pembahagian israiliyyat, hukum

24
PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT, HUKUM DAN PERAWINYA

Upload: nur-wasimah

Post on 29-Sep-2015

383 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PQE3013E bab 2.

TRANSCRIPT

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT, HUKUM DAN PERAWINYA

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT, HUKUMDAN PERAWINYAPEMBAHAGIAN ISRAILIYYATDr Muhammad Husayn al-ZahabiPembahagian dari Sudut Kesahihannya ataupun Tidakmenceritakan tentang sifat-sifat Nabi s.a.w yang telah dinyatakan di dalam al-Quran.SAHIHMaksudnya: Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orangorang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. (al-Ahzab: 45-46).

Sifat-sifat Nabi ini yang telah dinyatakan di dalam al-Quran sama dengan apa yang terdapat di dalam Taurat.Bukhari telah meriwayatkan daripada Ata bin Yasar, dia berkata: Aku bertemu dengan Abdullah bin Amru lalu aku berkata kepadanya: Beritahu aku tentang sifat Rasulullah yang terdapat di dalam Taurat, Lalu dia pun berkata: Baiklah. Sesungguhnya apa yang diberitahunya tentang sifatsifat nabi yang terdapat di dalam Taurat adalah sama dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran.Ata berkata: Kemudian ketika aku bertemu dengan Kaab al-Ahbar, aku pun bertanya soalan yang sama kepadanya, lalu dia menjawab seperti apa yang telah dijawab oleh Abdullah Bin Amru tanpa berbeza walau satu huruf sekali pun.kepercayaan khurafat mengenai wujudnya gunung Qaf () yang meliputi langit dan bumi sebagaimana yang didakwa oleh para pendusta.TIDAK SAHIHPembahagian dari Sudut Bertepatan dengan Agama atau BercanggahIsrailiyyat yang menepati syariat Islamhadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Said al-Khudri, bahawa Nabi s.a.w telah menyatakan bahawa pada Hari Akhirat kelak semasa sedang menunggu perbicaraan (al-Hisab), Allah s.w.t menjadikan bumi tempat berhimpun itu seperti roti besar, dan orang yang beriman dapat makan roti tersebut sementara menunggu selesainya al-Hisab, dan ia ibarat suatu hidangan bagi tetamu-tetamu syurga.

Ketika Nabi s.a.w sedang menggambarkan perihal tersebut kepada para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki Yahudi dan berkata: Semoga Allah memberkatimu wahai Abu Qasim, boleh aku memberitahumu dengan hidangan bagi tetamu syurga pada hari kiamat? Lalu Nabi menjawab: Ya. Lelaki Yahudi itu pun berkata: Bumi tempat berhimpun akan dijadikan seperti roti yang besar .. (sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w kepada para sahabat), maka Nabi s.a.w pun memandang kepada para sahabat, lalu nabi pun ketawa sehingga nampak gigi gerahamnya.Israiliyyat yang bercanggah dengan syariat Islam pelabelan Yahudi kepada Nabi Harun a.s dengan sesuatu yang batil yang terdapat di dalam kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa Nabi Harun yang mengukir anak lembu untuk disembah oleh Bani Israil. dakwaan batil yang terdapat dalam - safar al-Takwin - yang menyatakan bahawa ketika Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari, lalu Allah pun berasa penat dan berehat pada hari ketujuh (sabtu)Israiliyyat yang didiamkan oleh syarak Contoh: perincian tentang kisah lembu Bani Israil. iaitu seseorang yang membunuh bapa saudaranya, lalu untuk mencari pembunuhnya, maka disembelih lembu, dan dihidupkan orang yang mati itu dengan anggota lembu tersebut, lalu orang mati itu pun memberitahu tentang orang yang membunuhnya.Pembahagian dari Sudut Tajuk / Isi Kandungannyahadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abdullah bin Masud, bahawa dia berkata: Telah datang salah seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah s.a.w, lalu berkata: Wahai Muhammad, kami mendapati bahawa Allah menjadikan langit di atas jari-jemari tanganNya, begitu juga bumi, pokok, air bahkan segala makhluk di atas jari-jemari tanganNya, lalu Allah menyatakan bahawa Akulah Yang Berkuasa (raja).Maka Rasulullah s.a.w pun ketawa sehingga nampak geraham giginya, serta membenarkan kata-kata pendeta itu.Berkaitan dengan Akidahhadis yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abdullah Bin Amru, bahawa sekumpulan Yahudi telah datang kepada Nabi s.a.w dengan membawa seorang lelaki dan seorang wanita yang telah berzina. Lalu Nabi pun bertanya kepada Yahudi itu: Bagaimanakah hukuman (dalam agama kamu) bagi orang yang melakukan zina? Maka Yahudi itu pun berkata: Kami hitamkan wajah mereka berdua dan kami akan pukul mereka. Lalu Nabi s.a.w pun bertanya: Apakah kamu tidak mendapati dalam Taurat itu hukuman rejam? Mereka pun berkata: Kami tidak menjumpai di dalam Taurat hukuman seperti itu

Berkaitan dengan HukumLalu berkatalah Abdullah bin Salam: Kamu semua telah berdusta. Bawakan Taurat dan bacakan ia sekiranya kamu bercakap benar.Lalu, salah seorang Yahudi yang membawa kitab Taurat (seumpama guru dalam kalangan mereka) cuba menutup ayat tentang rejam di dalam Taurat dengan tangannya dan tidak membaca ayat berkaitan rejam di dalam kitab Taurat. Abdullah bin Salam menarik tangannya yang menutup ayat tentang rejam itu seraya bertanya:Ayat apakah ini? Apabila mereka semua melihatnya, mereka pun berkata: Ayat rejam!. Lalu pasangan Yahudi yang berzina itu pun dijatuhkan hukuman rejam.Berkaitan dengan kisah, cerita dan pengajaranContohnya : cerita-cerita Israiliyyat tentang perincian pembinaan kapal nabi Nuh a.s, mengenai jenis kayunya, panjang dan lebarnya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.Harus meriwayatkan daripada Israiliyyat sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir dan kitab sejarah. Iaitu yang merujuk kepada Israiliyyat yang sahih dan bertepatan dengan nas-nas al-Quran dan al-SunnahHaram meriwayat daripada Israiliyyat secara mutlak, apatah lagi terhadap Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.HUKUM MERIWAYATKAN ISRAILIYYATHARAMHARUSHarus diriwayatkan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Sampaikanlah yang datang daripadaku walaupun satu ayat, dan ceritakan (apa yang kamu dengar) dari Bani Israil dan hal itu tidak ada salahnya. Barang siapa yang berdusta kepadaku, maka bersedialah untuk menempati tempatnya di neraka".Kesimpulannya, yang rajih ialah haram atau tidak dibolehkan untuk meriwayatkan sesuatu daripada Israiliyyat dengan tujuan untuk berhujah dan menjadikan ia sebagai dalil. Akan tetapi, dibolehkan sekiranya periwayatannya itu adalah untuk memberikan peringatan, pengajaran dan panduan. (sila rujuk al-Khalidi, Maa Qisas al-Sabiqin fi al-Quran, halaman 47).HUJAH LARANGAN PERIWAYATAN ISRAILIYYAT

Yahudi berusaha mewujudkan fitnah dalam agama di kalangan orang Islam melalui periwayatan Israiliyyat. Firman Allah:

Maksudnya: Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). (al-Baqarah: 109)

Yahudi menyembunyikan kebenaran serta memesongkan fakta ke arah kebatilan. Lalu Israiliyyat itu merupakan lambang penyelewengan dan pemesongan. Firman Allah:

Maksudnya: (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?. (al-Baqarah: 75)

Larangan al-Quran daripada bertanya kepada ahli kitab tentang kisah-kisah yang lampau. Firman Allah:

Maksudnya: dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun daripada golongan (yang membincangkannya). (al-Kahf: 22).

Al-Quran melarang daripada memperkatakan sesuatu tanpa ilmu, danIsrailiyyat merupakan sesuatu yang boleh dianggap tanpa ilmu keranagolongan mereka mengikut sesuatu secara membuta tuli tanpa ilmu. Firman Allah:

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (al-Isra: 36)

Saidina Umar r.a pernah membawa pulang senaskhah al-Taurat yangdijumpainya di salah sebuah kampung Yahudi, lalu Rasulullah s.a.w amat marah dan dengan tegas baginda bersabda:

Andainya Musa a.s hidup di zamanku ini pun, maka dia juga wajib mentaatiku (mengikut al-Quran dan bukan al-Taurat). (Riwayat Ahmad).

ABDULLAH BIN SALAMSalah seorang sahabat baginda yang memeluk Islam ketika ketibaan Nabi di Madinah.Seorang yang diiktiraf keilmuannya dalam kitab Taurat dan Al-Quran serta seorang yang thiqah dikalangan para sahabat Nabi s.a.w.KAAB BIN AL-AHBARSeorang yang diiktiraf keilmuaannya sehingga digelar Al-Ahbar (yang berilmu). Mahir dalam tafsir dan juga kitab Taurat.Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai turut meriwayatkan hadith dari beliau menunjukan pengiktirafan mereka terhadap ketokohan dan thiqah beliau dalam ilmu tafsir dan hadith.WAHAB BIN MUNABBIHDiiktiraf sebagai seorang ulama tabiin. Banyak meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah, Abu Said Al-Khudri, Ibnu Abbas, Ibnu Umar. Imam Bukhari, Muslim, Al-Nasai, Al-Tirmizi dan Abu Daud turut meriwayatkan hadith dari beliau. Seorang yang alim dengan kitab Taurat dan turut mengarang kitab. Majoriti ulama mengiktiraf ketokohan dan thiqah beliau.ABDUL MALIK BIN ABDUL AZIZ BIN JURAIJberketurunan dari Nasrani Romterkenal sebagai seorang ulama Makkah & seorang pengembara yang mencari ilmu.Dilahirkan di Makkah tetapi telah merantau ke banyak negara untuk mencari ilmu. - Basrah, Baghdad dan Yaman