55255742 proposal t malim

22
AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN MASYARAKAT : KAJIAN KES DI TANJONG MALIM BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan jumlah sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan pelupusan sampah dibuka. Di Malaysia, kebanyakan sisa pepejal akan dihantar ke kawasan tapak pelupusan sampah atau ke pusat insinerator (pembakaran). Terdapat 161 buah tapak pelupusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2003, Johor mendahului negeri lain dalam jumlah pelupusan yang tinggi iatu sebanyak 26, Perak sebanyak 18 buah tapak diikuti Pahang dan Kelantan sebanyak 14 dan 12 buah berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia. Daripada 161 tapak ini, sebanyak 77 daripadanya merupakan tapak pembuangan sampah terbuka, 49 tapak pelupusan terkawal, 19 tapak mempunyai ‘bund’ dan sisa pepejalnya dikambus setiap hari, 10 tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan leachate’ dan paip pengudaraan. Jumlah selebihnya mempunyai sistem rawatan ‘leachate’. Teknologi ini dikatakan mampu mengatasi masalah sampah yang semakin meruncing. Hal ini demikian kerana sistem berkenaan mampu membakar sampah dengan lebih cepat iaitu boleh membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi. Kaedah ini juga dapat mengelakkan sebaran penyakit kerana mampu membakar kuman yang terdapat dalam sisa. Walaubagaimanapun, teknologi ini memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contohnya pusat 1

Upload: shuhunny

Post on 05-Jul-2015

486 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 55255742 Proposal T Malim

AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN MASYARAKAT :

KAJIAN KES DI TANJONG MALIM

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kitar semula merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan jumlah

sampah. Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan pelupusan

sampah dibuka. Di Malaysia, kebanyakan sisa pepejal akan dihantar ke kawasan tapak

pelupusan sampah atau ke pusat insinerator (pembakaran). Terdapat 161 buah tapak

pelupusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia. Sehingga tahun 2003, Johor mendahului

negeri lain dalam jumlah pelupusan yang tinggi iatu sebanyak 26, Perak sebanyak 18 buah

tapak diikuti Pahang dan Kelantan sebanyak 14 dan 12 buah berbanding negeri lain di

Semenanjung Malaysia. Daripada 161 tapak ini, sebanyak 77 daripadanya merupakan tapak

pembuangan sampah terbuka, 49 tapak pelupusan terkawal, 19 tapak mempunyai ‘bund’ dan

sisa pepejalnya dikambus setiap hari, 10 tapak mempunyai kemudahan paip pengumpulan

‘leachate’ dan paip pengudaraan. Jumlah selebihnya mempunyai sistem rawatan ‘leachate’.

Teknologi ini dikatakan mampu mengatasi masalah sampah yang semakin meruncing. Hal ini

demikian kerana sistem berkenaan mampu membakar sampah dengan lebih cepat iaitu boleh

membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi. Kaedah ini juga dapat

mengelakkan sebaran penyakit kerana mampu membakar kuman yang terdapat dalam sisa.

Walaubagaimanapun, teknologi ini memerlukan kos yang tinggi. Sebagai contohnya pusat

1

Page 2: 55255742 Proposal T Malim

pembakaran mini (incinerator) di Langkawi memerlukan kos sebanayak RM 5.7 juta di

samping masalah kesan pembakaran ke atas manusia dan alam sekitar (www.ikim.gov.my).

(a) (b)

Rajah 1.1 (a) (b) : Model ringkas insinerator dan kaedah kambusan atau ‘landfill’

Sumber : http://pkukmweb.ukm.my

1.2 Latar Belakang Kajian

Dunia sekarang menghadapi masalah pencemaran persekitaran yang rumit. Tidak terkecuali

Malaysia yang kini merupakan negara membangun juga mengalami masalah pencemaran

persekitaran khususnya masalah sampah atau sisa pepejal. Bahan buangan pepejal domestik

merupakan masalah utama yang dihadapi oleh majlis perbandaran di kawasan jajahannya.

Kadar penghasilan sampah bagi setiap individu di bandar adalah sekurang-kurangnya 1.5

kilogram setiap hari berbanding kawasan luar bandar sebanyak 0.8 kilogram. Berdasarkan

statistik ini, bandar-bandar besar di dalam negara menghasilkan sekurag-kurangnya 18 000

2

Page 3: 55255742 Proposal T Malim

tan metrik sampah sehari. Menurut kenyataan Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Pihak

Kerajaan Tempatan (PBT) di Selangor membelanjakan hampir 40 peratus sumber kewangan

PBT untuk memungut dan melupuskan sampah (Zaini Ujang, 2009). Jumlah sampah ini akan

meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah penggunaan masyarakat di

samping sikap mesyarakat itu sendiri. Situasi ini diburukkan lagi dengan bilangan tempat

pelupusan sampah yang terhad berbanding dengan jumlah sampah yang semakin meningkat.

Salah satu jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

adalah program kitar semula. Namun, program ini tidak mencapai matlamat yang diinginkan.

1.3 Objektif kajian

Terdapat pelbagai cabaran dalam program kitar semula di Tanjong Malim. Kebanyakan

program yang dijalankan hanya pada peringkat institusi pendidikan dan kadang-kadang

melibatkan kawasan kediaman yang berdekatan. Program ini masih belum dijalankan secara

besar-besaran yang melibatkan banyak pihak berganding bahu bagi menjayakan program

kitar semula ini. Objektif kajian ini adalah untuk

(i) Mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk.

(ii) Mengetahui kaitan antara gaya hidup dan amalan kitar semula.

(iii) Mengenal pasti punca kurangkan kadar keterlibatan masyarakat dalam program

kitar semula.

(iv) Mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan kadar

keterlibatan masyarakat dalam program kitar semula.

3

Page 4: 55255742 Proposal T Malim

1.4 Pernyataan masalah (Persoalan kajian)

Masalah jumlah sampah yang semakin bertambah muncul apabila jumlah penduduk yang

semakin meningkat di samping penawaran pelbagai jenis produk di pasaran yang

kebanyakannya menggunakan pelbagai bahan seperti plastik dan kertas sebagai medium

pembalut kepada bahan tersebut. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap mesyarakat yang

sambil lewa dan tidak prihatin dengan alam sekitar. Kebanyakan sisa pepejal yang dihasilkan

di Malaysia diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Salah satu langkah yang

diambil oleh PBT untuk mengurangkan jumlah sampah di samping menjimatkan ekonomi

adalah kitar semula. Walaupun pelbagai program kitar semula dijalankan, namun kebanyakan

program yang dijalankan tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Justeru, kajian ini

dijalankan bagi melihat kelemahan yang timbul di samping cuba mencari jalan untuk

meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kitar semula. Kitar semula

penting kerana kebanyakan pusat pengumpulan sampah di Malaysia telah dipenuhi dan

terdapat sesetengahnya telah ditutup.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk di Tanjong

Malim. Walaupun terdapat banyak masalah yang timbul akibat daripada pengurusan sampah

yang tidak efisyen, namun pihak masyarakat setempat seakan tidak mengambil peduli

mengenai masalah ini. Kebanyakan masyarakat juga mengambil sikap tidak endah dan hanya

menyerahkan masalah sampah dan pengurusannya kepada pihak kerajaan tempatan untuk

menguruskannya.

4

Page 5: 55255742 Proposal T Malim

Walaupun program kitar semula ini telah 18 tahun dilancarkan iaitu pada tahun 1993,

namun matlamat sebenar program ini masih belum tercapai. Program ini dilancarkan oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meminimumkan masalah

sampah yang semakin bertambah. Program ini dilakukan secara besar-besaran merangkumi

semua negeri di Malaysia. Program kitar semula yang seterusnya dijalankan pada tahun 2000

dan secara purata hasilnya tetap sama. Dalam hal ini, sikap masyarakat merupakan faktor

utama kegagalan program kitar semula. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia tidak

menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada hidup atau tabiat mereka (Mohd Hairy

Ibrahim et al., 2006).

1.6 Skop dan batasan kajian

Kajian yang dilakukan merangkumi penduduk di Tanjong Malim, Perak. Keluasan Tanjong

Malim adalah 949.86 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 60 791

orang. Kajian ini terbatas di kawasan Pekan Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan

Idris, dan Behrang 2020 yang dijadikan sampel kepada kawasan di daerah Tanjong malim.

Pemilihan kawasan ini merujuk kepada kawasan tumpuan ramai iaitu pekan, institusi

pendidikan dan juga kawasan perumahan yang dibangunkan secara terancang. Pemilihan

kawasan yang pelbagai mewakili gaya hidup, situasi dan sikap masyarakat yang pelbagai.

Selain itu, tahap pendidikan responden juga dititik beratkan yang mana responden akan

terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, universiti dan

juga penduduk sekitar kawasan tersebut.

BAB 2

5

Page 6: 55255742 Proposal T Malim

ULASAN LITERATUR

2.1Pengenalan

Bab ini akan menyentuh tentang kajian lepas mengenai definisi, komposisi bahan kitar

semula, kitar semula di Malaysia dan kajian lain yang berkaitan dengan kitar semula. Hasil

daripada kajian lepas ini akan diolah dan dianalisis untuk digunakan dalam kajian bagi

mendapatkan hasil kajian mengenai amalan kitar semula. Bab ini juga dapat memberikan

panduan kepada pengkaji tentang kajian yang sepatutnya dilakukan bagi mendapatkan hasil

kajian yang baik. Selain itu, kajian literatur juga dapat membantu dengan membandingkan

hasil kajian lepas dan dapat mengambil contoh-contoh yang terbaik di samping cuba untuk

memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam kajian lepas dan diaplikasikan dalam kajian

yang dilakukan.

2.2 Definisi kitar semula

Kitar semula merupakan proses memperoleh atau menjadikan sebahagian atau semua bahan

daripada sampah untuk digunakan semula (http://www.kpkt.gov.my). Menurut Tapas K. Das

(2005), kitar semula adalah proses industri secara kimia, mekanik dan biologi yang

digunakan untuk menukarkan bahan buangan kepada ‘recyclates’, ‘feedstock’ dan tenaga

yang boleh digunakan semula. Selain itu, kitar semula juga dapat dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu ‘preconsumer’ dan ‘postconsumer’. Proses kitar semula ‘preconsumer’

melibatkan bahan mentah, produk dan produk sampingan yang masih boleh digunakan

dengan melakukan proses asal pembuatannya. Kitar semula barang-barang ‘postconsumer’

pula merujuk kepada barangan sasaran akhir yang akan mencapai penggunaan akhir dan telah

diasingkan daripada sisa pepejal bandaran untuk tujuan kitar semula (Masters G.M, 1998).

6

Page 7: 55255742 Proposal T Malim

Walaupun kitar semula mempunyai pelbagai definisi, namun secara amnya, kebanyakan

definisi tersebut akan mengaitkan kitar semula dengan proses penghasilan bahan baru

daripada bahan terbuang dan juga penggunaan semula bahan bagi tujuan yang berbeza.

2.3 Komposisi bahan yang boleh dikitar dan diguna semula

Secara amnya, terma ‘boleh dikitar semula’ merujuk kepada sifat atau ciri-ciri barang-barang

yang boleh ditukar daripada satu barang kepada barang yang lain melalui proses, program,

dan boleh dikumpul, diproses dan seterusnya menghasilkan bahan mentah atau produk

(Muhamad Awang et. al, 1999). Menurut Tapas K. Das (2005), kitar semula bukan sekadar

strategi pengurusan bahan buangan semata-mata, tetapi juga merupakan strategi penting

untuk mengurangkan kesan alam sekitar akibat proses perindustrian. Secara amnya,

komposisi bahan kitar semula dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang

ditunjukkan dalam rajah 2.1 di sebelah.

7Kertas Kaca PlastikTekstil

Barang-barang yang boleh dikitar semula

Page 8: 55255742 Proposal T Malim

Rajah 2.1 : Komposisi bahan yang boleh dikitar semula

Dipetik dan diubahsuai daripada Mc Daugall F. et al, 2001

2.4 Kitar semula di Malaysia

Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat dunia mula

menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai jenis

pembalut yang dihasilkan seperti kaca, plastik dan aluminium di samping jumlah penduduk

dunia yang semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah sampah yang bertambah.

Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat Malaysia yang semakin bertambah

dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah sampah yang dihasilkan.

Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang diambil adalah program kitar

semula. Program kitar semula biasanya dilakukan secara bersama dengan program

penggunaan semula dan pengurangan yang lebih dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse.

Recycle). Kitar semula merupakan aliran baru yang muncul bermula dengan penghijauan

masyarakat pada tahun 1970-an dan mula dilupakan semula tahun 1990-an. Menurut Kamus

Dewan (1996), sampah merujuk kepada benda-benda yang dibuang atau kotoran. Kerajaan

Malaysia mula memberi tumpuan kepada masalah sisa pepejal yang semakin bertambah pada

tahun 1985 (Nasir Nayan et al. 2006). Kempen kitar semula di Malaysia pula mula 8

Sisa Kumbahan

Konkrit dan runtuhan bangunan

Logam

Tidak mengandungi Ferum

Mengandungi Ferum

Tayar

Page 9: 55255742 Proposal T Malim

dilancarkan sejak tahun 1993 dan dilancarkan pada kali kedua iaitu pada tahun 2000. Hal ini

demikian kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat Malaysia tentang pentingnya

kitar semula (http://www.mpkapar.com). Program kitar semula pada tahun 2000 ini

dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan diadakan di Mid Valley.

Program ini juga telah disertai oleh pelbagai pihak. Alternatif lain yang diambil oleh pihak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah dengan mewujudkan Hari Kitar

Semula Kebangsaan iaitu pada 11 November pada setiap tahun. Sehingga tahun 2009,

terdapat sebanyak 165 buah syarikat kitar semula di Malaysia. Selain itu, terdapat sebanyak

2 470 buah tong kitar semula disediakan di samping 599 buah pusat pengumpulan bahan

kitar semula (http://www.sisa.my).

Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima

peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti

Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12 peratus

dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008 (http://www.topnews.in/

malaysia-bemoans-low-recycling-rate-2129412). Walaubagaimanapun, terdapat juga negara

yang mempunyai kadar ekonomi yang rendah seperti India yang tahap kitar semulanya

adalah sebanyak 15 peratus. Kebanyakan negara membangun mengitar sekurang-kurangnya

50 peratus daripada hasil bahan buangan pejalnya (http://risopaper.com/about.html). Menurut

Zaini Ujang (2009), program kitar semula di Malaysia tidak menunjukkan hasil yang

diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan ini berpunca daripada tiga faktor iaitu dasar yang

tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai alternatif, kemudahan yang tidak

mencukupi dan kesedaran awam yang rendah. Sehingga kini, proses kitar semula hanya

banyak dijalankan oleh pihak swasta dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak

9

Page 10: 55255742 Proposal T Malim

banyak membantu dalam menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi

sebaliknya berlaku di kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang

dihasilkan di sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis

dan jika melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya

dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa dua hari,

tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik hitam, bil akan

dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain. Selain itu, amalan yang dilakukan oleh

kebanyakan pihak juga tidak selari dengan kempen kitar semula yang dilancarkan.

Contohnya, penggunaan plastik di kedai-kedai runcit di samping botol air plastik yang

digunakan ketika mesyuarat diadakan. Jadual 2.1 menunjukkan jumlah sisa buangan pepejal

yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia pada tahun 2002. Berdasarkan jadual tersebut,

peratusan yang ditunjukaan masih lagi tinggi dan keadaan ini menggambarkan sikap

sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum sedar mengenai kepentingan kitar semula

walaupun pelbagai program kitar semula dijalankan.

Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh masyarakat

Malaysia pada tahun 2002.

Komposisi sampah Jumlah sampah (%)

Sisa makanan 54

Surat khabar 4

10

Page 11: 55255742 Proposal T Malim

Kepingan plastik 12

Kaca 2

Kertas 9

Bahan bukan organik 6

Bahan boleh bakar 4

Bahan tidak boleh bakar 6

Besi 3

Jumlah 100

Sumber : http://www.efka.utm.my

2.5 Kepentingan kitar semula

2.5.1 Terhadap manusia

Salah satu kepentingan kitar semula kepada manusia adalah penjimatan dari segi kos

perbelanjaan. Situasi ini merujuk kepada kos yang diperlukan bagi menghasilkan produk

yang sama daripada sumber asli adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan yang dikitar

semula. Bagi melakukan penilaian dari segi ekonomi, beberapa bahagian perlu dikaji.

Antaranya adalah kos mengumpul, memproses dan harga pasaran barangan kitar semula.

Sebagai contohnya, tenaga yang kurang diperlukan bagi menghasilkan kertas daripada bahan

kitar semula berbanding menggunakan bahan asal sebanyak 70 peratus (http:// www. scribd.

com/ doc/27650094/Recycling). Selain itu, kitar semula juga membolehkan tempat

pengumpulan sampah secara kambusan atau ‘landfilling’ dapat digunakan lebih lama.

Seterusnya, kebanyakan kawasan di dalam negara Malaysia tidak sesuai untuk cara

pelupusan sampah kambus kerana sebahagian besar kawasan merupakan kawasan tadahan

air. Kitar semula juga dapat memelihara alam semula jadi untuk generasi yang akan datang.

Keadaan ini hanya dapat berlaku sekiranya lebih banyak bahan dikitar semula berbanding

11

Page 12: 55255742 Proposal T Malim

dilupuskan di kawasan pelupusan dan memproses bahan asli untuk dijadikan produk baru

(http://www.sisa.my).

2.5.2 Terhadap alam sekitar

Penggunaan semula bahan terbuang untuk menghasilkan bahan keperluan lain secara tidak

langsung akan mengurangkan penggunaan bahan asalnya. Situasi ini merujuk kepada

penggunaan sumber yang boleh dioptimumkan seperti botol, logam dan kertas. Sebagai

contohnya adalah industri pemprosesan kertas. Melalui kitar semula, bahan-bahan yang

terdiri daripada kertas akan diproses untuk menghasilkan bahan-bahan yang berasaskan

kertas dan juga menjadi bahan mentah untuk penghasilan bahan yang lain. Keadaan ini

seterusnya akan mengurangkan jumlah pokok yang dikorbankan untuk menghasilkan kertas.

Banyak kawasan hutan dimusnahkan untuk mendapatkan bahan mentah. Keadaan ini secara

tidak langsung akan menyebabkan suhu bumi meningkat. Sekiranya kertas dapat dikitar

semula secara maksimum, kita dapat mengurangkan 4 360 tan sampah sehari yang juga

bersamaan 78 000 batang pokok (http://pmr.penerangan.gov.my). Selain itu, penghasilan gas

metana dan air larut resap semasa proses pereputan sampah yang ditinggalkan khususnya di

semasa proses penguraian akan menyebabkan sistem takungan air bawah tanah atau akuifer

akan tercemar.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

12

Page 13: 55255742 Proposal T Malim

Seterusnya, bab 3 akan membincangkan kaedah kajian yang bakal digunakan oleh pengkaji

bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Metodologi juga

merangkumi model teoretis yang akan digunakan oleh pengkaji dalam melakukan

penyelidikan.

3.2 Kawasan kajian

Kajian ini dilakukan di kawasan Tanjong Malim yang merupakan salah sebuah bandar yang

terdapat di Perak. Tanjong Malim bersempadanan dengan Pahang dan juga Selangor. Daerah

Tanjong Malim mula berkembang apabila pelbagai kegiatan ekonomi diperkenalkan.

Kegiatan ekonomi ini merujuk kepada industri automobil, perladangan dan perkilangan. Di

samping itu, pelbagai institusi juga didirikan seperti Politeknik Sultan Azlan Shah, Institut

Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), kilang kereta nasional (PROTON) dan juga Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Perkembangan ini juga banyak menyumbang kepada

pelbagai sektor ekonomi yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat sekitar kerana

terdapatnya permintaan yang tinggi daripada pelajar dan pekerja sekitar. Situasi ini dapat

diperhatikan apabila pelbagai kemudahan perniagaan disediakan seperti bangunan perniagaan

dan pasar raya. Pengkaji memilih kawasan Tanjong Malim kerana ingin melihat amalan kitar

semula di pelbagai jenis kawasan berbeza yang terdapat di Tanjong Malim seperti kawasan

terancang di Behrang 2020, kawasan perindustrian di Bandar Proton dan pelajar di kawasan

UPSI.

3.2.1 Jumlah penduduk

13

Page 14: 55255742 Proposal T Malim

Jumlah penduduk di Tanjong Malim adalah seramai 77 190 pada tahun 2006 dan unjurannya

adalah sebanyak 140 789 orang pada tahun 2015. Jumlah ini dapat dipecahkan kepada

beberapa kawasan seperti dalam rajah di bawah.

Institusi Jumlah penduduk 2006 Unjuran 2015

UPSI 12 000 30 000

Proton dan vendor 2 000 34 000

Politeknik 2 099 3 600

Penduduk tempatan (64 / km per – sumber rsn) 60 791 72 189

INSTUN dan lain-lain 300 1 000

Rajah 3.1 : Pecahan kawasan yang terdapat di daerah Tanjong Malim

Sumber : www.mdtm.gov.my/

3.2.2 Keluasan kawasan

Bandar Tanjong Malim terletak bersempadanan dengan negeri Selangor. Selain itu, Bandar

Tanjong Malim juga merupakan salah satu bandar yang terletak di dalam daerah Batang

Padang. Keluasan Bandar Tanjong Malim adalah 949.86 km².

3.2.3 Lokasi

14

Page 15: 55255742 Proposal T Malim

Rajah 3.2 : Peta kawasan Tanjong Malim

Sumber : www.mdtm.gov.my/

3.3 Keperluan data

Kajian ini tertumpu pada amalan kitar semula di Tanjong Malim. Bagi melengkapkan kajian

ini, beberapa data diperlukan. Antara data tersebut adalah data mengenai penyediaan

kemudahan kitar semula, amalan kitar semula masyarakat sekitar, penyertaan pihak-pihak

15

Page 16: 55255742 Proposal T Malim

tertentu dan pelbagai lagi. Secara amnya, data terbahagi kepada dua iaitu data primer dan

sekunder.

3.4 Kaedah pengumpulan data

Dalam proses mengumpul data, beberapa data telah dipilih oleh pengkaji mengikut

kesesuaian dengan kajian yang ingin dilakukan. Data adalah ‘keterangan’ yang dijadikan

bahan untuk menguji sesuatu hipotesis (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). Antara teknik yang

dipilih oleh pengkaji adalah seperti :

3.4.1 Data Primer

Data primer merujuk kepada data yang diperolehi melalui tinjauan, soal-selidik dan

juga temu bual. Melalui kaedah ini, banyak maklumat yang akan diperolehi oleh

pengkaji. Hal ini demikian kerana pelbagai persoalan yang ingin diketahui oleh

pengkaji dapat diutarakan dalam jumlah yang banyak di samping pelbagai maklumat

yang berkaitan dapat diperolehi dalam jumlah yang banyak. Bagi tujuan kajian ini,

pengkaji telah memilih beberapa teknik atau kaedah iaitu soal selidik dan temu bual.

Penyelidik akan cuba mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan

dengan tajuk kajian.

i. Soal selidik

Melalui soal selidik, pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai amalan

kitar semula di kalangan masyarakat. Selain itu, pendapat responden juga diambil kira

yang mana beberapa soalan yang memerlukan pendapat responden juga diutarakan di

16

Page 17: 55255742 Proposal T Malim

samping responden bebas menyatakan pendapat masing-masing. Data-data yang

diperolehi akan diproses dan dianalisis menggunakan komputer. Data yang diperolehi

diproses dengan menggunakan program microsoft excell untuk menghasilkan graf.

Hasil analisis akan diterjemahkan dalam bentuk graf berserta dengan keterangan untuk

menjelaskan setiap maklumat yang diperolehi. Selain itu, teknik jadual juga digunakan

untuk menjelaskan hasil analisis. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pengkaji

dengan menggunakan teknik soal selidik. Antara kelebihannya adalah penyelidik dapat

membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain dan juga

antara kumpulan responden dengan yang lain. Kerja pengumpulan data lebih cepat dan

mutu data yang tinggi juga dapat dikumpul. Selain itu, data yang diperolehi mudah

diproses dengan bantuan komputer (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007).

ii. Temu bual

Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana pelbagai soalan yang berkaitan dengan kajian

dapat diutarakan. Hal ini demikian kerana tidak semua soalan yang berkaitan dengan

kajian dapat dinyatakan dalam soal selidik. Terdapat juga soalan-soalan sukar yang

perlu ditanya secara terus melalui temu bual kerana jawapan yang bakal diperolehi akan

lebih lengkap berbanding jawapan yang diperoleh melalui penulisan. Selain itu,

pengkaji dapat bertanya secara terus sekiranya terdapat kemusykilan terhadap jawapan

yang diberikan. Soalan yang diberikan juga tidak terhad tetapi bergantung pada masa

dan keadaan responden. Selain itu, maklumat yang diberikan oleh responden boleh

dipercayai kerana boleh disahkan secara terus oleh pengkaji melalui pemerhatian.

Kawalan yang lebih rapi ke atas sampel yang ditinjau boleh dilakukan kerana sampel

17

Page 18: 55255742 Proposal T Malim

yang diambil mudah ditemui. Walaupun responden tidak dapat hadir pada kali pertama,

pengkaji boleh membuat temu janji sekali lagi pada hari kedua dan seterusnya.

3.4.2 Data sekunder

Data sekunder adalah data yang diperolehi melalui sumber bercetak, sama ada yang

pernah diterbitkan (rasmi) atau tidak diterbitkan (tidak rasmi) (Ahmad Mahdzan Ayob,

2007). Data sekender ini meliputi jurnal, buku, penulisan ilmiah, keratan akhbar, risalah

dan juga sumber internet yang memerlukan pembacaan yang banyak.

3.5 Kerangka persampelan

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan biasa dan persampelan kebarangkalian

yang mana sampel dipilih secara rawak mudah dengan menggunakan borang kaji selidik.

Responsden terdiri daripada pelajar UPSI yang menuntut dalam pelbagai semester dan kos,

penduduk di kawasan Behrang 2020 dan Pekan Tanjong Malim. Namun, responden akan

dipilih dalam jumlah jantina yang seimbang di samping jumlah responden mengikut kawasan

juga seimbang. Jumlah responden adalah sebanyak 30 yang mana terdiri daripada 10 orang

pelajar UPSI, 10 orang penduduk di Behrang 2020 dan 10 orang peniaga dan pembeli di

Pekan Tanjong Malim. Kaedah persampelan secara rawak dipilih oleh pengkaji kerana

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kos yang rendah.

3.6 Pembentukan borang soal selidik

Borang soal selidik yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A merangkumi

latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan

dengan kitar semula manakala bahagian C mengandungi soalan berbentuk subjektif yang

18

Page 19: 55255742 Proposal T Malim

mempunyai soalan berkaitan dengan pendapat responden. Soalan yang dibina di bahagian B

menggunakan kaeadah Skala Likert 5 poin. Kriteria Skala Likert bermula daripada 1 yang

mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili tidak setuju, 3 merujuk kepada tidak pasti dan 4

adalah setuju dan 5 mewakili sangat setuju.

3.7 Kajian rintis

Kajian rintis ini dilakukan sebelum borang soal selidik diedarkan. Hal ini demikian kerana

soal selidik berkenaan perlu diuji terlebih dahulu supaya sesuai dengan kajian dan responden.

Soalan-soalan yang tidak sesuai dengan kajian perlu diperbaiki atau dibuang daripada borang

soal selidik. Dalam pembinaan item soalan, mana-mana soalan yang “lemah” akan dibuang.

Berdasarkan kajian ini, seramai 10 orang responden telah dipilih secara rawak yang terdiri

daripada pelajar UPSI.

3.8 Teknik analisis data

Teknik analisis data adalah penting untuk memproses dan menganalisis data yang telah

diperolehi. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (2007), analisis bererti melakukan prosedur

statistik terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan dalam

metodologi. Analisis bertujuan untuk melaksanakan objektif penyelidikan. Bagi menganalisis

amalan kitar semula di Tanjong Malim, pengkaji menggunakan teknik kuantitatif. Data

kuantitatif yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan perisisan

SPSS. Data yang diperolehi akan juga dianalisis dan akan dipersembahkan dalam bentuk graf

dengan penggunakan perisisan Microsoft Window Excell. Penerangan akan diberikan pada

setiap graf yang berkaitan.

3.9 Anggaran kos19

Page 20: 55255742 Proposal T Malim

Pengkaji telah menganggarkan beberapa perkara yang dilakukan dan memerlukan kos.

Walau bagaimanapun, kos ini bergantung kepada keperluan data dan juga cara pengendalian

data. Dalam proses kajian ini, pengkaji memerlukan data primer dan juga data sekunder yang

akan diperolehi daripada pelbagai sumber. Antara anggaran kos yang digunakan oleh

pengkaji adalah seperti berikut :

i) Kos perjalanan untuk ke kawasan kitar semula

ii) Kos perjalanan untuk ke kawasan kajian

iii) Kos percetakan

3.10 Rangka jadual kerja

Penyelidikan akan bermula selepas tamat ujian semester sebelumnya. Selepas akhir semester,

pengkaji akan berbincang dengan penyelia masing-masing berkenaan tajuk penyelidikan

yang akan dijalankan pada semester yang akan datang. Rangka jadual kerja berfungsi sebagai

panduan kepada pengkaji supaya dapat memberikan penumpuan masa yang seimbang untuk

semua aktiviti dan lebih menepati masa yang telah dirangka.

20

Page 21: 55255742 Proposal T Malim

Rangka jadual kerja penyelidikan

Bil PerkaraMinggu pembelajaran

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

1Mengemaskini maklumat, objektif dan metodologi kajian

X X

2 Merangka soal selidik X X

3 Pra ujian (pilot survey) X X

4Kerja lapangan (menjalankan soal selidik)

X X

5 Ujian literatur X X X X

6 Menganalisis data X X X

7 Menulis draf laporan penyelidikan X X X

8 Pengubahsuaian dan pembetulan X X

9 Laporan akhir penyelidikan X X

21

Page 22: 55255742 Proposal T Malim

3.11 Kesimpulan

Kesimpulannya, metodologi yang dipilih adalah kaedah rawak mudah yang menggunakan

kaedah soal selidik bagi mendapatkan data daripada responden. Selain itu, pelbagai

maklumat berkaitan dengan kajian juga dipaparkan dengan lebih jelas seperti maklumat

mengenai kawasan kajian, peta kawasan kajian, responden yang terlibat, kaedah yang

digunakan untuk mendapatkan data dan pelbagai lagi maklumat berkaitan yang diperlukan

untuk melancarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

22