91368274-refleksi-praktikum

4
REFLEKSI PRAKTIKUM Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang untuk melaksanakan proses pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani selama setengah tahun barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik darjah. Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang saya perolehi dan tuntuti selama satu semester yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari

Upload: fadhil1486

Post on 28-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

91368274-REFLEKSI-PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

Page 1: 91368274-REFLEKSI-PRAKTIKUM

REFLEKSI PRAKTIKUM

Pertama kali mendapat tahu saya dan semua rakan-rakan yang lain perlu menjalani latihan

praktikum selama 12 minggu pada semester kedua hati saya terasa seakan berdebar-debar dan

juga terasa tidak sabar lagi untuk bertemu dengan murid-murid sekolah. Sebelum ini saya

beranggapan bahawa menjadi guru sekolah rendah senang untuk melaksanakan proses

pengajaran tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Setelah saya pelajari segala

ilmu dan juga teori di Insititut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani selama setengah tahun

barulah saya tahu bahawa mengajar di sekolah rendah memerlukan seseorang guru itu

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam  proses melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran agar dapat menarik minat murid dalam mengikuti proses p dan p dalam bilik

darjah.

Hati saya begitu berdebar-debar menantikan tibanya saat-saat untuk saya menjalani

latihan praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya cuba gagahi dan kuatkan semangat saya untuk

lebih bersemangat dalam berjuang untuk mendidik anak bangsa saya dan juga demi negara. Hari

ini merupakan hari pertama saya dan juga kawan saya datang ke sekolah ini untuk melaporkan

diri sebagai guru pelatih dalam menjalani latihan praktikum setelah setengah tahun kami

didedahkan dengan ilmu dan juga teori-teori pengajaran perguruan di IPBMM. Segala ilmu yang

saya perolehi dan tuntuti selama satu semester  yang lepas di IPBMM akan diuji sejauhmana

saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran yang sebenar di sekolah.

Saya sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi dan saya terus menuju ke arah pejabat

sekolah. Nasib saya baik kerana sebelum ini saya telah menjalani latihan pengalaman berasakan

sekolah selama dua minggu di sekolah ini pada bulan Mac yang lalu. Namun begitu hati saya

turut berasa berdebar kerana pertama kali saya akan berjumpa dengan guru besar yang baru.

Setelah melaporkan diri di pejabat dan memperkenalkan diri kepada guru besar dan juga guru

penolong kanan, saya dan juga kawan saya telah diminta untuk menhadirkan diri di majlis

perhimpunan mingguan di  Dataran Bestari.

Page 2: 91368274-REFLEKSI-PRAKTIKUM

Setelah selesai majlis perhimpunan mingguan saya telah menerima memo untuk

meggantikan kelas yang ketiadaan guru sementara menunggu guru penolong kanan menyusun

jadual untuk saya nanti. Pertama kali saya telah diarahkan untuk memasuki kelas secara tiba-tiba

merupakan bagai satu peluang kepada saya untuk berdepan dengan murid-murid. Terdetik juga

di hati bagaimana agaknya keadaan murid kelas ketika itu. Saya kuatkan semangat untuk

berdepan dengan karenah murid yang pelbagai.

Saya cuba untuk belajar untuk mengawal keadaan kelas yang begitu tidak terkawal.

Dengan pelajarnya yang berlari-lari, membuat bising, bergurau dan sebagainya memerlukan saya

untuk bertindak lebih tegas dengan murid-murid. Ternyata ianya berkesan. Sukarnya seorang

guru seperti saya yang tiada pengalaman dan ditambah lagi dengan masalah suara saya yang

kurang kuat menyebabkan beberapa kali saya cuba untuk memberi arahan kepada murid-murid

agar diam. Terasa betapa peritnya keadaan untuk mengawal murid-murid yang mempunyai

pelbagai karenah. Kelas pada hari tersebut saya hanya mengadakan sesi perkenalan antara saya

dengan sesama murid.

Pada hari tersebut saya telah menerima tiga kelas untuk menggantikan guru yang tidak

hadir. Lain kelas lain kerenah murid-muridnya. Kelas yang kedua yang saya masuk pula lebih

gemar bertanya dan bersaing. Malah mereka juga lebih suka untuk saya mengadakan sesi teka

teki. Semua soalan yang ditanya kebanyakkannya semua dapat dijawab dengan banyak jawapan.

Terlintas difikiran...bijak juga murid-murid kelas ni....

Manakala kelas yang ketiga pula, merupakan kelas Tahun 4. Dalam hati berkata

bagaimana pula dengan murid-murid dari tahun 4 pula? Macamana aku nak kawal murid-murid

dari tahun 4? Tahun 5 pun boleh tahan dengan bisingnya...ini apatah lagi Tahun 4 kelas yang

dikategorikan tahap sederhana. Bagi mengawal kelas dari terus membuat bising saya telah

mengarahkan agar murid-murid membersih dan mengemas meja mereka mengikut susunan yang

betul. Akhir sekali saya telah mengajak mereka bersama untuk menyanyikan lagu ”Goreng

Pisang” bersama-sama. Ternyata mereka semua terhibur.

Page 3: 91368274-REFLEKSI-PRAKTIKUM

Pada jam 1.15 tengahri kami pulang setelah mendapatkan dokumen yang diperlukan.