abst 1103 sirah nabawiyyah dan akhlak

23
(TEMPLET TUGASAN : VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER JANUARI 2014 ABST 1103 SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK NO. MATRIKULASI : 840920125351001 NO. KAD PENGENALAN : 840920125351 NO. TELEFON : 0198414754 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : MUHD ZULHILMI BIN HARON PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Upload: erinadi

Post on 20-Jan-2016

173 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PJJ OUM

TRANSCRIPT

Page 1: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

(TEMPLET TUGASAN : VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI 2014

ABST 1103SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK

NO. MATRIKULASI : 840920125351001

NO. KAD PENGENALAN : 840920125351

NO. TELEFON : 0198414754

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : MUHD ZULHILMI BIN HARON

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Page 2: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARAMUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Sejarah Aktiviti Keusahawanan Baginda SAW 2

2.1. Mengembala kambing 32.2 Berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib ke negeri Syam. 3

2.3. Berniaga di pasar-pasar sekitar kota Makkah 42.4. Nabi Muhammad S.A.W menjalankan usaha perniagaan Khadijah 5

3.0 Signifikan Kemahiran Keusahawanan Dipupuk Terhadap Baginda Sebagai Seorang Rasul Yang Menyebarkan Risalah Islam

5

3.1. Proaktif dan Kreatif 6

3.2. Optimis Dan Bertawakal Kepada Allah SWT  6

3.3. Akhlak mulia 7

3.4. Keikhlasan 8

4.0 Faktor-Faktor Yang Melonjakkan Keunggulan Baginda Sebagai Seorang Usahawan Dan Pendakwah Yang Berjaya Berserta Contoh Pencapaian Baginda Berasaskan Sirah Baginda SAW

8

4.1. Siddiq 8-9

4.2. Amanah 10

4.3. Tabligh 11

4.4. Fatanah 12

5.0 Kesimpulan 14

Rujukan 15

1

Page 3: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

1.0. PENGENALAN

Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Rasulullah SAW adalah

seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan

pandangan kita pada baginda. Kita hanya melihat Rasulullah SAW  sebagai pemimpin agama

semata-mata.Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi

rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak,

remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang

menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi

yang sering disebut dalam al-Quran, firman Allah SWT:

Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan

sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara

bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan

sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;(Faathir:29).

Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu

yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga

merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

2.0. SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN BAGINDA SAW.

Rasulullah SAW  mula menceburi dunia perniagaan dalam usia yang muda, Baginda telah diajar

oleh bapa saudaranya Abu Talib untuk menjalankan perniagaan. Asas keusahawanan baginda

juga disandarkan dengan kemulian akhlak baginda. Berikut adalah sejarah aktiviti perniagaan

baginda SAW.

2.1. Mengembala kambing

2

Page 4: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Rasulullah SAW  tidak mewarisi sedikit pun harta daripada bapanya Abdullah. Malah, semasa

hidup bersama Halimah Al Sa’diyah di perkampungan Bani Saad, Rasulullah SAW  sudah pun

menggembala kambing bersama anak Halimah untuk mencari rezeki meringankan tanggungan

keluarga Halimah yang ramai. Bahkan, apabila baginda kembali ke Makkah pun, baginda masih

lagi menggembala ternakan penduduk Mekah untuk meringankan beban pak ciknya yang

mempunyai keluarga yang besar. 

Pekerjaan menggembala kambing menumbuhkan sifat-sifat positif dalam diri baginda, seperti

sifat tanggung jawab, lemah lembut, penuh perhatian dan kewaspadaan. Sejumlah sifat yang

harus dimiliki oleh setiap penggembala agar ia dapat menjaga ternakannya dengan baik. Ini

adalah merupakan kehendak Allah SWT dan juga sebahagian dari rancangan-Nya yang tersusun

bagi baginda, agar pada masa akan datang baginda mampu memikul tanggung jawab sebagai

pembawa risalah. Dan pekerjaan menggembala kambing merupakan pendidikan Allah SWT bagi

sebahagian besar para Rasul, sebagaimana sabda Beliau :

�م� �غ�ن ال عي� ر� ال إ ي� �ب ن من� م�ا"Tidak ada seorang nabi pun melainkan ia pernah bekerja menggembala kambing".

2.2. Berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib ke negeri Syam.

Abu Talib seorang ahli perniagaan. Ketika Rasulullah SAW . berumur 12 tahun, Abu Talib dan

kafilahnya berangkat ke Syam. Dia lalu menyampaikan hajatnya itu kepada Abu Talib. Abu

Talib pada mulanya keberatan kerana Rasulullah SAW  baru berusia 8 tahun, sedangkan

perjalanan dagang itu amat jauh. Abu Talib khuatir jika Muhammad tidak berdaya menanggung

kepayahan perjalanan itu dan kerana kesungguhan Rasulullah SAW memujuk pak

ciknya,baginda pun dibawa bersama ke Syam.

Semasa dalam perjalanan,kafilah dagangan telah berhenti rehat di tempat bernama Busra di

negeri Syam. Di tempat itu tinggal seorang rahib bernama Buhaira di satu tempat ibadat Nasrani.

Buhaira antara paderi yang dihormati dan dikenali dengan kealiman dan ketinggian ilmu

agamanya. Dan adalah menjadi adat penduduk kawasan tersebut memuliakan tetamu yang

berhenti rehat, lalu Buhaira melayan kafilah Abu Talib sebagai tetamunya.

Buhaira telah mengadakan jamuan makan untuk tetamunya itu. Buhaira mendapati ada bayang

yang memayungi Rasulullah SAW . Bayang itu mengikuti kemana sahaja baginda berjalan. Lalu

3

Page 5: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Buhaira mendapat ilham bahawa itu adalaha tanda kenabian. Lalu Buhaira menjemput kesemua

ahli kafilah ke majlis jamuannya. 

Buhaira menyuruh mereka membawakan Rasulullah SAW  ke majlisnya, setelah baginda dibawa

kepadanya, Buhaira telah mendudukkan baginda di sebelahnya dan melayannya dengan baik.

Buhaira telah bertanya kepada baginda tentang banyak perkara, perkara khusus dan umum.

Rasulullah SAW  menjawab pertanyaan Buhaira dengan tenang. Buhaira gembira dengan

jawapan yang diberikan Rasulullah SAW . Maka benarlah dengan apa yang diketahuinya tentang

kenabian yang akan muncul dari keturunan Ismail bin Ibrahim, sebagaimana yang terdapat pada

belakang baginda dan cop kenabian akhir zaman pada belikat baginda. 

Buhaira berpesan kepada Abu Talib: Bawalah anak saudaramu ini pulang ke negerinya, dan

hendaklah engkau mengawasinya daripada golongan Yahudi. Demi Allah, jika golongan melihat

Muhammad, mereka akan mengenalinya, Yahudi akan berbuat jahat terhadap anak saudaramu

itu kerana anak saudaramu itu seorang utusan agung. Bersegeralah kamu membawanya

pulang.”

Lalu Abu Talib pun segera membawa Rasulullah SAW  pulang ke Makkah. Berlalu beberapa

tahun sehinggalah baginda meningkat remaja. Sebagai anak yatim piatu, baginda melakukan

semua kerja yang boleh dilakukannya sendiri tanpa terlalu mengharapkan ihsan Abu Talib.

2.3. Berniaga di pasar-pasar sekitar kota Makkah

Selain berniaga di luar kota Makkah, Rasulullah SAW  turut melakukan aktiviti perniagaannya di

pasar-pasar sekitar kota Makkah, antaranya pasar al -`Ukaz dan zu al-Majaz. Baginda gigih

mengusahakan perniagaannya terutamanya ketika kota Makkah dikunjungi oleh seluruh manusia

pada musim-musim haji.

Rasulullah SAW  telah mengusahakan perniagaan sendiri serta berkongsi dengan seorang

saudagar kecil bernama As-Saa’ib bin Abi As-Saa’ib. As-Saaib seorang peniaga yang baik, jujur

dan amanah. Baginda pernah berkata:“Rakan kongsi yang paling baik ialah as-Saaib. Dia

termasuk dikalangan mereka yang dijinakkan hati dan beliau lebih baik setelah memeluk

Islam.” Inilah pekerjaan nabi sehingga baginda berusia lebih dua puluh tahun.

2.4. Nabi Muhammad S.A.W menjalankan usaha perniagaan Khadijah

4

Page 6: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Siti Khadijah Khuwailid adalah seorang pedagang dan wanita kaya daripada suku Abdul Uzza

bin Qusai bin Kilab. Apabila beliau mendengar berkenaan Muhammad bin Abdullah, kejujuran

baginda dan peribadi baginda yang mulia. Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah SAW 

menguruskan perniagaannya di Syam. Rasulullah SAW  juga ditemani oleh Maisarah, salah

seorang pekerja Siti Khadijah. Sepanjang perjalanan pelbagai perkara pelik dan menggagumkan

berlaku. Maisarah juga berasa selesa dengan sifat mesra, kasih sayang dan lemah lembut

baginda. Lebih menambahkan rasa pelik itu, Maisarah merasai awan menanungi perjalanan

mereka daripada cahaya matahari. 

Apabila sampai ke Syam, semua dagangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW . habis dijual.

Baginda membeli pula barangan untuk didagangkan di Makkah. Orang-orang suruhan Khadijah

juga  menyaksikan cara baginda. melayan pembeli-pembelinya. Mereka dilayan dengan lemah

lembut dan tutur kata yang manis. Mereka juga menyaksikan timbang dan sukat yang dibuat oleh

Rasulullah SAW betul dan tepat. Orang-orang suruhan Khadijah itu amat gembira melihat semua

itu.

Kepulangan Rasulullah SAW  yang berdagang ke Syam itu membawa keuntungan besar. Belum

pernah perniagaan Khadijah memperolehi keuntungan seperti itu. rombongan Nabi Rasulullah

SAW amat gembira dengan kejayaan kali ini.Hati Khadijah mula tertarik mahu mengenali

baginda,  ditambah pula cerita daripada Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan baginda

diceritakan sepanjang perjalanan menambahkan lagi rasa kagum padanya. 

3.0. SIGNIFIKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DIPUPUK TERHADAP

BAGINDA SEBAGAI SEORANG RASUL YANG MENYEBARKAN RISALAH

ISLAM

Keunikan yang terdapat dalam sistem keusahawanan Islam yang dipupuk terhadap

Rasulullah SAW  disebabkan ia bukan hanya berasaskan kepada teori ekonomi ciptaan manusia

semata-mata sebaliknya ia diadunkan dengan wahyu. Melalui kombinasi kedua-dua elemen

tersebut ia membentuk disiplin keusahawanan yang bercirikan Islam dan menjadi panduan dan

peraturan kepada hidup manusia untuk berinteraksi sesama manusia dan juga Penciptanya.

Secara tidak langsung ia juga dapat membentuk Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah

5

Page 7: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

dakwah islam yang akan disampaikan oleh baginda. Berikut ialah antara kemahiran

keusahawanan baginda :

3.1. Proaktif dan Kreatif

Seorang usahawan perlu bersikap proaktif dan berpandangan jauh ke hadapan. Rasulullah SAW 

sebagai contoh, merupakan seorang yang bersifat proaktif apabila setiap langkah tindakannya

sangat jauh ke hadapan sehingga menjangkau pemikiran manusia biasa. Sikap proaktif ini boleh

kita lihat apabila baginda telah mengadakan aktiviti pernigaan di tempat yang strategik seperti

pasar-pasar di Kota Makkah yang merupakan tempat tumpuan orang ramai terutama pada musim

haji.Hubungan perniagaan merupakan permulaan kepada hubungan silaturahim dan penyebaran

dakwah baginda sehinggakan hubungan tersebut membawa kepada termeterainya perjanjian

Aqabah pertama dan kedua sebagai persediaan sebelum baginda dan umat Islam berhijrah ke

Madinah. Justeru itu, seorang usahawan perlu berfikiran kreatif dalam mengendalikan

perniagaan. Seorang usahawan perlu kreatif terutama semasa melakukan perubahan atau

pembaharuan dalam pemasaran barangan agar lebih baik daripada barangan yang dikeluarkan

oleh para pesaing.

Contohnya pada masa kini, kemudahan internet adalah salah satu platform didalam pemasaran

dan juga dalam penyampaian dakwah islamiah. Kemudahan internet telah membawa manusia ke

satu dunia baru tanpa sempadan. Perkenalan antara satu dengan yang lain boleh berlaku tanpa

perlu berjumpa dan dengan internet pemasaran barangan berlaku dengan pantas serta juga boleh

digunakan sebagai medium dakwah yang terbaik.

3.2. Optimis Dan Bertawakal Kepada Allah SWT 

Rasulullah SAW  bersikap optimis dan selalu bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam

setiap usaha atau pekerjaan yang baginda lakukan. Sikap memandang jauh ke hadapan dengan

sangkaan baik atau positif akan mendorong seseorang bertindak dengan yakin. Rasulullah

SAW tidak pernah berputus asa dengan setiap tindakan kaum yang memusuhi baginda, biarpun

baginda dihina namun usaha serta sikap optimis baginda dalam menyampaikan dakwah tetap

diteruskan. Ciri-ciri tersebut telah dibentuk oleh Allah SWT secara tidak langsung daripada

kemahiran berniaga Rasulullah SAW .

6

Page 8: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Dalam Islam, setiap usaha hendaklah dimulakan dengan niat atau keazaman dan ganjarannya

tertakluk kepada apa yang telah diniatkan oleh seseorang. Usaha dan tawakal juga mempunyai

peranan dan pengaruh yang besar dalam meraih kejayaan dan keuntungan terutama dalam

perniagaan yang diusahakan.

Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya

(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.

Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang

kafir".(Yusuf : 87)

3.3. Akhlak mulia

Rasulullah SAW merupakan contoh tauladan umat sebagaimana ajaran Islam yang dibawanya.

Rasulullah SAW dikenali sebagai ahli perniagaan yang terulung kerana kejujuran, kemulian dan

amanahnya baginda di dalam urusan perniagaan sehinggakan baginda diberi gelaran Al-Amin.

Dengan keagungan dan kemuliaan sifat Rasulullah SAW, baginda juga terkenal sebagai seorang

ahli perniagaan yang beretika.

Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa

memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua

pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini

membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang

besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.

Rasulullah SAW juga adalah sebaik-baik dan semulai-mulia rasul kerana akhlak baginda ialah

akhlak Al-Quran itu sendiri. Tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik daripada

keindahan akhlak Al-Quran. Allah SWT berfirman :

dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.( Al-Qalam : 4)

3.4. Keikhlasan.

Ikhlas dikaitkan dengan niat atau dorongan di dalam melakukan sesuatu. Ini biasanya dikaitkan

dengan naluri semula jadi manusia yang menjadi asas budi pekerti umum. Di dalam Islam, kita

7

Page 9: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

mengamati secara halus niat yang mengiringi setiap gerak laku manusia dan juga 

perasaan yang menyelubungi. 

Bagi Islam, nilai sesuatu perbuatan itu pada asasnya terhenti kepada  tabiat dorongan atau niat

yang mencetuskan perbuatan itu. Malahan  segala kelazatan nikmat yang diingini oleh nafsu jika

disertakan dengan niat yang baik maka ia bertukar menjadi amalan yang bertujuan  mendapat

pahala dari Allah. Nilai faedah atau pahala yang diperoleh  dari suatu amalan yang baik akan

berlipat ganda jika ia dilakukan  dengan penuh ikhlas. Sebuah hadis Nabi Muhammad berbunyi,

"Ikhlaslah  terhadap agamamu, cukup bagimu amalan yang sedikit" 

Di dalam perniagaan, keikhlasan boleh diterapkan di dalam tugasnya sebagai 'pemberian

perkhidmatan' kepada pengguna. Jika peniaga  berazam untuk memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada pengguna atas niat mendapatkan keredaan Allah sudah pasti bukan saja 

perniagaannya akan bertambah maju dan berkembang disebabkan oleh sikap kita amat baik

kepada pelanggan tetapi juga kita akan  memperoleh pahala berlipat ganda. 

Di dalam falsafah perniagaan Barat pelanggan itu adalah raja.  Berasaskan kepada akhlak Islam,

pelanggan itu bukan lagi raja. Allah adalah Raja yang mutlak yang melihat dan yang mengetahui

apa yang kita lakukan. Jika kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan niat

untuk mendapatkan keredaan atau balasan dari Allah, pastinya kita akan lebih bersikap murni

kepada pelanggan. Menganggap sebagai raja boleh dilakukan secara hipokrit hanya di hadapan

pelanggan saja. Bersikap baik terhadap pelanggan dengan niat untuk mendapat keredaan Allah

menjadikan kita bersikap baik sepanjang masa terhadap pelanggan kerana kita menyedari

bahawa Allah sentiasa mengawasi kita sepanjang masa.

4.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MELONJAKKAN KEUNGGULAN BAGINDA

SEBAGAI SEORANG USAHAWAN DAN PENDAKWAH YANG BERJAYA

BERSERTA CONTOH PENCAPAIAN BAGINDA BERASASKAN SIRAH BAGINDA

SAW

8

Page 10: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

4.1. Siddiq

Perkataan siddiq membawa maksud benar. Rasulullah SAW seorang usahawan yang jujur

dan benar.Sifat ini lahir hasil pancaran keimanan dan ketakwaan baginda. Bersikap benar

mestilah meliputi niat, perkataan, tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab

serta tugas. Kejujuran baginda diketahui umum sehingga seluruh kaum Makkah memanggil

baginda sebagai al-siddiq dan al-amin. Reputasi positif seorang usahawan penting terutamanya

bagi menarik kepercayaan pembeli. Namun,dewasa ini seringkali kita melihat di dada-dada

akhbar bagaimana pengguna merasa tidak puas hati terhadap sesuatu produk. Contohnya

perniagaan ’menang dan gores’. Ketidakpuasan ini timbul disebabkan ramai pengusaha tidak

mengamalkan prinsip siddiq di dalam memasarkan produk mereka sehingga sanggup menipu dan

merasuah asalkan jualan mereka laris dan habis dijual. Oleh itu bagi seseorang usahawan Muslim

pendekatan pemasaran secara siddiq perlu dilaksanakan dan dipraktiikan di dalam perniagaan

mereka. Contohnya seseorang usahawan Muslim mesti berani mengakui kelebihan dan

kelemahan yang wujud pada produknya, memberitahu pengguna tentang kualiti dan standard

sesuatu produk dengan tidak ada perasaan prejudis. Jelas sekali disini prinsip siddiq ini amat

relevan dengan usahaan Muslim kerana ia akan membezakan seseorang usahawan Muslim

dengan seseorang usahawan konvensional yang banyak tipu muslihatnya demi mengaut

keuntungan berlipat kali ganda sehingga mengabaikan konsep memaksimumkan pahala. Sesuai

dengan firman Allah yang bermaksud;

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan

kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan

mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya

kamu mengambil peringatan mematuhiNya. ( Al-Nahl: 90 )

Ayat di atas menceritakan keadilan yang disarankan oleh Allah kepada manusia dalam

proses mencapai pemaksimuman pahala tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Ini membawa

maksud berani menyatakan yang benar dan tidak berbohong ketika melakukan pemasaran barang

9

Page 11: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

dan perkhidmatan bagi memastikan keadilan itu wujud dalam transaksi pemasaran barang dan

perkhidmatan. Kerabat yang dimaksudkan oleh Islam ialah hubungan atas dasar sesama Islam

dan bukan bermaksud kroni ataupun hubungan atas dasar kekeluargaan kerana setiap orang Islam

itu bersaudara dan mesti saling tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira warna,

kaum,bangsa, kedudukan, pangkat, dan sebagainya. Jelas sekali objektif sesuatu pemasaran

adalah untuk mencapai kepuasan yang maksimum dengan memaksimumkan keuntungan. Ini

merupakan objektif pemasaran yang dilaksanakan oleh sistem pengurusan sekular. Maka tidak

hairanlah banyak negara di dunia ini hampir semua pemasaran perekonomiannya adalah

berasaskan keuntungan semata-mata sehinggakan sanggup mengabaikan kepentingan orang lain.

Namun dalam pemasaran Islam objektif seperti ini tidak wujud, sebaliknya memaksimumkan

pahala merupakan matlamat awal sesuatu pemasaran itu dilakukan. Melalui pemaksimuman

pahala ini, secara tidak langsung ia telah memenuhi tuntutan agama seterusnya memenuhi

tuntutan dunia melalui penciptaan keuntungan yang tidak terlalu tinggi dan tidak membebankan

orang lain.

4.2. Amanah

Perkataan amanah amat sinonim dengan perkataan jujur. Amanah juga merupakan satu

lagi pendekatan pemasaran secara Islam. Amanah yang dimaksudkan di sini adalah amanah

kepada Pencipta dengan mengakui tentang harta dan rezeki di dunia ini adalah milik-Nya. Selain

itu perkataan amanah ini bermaksud jujur dalam semua perkara. Seseorang usahawan Muslim

mesti percaya kepada konsep Ihsan di mana di bawah konsep ini kita percaya bahawa kita

melihat Allah sepertimana Allah melihat kita. Oleh itu jujur dalam menjual dan mempromosikan

sesuatu produk, jujur di dalam meletakkan harga, jujur di dalam mempamerkan barangan dan

jujur dalam semua perkara yang berkaitan perniagaan perlu di jana dalam diri usahawan Muslim

masa kini. Jika amalan ini dipraktikkan sepenuhnya sudah pasti amalan rasuah terhadap

penjualan dan pembelian sesuatu barang dapat dielakkan. Sejarah telah membuktikan bagaimana

Rasulullah yang digelar ’al-amin’ iaitu seorang yang jujur dalam perniagaan sehinggakan

masyarakat bukan Islam sendiri amat suka kepada keperibadian Rasulullah itu. Rasulullah juga

telah membuktikan bagaimana konsep mudharabah telah dipraktikkan di dalam sistem

perekonomian pada masa itu di mana Baginda telah berkongsi tenaga dan barang dengan

Saidatina Khadijah bagi menjalankan urusniagaan. Hasilnya keuntungan yang berlipat kali ganda

10

Page 12: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

yang diperolehi oleh Rasullulah kesan prinsip ’al-amin’ yang di terjemahkan oleh Baginda di

dalam perniagaan diagihkan mengikut persetujuan dan prinsip mudharabah. Selain itu Allah

telah berfirman;

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan

jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada

hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia

Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188)

Ayat di atas ini pula menerangkan tentang larangan rasuah di dalam aktiviti kehidupan

manusia. Ini termasuklah juga dalam bidang pemasaran. Rasuah boleh menyebabkan masyarakat

berada dalam keadaan porak peranda seterusnya mendatangkan kesan buruk kepada agama,

bangsa dan negara. Oleh itu bagi memaksimumkan pahala di dalam aktiviti pemasaran perkara

yang berkaitan rasuah hendaklah dielakkan. Ini kerana rasuah mempunyai kesan rantaian bukan

sahaja terhadap seseorang tetapi juga keluarga dan keturunan.

4.3. Tabligh

Tabligh bermaksud menyampaikan sesuatu dengan ikhlas. Seseorang usahawan Muslim

itu perlu menyampaikan maklumat tentang produk keluarannya tanpa rasa tergugat dan riak.

Pemberian maklumat ini merangkumi kualiti, bahan-bahan, harga barangan, dan sebagainya.

Pemasaran secara 'tabligh' ini juga mestilah merangkumi semua perkara tanpa ada unsur

penipuan dan sebagainya lagi. Sebaliknya konsep 'ta'awun' (bekerjasama) perlu dipraktikkan.

Allah telah berfirman yang bermaksud;

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah

kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah

kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang

melanggar perintahNya). (al-Maidah: 2)

11

Page 13: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Rasulullah juga pernah bersabda;

“Barang siapa yang di waktu petangnya merasakan kelelahan sebab kerja tangannya, maka di

waktu petang itulah ia terampun dosanya.”(Hadis Tabrani dan Baihaqi)

Hadis di atas juga memberi motivasi kepada usahawan Muslim agar sentiasa bersyukur dan

ikhlas melakukan kerja kerana Allah dengan menggunakan tulangnya sendiri kerana keletihan

yang diperolehi itu dapat mengikis dosa-dosa sebelum ini. Ini akan memberi motivasi kepada

semua usahawan Muslim agar cuba menggunakan pendekatan pemasaran secara Islam dalam

aktiviti perniagaan mereka. Oleh itu masalah rasuah, pecah amanah, dan sebagainya lagi dapat

dihapuskan. Ini kerana di dalam jiwa manusia telah disemai semangat motivasi pemasaran secara

Islam yang menekankan aspek kejayaan di dunia dan akhirat.

4.4. Fathanah

'Fathanah' yang dimaksudkan di sini ialah bijaksana iaitu bijak di dalam menjalankan

perniagaan sehingga tidak melalaikan urusan akhirat. Bijaksana di sini juga bermaksud tidak

pernah putus asa dan kecewa sebaliknya mempunyai pemikiran yang positif terhadap sesuatu

perkara yang berlaku khususnya yang berkaitan perniagaan. Oleh itu usahawan perlu bijak di

dalam memasarkan produk mereka kepada pengguna dengan mengaplikasikan teknologi terkini

seperti internet dan media massa. Selain itu usahawan Muslim juga perlu sedar proses untung

rugi dalam perniagaan adalah lumrah bagi usahawan Muslim. Jika digabungkan prinsip 'siddiq,

amanah, tabligh dan fathanah' sudah pasti usahawan Muslim tersebut akan memperolehi untung

yang berlipat kali ganda bukan sahaja di dunia bahkan akhirat. Usahawan Muslim juga perlu

sedar bahawa selain menjaga hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka sesama manusia

iaitu pengguna, hubungan mereka dengan mahkluk lain juga perlu dijaga seperti tidak melakukan

pencemaran sampah, pencemaran udara dan pencemaran bunyi melalui pemasaran barang-

barang dan perkhidmatan mereka. Allah telah berfirman maksudnya;

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh

perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan

sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik

hati dan pandangan. (An-Nur: 37)

12

Page 14: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

Di dalam konteks ayat ini para pengusaha dan mereka yang terbabit di dalam aktiviti

pemasaran tidak boleh dilalaikan oleh kesibukan mereka mengurus dan memasarkan sesuatu

sehingga mengabaikan Allah dan menyebabkan seseorang itu tidak mampu mencapai pahala

yang maksimum. Apatah lagi di dalam menguruskan sesuatu perancangan, pelaksanaan dan

proses pemasaran, maka segala aktiviti yang melibatkan proses pengurusan pemasaran ini akan

terikat dengan hukum-hukum agama seperti halal-haram, makruh, harus, dan sebagainya lagi.

Oleh itu sebagai seorang Muslim yang bijak perlu mengetahui tentang tanggungjawabnya kepada

Tuhan. Di samping itu mereka juga perlu bijak di dalam memasarkan barangan yang diperlukan

oleh pengguna dan bukan berasaskan keuntungan semata-mata di mana di dalam pemasaran

Islam,barang daruriyyah (barang keperluan asasi) perlu dipasarkan dahulu berbanding barang

hajiyat (barang normal), kamaliat (barang selesa) dan tarafiyah (barang membazir).

5.0 KESIMPULAN

Keusahawanan secara Islam amat jarang dipraktikkan oleh usahawan Muslim masa kini. Ramai

usahawan Muslim tidak sedar bahawa pemasaran secara Islam akan menjamin kekayaan di dunia

dan akhirat. Sejarah Rasulullah sendiri telah membuktikan bahawa Baginda dan ramai sahabat

lagi telah berjaya menjadi usahawan Muslim yang disegani oleh masyarakat pada masa tersebut.

Namun konsep memaksimumkan keuntungan lebih dititikberatkan usahawan masa kini. Pelbagai

perkara tidak sihat dipraktikkan dalam amalan pemasaran perniagaan mereka. Rasuah,

menyembunyikan kos-kos tertentu daripada pengguna, menipu dan membohongi pengguna

melalui barangan yang ditawarakan serta sebagainya lagi jelas memperlihatkan kekotoran jiwa

usahawan masa kini. Oleh itu usahawan Muslim perlu bangkit dan melepaskan diri dari

kepompong ini dengan mempraktikkan pemasaran secara Islam sepertimana yang digariskan

oleh Rasulullah. Konsep siddiq, amanah, tabligh dan fathanah perlu dirangsangkan dalam

perniagaan usahawan Muslim masa kini bagi membezakan usahawan Muslim yang

13

Page 15: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

berorientasikan Syariah dan usahawan konvensional yang berorientasikan materialistik dan

kepuasan semata-mata.

(3474 Patah Perkataan)

RUJUKAN

1. Abdul Sami’, M. (1993). Perniagaan dalam Islam (Terj. Ahmad Haji Hasbullah). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abu Mazaya, H. (2002). Sirah dan riwayat hidup Nabi Rasulullah SAW. Selangor: Al-

Hidayah Publisher.

3. Mohd. Radzi Othman & Ghafarullahuddin Din, (2005). Ekonomi Dalam Perspektif Al-

Qur'an dan Al-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

4. Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Selangor: Pelanduk

Publications.

5. Mariam Abd Majid & Dr. Zulkefli Aini,(2010). Sirah Nabawiyyah dan Akhlak. Selangor:

Meteor Doc. Sdn. Bhd.

14

Page 16: ABST 1103 Sirah Nabawiyyah Dan Akhlak

ABST 1103 ( SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK )

6. Tepati Janji,Ikhlas Tanggungjawab Tonjol sifat Muslim Sejati.(2008).[Online].

Available:https://groups.yahoo.com/neo/groups/SurauKampung/conversations/topics/

1667

7. Nabi Muhammad Sebagai Usahawan. [Online]. Available: https://sites.google.com/site /

oumkerja/home/semester-1-satu/fakulty/topik-7-nabi-muhammad-s-a-w-sebagai-

usahawan/ 7-4-akhlak-dan-ciri-usahawan-menurut-al-quran-dan-hadis

15