pembahagian israiliyyat

Upload: abd-karim

Post on 19-Jul-2015

203 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pembahagian Israiliyyat

Selari dengan Al-Quran

PembahagianTidak terdapat dalam syariat Al-Quran

Bertentangan dengan AlQuran

1. Selari dengan syariat dan Al-Quran Cerita-cerita Israiliyyat yg kebenarannya disokong oleh dalil-dalil daripada hadith yang sabit. Ini seperti kisah Nabi Khidir dengan Nabi Musa a.s yang diceritakan dalam surah al-Kahf. Al-Quran tidak menyebut nama Nabi Khidir secara jelas melainkan menyatakan: Hamba dari kalangan hamba-hamba kami (Allah) yang kami berikannya rahmat dan kami ajarkannya ilmu di sisi kami (Surah al-Kahf, ayat 65). Riwayat Israiliyyat menyatakan namanya ialah Khidir. Ini disokong pula oleh hadith yang sahih, antaranya diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Tafsir di dalam sahihnya. Riwayat seperti ini kita akui kebenarannya kerana ia dibuktikan oleh hadith yang sabit. Maka kisah-kisah sebegini berfungsi sebagai sokongan kepada apa yang telah disebutkan oleh keduanya.

2. Bertentangan dengan syariat dan AlQuran Apa yg diketahui ia bertentangan dgn syariat kita, ataupun ia bertentangan dgn akal yang waras dan memahami roh Islam yang sebenar. Riwayat yg sebenar ini ditolak sama sekali. Ini seperti riwayat dusta ketika mentafsir surah Qaf yg menyebut bahawa Qaf adalah bukit yang mengelilingi langit dan bumi. Ini adalah dusta dan khurafat yg bertentangan dgn akal yang waras. Memalukan agama di hadapan para pengkaji alam yg terdiri dari kalangan orang kuffar. Al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam alIsrailiyyat wa al-Maudu at fi Kutub al-Tafasir menyatakan ia adalah khurafat dan dusta Bani Israel, tidak harus meriwayatkannya. (m.s. 302, cetakan: Maktabah al-Sunnah, Kaherah).

Mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya. Dalam hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ibn Syihab dari Ubaidullah bin Abdullah bahwa Ibn Abbas radliyallahuanhuma berkata,

Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah dan menggantinya, dan mereka tulis alkitab dengan tangannya dan mereka katakan, Ini dari sisi Allah untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit, tidak sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah kalian dari bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan kulihat lagi seseorang diantara mereka bertanya kalian tentang yang diturunkan kepada kalian. (Hadith ke-6815 riwayat Imam Bukhari)

3. Tidak Terdapat Dalam Syariat Dan Al-quran Bahagian ini paling banyak yang terdapat pada zaman sekarang namun tiada larangan padanya dan tidak juga mendustakannya. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata, Ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa arab untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah

Shallallahualaihiwasallam bersabda: Jangan kalian benarkan ahlikitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja (Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada

kami dan yang diturunkan kepadamu) . (Hadith ke-6814 riwayatImam Bukhari).

Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan bilangan mereka, kisah burung dan Nabi Ibrahim a.s., pokok yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan sebagainya. Para ulama mengatakan kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng dengan dosa menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini kerana, suatu kitab tafsir contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang penuh dengan cerita yang tidak boleh diterima akal dan syara kerana ia merupakan khayalan dan rekaan pendeta terdahulu yang disebarkan kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat yang asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan memberikan khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu.

Perawi israiliyat Sesungguhnya telah terkenal dengan riwayat israiliyat dengan pembawaannya golongan dari sahabat,tabiin juga tabi' tabiin. Adapun mereka itu ialah:

1. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan sahabat : a) Abu Hurairah r.a b) Ibnu Abbas r.a c) Abdullah Bin Amru Bin Al-Asr r.a d) Abdullah Bin Salam r.a e) Tamim Ad-Dari r.a

2. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan tabiin: a) Kaab Al-Akhbar b) Wahab Bin Munabbih

3. Perawi israiliyat yang terkenal dari kalangan tabi' tabiin : a) Muhammad Bin Al-Saib Al-Kalabi b) Abdul Malik Bin Abdul Aziz Bin Juraij c) Muqatil Bin Sulaiman d) Muhammad Bin Marwan As-Suddi

Inilah,mereka yang termasyhur dalam pengriwayatan israiliyat. Dikalangan mereka itu,ada yang adil lagi dipercayai,tidak melampau dalam mengriwayatkan israiliyat hingga ke tahap yang boleh menghilangkan kepercayaan terhadap mereka mahupun riwayatriwayat mereka. Adapun sebahagian yang lain ada pula yang melampaui batas di dalam mengriwayatkan kisah-kisah israiliyat. Mereka tergelincir ke arah pendustaan dan rekaan hadis-hadis palsu, sehinggalah tidak

kita temui orang-orang yang mempercayai riwayat merekamelainkan sebahagian kecil yang telah terpedaya.

Adapun antara kitab-kitab tafsir yang memuatkan riwayat-riwayat darijalan para perawi di atas ialah:

a) Jami' Al-Bayan Fit Tafsir Al-Quran ( Al-Thabari)b) Tafsir Al-Quran Al-'Azim ( Ibnu Kasir) c) Tafsir Al-Manar (Syeikh Muhammad Rasyid Redha)

Akan tetapi di sana juga terdapat beberapa orang pengarang yang menjaga dan berhati-hati terhadap hasil karangan mereka dengan meletakkan hukum beserta komentar terhadap riwayat israiliyat di dalam kitab tafsir yang dikarang seperti Imam Ibnu Kasir dan Imam Al-Alusi.

HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILLIYAT Terdapat dua pandangan ulama dalam menetapkan hukum meriwayatkan israilliyat.

Menurut Pandangan yang pertama: Tidak harus meriwayatkan perkara Israiliyat. , Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami . (Al-Bukhari, Sahih Bukhari, hadis nombar 4485): Hadis ini melarang umat Islam daripada mengambil ceritacerita Ahli Kitab yang bersumberkan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahabi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, m/s 55-56) .

Menurut Pandangan yang kedua: Haruslah meriwayatkan kisah Israiliyat. Antara dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi S.A.W (Bukhari, Sahih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461) , ,

Maksudnya :Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan penipuan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di dalam neraka .

1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita Bani Israil dan cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab. 2.Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti Al-Abros, Al-Akroma dan cerita Al-Ghor.3.Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia mengikut kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan kedudukkannya yang mana ia boleh dianggap benar atau bohong . 4.Riwayat-riwayat Israiliyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.

Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya israiliyyat kepadanya, dan sukar pula utk membersihkannya, katanya juga: seakan-akan yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah islam di madinah, khaibar dan selainnya, maka mereka ingin menghadapi islam dengan senjata yg lain, sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik2. Dalam kecuaian, maka tidak sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitabkitab kaum muslimin.