241247671...

22
1 MTE 3113 : MENGAJAR GEOMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN DATA PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DAPAT MENGUKUH DAN MENGHASILKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja dengan otak untuk membuat sesuatu keputusan. Beyer,B.K,1991 mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. Menurut Nickerson, Perkins dan Smith, 1985, berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang individu. Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. Mayer, R.E. 1977 memberi maksud berfikir ialah satu proses yang melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

Upload: janic-chew

Post on 21-Jan-2018

1.071 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

1

MTE 3113 : MENGAJAR GEOMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN DATA

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DAPAT MENGUKUH DAN MENGHASILKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap ilmu dan

kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem pendidikan diberi

mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Sehubungan

dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam bidang pendidikan. Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang

abad ke 21.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen utama dalam

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras yang paling tinggi dalam

hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu

mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan

pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu

tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk

menyelesaikan sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah bekerja

dengan otak untuk membuat sesuatu keputusan. Beyer,B.K,1991 mendefinisikan berfikir

sebagai kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat

penentuan. Menurut Nickerson, Perkins dan Smith, 1985, berfikir ialah satu koleksi

kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang individu.

Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan pembentukan idea,

pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

Mayer, R.E. 1977 memberi maksud berfikir ialah satu proses yang melibatkan pengelolaan

operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang

bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

Page 2: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

2

Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

adalah menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau

menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan

tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam

minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses

untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah

disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan

memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan

oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan

dalam bentuk modul.

Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta pemikiran yang dihasilkan, orang

ramai dapat memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman, dan mengaktifkan fungsi kedua-

dua belah otak. Apabila konsep sains difikir dalam bentuk tulisan dan lukisan, kedua-dua

belah otak diaktifkan dan dapat mengingat konsep sains tersebut. Penggunaan peta

pemikiran lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang.

Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran dan

dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana

menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam pengajaran dapat

menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap matapelajaran yang diajar. Kaedah-

kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui

dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum.

Menurut Huo Kok Sen (dalam Tukiran, 2004), kesan penggunaan konsep peta minda

ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai satu advancer organizer

untuk pembelajaran sains. Peta konsep dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang baru

untuk memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama bagi menggalakkan pemikiran yang

kritis. Selain daripada itu, peta konsep juga digunakan untuk mengukuhkan pengalaman

pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif (Canas et al.,

2003). Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepatdilihat sebagai penyumbang ke arah

merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran

positif.

Page 3: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

3

Pembelajaran melalui konsep peta minda akan menjadi pembelajaran lebih

bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan

pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan perhubungan di

antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini, pemahaman pelajar dapat

dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran akan meningkat.

Pada pandangan Azizah Abdullah (2000), penggunaan peta konsep dapat

memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan mengingati

fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik.

Manakala Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta pemikiran membantu mencatat

nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud

sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna, dan senang diingati.

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan

Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati

murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi Program i-THINK

telah diperkenalkan. Ia ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan

yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak

menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa

maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu

masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan

mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam

Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia

termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-

kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu

masalah yang tidak jelas.

Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya

membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai "Model Polya". KBAT

juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila

seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun,

mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk

mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Page 4: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

4

Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran Aras Tinggi

(higher order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi

cabarancabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu

perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau

menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat

yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam

situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.

Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan

maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli.

Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi

kepada Pemikiran Aras Tinggi.

Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education Index, Malaysia muncul

ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Manakala kajian “Programme for

International Student Assesment” (PISA) pula meletakkan Malaysia di tangga 55 daripada

74 buah Negara. Laporan TIMSS 2011 juga mendedahkan kejatuhan kedudukan Malaysia

dalam mata pelajaran Matematik iaitu pada kedudukan 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007) dan

26 (2011). Begitu juga dengan kejatuhan markah purata iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474

(2007) ke 440 (2011).

Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu mencapai skor

purata 500 di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia perlu mencapai 1/3

tempat teratas dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu kemahiran berfikir aras tinggi perlu

diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia umumnya dan pendidikan Matematik

khasnya kerana murid perlu ada keupayaan penaakulan, membuat unjuran dan

mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana yang berlainan. Murid juga

memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di peringkat global.

Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia sukar

mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat Malaysia dan

syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal menguasai

kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan.

Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran

berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan

nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Page 5: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

5

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ada

menyatakan bahawa, untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa,

rombakan semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap

kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) adalah perlu untuk menghasilkan

modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad 21 agar Negara

mampu bersaing di persada dunia.

Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan

ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam

pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran

teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Perubahan dalam reka bentuk

peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan

diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap

topik tertentu.Sebaliknya murid dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang

dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga

memberikan tumpuan untuk kemahiran berfikir aras tinggi.

Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah memaksa

guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar. Pengajaran disediakan

sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat menggarap markah

sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta dan

sebagainya. Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan untuk mengubah

amalan tersebut kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat hasrat kerajaan untuk

menjadikan Malaysia Negara maju menjelang abad 21. Di samping itu, tujuan lain

kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:

i. meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan

ii. mewajarkan penyelesaian dan penemuan(lebih banyak analisa, menilai dan

mencipta)

iii. diperlukan untuk penyiasatan saintifik

iv. konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan

KBAT

v. meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea

Matematik

Dengan adanya peta pemikiran, murid dan pelajar mendapat latihan berfikir secara

kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara

lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Page 6: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

6

Di samping itu, mereka dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan

inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan

sempit. Seterusnya, ini dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya

perkembangan intelek mereka seperti bersikap terbuka dalam menerima dan memberi

pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan

berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi pandangan dan kritik.

Penyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Nor Azura binti Mohd Zaki

(2008), menunjukkan bahawa penggunaan unsur grafik dan warna dapat menarik minat

perhatian pelajarnya. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu konsep sains.

Antara kegunaan peta pemikiran ialah murid dapat mencatat nota, mencatat isi

penting daripada teks atau bahan yang dibaca, perancangan dalam membuat laporan,

membuat synopsis dan membuat persembahan hasil perbincangan dan sumbang saran.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan peta pemikiran iaitu ia hanya

difahami oleh segelintir golongan sahaja. Contoh peta minda terlalu ringkas, guna singkatan,

bahasa atau perkataan tertentu. Di samping itu, kata kunci tak sesuai mengakibatkan sukar

untuk diingati, tiada huraian yg jelas – tulis hanya dlm bentuk singkatan, terlalu panjang dan

kompleks (berserabut atau berselerak).

Namun begitu masih lebih banyak kebaikan peta minda dalam proses pembelajaran

iaitu ia mudah diingati kepada pembuat peta minda, dapat dibaca dgn mudah, mudah

memahami sesuatu konsep serta dapat membantu membentuk gambaran mental daripada

perkara yg didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

Kajian yang dibuat oleh Mohd Zamri bin Ibrahim (2009), beliau cuba mengalihkan

perhatian pelajarnya supaya dapat menguasai tajuk pengajaran yang diajar dan cuba

mengaplikasi pengetahuan menggunakan peta minda dan borang grafik sebagai satu cara

mencatat nota dan memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali.

Baginya, kemahiran belajar secara berkesan meningkatkan prestasi dalam semua mata

pelajaran.

Kajian yang dibuat oleh Zalekha binti Haji Elie (2005) juga melibatkan penggunaan

peta minda. Kajiannya adalah untuk melatih murid-murid melahirkan dan menghuraikan isi-

isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi.

Page 7: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

7

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk

mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah

menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah

dirintis di 10 buah sekolah yang terdiri daripada 6 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah

sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta

Pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang.

Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau

unit pelajaran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk

peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia

boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh

digunakan.

Menerusi program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta

Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir dan yang

terakhir adalah Peta Titi.

Berikut adalah gambaran keseluruhan Peta Pemikiran yang terdapat dalam i-Think.

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan

sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Bulatan mendefinisikan proses pemikiran seperti mengikut konteks/senaraikan,

jelaskan, tuliskan semua yang anda tahu, sumbangsaran, kenalpasti, kaitkan dengan

pengetahuan sedia ada, meneroka makna atau maklumat.

Contoh: Apa yang anda tahu tentang pengukuran?

Page 8: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

8

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti

atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Peta Buih melibatkan proses pemikiran yang menerangkan kualiti seperti terangkan,

jelaskan, gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan sesuatu, kualiti, sifat, dan ciri-

ciri.

Contoh: Huraikan proses bahagi dan ciri-cirinya.

Page 9: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

9

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu. Peta Buih

Berganda melibatkan proses pemikiran seperti bandingkan, bezakan,carikan

persamaan dan perbezaan, atau bezakan antara A dengan B.

4. Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea. Peta pokok

melibatkan proses pemikiran sepertu membuat pengelasan, kelaskan, asingkan,

kategorikan, kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya.

Page 10: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

10

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah

nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian

utama. Ia melibatkan proses pemikiran seperti hubungan seluruh – bahagian,

sebahagian daripada….., tunjukkan struktur…., ambil sebahagian daripada….,

kenalpasti struktur, komponen fizikal, atau anatomi.

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Peta Akir melibatkan

proses pemikiran seperti susunkan mengikut aturan yang betul, ceritakan/ kira

semula, kitaran, tunjukkan proses, selesaikan masalah, atau mengkaji corak (trend).

Page 11: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

11

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab

dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.

Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian

sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut. Ia melibatkan proses

pemikiran seperti sebab dan akibat, bincangkan akibatnya/ pengajaran, apakah yang

akan berlaku sekiranya…., jika….maka….., terangkan perubatan…., kenalpasti

pengajarannya, kenalpasti keputusan daripada…., dan apa yang berlaku jika.

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan. Peta

titi melibatkan proses pemikiran seperti analogi (hubungan yang sama, mencari

faktor penghubung), kenalpasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, analogi, dan

kesetaraan.

Page 12: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

12

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu proses

yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses

pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau

corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar

untuk membantunya dalam penyelesaian masalah.

Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas

masalah. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam

pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973)

dan Model Schoenfeld (1985).

Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR). Model empat langkah

ini juga mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan masalah matematik di

Malaysia (Lau, Hwa, Lau, & Limok 2003; Noor Azlan & Lui, 2002). Menurut Model Polya

(1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik merangkumi; memahami

masalah; memahami pelan; merancang pelan, dan mengimbas kembali.

1. Berikut adalah contoh pelajar menyelesaikan masalah menggunakan peta pemikiran

I-Think.

Page 13: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

13

Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan

untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang

masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan

masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea –

idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan

untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya

juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada

memikirkan hubungan antara idea – idea matematik. Menurut Schroeder dan Lester (1989)

sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan

dalam matematik.

Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin

(routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine

problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya

bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran

aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan,

pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan

formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan.

Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam

matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar

menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula

ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan

kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai.

Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau

dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan.

Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik

dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak

digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.

Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi

digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi – strategi yang biasa digunakan di

sekolah rendah adalah seperti:

Page 14: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

14

1) Analysis method:

Kaedah analisis ini biasanya untuk membantu para pelajar untuk memikirkan langkah yang

paling sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik. Pada dasarnya, kaedah ini

mengandungi beberapa langkah penyelesaian yang mana beberapa soalan yang ditanya

kepada murid untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu:

Apa yang telah diberi dalam soalan?

Apa yang hendak dicari dalam soalan?

Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

Contoh soalan :

Harga kos bagi sebuah televisyen berjenama ialah RM 2880. Seorang jurujual telah menjual

televisyen tersebut dengan harga RM 3400. Cari untuk yang diperolehi oleh jurujual

tersebut?

Strategi penyelesaian masalah :

1) Apa yang telah diberi? – harga kos dan harga jual

2) Apa yang hendak dicari? – untung

3) Bagaimana untuk mencari untung? – menggunakan operasi penolakan

Penyelesaian :

Harga kos : RM 2880 harga jual : RM 3400

Untung : Harga Jual – Harga Kos

RM 3400 – RM 2880

= RM 520

Dalam pendekatan kaedah analisis ini, strategi penyelesaian masalah ialah mengenalpasti

maklumat dan item – item yang terkandung dalam masalah tersebut. Analisis ini biasanya

untuk memudahkan pelajar menjawab soalan yang bersiri.

Page 15: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

15

2) Analogy method :

Kaedah analogy ini pula telah digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam

matematik yang mana ianya mengandungi langkah penyelesaian yang sama dengan

penyelesaian masalah matematik yang sebelumnya. Apabila ingin menyelesaikan masalah

matematik yang baru, guru akan melakarkan pemerhatian yang dibuat oleh pelajar

berdasarkan kepada pengalaman lepas mereka tentang soalan tersebut, jadi mereka boleh

mengaplikasikan proses penyelesaian masalah daripada apa yang telah mereka pelajari

dengan menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelesaikan masalah bagi soalan

yang baru.

Contoh soalan :

Tukarkan 4 kg kepada unit gram ?

Pengalaman lepas (previous experience) : pelajar telah belajar bagaimana untuk

menukarkan unit 6 km kepada meter.

Masalah baru : pelajar telah diarahkan untuk menukar unit 4kg kepada garam.

Kedua – dua kaedah pertukaran unit itu adalah sama, oleh yang demikian pelajar – pelajar

ini sepatutnya boleh menggunakan strategi yang telah mereka perolehi daripada

pengalaman lepas untuk menyelesaikan masalah yang baru.

3) Diagram method

Dalam kaedah melukis gambar rajah ini biasanya maklumat atau situasi soalan

ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah. Dengan cara ini dapat memudahkan dan menolong

pelajar untuk mengenalpasti hubungan diantara kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk lebih

mudah dan jelas. Dalam proses penyelesaian masalah dalam matematik boleh dilaksanakan

dalam pelbagai jenis pendekatan penyelesaian masalah. Dalam pemerhatian ini,

sesetengah pelajar lebih suka menggunakan pendekatan melukis gambar rajah untuk

menyelesaikan masalah dalam matematik.

Page 16: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

16

Contoh soalan 1:

Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak jika setiap kotak mengandungi 5 biji guli?

Penyelesaian :

1) Pelajar perlu untuk membaca dan memahami kehendak soalan.

2) Pelajar melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah :

kotak 1 kotak 2 kotak 3 kotak 4 = gambar rajah kotak dan guli

3) Dengan menggunakan rajah yang telah dilukis, pelajar akan menulis :

1 kotak ada 5 biji guli

4 kotak ada = 4 x 5 giji guli = 20 biji guli

4) Deduction method :

‘Deduction method’ adalah satu kaedah dimana ianya dilihat sebagai salah satu

penyelesaian masalah yang kompleks berbanding dengan cara yang lain. Ianya bergantung

kepada apa yang pelajar perolehi pada pengalaman lepas untuk selesaikan masalah

matematik. Dalam pendekatan deduction (deduction approach), pelajar bukan sahaja

diminta untuk menganalisis masalah tetapi pelajar juga perlu untuk mengingati dan

menggunakan formula, prinsip atau teori dalam matematik bergantung kepada masalah

yang telah dianalisis.

Contoh soalan :

Harga bagi 3 buah buku cerita ialah RM12. Berapakah harga bagi 10 buah buku cerita yang

sama jenis?

Penyelesaian :

1) Selapas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut?

Page 17: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

17

( untuk mencari harga 10 buah buku cerita)

2) Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut?

( kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang )

3) Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ?

( harga bagi 3 buah buku cerita = RM 12 )

4) Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan

menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan dengan unit dibawah

‘deductive approach’.

Harga 3 buah buku cerita = RM 12

Harga 1 buah buku cerita = RM 12 ÷ 3

Harga 10 buah buku crita = RM 12 ÷ 3 x 10

= RM 4 x 10

= RM 40

5) Working backwards :

‘Working backwards’ merujuk kepada aplikasi yang menggunakan kaedah songsangan

(inverse method) dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.

Contoh soalan :

15 – 8 = ? ? + 8 = 15

18 ÷ 3 = ? ? x 3 = 18

Dalam kedah ini fokus kepada matlamat untuk mendapat jawapan serta melihat kepada titik

permulaan dalam proses penyelesaian masalah.

Page 18: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

18

6) Simplify the problem :

Kaedah ini merujuk kepada transformasi ayat matematik kepada bentuk bahasa matematik

yang paling mudah dan ringkas.

Contoh soalan :

Berapakah yang perlu ditambah kepada hasil darab lima dan empat untuk mendapat

jawapannya tiga puluh?

Untuk menyelesaikan masalah matematik diatas, kita perlu tukarkan soalan dalam bentuk

ayat berikut kepada bentuk persamaan matematik :

5 x 4 + ? = 30

7) Identification of mathematics pattern :

Sesetengah masalah dalam soalan matematik mengandungi pola yang spesifik di mana

ianya memerlukan kepastian dan kesimpulan yang betul untuk menyelesaikannya.

Contoh soalan :

Cari jumlah : 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10

Penyelesaian : dengan menggunakan kaedah yang paling ringkas untuk mencari jawapan.

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10

8) Using experiment :

Menggunakan eksperimen atau bahan untuk kajian yang melibatkan penyelesaian masalah

adalah aplikasi kaedah yang paling praktikal dengan menggunakan bahan konkrit (menda

maujud). Biasanya ia melibatkan tajuk isipadu, berat, pecahan, statistik dan masa.

Page 19: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

19

Contoh 2:

Antara contoh peta i-Think ialah:

1. Senaraikan jenis-jenis poligon dalam peta bulatan di bawah.

POLIGON

PENTAGON

TRAPEZIUM SEGITIGA

HEPTAGON

SISI

EMPAT

OKTAGON

HEKSAGON

NONAGON

Page 20: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

20

2. Cerakinkan nombor 5742

Antara kelebihan i-THINK adalah Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB).

Masalah/tugasan matematik yang diberi (contohnya buku teks) kepada pelajar: memerlukan

murid berfikir secara mendalam untuk menyelesaikan masalah. Di samping itu murid dapat

Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan menghubungkannya dengan konsep baru

yang akan dipelajari. Seterusnya, kita dapat lihat kepelbagaian pendekatan penyelesaian

yang boleh dibanding dan dianalisis untuk mengetengahkan idea-idea matematik.

CERAKINKAN 5742

Page 21: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

21

Pengetahuan sedia ada pelajar perlu untuk menjangkakan pendekatan penyelesaian

murid yang akan muncul, rancang pendekatan yang mana boleh dibincangkan di dalam bilik

darjah. Walaubagaimanapun, strategi pengajaran sangat mencabar kerana guru bukan

sahaja perlu merancang bahagian mereka, tetapi perlu menjangka pemikiran murid dan

merancang bagaimana ianya boleh dipersembahkan dan dibincangkan untuk membentuk

pemahaman matematik yang baru.

Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, apa yang lebih penting ialah

kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua telinga kita, yakni

minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu kekuatan, atau apa yang

berada di antara dua tapak kaki kita iaitu sumber semulajadi”. Dipetik daripada ucapan

Y.A.B Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2010 pada 6

Februari 1996. Dapatlah dirumuskan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi amatlah penting

dalam pendidikan Matematik dan ia merupakan satu keperluan dalam penyelesaian

masalah Matematik. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga perlu untuk membina

pengetahuan Matematik di kalangan pelajar agar dapat meningkatkan kecemerlangan dan

mencapai hasrat dan aspirasi Negara.

Page 22: 241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajaran-dan-pembelajaran-yang-berkesan

22

RUJUKAN

Buku:

Azizah Abdullah. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata pelajaran

Sains tingkatan 1. Disertasi Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Poh Swee Hiang. (2006). Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program

Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jurnal:

Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk landskap

menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan

Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Tahun 2009, 124-132.

Nor Azura binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah penging dalam mata

pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan motivasi “My Aura Map”. Jurnal

Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.

Zalekha Binti Hj Elie. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan

Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda dan kata soal. Jurnal Prosiding

Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 160-166.

Internet:

https://www.ithinkonline.org.my/

http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf

Buzan, T. (n.d). Official website of Mind Maping. Dimuat turun pada 28 Februari 2012 dari

http://www.ThinkBuzan.com