1103 hbml bm

48
HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU KEMAHIRAN BERTUTUR Bahagian a 1.1 Pengenalan “BAHASA JIWA BANGSA” “CINTAILAH BAHASA MELAYU” “BAHASA MELAYU BAHASA KITA” Kerap kali kita dengar malahan, turut melaungkan slogan ini. Slogan ini adalah salah satu kempen kerajaan melalui agensi-agensinya untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Kenapa perlu kempen dan perlu dimartabatkan Bahasa Melayu? Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000) di alaf baru ini Bahasa Melayu ditulis dan di gunakan oleh lebih 250 juta orang daripada 4000 juta penduduk Asia Tenggara. Kempen dan slogan-slogan ini perlu kerana tanpa kita sedar, Bahasa Melayu hari ini digunakan tanpa mengikut hokum keperluan situasinya atau nahunya. Kerana itu sebagai seorang guru, masalah-masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu perlu di atasi sedari awal usia pembelajaran kanak-kanak. MUHAMMAD BIN ROBUNA 740625065503002 1

Upload: aidma

Post on 23-Jun-2015

977 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

KEMAHIRAN BAHASA MELAYUKEMAHIRAN BERTUTUR

Bahagian a

1.1 Pengenalan

“BAHASA JIWA BANGSA”

“CINTAILAH BAHASA MELAYU”

“BAHASA MELAYU BAHASA KITA”

Kerap kali kita dengar malahan, turut melaungkan slogan ini. Slogan ini

adalah salah satu kempen kerajaan melalui agensi-agensinya untuk

memartabatkan Bahasa Melayu. Kenapa perlu kempen dan perlu dimartabatkan

Bahasa Melayu?

Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000) di alaf baru ini Bahasa Melayu ditulis

dan di gunakan oleh lebih 250 juta orang daripada 4000 juta penduduk Asia

Tenggara. Kempen dan slogan-slogan ini perlu kerana tanpa kita sedar, Bahasa

Melayu hari ini digunakan tanpa mengikut hokum keperluan situasinya atau

nahunya. Kerana itu sebagai seorang guru, masalah-masalah dalam

pembelajaran Bahasa Melayu perlu di atasi sedari awal usia pembelajaran

kanak-kanak.

Proses penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak bermula dengan

mendengar. Selepas itu mengajuk dan kemudian bertutur. Sehubungan itu,

proses penguasaan seperti ini perlu di utamakan dalam pengajaran bahasa.

Apabila mereka telah biasa dengan bahasa itu, barulah di perkenalkan

tulisannya. Dengan itu lebih mudah untuk kanak-kanak menginterpretasikan

lambang yang tertulis kepada lambang pertuturan. Ia bererti kemahiran lisan

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

1

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANyang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur perlu dikembangkan dahulu

sebelum pelajar diajar membaca dan menulis.

Kemahiran mendengar ialah kemahiran paling asas dalam kelompok

kemahiran berbahasa dan kemahiran ini berlaku di peringkat penerimaan

(receptive level). Selepas itu Kemahiran bertutur, Kemahiran ini berlaku di

peringkat “productive level”. Menurut Kamarudin Hj Husin (1990) ia tidak boleh

dicipta oleh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk. Kemahiran ini mempunyai

integrasi yang rapat dengan kemahiran mendengar. Seseorang yang telah

menguasai kemahiran bertutur yang baik akan dapat membuatkan pendengar

memahami apa yang dituturkan dan seterusnya membuat penafsiran akan

bunyian yang didengarnya.

1.2 Definisi

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh manusia

dalam keadaan semula jadi. Ahli falsafah, psikologi dan bahasa biasa

menyatakan bahawa penguasaan bahasalah yang paling nyata membezakan

antara manusia dengan binatang. Seseorang itu tidak boleh menguasai (atau

menggunakan) bahasa asli tanpa penguasaan (atau penggunaan) sesuatu

bahasa asli yang khusus.

Menurut Shrope (19791) manusia bercakap kerana beberapa perkara iaitu

bercakap untuk keseronokan, bercakap untuk tujuan memaklumkan, bercakap

untuk tujuan mempengaruhi, dan bercakap untuk tujuan menyelesaikan

masalah.

Kemahiran bertutur secara mudahnya bolehlah di definisikan sebagai

kegiatan melafazkan bunyi-bunyian yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan

1 Ayne Austin Shrope (1979), Speaking and Listening: A Contemporary Approach. New York : Harcount Brace Jovanovich. Inc

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

2

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANatau artikulasi manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana

berbahasa. Secara ringkasnya konsep pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi

bahasa yang dilafazkan. Ia berlaku setelah penutur dapat mendengar dan

memahami dengan baik apa yang didengarnya.

Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum didalam Huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Kelas Peralihan mendefinisikan Kemahiran Bertutur

sebagai keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta

idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul

secara sopan. Penekanan di berikan kepada penggunaan pengucapan yang

menggunakan tatabahasa yang betul.

1.3 Masalah-masalah

Walaupun kemahiran ini antara paling asas dalam kemahiran Bahasa

Melayu masih terdapat halangan-halangan yang menyebabkan kemahiran ini

lambat dikuasai dan seterusnya mengganggu pengajaran bahasa. Antaranya

ialah

1.3.1 Kecacatan Fizikal

Masalah ini bermakna kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dengan

alat artikulasinya. Kanak-kanak yang cacat alat pertuturan seperti kecacatan

anggota mulut, sumbing bibir, lidah pendek atau sebarang masalah berkaitan

kotak suara boleh mengakibatkan terjadinya bisu, sengau atau pelat. Situasi ini

menyebabkan terbantut kebolehan bertutur, perkembangan bahasa secara

umum dan juga kematangan sosial.

Kecacatan deria pendengaran seperti kurang dengar (pekak badak?2)

atau pekak akan turut mengganggu kemahiran bertutur secara langsung. Samuel

2 Istilah orang Melayu dahulu untuk orang yang pura-pura tidak mendengar. Mengikut Kamus Dewan (1970) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka orang yang tidak mendengar bunyi / suara kuat tetapi dengar bunyi / suara lembut atau perlahan.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

3

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANA. Kirk (1972) Pernah membuat pemerhatian bahawa kanak-kanak yang cacat

pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan. Lemah

dalam perkembangan bahasa amnya, serta lemah dalam aspek tatabahasa,

ejaan, perbendaharaan kata dan juga dalam pengetahuan am khususnya.

Namun begitu masalah kanak-kanak cacat alat artikulator yang serius, di

Malaysia kini terdapat sekolah yang khusus untuk mereka. Manakala bagi

masalah yang kurang serius seperti pelat dan sengau masih boleh bersekolah di

sekolah yang biasa sahaja. Maka disinilah pentingnya setiap guru menguasai

kemahiran mendengar.

1.3.2 Gangguan Bahasa Ibunda.

Bahasa ibunda ialah bahasa sendiri yang digunakan sejak kecil oleh

kanak-kanak. Menurut Kamarudin (1990) penguasaan Bahasa pertama di

kalangan kanak-kanak penutur jati berlaku secara tidak formal. Bahasa itu di

peroleh dan bukan melalui proses pembelajaran. Apabila tiba masanya secara

tidak disedari kanak-kanak itu akan pandai dengan sendirinya menggunakan

bahasa itu.

Ini berbeza dengan penguasaan bahasa kedua, kanak-kanak terpaksa

mempelajarinya. Jack C. Richards (1980) menamakannya sebagai masalah

antarabahasa (inter-language problems) iaitu murid-murid dari kaum lain dari

kaum Melayu akan mengalami masalah sebutan apa yang didengari mereka

akan dituturkan lain kerana struktur bahasa tersebut selain daripada kelalian

pendengaran terhadap bahasa ibunda.

Di Malaysia, masalah ini berlaku dengan meluas di kalangan kaum seperti

Cina dan India. Gangguan fonologi bahasa ibunda mereka keatas aspek sebutan

dan intonasi apabila bertutur amat ketara. Sekiranya masalah ini tidak diatasi

sedari awal, masalah ini akan terus dibawa sehingga ke dewasa dan selama-

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

4

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANlamanya. Di bawah ini diperlihatkan sedikit kesalahan sebutan oleh kaum Cina

dan India3.

PERKATAAN SEBUTAN SALAH

1. Banyak

2. Bangun

3. Cakap

4. Dengan

5. Dulu

6. Lebih

7. Lebih Kurang

8. Mengenai

9. Menempuh

10. Mengambil

Maya?

Mayon

Ciakap

Degan

Lulu

Lebeh

Lebeh kurang

Meg-ge-na?-i

Me-nim-poh

Meg-am-bi

Di atas adalah masalah kemahiran bertutur dikalangan Kaum Cina,

masalah ini timbul terutamanya dikalangan murid-murid yang menuntut di

peringkat awalnya di SJKC. Seterusnya dibawah ini pula adalah kelemahan

kemahiran bertutur dikalangan Kaum India

PERKATAAN SEBUTAN SALAH

1. tempat

2. terus

3. sedikit

4. enam

tempat

terus

siddikit

annam

3 Di ambil dalam bab Mengesan dan Mengatasi masalah Dalam Pembelajaran bahasa. m/s 310 dan 311. Abd aziz Abd Talib (2000).

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

5

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

5. empat

6. apa

7. selalu

8. sendiri

9. pergi

10. pecah

ampat

appa

silalu

sindri

pigi

pica

Selain aspek sebutan, aspek intonasi juga merupakan satu masalah yang

sering dihadapi oleh penutur bahasa kedua. Sehubungan dengan aspek intonasi

D.A. Wilkins (1981) menegaskan bahawa:-

Most important of all is intonation. Language have characteristic ways of

using pitch of the voice, that is the highs and the lows. It has contouts of

movement...

Dari sudut fonologi pula, pelajar bahasa kedua yang terdiri daripada

pelajar-pelajar bukan bumiputera sering mengalami kesulitan untuk menyebut

beberapa fonem dan bunyi dalam bahasa Melayu. Di Kalangan pelajar-pelajar

Cina misalnya mereka sering membuat kesalahan sebutan seperti:

a. Letupan dua bibir yang bersuara [b]

b. Letupan gusi bersuara [d]

c. Letupan lelangit lembut bersuara [g]

d. getaran gusi [r]

masalah yang berlaku apabila pelajar ini sering mencampuradukkan bunyi-bunyi

fonem ini dengan bunyi-bunyi homorgan4.sebagai contohnya ialah:-

a. [b] sebagai letupan dua bibir yang tidak bersuara atau

sebagai sengau dua bibir iaitu [p] dengan [m].

4 Bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan alat sebutan yang sama, hanya bezanya ialah bersuara atau tidak

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

6

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN-barang sebagai parang atau marang

dan

-batu sebagai patu atau matu

Satu lagi contoh ialah:-

b. [d] letupan gigi bersuara sebagai letupan gusi yang

tidak bersuara atau sisian gusi, iaitu [t] atau[l].

-datang sebagai tatang atau

latang

Dan

-dahi sebagai tahi atau lahi.

Selain daripada yang dinyatakan ini sebenarnya ada banyak aspek lagi

yang mendatangkan masalah kepada penutur bahasa kedua, namun sebagai

panduan cukuplah jika hanya beberapa item ini yang di perlihatkan.

1.3.3 Pengaruh Dialek Tempatan

Bahasa daerah atau dialek tempatan adalah satu lagi faktor yang boleh

mengganggu aspek sebutan dan intonasi dalam bahasa Melayu. Masalah ini

biasanya melibatkan murid-murid berbangsa Melayu yang dibesarkan dalam

kawasan dialek yang kuat atau tebal pengaruhnya. Dalam kontek Malaysia

setiap negeri mempunyai dialek masing-masing. Dilihat dari satu sudut, dialek

memperkayakan rumpun bahasa namun dalam kontek kemahiran bertutur ianya

telah menjejaskan keupayaan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu

Kebangsaan.

Pengaruh dialek ini ada dimana-mana dan dalam semua jenis bahasa5.

Malaysia tidak terkecuali namun masalah ini timbul ketara di kalangan penutur

bahasa Melayu kelahiran Kelantan, Terengganu dan Kedah. Oleh kerana telah

dibesarkan dengan dialek daerah atau negeri ini, masalah kemahiran bertutur 5 Menurut Asmah hj Omar, sungguh pun saiz fizikal Malaysia Kecil namun terdapat kepelbagaian dialek dan dialek daerah ini yang menjadi bahasa ibunda mereka dengan setiap negeri mempunyai dialek yang tersendiri.Malahan setiap daerah dalam negeri juga mempunyai dialek yang berlainan dari daerah lain.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

7

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANyang timbul adalah akan menjadi hampir sama dengan masalah nombor 2 tadi

iaitu gangguan bahasa ibunda!

Bagi orang Kelantan, dialek yang digunakan mempunyai banyak

perbezaan ketara dengan Bahasa Melayu Standard / Baku, antaranya ialah:

Semua letupan di akhir perkataan digantikan dengan hentian

glottis [?].

Getaran gusi [r] di awal, di tengah kata digantikan dengan

geseran lelangit lembut bersuara [y]. Konsonan di akhir

perkataan dihilangkan.

Diftong [ai] di akhir kata dibunyikan [a] sahaja.

Contoh-contoh perkataan yang disalah sebut dalam bahasa baku antaranya ialah:-

BAHASA MELAYU

BAKU

DIALEK KELANTAN

Patut Patuk

Gelap Gelak

Pakai Paka

Dalam Dale

Kecil kecik

Manakala dari segi leksikal (penggunaan perkataan) sebutan-sebutan yang

kerap diucapkan adalah seperti berikut:-

BAHASA BAKU DIALEK KELANTAN

Beritahu Ghoyak

Tiap-tiap Nok-nok

Menangis Teghiok

Cakap Kecek

Balik kelik

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

8

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANSekadar contoh beberapa perkataan di atas yang akan membawa kepada situasi

janggal semasa pengajaran sebagai mana yang pernah terjadi disebuah sekolah

apabila gambar jambatan yang diperlihatkan dengan beberapa suku kata

dihilangkan serentak murid-murid menjawabnya sebagai “geretok”.

Satu lagi contoh ialah dialek utara (orang yang berasal dari negeri Kedah,

Pulau Pinang dan juga Perlis) di mana dialek ini menekankan kepada:-

Getaran gusi [r] di awal dan ditengah kata dibunyikan secara

geseran lelangit lembut bersuara [y].

Bunyi [r] di akhir kata digantikan dengan hentian glotis [?] dan vocal

sebelumnya dinasalkan.

Sisian [l] di akhir perkataan dilenyapkan dan digantikan dengan

bunyi [i].

Contoh-contoh sebutan yang kerap di dengar ialah:-

BAHASA BAKUDIALEK LOGHAT

UTARA

Ekor Ekok

Kapal Kapay

Tulus Tuluih

Kecil Kecik

Pukul pukoy

Dari segi leksikal pula terdapat beberapa perkataan yang asing dari bahasa baku

tetapi digunakan dengan meluas dalam dialek ini antaranya:-

BAHASA BAKU DIALEK UTARA

awak hang

Mereka Depa

Sebentar Sat

Kenapa Awatnya

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

9

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Bapa saudara Pak penakan

Sekadar memperlihatkan dua contoh dialek ini, ketepatan menyebut

fonem atau bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu baku adalah menjadi matlamat

pengajaran dan pembelajaran lisan. Walau bagaimanapun, gangguan-gangguan

dan tabiat berbahasa yang telah tertanam mengikut acuan bahasa ibunda atau

dialek ibunda mereka telah menimbulkan kesukaran guru-guru menyampaikan

pelajaran ini. Namun hal ini bukanlah sesuatu yang serius hingga tidak dapat

diperbaiki lagi latih tubi lisan yang intensif boleh dilaksanakan.

1.3.4 Pengaruh Negatif Media Massa

Ketika ini, media massa mempunyai pengaruh yang kuat, terutamanya

dari media elektronik dan sering kali pula pengaruh itu tidak kea rah positif tetapi

sebaliknya. Melalui radio dan televisyen, kanak-kanak mempelajari dan

mencontohi pelbagai aspek bahasa, seperti sebutan, perbendaharaan kata dan

aspek-aspek utama yang lain seperti tekanan dan intonasi. Dalam aspek

sebutan, tekanan dan membatangkan suku kata adalah unsure-unsur yang

berkaitan. Setiap bunyi konsonan dan vokal perlu dibunyikan dengan betul.

Dalam Bahasa Melayu terdapat sesetengah perkataan akan membawa makna

yang lain jika tersalah sebut misalnya:

Telur dengan telor

Tempoh dengan tempuh

Dadah dengan dada

Marah dengan mara

Belot dengan belut

Sekadar contoh sebenarnya ada banyak lagi, namun pokok persoalan

bukanlah kepada jumlah perkataan sama bunyi lain maksud ini tetapi sikap

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

10

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANpengamal media massa ini. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh guru bahasa

sebenarnya kerana di luar bidang kuasa, memadai hanya mencatat dan

kemudian menjadikannya sebagai bahan P&P.

Selain dari masalah di atas, media juga sering melanggari hukum Kata

Jamak dengan kesilapan biasanya ialah “mereka” menjadi “mereka-mereka”.

Juga masalah “para” yang sering kali beriringan dengan Kata Ganda, contohnya

“para guru-guru”. Tidak cukup dengan masalah kesalahan ini, media dibanjiri

pula dengan masalah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan

kebiasaannya bahasa inggeris. Sering kali dalam sesi temuramah atau forum

dengan ahli panel yang terdiri dari ahli politik, ahli korporat, menteri kerajaan,

pegawai kerajaan dan banyak lagi yang mencampuradukkan bahasa kita dengan

bahasa lain termasuklah bahasa Arab.

Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan

penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di kalangan pengamal media

sektor swasta. Ianya memperlihatkan ada sedikit perubahan sebagai contoh,

TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh

oleh sebab kebimbangan dan desakan orang ramai.

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca merosakkan

bahasa, terutamanya percampuran bahasa Melayu standard dengan struktur

bahasa SMS (short massage system) serta me”melayu”kan bahasa inggeris

yang tidak dimaktubkan dalam Kamus Dewan penggunaannya dan isu ini sering

diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering

ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti

dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun

2003, majalah Gempak dan kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan

meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

1.3.4 Bahasa Rojak

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

11

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Tanpa kita sedar (lihat gambar 1), kita pengguna Bahasa Melayu telah

mewujudkan satu lagi masalah atas dasar kompromi dengan kaum lain (tanpa

niat politik). Jika dinegara lain setiap papan tanda atau papan kenyataan cuma

terdapat satu atau dua bahasa sahaja tetapi di Malaysia terjadi sebagaiman

dalam gambar 1 dan 2. Masalah ini tidak berhenti di papan tanda/kenyataan

sahaja tetapi turut melibatkan aspek dan kemahiran bertutur.

Gambar 1

Papan Tanda Lazim di Malaysia.

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang

menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

12

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANdengan pijin6, Manglish7 dan Singlish (manglish versi Singapura). Walau

bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Gambar 2Empat bahasa di papan tanda rawak di Malaysia

Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka

apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun

1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara

keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya.

Pedagang dunia dan penduduk yang mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu

perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Asmah hj Omar (2004) ini

merupakan permulaan daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai

Bahasa Rojak di Malaysia.

Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin

memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan

bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan

bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa

6 Asmah (2004) bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa dalam satu proses komunikasi. Satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal kerana sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka ianya mempunyai kosa kata yang terhad. Di Malaysia, perhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli (di Malaysia dikenali sebagai bahasa pasar).

7 Atau Manggeris adalah versi percakapan bahasa Inggeris di Malaysia dan ia adalah kata lakur perkataan Melayu dan Inggeris (dan juga kemungkinan Mandarin dan Inggeris).

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

13

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANMandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua

kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk

bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam

memahami antara satu sama lain, dan hasilnya suatu pijin atau Rojak.Menjelang

1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk 50,000 termasuk komuniti pedagang

yang bertutur 84 bahasa.

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja

bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang

penggunaan bahasa Melayu yang betul. Dibawah ini adalah contoh pertuturan

Bahasa Rojak.

a. Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris.

Kau memang terror la!

Tempat makan ni best sangat!

b. Bahasa Rojak (Bahasa Cina campur bahasa Inggeris.

Can meh? That one can like that meh? - Boleh berbuat

begitukah?

Tonight ar we'all go KLCC, after that we'all can go Cheong

Kor (singing) mah. - Malam ini kita semua pergi ke KLCC

dan kemudiannya kita semua pergi ke Cheong Kor

menyanyi.

c. Bahasa Melayu campur bahasa Cina campur bahasa Inggeris.

Eh boss cakap ar, after makan ah, we'all go mabuk, want

or not, once in a while only mah, taikah happy mah, ok.

(terjemahannya -Pengurus! Selepas makan kita semua pergi

minum arak beramai-ramai mahukah? Sekali-sekala sahaja

untuk bergembira!)

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

14

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANPenggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi

oleh kerana penjaga-penjaga bahasa menuduh ia sebagai penggunaan bahasa

yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa.

1.4 Kesimpulan

Beberapa masalah yang dikemukan ini walaupun menganggu keupayaan

kemahiran bertutur namun sebagai guru yang terlatih, kita mesti melengkapkan

diri dengan tambahan ilmu sewajarnya demi bahasa yang kita sayangi ini.

Tambahan pula di era globalisasi ini, kepesatan teknologi sering kali

mengakibatkan kita alpa dan seterusnya merosakkan bahasa. Lihatlah dengan

masalah bahasa “SMS” apa tindakan kita seharusnya?

Tidak cukup dengan kelemahan pertuturan, masalah penggunaan bahasa

turut melibatkan kemahiran berbahasa yang lain seperti menulis dan membaca

maka di bahu gurulah harapan ini terbeban. Masalah ini walaupun nampak tidak

serius namun jika dibiarkan mampu mengakibatkan berlaku kecelaruan bahasa.

Maka sama-samalah kita berikhtiar dan melindungi asset berharga Orang

Melayu amnya, Negara Malaysia khususnya.

Bahagian b

2.1 Pengenalan

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

15

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Berdasarkan masalah yang ketiga iaitu pengaruh dialek tempatan maka

saya mencadangkan di sini beberapa aktiviti pengajaran yang di rasakan

bersesuaian. Pendekatan, teknik, kaedah dan strategi dalam pengajaran

kemahiran bertutur adalah unsur-unsur yang perlu diberi perhatian walau

sebagaimana mendalam sekali pun pengetahuan bahasa yang dimiliki oleh

seseorang guru. Ini bukanlah bermakna guru tidak boleh mengajar dengan

kaedah yang direka oleh mereka sendiri tatapi alangkah baiknya jika ilmu yang

dimiliki dikukuhkan lagi teknik pengajaran berlandaskan teori-teori yang telah

diterima pakai oleh pakar-pakar dalam bidang ini.

Bahasa ialah satu alat penting dalam kehidupan kita. Tetapi kebanyakkan

kita hanya menganggap bahawa kebolehan bertutur itu sebagai salah satu

daripada kebolehan asasi manusia. Pendapat Chomsky (1973) dalam Linguistic

Theory, menyatakan bahawa penguasaan bahasa tidaklah berupa pembelajaran

rumusan semata-mata , tetapi rapat perhubungan dengan keupayaan berbahasa

iaitu terletak pada kebolehan kreatifnya yang semulajadi. Otak manusia telah

dibekalkan dengan kebolehan terpendam untuk menguruskan kebijaksanaan

akalnya untuk berbahasa.

Proses ini hendaklah berlaku dalam suasana kebudayaan bahasa itu.

Penguasaan bahasa tidaklah berlaku dalam suatu kekosongan. Tetapi J. Pinget

(1955) dalam terjemahan bukunya The Language and Thought of the child, dan

B.F Skinner (1957) dalam Verbal Behaviour, memberikan pendapat, Mengikut

mereka mula-mulanya kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi-bunyi vokal dan

konsonan sahaja. Kemudian ia mengeluarkan sukukata dan seterusnya

perkataan, hinggalah ia bertutur dalam ayat penuh. Pertuturan itu hanyalah

menggunakan alat-alat yang sedia ada di dalam rongga mulut.

Bahasa yang digunakan dalam pertuturan itu sebenarnya merupakan satu

alat perhubungan yang penting di antara manusia dengan manusia. Bahasa juga

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

16

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANboleh menggunakan bunyi suara. Daripada bunyi suara itulah pula diterbitkan

lambing-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas dari

lain-lain seperti tulisan. Ia juga boleh dijadikan tanda isyarat untuk sesuatu

sistem perhubungan tertentu, misalnya isyarat-isyarat yang dipakai oleh

pengakap.

2.2 Aktiviti Pengajaran Pertama, Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif berkembang sejak tahun 70 an adalah hasil

kepada reaksi terhadap kelemahan-kelemahan dalam pengajaran bahasa yang

didasarkan kepada teori-teori pembelajaran sebelumnya (behavioris, mentalis

dan functionalis). Ahli-ahli dibidang komunikatif ialah H.G. Widdowson (1979),

C.J. Brumfit (1979) dan lain-lain lagi menyedari mengajar struktur bahasa sahaja

tidak mencukupi.

Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi peluang

menggunakan bahasa oleh kerana pendekatan ini perlukan kepada komunikasi

maka saya memilihnya sebagai pendekatan pertama untuk mengajar kemahiran

bertutur. Murid-murid perlu didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik

(pengetahuan tentang peraturan penggunaan bahasa). Ini penting kerana

penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika sesuatu

ujaran itu sesuai dengan situasi waktu bahasa itu digunakan. Oleh itu guru

mestilah mewujudkan situasi di bilik darjah yang memerlukan murid-murid

berkomunikasi.

Dalam Pendekatan Komunikatif guru adalah sebagai pengurus atau

fasilitator8. Guru bertanggungjawab merancang dan menyediakan bilik darjah

sebagai latar belakang yang sesuai untuk menjalankan aktiviti berkomunikasi.

Mengikut Littlewood (1981) semasa aktiviti dijalankan, guru hendaklah bertindak

8 Murray (1983):guru harus menjadi fasilitator bukannya seorang pengusaha kerana dia perlu membantu pelajar apabila mereka menghadapi kesukaran dalam menyatakan peranan mereka menggunakan bahasa sasaran.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

17

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANsebagai penggalak dan juga berusaha mengelak dari berlaku kelembapan dalam

berkomunikasi.

Bagi membantu mengatasi masalah pengaruh dialek ibunda ini, aktiviti

perlu dirancang khas namun bukan lah sesuatu yang terlalu kompleks. Biarkan

dahulu segala hukum bahasa sebaliknya menggalakkan murid-murid bertutur

dengan petah. Bantulah murid sekiranya ada kesalahan sebutan.

Sehubungan itu cadangan aktivitinya adalah Aktiviti Perbualan (dialog

atau juga main peranan). Kamarudin Hj Husin (1990) mencadangkan diperingkat

darjah / tahun 2 ini guru bolehlah membimbing murid-murid berbual spontan atau

berpandu mengenai :-

Diri mereka, keluarga murid-murid, benda-benda di

dalam kelas dan lain-lain lagi

Bercerita perihal gambar tunggal atau gambar bersiri.

Melakonkan cerita pendek.

Pemilihan aktiviti perbualan kerana sebab paling utamanya ialah kanak-

kanak memang suka berbual, mereka akan bercakap jika diberi peluang.

Cadangan rancangan Mengajarnya, Semasa Set Induksi, guru memainkan

petikan filem yang menarik untuk durasi 2 hingga 3 minit. Kemudian meminta

murid meneka dari filem apa petikan ini.

Semasa langkah kedua, bolehlah guru mula meminta murid bercerita atau

berbual mengenai perkara berkaitan petikan filem ini yang berkaitan dengan diri

atau keluarga mereka ataupun apa yang diingati oleh mereka berkaitan dengan

petikan filem ini. Teknik ini dipilih atas beberapa sebab dan tujuan, antaranya

ialah:-

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

18

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN Memberi peluang kepada murid untuk bercakap tanpa segan dan

malu.

Membolehkan murid bertutur dan menyebut sesuatu dengan

sebutan yang betul.

Membolehkan mereka mendapat latihan memahami pertuturan

orang lain.

Membolehkan mereka menyusun ayat dengan baik dan bertutur

mengikut gaya, suara, intonasi, dan nada yang sewajarnya.

Untuk menambah perbendaharaan kata.

Berdasarkan tujuan-tujuan yang dinyatakan tadi, diharapkan murid dapat

melakukan aktiviti perbualan disamping mengikis sedikit demi sedikit telor

pertuturan dialek ibunda mereka dan menyerap Bahasa Melayu baku secara

beransur-ansur. Ini kerana cara terbaik untuk mengatasi dialek ibunda ini adalah

dengan cara rajin melakukan pertuturan standard dan dikelaslah tempat yang

paling sesuai dengan bimbingan guru.

Semasa proses perbualan ini guru perlu mengawasi dan hanya

menyampuk atau mencelah cuma apabila murid kehilangan idea dalam

perbualan bagi memastikan sesi itu tidak terputus. Sebarang penggunaan dialek

tidak perlu ditegur pada ketika ini. Guru hanya perlu membuat catatan untuk

dibincangkan semasa sesi refleksi nanti. Pada ketika inilah guru perlu

menyatakan kesilapan murid, menegur salah guna perkataan atau ayat,

membuat pembetulan dan akhir sekali membuat peneguhan dengan tambahan

kemahiran menulis iaitu latihan bertulis.

Aktiviti kemahiran menulis bolehlah menggunakan perkataan-perkataan

dialek ini dengan memberi makna serta bina ayat. Contohnya:-

Perkataan dialek

Gheretok sinonim / maknanya Jambatan

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

19

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANContoh bina ayat =

Jambatan Nilam Puri telah siap di bina.

Perkataan dialek

Ghoyak sinonim beritahu

Contoh bina ayat =

Ali beritahu pada Ahmad, cikgu ada memberi kerja rumah.

Cara ini boleh terus dipraktik di waktu pengajaran bahasa pada waktu dan hari

yang lain apabila murid masih mengulangi sebutan dialek. Bila murid-murid

menggunakan dialek secara spontan guru perlu menerangkan pada waktu itu

juga apa gantian perkataan itu atau kosa kata baku yang sebetulnya.

2.2 Aktiviti Pengajaran Kedua, Aktiviti Latih Tubi.

Tentunya dalam mengatasi masalah gangguan penggunaan dialek ini latih

tubi yang paling berkesan. Melalui kaedah ini aspek tatabahasa dan

perbendaharaan kata boleh dipelajari melalui lisan iaitu mendengar dan bertutur.

Kaedah ini banyak melibatkan latihan tubi terutamanya latih tubi pemintal lidah

seperti menyebut perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kaedah tubi didapati sangat

berkesan untuk mengajar sebutan, intonasi dan struktur ayat.

Melalui aktiviti ini pengulangan fakta-fakta yang dipelajari bertujuan untuk

memastikan murid mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin

ketekalannya. Pentingnya kaedah ini melibatkan proses dengar dan sebut iaitu

aktiviti kemahiran bahasa yang menjadi masalah kepada murid-murid yang

dibincangkan ini.

Berdasarkan teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek

kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan, tatabahasa, perbendaharaan

kata, kefasihan menggunakan perkataan dan kefahaman. Mudahnya teknik ini

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

20

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANjuga dipanggil sebagai teknik menghafal. Harus diakui teknik ini mengehadkan

kebebasan murid membina ayat namun dalam mengatasi kebiasaan

menggunakan dialek-dialek kenegerian atau daerah teknik ini di perlukan.

Contoh penggunaan paling mudah dalam aspek perkataan ialah

menyuruh murid menghafal setiap sinonim kepada perkataan dialek berulang kali

misalnya tunjukkan gambar manggis dan minta murid menyebutnya sebagai

manggis berulang kali. Walaupun tindakan ini hanya untuk jangka pendek

(kerana koleksi dialek perkataan yang terlalu banyak) namun ianya berkesan.

Pastikan juga penerapan teknik sebutan sinonim ini dilakukan bersekali dengan

teknik membaca atau pertuturan dalam satu waktu pengajaran dan tidak hanya

bertumpu kepada cara ini sahaja.

Guru juga boleh mengadakan satu latih tubi untuk membezakan bunyi-

bunyi huruf yang berdekatan (rujuk lampiran 1) sebagai langkah awal sebelum

meneruskan dengan cara yang dinyatakan tadi. Pentingnya latih tubi mengenal

dan membezakan bunyi huruf ini kerana kerap kali berlaku murid mengeja

perkataan namun menyebut suku kata akhir dengan dialek mereka juga

contohnya mengeja ikan tetapi disebut sebagai ikang (dialek Terengganu) atau

Ike (dialek Kelantan).

Dalam menjayakan kaedah tubi pelbagai teknik / aktiviti boleh dicuba

termasuklah berlakon, berdialog, menyanyi, dan berpuisi serta bercerita. Latih

tubi pola-pola ayat juga amat dialu-alukan kerana terutama dalam membantu

murid-murid bertutur menggunakan pelbagai ayat-ayat asas seperti ayat

penyata, ayat permintaan, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Tujuan latih

tubi untuk membantu murid dalam sebutan baku.

Contoh latih tubi

I. Guru menyebut: “Cikgu berdiri dekat meja”

Guru bertanya murid: “Di mana cikgu berdiri”

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

21

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANMurid menjawab: “Cikgu berdiri dekat meja”

ii. Guru menyebut: “buku itu diatas meja”

Guru bertanya murid: “di mana letaknya buku itu”

Murid menjawab: “Buku itu di atas meja”

Kemudian guru dan murid-murid boleh bertukar peranan. Murid disuruh

bertanya dan guru pula menjawab. Peranan ini akan berterusan dan saling

bertukar ganti kerana dengan cara ini sahaja kemahiran bertutur murid-murid

akan semakin baik. Tujuannya untuk mengajar dan melatihkan murid

membiasakan diri membentuk struktur ayat yang bermacam jenis. Dalam

pendekatan Komunikatif ini kemahiran bertutur tidak perlu diajar berasingan

malahan sebaiknya digandingkan dengan kemahiran bacaan atau lisan.

Latih tubi pemintal lidah pula ialah satu teknik yang banyak digunakan hari

ini untuk tujuan cepat mencapai kebolehan membaca. Teknik ini kini di

popularkan di Negara kita oleh antaranya Juliani Bt Abdullah9 (Buku Bacalah

sayang) dan Selan Osni10 (Buku Mari Membaca). Melalui kaedah latih tubi

pemintal lidah ini satu set cerita perlu di pertuturkan oleh murid berulang-ulang

kali. Set cerita atau bacaan ini terdiri daripada set-set suku kata yang hampir

bunyinya (sila lihat bahagian lampiran 2, lembaran kerja oleh Selan Osni dan

lampiran 3, lembaran oleh Juliani Abdullah).

Cadangannya aktiviti latih tubi jenis ini dijalankan dalam langkah kedua

atau ketiga rancangan pengajaran harian. Bagi murid yang tekal tahap

penguasaan dialeknya latih tubi ini perlu dijalankan setiap hari dengan bimbingan

guru dan rakan. Galakkan menggunakan bahasa baku dengan memberi

9 Pn Hjh Juliani Bt Abdullah memperkenalkan teknik cepat membaca melalui set buku Kaedah Cepat Membaca, Bacalah sayang terbitan Kreatif Kembara Sdb. Bhd. Teknik beliau digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah rendah dan tadika-tadika.10 Selan Osni, Penerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2001 memperkenalkan kaedah cepat membaca, cepat faham, cepat menulis, tulisan cantik melalui Modul Selan Osni.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

22

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANganjaran. Galakkan juga murid banyak membaca kerana dengan membaca akan

dapat menambah perbendaharaan kata bahasa baku mereka. Sesuai dengan

salah satu dasar kerajaan di sekolah iaitu mewajibkan setiap murid dan sekolah

terlibat dengan aktiviti NILAM. Melalui aktiviti ini, murid merekodkan jumlah

bacaan mereka dan diberi ganjaran apabila mencapai tahap-tahap tertentu.

Cadangan aktiviti pengajaran berasaskan latih tubi ini sebenarnya

bermula dari para pelopor Teori behaviorisme. Pengkaji bahasa aliran ini

beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan. Bahasa

dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan

pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan

latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam

pengajaran.

Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan

ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.

Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa metsilah

didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting

yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini bermakna guru-guru

mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu

dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini

hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan

struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam

proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi

serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran

dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada

yang lebih susah.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

23

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANKetiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran

disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku

yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya

adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan

sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh

oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia

merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.

Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini

adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan. Peneguhan

boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme

iaitu :

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam

konteks pembelajaran ahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model

yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa

yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan

menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam

proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.

Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsure ini dapat

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

24

LATIHAN YANG DIKUKUHKAN

PEMBELAJARAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANdiwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan

minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk

mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara

mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan

pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi

guru da murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah,

teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar. Berdasarkan teori ini terdapat satu

pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan

sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan

kemudian baharulah diterangkan.

2.3 Aktiviti Pengajaran Ketiga, Aktiviti Menyanyi

Kamarudin Hj Husin (1990) Berpendapat sebagai aktiviti yang berlaku

dalam kehidupan kita seharian, aktiviti menyanyi boleh dibawa ke bilik darjah

sebagai satu kegiatan lisan yang menarik. Kita mengetahui kanak-kanak suka

menyanyi dan bagi kanak-kanak yang masih belajar, menganggap menyanyi

lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat dan sebagai guru yang baik kita

sepatutnya mengeksploitasi minat murid ini.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran lisan, menyanyi merupakan satu

aktiviti yang mudah namun dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut.

Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan

jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan,

intonasi dan nada tertentu. Guru perlulah menyediakan seni kata lagu mengikut

isi dan cadangan P&P yang yang dipilih supaya ada kontinuitinya.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

25

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Pemilihan aktiviti ini atas beberapa prinsip iaitu:-

Menyanyi menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja terhad

kepada proses pembelajaran kanak-kanak tetapi juga kepada

pengalaman mereka dalam mempelajari bahasa selain daripada

mewujudkan kelainan.

Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Ia juga bercorak

seperti permainan bahasa yang melaluinya proses pembelajaran

jadi amat menyeronokkan murid-murid.

Memberi peluang murid-murid terlibat secara sepenuhnya dan

keseluruhan isi kelas.

Paling utama, rentak, irama, dan melodi semua itu boleh menerap

perkataan-perkataan yang dipelajari di dalam otak secara

berkesan. Sebaik-baik sahaja melodi itu diingati, perkataan-

perkataan yang dipelajari itu turut diingati.

Walaupun aktiviti nyanyian dapat menyumbang ke arah pengajaran yang

menarik dan secara tidak langsung juga menjadi pengukuhan yang baik kepada

kefahaman tentang bahasa, aspek pemilihan lagu tidaklah boleh di ambil

mudah. Lagu yang dipilih perlu bersesuaian dengan tahap dan umur murid. Lagu

juga perlu ada kaitan dengan rancangan mengajar yang di rangka. Elakkan

daripada memilih lagu yang mempunyai susunan lirik tidak mengikut hukum

bahasa dan ada loghat kenegerian. Lagu yang dipilih sepatutnya mengandungi

bahasa yang biasa digunakan sehari-hari.

Guru juga sepatutnya hanya memilih lagu yang mudah diingati kanak-

kanak. Lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat

melodinya. Pembelajaran yang baik bukan sahaja melalui penyampaian tetapi

juga melalui pengulangan bahan pembelajaran secara bermakna. Oleh itu, guru

sebolehnya hendaklah memilih lagu yang ada banyak pengulangan misalnya

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

26

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANpengulangan chorus, pengulangan rima, pengulangan melodi, pengulangan

perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan pelajar menguasai

bahasa.

Terdapat beberapa langkah yang perlu sebelum, semasa dan selepas

menjalankan aktiviti nyanyian. Pertamanya ialah peringkat persediaan. Pada

peringkat ini guru perlu:-

Memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid dan

objektif P&P.

Menentukan panjang bahan, berapa kali di perdengarkan, aspek

bahasa yang hendak di ajar.

Menentukan alat Bantu yang diperlukan, aktiviti susulan

(pengukuhan dan pengayaan) serta sama ada perlu mengubah

suai lirik lagu tersebut.

Setelah selesai peringkat penyediaan maka peringkat penyampaian

pula. Di peringkat ini segala yang dirancang dilakukan dan penyesuaian keadaan

terhadap sebarang situasi yang tidak dijangka seperti kemungkinan pelajar akan

“over react”.

Tahap seterusnya ialah peringkat penutupan P&P. Semasa sesi ini guru

perlu memikirkan untuk proses refleksi aspek bahasa dan menyediakan bahan-

bahan sebagai pengukuhan atau kerja rumah. P&P hari itu bolehlah diakhiri

dengan nyanyian kembali, namun seperti dinyatakan tadi amatlah penting

kemahiran menulis diserapkan sekali.

Proses P&P aktiviti ini bolehlah dilihat secara ringkasnya pada cadangan

rancangan mengajar untuk kelas tahun / darjah dua dibawah ini:-

BIL LANGKAH AKTIVITI P&P CATATAN

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

27

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

01 Set induksi Guru memainkan pita

rakaman.

Murid dengar dan akhirnya

mengikuti nyanyian

mengikut pendengaran

mereka.

Pita

rakaman/cd

audio.

Pemain

audio

02 Langkah 2 Guru mengedarkan

senikata lagu.

Membaca lirik cara biasa.

Menyanyikan lagu.

Lembaran

senikata

lagu (lihat

lampiran 4)

03 Langkah 3 Guna kad imbasan

perkataan, dapatkan

maksud.

Aktiviti bina ayat

berdasarkan perkataan

yang dipilih guru.

Kad-kad

imbasan.

(lihat

lampiran 5)

Berdasarkan rancangan mengajar harian di atas, (secara ringkas kerana

hanya ingin memperlihatkan cadangan aliran P&P) guru memulakan sesi P&P

dengan memainkan pita rakaman lagu yang dipilih. Selesai guru dan murid

berseronok dengan lagu dan lirik, gunakan kembali lirik itu untuk memilih

perkataan bagi memberikan sinonimnya. Aktiviti-aktiviti kesemuanya perlu

berdasarkan kepada lagu dan liriknya supaya pengulangan yang diwujudkan

akan dapat melekat di memori kanak-kanak ini. Walaupun murid-murid telah

dibekalkan dengan lirik / senikata lagu, kad-kad imbasan diperlukan untuk

kepelbagaian variasi bahan untuk menarik minat murid pengajaran.

2.4 Aktiviti Pengajaran Ke empat,

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

28

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Di pelopori Chomsky berpendapat kanak-kanak dilahirkan dengan alat

pemerolehan bahasa yang digelar beliau sebagai LAD (language Acquisition

Devise). Menurut Chomsky lagi dalam lingkungan umur 3 tahun kanak-kanak

telah boleh bercakap dengan tatabahasa tranformasi-generatif11. Tatabahasa

Tranformasi generatif ini tidak di pelajari secara formal tetapi melalui komunikasi

dengan orang yang lebih dewasa.

Melalui teori Chomsky dalam mengajar kemahiran bertutor dengan

masalah gangguan penggunaan dialek tempatan ini, beliau mencadangkan

bahawa kekerapan penggunaan dan pengulangan pembelajaran akan dapat

diserap oleh pelajar melalui pengalamannya dan seterusnya dapat memperbaiki

masalah ini. Kelemahan teori ini ialah ianya memerlukan penglibatan semua

pihak. Tambahan pula menurut Piaget (1963) iaitu salah seorang dari pelopor

teori mentalis ini berpendapat bahawa interaksi sosial dan interaksi dengan alam

sekitar dapat membantu perkembangan masalah gangguan bahasa ini.

Kaedah Pengajaran yang bersesuaian dengan teori ini adalah

menggunakan Kaedah terus. Orang yang membina kaedah ini ialah ahli dalam

bidang pedagogi bahasa iaitu Berlitz, de Saussure dan Gouin. Prinsip utama

kaedah ini ialah bahasa ibunda murid tidak digunakan dalam mempelajari

bahasa sasaran yang ingin diajar.

Bersesuaian dengan pemilihan kemahiran bertutur, prinsip kedua kaedah

terus ialah kemahiran lisan dianggap sangat penting terutamanya di peringkat

awal pengajaran iaitu di tahun satu dan tahap satu lagi.

11 Kebolehan anak-anak membentuk dan memanipulasi ayat.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

29

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

Rajah 1

Rajah 1, di atas adalah cadangan penteori Mentalis. Setiap satu

kemahiran perlu di pelajari mengikut turutan bermula dengan kemahiran bertutur

kepada kemahiran menulis dan di akhiri dengan kemahiran membaca.

Prinsip ketiga dalam Kaedah terus ialah murid di suruh membaca apa

yang mereka tulis (bertutur) walaupun tulisan mereka merupakan huruf besar

dan huruf kecil serta beberapa perkataan sahaja.

Prinsip keempat ialah kata nama diberikan keutamaan dalam

mengembangkan bahasa murid-murid. Contohnya pensel, kerusi, meja dan lain-

lain lagi dengan cara bertutur atau bertanyakan:

Misalnya:

1. Apa itu? - itu pensel

Itu Penselkah? - Ya, itu pensel.

Itu pensel atau kapur?

Itu pensel.

2. Apa itu? - itu kotak

Itu kotakkah?- Ya, itu kotak.

Itu kotak atau beg?

Itu kotak

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

BERTUTUR(DIALOG)

MENULIS MEMBACA

30

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANMenurut De Saussure dan Gouin, Kemahiran-kemahiran bahasa ini boleh

diajar serentak. Mereka percaya jika murid boleh bercakap dan menulis tentang

sesuatu perkara, mereka juga tentu boleh membacanya. Kaedah terus turut

menekankan aspek produktif (bercakap dan menulis) dan aspek reseptif

(mendengar dan membaca). Murid perlu dimahirkan dalam aspek menerima dan

menghantar komunikasi. Latihan tubi boleh digunakan untuk mengatasi masalah

gangguan bahasa ibunda tetapi yang digalakkan ialah latihan-latihan yang

bermakna serta menarik minat dan memotivasikan murid untuk mempelajari

bahasa Melayu.

BIL LANGKAH AKTIVITI P&P CATATAN

01 Set induksi Permainan bahasa, setiap

murid cabut satu kad dari

kotak.

Cantumkan kad itu dengan

rakan lain untuk jadi satu

perkataan.

(Memadailah jika terdapat 3 atau

4 perkataan 2 sukukata KVKV

seperti BOLA dan LORI)

Kad suku

kata KV

02 Langkah 2 Membina sebanyak

mungkin perkataan dan

menulis di papan hitam

berdasarkan kad.

Menyebut perkataan-

perkataan ini beramai-

ramai.

Rajah 2

Kaedah Terus juga dinamakan sebagai kaedah semula jadi atau kaedah

main akal. Kaedah ini di bentuk berdasarkan pendekatan Rasionalis (mentalis)

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

31

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANyang percaya bahawa manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk

mempelajari apa-apa bahasa.

3. Penutup

Dalam mengajar kemahiran bahasa ini terutamanya kemahiran bertutur

kita boleh menggunakan semua Teori-teori pembelajaran bahasa yang popular.

Kaedah-kaedah pengajaran juga ada banyak yang boleh disesuaikan selain

daripada yang dinyatakan. Antaranya ialah Kaedah bersiri yang dicipta oleh

Francis Gouin. Kaedah terjemahan yang juga dikenali sebagai kaedah

dwibahasa atau kaedah tradisi. Kaedah tentera yang kebetulannya tercipta

semasa Perang Dunia Kedua, kaedah ini bentuknya amat intensif yang perlu

membawa kesan dalam jangka masa pendek sahaja. Kaedah-kaedah lain lagi

ialah seperti Kaedah Tatabahasa, Kaedah Induktif, Kaedah deduktif, kaedah

Eklektik dan juga Kaedah Gabung Jalin.

Sebagai kesimpulannya, terdapat empat prinsip pengajaran yang

mengikut falsafah masing-masing. Pertama prinsip yang berfalsafahkan aliran

Behaviorisme iaitu mengutamakan bahasa lisan dalam pengajaran. Manakala

aliran Mentalisme menganggap pembelajaran bahasa adalah satu proses

pemikiran. Aliran Interaksionalisme pula mempunyai prinsip yang mana

penyampaian makna amat penting dalam sesuatu komunikasi bahasa dan

seterusnya aliran Fungsionalisme menekankan sistem tatabahasa dan fungsi

adalah dua perkara yang diutamakan.

Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip

Behaviorisme atau prinsip-prinsip Mentalisme sahaja atau mana-mana prinsip

pembelajaran bahasa yang ada. Ini adalah kerana cara pembelajaran seseorang

pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama. Prinsip-prinsip ini boleh saja

digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu kerana seperti yang pernah

dijelaskan sebelum ini kesemua tersebut adalah saling melengkapi. Prinsip-

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

32

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIANprinsip dari golongan tersebut hanya sebagai jalan keluar bagi guru tersebut

dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi tidak kira dalam

pengajarannya atau dalam pembelajaran pelajarnya. Dengan berbekalkan

pengalaman yang sedia ada dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang

tersebut di atas maka pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan

lebih terjamin mutunya.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

33

HBML1103:PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

(SEK RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

BIBLIOGRAFI

Abd Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan

Teknik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Amat Nasir Agale (2007). Kemahiran pengajaran Mendengar & Bertutur. Dalam

Pendidik Sept. 2007. 39-41. Ampang : Widad Publications Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Hj Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Open University Malaysia (2006). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur ; Unitem Sdn. Bhd.

Pusat perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Kelas Peralihan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selan Osni (2002). Bahasa Melayu Tahun Satu. Kuala Lumpur : Penerbitan

Fargoes Sdn. Bhd.

Juliani Bt Abdullah (1995). Kaedah Cepat Membaca, Bacalah sayang. Petaling

Jaya : Kreatif Kembara Sdn. Bhd.

MUHAMMAD BIN ROBUNA740625065503002

34