abdullah bin ahmad badawi (autosaved)

Upload: arsat-malek

Post on 18-Jul-2015

156 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tempoh berjawat 31 Oktober 2003 3 April 2009 Raja Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Mizan Zainal Abidin Timbalan Didahului oleh Digantikan oleh Najib bin Tun Razak Mahathir bin Mohamad Najib bin Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tempoh berjawat Januari 1999 31 Oktober 2003 Didahului oleh Digantikan oleh Anwar Ibrahim Najib Tun Razak

Ahli Parlimen bagi kawasan Kepala Batas Penjawat kini Mula berkhidmat 1978 Setiausaha Agung NAM Tempoh berjawat 31 Oktober 2003 15 September 2006 Didahului oleh Digantikan oleh Tarikh lahir Tempat lahir Parti politik Pasangan Mahathir bin Mohamad Fidel Castro 26 November 1939(umur 72) Kepala Batas, Pulau Pinang UMNO Endon Mahmood Ambak(meninggal Okt 2005) Jeanne Abdullah Agama Islam

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi(lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekasPerdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Biodata peribadi Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam[2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada9 Jun 2007. Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan. Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalamJawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak. Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapanungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[3]

Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1]. Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal My Fair Lady antara yang paling diminatinya serta seniman

klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seniMalaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya dan politik

Menyertai UMNO Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003. Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitamdigelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan: Setiausaha Parlimen di Kementerian

Wilayah Persekutuan (1978-

80) Timbalan Menteri, Menteri

Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)

di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)

Menteri Menteri Menteri

Pelajaran (1984-86) Pertahanan (1986-87) Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban. Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi dengan George W. Bush

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologiadalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis. Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Pasca Perdana Menteri

Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM). Sebagai Presiden Barisan Nasional Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah,Barisan Nasional. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya. Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti

pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. [2] Melepaskan jawatan Perdana Menteri Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Kontroversi Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah. Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [4] Kerajaannya juga

cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". [5] Di bawah Bill of GuaranteeMSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia. Kebebasan media Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[3] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar. [4] Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. [5] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan. [6] Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah

Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen [7]. Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia. [8] Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga. Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[9] Usul undi tidak percaya Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PASdan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB

Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[6]

SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi

mempercayai Datuk Seri Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[7] Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[8]Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.[9]

Anugerah

Tahun 2010 2009 2007 2005

Nama Anugerah

Daripada

Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama Persekutuan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) Persekutuan Indonesia Terengganu Universiti Jamia Millia

2004

Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Islamia, New Delhi, India

2004 2004

Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)

Cuba

Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama Melaka Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama

2004 (D.K.J.) 2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri 2003 Diraja

Johor

Sarawak

Perak

Institute of Engineers 2001 Fellowship Kehormat Malaysia

Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) 2001 Dato' Seri Diraja Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri 2000 Utama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) 2000 Dato' Seri London Chartered Institute 1999 Fellowship Kehormat of Marketing Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat 1999 DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) Dato' Seri Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri 1999 Panglima Republik Rakyat 1997 First Class Order Of Friendship Of DPRK Demokratik Korea (Korea Utara) 1997 1994 Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri Pulau Pinang Sabah Pahang Selangor Negeri Sembilan Perlis

A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Thailand

Of The White Elephant 1994 1992 Grand Cross Of The Order Of Merit Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' Chile Selangor Republik Korea (Korea 1992 Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea Selatan) 1991 Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, 1987 Amerika Syarikat Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea (Korea 1983 Republik Korea, Chun Doo Hwan 1981 1979 1974 1971 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Ahli Mangku Negara (A.M.N) Selatan) Pulau Pinang Pulau Pinang Persekutuan Persekutuan Amerika Syarikat Jepun

Garis masa

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November. 1964 (umur 25): Memperoleh

Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian

Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha,Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969). 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin

Paduka Seri Endon

Mahmood. 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha

kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971). 1971 (umur 32): Dilantik sebagai

Ketua Pengarah, Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973). 1974 (umur 35): Dilantik sebagai

Timbalan Ketua Setiausaha,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi

Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980). 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

1980 (umur 41): Dilantik sebagai

Timbalan Menteri Kementerian

Wilayah Persekutuan (sehingga 1981). 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984). 1984 (umur 45): Dilantik sebagai

Menteri Pendidikan sehingga

1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990. 1986 (umur 47): Dilantik sebagai

Menteri Pertahanan (sehingga

1987). 1990 (umur 51): Dilantik sebagai

Ketua Delegasi UMNO ke

Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat. 1991 (umur 52): Dilantik sebagai

Menteri Luar Negeri (sehingga

1999). 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi

UMNO (sehingga

1996). 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden

UMNO. Perhubungan UMNO

1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan

Negeri Pulau Pinang. 1999 (umur 60): Dilantik sebagai

Timbalan Perdana Menteri

Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan

Presiden UMNO pada Mei.

2003 (umur 64): Dilantik sebagai

Perdana Menteri Malaysia yang

kelima pada 31 Oktober. 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September. 2007 (umur 68): Berkahwin dengan

Datin Seri Jeanne

Abdullah pada 9 Jun. 2008 (umur 69): Kerajaan

Barisan Nasional di bawah pimpinan

Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12. 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai

Presiden UMNO pada 8 Oktober Rujukan

1.

"Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29

Ogos 2009.2.

http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_P

MKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB73.

[Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi. I Seek

Eternal Peace. In 80 Languages. Advisor Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah. Editor Assoc. Professor Dr. Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2008, p. XV]4.

Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah, mStar

on-line.

5.

Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007). "Media Perdana

VS Media Maya". MYKMU NET.6.

Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota

Pembangkang Bertindak Keluar Dewan7. 8.

UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP "Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada

Brunei", Malaysiakini.com. 30 April 2010.9.

"Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April

2010. Pautan luar

Laman web rasmi Perdana Menteri Profil Perdana Menteri Profil: Abdullah Laman Kerajaan

Ahmad Badawi Malaysia: Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad

Badawi Abdullah yang setia memenangi jawatan pesaing Anwar Universiti Utara Malaysia

Penyandang Terdahulu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia 1 November 2003 2 April 2009

Penyandang Kemudian Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Penyandang Terdahulu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Presiden UMNO 30 Oktober 2003 28 Mac 2009

Penyandang Kemudian Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Penyandang Terdahulu Dato' Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri Malaysia 8 Januari 1999 31 Oktober 2003

Penyandang Kemudian Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Penyandang Terdahulu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Menteri Kewangan Malaysia 1 November 2003 [[]] 2008

Penyandang Kemudian Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Penyandang Terdahulu Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak

Menteri Pertahanan Malaysia [[]] 2008 2009

Penyandang Kemudian Dato' Seri Dr. Zahid bin Hamidi

Penyandang Terdahulu jawatan dicipta

Menteri Keselamatan Negara Malaysia

Penyandang Kemudian jawatan dimansuhkan

[[]] 2004 8 Mac 2008

Penyandang Terdahulu [[]]

Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia [[]] [[]] 21 Mac 2004

Penyandang Kemudian jawatan dimansuhkan