61751426-semantik-bmm3107

24
1. Huraikan konsep-konsep yang berikut : a) Linguistik Linguistik bererti ilmu bahasa. Perkataan linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bererti bahasa. Bidang ilmu yang menkaji bahasa secara saintifik dengan mengkaji data yang sah menggunakan prinsip dan kaedah yang tertentu. b) Bahasa Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk kegunaan perhubungan sesama manusia. c) Wacana Wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa ba-hasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

Upload: yean-yap

Post on 03-Feb-2016

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

Page 1: 61751426-semantik-bmm3107

1. Huraikan konsep-konsep yang berikut :

a) Linguistik

Linguistik bererti ilmu bahasa. Perkataan linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu

lingua yang bererti bahasa. Bidang ilmu yang menkaji bahasa secara saintifik

dengan mengkaji data yang sah menggunakan prinsip dan kaedah yang tertentu.

b) Bahasa

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol-simbol yang dikodkan untuk

kegunaan perhubungan sesama manusia.

c) Wacana

Wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit

tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam

pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa ba-hasa. Sebagai kajian, wacana

memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

Page 2: 61751426-semantik-bmm3107

2. huraikan konsep kohesi dan koheren dan tulis satu perenggan karangan yang menggambarkan kohesi dan koheren.

Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh:

(a) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?

(b) Dia memukul anaknya.

(c) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?

(d) Jahanam itu memukul anaknya.

Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk si Minah. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu si Minah. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna.

Koherensi juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:

(a) Angkat telefon itu, Man!

(b) Aku sedang mandi, Ziz!

(c) OK!

Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Ziz!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

Perbedaan antara kohesi dengan koherensi itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh:

(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?

(b) Ali memukul budak kecil itu.

Page 3: 61751426-semantik-bmm3107

Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.

Kohesi dapat dikenal pasti berdasarkan hubungan unsur ayat. Unsur ayat ini dihubungkan melalui kata hubung:

• Pertentangan yang dinyatakan dengan kata tetapi atau namun.

Contoh: Ayahnya bersetuju, ia ke bulan, tetapi ibunya tidak membenarkannya pergi.

• Pengutamaan yang dinyatakan dengan kata malahan atau bahkan.

Contoh : Anak itu tidak serik, malahan saudaranya yang tua dilawannya.

• Pengecualian yang dinyatakan dengan kata kecuali.

Contoh : Mahasiswa itu setiap hari makan budu, kecuali hari Jumaat.

• Penyetujuan yang dinyatakan dengan kata walaupun atau meskipun.

Contoh : Wanita itu amat dicintainya, walaupun tidak pernah diucapkannya.

• Tujuan yang dinyatakan dengan kata agar atau supaya.

Contoh : Mahasiswi itu belajar dengan tekun agar beroleh kejayaan cemerlang.

Kohesi ditandai juga oleh pengulangan kata atau frasa, baik secara tuntas atau sebahagian. Contoh:

• Abang membelikan adik ayam serama. Abang tahu bahawa adik amat suka akan ayam serama.

• Pak Asraf telah meninggal dunia pada tahun lalu. Pak Asraf merupakan satu-satunya tokoh bahasa yang tekal dalam perjuangannya. Oleh itu, Pak Asraf dihormati dan disegani ramai.

Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:

(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.

(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.

Page 4: 61751426-semantik-bmm3107

Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

Sejajar dengan penggantian leksikal ialah penggantian bentuk yang tidak menuju ke acuan yang sama, tetapi ke kumpulan yang sama. Contoh:

(a) Jiran saya memiliki unta. Pak Hassan juga memiliki seekor.

(b) Mahasiswi itu bersiar-siar di taman Mawar. Sewaktu ke pintu keluar, ia memetik sekuntum dan disematkannya ke sanggulnya.

Kata unta dan seekor merujuk kumpulan yang sama. Demikian juga kata mawar dan sekuntum merujuk kumpulan yang sama, iaitu bunga. Keadaan ini dikatakan sebagai hubungan penyesuaian alami, kerana bentuk ekor dan kuntum merupakan penggolongan binatang dan bunga.

Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang bersifat gramatikal. Hubungan yang bersifat gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas koherensi. Hubungan anaforis ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh:

(a) Apakah yang dipandang oleh emak?

(b) Dia memandang bulan di langit.

Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

Hubungan kataforis ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh:

(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.

(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi bandar Kajang.

Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anaforis.

Page 5: 61751426-semantik-bmm3107

Contoh ayat :

TRAGEDI TREN LAJU DI CHINA

Dua buah tren laju berlanggar di China malam semalam apabila tren pertama yang hilang kuasa akibat dipanah petir dirempuh dari belakang oleh tren yang kedua, menyababkan dua gerabak tren pertama terhumban dari jambatan. Setakat ini tragedi di Wenzhou, Wilayah Zhejiang itu mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang dan mengakibatkan 200 lagi cedera.

3. Huraikan sumbangan penting tokoh-tokoh berikut dalam

bidang linguistik

A) E.sapir

Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang Fonologi di Jerman

tetapidipengaruhi oleh F.Boas. Beliau turut mengkaji bahasa-bahasa

orang asli Amerika. Beliau menulis bukunya yang pertama

Language (1881).

Buku ini mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan

melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat

yang menggunakannya.

B) Ferdinand de Saussure

Beliau hidup pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20.

Beliau membuat kajian linguistik perbandingan.

Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan

kajian linguistik deskriptif struktur.

Page 6: 61751426-semantik-bmm3107

Pengaruh beliau terlihat dalam dua hal.

- Pertama, tulisannya di antara 1878-1924 yang dikarang dalam bentuk sebuah

memoir, membicarakan dari hal sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo-

Eropah.

- Beliau membezakan kajian llinguistik secarasin kronik dan dikronik. Sinkronik

bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa.

-Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa.

- Kedua, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole. Istilah langue

bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya dengan loghat.

-Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang sama terdapat dalam pertuturan

beberapa penutur loghat yang sama. Kita dapat melihat ciri- ciri yang dikongsi

bersama oleh penutur-penutur tersebut, di samping ciri-ciri yang membezakan setiap

penutur individu.

-Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole

daripada bahasa yang sama.

- De Saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan bentuk.

Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis -garis lakar dikatakan

bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bantuk pula ialah pola -pola

perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas bahannya.

Apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola-pola

pembentukan perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu

jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam bahasa.

C) Noam Chomsky

Tatabahasa transformasi diperkenalkan oleh Chomsky pada tahun

1957 dalam bukunya bertajuk Syntactic Structures. Dalam tatabahasa

transformasi ini kita perlu memahami beberapa konsep am. Kita perlu

menerima apa yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis dan yang

tidak gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang penutur

bahasa ibunda.

Page 7: 61751426-semantik-bmm3107

Ini kerana, bahasa diertikan sebagai mengandungi ayat-ayat yang

diterbitkan. Pada hakikatnya ayat dapat dipanjangkan seberapa yang

mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripadaunsur-unsur yang terhad

bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada

beberapa proses operasi delam membentuk ayat-ayat tersebut dengan

menggunakan rumus-rumus tertentu.

4. Huraikan secara ringkas Teori Behavioris dan Teori Mentalis

dan implikasi teori tersebut kepada pengajaran dan pembelajaran

bahasa.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIORIS

Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa otak manusia ini merupakan satu

kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku didalam situasi atau keadaan

tersebut adalah tidak dapat diamati dengan sempurna. Ini bermakna, apa sahaja

yang ada di dalam kotak tersebut adalah tidak berkaitan dengan penyelidikan

linguistik, dan apa yang penting ialah bahasa dalam bentuk kalimat-kalimat yang

merupakan perangai atau kebiasaan yang terdapat secara langsung untuk diamati

dan diselidiki. (http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model

%20P&P.pdf)

Skinner (1904-1990) menganggap ganjaran merupakan faktor penting dalan

belajar. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal mengawal

tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi

sehingga murid akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. .

Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat

mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai

dengan keinginan..

Page 8: 61751426-semantik-bmm3107

Golongan ini berpendapat bahawa bahasa merupakan proses perilaku hasil

operasi stimulus/ ransangan dan tindak balas yang bergantung semata-mata kepada

ciri naluriah yang ada pada manusia. Oleh sebab manusia memiliki alat biologis yang

berfungsi untuk menghasilkan bahasa, maka dapatlah manusia menggunakan

bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi sesama mereka.

Teori ini berasakan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari

bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Mereka menolak sebarang pendapat yang

mengaitkan proses penghasilan bahasa dengan operasi kognitif. A berulang-ulang

pula memainkan peranan yag penting dalam member peneguhan terhadap

perlakuan bahasa murid. Pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu, dan aktiviti

meniru menjadi factor utama dalam pembelajaran bahasa.

Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam

bentuk bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan, pujian, tepukan, dan

sebagainya. Jika sekiranya setiap perlakuan bahasa yang betul diikuti dengan gerak

balas positif akan mengukuhkan lagi penguasaan bahasa murid / kanak-kanak

tersebut. Akhirnya ia akan membentuk kebiasaan. Proses ulangan dan peneguhan

positif yang berpanjangan ser

Menurut  (Hartley & Davies, 1978 )  beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku

yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi proses belajar dapat berlaku

dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. Bahan pelajaran disusun

dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya

dan  dapat memberikan respon tertentu;. Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas

secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon  yang 

diberikannya telah benar;. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka

ia perlu diberi penguatan.

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat

iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak

balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak

dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal

atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan

kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya.

Page 9: 61751426-semantik-bmm3107

Antara implikasi teori terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah

kemahiran lisan lebih penting daripada menulis, menulis merupakan kemahiran

kedua, oleh itu guru mesti mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan

kepada latihan lisan dan kemudiannya diikuti dengan kemahiran menulis. Selain itu,

dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran, guru harus

mengutamakan latih tubi yang dilakukan secara intensif dan pembelajaran dan

pengajaran harus bermula dengan pola yang mudah baru bertambah dengan yang

lebih sukar. Guru juga harus menyediakan ransangan untuk membolehkan murid

bertindak balas dan diikuti dengan ganjaran kepada tindakan yang betul sehingga

menjadi tindakan yang bersifat automatis. Implikasi yang terakhir ialah bahasa guru

adalah sebagai model, oleh itu guru harus menggunakan bahasa yang betul untuk

dicontohi oleh murid.( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)

TEORI MENTALIS

Menurut Noam Chomsky penutur pendengar mempunyai kamapuan dan

prestasi otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperolehi semula jadi.

Setelah 5 tahun membentuk tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya.

Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa

ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (stimulus-organism-response). Beliau juga

memperkenalkan Transformational Grammar(TG).

(http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA)

Kajian oleh Smith (1973) pula mendapati urutan pemerolehan fonologi

tidaklah begitu tetap dan teratur seperti anggapan ahli-ahli Behaviouris. Menurutnya

pada peringkat awal wujud homonim (kesamaan sebutan). Contohnya perkataan

‘ship’ dan ‘sheep,’ kedua-duanya disebut ‘ship’. Pada peringkat kedua, hanya ‘ship’

disebut ‘ship’, manakala ‘sheep’ disebut ‘ship’ dengan ujaran yang lebih panjang.

Seterusnya wujudlah sebutan yang tepat bagi kedua-dua perkataan yang berbeza di

atas tadi.

Page 10: 61751426-semantik-bmm3107

Golongan mentalis mengangggap penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku

menerusi proses pemerolehan semata-mata, sebaliknya melibatkan organisasi

minda. Bagi golongan ini pemerolehan fonem bahasa tidak boleh ditafsir sebagai

hasil hubungan psikososio kanak-kanak dengan persekitaran sahaja. Mereka

menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman seperti yang disarankan oleh Noam

Chomsky (1981). Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan

pelakuan kanak-kanak. Chomsky menegaskan kematangan saraf, kematangan

pemikiran, dan kematangan bertindak penting dalam proses mempelajari bahasa.

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur

mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum

kebolehan bertutur. Menurut Chomsky lagi, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia

sudah dibekalkan dengan keupayaan untuk membolehkannya berbahasa apabila

tiba masanya. Potensi ini ialah sifat akal/mental yang boleh menerbitkan perkataan

tau ayat-ayat yang tidak terbatas. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa

akan terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Setiap penutur dan pendengar

mempunyai dua bahagian penting iaitu kemampuan (competence) dan peraturan

(performance) yang ada dalam otak manusia merupakan satu system rumus yang

mampu menghasilkan kalimat yang terbatas.

Antara implikasi teori ini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah

semua pelajar seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan jaya kerana mereka

mempunyai LAD. Pengajaran bahasa pula adalah secara dedukif dan tatabahasa

dipelajari secara lansung dan berstruktur. Pelajar perlu digalakkan dan diberi

peluang untuk berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka

dapat membina konsep atau makna.

Selain itu, guru harus mendedahkan bahan- bahan sebenar kepada dan

bukan bahan- bahan yang diadakan. Latihan- latihan yang diberikan seharusnya

membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak

mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)

Page 11: 61751426-semantik-bmm3107

5. Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? Huraikan konsep perluasan dan penyempitan makna dengan merujuk kepada contoh yang sesuai.

Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud

isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud

bererti.Kemudian semainein diinggeriskan menjadise mantics, dan dalam bahasa

Melayu menjadi semantik.Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik

ialah M.Breal, 1900.

Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang

maknadalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin

Abd. Razak,2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa

maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna

sesuatu perkataan.

Setiap kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:

a. makna denotasi dan dan makna konotasib. Makna dalam konteksc. Hubungan makna dengan kebudayaand. Perubahan maknae. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat . Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini . Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata.

Page 12: 61751426-semantik-bmm3107

Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Terdapat juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

i. Peluasan maknaPerubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

Contoh: menternak, taman, rawat,belayar, menyeberang.

1. Menternak (makna lama : memelihara binatang darat)

(makna baru: termasuk memelihara hidupan air seperti ikan dan udang)

2. Taman (makna lama : tempat indah dengan tumbuhan bunga)

(makna baru : termasuk kawasan perumahan dan perindustrian)

3. Rawat (makna lama : menjaga orang sakit)

(makna baru : termasuk memulihkan pokok sakit, barang-barang lama, barang rosak, air kumbahan)

4. Menyeberang (makna lama : dulu hanya untuk menyeberang sungai)

(makna baru : termasuk menyeberang jalan, dll)

5. Belayar (makna lama : pada masa dahulu semua kapal menggunakan layar)

(makna baru : tidak ada layar pun disebut belayar)

Page 13: 61751426-semantik-bmm3107

ii. Penyempitan maknaSeperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.

Contoh: madrasah, khalwat, tuan

khalwat (makna lama : menyendiri dalam masjid/tempat suci untuk beribadat

kepada Allah)

(makna baru : berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi untuk tujuan maksiat).

Tuan (makna lama : untuk lelaki dan perempuan. Contoh Tuan kadi dan Tuan puteri)

(makna baru : lelaki sahaja)

iii. Perubahan MaknaMakna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial dalam masyarakat.

Page 14: 61751426-semantik-bmm3107

6. Huraikan konsep sintagmatik dan paradicmatic dengan

mengemukakan contoh yang sesuai.

Konsep Sintagmatik

1. Hubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur-unsur yang terdapat dalam

suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan dan bersifat linear. Hubungan

sintagmatik ini terdapat baik dalam tataran fonologi, morfologi, mahupun sintaksis.

Hubungan dalam tataran fonologi boleh dilihat pada urutan fonem-fonem pada

sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu.

Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan k, i, t,

a. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak bermakna

sama sekali.

Contoh:

kita

kiat

kati

kait

2. Hubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem-morfem pada

suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata

tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna

langsung.

Contoh :

segi tiga

tiga segi

barang kali

kali barang

3. Hubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata-kata

yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa mengubah

makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.

Page 15: 61751426-semantik-bmm3107

Contoh :

Hari barangkali dia sakit

Barangkali dia sakit hari ini

Dia sakit hari ini barangkali

Konsep pragmatik

1. Pragmatik adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bahasa sevara

luaran aiatu bagaimana unit kebahasaan itu digunakan dalam komunikasi. Leech

(1993), pragmatik adalah studi mengenai makna ujarandalam situasi

tertentu.Sementara Levinson (dalam Siregar 2002) men-definisikan pragmatik

sebagai telaah mengenai hubungan antara bahasa dan konteksyang merupakan

asas bagi suatu nota atau laporan pemahaman bahasa. Dengan demikian ia

merupakan telaah mengenai kemampuan pengguna bahasadalam menyambung

serta menyerasikan kalimat-kalimat dan kontekssecara tepat.

2. Pragmatik dan tindak tutur memandang konteks sebagai pengetahuan bersama

antara pembicara dan pendengar dan pengetahuan tersebutmengarah pada

interpretasi suatu tuturan.Pengetahuan atau konteks tertentu dapatmengakibatkan

manusia mengenalpasti jenis-jenis tindak tutur yang berbeda.Berbicara tentang

pragmatik di dalam mangupa bererti bercakap tentang penggunaan peranti tindak

tutur dalam tuturan. Kehadiran perangkattindak tutur ini ada yang wajib dan ada pula

yang bersifat pilihan bergantungkepada kepentingannya. 

3. Pragmatik berkaitan dengan kemudahan implementasi dan kecekapan. Dalam

hubungannya dengan bahasa pemrograman, seorang programmer harus bisa

memastikan kecekapan dalam melakukan peng-coding-an. Dalam bahasa C,

programmer diberikan kuasa untuk memperuntukkan ingatan. Sebagai akibatnya,

apabila programmer lalai dalam mengawal pembolehubah-pembolehubah yang

dihasilkan dari hasil assignment pointer, maka akan berlaku kebocoran memori. Ini

disebabkan apabila seorang programmer mengcreate sebuah variabel pointer, dan

kemudian memadamnya, maklumat tersebut masih ada dalam ingatan, hanya saja

sudah tidak boleh diakses lagi.

Page 16: 61751426-semantik-bmm3107

4. Sesuatu unit linguistik itu dikatakan boleh memasuki kedua-dua jenis hubungan itu

iaitu paradigmatik. Dengan menyelidik kedua-duanya bagi sesuatu jenis unsur, kita

akan dapat mengetahui penyebaran unsur itu, iaitu kedudukannya dalam pola

sesuatu bahasa. Seterusnya, ini memungkinkan kita untuk mengetahui dan

menjelaskan sistem dan struktur bahasa yang ingin dihuraikan itu. Hubungan

paradigmatik ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut.

Contoh :

saya –kaya.

Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks( di

tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini berada pada

hubungan paradigmatik. Dengan kata lain, kedua-dua unsur ini dikatakan

‘sefungsi’kerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa.

Manakala unsur / s /dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik

dengan / a /, / y / dam / a /.Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sahaja

dapat diperlihatkanpada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat

penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku. Kata buku berada

pada hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Jika dibandingkan dengan

rangkai kata sebuah kereta, dan sebuah rumah pula, kata buku tadi berada pada

hubungan paradigmatik dengan kereta dan rumah.

Page 17: 61751426-semantik-bmm3107

7. Apakah yang dimaksudkan dengan variasi bahasa? Huraikan

konsep tersebut dengan merujuk kepada contoh yang sesuai.

Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi

maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Di mana, variasi bahasa

merupakan suatu pengajian fitur (ciri/bentuk/sifat) bahasa yang berbeza secara

semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur yang berbeza atau suatu

kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Menurut Haliday

(1968), beliau menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna dan

penggunaan. Aspek-aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk

berbahasa yang sama dan bukannya perbandingan antara dua bahasa. Selain itu,

variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan

tatabahasa.

Contoh:

i. Perbezaan di antara bahasa istana (Raja) dengan bahasa rakyat biasa.

- Bahasa istana = beta, patik, tuanku, tuan hamba

- Bahasa rakyat biasa = saya, awak, aku

ii. Dialek.

- Orang utara = buah mempelam

- Orang pantai timur = buah pauh

- Orang selatan = buah mangga

Page 18: 61751426-semantik-bmm3107

8. Huraikan sistem panggilan dalam masyarakat Melayu

Sistem panggilan merupakan satu kaedah panggilan yang melambangkan

pertalian di antara individu dengan individu yang berinteraksi antara satu sama lain.

Sistem panggilan juga menunjukkan perhubungan dalam kalangan masyarakat

tertentu dan nilai di kalangan anggota masyarakat dalam masyarakat tersebut.

Budaya yang berbeza mempamerkan sistem panggilan yang berbeza.

Penggunaan sistem panggilan bergantung pada beberapa aspek yang

menentukan jenis panggilan sekali gus menentukan laras basada yang digunakan

ketika berkomunikasi. Antara aspek tersebut ialah

1. kata ganti nama diri

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri

seseorang,iaitu diri pertama, kedua dan ketiga. Kata panggilan juga menggantikan

kata ganti nama bagi memuliakan seseorang.

Terdapat dua kategori iaitu melibatkan penggunaan bahasa diraja dan

penggunaan bahasa biasa atau orang kebanyakan.

Sistem panggilan

Bahasa diraja Bahasa biasa / kebanyakan

Patik Saya

Baginda Kamu

Beta Mereka

anakanda Beliau

Page 19: 61751426-semantik-bmm3107

2. Kekeluargaan

Kata panggilan keluarga masyarakat Melayu merangkumi beberapa sistem

tertentu. Setiap sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Istilah persanakan atau

istilah kekerabatan (bahasa Indonesia) atau kinship terms (bahasa Inggeris) ialah

perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada orang dalam sesuatu keluarga

(Yule, 2010:268). Semua bahasa mempunyai istilah persanakan tetapi yang

ditakrifkan sebagai keluarga berbeza mengikut kelompok bangsa dan masyarakat

yang berbeza.

Pemilihan sesuatu sistem untuk diamalkan dalam sesebuah keluarga

bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap keluarga mempunyai amalan dan

cara tersendiri dalam sistem panggilan yang harus dan hendak diamalkan ketika

memanggil anak-anak mereka atau ketika menetap panggilan yang harus digunakan

dalam kalangan adik-beradik dalam sesebuah keluarga. Biasanya sistem ini

ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Sistem yang

pakai dalam sesebuah keluarga bertujuan bukan sahaja untuk membezakan urutan

anak, iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil tetapi, sistem panggilan

yang diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung memupuk

perasaan hormat kepada yang lebih tua. Sistem panggilan kekeluargaan dibahagi

kepada nama kekeluargaan asas (berasaskan umur dan pangkat seperti Pak, Mak,

Tok, abang, kakak, dan adik) serta jenama kekeluargaan (berasaskan pertalian

darah seperti Long, Ngah, Alang, Anjang, Andak, Teh, Cik dan Busu dan ikatan

perkahwinan seperti menantu,mentua, ipar, besan, biras.

3. Panggilan Diraja / Panggilan temurun

Sistem panggilan diraja melibatkan gelaran keturunan untuk raja atau sultan

yang memerintah. Gelaran ini telah wujud berkurun lamanya. Zaman kegemilangan

Melayu Melaka merupakan zaman gemilang termasuk dengan gelarannya. Gelaran

ini berbeza mengikut negeri seperti raja ( Perak dan Selangor ), Tunku / Ungku

( Johor & Kedah ), Tuanku (Negeri Sembilan), Tengku / Engku ( Kelantan, Pahang &

Terengganu) dan Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran muda (Brunei).

Panggilan temurun juga melibatkan keturunan diraja atau warisnya seperti Ku, Raja,

Ungku, Tunku dan sebagainya.

Page 20: 61751426-semantik-bmm3107

Mereka menggunakan panggilan Yang Mulia. Begitu juga dengan keturunan

Syeikh dan Sharifah turut menggunakan panggilan Yang Mulia. Sistem Panggilan

hormat yang digunakan berdasarkan ketinggian pangkatnya dan kuasanya.

Antaranya :

Panggilan hormat Pangkat

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong & Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Kelantan

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor

Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Perak

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku RajaTerengganu

Duli Yang Teramat Mulia Raja Mudah Kedah, Raja Mudah Perak

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Pahang

Yang Maha Mulia Bekas Permaisuri Agong

Yang Amat Mulia Anak-anak Raja Pemerintah

Yang Mulia Ku, Raja

4. Gelaran / jawatan

Bagi golongan tertentu yang mempunyai jawatan dan gelaran, sistem

panggilan hormatnya akan digunakan bergantung pada jawatan dan gelarannya.

Bagi golongan yang menyandang jawatan berdasarkan atas pelantikan kerajaan

sama ada bergelar/atau tidak, disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.

Antara contoh lain ialah

Panggilan hormat Jawatan

Yang Berbahagia Pengarah, Ketua Polis Negara,

Yang Amat Arif Ketua Hakim

Yang Berhormat Menteri, Setiausaha menteri

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan PM

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri

Page 21: 61751426-semantik-bmm3107

Sesetengah pangkat yang dianugerahkan, mempunyai ejaan yang berlainan

walaupun membawa maksud yang sama iaitu Datuk dan Dato’. Bagi Persekutuan,

Sabah, Sarawak dan Melaka, ejaannya ialah Datuk manakala ejaan Dato pula bagi

semua negeri beraja serta di Pulau Pinang ialah Dato’.

Manakala gelaran pula digunakan berdasarkan anugerah darjah kebesaran

yang diterimanya di peringkat persekutuan atau negeri. Bagi yang bergelar tetapi

tidak memegang jawatan kerajaan, panggilan hormat kepada gelar yang dimilikinya

seperti Dato disapa panggilan hormat Yang Berbahagia.

Panggilan hormat Darjah kebesaran Gelaran

Yang Amat Dimuliakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara

(D.M.N)

-

Yang Amat Berbahagia Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)

Seri Setia Mahkota (S.S.M)

Tun, Toh Puan

Yang Berbahagia Panglima Mangku Negara (P.M.N)

Panglima Seri Mahkota (P.S.M)

Panglima Jasa Negara (P.J.N)

Panglima Setia Diraja (P.S.D)

Tan Sri, Puan Sri

Datuk, Datin

Page 22: 61751426-semantik-bmm3107

5. Masyarakat

Kita dikelilingi oleh masyarakat yang pelbagai latar belakangnya sama ada

dari segi pendidikan, pekerjaan, umur, jantina dan sebagainya. Maka, panggilan

hormat untuk individu tersebut perlu dipandang dari latar belakangnya.

Panggilan hormat Latar belakang

Cik

Encik

Panggilan bagi wanita yang belum

berkahwin

Bagi lelaki yang berpangkat

Tuan orang lelaki seorang haji, doktor, profesor

Puan wanita yang sudah berkahwin atau

bekerja

Saudara

Saudari

Untuk lelaki / perempuan yang seumur

atau lebih muda, rujukan dalam

mesyuarat atau aktiviti lain

Untuk perempuan sahaja

Sahibus Samahah Mufti

Sahibul Fadilah Kadi Besar / Kadi

Al-Fadil Tuan Guru / Ustaz

6. Protokol rasmi

Masyarakat Melayu mempunyai satu aturan atau sistem tertentu berhubung

dengan bahasa sapaan dan panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara

rasmi yang dihadiri oleh kenamaan tertentu. Penyusunan adalah mengikut

keutamaan dan menjadi asas kepada penghormatan, adab dalam majlis.

Penyusunan tersebut termasuklah sebutan gelaran atau panggilan hormat. Pastikan

panggilan hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul.

Penggunaan panggilan hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau

merendahkan martabat VIP yang berkenaan.

Page 23: 61751426-semantik-bmm3107

9. Maksud linguistik sinkronik dan linguistik diakronik

- Linguistik sinkronik (synchronic linguistics)  Pendekatan dalam cabang

linguistik yang mengkaji bentuk satu bahasa atau lebih pada peringkat atau

satu masa perkembangan tertentu. (Kamus Linguistik, 1997:153). Linguistik

sinkronik mengkaji bahasa pada masa terbatas. Misalnya mengkaji bahasa

Indonesia pada tahun dua puluhan. Studi linguistik sinkronik ini biasa disebut

juga linguistik deskriptif.

- Linguistik diakronik (diachronic linguistics)  Pendekatan pengkajian linguistik

yang mengkaji perubahan yang dilalui dalam tempoh sejarah yang lama.

(Kamus Linguistik, 1997:150) Cabang linguistik ini dinamakan juga linguistik

sejarah. Sedangkan teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji

bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik

diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa,

kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang

kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang

kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. Linguistik diakronik berupaya

mengkaji bahaasa (atau bahasa-bahasa) pada masa yang tidak terbatas; bisa

sejak awal kelahiran bahasa itu sampai zaman punahnya bahasa tersebut.

Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komperatif.

Page 24: 61751426-semantik-bmm3107

10. konsep-konsep berikut:

- a) Lingusitik am

- Linguistik am ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian

yang dijalankan secara teratur menurut rumus-rumus yang tertentu.

- b) Linguistik bandingan

- Linguistik bandingan ini sering dihubungkan dengan kajian lingustik sejarah.

Linguistik perbadingan ini melihat cirri-ciri persamaan dan perbezaan antara

bahasa-bahasa daripada segi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan

makna. Oleh itu, linguistik bandingan ini melihat perbezaan antara bahasa-

bahasa yang digunakan oleh penutur dari segi segi bunyi, perkataan dan

imbuhan, ayat dan makna.

- c) Sosiolinguistik

- Sosiolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji perhubungan atau bahasa

yang digunakan dalam masyarakat. Secara khususnya bidang sosiolinguistik

ini melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasanya dalam

konteks yang berlainan.

- d) Psikolinguistik

- Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan

neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan

memahami bahasa.

-