3) pembahagian ulum hadith ( riwayah & dirayah )

30
HADITH RIWAYAH DAN DIRAYAH Oleh: Ustaz Rabbani At-Takiri Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu.

Upload: syuhada-atikah

Post on 29-Nov-2015

476 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

HADITH RIWAYAH DAN

DIRAYAHOleh:

Ustaz Rabbani At-TakiriPensyarah

Institut Pendidikan GuruKampus Dato’ Razali Ismail,21030 Kuala Terengganu.

MAKSUD HADITH RIWAYAH• Iaitu suatu ilmu yang mengkaji

tentang periwayatan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. sama ada dari aspek perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifatnya.

• Yang dimaksudkan dengan riwayat di sini bukan sahaja sekadar memindah atau meriwayat hadith sehingga sampai kepada kita tetapi riwayat yang penuh teliti, tepat dan amanah.

MAKSUD HADITH DIRAYAH• Iaitu suatu ilmu yang mengkaji

tentang hakikat riwayat, syarat-syarat, jenis-jenis, hukum-hukumnya serta rijal atau perawi hadith.

• Ia juga termasuk kajian tentang hadith dari aspek penerimaan dan juga penolakannya serta kefahaman tentang nas atau teks hadith. Ilmu Hadith Dirayah juga dikenali dengan ilmu mustalah al-Hadith atau Usul al-Hadith.

• Berdasarkan definisi di atas, jelas menggambarkan bahawa ilmu hadith riwayah lebih menekankan kepada soal periwayatan hadith semata-mata, sama ada dari sudut tulisan, hafalan atau huraian.

• Antara faedah ilmu ini ialah dapat memelihara hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dari tersilap atau tersalah. Antara ulama’ yang menghasilkan karya dalam ilmu ini ialah Imam Bukhari dan Muslim melalui sahihnya. Namun begitu, ulama’ pertama sekali mencipta ilmu ini ialah Muhammad Ibn Syihab al-Zuhri (m.124 H) seorang tabi’in yang terkenal.

• Sementara ilmu hadith dirayah pula lebih menekan kepada soal metode bagaimana menentukan hukum sesebuah sanad dan matan hadith sama ada sahih atau dhaif.

• Antara faedah ilmu hadith dirayah ialah dapat mengetahui mana hadith yang diterima dan mana yang ditolak oleh ulama’. Ulama’ pertama sekali mencipta ilmu ini ialah al-Qadi Abu Muhammad al-Hasan Ibn Abd al-Rahman Ibn Khalid al-Ramahurmuzi (m.360 H) melalui kitabnya “al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi wa al-Wa’i.”

• Dari gambaran tersebut juga menjelaskan bahawa objek atau bahan kajian kepada ilmu hadith dirayah ialah sanad dan matan hadith. Sementara objek atau bahan kajian kepada ilmu hadith riwayah ialah perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat Rasulullah s.a.w.

•Gabungan antara ILMU HADITH DIRAYAH dan RIWAYAH inilah yang membentuk ULUM AL-HADITH.

• Sementara yang disebut sebelum ini, ilmu hadith dirayah dikenali juga dengan nama Mustalah al-Hadith atau usul al-Hadith. Ia merupakan suatu ilmu yang mengkaji tentang metode-metode bagi mengenal pasti penerimaan atau penolakan sesebuah hadith sama ada dari aspek sanad ataupun matannya.

• Oleh itu, tumpuan dan prihatin yang begitu tinggi diberikan oleh ulama’ hadith terhadap ilmu ini, maka ia telah melahirkan beberapa jenis ilmu bagi memantapkan lagi ilmu tersebut, seterusnya bagi mencapai objektif ilmu tersebut, iaitu mengenal pasti hadith yang diterima atau ditolak.

• Antara ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu Rijal al-Hadith, ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil, ilmu Gharib al-Hadith, ilmu Munkhatalaf al-Hadith, ilmu ‘illal al-Hadith dan Nasikh al-Hadith wa Mansukhih. Di mana kesemua ilmu ini merupakan komponen kepada ilmu Usul al-Hadith yang dikenali dengan nama Ulum al-Hadith.

PERKEMBANGAN HADITH RIWAYAH(Zaman Rasulullah SAW)

i. Segala perkataan, perbuatan, taqrir, sifat dan tingkah laku baginda merupakan perakuan pengajaran dan ikutan para sahabat R.A.

ii. Sebahagian besar para sahabat R.A. menerima hadis secara lisan dan menghafaznya. Mereka mempunyai daya ingatan yang kuat disebabkan mereka buta huruf.

3. Terdapat sahabat yang menulis hadis setelah mendapat keizinan daripada Rasulullah S.A.W:

LARANGAN KEIZINAN

Pada peringkat awal penurunan al-Quran dibimbangi bercampur dengan al-Quran.

Ketika al-Quran tidak diturunkan.

Ditakuti al-Quran dan hadis ditulis dalam satu lembaran.

Ditulis pada lembaran yang berlainan.

Bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Bagi mereka yang mudah lupa.

Zaman Sahabat R.A

• Pada zaman ini telah terdapat kegiatan penulisan hadis, cuma ianya tidak dikumpulkan secara khusus dan dibukukan.

Zaman Tabi’in

1. Pengumpulan hadis mula dilakukan kerana: i) Ramai penghafaz hadis berpindah ke negeri lain. ii) Ramai penghafaz hadis mati di medan jihad. iii) Kemunculan hadis maudhu’ (palsu).2. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan agar Abu

Bakar bin Muhammad bin Hazam iatu gabenor Madinah al-Munawwarah supaya mengumpulkan dan mencatat hadis daripada para penghafaz hadis.

3) Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri mengumpulkan dan membukukan hadis-hadis Rasulluah SAW untuk diedar ke seluruh pelusuk negara Islam.

4) Pada zaman kerajaan Abbasiyyah,Abu Jaafar al-Mansur telah mengarahkan Imam Malik bin Anas supaya menyusun sebuah buku hadis yang dikenali sebagai kitab al-Muwatta’.

5. Selain itu, buku-buku hadis yang dikenali sebagai”al-Kutub al-Sittah” telah dihasilkan iatu:

i)Al-Jami’u al-Sohihu susunan Imam al-Bukhari.ii) Al-Jami’u al-Sohihu susunan Imam Muslim.iii)Sunan Abi Daud susunan Imam Abi Daud.iv)Sunan al-Tirmizi ,susunan Imam al-Tirmizi.v) Sunan al-Nasa’I,susunan al-Nasa’i.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS DIRAYAH

1. Perkembangan ilmu hadis dirayah seiring dengan perkembangan ilmu hadis riwayah.

2. Usaha pengumpulan hadis nabi dilakukan kerana dikhuatiri akan hilang daripada perawi.

3. Faktor pengumpulan hadis nabi kerana kemunculan hadis maudu’(palsu).

4. Usaha pembukuan buku hadis menggunakan prinsip-prinsip,kaedah dan istilah hadis seperti marfu; mauquf, maqtu; mursal,munqati;dan syaz.

5) Imam Zuhri antara orang yang pertama memperkenalkan ilmu hadis.

6) Antara kitab-kitab yang terhasil ialah:i. Al-Tabaqatii. ‘Ilal al-Kabiriii. Ulum Hadisiv. Ikhtilaf al-Hadisv. Al-Nasikh wa al-Mansukhvi. Ma’rifat Ulum al-Hadis

PEMBAHAGIAN HADIS DIRAYAH

1. Berkaitan dengan sanad:i. Al-Jarh wa al-ta’dilii. Tabaqat al-Muhaddithiniii. Ma’rifah al-Sahabahiv. Ma’rifah al-Tabi’in wa Atba’uhumv. Al-Muttafaq wa al-Muftaraqvi. Al-Mu’talif wa al-Mukhtalif

2. Berkaitan dengan matan:i. Gharibu al-Hadisii. Mushkil al-Hadisiii. Al-Nasikh wa al-Mansukhiv. Lughat al-Hadis wa Balaghatuhuv. Hadis Maudu’vi. Mukhtalif al-Hadis wa Muhkamuhu

3. Berkaitan dengan sanad dan matan:i. Takhrij al –Hadisii. ‘Ilal al-Hadisiii. Hadis Tahliliiv. Al-I’tibar wa al-Mutabi’u wa al-Mushahiduv. Qawaid Naqdu al- Hadis ‘Inda al-Muhaddisinvi. Taqsimat al Hadis wa Anwaa’uhu wa

Mustalahatuhu

PERBEZAAN ANTARA HADIS RIWAYAH DAN DIRAYAH

Hadis Riwayah Hadis Dirayah

1 Ilmu hadis riwayah ialah satu cabang ilmu untuk mengetahui cara-cara penyalinan,pemeliharaan dan pembukuan hadis yang disandarkan kepada Rasulullah.

Ilmu hadis dirayah merupakan satu kaedah dan peraturan untuk mengetahui tentang sanad, matan, cara menerima dan menyampaikan hadis, sifat-sifat rawi dan lain-lain lagi.

2. TTujuan ilmu hadis riwayah pula untuk menjaga hadis daripada sebarang kesalahan pemindahan sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW.

Ilmu hadis dirayah ialah untuk meneliti sifat-sifat rawi dan marwinya iatu sanad dan matan sesuatu hadis.

Tujuan Mempelajari Hadith Dirayah

1. Meneliti sifat-sifat rawi, sanad dan matannya.2. Untuk meneliti dengan tepat sama ada sesuatu

hadith itu sahih, hasan, dhaif atau maudhu’.3. Dapat membantu seseorang menentukan sama

ada sesuatu hadith itu diterima atau ditolak.4. Memberi keyakinan kepada sesuatu hadith

bahawa ianya benar-benar daripada Rasulullah SAW.

Renungkan Seketika Soalan Ini

• 1. Apakah yang dimaksudkan dengan hadith dirayah?

• 2. Siapakah yang telah mengarahkan Imam Malik bin Anas menyusun sebuah buku hadith?

• 3. Apakah sebabnya Nabi Muhammad SAW melarang para sahabat menulis hadith pada peringkat awal?

• 4.Apakah perbezaan di antara hadith riwayah dengan dirayah?

• 5.Jelaskan faktor-faktor larangan dan keizinan penulis hadith Rasulullah serta alasannya?

• 6.Huraikan sejarah perkembangan ilmu hadith riwayah?

• 7.Terangkan peranan anda dalam mempertahankan kesucian hadith Rasulullah?

CUKUPLAH SAMPAI DI SINI• SELAMAT MENEMPOH PEPERIKSAAN SEMOGA

BERJAYA. JIKA DEMO DEME TAK BOLEH JAWAB SOALAN EXAM, SILA ANDA CALL TALIAN INI SECARA DIRECT LINE:

999