folio pendidikan seni batik

22
BATIK FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL BATIK nama : Ahmad amar Kelas : 3st Pengajar : Pn. Qamariah Page 1

Upload: muhammad-irsyad

Post on 18-Dec-2015

1.082 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

Untuk sesiapa yang mempunyai kerja khusus. Boleh mendapatkanya / menDownload disini.

TRANSCRIPT

BATIK

BATIK

FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL BATIK

nama : Ahmad amarKelas : 3stPengajar : Pn. Qamariah

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan folio Pendidikan Seni yang bertajuk BATIK. Terima kasih jugak kepada ibu dan bapa saya yang tidak lekang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan juga turut memberi nasihat dalam menyelesaikan kerja ini. Sekian terima kasih.

SEJARAH BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

FUNGSI BATIKFungsibatikdalam kehidupan sehari-hari dapat dikelompokkan menjadi dua bagian yaitu :a. Batik yang berfungsi sebagai busana atau pakaian untuk keperluan sehari-hari yang biasa disebut sebagai Batik Profan, seperti :1. kemeja2. daster3. sarung4. jarik5. selendang6. kerudungb. Batik berfungsi sebagai kerajinan, seperti :1. taplak meja2. seprai3. gorden4. hiasan dinding5. tas

JENIS-JENIS BATIK.

Batik Blok.

Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.

Batik Canting.

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng

Batik Skrin

Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

PERALATAN BATIK.

1. Bandul Penahan

Bandul dibuat dari timah, atau kayu, atau batu yang diletakkan di saku. fungsi utama bandul adalah untuk menahan kain putih (mori) di mana batik sedang dibuat agar tidak bergerak ditiup angin, atau menarik dari pembuat batik dengan kecelakaan. Tapi tanpa bandul, pembuatan batik dapat dilakukan.2. Dingklik

Dingklik merupakan tempat pembuat batik, tingginya disesuaikan dengan tinggi orang duduk saat membatik.

3. Gawangan

Gawangan terbuat dari kayu atau bambu yang bergerak dan kuat. Fungsinya adalah untuk menggantung dan membentangkan kain mori ketika batik akan dibuat dengan menggunakan canting.

4. Wajan

Wajan peralatan mencair Malam (lilin untuk membuat batik). Wajan terbuat dari baja atau tanah liat. Lebih baik memiliki pegangan agar mudah untuk mengangkat atau turun dari api tanpa menggunakan peralatan lain. Oleh karena itu wajan yang dibuat dari tanah liat lebih baik daripada dari logam karena pegangannya tidak mudah panas. Tapi wajan dari tanah liat yang lambat panas Malam.

5. Kompor/Anglo

Anglo dibuat dari tanah liat, atau bahan lain. Anglo adalah api peralatan untuk mencairkan Malam. Kompor terbuat dari besi di mana sumbu diberikan. Jika menggunakan anglo, maka bahan untuk membuat api adalah arang dari kayu. Jika menggunakan kayu api, anglo diganti dengan keren: keren ini banyak digunakan di desa-desa. Pada dasarnya keren adalah sama dengan anglo, tetapi tidak memiliki lapisan atas.

6. Kipas/Tepas

Kipas tidak digunakan jika menggunakan api kompor. Tepas adalah alat untuk membuat api semakin besar tergantung pada kebutuhan, dan terbuat dari bambu. Selain tepas, digunakan juga ilir. Pada dasarnya tepas dan ilir adalah sama, hanya bentuk yang berbeda. Tepas bentuk adalah persegi dan menunjuk ke salah satu lebar dan pegangan di bagian runcing.

7. Taplak

Fungsinya adalah untuk menutupi dan melindungi pembuat batik itu dari setetes Malam (lilin) dari canting.

8. Canting

Canting adalah alat untuk menggambar atau melukis dengan lilin menggambar Malam ke mori itu. Canting menentukan nama batik yang akan dihasilkan menjadi batik gambar. Alat ini terbuat dari campuran tembaga dan kayu atau bambu yang fleksibel dan ringan.

9. Kemplongan

Kemplongan merupakan alat yang terbuat dari kayu yang berbentuk meja dan palu pemukul alat ini dipergunakan untuk menghaluskan kain mori sebelum di beri pola motif batik dan dibatik.

PROSES PEMBUATAN BATIK.

1. Kain direntang di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari hujung ke hujung utk menegangkan kain tersebut bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.

2. Kain dilukis design / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah bebas, mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu sendiri).

3. Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan janting yang diisi dengan wax (lilin yg cair), design yang dibuat tadi dilapis / diikut lagi lakarannya (tujuan penggunaan wax di sini adalah supaya ketika diberikan perwarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax tidak akan terkena ataupun terkeluar)

4. Permukaan yang kosong kemudiannya, diisi dengan dye (warna). Warna yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.

5. Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah dikeringkan (minimum 24 Jam).

6. Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan tadi kemudiannya digosok menggunakan sterika (tujuannya ialah untuk menghilangkan lapisan lilin).

CONTOH-CONTOH BATIK.

1. Flora

2. Fauna

OLAHAN IDEA.

Page 1