acc 2013 bab 1(cont..1)

9
Peranan Dan Persekitaran Perakaunan

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

564 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Acc 2013   bab 1(cont..1)

Peranan Dan Persekitaran Perakaunan

Page 2: Acc 2013   bab 1(cont..1)

• Perakaunan memainkan peranan penting baik dalam perniagaan ataupun dalam kehidupan seharian. Antara peranannya yang penting adalah:1. Sebagai alat komunikasi atau bahasa perdagangan• Menghubungkan maklumat perniagaan kepada pelbagai

pengguna • Biasanya maklumat ini adalah dalam unit kewangan• Laporan dan jadual adalah alat yang biasa digunakan

untuk menyampaikan maklumat

Page 3: Acc 2013   bab 1(cont..1)

2. Sebagai alat pembuat keputusan

• Perakaunan membantu pelbagai pihak dalam membuat keputusan

• Pengguna maklumat perakaunan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:

i. Pihak dalaman iaitu pihak pengurusan Menilai prestasi, merancang dan mengawal operasi, membuat keputusan termasuk letak harga

Page 4: Acc 2013   bab 1(cont..1)

ii. Pihak luaran yang mempunyai kepentingan secara lagsung dan tidak langsung

» Pelabur semasa/bakal pelabur Memutuskan hendak melabur atau tidak, menambah atau mengurangkan pelaburan

» Pemiutang (termasuk pembekal dan bank) Mengukur keupayaan firma untuk membayar balik

pinjaman, memutuskan sama ada pinjaman boleh diberi atau tidak

» Kerajaan(lembaga hasil dalam negeri) Menentukan cukai yang akan dikenakan, menentukan

bahawa segala peraturan hendaklah di patuhi

» Kesatuan sekerja, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain

Page 5: Acc 2013   bab 1(cont..1)

3. Sebagai cara untuk mewujudkan akauntabiliti/ kebertanggungjawaban• Akauntabiliti bermakna tanggungjawab seseorang

atau ejen untuk memberikan laporan tentang kejayaan atau kegagalannya membuat tindakan setelah menerima kuasa untuk melaksanakannya

• Perakaunan menyediakan maklumat untuk membolehkan penilaian prestasi dibuat dan ini menyebabkan akauntabiliti diwujudkan.

Q15%

Page 6: Acc 2013   bab 1(cont..1)

4. Sebagai alat kawalan• Kawalan bermaksud mengarah mengikut

rancangan yan telah ditetapkan• Perakaunan menyediakan maklumat untuk

membolehkan pihak pengurusan merancang dan seterusnya mengawal aktiviti perniagaan

• Ini bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan boleh dipercayai

Page 7: Acc 2013   bab 1(cont..1)

5. Peranan perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat pengurusan– Satu sistem yang terdiri daripada 3 unsur iaitu:

Input Pemprosesan Output

– Unsur-unsur dalam sistem berinteraksi bersama bagi mencapai satu atau lebih objektif.

– Setiap sistem mempunyai sistem kecil atau sub sistem

– Terdapat 2 jenis sistem iaitu:• Sistem terbuka

– Berinteraksi dengan persekitaran(ia mempengruhi dan dipengaruhi persekitaran). Contohnya organisasi perniagaan dan perakaunan

• Sistem tertutup– Tidak berinteraksi dengan persekitaran (tidak mempengaruhi dan dipengaruhi

persekitaran)

Page 8: Acc 2013   bab 1(cont..1)

Ciri-ciri kualitatif Maklumat Perakaunan1. Relevan

– Maklumat adalah relevan jika ia membantu penguna untuk membuat keputusan.

– Kriteria maklumat yang relevan adalah seperti:• Terkini• Mempunyai nilai prediktif/ramalan• Nilai pengesahan luar

2. Boleh dipercayai• Bebas daripada kesilapan dan bias, menggambarkan dengan jujur kedudukan perniagaan

3. Boleh dibandingkan• Penting dalam menganalisis keputusan• Biasanya melibatkan perbandinan keputusan tahun semasa dan tahun lepas

atau membandingkan sebuah firma dengan firma yang lain dalam industri yang sama

4. Boleh difahami• Maklumat perakaunan mestilah mudah difahami oleh penguna.

Page 9: Acc 2013   bab 1(cont..1)

Bidang tugas Akauntan

Secara amnya tugas akauntan adalah dalam satubidang berikut:

1. Perakaunan awam2. Perakaunan persendirian 3. Perakaunan kerajaan

Q15%