perang salib ketujuh

6
INFORMATION of ELAKSAMANA PERANG SALIB KETUJUH Perang Salib Ketujuh Louis IX semasa Perang Salib Ketujuh. Tarikh 1248-1254 Tempat Mesir Hasil Kemenangan muktamad orang Islam Perubahan wilayah Status quo ante bellum Pihak bersengketa Orang Kristian Kerajaan Perancis o Poitou o Anjou o Artois Kesatria Templar Orang Islam Bani Ayyubiyah Bahriyyah Komander Louis IX Alfonso Charles I Robert I Guillaume de Sonnac Renaud de Vichiers As-Salih Ayyub Shajar al-Durr Faris ad-Din Aktai Aybak Baibars [1]  Kekuatan 15,000 orang [2]  3,000 orang kesatria 5,000 orang pemanah Tidak diketahui Korban dan kehilangan Tidak diketahui Tidak diketahui 1 Present by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 1/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KETUJUH

Perang Salib Ketujuh

Louis IX semasa Perang Salib Ketujuh.

Tarikh 1248-1254Tempat Mesir 

Hasil Kemenangan muktamad orang IslamPerubahan

wilayahStatus quo ante bellum

Pihak bersengketa

Orang Kristian 

• Kerajaan Perancis 

o Poitou

o Anjouo Artois

• Kesatria Templar 

Orang Islam

• Bani Ayyubiyah

• Bahriyyah

Komander 

Louis IX

Alfonso

Charles I

Robert I

Guillaume de Sonnac

Renaud de Vichiers

As-Salih AyyubShajar al-Durr 

Faris ad-Din AktaiAybakBaibars[1] 

Kekuatan

15,000 orang[2] 

• 3,000 orang kesatria

• 5,000 orang pemanah

Tidak diketahui

Korban dan kehilangan

Tidak diketahui Tidak diketahui

1 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 2: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 2/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

Perang Salib Ketujuh ialah satu perang salib yang diketuai Louis IX dari Perancis dari tahun 1248 hingga 1254. Dianggarkan sebanyak 50,000 bezant emas (satu jumlah yang setara dengan keseluruhan hasil tahunan Perancis)telah dibayar untuk menebus Raja Louis yang telah ditawan dan ditewaskanbeserta ribuan bala tenteranya oleh pasukan tentera Mesir yang diketuai Sultan

Bani Ayyubiyyah Turanshah yang disokong orang Mamluk  Bahriyyah yangdiketuai Faris ad-Din Aktai, Baibars al-Bunduqdari, Qutuz , Aybak dan Qalawun

Latar belakang

Pada tahun 1244, orang Khwarezm yang baru sahaja berpindah akibatkemaraan orang Mongol telah mengambilalih Baitul Maqdis sebagai satu carauntuk bersekutu dengan orang Mamluk Mesir. Ini menyebabkan penguasaanBaitul Maqdis kembali ke tangan orang Islam tetapi kejatuhan Baitul Maqdis tidaklagi merupakan kejadian malapetaka bagi orang Kristian  Eropah yang telahmenyaksikan peralihan bandar tersebut dari tangan orang Kristian ke tangan

tangan orang Islam beberapa kali dua kurun yang lalu. Kali ini, tiada lagikeghairahan besar terhadap perang salib baru meskipun seruan tersebut datangdaripada Pope.

Pope Innocent IV dan Frederick II, Maharaja Rom Suci terus bertelagah sesamasendiri. Frederick telah menawan dan memenjarakan pendeta-pendeta gerejayang dalam perjalanan ke Persidangan Lyons, dan pada tahun 1245 secararasmi dia digulingkan oleh Innocent IV.Pope Gregory IX juga terlebih dahulutakhta Jerman kepada saudara Raja Louis, Count Robert of Artois, tetapi Louismenolaknya. Dengan demikian, Maharaja Rom Suci tidak berkedudukan untukpergi berperang. Henry III of England masih lagi bertarung dengan Simon de 

Montfort dan masalah-masalah lain di England. Henry dan Louis berada dalamhubungan yang kurang baik, sedang terlibat dalam pertelagahan Capetian-Plantagenet, dan ketika Louis keluar berperang, raja Inggeris itumenandatangani satu perjanjian yang berjanji tidak akan menyerang Perancis.Louis IX juga menjemput Raja Haakon IV of Norway keluar berperang denganmenghantar pembabad Inggeris Matthew Paris sebagai duta, namun gagal sekalilagi. Hanya Louis IX yang berminat memulakan perang salib lain yangmengisytiharkan niatnya untuk pergi ke Timur pada tahun 1245.

Pertarungan

Diperkirakan bahawa Perancis adalah negara terkuat di Eropah pada masa itu,dengan Perang Salib Albigensian telah membawa Provence ke dalampenguasaan Paris. Poitou diperintah oleh saudara Louis IX, Alphonse of Poitiers yang menyertainya dalam perang salib itu pada tahun 1245. Seorangsaudaranya yang lain, Charles I of Anjou juga menyertai Louis. Untuk tiga tahunberikutnya, Louis telah mengumpulkan sepersepuluh kegerejaan(kebanyakannya datang daripada zakat  gereja) dan pada tahun 1248, dia danpasukan tenteranya yang berjumlah lebih kurang 15,000 orang yang melibatkan

2 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 3: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 3/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

3,000 orang kesatria dan 5,000 orang pemanah telah belayar dengan 36 buahkapal dari pelabuhan Aigues-Mortes yang dibina khas sebagai persediaan bagiperang salib tersebut, dan Marseille. Persediaan kewangan Louis bagi ekspedisiini agak terancang dengan baik, dan dia mampu mencapai lebih kurang1,500,000 livres tournois. Bagaimana pun, ramai bangsawan yang menyertai

Louis pada ekspedisi terpaksa meminjam wang daripada Perbendaharaan Raja,dan perang salib tersebut bertukar menjadi perang yang sangat mahal.

Mula-mula mereka belayar ke Cyprus dan menghabiskan masa musim sejuk dipulau tersebut sambil berunding dengan pelbagai kuasa di Timur; Empayar  Nicaea Bizantin, dan Kerajaan Antioch dan Kesatria Kuil mahukan bantuannya diSyria, di sana orang Islam baru sahaja menawan Sidon.

Pun begitu, Mesir adalah sasaran perang salibnya, dan dia mendarat di Damietta pada tahun 1249 di atas Sungai Nil. Pada fikiran Louis, Mesir dapatmenyediakan pengkalan untuk menyerang Baitul Maqdis, dan kekayaaan dan

bekalan bijirinnya dapat menjadikan pasukan tentera salib mempunyai bekalanmakanan dan peralatan.

Pada 6 Jun, Damietta dapat ditakluki walaupun menerima sedikit tentangandaripada orang Mesir yang berundur jauh ke hulu Sungai Nil. Bagaimana pun,banjir Sungai Nil tidak dimasukkan ke dalam laporan, dan ia kemudianmemakukan Louis dan pasukan tenteranya di Damietta selama enam bulan, disana kesatria-kesatria itu pulang dan menikmati harta rampasan perang. Louistidak mengendahkan perjanjian yang telah dipersetujui semasa Perang Salib Kelima bahawa Damietta sepatutnya diserahkan kepada Kerajaan Jerusalem yang kini merupakan sebuah negara serpihan di Acre, tetapi dia meletakkan

ketua biskop (yang berada di bawah kekuasaan Patriarch Latin Jerusalem) danmenggunakan bandar itu sebagai pengkalan untuk melancarkan operasiketenteraan ke atas orang Islam di Syria. Louis IX telah mengirimkan sepucuksurat kepada al-Salih Ayyub yang berbunyi:

“Seperti mana yang tuan ketahui bahawa saya adalah pemerintahumat Kristian dan saya tahu bahawa tuan adalah pemerintah umatMuhammad. Orang Andalusia memberi wang dan hadiah kepadasaya ketika mana kami menunggang mereka bagaikan lembu.Kami membunuh kaum lelaki mereka dan kami buatkan kaumwanita mereka menjadi janda. Kami ambil budak-budak lelaki dan

perempuan sebagai tawanan perang dan kami buatkan rumah-rumah mereka kosong. Saya sudah cukup katakan pada tuan dansaya nasihatkan tuan habis-habisan, oleh itu sekarang sekiranyatuan melafazkan sumpah terkuat pada saya dan sekiranya tuanpergi kepada paderi-paderi dan rahib-rahib Kristian dan sekiranyatuan membawa lilin di depan mata saya sebagai tanda kepatuhanpada salib, semua ini tidak dapat memujuk saya daripada

3 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 4: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 4/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

mencapai dan membunuh tuan di tempat kesayangan di atasdunia. Sekiranya tanah tersebut akan menjadi milik saya maka iaadalah hadiah buat saya. Sekiranya tanah tersebut adalah miliktuan dan tuan mengalahkan saya maka tuan berada di pihak yangmenang. Saya sudah mengatakan pada tuan dan telah memberiamaran pada tuan mengenai askar-askar saya yang taat padasaya. Mereka dapat memenuhi padang-padang terbuka dangunung-ganang, bilangan mereka seperti batu kerakal. Merekaakan dihantar kepada tuan dengan pedang kebinasaan.

Pada bulan November, Louis mara ke Kaherah, dan hampir pada masa yangsama, sultan  Dinasti Ayyubiyyah Mesir, al-Salih Ayyub, meninggal dunia. Satupasukan tentera yang diketuai Robert of Artois dan Kesatria Kuil telahmenyerang perkhemahan tentera Mesir di Gideila dan mara ke Al Mansurah yang di situ mereka mengalami kekalahan dalam Pertempuran Al Mansurah, dan

Robert terbunuh. Sementara itu, pasukan tentera utama Louis telah diserangBaibars dari golongan Mameluk, komander tentera Mesir dan bakal sultan Mesir itu sendiri. Louis telah kalah, namun dia tidak berundur ke Damietta selamaberbulan-bulan, dia memilih untuk mengepung al-Mansurah yang berakhir dengan kelaparan dan kematian para tentera salib berbanding tentera Islam.Bagi menunjukkan penderitaan yang teramat sangat, seorang kesatria kuilmengeluh:

Keberangan dan kesedihan bersarang di dalam hatiku...sungguhkukuh sehinggakan aku takut untuk meneruskan kehidupan.

Nampaknya Tuhan mahu menolong orang Turki untukmengalahkan kami...ah, ya Tuhan...aduhai, wilayah Timur telahhilang sungguh banyak sehinggakan ia tidak akan bangun lagi.Mereka akan membina masjid di atas runtuhan biara Maryam Suci,dan disebabkan pencurian menyenangkan hati Anak-nya yangmenangisi hal ini, kami terpaksa menurut sahaja...Sesiapa yangberkeinginan untuk melawan orang Turki adalah gila, kerana Isa al-Masih tidak lagi melawan mereka. Mereka telah menawan danmereka akan menawan. Setiap hari mereka mengejar kami, tahubahawa Tuhan yang dahulunya jaga kini tidur, dan Muhammad berkuasa. ”

Pada bulan Mac 1250, Louis akhirnya cuba kembali ke Damietta, tetapi diaditawan dalam Pertempuran Fariskur  yang dalam pertemupran itu pasukantenteranya hancur. Louis jatuh sakit akibat terkena disenteri, dan telah dirawatoleh seorang doktor Arab. Pada bulan Mei, dia ditebus dengan 50,000 bezant emas, dan dia dengan segera meninggalkan Mesir dan menuju ke Acre, salahsatu kepunyaan tentera salib yang masih tinggal di Syria. Pada tahun 1250,

4 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 5: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 5/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

Turanshah, pewaris al-Salih, telah dibunuh di Fariskur oleh orang Mamluk yangmengesyakinya mengenepikan mereka.

Akibat

Louis membuat perikatan dengan orang Mamluk yang merupakan saingan bagiSultan Damsyik, dan dari pengkalan barunya di Acre, dia membangunkankembali bandar-bandar tentera salib yang lain, khususnya Jaffa and Saida.Walaupun Kerajaan Cyprus mendakwa bahawa ia berkuasa di situ, Louislahyang merupakan pemerintah de facto. Louis juga membuat rundingan denganorang Mongol yang mula muncul di Timur dan menjadi bangsa yang diharapkanoleh orang Kristian yang diransang oleh lagenda sebuah kerajaan Nestorian yang wujud di kalangan mereka (cf. Prester John), dapat membantu merekamelawan orang Islam dan memulihkan kembali negeri tentera salib. Sepertiorang Islam yang juga membuat rundingan dengan orang Mongol bagi melawanorang Kristian, mereka tidak menyedari bahawa orang Mongol tidak berminat

untuk membantu kedua-dua belah pihak dan akhirnya membawa malapetakabagi kedua-dua belah pihak. Dua orang utusan daripada orang Mongol yangbernama David dan Marc telah mengunjungi Louis di Cyprus. Sebagai jawapan,Louis mengirim seorang duta bernama André de Longjumeau, dan kemudianWilliam of Rubruck. Khan menolak pelawaan Louis untuk memeluk agamaKristian dan sebaliknya menyarankan agar Louis tunduk padanya.

Pada tahun 1254, wang Louis mula habis, dan kehadirannya diperlukan diPerancis yang di sana ibu dan pemangkunya Blanche of Castile baru meninggaldunia. Sebelum meninggalkan Tanah Suci, dia menubuhkan garison tetapPerancis di Acre, ibukota Kerajaan Jerusalem setelah kehilangan Baitul Maqdis,

sehingga ia menjejaskan mahkota Perancis, ia kekal di situ hinggalah kejatuhan Acre pada tahun 1291 Perang salibnya berakhir dengan kegagalan, tetapi diadianggap sebagai santa oleh ramai orang, dan kemasyhurannya menjadikan diaberkuasa besar di Eropah berbanding Maharaja Rom Suci. Pada tahun 1270, diacuba melancarkan satu lagi perang salib, walaupun ia juga berakhir dengankegagalan.

Sejarah Perang Salib Ketujuh telah ditulis oleh Jean de Joinville yang merupakan juga peserta perang ini, Matthew Paris dan ramai sejarawan Islam.

Respons Kesusasteraan

Kegagalan Perang Salib Ketujuh menimbulkan beberapa respons puisi daripadatroubadour  Occitan. Austorc d'Aorlhac yang mengubah sejurus selepas perangsalib tersebut, berasa terkejut bahawa Tuhan membenarkan Louis IX dikalahkan,tetapi tidak berasa terkejut apabila sesetengah penganut Kristian dengan itumemeluk agama Islam.

5 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Page 6: Perang Salib Ketujuh

8/14/2019 Perang Salib Ketujuh

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-ketujuh 6/6

INFORMATION of ELAKSAMANA

Dalam satu puisi yang agak terkemudian, D'un sirventes m'es gran voluntatz  preza, Bernart de Rovenac menyerang peribadi James I of Aragon dan Henry III of England kerana mengabaikan tanggungjawab mempertahankan "tanah

  jajahan mereka" yang dimiliki rei que conquer Suria ("raja yang menaklukiSyria"). "Raja yang menakluki Syria" ialah satu jolokan yang mengejek Louis

yang masih berada di Syria (1254) apabila Bernart sedang menggubahnya,mungkin dengan harapan agar raja-raja Inggeris dan Aragon itu akan mengambilkesempatan atas ketiadaan raja Perancis itu.

Salah satu karya terakhir Bertran d'Alamanon yang mengkritik Charles of Anjou pada tahun 1247 kerana mengabaikan Provence dan mengutamakan perangsalib, telah ditulis antara Perang Salib Ketujuh dan Perang Salib Kelapan (1260–1265) dan meratapi kejatuhan kerajaan Kristian di Tanah Syam.

6 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009