kementerian pendidikan malaysia kurikulum...

44
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MALAYSIA TAHUN LIMA

Upload: duongdung

Post on 30-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

BAHASA MALAYSIA

TAHUN LIMA

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MALAYSIA

TAHUN LIMA

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN

i. Matlamat

ii. Objektif

iii. Pelaksanaan Subjek Modul

5

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 15

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD

TAFSIRAN UMUM

TAFSIRAN MATA PELAJARAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

16

16

17

18

21

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip

pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,

peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua

murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak menekankan

akademik semata-mata selaras dengan yang dihasratkan dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di

Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran

dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:

i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran

ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti

iii susunan aktiviti; dan

iv bahan bantu mengajar

...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah

perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan

Khas.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan

pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan

berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan

matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan

secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap

keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang

seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan

murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

2

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain

utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam

bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan

dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular

yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

3

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid

sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan

refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk

kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta seperti di Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata

pelajaran.

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

4

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran

inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu

menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan

pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas

pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada elemen

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi

penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani

cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan

dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya

menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya

menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi

mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen

kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai

sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti

murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran

untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan

memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

5

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam

KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran

digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan

boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, berdikari,

memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan

maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan

bermakna.

Fokus

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum

Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan

dapat:

i) Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan menyebut

bunyi bahasa perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

ii) Mendengar, memahami dan memberi respons berdasarkan

arahan, pesanan dan pertanyaa dengan betul;

iii) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang

sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan

betul dan bertatasusila;

iv) Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis

dengan sebutan dan intonasi yang betul;

v) Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada

pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;

vi) Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan kosa

kata dan maklumatuntuk memupuk minat membaca;

vii) Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

viii)Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;

ix) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

6

x) Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan

dan penulisan; dan

xi) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,

semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti

berbahasa.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran

bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i. Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar

dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara

yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan

perkataan serta memberi respons

ii. Kemahiran Bertutur

Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk

menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,

perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan

intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan

juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.

iii. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca

dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.

Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan

menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu

murid dapat menghayati teks yang dibaca.

iv. Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai

jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan

perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,

tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti

mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur

pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran

bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam

pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

7

Aspek Seni Bahasa

Aspek Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami,

mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui

pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid

memperolehi bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik

bercerita dan berpuisi. Seni bahasa ini menampakkan keindahan

bahasa dari aspek pembentukan ayat yang menggunakan

personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea

ini dapat dilahirkan dalam bentuk lisan dan penulisan.

Aspek Tatabahasa

Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan

tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan

secara terancang

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,

sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam

pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan

murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.

Penjelasan bagi perkara tersebut di nyatakan di bawah.

Tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis

i) Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,

bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan

bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi

unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit

tatabahasa sama ada bentuk tunggal. Golongan kata pula

ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain

dalam golongan yang sama;

a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:

i) kata asli bahasa Melayu

b) Bentuk kata terdiri daripada:

ii) kata tunggal

c) Golongan kata terdiri daripada:

i) kata nama

ii) kata kerja

iii) kata adjektif

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

8

ii) Sintaksis

Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk,

struktur dan binaan ayat. Ini bermakna bidang sintaksis

ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang

menjadi dasar kaedah penggabungan dan penyusunan

perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk

ayat. Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:

a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa

klausa dan aspek pembinaannya serta

pembahagian subjek dan predikat.

b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat tanya

c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat

majmuk

Tanda Baca

Tanda baca perlu dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk

memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Contohnya,

koma dan tanda noktah mewakili hentian di dalam pertuturan.

Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam

bacaan dan tulisan.

Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah:

a) Pola keselarasan huruf vokal

b) Ejaan kata pinjaman

c) Ejaan kata dasar

Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut

perkataan dan ayat yang betul serta memahami intonasi dan jeda.

Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan

membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya

murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

a) Sebutan

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata

dengan betul. Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di

sekolah hendaklah menggunakan Bahasa Melayu baku.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

9

b) Intonasi

Intonasi ayat Bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan

mengikut pola ayat yang berikut:

i) ayat penyata

ii) ayat tanya

iii) ayat perintah

iv) ayat aktif

v) ayat pasif

Kosa kata

Kosa kata daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata

perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan agar murid dapat

mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan

penambahan ilmu dalam mana-mana mata pelajaran yang dipelajari

di peringkat ini.

Pelaksanaan Modul

Modul Pengajaran

Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum

Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu guru

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh

mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut

keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan

pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran

Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga

disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi

lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid

untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penekanan 5P

Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P

iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan

pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep

bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi

pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;

i. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

10

beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga

dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.

Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat

dalam standard kandungan.

ii. Penyerapan

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,

unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh

diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan

disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

iii. Penilaian

Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran

dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk

mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam

prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses

penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti

dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap

seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau

pengayaan.

iv. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid

menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai

dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini

terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan,

dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-

peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.

Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar

kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

v. Pengayaan

Program pengayaan disediakan untuk memantapkan

kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid

hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan

secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan

bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh

diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran

dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal

daripada jangka masa yang ditentukan.

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

11

Pendekatan berpusatkan murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran

Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan

mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui

pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan

berbahasa.

Pendekatan Tematik

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia

diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran

bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan

pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di

samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih

mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan

tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian

dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya

kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:

i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika

Tema kebudayaan, kesenian dan estetika

merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat

dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang

meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan

kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat

dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati

diri warga Malaysia.

ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan

merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan

keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal,

mental , emosi dan rohani serta mempunyai

semangat juang dan sanggup berkorban demi

negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid

untuk melahirkan masyarakat madani yang

mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada

negara.

iii) Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu

pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh

diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

12

menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai

diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan

yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan

sesuatu yang berinovasi.

iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk

keupayaan murid menjaga dan mengurus alam

sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia,

haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan

kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai

diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta

bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan

teknologi hijau.

v) Pertanian dan Penternakan

Tema pertanian dan perternakan memberi murid

pendedahan perihal asas-asas pertanian dan

penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini

sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang

kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan

penternakan dalam kehidupan.

vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan

Kewangan

Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal

bidang perniagaan dan keusahawanan dalam

menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan.

Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran

tentang kepentingan bidang ekonomi dan

membudayakan sikap keusahawanan dalam

kehidupan.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M ,

guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya

adalah:

i. Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran dan

pembelajaran dalam kumpulan murid belajar bersama-

sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain

untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan

bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk

mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

13

interaksi dan kerjasama serta semangat berpasukan di

dalam kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.

ii. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang

mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian

individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran

berlaku apabila murid berupaya berhubungkaitkan

pengetahuan terbaharu secara bermakna dan menghayati

proses pembelajaran dalam kehidupan mereka.

iii. Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai

aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Kemahiran berfikir sama ada dari segi percambahan idea,

menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah

penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada

masa hadapan.

iv. Didik Hibur

Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara santai dan berhibur

yang terancang dan bersistematik dengan penekanan

pelaksanaannya terhadap dua elemen komponen sastera

iaitu nyanyian dan puisi.

v. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk

perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu menggunakan

kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari

untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini

menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

vi. Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan Projek memastikan murid

menggunakan maklumat lama dan baharu untuk

menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan

murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan

mempersembahkan dapatannya. Ini dapat membantu guru

menilai perkembangan murid dan kualiti pembelajaran

murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan

sesuatu projek.

vii. Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat

melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

14

pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri

berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini

menjadikan murid lebih yakin, faham dan seronok belajar

sepanjang hayat mereka.

viii. Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik belajar

yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan

murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak

untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah-ubah

untuk pembelajaran sepanjang hayat.

ix. Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran

untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu

perkara atau isu yang lampau, masa kini dan akan datang.

Perkara seperti ini memberikan murid untuk menjangka,

meramal serta menangani perubahan semasa supaya

mereka mendapat memanfaat sepenuhnya.

x. Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang murid

belajar secara kendiri dengan menggunakan bahan

pembelajaran. Murid diberi peluang untuk memilih aktiviti,

menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka

sendiri. Ini memberi peluang mereka bertanggungjawab

terhadap hasil pembelajaran mereka.

xi. Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang terancang, berstruktur dan

berpusatkan murid. Kaedah ini mengukuhkan pemahaman

murid terhadap konsep yang dipelajari di bilik darjah. Ia

memberi pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang

sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kerja

berpasukan.

xii. Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri adalah memastikan murid

menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum berpindah

keunit seterusnya. Pembelajaran ini dipecahkan kepada

unit-unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai murid.

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah

digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan

yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

15

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akses internet

dapat memberi peluang kepada murid di dalam mendapatkan

sumber pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

murid berkeperluan pendidikan khas.

(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 2013).

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan

tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

2000)

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan

penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi

keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu

murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan

yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak

sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

16

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan

pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang

apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS

dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,

pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga

pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan

pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut

komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke

tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh

tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan

pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dengan PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina

berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan

(growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran

Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat

tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah

menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak

membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain.

Prestasi murid dilaporkan dengan menerangkan tentang kemajuan

dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara

adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

17

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya

mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan

pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang

berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang

kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan

dan kebolehan masing-masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia.

Tafsiran Umum

MAKSUD TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN UMUM

Tahu 1

Murid tahu perkara asas, atau boleh

melakukan kemahiran asas atau memberi

respons terhadap perkara yang asas.

Tahu dan

Faham 2

Murid menunjukkan kefahaman untuk

menukar bentuk komunikasi atau

menterjemah serta menjelaskan apa yang

telah dipelajari.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat

3

Murid menggunakan pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu

situasi.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran

dengan beradab, iaitu mengikut prosedur

atau secara sistematik.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Terpuji

5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran

pada situasi baharu, dengan mengikut

prosedur atau secara sistematik, serta tekal,

dan bersikap positif.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Mithali

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan

dan kemahiran sedia ada untuk digunakan

pada situasi baharu secara sistematik,

bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta

boleh dicontohi.

Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

18

TAFSIRAN MATA PELAJARAN

Jadual 2:Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Bahasa

Malaysia

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan

banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.

2

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan,

panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.

3

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan

idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

4

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan

bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran

kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

5

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea

dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai

kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.

6

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya

mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi

secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain

dalam kemahiran bahasa.

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

19

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran

Sekolah

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan

guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang

berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu

mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan

Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard

kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi

peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan

yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan

pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti

yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah

dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

bukan hasil akhir yang diperoleh.

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif

atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

20

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

21

KEMAHIRAN MENDENGAR

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.1 Mendengar dan

memahami arahan

1.2 Mendengar dan

memahami pesanan

1.1.1 Mendengar dan

mengingat arahan

1.1.2 Memahami dan

menyatakan semula

arahan

1.2.1 Mendengar dan

mengingat pesanan

1.2.2 Mendengar dan

menyebut semula

pesanan

1 Menyebut semula arahan atau pesanan yang didengar

2 Memberi respons secara lisan atau gerak laku terhadap

arahan atau pesanan yang didengar

3

Menyampaikan arahan atau pesanan yang didengar secara

lisan atau bertulis

4

Melakukan arahan atau pesanan yang didengar secara lisan

atau bertulis dengan beradab

5 Melakukan arahan atau pesanan yang didengar dengan

intonasi yang sesuai secara yakin, tekal dan beradab

6

Melakukan arahan atau pesanan yang didengar dengan

intonasi yang sesuai, yakin, beradab dan mempengaruhi

khalayak

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

22

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1.3 Mendengar dan

memahami cerita

1.3.1 Mendengar dan

mengingat urutan

cerita yang

diperdengarkan

berpandukan

gambar bersiri

1.3.2 Menceritakan

semula cerita yang

diperdengarkan

1 Memberi respons secara lisan atau gerak laku terhadap cerita

yang diperdengarkan

2 Menyatakan maklumat mengenai cerita yang diperdengarkan

berpandukan gambar

3 Bercerita mengikut urutan gambar

4 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan tertib

5 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan

tertib, yakin dan bertatasusila

6 Menceritakan semula cerita yang diperdengarkan dengan

tertib, kreatif dan mempengaruhi khalayak

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

23

KEMAHIRAN BERTUTUR

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.1 Berbual dan memahami

isi penting

2.1.1 Bersoal jawab

berpandukan gambar

tentang ;

i. permainan gasing

ii. permainan

congkak

iii. permainan batu

seremban

iv. permainan layang-

layang

1 Memberi respons terhadap gambar secara lisan atau gerak

laku

2 Menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar

3 Bersoal jawab mengenai gambar

4 Berbual mengenai gambar berpandukan isi penting

5 Berbual mengenai gambar secara yakin, tekal dan beradab

6 Berbual mengenai gambar secara kreatif dan boleh dicontohi

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

24

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

2.2 Bercerita tentang bahan

yang dibaca

2.2.1 Bersoal jawab untuk

mendapatkan

maklumat tentang

gambar;

i. hobi

ii. haiwan peliharaan

iii. bencana alam

iv. aktiviti riadah

2.2.2 Berbincang

berdasarkan situasi

sebenar atau gambar

tentang aktiviti;

i. sukan sekolah

ii. gotong-royong

iii. perkhemahan

iv. Hari Kanak-kanak

1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku tentang gambar

atau situasi sebenar

2 Menyatakan maklumat mengenai gambar atau situasi

sebenar

3 Berbincang berkaitan gambar atau situasi sebenar

4 Bercerita mengenai gambar atau situasi sebenar

5 Bercerita mengenai gambar atau situasi sebenar dengan yakin

dan tertib

6 Bercerita mengenai gambar atau situasi secara kreatif dan

boleh dicontohi

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

25

KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.1 Mengeja, membatang

dan menyebut suku

kata

3.2 Membaca mekanis

3.1.1 Mengeja, membatang

dan menyebut suku

kata KV+KV+KV

3.1.2 Mengeja, membatang

dan menyebut suku

kata KV+KV+KVK

3.1.3 Mengeja, membatang

dan menyebut suku

kata KV+KVK+KV

3.1.4 Mengeja dan

membatang

perkataan diftong

3.2.1 Membaca kuat

perkataan yang telah

dipelajari

1 Megajuk perkataan

2 Mengeja dan membatang suku kata

3 Mengeja dan membaca perkataan dalam frasa atau ayat

4 Membaca kuat perkataan dalam frasa atau ayat dengan

sebutan dan intonasi yang sesuai

5 Membaca kuat perkataan dalam frasa atau ayat dengan

sebutan dan intonasi yang sesuai secara beradab

6 Membaca kuat ayat dengan sebutan dan intonasi yang sesuai

secara yakin dan boleh dicontohi

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

26

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

3.2.2 Membaca kuat frasa

yang mengandungi

perkataan dipelajari

3.2.3 Membaca kuat ayat

tunggal yang

mengandungi

perkataan dipelajari

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

27

KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.1 Menulis secara mekanis

4.1.1 Menulis perkataan

KVKVKV

4.1.2 Menulis perkataan

KVKVKVK

4.1.3 Menulis perkataan

KVKVKKV

4.1.4 Menulis perkataan

diftong

1 Menyalin perkataan

2 Menulis perkataan

3 Menulis perkataan secara tertib

4 Menulis perkataan secara tekal dan tertib

5 Menulis perkataan secara tekal,yakin dan tertib

6 Menulis perkataan secara tekal, yakin dan tertib serta

boleh dicontohi

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

28

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

4.2 Menghasilkan penulisan

mentalis

4.2.1 Melengkapkan

karangan berpandukan

gambar secara

deskriptif

4.2.2 Menghasilkan penulisan

berbentuk deskriptif

berpandukan gambar

1 Menyalin karangan

2 Melengkapkan karangan berpandukan gambar

3 Melengkapkan karangan bentuk diskriptif berpandukan

isi penting

4 Menulis karangan bentuk deskriptif berpandukan

gambar dan isi penting secara tertib

5 Menulis karangan bentuk deskriptif mengikut situasi

secara yakin, tekal dan beradab

6 Menulis karangan bentuk deskriptif mengikut situasi

dengan kreatif, gramatis dan boleh dicontohi

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

29

SENI BAHASA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.1 Menyebut dan

memahami unsur seni

dalam lagu melalui

nyanyian

5.1.1 Menyebut seni kata

lagu mengikut rentak

5.1.2 Memahami seni kata

lagu melalui bahan

grafik

1 Mengajuk seni kata lagu

2 Menyanyikan lagu mengikut rentak

3 Menyanyikan lagu mengikut rentak sambil membuat

gerak laku

4 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan

bahan grafik sambil membuat gerak laku

5 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan

bahan grafik sambil membuat gerak laku dengan

kreatif

6 Menyanyikan lagu mengikut rentak berpandukan

bahan grafik sambil membuat gerak laku dengan yakin,

kreatif dan mempengaruhi khalayak

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

30

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

5.2 Melafazkan dan

memahami syair dengan

betul menggunakan

bahasa yang indah

5.2.1 Melafazkan bait-bait

syair dengan sebutan

yang jelas

5.2.2 Melagukan syair

dengan betul

1 Mengajuk bait-bait syair yang diperdengarkan

2 Melafazkan bait-bait syair dengan sebutan yang jelas

3 Melagukan syair mengikut irama yang sesuai

4 Melagukan syair mengikut irama dan gaya yang

sesuai secara tertib

5 Melagukan syair mengikut irama dan gaya yang

sesuai secara tertib dan kreatif

6 Melagukan syair secara kreatif dan mempengaruhi

khalayak

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

31

TATABAHASA

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.1 Mengenal dan

menggunakan golongan

kata mengikut konteks

6.1.1 Memilih kata nama am

hidup bukan manusia

mengikut konteks

6.1.2 Mengenal dan

menggunakan kata

nama khas hidup

bukan manusia

mengikut konteks

6.1.3 Mengklasifikasikan dan

menggunakan kata

ganti nama diri pertama,

kedua dan ketiga dalam

pelbagai konteks

6.1.4 Mengenal pasti dan

menggunakan kata

adjektif dalam pelbagai

konteks

1 Menyatakan kata nama am atau kata nama khas atau

kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

2 Menyenaraikan kata nama am atau kata nama khas

atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

mengikut konteks

3 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas

atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

secara lisan atau bertulis mengikut konteks

4 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas

atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

secara lisan atau bertulis mengikut konteks dengan

beradab

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

32

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…)

STANDARD PEMBELAJARAN

(murid berupaya untuk…)

STANDARD PRESTASI (Murid boleh…)

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

6.1.5 Menggunakan kata

tanya dalam pelbagai

konteks

5 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas

atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

mengikut konteks secara beradab terpuji

6 Menggunakan kata nama am atau kata nama khas

atau kata ganti diri atau kata adjektif atau kata tanya

mengikut konteks secara bertatasusila dan boleh

dicontohi

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

33

GLOSARI BAHASA MALAYSIA

BIL PERKATAAN MAKSUD DALAM KONTEKS DOKUMEN STANDARD

1 Arahan Kata yang menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu

2 Ayat tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat

3 Bait Bahagian dari teks yang berirama

4 Diftong Gabungan dua bunyi vokal (ai- salai, au- pulau dan oi-amboi) yang disebut dalam satu suku kata

akibat perubahan kedudukan lidah

5 Deskriptif Karangan bebas yang menggambarkan tentang suasana, peristiwa dan benda

6 Frasa Kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa; atau

Unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi dua perkataan ataupun satu

perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih

7 Gambar bersiri Lebih daripada sekeping gambar

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

34

8 Gambar tunggal Sekeping gambar

9 Gerak laku Tingkah laku atau gerak geri, perbuatan atau kelakuan

10 Kata Adjektif Perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat

11 Konteks (Lin) Sesuatu yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan

12 Membaca mekanis Bacaan kuat secara cekap, pantas dengan penggunaan tanda bacaan serta intonasi yang betul

13 Menulis secara mekanis Penekanan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca.

14 Pesanan Perintah/nasihat yang mesti dilakukan atau disampaikan kepada orang lain

15 Respons Sesuatu perbuatan yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan

16 Urutan Susunan yang berturut-turut; susunan yang teratur mengikut giliran; angka (nombor) yang berturut-turut;

(nombor, bilangan, dan lain-lainl)

Rujukan : Laman web Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

35

Cadangan tema;

1. Kebudayan, Kesenian dan Estetika

2. Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan

3. Sains, Teknologi dan Inovasi

4. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

5. Pertanian dan Penternakan

6. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Cadangan lagu kanak-kanak:

1. Lagu Tiga Kupang

2. Buai Laju-laju

3. Anak Itik Tok Wi

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

DRAF

36

DAFTAR KATA TAHUN LIMA

POLA KATA PERKATAAN

KV+KV+KV

kelapa berita pelita rebana kemeja kebaya delima budaya cahaya keliru

putera puteri terima teruna cerita sutera berita betina ketawa jelita

KV+KV+KVK

teratak belukar riwayat belalang senapang selaput binatang tilawah separuh terusan

senangin kelamin selaput kelawar

KV+KVK+KV belanja keranda kelambu royalti setanggi kerengga terumbu kerangka semambu

DIFTONG

silau pulau amboi salai sepoi cakoi petai kaloi kurau murai

serai cerai

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM …skpkbp.edu.my/documents/Dokumen_Standard_KKBP/DSKP_Tahun_5_KKBP/... · menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk