acc 2013 bab2

24
Perniagaan dan Persekitaran

Upload: sukhairi-husain

Post on 19-Jan-2015

717 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Acc 2013   bab2

Perniagaan dan Persekitaran

Page 2: Acc 2013   bab2

Entiti PerniagaanEntiti perniagaan boleh dibezakan

mengikut bentuk, jenis aktiviti yang dijalankan dan saiz perniagaan.

Bentuk perniagaan akan memberi kesan terhadap amalan perakaunan khususnya format serta maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan.

Page 3: Acc 2013   bab2

3 bentuk perniagaanKeempunyaan tunggal/peniaga

tunggal/ pemilik perseorangan (Sole proprietorship)

Perkongsian (Partnership)

Syarikat (Company/coorporation)

Page 4: Acc 2013   bab2

Keempunyaan tunggal/peniaga tunggal/ pemilik perseorangan (Sole proprietorship)Pemilikan perniagaan adalah berbentuk

satu pemilik dan tidak berkongsi dengan individu lain

Undang-undang tidak mengiktiraf perniagaan tunggal sebagai satu entiti yang sah.

Jenis perniagaan adalah seperti perniagaan runcit, mini market dan kedai.

Page 5: Acc 2013   bab2

Kelebihan:Mudah ditubuhkan dan dibubarkanPemilik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap

perniagaanUntung tidak perlu dikongsi dengan individu lainLebih bebas dari kongkongan peraturan jika

dibandingkan dengan bentuk perniagaaan lain

Kelemahan:Sukar berkembang kerana modal dan kepakaran

terhadRisiko perniagaan ditanggung oleh pemilik seorang

diriLiabiliti tidak terhad

Page 6: Acc 2013   bab2

Perkongsian (Partnership)

Satu perkongsian wujud apabila dua atau lebih individu memiliki perniagaan dan mengendalikannya.

Hubungan secara berkontrak boleh dibuat melalui perjanjian secara lisan atau bertulis antara dua atau lebih untuk menggabung sumber modal, kebolehan, kemahiran, dan aktiviti dalam perusahaan bersama dan berkongsi untung mengikut asas yang dipersetujui.

Di Malaysia, bentuk perniagaan ini didaftarkan mengikut akta perkongsian 1961 dan dari segi undang-undang, perkongsian tidak dianggap sebagai satu entiti yang berasingan.

Contoh perniagaan perkongsian adalah seperti firma perakaunan dan firma guaman.

Page 7: Acc 2013   bab2

Kelebihan:Modal yang lebih besarRakankongsi yang mempunyai pelbagai

kebolehan dan kemahiranTidak tertakluk kepada peraturan yang

memerlukan maklumat perniagaan didedahkan kepada pihak luar seperti yang dikenakan kepada syarikat

Kelemahan:Liabiliti tidak terhadKemungkinan berlakunya selisih faham boleh

menyebabkan pengurusan tidak stabilMasalah kesinambungan perniagaan akibat

kematian rakan kongsi

Page 8: Acc 2013   bab2

Syarikat (Company/coorporation)

Syarikat adalah satu entiti sah yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang perseorangan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Di Malaysia, syarikat merupakan entiti yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.

Pemilik syarikat disebut pemegang saham.

Contoh syarikat: syarikat sendirian berhad, syarikat berhad

Page 9: Acc 2013   bab2

Kelebihan:Liabiliti terhadLebih berkeupayaan untuk berkembang kerana

dapat menerbitkan sahamPemindahan saham boleh dilakukan dengan

mudah

Kelemahan:Tertakluk kepada peraturan kerajaan (akaun

perlu diaudit oleh akauntan awam bertauliah)Pemilikan terpisah daripada pengurusanKos penubuhannya adalah tinggi

Page 10: Acc 2013   bab2

Perbezaan antara syarikat awam dan swasta

Ciri ciri Syarikat Awam (Public Limited Co)

Syarikat Swasta (Private Limited Co)

1. Bilangan ahli Min 2; Max tidak terhad Min 2; Max 50

2. Isu saham Jualan saham dibuka kepada orang awam

Jualan saham tidak dibenarkan kepada orang awam

3. Keperluan penyenaraian Disenaraikan Tidak disenaraikan

4. Maklumat kewangan Dilaporkan kepada para pemegang saham

Mempunyai hak untuk tidak menyiarkan kepada para pemegang saham

5. Pengurusan Menggaji kumpulan profesional untuk menjalankan pengurusan perniagaan

Dikendalikan oleh pemegang saham atau mengupah pengurusan profesional untuk menjalankan perniagaan

6. Liabiliti Liabiliti dihadkan kepada jumlah pelaburan(entiti undang-undan berasingan)

Liabiliti dihadkan kepada jumlah pelaburan(entiti undang-undan berasingan)

7. Contoh Telekom, Tenaga Nasional, Petronas

MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd

Page 11: Acc 2013   bab2

Jenis PerniagaanOrganisasi perniagaan berbeza mengikut jenis aktiviti yang

dijalankan. Jenis aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan adalah seperti:

Pembarangan(Merchandising)Firma yang terlibat dalam aktiviti pembarangan sama ada

menjadi pemborong atau peruncit.Perniagaan ini membeli barang niaga yang kemudiaanya dijual

semula kepada pemborong lain, peruncit atau pengguna lain. Contohnya pasaraya.

Pengilangan (Manufacturing)Firma pengilangan menukar bahan mentah menjadi bahan

siap. Contohnya perniagaan yang mengeluarkan bahan kimia,kereta dan sebagainya.

Perkhidmatan (service)Perniagaan ini memberikan perkhidmatan tertentu kepada

pelanggannya. Contohnya restoran, perniagaan salinan foto, perkhimatan pencucian dan sebagainya.

Page 12: Acc 2013   bab2

Memahami Faktor Persekitaran

Kejayaan sesuatu perniagaan banyak dipengaruhi oleh keupayaan perniagaan untuk bertindakbalas dengan faktor yang terdapat di persekitarannya.

Perniagaan

Teknologi Ekonomi

Sosial

Politik

Perhubungan diantara perniagaan dan faktor-faktor persekitraran

Page 13: Acc 2013   bab2

Faktor EkonomiFaktor ekonomi termasuklah kadar pengunaan tenaga, dasar

kewangan, dasar yang ditetapkan oleh kerajaan, inflasi, kemelesetan ekonomi.

Faktor SosialFaktor sosial termasuklah taburan pendapatan, taburan umur,

taraf pendidikan, cita rasa pengguna dan sikap terhadap kerja dan perniagaan.

Faktor TeknologiContoh pengaruh faktor teknologi ke atas perniagaan ialah

kesan kemajuan teknologi berasaskan komputer telah mempengaruhi cara bagaimana perniagaan dijalankan termasuklah sistem perakaunan.

Faktor PolitikFaktor politik termasuklah ideologi yang berbeza, kuasa politik,

kumpulan berkepentingan dan peraturan dan undang-undang yang memberi kesan terhadap perniagaan.

Page 14: Acc 2013   bab2

Perkara asas menubuhkan PerniagaanDalam menubuhkan perniagaan , beberapa

persoalan asas perlu diambil kira iaitu:

Jenis perniagaan yang hendak dijalankanBentuk perniagaanBagaimana mendapatkan modal

Antara langkah yang biasa diikuti dalam menubuhkan perniagaan termasuklah:

Menjalankan analisis KKPA (SWOT Ananlisis)Membentuk objektifMempertimbankan faktor lain

Page 15: Acc 2013   bab2

Menguruskan perniagaan Perancangan

- Fungsi perancangan adalah untuk meningkatkan kualiti pembuatan keputusan dengan membuat pertimbangan yang berhati-hati tentang semua faktor relevan sebelum keputusan dibuat dan memastikan keputusan yang dibuat mengikut strategi yang rasional yang digunakan untuk membentuk masa depan organisasi.

- Perancangan membantu pihak pengurusan menjangka peristiwa yang akan berlaku pada masa depan.

Page 16: Acc 2013   bab2

Perancangan biasanya melibatkan 5 peringkat berikut:

i. Menetapkan objektif organisasiii. Mengkaji dan menilai persekitaran dimana

organisasi akan beroperasi. Peringkat ini biasanya memerlukan peramalan dibuat

iii. Menilai sumber-sumber yang ada. (sumber kewangan, tenaga manusia, jentera dan peralatan serta bahan)

iv. Menentukan strategi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan melalui satu rancang yang menyeluruh

v. Merekabentuk satu program tindakan untuk mencapai matlamat strategik yang ditetapkan.

Page 17: Acc 2013   bab2

Perancangan boleh dibahagikan kepada 3 jenis mengikut peringkat pengurusan iaitu:

1. Perancangan strategik

- Disebut juga perancangan korporat dijalankan oleh pihak pengurusan

atasan dan dan melibatkan jangka masa yan panjang.(3 hingga 5 tahun).Pada masa ini, visi dan misi organisasi ditentukan

2. Perancangan taktikal- Dilakukan oleh pihak pengurursan pertengahan dan melibatkan jangka

masa antara 1 hingga 3 tahun. Contoh membuat keputusan sama ada membuka cawangan baru diluar negara

3. Perancangan operasi- Juga disebut perancangan jangka pendek. - Dijalankan oleh pihak pengurusan bawahan.- Rancangan yan dibuat meliputi tempoh tidak melebihi setahun- Perancangan pada peringkat ini biasanya melibatkan aktiviti harian

seperti menentukan kuantiti yang hendak dikeluarkan dan harga yang hendak diletakkan

Page 18: Acc 2013   bab2

Belanjawan

Belanjawan adalah alat yang selalu digunakan pihak pengurusan untuk merancang dan mengawal belanjawan sesebuah syarikat.

Belanjawan adalah satu rancangan yang terperinci yang menunjukkan bagaimana sumber diperolehi dan digunakan dalam tempoh tertentu.

Page 19: Acc 2013   bab2

Ciri-ciri belanjawan

I. Boleh disediakan dalam satu tempoh tertentu seperti semingu, sebulan atau setahun.

II. Boleh digunakan untuk menganggarkan kuantiti dan nilai jualan, kuantiti dan kos pengeluaran, kuantiti pembelian dan sebagainya,

III. Boleh disediakan dalam format yang mudah difahami

IV. Disediakan secara kuantitatif samada dalam unit kewangan atau bukan unit kewangan.

V. Penyediaan biasanya melibatkan semua bahagian dalam organisasi

Page 20: Acc 2013   bab2

Antara kebaikan belanjawan:

i. Memaksa pihak pengurusan untuk merancang masa depan dan membuat jangkaan secara sistematik

ii. Membantu penilaian prestasi organisasi

iii. Memberi pihak pengurusan sasaran prestasi yang realsitik untuk dibandingkan dengan prestasi sebenar

iv. Menyelaraskan aktiviti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesebuh organisasi

v. Menghubungkan matlamat organisasi kepada kakitangan

Page 21: Acc 2013   bab2

Belanjawan IndukSalah satu aktiviti yang terlibat dengan

perancangan operasi ialah penyediaan belanjawan induk.

Belanjawan induk adalah satu rancangan tindakan menyeluruh yang terdiri daripada beberapa belanjawan kecil yang berkaitan untuk satu tempoh tertentu.

Belanjawan ini biasanya disediakan untuk tempoh setahun.

Penyediaan belanjawan ini melibatkan semua bahagian dalam sesebuah organisasi.

Salah satu komponen belanjawan induk ialah belanjawan tunai.

Page 22: Acc 2013   bab2

Belanjawan jualan

Belanjawan stok barang siap

Belanjawan belanja menjual dan mentadbir

Belanjawan pengeluaran

Belanjawan modal

Belanjawan tunai, penyata pendapatan teranggar dan Kunci kira kira terangar

Belanjawan penggunaan bahan

Belanjawan overhed

Belanjawan buruh langsung

Belanjawan bahan mentah

Belanjawan pembelian bahan

Hubungkait antara komponen belanjawan induk

Page 23: Acc 2013   bab2

Belanjawan tunai Belanjawan tunai ialah alat yang boleh digunakan

untuk membantu pemilik atau pihak pengurusan merancang dan mengawal perniagaaan.

Belanjawan tunai menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai terjangka untuk satu tempoh tertentu.

Ia boleh disedia dalam tempoh setiap minggu, bulan atau tahun.

Belanjawan tunai tidak sama dengan penyata aliran tunai.

Data yang terkandung dalam belanjawan tunai adalah anggaran sedangkan data yang terdapat dalam penyata aliran tunai adalah data masa lepas.

Page 24: Acc 2013   bab2

Faedah penyediaan belanjawan tunai:

1. Membolehkan pihak pengurusan menjangka bila komitmen/ tanggungan perlu dijelaskan dan memastikan tunai tersedia ada apabila sampai masanya.

2. Belanjawan juga akan menunjukkan bila akan berlakunya lebihan tunai dimana tunai yang berlebihan boleh dilaburkan untuk memberi pulangan yang menguntungkan.

3. Belanjawan tunai juga akan menunjukkan tempoh berlakunya kekurangan tunai.