9. refleksi

2
REFLEKSI – KHOR DESMOND Sepanjang penghasilan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak masalah dan keraguan. Atas perbincangan dengan pensyarah dan rakan, akhirnya saya sempat menyiapkan juga kerja kursus ini pada tarikh serahan. Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah ditugaskan untuk membuatkan satu model tapak perkhemahan 3D dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuatkan sekurang-kurangnya 4 model gajet yang berbeza. Bagi kumpulan kami, kami telah membuat khemah, rak kasut, ampaian baju, dapu memasak, gerbang pintu dan juga pagar bagi tapak perkhemahan kami. Dalam proses membuat model tapak perkhemahan ini, banyak perkara baru telah saya pelajari. Setelah membuat beberapa gajet ini, saya mendapati bahawa saya lebih mahir dalam ikatan dan simpulan yang telah diajar dalam kuliah sebelumnya. Melalui ikatan berulang-ulang kali, saya telah menguasai kesemua jenis ikatan tersebut. Antaranya adalah cara mengikat batang kayu bersama, secara bersilang dan lain-lain. Dalam proses membuat juga, saya telah mempelajari untuk berfikir tentang fungsi setiap gajet yang kami buatkan. Sesuatu gajet di tapak perkhemahan hendaklah mempunyai fungsi dan sebabnya dibuatkan. Saya telah mengimbas kembali masalah yang saya tempuhi semasa berkhemah dan barang-barang keperluan di tapak perkhemahan. Tempat aturnya juga mempunyai sebab- sebab dan kesannya. Sebagai contohnya, tempat khemah dibina. Sekiranya khemah dibina di tempat yang tidak bersesuaian, ia berkemungkinan akan dibanjiri semasa hujan, membahayakan. Oleh sebab itu, tempat yang bersesuaian amatlah penting. Saya telah belajar berfikir tentang kemungkinan masalah yang akan timbul dan sebab- sebabnya setiap gajet ataupun khemah ditelakkan. Selain itu, dalam proses membuat gajet, saya juga telah menyedari tentang kepentingan kerjasama. Kerjasama amat penting

Upload: desmond-khor

Post on 02-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

krs

TRANSCRIPT

REFLEKSI KHOR DESMONDSepanjang penghasilan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak masalah dan keraguan. Atas perbincangan dengan pensyarah dan rakan, akhirnya saya sempat menyiapkan juga kerja kursus ini pada tarikh serahan.Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah ditugaskan untuk membuatkan satu model tapak perkhemahan 3D dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuatkan sekurang-kurangnya 4 model gajet yang berbeza. Bagi kumpulan kami, kami telah membuat khemah, rak kasut, ampaian baju, dapu memasak, gerbang pintu dan juga pagar bagi tapak perkhemahan kami. Dalam proses membuat model tapak perkhemahan ini, banyak perkara baru telah saya pelajari. Setelah membuat beberapa gajet ini, saya mendapati bahawa saya lebih mahir dalam ikatan dan simpulan yang telah diajar dalam kuliah sebelumnya. Melalui ikatan berulang-ulang kali, saya telah menguasai kesemua jenis ikatan tersebut. Antaranya adalah cara mengikat batang kayu bersama, secara bersilang dan lain-lain. Dalam proses membuat juga, saya telah mempelajari untuk berfikir tentang fungsi setiap gajet yang kami buatkan. Sesuatu gajet di tapak perkhemahan hendaklah mempunyai fungsi dan sebabnya dibuatkan. Saya telah mengimbas kembali masalah yang saya tempuhi semasa berkhemah dan barang-barang keperluan di tapak perkhemahan. Tempat aturnya juga mempunyai sebab-sebab dan kesannya. Sebagai contohnya, tempat khemah dibina. Sekiranya khemah dibina di tempat yang tidak bersesuaian, ia berkemungkinan akan dibanjiri semasa hujan, membahayakan. Oleh sebab itu, tempat yang bersesuaian amatlah penting. Saya telah belajar berfikir tentang kemungkinan masalah yang akan timbul dan sebab-sebabnya setiap gajet ataupun khemah ditelakkan. Selain itu, dalam proses membuat gajet, saya juga telah menyedari tentang kepentingan kerjasama. Kerjasama amat penting dalam pelbagai aktiviti. Semasa membuat gajet, walaupun hanya model kecil, sekiranya tiadanya kerjasama, amat sukar bagi kami menyempurnakannya. Dengannya kerjasama, kami boleh memberi idea sesama kami, membincang, membantu serta saling menasihat. Kami juga boleh belajar dengan lebih banyak dalam kumpulan melalui mendengar pandangan rakan kita, perbincangan dan lain-lain interaksi. Melalui kerja kursus ini, sedarlah saya betapa pentingnya kerjasama. Sebagai kesimpulannya, banyak pengetahuan yang telah saya pelajari melalui kerja kursus ini. Ia banyak memberi input yang bermakna serta berilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Diharapkan pengetahuan yang saya perolehi ini dapat dipraktikkan dan diajar kepada murid saya kelak di sekolah.