acc 2013 bab 1

25
Unit 1: Pengenalan kepada Perakaunan dan Penyata Kewangan Dalam unit ini, kita akan memberikan beberapa definisi perakaunan. Kita juga akan memperkenalkan penyata kewangan dan komponen-komponennya. Topik- topik yang akan dibincangkan adalah seperti : 1. Beberapa definisi perakaunan 2. Perbezaan antara perakaunan dan simpan kira 3. Evolusi perakaunan 4. Pengenalan kepada Penyata Kewangan

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

648 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Acc 2013   bab 1

Unit 1: Pengenalan kepada Perakaunan dan Penyata Kewangan

Dalam unit ini, kita akan memberikan beberapa definisi perakaunan. Kita juga akan memperkenalkan penyata kewangan dan komponen-komponennya. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti :

1. Beberapa definisi perakaunan2. Perbezaan antara perakaunan dan simpan kira3. Evolusi perakaunan4. Pengenalan kepada Penyata Kewangan

Page 2: Acc 2013   bab 1

Beberapa Definisi PerakaunanMengikut Littleton (1953), tujuan

utama perakaunan adalah untuk membolehkan pemadanan kos (iaitu usaha) dan hasil (pencapaian).

“The central purpose of accounting is to make possible the periodic matrching of costs (efforts) and revenues (accomplishments).”

Page 3: Acc 2013   bab 1

American Institute of Certificated Public Accountans dalam tahun 1961 pula mendefinisikan perakaunan seperti berikut:

“Accounting is the art of recording, classifying and summarizing in an significant manner and in terms of money, transactions and events which are, in part at least of a financial character and interpreting the result of thereof.”

Definisi yang diberikan AICPA memberi implikasi bahawa perakaunan mempunyai beberapa komponen atau aktiviti iaitu merekod, mengkelas, meringkas serta menginterpretasi.

Page 4: Acc 2013   bab 1

American Accounting Association (AAA) dalam tahun 1975 telah menyatakan bahawa tujuan perakaunan adalah untuk menyediakan maklumat yang akan berguna untuk membuat keputusan ekonomik dan seterusnya jika disediakan akan meningkatkan kebajikan masyarakat.

Definisi yang diberikan oleh AAA adalah seperti berikut:

“The purpose of accounting is to provide information which is potentially useful for making economics decisions and which, if provided will enhance social welfare”

Page 5: Acc 2013   bab 1

Accounting Standards Board (ASB) sebuah badan yang menerbit piawai perakaunan di United Kingdom mendefinisikan perakaunan seperti berikut:

“Accounting as the provision of information about financial position, performance and financial adaptability of an enterprise that is useful to a wide range of potential users in making economic decisions.”

“Perakaunan sebagai alat yang menghubungkan maklumat perkaunan kepada pelbagai pengguna untuk membantu mereka membuat keputusan. Maklumat yang disampaikan adalah tentang kedudukan kewangan, prestasi dan aliran tunai sesebuah perusahaan.”

Page 6: Acc 2013   bab 1

Apakah sebenarnya perakaunan??

Perakaunan adalah satu sistem maklumat yang berbentuk kuantitatif, yang memberikan maklumat kewangan kepada pemegang saham tentang aktiviti ekonomi dan keadaan semasa sesebuah perniagaan diamana ianya dapat membantu didalam membuat keputusan.

.

Page 7: Acc 2013   bab 1

Identifying(Mengenalpasti )

Recording(merekod)

Communicating(Komunikasi)

INTERNALUSERS

(Penguna dalaman)

EXTERNALUSERS

(Pengguna Luaran)

Measuring(Mengukur)

Proses Perakaunan

Page 8: Acc 2013   bab 1

Jenis- Jenis Sistem PerakaunanTerdapat dua jenis sistem perakaunan yang

biasa digunakan iaitu:

◦Financial Accounting (Perakaunan Kewangan) Satu sistem perakaunan yang memberikan maklumat

kepada penguna luaran seperti pelabur, pekerja, pembeli, pembekal, agensi kerajaan serta pihak media.

◦Management Accounting (Perakaunan Pengurusan ) Satu sistem perakaunan yang memberikan maklumat

kepada pengguna dalaman seperti pengurus perniagaan, pemegang saham dan pemilik perniagaan.

Page 9: Acc 2013   bab 1

Perakaunan dan Simpan kiraApakah itu simpan kira??

◦ Simpan kira adalah satu proses menganalisis, mengelas dan merekodkan urusniaga mengikut sistem yang ditetapkan sama ada dalam bentuk rekod bertulis tangan, rekod bahan bercetak atau pita magnet yang dihasilkan oleh komputer.

◦ Aktiviti yang mekanikal dan berulang ulangan ini hanyalah satu aspek kecil perakaunan.

◦ Fungsi simpan kira biasanya dijalankan oleh individu yang mempunyai kemahiran yang terhad dalam perakaunan.

◦ Dengan meningkatnya pengunaan komputer, kebanyakan daripada proses simpan kira dilaksanakan oleh mesin.

Page 10: Acc 2013   bab 1

Evolusi PerakaunanPerakaunan Zaman Silam

◦ Menggunakan kaedah sistem “pengawasan”. ◦ Dokumen perakaunan disediakan di bawah

penjagaan seorang “pengawas” dan memudahkan pemilik mengawal dan mengenalpasti aset.

Perakaunan Zaman Renaisance (Italy)◦ Salah satu peristiwa penting dalam sejarah

perakaunan adalah kemunculan sistem simpan kira catatan bergu (Double entry book keeping system) yang menjadi asas kepada sistem perakaunan sekarang.

Page 11: Acc 2013   bab 1

Perakaunan Zaman IndustriPada abad ke 19, kadar pertumbuhan

perusahaan yang pesat telah menjadikan laporan perniagaan menjadi lebih kompleks dimana penyata kewangan perlu disediakan kepada pemegang saham.

Perakaunan Selepas Zaman IndustriPerakaunan diperlukan bagi tujuan

membuat keputusan

Page 12: Acc 2013   bab 1

Pengenalan kepada Penyata Kewangan

Objektif penyata kewangan kegunaan umum adalah untuk menyediakan maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi dan aliran tunai sebuah enterprise yang berguna untuk pelbagai pengguna dalam membuat keputusan ekonomik.

Penyata kewangan menunjukkan keputusan fungsi penjagaan sumber sumber yang telah diamanahkan kepada pihak pengurusan.

Page 13: Acc 2013   bab 1

Penyata kewangan menyediakan maklumat berikut bagi sesebuah perusahaan (enterprise):

◦ Aset Aset adalah sumber-sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah

entiti perniagaan dan memberikan perkhidmatan atau membawa manfaat di masa hadapan

Contoh: Tunai, stok, tanah, jentera

◦ Liabiliti/tanggungan Amaun yang perlu dijelaskan oleh sesebuah entiti perniagaan.

Contoh: overdraf, akaun belum bayar, pinjaman

◦ Ekuiti Tuntutan keatas aset entiti perniagaan

◦ Pendapatan dan belanja termasuk laba dan kerugian

◦ Aliran tunai

Page 14: Acc 2013   bab 1

Objektif dan tujuan penyata kewangan

Untuk memberi maklumat tentang kedudukan kewangan, prestasi dan keluar masuk tunai bagi sesebuah syarikat.

Menunjukkan hasil pengawasan pengurusan terhadap sumber-sumber yang diamanahkan.

Membantu penguna penyata kewangan dalam meramal aliran tunai syarikat dan tempoh masa aliran tunai serta kesamaan tunai syarikat.

Memberilan pihak pengurusan sasaran prestasi yang realistik untuk dibandingkan dengan prestasi sebenar

Menyelaraskan aktiviti bahagian-bahagian yang trdapat dalam sesebuah organisasi

Page 15: Acc 2013   bab 1

Komponen penyata kewangan

kunci kira-kira/Lembaran imbangan (balance sheet)

Penyata pendapatan (income statement)

Penyata perubahan dalam ekuiti

Penyata aliran tunai (cash flow statement)

Dasar perakaunan dan nota keterangan

Page 16: Acc 2013   bab 1

kunci kira-kira/Lembaran imbangan (balance sheet)

◦Kunci kira-kira melaporkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan pada satu tarikh tertentu

◦Kunci kira-kira/ lembaran imbangan melaporkan tiga jenis item iaitu aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

◦Persamaan perakaunan yang dilaporkan dalam kunci kira kira/ lembaran imbangan adalah:

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

Page 17: Acc 2013   bab 1

WONG PTY LTDBalance Sheet

as at 31 October 2008Assets

Cash $15 200Accounts receivable 200Advertising supplies 1 000Prepaid insurance 550Office equipment 4 960

Total assets $21 910Liabilities and equity

LiabilitiesAccounts payable $ 2 500Interest payable 50Revenue received in advance 800Salaries payable 1 200Bank loan 5 000

Total liabilities $ 9 550Equity

Share capital 10 000Retained earnings 31/10/08 2 360

Total equity 12 360$21 910

Page 18: Acc 2013   bab 1

Penyata pendapatan (income statement)

◦ Penyata pendapatan melaporkan hasil, perbelanjaan, pendapatan bersih dan kerugian bersih bagi satu tempoh masa.

◦ Dalam erti kata lain, ianya melaporkan prestasi (iaitu untung atau rugi) sesebuah entiti perniagaan.

◦ Penyata pendapatan melaporkan:

1. Hasil dan keuntungan2. Belanja dan kerugian

◦ Dengan jumlah hasil dan perbelanjaan, pendapatan bersi dapat dikira dengan rumus:

Pendapatan = jumlah hasil – jumlah perbelanjaan bersih dan untung dan kerugian

Page 19: Acc 2013   bab 1

Wong PTY LTDIncome Statement

for the year ended 31 October 2008Service revenues $10 600Expenses

Salaries expense $3 200Supplies expense 1 500Rent expense 900Insurance expense 50Interest expense 50Depreciation expense 40 5 740

Profit before tax 4 860Tax expense 2 000

Profit after tax $ 2 860

Page 20: Acc 2013   bab 1

Penyata perubahan dalam ekuiti

◦Satu penyata yang menunjukkan semua perubahan ekuiti atau perubahan dalam ekuiti selain daripada perubahan yang berpunca daripada urusniaga modal dengan pemilik dan agihan kepada pemilik.

◦Perubahan dalam ekuiti pemilik dipengaruhi oleh jumlah aset dan jumlah liabiliti dimana;

Ekuiti pemilik = Aset – Liabiliti

Page 21: Acc 2013   bab 1

WONG PTY LTDStatement of Changes in Equity (extract)

as at 31 October 2008

Profit $ 2 860Retained earnings 1/10/08 0Dividends (500)Retained earnings 31/10/08 $ 2

360

Page 22: Acc 2013   bab 1

Penyata aliran tunai (cash flow statement)

◦Menunjukkan aliran masuk dan aliran tunai bagi sesebuah entiti perniagaan pada satu tempoh tertentu.

◦Penyata aliran tunai melaporkan aliran tunai dibawah 3 kategori iaitu:

1. Aktiviti operasi perniagaan2. Aktviti pelaburan3. Aktiviti kewangan

Page 23: Acc 2013   bab 1

WONG PTY LTDCash Flow Statement

for the month ended 31 October 2008

Cash flows from operating activitiesCash receipts from operating activities $11 200Cash payments from operating activities (5 500)

Net cash provided by operating activities $ 5 700

Cash flows from investing activitiesPurchased office equipment (5 000)

Net cash used by investing activities (5 000)

Cash flows from financing activitiesIssue of shares 10 000Proceeds from bank loan 5 000Payment of dividend (5 000)

Net cash provided by financing activities 14 500

Net increase in cash 15 200Cash at beginning of period --

Cash at end of period $15 200

Page 24: Acc 2013   bab 1

Tanggungjawab terhadap penyata kewangan

Lembaga pengarah atau badan mentadbir yang setara sesuatu perusahaan adalah bertanggungjawab mempersembahkan penyata kewangan itu.

Page 25: Acc 2013   bab 1