[3] diskusi ketujuh

8
OBJEKTIF Memperkenal dan memberi kefahaman akan ciri-ciri ‘Ibad ar-Rahman yang sebenar dari sudut perilakunya, peribahasanya dan kesikapannya. Menghayati segala ciri-ciri tersebut, untuk diaplikasi dalam kehidupan dan keperibadian masing-masing. 1.0 MUQADDIMAH Setiap perkara mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Yang memudahkan ia dikenali dan jika ia baik serta sesuai untuk dicontohi. Misalnya jika kita mengerti dan mengenali ciri-ciri seorang insan bertakwa, mudahlah bagi kita untuk menghayatinya, dan akhirnya dapat menanamkan ciri-ciri tersebut dalam diri. Atas konsep inilah, setiap insan yang beriman haruslah berusaha untuk mengenali ciri-ciri dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Selain menambahkan kasih dan cinta kepada Baginda, yang lebih besar adalah untuk menghayati keperibadiannya dan mencontohinya. Maka kita dapati, para ulama menyusun dan mengatur karangan demi karangan berkaitan sirah dan diri Nabi S.A.W. Sebagai contoh seperti “Raheeq al-Makhtum” karangan al- Mubarakfuri, atau “Fiqh Sirah”, karangan al-Buthi, atau juga “Syamail Muhammadi”, karangan an-Nawawi bahkan hingga kepada “In The Footsteps of The Prophet”, karangan Tariq Ramadan. Kesemuanya, tidak lain tidak bukan adalah untuk memperkenalkan Rasulullah S.A.W dan kehidupannya, dan menggalakkan insan untuk mencontohinya. 2.0 PENGENALAN SURAH Surah al-Furqan adalah surah yang ke-42 diturunkan, dan menempati kedudukan ke-25 dalam tertib penyusunan Al-Quran. Mengandungi 77 ayat dan merupakan surah Makkiyah. Mempunyai Ayat Sajdah, yang kita disunatkan untuk Sujud Tilawah ketika membaca atau mendengarnya dibacakan. Pada bahagian akhirnya, Allah S.W.T menerangkan secara terperinci tentang sifat-sifat yang merangkumi perilaku, peribahasa ‘Ibad ar-Rahaman’ yang harus kita contohi. DISKUSI 7 : IBAD AR-RAHMAN

Upload: dzarrin

Post on 18-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Silibus Smart Group

TRANSCRIPT

Page 1: [3] DISKUSI KETUJUH

OBJEKTIF

Memperkenal dan memberi kefahaman akan ciri-ciri ‘Ibad ar-Rahman yang sebenar

dari sudut perilakunya, peribahasanya dan kesikapannya.

Menghayati segala ciri-ciri tersebut, untuk diaplikasi dalam kehidupan dan

keperibadian masing-masing.

1.0 MUQADDIMAH

Setiap perkara mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Yang memudahkan ia dikenali dan

jika ia baik serta sesuai untuk dicontohi. Misalnya jika kita mengerti dan mengenali ciri-ciri

seorang insan bertakwa, mudahlah bagi kita untuk menghayatinya, dan akhirnya dapat

menanamkan ciri-ciri tersebut dalam diri.

Atas konsep inilah, setiap insan yang beriman haruslah berusaha untuk mengenali ciri-ciri

dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Selain menambahkan kasih dan cinta kepada

Baginda, yang lebih besar adalah untuk menghayati keperibadiannya dan mencontohinya.

Maka kita dapati, para ulama menyusun dan mengatur karangan demi karangan berkaitan

sirah dan diri Nabi S.A.W. Sebagai contoh seperti “Raheeq al-Makhtum” karangan al-

Mubarakfuri, atau “Fiqh Sirah”, karangan al-Buthi, atau juga “Syamail Muhammadi”,

karangan an-Nawawi bahkan hingga kepada “In The Footsteps of The Prophet”, karangan

Tariq Ramadan. Kesemuanya, tidak lain tidak bukan adalah untuk memperkenalkan

Rasulullah S.A.W dan kehidupannya, dan menggalakkan insan untuk mencontohinya.

2.0 PENGENALAN SURAH

Surah al-Furqan adalah surah yang ke-42 diturunkan, dan menempati

kedudukan ke-25 dalam tertib penyusunan Al-Quran.

Mengandungi 77 ayat dan merupakan surah Makkiyah.

Mempunyai Ayat Sajdah, yang kita disunatkan untuk Sujud Tilawah ketika

membaca atau mendengarnya dibacakan.

Pada bahagian akhirnya, Allah S.W.T menerangkan secara terperinci tentang

sifat-sifat yang merangkumi perilaku, peribahasa ‘Ibad ar-Rahaman’ yang

harus kita contohi.

DISKUSI 7 :

IBAD AR-RAHMAN

Page 2: [3] DISKUSI KETUJUH

3.0 Al-QURAN DAN TERJEMAHAN

63. Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan

di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka

mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.

64. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.

Page 3: [3] DISKUSI KETUJUH

65. Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami,

sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal".

66. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

67. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan

tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

68. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak

membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang

benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia

mendapat (pembalasan) dosa(nya),

69. (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari Kiamat dan dia akan kekal

dalam azab itu, dalam keadaan terhina,

70. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh, maka itu

kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang.

71. Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia

bertaubat kepada Allah dengan Taubat yang sebenar-benarnya.

72. Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu

dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah,

mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

73. Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka,

mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang- orang yang tuli dan buta.

74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri

kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi

orang-orang yang bertakwa.

75. Mereka Itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang Tinggi (dalam syurga) Karena

kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan Ucapan selamat di

dalamnya,

76. Mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat

kediaman.

77. Katakanlah (kepada orang-orang Musyrik): "Tuhanku tidak mengendahkan kamu,

melainkan kalau ada ibadatmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadat kepada-Nya), padahal

kamu sungguh Telah mendustakan-Nya? Karena itu kelak (azab) pasti (menimpamu)".

Page 4: [3] DISKUSI KETUJUH

4.0 INTIPATI SURAH

AYAT 63

Menurut Quraish Shihab bahawa yang dimaksud hamba-hamba ar-Rahman adalah sahabat-

sahabat Nabi Muhammad, bahkan merangkumi semua orang mukmin, di mana sahaja

selama mereka mempunyai sifat-sifat yang dihuraikan dalam kelompok ayat ini. Penyifatan

mereka dengan hamba ar-Rahman disamping menyindir kaum Musyrikin yang enggan sujud

kepadaNya juga mengisyaratkan bahawa mereka meneladani Allah terutama dalam sifat

agungNya.

Al-Maraghi menjelaskan, bahawa para hamba Allah yang berhak menerima ganjaran dan

pahala dari Tuhannya ialah orang-orang yang berjalan dengan tenang dan sopan, tidak

menghentakkan kakinya mahupun terompahnya dengan sombong dan bongkak.

Dalam Tafsir Munir Wahbah Zuhaili juga disebutkan bahawa dalam pergaulan sesama

manusia juga harus dilakukan dengan halus, dan lemah lembut, tidak berbuat kerosakan di

bumi.

Dan sikap hamba ar-Rahman yang kedua, yakni apabila mereka berhadapan dengan orang-

orang bodoh yang berperilaku tidak wajar dan cenderung mengabaikan nilai-nilai ajaran

Ilahi, mereka lebih menjaga kemuliaan dirinya dengan tidak berinteraksi dengan mereka.

Disebutkan az-Zuhaili bahawa apabila mereka bertemu dengan orang-orang bodoh dengan

perkataan yang buruk, mereka tidak membalas dengan keadaan yang sama. Tetapi

memberikan maaf dan tidak mengatakan apapun kecuali kebaikan.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa janganlah

menambahkan kebodohan seseorang atasnya, kecuali dengan sopan santun.

Dari pendapat para mufassir tersebut, dapat disimpulkan bahawa al-Furqan ayat 63 ini

menjelaskan sifat-sifat Ibad ar Rahman iaitu sebagai berikut:

Berjalan di muka bumi dengan lemah lembut dan penuh wibawa, dan

larangan berjalan dengan angkuh kecuali ketika berperang.

Berinteraksi secara baik dengan pihak lain dalam kegiatan-kegiatan yang

bermanfaat.

Menghindarkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela terutama yang

dilakukan oleh orang-orang jahil.

Page 5: [3] DISKUSI KETUJUH

AYAT 64

Al-Maraghi mengungkapkan sifat hamba Ibad ar-Rahman dalam ayat ini yakni orang-orang

yang bermalam dengan sujud dan berdiri untuk beribadah kepada Tuhan, yakni dengan

menghidupkan seluruh malam atau sebagian malamnya dengan solat.

Berdiri dan sujud adalah dua rukun solat yang utama, dan kerana itu banyak ulama

memahami gabungan kedua kata tersebut dalam erti solat. Ada juga yang memahaminya

lebih khusus dengan solat tahajud.

Bentuk ketaatan hamba ar-Rahman tersebut pada malam hari menunjukkan bahawa

mereka menghindari sifat riya’, sebab ibadah mereka dilakukan saat orang lain tertidur lena.

Mereka melaksanakan ibadah sunat di malam hari dengan tulus ikhlas dan hanya

mengharapkan redha Allah.

Dengan demikian, dapat diketahui bahawa ayat 64 ini menjelaskan sifat Ibad ar-Rahman

yang selanjutnya iaitu :

Melazimi solat tahajud, dengan maksud rasa cinta kepada Allah.

Mengiringi segala ibadahnya dengan rasa tulus dan ikhlas.

Perlunya mendahulukan kepentingan berinteraksi dengan sesama makhluk

daripada ketaatan kepada Allah yang bersifat sunnah.

AYAT 65 & 66

Al-Maraghi menafsirkan ayat ini, bahawa hamba ar-Rahman iaitu orang-orang yang berdoa

atau memohon kepada Tuhannya agar mereka sentiasa dijauhkan dari azab Jahannam dan

penderitaan yang sangat keras. Kerana sesungguhnya azab Jahannam itu merupakan suatu

kebinasaan yang kekal (abadi) dan juga menjadi kerugian yang pasti.

Az-Zuhaili menyatakan pula, bahawa mereka (Ibad ar-Rahman) adalah orang-orang yang

takut kepada Tuhannya dan sentiasa berdoa dalam kebimbangan, dan berkata dengan

penuh waspada, “Ya Rabb, jauhkanlah kami dari kerasnya azab Jahannam”. Permohonan

yang dilakukan hamba-hamba ini menunjukkan kerendahan hati manusia yang terhindar

dari kesombongan. Permohonan tersebut adalah kerana ketaatan dan kepatuhan pada

Tuhan mereka sehingga merasa takut terhadap azab yang ditimpakan.

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa al-Furqan ayat 65-66 berisi tentang:

Sifat hamba Allah yang senantiasa memohon untuk dijauhkan dari seksa

neraka.

Page 6: [3] DISKUSI KETUJUH

Gambaran neraka Jahannam yang menjadi seburuk-buruknya tempat

menetap dan tempat kediaman, dimana yang masuk ke dalamnya akan

mendapat siksaan yang abadi.

AYAT 67

Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa :

Mereka adalah orang yang jika berinfak kepada dirinya sendiri atau keluarganya tidak

berlebihan di luar keperluan dan tidak pula kedekut yang menyempitkan keperluan yang

seharusnya dipenuhi. Tetapi berbelanja dengan sederhana dan adil sesuai dengan

keperluan, sebab sebaik-baik perkara adalah pertengahan.

Ayat ini mengisyaratkan kepada manusia untuk sentiasa berbelanja secara seimbang, tidak

boros dan tidak pula kedekut, bahkan sekadar mencukupi keperluan.

AYAT 68 DAN 69

Az-Zuhaili menyebutkan dalam Tafsir Munir :

Bahawa ketiga perbuatan tersebut adalah sebesar-besarnya kejahatan (hal maksiat) yakni

syirik, membunuh dengan sengaja dan berzina.

Kejahatan pertama yakni kepada Allah, kedua kepada manusia, dan ketiga, kejahatan

kepada hak-hak dan melemahkan tabiat-tabiat yang baik.

Dari ayat ini dapat disimpulkan bahawa setelah adanya kekufuran (syirik), tidak ada dosa

yang lebih besar daripada membunuh jiwa tanpa alasan yang benar, kemudian berbuat zina.

Ketiga perbuatan dosa tersebut bukan hanya buruk dengan mendapat azab dari Allah

namun turut mempengaruhi kehidupan manusia dan interaksinya dengan orang lain.

Kemudian ayat selanjutnya menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh hamba akibat

melakukan hal-hal yang dilarang pada ayat sebelumnya.

Melalui ayat ini, Allah menyatakan dengan tegas akan melipat gandakan azab pada hari

Kiamat dan menjadikannya kekal abadi di dalam neraka secara hina. Dengan demikian,

terkumpullah padanya azab jasmani dan azab rohani.

AYAT 70

Setelah ayat yang lalu menyampaikan ancaman dan seksaan terhadap orang-orang yang

derhaka, pada ayat ini Allah membuka peluang pembebasan daripada ancaman dan seksaan

Page 7: [3] DISKUSI KETUJUH

tersebut iaitu bagi orang-orang yang menyesali perbuatannya dan tidak akan

mengulanginya lagi.

Ayat ini memberikan pengecualian bagi sesiapa sahaja yang meninggalkan dosa-dosa ini

disertai dengan beriman dan beramal soleh, maka Allah menghapus segala kemaksiatannya

yang telah lalu dengan menerima taubatnya serta mengukuhkannya untuk menjalankan

ketaatan di masa mendatang.

Sesungguhnya Allah menarik seksaan terhadap orang yang bertaubat dan

menganugerahkan pahala kepadanya. Sesungguhnya ampunan Allah Maha Luas bagi para

hambaNya, maka Dia memberi pahala yang banyak kepada orang yang bertaubat

kepadaNya dan menjauhkan seksaan darinya.

6.0 NILAI DAN PENGAJARAN

1. Membentuk sifat tawadhu’ dalam peribadi Muslim.

2. Membalas segala keburukan yang diterima dengan kebaikan.

3. Sentiasa melakukan amalan tahajud untuk mengabdikan diri kepada Allah.

4. Sentiasa takut akan azab Allah.

5. Tidak berlebihan dalam membelanjakan harta.

6. Tidak menyekutukan Allah, tidak membunuh, dan tidak melakukan zina.

7. Tidak melakukan sumpah palsu.

8. Sentiasa mengharapkan taufik dan hidayah daripada Allah.

7.0 APLIKASI DALAM KEHIDUPAN

1. Membentuk peribadi yang berakhlak mulia dengan meneladani sifat Ibad ar-

Rahman.

2. Memantapkan aspek aqidah dengan mengamalkan sifat-sifat yang telah

digariskan oleh Allah untuk orang Mukmin.

3. Menanamkan sifat istiqomah dalam melaksanakan syariat Islam.

4. Menambahkan sikap kesederhanaan dan keseimbangan dalam setiap urusan

kehidupan.

Page 8: [3] DISKUSI KETUJUH

RUJUKAN

1. Al-Maraghiy, Ahmad Musthafa. 1974. Tafsir al-Maraghiy, Juz 8.

2. Wahbah az-Zuhailii, 1991. Tafsir al-Munir, fi al-Aqidah wa as-Syariah wa al-Manhaj,

Jilid 6. Dimasyq: Dar al-Fikr.

3. Hamka. 1982. Tafsir al-Azhar. Surabaya: Latimojong.