3 kerja kursus projek jan 2015 - tugasan projek[1]

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU - KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PPG MT AMBILAN FEB 2012 NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS: MTE 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH SEMESTER: 7 , 2015 (7 PPG) Tarikh Mula 14/2/2015 Tarikh Hantar 28/3/15 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam pendidikan 2. Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan. 3.Menganalisis dan membincang isu-isu senasa dalam pendidikan yang dapat dikaji melalui penyelidikan tindakan. 4. Membincang definisi dan proses kajian tindakan. 5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah. 6.memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan artikel untuk jurnal. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3, 5 dan 6 Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mengenalpasti masalah kajian atau fokus kajian yang ingin diterokai. 2. Membuat tinjauan literatur yang relevan dan mencukupi mengikut format American Psychological Association (APA).

Upload: tracy-lee

Post on 06-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU - KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PPG MT

AMBILAN FEB 2012

NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: MTE 3133

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH)

MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

SEMESTER: 7 , 2015

(7 PPG)

Tarikh Mula

14/2/2015

Tarikh Hantar

28/3/15

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam pendidikan

2. Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk

penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan.

3.Menganalisis dan membincang isu-isu senasa dalam pendidikan yang dapat dikaji melalui

penyelidikan tindakan.

4. Membincang definisi dan proses kajian tindakan.

5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah.

6.memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan

artikel untuk jurnal.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3, 5 dan 6

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengenalpasti masalah kajian atau fokus kajian yang ingin diterokai.

2. Membuat tinjauan literatur yang relevan dan mencukupi mengikut format American

Psychological Association (APA).

3. Menentukan objektif kajian atau persoalan kajian bagi kajian yang akan dilaksanakan.

4. Membuat perancangan yang terperinci dari aspek kos dan masa untuk melaksanakan

penyelidikan tindakan.

5. Menentukan lokasi, kumpulan sasaran dan jenis intervensi untuk penyelidikan tindakan.

6. Merancang teknik mengumpul data dan carta menganalisa data.

7. Menyediakan kertas cadangan yang lengkap berkaitan dengan kajian yang dirancang.

8. Membuat refleksi yang analitik berkaitan dengan kajian yang dirancang.

Tugasan Projek

Penyelidikan tindakan merupakan sejenis kajian yang digunakan oleh para pendidik untuk menyelesaikan masalah demi kebaikan pelajar dan juga untuk perkembangan profesional masing-masing. Sebelum sesuatu kajian dilaksanakan, seorang penyelidik perlu menyediakan satu rancangan penyelidikan yang dipanggil kertas cadangan.

Untuk penyelidikan tindakan anda untuk semester ini,

1. Sila sediakan satu kertas cadangan kajian tindakan berdasarkan input daripada kuliah dan

bahan bacaan yang telah diberi.

2. Masalah atau isu yang anda ingin selidiki perlu ada perkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran matematik.

3. Kertas cadangan anda perlu merangkumi semua tajuk seperti yang diberikan dalam edaran,

iaitu , Pengenalan, Tinjauan Literatur, Fokus Kajian Atau Amalan bagi Penambahbaikan,

Kumpulan Sasaran dan Pelan Tindakan.

4. Anda boleh berkolaborasi dengan rakan anda, penyelia penyelidikan guru

pembimbing atau sesiapa sahaja yang boleh membantu anda dalam penyediaan kertas

cadangan kajian tindakan ini.

Panduan Pelaksanaan Projek.

1. Projek ini adalah tugasan individu yang ditulis dalam lingkungan 15 hingga 20 muka surat/ iaitu

tidak termasuk rujukan dan bahagian lampiran.

2. Sila gunakan format berikut dalam penulisan anda

Fon Arial 12

Margin 1 inci disepanjang semua tepi muka surat

1.5 ruang di antara setiap baris ayat

3. Sila beri maklumat yang berikut di muka surat pertama laporan kajian tindakan anda: Tajuk

Kajian,

Nama, No.K/P, No. H/P ,Opsyen, Nama Sekolah , dan Nama Penyelia anda.

4. Jangan lupa menyediakan muka surat isi kandungan supaya setiap bahagian laporan anda

mudah dirujuk.

5. Adalah penting untuk anda mengadakan perbincangan yang kerap dengan penyelia penyelidikan

anda semasa menyempurnakan laporan kertas cadangan kajian anda . ( Sila kepilkan borang

kolaborasi dengan laporan kertas cadangan anda.

6 Sebarang penulisan plagiat (plagiarism) dilarangkan.

Format Penulisan Tugasan

PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

Nama Penyelidik:

Nama Institusi/Sekolah:

Kandungan

1. PENDAHULUAN

Pengenalan

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Fokus Kajian

Objektif Kajian

2. TINJAUAN LITERATUR

3. KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI KAJIAN

Kumpulan Sasaran

Rekabentuk Kajian

Instrumen, prosedur dan penganalisaan data

Garis masa pelaksanaan kajian.

4. RUJUKAN

5. LAMPIRAN

Tugasan yg cemerlang harus menunjukkan kriteria yang berikut:

- Menggunakan pernyataan, refleksi dan justifikasi yang sangat jelas untuk memperihalkan

masalah atau amalan untuk penambahbaikan yang menjadi fokus kajian.

- Menyatakan objektif kajian dan soalan kajian secara jelas.

- Memperihalkan latarbelakang yang terperinci tentang responden dan termasuk prestasi

akademik jika perlu.

- Menghuraikan pelan tindakan, cara mengumpul dan menganalisis data .

- Memilih cara intervensi yang relevan dan kreatif.

- Menunjukkan perancangan kajian dan garis masa dengan terperinci .

- Memberi justifikasi yang baik untuk pilihan jenis rawatan bagi menyelesaikan masalah atau

menambahbaikkan amalan yang memerlukan peningkatan.

- Menggunakan kata rujukan dengan tepat untuk menyokong penyataan atau hujahan anda .

- Menggunakan rujukan yang relevan dari pelbagai sumber dengan menggunakan format

American Psychological Association (APA) dan format IPG (sekurang-kurangnya dari 10 sumber

atau lebih)

Tugasan disediakan oleh: Disemak:

(EN. MUHAMMAD BIN BASAR)

Penyelaras Kursus: Pakar Bidang (SME)

Jabatan Matematik Jabatan Matematik

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

Disahkan oleh:

(TN. HJ. ARISTON SHAH BIN MUHAIMIN)

Ketua Jabatan

Jabatan Matematik

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru