8 peta pemikiran

Upload: nur-ifa

Post on 12-Mar-2016

243 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

peta pemikiran

TRANSCRIPT

Peta Bulatan (Circle Map)

MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS

Membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea. Murid dapat meneroka dan mendalami topik tertentu. Peta Buih (Bubble Map)

PENERANGAN MENGGUNAKAN KATA ATAU FRASA ADJEKTIF(DESCRIBING QUALITIES)Menghuraikan sesuatu dengan menggunakan kata adjektif. Murid dapat meningkatkan penguasaan penggunaan kata adjektif di samping dapat menyenaraikan ciri atau sifat sesuatu perkara atau topik. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

MEMBANDING BEZA(COMPARING AND CONTRASTING)

Menyenaraikan persamaan dan perbezaan sesuatu perkara. Murid dapat memahami perkara atau idea tertentu secara mendalam melalui membanding beza. Peta Pokok (Tree Map)

MEMBUAT PENGELASAN(CLASSIFYING)

Mengklafikasikan perkara atau idea supaya berada dalam kumpulan atau golongan yang berbeza. Murid dapat memahami maklumat tersebut secara menyeluruh.

Peta Dakap (Brace Map)HUBUNGAN SELURUH-BAHAGIAN(PART-WHOLE RELATIONSHIP)

Memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya atau bahagian kecil. Murid dapat mengenalpasti dan menganalisa komponen-komponen dalam objek fizikal.

Peta Alir (Flow Map)

URUTAN(SEQUENCING)

Menerangkan sesuatu peristiwa mengikut turutan atau susunan. Murid dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai peristiwa tertentu dengan menyenaraikan langkah-langkah yang terlibat dalam proses tersebut. Peta Pelbagai (Multi-flow Map)

SEBAB DAN AKIBAT(CAUSE AND EFFECT)

Menganalisis sesuatu peristiwa atau keadaan dengan melihat punca dan kesan. Murid dapat mencari sebab dan akibat bagi peristiwa tertentu serta memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya. Peta Titi (Bridge Map)

as

Faktor penghubung

(Relating Factor)ANALOGI/ PERSAMAAN(ANALOGIES/ RELATIONSHIPS)

Menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain. Murid dapat memahami perkara-perkara yang mempunyai hubungan serupa.