manual amalan 5s - audit 5s bagi ... memantau kemajuan pelaksanaan amalan 5s melalui contoh ......

Download MANUAL AMALAN 5S -   audit 5S bagi ... Memantau kemajuan pelaksanaan Amalan 5S melalui contoh ... Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman 5S. Menyediakan laporan dan

Post on 01-Mar-2018

247 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • MANUAL

    AMALAN 5S

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    1

    KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    1 Prakata 2

    2 Jawatankuasa Amalan 5S JKR Bentong

    2.1 Jawatankuasa Induk Amalan 5S JKR Bentong 2.2 Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S JKR Bentong

    3 - 4

    3 Pengenalan 5

    4 Dasar 5S JKR Bentong 5

    5 Slogan 5S JKR Bentong 5

    6 Falsafah Amalan 5S 5

    7 Tujuan 6

    8 Objektif Amalan 5S JKR Bentong 6

    9 Faedah Pelaksanaan 5S 7

    10 Kunci Kejayaan 5S 7

    11 Definisi Operasi 8

    12 Konsep Amalan 5S 8

    12.1 Sisih (Seiri) 9

    12.2 Susun (Seiton) 10

    12.3 Sapu (Seiso) 11

    12.4 Seragam (Seiketsu) 11

    12.5 Sentiasa Amal (Shitsuke) 12

    13 Langkah-langkah Pelaksanaan Amalan 5S 13 - 16

    14

    15

    16

    17

    Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa

    Amalan 5S

    Kreteria Audit

    Penutup Lampiran

    17 - 18

    19 - 26

    27

    28 - 32

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    2

    PRAKATA

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia

    Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap

    penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat

    melalui pengenalan Amalan 5S. Amalan 5S merujuk kepada pengurusan persekitaran tempat

    kerja yang lebih seragam dan sistematik. Amalan 5S dapat membantu Warga Jabatan Kerja Raya

    Bentong untuk bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif dan selesa.

    Selain itu, Manual Amalan 5S ini juga dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih,

    dan tersusun. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan produktiviti kerja dengan lebih berkualiti.

    Jika Amalan 5S dilaksanakan ianya akan meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan

    pejabat ke arah yang lebih baik di samping dapat mengurangkan pembaziran. Komitmen dan

    penglibatan warga Jabatan Kerja Raya Bentong dalam pelaksanaan Amalan 5S merupakan asas

    kepada peningkatan kualiti dan produktiviti di Jabatan Kerja Raya Bentong ini.

    Dengan adanya Amalan 5S ini diharap akan mampu membentuk disiplin diri yang baik,

    semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempat

    kerja.

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    3

    JAWATANKUASA AMALAN 5S JKR BENTONG

    JAWATANKUASA INDUK AMALAN 5S JKR Bentong

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    4

    JAWATANKUASA PELAKSANA AMALAN 5S

    JKR DAERAH BENTONG

    PENGERUSI

    En. Mohd Shahril Bin Mohd Said

    PENYELARAS

    En. Noor Irwan Bin Othman

    SETIAUSAHA

    Pn. Hasniza Binti Mohamed Mokhtar

    JAWATANKUASA PROMOSI

    En. Mohd Farisyal Bin Mohd Alias

    JAWATANKUASA LATIHAN

    Cik Aqilah Bt. Sazali

    JAWATANKUASA AUDIT

    En. Sohairi Bin Abd Majid

    JAWATANKUASA ZON

    Semua Ketua Zon ( 6 Zon )

    1. Zon Back Hoe

    Pn. Norasiah Binti Ayob

    2. Zon Excavator

    En. Noor Azman Bin Nordin

    3. Zon Kren

    En. K. Sugunanathan

    4. Zon Forklift

    Pn. Rohana Binti Musa

    5. Zon Grader

    En. Tay Choon Jin

    6. Zon Dozer

    En. Irwan Yamin B. Wahab

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    5

    PENGENALAN

    Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun

    bertujuan mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

    Amalan 5S JKR Daerah Bentong bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti

    secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan Amalan 5S JKR Daerah Bentong yang berkesan

    dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos, memudahkan proses kerja dan

    penggunaan ruang kerja yang optimum.

    Selain memberi keutamaan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan proses

    kerja yang cekap, Amalan 5S JKR Daerah Bentong juga berupaya memperkukuhkan lagi

    Sistem Pengurusan Bersepadu ( SPB ) JKR berasaskan Standard MS ISO 9001:2008 dalam

    mencapai visi JKR sebagai pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan

    dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan

    infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

    DASAR AMALAN 5S JKR Bentong

    Amalan 5S JKR Bentong bertujuan membentuk budaya kerja yang

    lebih bersistematik dan selamat ke arah peningkatan produktiviti

    dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

    SLOGAN AMALAN 5S JKR Bentong

    AMALAN 5S KEUTAMAAN KAMI

    FALSAFAH AMALAN 5S JKR Bentong

    Produktiviti Menjana Kualiti

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    6

    TUJUAN

    Manual Amalan 5S JKR Bentong merupakan satu dokumen yang menerangkan

    tentang konsep Amalan 5S JKR Bentong secara umum dan diguna pakai untuk

    memberikan kefahaman kepada seluruh warga JKR Bentong . Ia juga menjadi panduan

    asas pelaksanaan dan kaedah pengauditan dalam Amalan 5S JKR Bentong yang dapat

    merealisasikan misi dan visi JKR di samping dapat membantu warga JKR Bentong

    memahami dan membudayakan amalan 5S berdasarkan Arahan Pentadbiran JPA Bil

    1/2010. (Rujuk Lampiran)

    OBJEKTIF AMALAN 5S

    Mewujudkan suasana bersih, kemas, tersusun,

    dan teratur serta selamat

    Menyediakan persekitaran kerja yang

    lebih kondusif dan mudah untuk

    diselenggarakan

    Meningkatkan motivasi dan disiplin

    Memupuk semangat berpasukan

    Menerap nilai tanggungjawab terhadap

    kemudahan pejabat

    Penambahbaikan berterusan di dalam peningkatan kualiti

    organisasi

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    7

    FAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 5S Faedah pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan faedah-faedah seperti berikut:

    KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S JKR BENTONG

    Kunci kejayaan 5S JKR BENTONG bergantung kepada perkara berikut:

    SOKONGAN PADU PENGURUSAN

    PELAN PELAKSANAAN

    LATIHAN AMALAN 5S

    KEFAHAMAN KESEDARAN

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    8

    DEFINISI OPERASI

    Definisi Operasi yang terkandung dalam Manual Amalan 5S JKR BENTONG adalah seperti berikut:

    Zon : Terdapat 6 zon telah ditetapkan.

    FIFO : FIRST- IN-FIRST-OUT

    5W1H : Senarai semak tugasan dengan teknik 5W1H.

    1. Who - Siapa yang bertanggungjawab?

    2. Why - Mengapa perlu dilaksanakan?

    3. When - Bila perlu dilakukan?

    4. Where - Di mana perlu dilaksanakan?

    5. What - Apa tindakan yang perlu diambil?

    6. How - Bagaimana aktiviti dijalankan dan diseragamkan?

    KONSEP AMALAN 5S

    5S adalah istilah asal dalam Bahasa Jepun. Namun begitu, penterjemahan istilah ini ke dalam

    Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris masih mampu mengekalkan konsep amalan 5S ini

    seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah:

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    9

    SISIH (Seiri)

    SISIH Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

    SISIH secara berkesan:

    Tandakan barang-barang yang tidak diperlukan dengan menggunakan kaedah Tag Merah dan

    kaedah Tag Kuning

    Tindakan Sisih boleh dilakukan seperti berikut:

    Kaedah Tag Merah

    Kaedah Tag Kuning

    Kesan kejayaan SISIH boleh diukur melalui:

    Di tempat kerja hanya terdapat barang / dokumen / peralatan yang diperlukan sahaja.

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    10

    SUSUN (Seiton) SUSUN - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya. SUSUN secara berkesan:

    " Setiap Barang Ada Tempatnya dan Setiap Tempat Ada Barangnya. "

    Menggunakan kaedah First-In-First-Out (FIFO)

    Melabel dan mengindeks nama dan nombor pada barang/peralatan/rekod

    Menyusun barang/peralatan/rekod mengikut kategori

    Memastikan barang disusun dengan sebaik mungkin supaya mudah dicapai

    Kaedah SUSUN :

    Tindakan Susun boleh dilakukan seperti berikut:

    Kesan Kejayaan SUSUN boleh diukur melalui:

    Pencarian / capaian barang / peralatan / dokumen dalam tempoh 30 saat.

  • Manual Amalan 5S

    JKR Daerah Bentong

    11

    SAPU (Seiso) SAPU - Membersih tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan. SAPU secara berkesan

    Mengagihkan tugasan pembersihan

    Menentukan hak milik (ownership) ruang / peralatan bagi setiap ahli

    Mewujudkan kaedah pembersihan yang akan digunakan

    Menyediakan peralatan dan bahan-bahan untuk kerja pembersihan

    Melaksanakan kerja pembersihan

    Tindakan Sapu :

    Kesan Kejayaan SAPU boleh diukur melalui:

    Produk dan hasil kerja yang berkualiti

Recommended

View more >