang mempamerkan ciri-ciri tersebut.
RUJUKAN
American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (4th ed.). Washington, DC: APA.
Barbaresi, W. J., & Olsen, R. D. (1998).An ADHD educational intervention for elementary schoolteachers: A pilot study. Developmental and Behavioral Pediatrics, 19(2), 94-100.
Barkley, R. A. (1990). Attention Deficit Hyperactivity Disorder: A handbook for diagnosis and treatment. New York: Guilford.
Bower, B. (2003, November 29). ADHD's brain trail: Cerebral clues emerge for attention disorder. Science News, 164, 339.
Carter, S. (2003). The Impact of parent/family involvement on student outcomes: An annotated bibliography of research from the past decade. Dimuat turun Jun 12, 2003, daripada http://www.ftnys.org/resources#diagnosis/
Goldstein, L. F. (2002). Special education. Education Week, 22(3), 6.
Hall, A. S., & Gushee, A. G. (2000). Diagnosis and treatment with attention deficit hyperactive youth: Mental health consultation with school counselors. Journal of Mental Health Counseling, 22(4),295-305.
Lavin, P. (1991). The counselor as consultant-coordinator for children with attention deficit hyperactivity disorder. School Guidance & Counseling, 26(2), 115-120.
Lockhart, E. J., & Keys, S. G. (1998). The mental health counseling role of school counselors. Professional School Counseling, 1(4), 3-6.Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya 15
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 33
Lucker, J. R., & Molloy, A. T. (1995). Resources for working with children with attentiondeficit/hyperactivity disorder (ADHD). Elementary School Guidance & Counseling, 29(4),.260-278.
Miranda, A., Presentacion, M. J., & Soriano, M. (2002). Effectiveness of a school-based multicomponent program for the treatment of children with ADHD. Journal of Learning Disabilities, 35(6),547-563.
National Institute of Mental Health. (2003). Autism Spectrum Disorders (Pervasive Developmental Disorders.) Dimuat turun Jun 12,2003, daripada http://www.nimh.nih. gov/healthinformation/autismmenu.cfm
Piccolo-Torsky, J., & Waishwell, L. (1998). Teachers' knowledge and attitudes regardingattention deficit disorder. ERS Spectrum, 16(1),36-40.
Pledge, D. S. (2002). ADD and ADHD: An overview for school counselors. ERIC Digest.(ERIC Document Reproduction Service No. ED 470600)
Rabiner, D. (2000). Teacher knowledge of ADHD. Attention Research Update, 36.
Rosien, J. (2003). What is the school's responsibility? ADD Series. Preteenagers Today.
Sciutto, M. J., Nolfi, C. J., & Bluhm, C. A. (2002). Effects of gender and symptom type onADHD referrals. Manuscript under review (also accepted for presentation at the 2002 APA Conference).
Sciutto, M. J., Terjesen, M. D., & Frank, A. S. B. (2000). Teachers' knowledge and misperceptions of AttentionDeficitlHyperactivity Disorder. Psychology in the Schools, 37(2), 115-122.
Teeter, P. A. (1991). Attention deficit hyperactivity disorder: A psychoeducational paradigm. School Psychology Review, 20(2), 266-280.
The National Resource Center on AD/HD. (2003). The Science of AD/HD. Dimuat turun Jun 12,2003, daripada http://www.help4adhd.org/en/about/science
Young, S. (2000). ADHD children grown up: An empirical review. Counseling Psychology Quarterly, 13(2),191-200.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 34
Lampiran 3
ANAK HIPERAKTIF
Anak adalah permata hati kita, kurniaan, anugerah dan amanah Allah kepada ibu bapa. Beruntung bagi pasangan yang memiliki anak.Namun begitu, bagaimanakah jika kita dikurniakan anak bermasalah? Kolum Permata Hati minggu ini membawa ibu bapa menyelami perilaku tidak normal anak iaitu cara mengenalpasti dan menangani anak hiperaktif.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hiperaktif bermaksud masalah terlampau cergas hingga pergerakannya sukar dikawal sama ada keadaan atau sifat. Keadaan ini biasa berlakupada kanak-kanak.
Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanak-kanak hiperaktif.
Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan berkelakuan aktif.
Berkelakuan terlalu aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Kurang tumpuan
Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabilaorang cuba bercakap dengannya.
Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
Mengikut dorongan hati Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 35
orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.
Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangantumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanakkanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanakprasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.
Kaedah rawatan dan cara menangani Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengankanak-kanak lebih muda.
Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.
Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.
Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.
Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian.
Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda.
Antara sikap kanak-kanak hiperaktif
Degil Suka membantah
Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
Sering kali merasa tidak puas hati
Sering tertekan
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 36
Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
Cepat takut dan risau
Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder - ADHD).
ADHD biasanya lapan peratus ke 10% dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.
Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.
1. Kekurangan tumpuan perhatian
Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.
2. Mengikut dorongan hati
Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.
3. Berkelakuan terlalu aktif
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 37
Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.
Punca ADHD
Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.
Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.
Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?
Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran kerana mereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya.
Berkelakukan Pelik
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 38
Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.
Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10% lebih kecil daripada otak normal. Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu.
Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara 3~5% kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik.
Apa yang membimbangkan 35% daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18% daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25% lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit.
Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah.
Kepentingan permakanan yang betul
Pemakanan yang berkualiti adalah sangat penting untuk kesihatan kanak-kanak dan diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak yang optimum. Di masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara - mereka boleh mengalami tahap konsentrasi dan kecerdasan yang berkurangan, tingkah laku hiperaktif, tenaga berkurangan dan penyakit.
1. Kalsium
Adalah penting untuk tumbesaran tulang di mana 45% daripadanya berlaku semasa remaja. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai jisim tulang matang di peringkat dewasa dan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di lewat
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 39
usia.
2. Asid lemak tepu
Wujud dalam susu ibu, ikan, walnut, biji flaks dan sayur-sayuran berdaun hijau yang perlu untuk fungsi sistem saraf dan perkembangan otak yang betul. Kekurangannya boleh menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran dan masalah kulit.
3. Zat Besi
Diperlukan dalam paras yang lebih tinggi sewaktu remaja akibat peningkatan jisim badan tanpa lemak, isipadu darah dan hemoglobin dan untuk menggantikan darah akibat haid.
4. Vitamin B
Adalah diperlukan untuk mengelakkan keletihan, kemurungan dan kesukaran dalam pembelajaran dan bagi memberi tenaga yang sangat penting untuk kanak-kanak yang sentiasa aktif.
5. Zink
Adalah penting untuk mengalakkan tidur yang lena, tumbesaran dan perkembangan dan mencegah masalah tingkah laku, konsentrasi yang lemah dan rasa gemuruh. Pada dasarnya, diet harus mengandungi keseimbangan nutrien yang betul yang untuk perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Jika pengambilan pemakanan yang betul dihalang oleh selera yang lemah, suplementasi harus dipertimbangkan. Ini adalah penting kerana kanak-kanak perlukan semua bantuan yang boleh didapati untuk membesar dengan kuat dan sihat. Diet adalah keperluan penting anak-anak.
Makanan yang anak-anak makan dan tidak makan mempunyai kesan besar ke atas kejayaan mereka di sekolah. Nutrien-nutrien berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan dan fungsi otak kanak-kanak. Zink adalah bahagian penting struktur komunikasi antara sel-sel saraf. Oleh itu ia adalah penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaikzink. Kacang tanah, germa gandum, bijiran penuh dan biji labu kuning serta labu putih juga mempunyai kandungan zink yang tinggi.
6. Glukos
Otak seseorang anak bergantung pada glukos untuk bahan bakar. Meninggalkan sarapan boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah (glukos) dan melemahkan kemampuan kognitif. Anak-anak yang meninggalkan sarapan mempunyai daya perhatian yang singkat, mencapai markah yang rendah dalam ujian dan lebih sukar menumpukan perhatian berbanding rakan-rakan sekelas yang mendapat makanan yang baik.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 40
7. Zat Besi
Anemia kekurangan zat besi adalah biasa bagi kanak-kanak. Otak kanak-kanak adalah sensitif terhadap paras zat besi yang rendah walaupun sebelum ujian darah menunjukkan masalahnya. Zat besi memainkan dua peranan penting: ia mengangkut oksigen dalam darah dan mengangkut oksigen itu di dalam sel-sel di mana ia di gunakan. Kanak-kanak anemia mempunyai tempoh perhatian yang berkurangan dan kurang bermotivasi untuk bertahan dalam tugas yang mencabar intelektual. Hidangkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapan. Masukkan daging merah, tuna atau ayam dalam menu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hidangkan banyak sayuran berdaun hijau tua, brokoli dan kekacang.
8. Asid Folik
Asid folik adalah penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Seorang pelajar yang kekurangan asid folik akan berasa keletihan, bersikap tidak peduli, perengus dan pelupa. Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah, terutamanya jus oren dan bayam adalah sumber asid folik yang terbaik.
9. Vitamin-vitamin B
Vitamin-vitamin B bertindak membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan dalam vitamin-vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk sifat agresif, sifat permusuhan dan kemurungan. Tiada satu sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B yang diperlukan, oleh itu kepelbagaian adalah penting. Bijiran sarapan yang diperkuat juga adalah sumbar vitamin-vitamin B yang bagus.
10. Vitamin A
Nutrien ini diperlukan untuk perkembangan sistem saraf yang betul dalam janin yang sedang membesar. Terdapat juga bukti yang menunjukkan ia juga diperlukan untuk fungsi otak yang optimum semasa hidup. Vitamin A ditemui dalam bentuk beta karotena dalam buah-buahan berwarna oren tua dan kuning serta sayur-sayuran berdaun hijau tua.
Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?
Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu. Lazimnya, pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan.
Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 41
besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji.
Rawatan
ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri.
Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD.
Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku.
HBSL1203PsikologiKanak-kanakBermasalahPembelajaran 42