tun abdullah ahmad badawi

18

Upload: aishah-nabihah-mk

Post on 15-Nov-2015

121 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

biodata

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Perjalanan Hidup

1939: Dilahirkan diBayan Lepas,Pulau Pinangpada26 November.1964(umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dariUniversiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha,Jabatan Perkhidmatan Awam(sehingga 1969).1965(umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka SeriEndon Mahmood.1969(umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepadaMajlis Gerakan Negara,Jabatan Perdana Menteri Malaysia(sehingga 1971).1971(umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah,Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan(sehingga 1973).1974(umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Samb

1978(umur 39): Menjadi Ahli ParlimenKepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).1979(umur 40): Menjadi KetuaUMNOCawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.1980(umur 41): Dilantik sebagai Timbalan MenteriKementerian Wilayah Persekutuan(sehingga 1981).1981(umur 42): Menjadi ahliMajlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).1984(umur 45): Dilantik sebagaiMenteri Pendidikansehingga 1986; menjadiNaib Presiden UMNOsehingga 1990.1986(umur 47): Dilantik sebagaiMenteri Pertahanan(sehingga 1987).

Samb..1990(umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.1991(umur 52): Dilantik sebagaiMenteri Luar Negeri(sehingga 1999).1993(umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).1996(umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.1998(umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.1999(umur 60): Dilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri Malaysiapada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan PengerusiMajlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN).

Samb..

2000(umur 61): MenjadiTimbalan Presiden UMNOpada Mei.2003(umur 64): Dilantik sebagaiPerdana Menteri Malaysiayang kelima pada 31 Oktober.2004(umur 65): MenjadiPresiden UMNOpada September.2007(umur 68): Berkahwin dengan Datin SeriJeanne Abdullahpada9 Jun.2008(umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.2008(umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada8 Oktober

Sumber: http://hanaja-cool.blogspot.com/2012/09/biodata-tun-abdullah-bin-ahmad-badawi.html

Pembasmi rasuah

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalanrasuahdengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Islam Hadhari

Abdullah juga mengemukakanIslam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembanganekonomi danteknologiadalah secocok dengan ajaran Islam.

Sektor pertanianSelain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanianMalaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakanbelanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukanpolis.Pak Lah

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagaiPak Lah(singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam.

Jawatan

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untukPergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM) danPertubuhan Persidangan Islam(OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untukASEAN.

Perkara yang disukai:-

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makananJepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan diPulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyangMaghrib, beliau akan mengajiAl-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalamJawi.

KaranganShakespearekegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialahTun Abdul Razak.

Samb..

Beliau menghargai hasil seniMalaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyamanrotan.

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermaingolf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_bin_Ahmad_Badawi Puisi terkenal

Terima Kasih